Showing posts with label miri. Show all posts
Showing posts with label miri. Show all posts

Everlast Spark Camo


Pancingan terkini dari Sports Direct Malaysia, Bintang Megamall Miri selepas diintai seminggu sebelumnya. Kebetulan ketika memancing ada jualan early markdown price yang mengikut harga pada website mereka berdiskaun 50-70% (label merah).

Pancingan utama ialah sarung tangan tinju (gloves) Everlast Spark Camo, antara gloves yang pernah aku sasarkan sebelum menarik picu untuk Elite 2 tahun lepas. Dengan diskaun tadi, harganya kini hanya dua digit berbanding harga pasaran asal tiga digit.

Terus memilih saiz (berat) 16 oz dengan padding yang lebih tebal tapi cukup lembut untuk dibawa sparring. Perbezaan 16 oz berbanding 14 oz pada Elite 2 (gambar bawah), beza hanya pada ketebalan padding, ruang dalaman masih sama.

Spark ini buatan India berbanding Elite 2 buatan China. Keselesaannya hampir sama, kelemahan pun sama seperti Elite 2 iaitu agak cincai pada bahagian telapak tangan (palm). Tidak dapat menandingi keselesaan dan "kesedapan" memakai Senshi.

Setakat ini ia belum lagi dibawa untuk sessi latihan atau sparring, dengan kata lain disimpan dalam stok sehingga Elite 2 atau BG500 menunjukkan tanda-tanda wear and tear. Gloves keenam aku selepas Senshi, Elite 2, BG500, *BG120 dan Everlast *basic (*sudah direhatkan).

Selain itu, juga ada TERpancing beberapa lagi produk Everlast yang berlabel merah - seluar tracksuit joggers yang kebetulan ada saiz gergasi 3XL dan kasut bola keranjang yang juga sesuai dijadikan kasut latihan tinju.

Lain cerita pasal perlawanan Aman Koboi versus Kksam malam tadi, tidak seperti perlawanan versus Weerian yang ditonton live bersama-sama ahli PS Boxing, kali ini hanya ditonton snippets, shorts yang ada di Facebook dan YouTube.

Aman Koboi sedikit serius kali ini berbanding ketika melawan Weerian, walaupun attitude masih ada untuk mengganggu psikologi lawan.

Walaupun sudah tidak menjadi coach PS Boxing (yang kini diganti oleh coach Dee) kerana fokus sukan Muaythai, sekali-sekala ada juga coach Aman turun gym ketika sessi tinju. Ketahanan (toughness) antara trademark rejim latihan ketika era coach Aman.

_____
AADI: Tak jadi cuba gloves Adidas ke?

Sports Direct Bintang Megamall


Baru tahu ada premis Sports Direct Malaysia di Bintang Megamall, Miri. Kalau tak silap lokasi ini dahulunya menempatkan premis Parkson. Dah dua tahun aku tak singgah bandar Miri, kebelakangan ini bila balik kampung memandu trans-Borneo (aka tour de brunei) sudah tidak lalu kawasan bandar (bypass) untuk menjimatkan masa.

Terus ke area sukan kombat dan mengintai sarung tangan tinju (gloves) dan produk kombat Everlast yang lain untuk mencuba saiz yang bersesuaian. Atas kekangan kewangan, kali ini hanya memancing gel hand wrap Everlast.

Lain cerita - teringat ketika zaman Bintang Megamall masih bernama Bintang Plaza, premis di bawah tepi pintu utama tu dulu Speedy Video, tempat membelek-belek CD dan DVD (Bintulu tiada Speedy) yang selalu menjadi modal entri sekitar 2009-2010.

Kali terakhir ber-Speedy di sini rasanya tahun 2017 ketika membeli boxset Hardwired... To Self-Destruct versi China dan dapat pau poster konsert Megadeth Kuala Lumpur. Tingkat satu pun dulu ada premis jual CD aku lupa nama, tempat aku beli CD kompilasi Nassier Wahab.

_____
AADI: Harap ada buka di Bintulu nanti.

Kembali Ke Bintulu (Part 14)


Selamat tiba di Bintulu petang Rabu lepas setelah bercuti raya selama seminggu di Membakut. Seperti biasa, kekangan masa dan teknologi antara sebab tiada entri blog semasa bercuti. Yang ada hanyalah beberapa entri terjadual (scheduled entries).

Sungai Tujoh, Brunei.
Ada banyak entri yang masih dalam bentuk draft, termasuk entri-entri makanan dan minuman yang sepatutnya dirilis semasa bulan Ramadhan lepas, akan cuba dirilis satu persatu selain entri-entri berkaitan CD audio dan kegitaran.

_____
AADI: Masih mood raya?

Jedi Terakhir?


Berkesempatan melayan Star Wars: Episode VIII - The Last Jedi di GSC Lite Miri malam semalam. Kebetulan bercuti bersama keluarga tiga hari dua malam di Miri sejak Khamis lepas, dan dua malam berturut-turut tersebut aku jadikan movie night (Bintulu dah tak ada pawagam, ok).

Khamis 14/12/2017 aku berpendapat akan ramai tengok filem Star Wars pada malam ini, filem masih hangat sehari selepas premier, jadi aku layan filem yang agak basi Justice League.


Jumaat 15/12/2017 barulah layan Star Wars tayangan 8.45 malam. Agak terkejut kerana pawagam hanya 1/3 penuh, mungkin disebabkan ada 10-12 tayangan sehari? Atau peminat tegar Star Wars sudahpun berabis pada hari premier Rabu 13/12/2017?

Serius, kali terakhir aku layan Star Wars di pawagam ketika zaman Episode III: Revenge Of The Sith (2005) di Mega Pavilion Kompleks Bukit Jambul, Penang. Episode VII - The Force Awakens tidak ditayangkan di pawagam Bintulu (ketika itu), manakala ketika Rogue One, The Star Wars Story tahun lepas, pawagam di Bintulu dah tutup, kah kah kah...

Maaf, tiada ulasan atau spoiler dalam entri ini, cuma persoalannya, siapakah ibu bapa Rey?

_____
AADI: Nampak comel pula Rey kali ni...

Speedy Hardwired... To Poster Megadeth


Terjumpa album Hardwired... To Self-Destruct 3CD boxset ni di premis Speedy Video Bintang Mall, Miri. Daripada tulisan aku agak ia pressing China, tapi tak pasti sama ada pressing rasmi atau sebaliknya, kalau sebaliknya jangan salahkan aku, salahkan Speedy hahaha... Lagipun harganya cuma RM25.90 sahaja.


Apa yang menarik mengenai boxset 3CD, CD pertama memuatkan semua lagu-lagu daripada album HTSD (Eh? Muat pula satu CD?), CD kedua merupakan CD lagu-lagu bonus, sama seperti HTSD versi deluxe (yang ada lagu Lord Of Summer, Remember Tomorrow, etc), manakala CD ketiga disenaraikan lagu-lagu daripada album Death Magnetic dan sebuah lagu daripada album St. Anger.


Ah nantilah kalau ada masa baru aku buat entri berasingan yang lebih terperinci, boxset ni pun masih berbungkus belum buka. Yelah kan, sekarang ni musim Megadeth~

Sebut pasal Megadeth, aku tebalkan muka tanya cashier Speedy tadi aku nak minta poster konsert Megadeth di dinding belakang kaunter (Speedy Video merupakan wakil jualan TicketCharge). Selepas habis menyelongkar poster-poster namun tak jumpa, akhirnya poster di dinding tadi menjadi mangsa, kah kah kah!~ Terima kasih.

Kepada Dzul Arsil UVIANHELL696, nombor telefon masih sama? Kalau masih sama, aku nak add dalam group WhatsApp Blogger @ Megadeth.

_____
AADI: Jumpa ada di sana.

Ada Apa Dengan Kicap Kikkoman?


Bukan Kiko Loureiro...

Tertarik dengan kicap istimewa ni semasa bersarapan di sebuah hotel tempatan di Miri (semasa musim raya lepas). Ia disediakan di setiap meja bersama penambah rasa yang lain (garam, lada putih).


Rasanya masih lagi rasa kicap, duh~ Apa yang istimewa? Entahlah, mungkin sebab jenama ni jarang dijumpai di kedai-kedai makan atau restoran. Buatan Singapura oleh Kikkoman (S) Pte. Ltd.

Adakah ia jenama ekslusif? Itu aku tak tau, cuma bila terbaca "naturally brewed" aku teringat sebuah kilang kicap di Jelutong, Penang yang berlabel "Kelang Kechap".

_____
Ada apa: Wujud lagi tak "Kelang Kechap" tu?

Bintang Hitam Lagi?


Bungkusan yang dituntut di terminal bas Bintulu petang semalam, beralamat dari Miri. Berisi sebuah amplifier Blackstar (lagi) kecil yang diperolehi melalui perantaraan Facebook Jamtank.

Ia tidak dibeli terus, tapi melalui transaksi pertukaran (trade/swap) dengan Pod X3 dan FBV Express beserta tambahan *tunai oleh pihak sebelah sana (Pod X3 + FBV = amp + cash).


Amp Blackstar ID:Core Stereo 10 ni masih nampak baru, menurut pemilik sebelum ini ia dibeli awal tahun 2015 dan hanya digunakan di rumah. Sekali pandang tiada apa-apa yang menarik mengenai amp ini, just another small modelling practice amp. Saiznya 25-30% lebih besar daripada Micro Cube GX.


Untuk spesifikasi penuh boleh rujuk website Blackstar. Setelah mencubanya untuk beberapa minit (lebih daripada setengah jam sebenarnya~) apa yang menarik mengenai amp ini berbanding amp kecil yang lain bukanlah dari segi bunyi modelling, tetapi teknologi "Super Wide Stereo" yang digembar-gemburkan.

Disebabkan konfigurasi speaker stereonya, bunyi-bunyi efek modulation, delay dan reverb seakan-akan memenuhi ruang bilik yang kecil, you have to hear it to believe it (itu belum cuba dengan headphone lagi).


Amp ini juga boleh disambung pada komputer melalui kabel USB untuk boleh mengakses setting tambahan dan mengedit patches melalui perisian Blackstar Insider. Ia juga boleh digunakan untuk rakaman (guna DAW?) seperti interface USB lain, ciri-ciri yang belum sempat dicuba setakat entri ini ditaip.

Selain kegunaan utama sebagai sebuah amp gitar, ia juga boleh digunakan sebagai speaker stereo multimedia sama ada untuk komputer, notebook, pemain MP3, dll. Adalah lebih bagus jika ia dapat dikuasakan dengan bateri (seperti Micro Cube GX), boleh bawa busking.

_____
Ada apa: *Dana-dana lebihan, mulalah terfikir macam-macam, hehehe...

Wordless Wednesday: Pusat Rawatan Cinta




_____
Ada apa: Gambar kitar semula...

Paschendale


Aku terjumpa t-shirt ni dijual di gerai-gerai t-shirt E-Mart, Permyjaya Miri (tidak berapa jauh dari Pusat Rawatan Cinta).

Paschendale beb! Walaupun Siam mari (non-official), tapi grafiknya memang cantik. Harganya pun 'cantik' lebih kurang separuh harga t-shirt TNOTB yang aku beli dari Immortal Infinity awal Februari dulu.

Tapi bab saiz memang buat sakit hati, memang diskriminasi! Saiz paling besar cuma M, aku pakai saiz XL, kalau saiz L pun mungkin aku boleh sumbat lagi. In the end, aku beli t-shirt bergrafik BOTB (yang aku pakai waktu jamming ni), itu saja yang ada saiz L (saiz XL langsung tak ada).

T-shirt bergrafik Iron Maiden lain yang ada dijual - The Trooper, FOTD, AMOLAD dan Benjamin Breeg.

Selain Iron Maiden, t-shirt bergrafik Metallica, Megadeth, Motorhead, AD/DC, Angry Birds, Gibson, Fender, Ibanez, Pearl, Marshall pun ada, tapi saiz...

_____
Ada apa: T-shirt lain aku tak sempat snap...

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 3)


Picture of the day - Adakah anda mengalami masalah dalam percintaan? Contohnya putus cinta, cinta terhalang, cinta tiga segi, tidak dicintai, dll. Anang irau Jangan risau, premis ni boleh membantu...

Lokasi: E-Mart Permyjaya, Miri.

Dan seperti biasa, tiada apa-apa yang salah (dari segi ejaan dan tatabahasa) pada papan tanda ni. Cuma pemilihan nama premis "Cinta" dan jenis premis "pusat rawatan" jika digabungkan boleh membuatkan kita tersengih.

_____
Ada apa: kalau "Kedai Kopi Nyaman", Korawk pastinya tau...

Sepetang Di Bintang Mall


Jumaat (26/8/2011) - Hari ni aku dan Mrs. Ijau dah mula bercuti raya, dalam pukul 1.30 petang kami bertolak dari Bintulu untuk menuju ke Miri. Setelah berbincang sejak beberapa hari lepas, kami mengambil keputusan untuk bermalam di bandaraya Miri sebelum meneruskan perjalanan trans-Borneo balik kampung keesokan harinya.

Aku rasa hampir separuh pengunjung merupakan "dangsanak kitani".

Selepas check-in di hotel M, dalam pukul 5.00 petang kami menuju Bintang Mall untuk sessi membeli-belah (shopping raya le~) dan mengambil kesempatan berbuka puasa di McDonald's. Tapi memang teruk sebab terpaksa berbaris panjang hampir setengah jam di depan kaunter untuk mendapatkan pesanan.

Kalau bukan disebabkan teringin nak makan burger GCB, shaker fries dan bubur ayam McD jangan harap kami nak berbaris lama-lama (btw, di Bintulu tiada McDonald's).

[Diari Ramadhan 1432H entri #19]

_____
Ada apa: Terhibur menonton saluran Trans TV (Indonesia) terutamanya rancangan Tabligh Akbar - Syiar Ramadhan, Saatnya Kita Sahur dan iklan-iklan Indon.

T-Shirt Tengkorak


[Filler entry] Jarang aku beli t-shirt warna lain selain hijau, tapi kadang-kadang tu terbeli juga t-shirt warna hitam... Contohnya t-shirt Manggas, t-shirt rasmi North Borneo Trooper (NBT) dan t-shirt The Number Of The Beast. Kali ni terbeli lagi sehelai t-shirt warna hitam dengan imej yang agak kurang enak dipandang masyarakat...

Imej yang "ngeri" banyak tengkorak (tengkoRAWK?).

Depan.

Belakang.

T-shirt ni bukanlah t-shirt mana-mana kugiran Rock/Metal, tapi merupakan t-shirt "Head Hunter, Sarawak, Borneo" yang aku beli di sebuah kedai cenderamata di Bintang Plaza Mall, Miri dengan harga RM35.

Sedikit sebanyak aku telah membantu mempromosikan sektor pelancongan di Sarawak.

Sebenarnya aku cemburu tengok ahli keluarga aku (rombongan Projek Mega 2011) semua pakat ramai-ramai beli t-shirt Sarawak (yang berimej kenyalang dan kucing) di premis tersebut. Aku pula beli yang berimej tengkorak, hahaha!

_____
Ada apa: Boleh jadi t-shirt rasmi Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) ni.

The Loneliness Of The Long Distance Driver (Final Part?)


Untuk episod TLOTLDD 2009 boleh rujuk di sini (part 1, part 2, part 3, part 4, part 5).

Entri versi malas menaip ayat, kalau ayat/perenggan panjang pun mungkin aku tengah emosional (bukan trans-nasional)...

Bertolak dari Bintulu seawal 6.00 pagi. Perjalanan yang lancar dari Bintulu ke Miri, dengan pemanduan santai 80-90 km/j bertemankan lagu-lagu Blaze Bayley.

9.15 pagi - Sampai di area Permyjaya, Miri (dah dekat dengan sempadan Brunei), singgah McDonald's drive-thru, bukan order drive-thru tapi singgah eat-in...

Eat-in sebab nak online, nak tengok emel, Facebook, Blogger dan check entri ni (scheduled-entry). Menu masih lagi menu breakfast. Huha huha terlalai online dalam sejam dibuatnya...

10.23 pagi - Bila sampai imigresen Sungai Tujoh (Brunei side), my worst nightmare begin, jem... Sangkut dalam 15-20 minit. Awat imigresen belah Malaysia tadi tak jem?

12.37 tengahari - Hampir dua jam kemudian bila sampai imigresen Kuala Lurah (Brunei), jem lagi... Sangkut dalam 30 minit, puas aku karaoke lagu Blaze Bayley menahan geram.

Beginilah keadaan biasa dalam cockpit Imago aku (tanpa co-pilot), sebakul bekalan makanan dan minuman untuk 10-12 jam pemanduan (100 Plus, Red Bull, Milo/Nescafe tin, RO water, Chipsmore), bakul kecik berisi 10 CD metal (oops, kantoi burger McD). Kalau balik waktu bulan puasa (balik raya), lain pula ceritanya...

2.31 petang - Di penghujung area Limbang menuju feri Pandaruan, sempadan Limbang dan Temburong (Brunei), jem nanas satu jam lebih menunggu giliran naik feri.

Padahal menyeberangi Sungai Pandaruan menaiki feri ni bukannya jauh mana pun (kononnya 20 meter), tak sampai 10 minit. Nak harapkan jambatan? Baru sekarang kerajaan Malaysia dan Brunei terpikir nak buat jambatan...

"LIMBANG: Pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Pandaruan yang memisahkan Limbang di Malaysia dan Temburung di Brunei bakal dibina tahun ini dengan kos RM25 juta..." - artikel Berita Harian Online.

Kalau tahun ni (2011) mula pembinaan, maknanya paling cepat dua tahun baru siap, macam jambatan Sungai Trusan di Lawas (alhamdulillah dah mula beroperasi waktu raya tahun lepas).

3.49 petang - Setengah jam kemudian di imigresen Labu (Brunei), aik? Jem nanas juga? Kurang-kurang sangkut lagi 15-20 minit.

Ini bukanlah jem paling teruk aku pernah alami, masih boleh dikira tahap "biasa". Paling teruk aku pernah sangkut dalam jem hampir 3 kilometer panjang (bersamaan hampir 3 jam) di imigresen Kuala Lurah penghujung 2006 dulu (esoknya nak Raya Haji).

Imigresen Malaysia tadak masalah sebab kompleks CIQ Sungai Tujoh (Miri), Tedungan (Limbang) dan Mengkalap (Lawas) semuanya jenis moden, mempunyai banyak lorong yang akan beroperasi semaksimum bila musim-musim tertentu, hari-hari biasa mungkin cuma 2-3 lorong saja yang beroperasi.

Cuma aku tak berapa puas hati dengan imigresen Pandaruan (Limbang) dan imigresen Merapok (sempadan Sabah/Sarawak) yang suka buka kaunter di sebelah kiri pemandu, agak menyusahkan bagi yang memandu solo (macam aku), apa dia ingat ni Amerika kah?

Gambar hiasan - Bank Rakyat Pekan Beaufort. Banyaknya sampah slip!

Secara rasmi aku tiba di Pekan Beaufort dalam pukul 6.00 petang. Selalunya kalau imigresen dan feri lancar, aku akan tiba dalam pukul 4.00-5.00 petang. Dah tadak mood nak ronda-ronda Pekan Beaufort, lepas singgah di Bank Rakyat (duit dah habis ooo) aku terus balik Membakut dan seterusnya Kampung Pimping... TAMMAT (tiru ayat blog Geng Kereta Sapu)

[Entri Mini] Selamat Hari Gawai Dayak

Selamat menyambut Hari Gawai Dayak kepada rakan-rakan Iban, Bidayuh, Orang Ulu Sarawakian dan pembaca/pengikut blog AADI (terutamanya Garyjazz) yang menyambutnya esok dan lusa (1-2/6/2011) dengan ucapan Gayu Guru Gerai Nyamai. Harap terhibur dengan videoclip di bawah ni (one of my favourite Iban song)...

Anang palau tiga ari tiga malam ngirup tuak...

_____
Ada apa: Garu-garu rasa nyamai...

Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 4)


Sabtu 1/1/2011 (sindrom 1.1.11) - Hari aku kembali ke Bintulu, bertolak dari Membakut seawal 6.00 pagi. Seperti biasa CD Metal merupakan bekalan utama untuk pemanduan jarak jauh sebagai anti-stress, anti-mengantuk dan fungsi utamanya sebagai hiburan. Selain itu, aku akan pasang radio setiap satu jam untuk mendengar berita dari stesen radio kegemaran - Klasik Nasional!

15 audio CD untuk bekalan pemanduan jarak jauh aku kali ni (not in order of appearance) - The Final Frontier, Virtual XI, Best Of The Beast, Capitol Punishment, Hakikat, Load, And Justice For All (belum buat entri lagi), Promise And Terror, Poetry For The Poisoned, Scream, Blooddrunk (versi Jack Sparrow HK), Images And Words, The Forgotten Tales, Let Go dan Somehow, Someway (hehehe ada juga terselit non-Metal).

Oh ya, tak lupa Foo Fighters - self-titled dan Metallica - S&M (2-disc).
Maknanya ada 17 album audio CD aku bawa.

Lain cerita, hari Selasa lepas (28/12/2010) waktu balik dari KK, CD player Imago aku (standard Perodua player) tiba-tiba buat hal. Tak boleh nak eject CD, lain-lain tadak masalah...

Masih boleh mainkan CD yang terperangkap di dalamnya. Bila tekan butang eject langsung tadak bunyi motor kemudian keluar mesej error ER-3, maknanya bukan masalah CD bengkok.

CD malang yang menjadi mangsa terperangkap ialah Load.

Nasib baik senang nak buka dan keluarkan, CD pun selamat tak calar. CD Player Perodua ni (ntah apa brand) boleh tahan juga, selama 4-5 tahun aku guna hampir hari-hari pasang CD (I'm not those cheapo-kind who plays MP3 via FM emulator). Dan kini tiba masanya untuk aku menggantikannya dengan player yang baru.

Sebenarnya dah lama aku nak upgrade CD player dalam Imago aku, sejak dari mula-mula berkereta (2006) aku dah berangan-angan nak upgrade audio sound system (kes pengaruh MTV Pimp My Ride). Disebabkan kekangan kewangan yang dah lari pi hobi lain (waktu tu aku hardcore PC gamers, belum gila gitar) jadi, guna sajalah apa yang ada.

Tapi kali ni, mandatori mesti ganti (upgrade). Kalau tak, "keringlah aku" mana tahan memandu jarak jauh tanpa CD Metal! And yes, don't mention about those MP3 emulator again, nothing beats the sound produced by an audio CD with a good player (except 5.1 surround sound of DVD audio). Dan cuma dalam Imago sajalah aku dapat pasang kuat-kuat CD yang aku borong dari eBay.

Enter Sony Xplod CDX-GT180.

Model termurah dalam siri Xplod, cuma boleh main audio CD dan tuner (radio). Dan tak lupa extra feature frontal auxiliary input untuk Walkman, iPod atau apa-apa input lain (gitar?). MP3/MPEG/VCD/DVD support? Aku tak perlukan itu semua...

"Slot in non-MP3 - True fidelity sound through clear reproduction system"
Manggas t-shirt cameo appearance.

Dan sememangnya bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh Xplod ni memang berbeza (lebih mantap) berbanding standard player Perodua, ada beberapa bunyi yang sebelum ni tak pernah dengar (orchestral sound of S&M ambient effects of Kamelot songs) walaupun masih mengekalkan 4-channel speakers Perodua yang asal. Lebih-lebih lagi bila aku tambah sepasang tweeter murahan yang dipasang pada dashboard.

Satu lagi extra feature yang aku baru perasan, bila pasang CD yang agak moden akan terpapar info tajuk lagu, tajuk album dan nama artis. Setakat ni CD Promise And Terror, Scream, The Man Who Would Not Die dan Gravity Of Light ada memaparkan info tersebut. Nanti nak cuba CD moden yang lain.

_____
Ada apa: 3.1.2011?

Antara McDonald's Dan Tour De Brunei


Entri ni sepatutnya aku post sebelum entri Sepetang Di Limbang, sebab ni cerita area Miri.

Ahad 26/12/2010 - Bertolak dari Bintulu seawal 6.00 pagi, memandu hampir tiga jam untuk sampai ke Bandaraya Miri (kelajuan santai 80-90 km/j).

Dipendekkan cerita, sepanjang perjalanan dari bulatan terakhir di Bandaraya Miri sehingga Permyjaya, ada banyak banner iklan "McDonald's drive-thru kini dibuka di Permyjaya" digantung pada tiang lampu jalan. Wow! Ini sudah bagus! Waktu aku balik raya lepas belum ada lagi ni.

Towering sign, you won't miss it!

Aku boleh agak, selain penduduk tempatan area Permyjaya dan Senadin, sasaran utama Eljo Restaurant Sdn. Bhd. (pengusaha McD di Sarawak) membuka McD drive-thru di area Permyjaya ni ialah orang-orang dari Negara Brunei Darussalam yang selalu ke Miri pada hujung minggu dan musim cuti. Sebelum ni satu-satunya restoran McD yang ada di Miri ialah di Bintang Mall (formerly known as Bintang Plaza), and believe me, it's always crowded by our *dangsanak...

Rambang mata memilih menu breakfast dan snap gambar, sampai aku terlepas pandang tempat membuat pesanan (pedestal bertulis "sila pesan di sini" tu). Aku ingatkan order di kiosk yang macam McD drive-thru on the way pi 1Borneo, KK. Pasal malas nak tawaf lagi satu pusingan, aku park Imago depan restoran kemudian order secara manual di kaunter.

Macam cliché diner filem-filem Hollywood.

Kebiasaan kalau sarapan McD aku order Big Breakfast Set, tapi memandangkan aku tak nak buang masa eat-in, aku order Sausage McMuffin with egg, hash-brown + coffee sahaja (take away) sebab senang nak makan sambil memandu.

Memang strategik lokasi McD drive-thru ni, terutamanya kepada long distance driver (the lonely one - macam aku), sebab ia bersebelahan dengan stesen Shell. Kalau perjalanan balik Sabah, memang aku akan sampi area ni dalam pukul 9.00-9.30 pagi @ breakfast. Kalau perjalanan balik Bintulu akan sampai dalam pukul 12.30-1.30 tengahari @ lunch. Cool eh? Kini pemanduan tour de Brunei aku makin menarik.

Jadi, selepas-selepas ni kalau aku balik Bintulu, tak perlu singgah bandaraya Miri untuk isi petrol dan tak perlu menyusahkan diri mencari parking di Bintang Mall semata-mata nak makan McD. Just pump petrol here, drive-thru order or manual order, then on my way off to Bintulu. Boleh menjimatkan masa dalam sejam dua.

Dear Eljo Restaurant Sdn. Bhd. If you're reading this entry, please open up McD restaurant in Bintulu in the near future ^^

*dangsanak = sanak-saudara (Brunei)

_____
Ada apa: Fyi, seperti aku merapu dalam entri ni, di Bintulu tadak McD...

Kembali Ke Bintulu (Part 6)


Kesinambungan daripada entri yang lepas...

Selepas bersessi fotografi kat Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi (Temburong, Brunei), kemudian terperangkap sejam lebih menunggu giliran naik feri Sungai Pandaruan, dan seterusnya melalui bandar Limbang kemudiannya menuju Kompleks *CIQ Tedungan (sempadan Malaysia-Brunei).

*CIQ = Custom, Immigration, Quarantine.

Kompleks CIQ Tedungan, Limbang (Sarawak).
The Other side was Kuala Lurah, Brunei.

Setelah hampir sejam lebih melalui Brunei (R&R sebentar di Shell Lamunin), akhirnya sampai di Kompleks CIQ Sungai Tujuh (Sempadan Brunei-Malaysia). The other side was Miri, Sarawak. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Kalau bukan musim perayaan, biasanya aku sampai di Miri dalam pukul 12.00-1.00 tengahari.

_____

Bintang Mall (dahulunya Bintang Plaza) merupakan destinasi utama bila berada di bandar Miri, semata-mata nak makan burger GCB McDonald's, sebelum tu sempat singgah kat Speedy Video dulu, browsing for some (potential) interesting CDs.

Seperti Speedy Video kat Kota Kinabalu, Speedy Video kat Bintang Mall ni pun ada menjual CD The Final Frontier (dengan harga standard RM40.90). Selain promosi 3 for RM30 untuk CD artis tempatan bawah label Sony BMG, terdapat jugak promosi 2 for RM50 untuk CD artis antarabangsa yang terpilih. Daripada gambar kat atas, album kompilasi Somewhere Back In Time jugak mempunyai sticker promosi. Nasib baik aku dah order kat eBay, kalau tak memang aku dah beli.

Nasib baik bukan album Bleach, seperti Iron Maiden, album kompilasi dan live bukanlah priority dalam koleksi Nirvana aku, so skipped... Selain kompilasi Nirvana, kompilasi Guns & Roses dan album terbaru Scorpions pun ada sticker promosi ni. In the end, satu CD pun aku tak beli, sebab nak kejar masa dan berkira sangat (ekonomi tak berapa mengizinkan) hehehe...

Sampai kat McDonald's (second floor) memang hampa... Dahlah langsung tadak GCB, kebanyakkan burger-burger best pun tadak, yang ada cuma McChicken, Fillet O'Fish, Chicken McNuggets dan bubur ayam sahaja. Siap ada notis kat kaunter, alasannya kehabisan stok, stok baru tak sampai lagi (cuti raya kot?). Takpelah, bedal je McChicken dan bubur ayam...

Dalam pukul 5.00 petang barulah kami meneruskan perjalanan balik ke Bintulu. Disebabkan lewat bertolak (kebiasaannya mesti bertolak dari Miri dalam pukul 3.00-4.00 petang), pastinya pemanduan balik Bintulu agak mencabar bila meredah jalan gelap hanya lampu kereta sahaja punca cahaya sebab coastal road Miri-Bintulu melalui area ladang kelapa sawit dan bukannya kawasan kampung dan rumah panjang seperti jalan lama. Kali ni merupakan kali ketiga aku balik dari Miri menuju Bintulu memandu waktu malam.

Twilight... Somewhere between Miri-Bintulu coastal road.

Selamat sampai di Bintulu dalam pukul 8.00 malam, nasib baik ada co-pilot, kalau tak memang bosan (dan meremang bulu roma) kalau memandu long distant sorang-sorang waktu malam. Bertemankan lagu-lagu dalam album The Final Frontier dan Radio Klasik Nasional (selang sejam untuk dengar berita) sepanjang perjalanan... Yang hairannya, aku enjoy humming dan sing-along tapi co-pilot boleh tertidur bila dengar lagu When The Wild Wind Blows...

Seperti biasa, jarak antara Membakut dan Bintulu dalam 550+ km, mengambil masa sehari suntuk untuk sampai disebabkan masalah sempadan dan feri... Dan seperti biasa, Imago aku hanya memerlukan RM50 untuk belanja petrol sepanjang perjalanan.

_____
Ada apa: "Cover CD ada gambar hantu, tapi lagu taklah sehantu mana pun..."

Kembali Ke Bintulu (Part 4)


Sabtu 10/7/2010 - Aku bertolak dari kampung dalam pukul 6.30 pagi. Berbekalkan dua CD baru iaitu Powerslave dan The Best Of Mercyful Fate (yang aku beli Khamis lepas, nanti aku buat entri lain) sepanjang perjalanan disamping 10 CD lain yang aku bawa dari Bintulu.

Wira merah tengah terkial-kial naik dan turun dari feri Sungai Trusan disebabkan telampau lowered. Dah tau nak trans-Borneo lagi nak lowered? Ataupun mamat ni baru kali pertama trans-Borneo? (Antara faktor utama kenapa aku tak jadi nak bagi lowered dan tambah skirting Imago aku).

Akhirnya, setelah berusaha turun perlahan-lahan dari feri (mengambil masa hampir 10 minit) dengan bantuan pengusaha feri, Wira merah ni akhirnya dapat turun feri dengan jayanya malangnya. Bumper belakangnya tersangkut kat lantai dan terkopek (tak sempat aku nak snap gambar). Aku (dan mungkin pemandu Hi-Lux kat kiri) tersengih je tengok sambil berkata dalam hati "padan muka"...

Kat area Kampung Gunaya Limbang, ada sebuah rumah terbakar. Memang terbakar habis, terlampau teruk sampai bomba pun tak boleh buat apa-apa, disebabkan tadak rumah yang berhampiran jadi bomba hanya membiarkannya hangus dan mengawal orang ramai daripada menghampiri kawasan kebakaran. Aku hanya sempat snap gambar kat atas cepat-cepat, sebab bomba tak bagi berhenti tepi jalan. Dari dalam kereta dengan jarak hampir 20-30 meter, aku masih terasa bahang api.

Imigresen Sungai Tujuh (Brunei side), rata-rata kereta yang menuju ke arah miri merupakan kereta-kereta Brunei. Beginilah aktiviti mingguan kebanyakkan orang-orang Brunei, menghabiskan hujung minggu di Miri (atau Kota Kinabalu).

Tak lama lagi, Kompleks Imigresen Sungai Tujuh (Malaysian Side) akan diganti dengan kompleks yang baru (under construction), harap-harap ia lebih besar daripada kompleks CIQ (Custom, Immigration, Quarantine) Kuala Lurah-Tedungan di Limbang dan CIQ Lawas.

Seperti yang dijangkakan, aku tiba di bandaraya Miri dalam pukul 1.30 petang. Mula-mula nak pi Bintang Plaza (kini namanya Bintang Megamall) tapi tak jadi disebabkan aku tanak buang masa mencari tempat parking (penuh dengan kereta bernombor plet Brunei), jadi aku tukar plan pi Imperial Mall. Bukan apa, selain nak tapau makanan tujuan utama aku nak pi Speedy Video hehehe...

Aku bernasib baik sebab akhirnya terjumpa CD yang selama ni aku cari kat Speedy Video - Tarja Turunen My Winter Storm (versi Special Malaysian Edition). Nak cari versi biasa jangan haraplah, kat eBay pun CD ni mahal gila RM80+ macam CD Blaze Bayley The Man Who Would Not Die. Nanti aku buat entri lain...

Dah dapat CD, dan menapau burger KFC (senang nak makan sambil memandu) akupun bergegas balik kembali ke Bintulu. Disebabkan purata pemanduanku (80-100 km/j) akan mengambil masa dua setengah jam untuk sampai di Bintulu, jadi aku kena bertolak dari Miri sebelum pukul 3.30 petang untuk mengelakkan tiba di Bintulu waktu hari dah senja. Malam nanti dah janji dengan member nak tengok muvi Predators.

Aku tiba di Bintulu 15 minit lebih awal daripada yang dijangkakan, 5.45 petang. Mungkinkah disebabkan ketiadaan dua buah gitar menyebabkan Imago aku lebih ringan? Hahaha...

_____
Ada apa: Cuti raya nanti dapat kebenaran balik berdua ;)

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger