Showing posts with label cola. Show all posts
Showing posts with label cola. Show all posts

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Mango?


Sudah terbiasa dengan Pepsi Bold bersama dengan sajian KFC, juga pernah mencuba Pepsi Bold perisa halia, vanilla dan limau.

Baru-baru ini (adalah dalam 2-3 bulan gitu) terjumpa pula perisa mangga, terus beli. Seperti Pepsi Bold lain, perisa-perisanya hanyalah sekadar sampingan sahaja tatkala rasa ikonik Pepsi Bold masih menguasai. Tapi, seperti varian minuman Pepsi dan 7-Up yang lain, ia lebih murah berbanding khemah Coke dan Sprite.

_____
AADI: Nak lebih kick? Minum kola Daebak.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Lime?


Selepas halia dan vanilla, terjumpa satu lagi perisa Pepsi Bold, iaitu perisa limau.

Rasa limaunya jelas terasa, dan seakan-akan minuman limau nipis berkarbonat ditambah perisa kola. Tapi tidak dapat lawan rasa lemon Pepsi Twist yang nostalgik, bersama-sama Vanilla Coke pasti akan mengingatkan aku era awal 2000an.

Cerita pasal Pepsi Bold, nah versi ini katanya edisi terhad dan eksklusif di 7-Eleven sahaja, tapi tengok berlambak lagi di pasar raya F.

_____
AADI: Berteromber katanya ada kumpul Pepsi Blackpink ni, betul ke?

Ada Apa Dengan KroBe Salt Cola?


Kola pedas sudah, kali ni kola masin pula. KroBe Salt Cola ini dijumpai di pasar raya M dengan harga RM1.90 untuk setin 320 ml.

Buatan Malaysia oleh OP-G Innovative Industry Sdn. Bhd. Batu Berendam Melaka. Rasa kolanya agak generik seperti Dubai Cola dan Est Cola, tapi ada sikit rasa masin dengan hype mengandungi garam Himalaya membuatkannya unik. Tapi masinnya tidaklah semasin air laut, lebih kurang macam masin air Eno original.

_____
AADI: Bolehlah kalau dah tak ada kola lain.

Ada Apa Dengan Cheers Daebak Ghost Pepper Cola?


Terjumpa minuman kola gila ini di pasar raya F dijual dengan harga RM2.50 untuk setin 325 ml. Kolaborasi antara Cheers dan Daebak (대박) Malaysia menghasilkan satu daripada minuman paling gila yang pernah aku cuba.

Aku pernah nampak kola Cheers dan mee cawan Mamee dijual sebagai kombo Daebak di 7-Eleven, katanya limited edition bersempena Halloween, tapi taklah tertarik ketika itu. Tapi sedia maklum, produk berlabel Daebak memang gila-gila pedas.

Imej 7-Eleven, cilok blog Minime Insights.

Aku mencubanya dalam keadaan sejuk, dituang ke dalam gelas kecil... Sejurus selepas tin dibuka, gas karbonat yang terlepas bisa membuatkan hidung aku pedih dan otomatik terus bersin.

Rasa? Untuk rasa kola, ia rasa standard kola Cheers iaitu rasa kola generic (tidaklah seikonik rasa Coca-Cola atau Pepsi). Tapi selepas seteguk, rasa pedas-pedas karbonat mula diganti oleh pedas ghost pepper yang amat raya. Berjaya juga menghabiskan segelas kecil tadi (mungkin 1/4 daripada isipadu tin). Lepas tu kepala aku sakit dari petang sampai ke malam, kah kah kah... Daebak kau!

Inilah minuman kedua untuk entri AADI yang tidak dapat dihabiskan selepas Fontana mixed vegetables juice 10 tahun lepas. Makanan pedas ekstrim dapat diterima, mee Daebak pun aku lulus cabarannya, kerana toleransi pedas aku amat tinggi. Walaupun trendy, tapi untuk dijadikan minuman bukanlah pilihan bijak,walaupun berperisa kola.

_____
AADI: Nasib baik tak sakit perut.

Wordless Wednesday: Pepsi/7-Up CNY 2021



_____
AADI: Acara tahunan Pepsi/7-Up.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Vanilla?


Terjumpa pula Pepsi Bold perisa vanilla (label jalur cream) di pasar raya F ketika gagal mencari Vanilla Coke. Dengan harga runcit yang disyorkan RM2.50 untuk sebotol 1.25 liter ini.


Pada pendapat aku, rasa vanillanya tidak berapa ketara, agak tenggelam dek rasa manis tiruan, tidak seperti perisa halia. Aku berharap pihak Pepsi kembali mengeluarkan Pepsi Twist sama ada dalam versi biasa atau versi Bold.

_____
AADI: Pepsi Twist vs Vanilla Coke, dua-dua ada memori 2003.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Ginger?


Dah agak biasa dengan Pepsi Bold bila membeli apa-apa kombo KFC, tapi agak jarang dibeli seadanya.


Terjumpa Pepsi Bold perisa halia (label jalur emas) di premis runcit 24-jam. Walaupun harga runcit yang disyorkan RM1.00 tertera pada tin, tetapi ia dijual agak mahal sedikit mengambil faktor premis runcit 24-jam itu tadi.

Rasa? Adalah sikit rasa pedar-pedih halia, tapi taklah sampai tahap ohsem seperti Bundaberg ginger beer.

_____
AADI: Dah lama tak pekena Bundaberg...

Wordless Wednesday: Pepsi Bold CNY 2020




_____
AADI: Tak nak kumpul.

Ada Apa Dengan Dubai Cola?


Baru ada masa untuk berblog setelah terikat dengan jadual Ramadhan yang ketat dan cuti raya balik kampung. Ini antara entri yang sepatutnya untuk bulan Ramadhan, terperap dalam draft.

+1 untuk label yang ringkas tapi menarik.
Dubai Cola dengan perisa kurma dan madu, merupakan pemberian seorang kenalan untuk dicuba. Nama saja ada "Dubai", tetapi ia merupakan produk buatan Eropah dengan logo halal Jerman. Untuk rantau Asia Tenggara, hanya Brunei sahaja ada dalam senarai pengedar, selebihnya Belanda, Amerika Utara, Afrika Selatan, Morocco, Romania dan Bulgaria.

Imej website.
Rasa kolanya lebih kurang rasa kola murahan generik (My Cola, Gardenia, 2More, Cap Itik) tetapi "diselamatkan" oleh rasa madu dan kurma yang membuatkannya agak eksotik. Bagi aku untuk kola, hanya Coca Cola dan Pepsi sahaja yang memiliki rasa kola tersendiri yang unik.

Aku rasa kalau ada dijual di Malaysia, mungkin harganya semahal Red Bull biru sebab barang import dari Eropah.

_____
AADI: Pandan Cola.

Wordless Wednesday: Coca-Cola Zero



Adik Ultraman Zero.
_____
Ada apa: Diet Coke in disguise?

Ada Apa Dengan Est Cola?


Est Cola, sebenarnya gambar ni dah lama dalam draft, kalau tak silap sebelum bulan puasa. Dibeli di premis F dengan harga pengenalan RM1.00 untuk setin 325 ml. Ketika itu (beberapa bulan lepas) ia belum dijual di premis-premis lain, sekarang rasanya dah berlambak.


Rasa? Hmmm... Kalau dah biasa dengan rasa Coca-Cola atau Pepsi, sudah pasti rasa kola jenama lain agak lucu (funny taste?). Ini merupakan produk F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. Aku tak pasti kenapa F&N cuba untuk memasarkan jenama kola baru lagi walaupun dah ada My Cola yang juga rasanya seakan sama (lucu?).

Bila diGoogle, rupanya jenama Est Cola ni berasal dari Thailand dan ada kaitan dengan jenama Pepsi. Mungkin F&N hanya sebagai pengilang/pengeluar dan bukan pemegang hak jenamanya.

_____
Ada apa: Segan minum kola depan Mrs. Ijau, nanti kena "tegur".

Ada Apa Dengan Coca-Cola? (Part 2)


Coca-Cola? Kalau aku buat entri pasal Coca-Cola beberapa bulan lepas (macam entri ni) pasti tiada yang akan "tersinggung" berbanding musim-musim kemurungan mutakhir ni.


Promosi Krismas, beli tiga botol Coca-Cola (atau adik-beradiknya; A&W Sarsaparilla, Sprite dan Fanta) berisipadu 1.5 liter atau 2 liter di premis-premis yang menyertai promosi ni, percuma satu set kutleri (sudu dan garpu) Coca-Cola.

Together-gether lagi syok!
Bagi hoarder pengumpul macam aku, peluang untuk mendapatkan benda-benda sebegini pasti tidak akan dilepaskan. Dan bagi mereka yang rajin menonton Pawn Stars dan Kings Of Restoration pastinya tahu barangan "memoribilia" berkaitan Coca-Cola mempunyai nilai estatika dan kolektibiliti yang tinggi.

Entri Mini: AADI @ 80k


Odometer AADI dah mencecah angka 80k, agak-agak sempat tak masuk kelab 100k (macam berteromber) sebelum 2013?

_____
Ada apa: Dah pernah minum myCola?

Ada Apa Dengan Coca-Cola?


Terjumpa Coca-Cola dalam botol kaca (250 ml) ni di pasaraya NWM Sabtu lepas. Dengan harga promosi RM1.20 sebotol, memang aku terus membelinya memandangkan Coca-Cola botol sebegini dijual di pasaraya lain dengan harga RM2.00-4.00 sebotol!

Ya, ini merupakan Coca-Cola buatan Thailand (imported). Setahu aku, pada masa kini Coca-Cola Malaysia hanya memasarkan Coca-Cola dalam bentuk tin (365 ml) dan botol plastik (500, 1500 dan 2000 ml) sahaja. Tidak lagi seperti tahun 80an dulu, Coca-Cola (dan beberapa minuman ringan jenama lain) dijual dalam bentuk botol kaca 285 ml (biasa didapati di restoran mamak).

Oh ya, rasanya juga sedikit berbeza dengan Coca-Cola tempatan, mungkin disebabkan gas (karbonat) yang banyak menyebabkan lidah terasa sedikit pedih bila meminumnya - seperti rasa Coca-Cola pertama yang kita minum dulu...

_____
Ada apa: Atas dasar hoarder collector (pengumpul), botol kaca tu aku tak buang, hehehe...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger