Showing posts with label bmf2013. Show all posts
Showing posts with label bmf2013. Show all posts

BMF2013: Prequel


Jumaat (1/3/2013) - Beberapa gambar sekitar kerja-kerja buruh kasar dan soundcheck pada malam sebelum gig Bintulu Music Fest 2013 bertempat di Stadium Muhibah Bintulu.


Penganjur suruh aku datang sekitar 9.00 malam untuk tolong-tolong bab teknikal dan audio, tapi waktu aku sampai semua dah siap cuma tinggal soundcheck saja lagi.

Aku agak teruja melihat perkakasan ada di atas, di belakang dan di bawah pentas. Selain perkakasan asas 36 Studio, juga disokong oleh perkakasan "live concert" dari Vaie Entertainment dan Zoso Music.


Selain geng Metuk Ulau Project, ada juga beberapa kumpulan lain yang hadir pada malam tersebut untuk sessi soundcheck. Tapi kami dimaklumkan oleh pihak penganjur hanya dapat soundcheck selepas pukul 11.00 disebabkan tidak mahu mengganggu mereka yang masih main futsal di bawah (gelanggang futsal disewa sehingga 11.00 malam).


Tapi malangnya sehingga pukul 12.00 tengah malam masih ada masalah teknikal yang dialami, antaranya amp bass Hartke HyDrive 5210C, nasib baik ada backup amp bass Peavey. Ramai ahli-ahli kumpulan yang datang untuk sessi soundcheck tadi mula beredar pulang seorang demi seorang...

Bob Kandar dan Rezal BIMM.
Aku nak cuba tolong troubleshoot pun rasa segan, sebab dah cukup ramai "kaki-tangan teknikal" yang ada ketika itu, seorang cakap lain seorang cakap lain, malaslah nak masuk campur. Aku pun beredar pulang sekitar 12.30 malam dengan hati yang agak hampa bukan sebab tak dapat soundcheck, tapi terlepas peluang nak tengok filem Rocky V di TV2.

_____
Ada apa: Daripada info kurang rasmi, pukul 3.00 pagi baru selesai masalah...

MUP/BMF: Ice Cream For Me Bintulu!


Seperti yang dijanjikan, ini merupakan entri berasingan untuk persembahan Metuk Ulau Project pada hari kedua Bintulu Music Fest 2013. Kalau diikutkan jadual, slot persembahan MUP adalah sekitar pukul 11.20 pagi, tapi disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, ia diseret sehingga pukul 1.00 petang.

This is MUP! No mask allowed :)
Korawk menggalas tugas sebagai bassist menggantikan Adi Herman yang berkomitmen dengan kumpulan Tresno dan agak sibuk sebagai penganjur. Korawk menggunakan ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) yang kini menjadi aset Curse Of God, dan ia memang serasi dengan Korawk.

Weapons of GREEN destruction.
Aku hanya menggunakan rig yang paling ringkas untuk gig ni - Calypso yang disambung terus ke amp pentas Marshall MG102FX (kepunyaan 36 Studio) melalui Joyo JF-01 Vintage Overdrive (TS808 clone) sebagai booster. Dengan rig begini, setup dan soundcheck aku tak sampai pun lima minit, hehehe...

DiMarzio + Tube Screamer + Marshall distortion = you gotta love that "British" growl.

"...just another cover band, and this is madness!"
1st drummer - Bob Kandar.
Drum setup MUP menggunakan Pearl M1440 piccolo snare drum serta Pearl Demon Drive kepunyaan Rashid Malim (2nd drummer), selebihnya merupakan standard drumset 36 Studio.


Setlist MUP (play-safe list) untuk BMF2013:
  1. Caught Somewhere In Time (intro)
  2. Wasted Years
  3. The Trooper
    -tukar drummer-
  4. Paranoid (Black Sabbath version with Megadeth's tempo)
  5. Fear Of The Duck Dark
X-11 gig debut!
Ini merupakan gig pertama Azrol menggunakan gitar barunya, Cort X-11. Sebelum ni biasanya aku akan pinjamkan Mirage aku. Permainan gitar Azrol amat konsisten, tak menyesal aku dan Bob tarik Azrol masuk Hepi;) beberapa tahun lepas.

Recycled video.


Berikut merupakan video persembahan penuh MUP/BMF yang dimuatnaik oleh Korawk di Facebook. Kualiti bunyi di bawah amat berbeza dengan di atas pentas, mungkin disebabkan keadaan ruang dalaman stadium yang bergema.

@2:05 & @8:47 - forever alone~ (sedih)

@3:31 - Korawk forever alone~ (sedih)

Post-mortem persembahan MUP:
  1. Aku rasa semua lagu yang dimainkan oleh MUP adalah pada tempo yang amat laju, kes adrenaline rush kot?
  2. Best bila ada dua orang drummer(s), bila penat, boleh ganti.
  3. Aku terlupa rangkap terakhir lagu Paranoid, hehehe...
  4. Secara rasminya, ini merupakan kali ketiga aku mengikuti gig, masih kurang pengalaman.
  5. Perlukah MUP cipta lagu sendiri? We're just another cover band...

Ini sajalah penonton yang ada semasa dan selepas persembahan MUP. Aku rasa persembahan MUP semasa Oktoberfest lagi gempak dan epik disebabkan penonton yang interaktif. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya Yong Joe Black terhibur di belakang sana - antara beberapa orang yang aku perasan sing-a-long lagu-lagu Iron Maiden.

Post-mortem keseluruhan BMF2013:
  1. Sound system dan equipment pentas memang tip-top, tapi disebabkan suasana dalam stadium yang bergema sedikit sebanyak mengganggu kualiti bunyi.
  2. Persembahan yang tidak mengikut jadual dan giliran.
  3. Beberapa pengunjung/penonton yang tidak sporting duduk di tepi pentas walaupun dah beberapa kali ditegur oleh pengacara majlis (Barangkali Marus).
  4. Penonton (crowds) Bintulu yang forever alone... Dan seperti yang dikomen oleh Adi Herman dalam entri lepas, penonton "pilih bulu" dan hanya menonton persembahan kumpulan kroni ataupun genre yang spesifik.
  5. Daripada gig ni aku dapat berkenalan dengan beberapa orang ahli muzik tempatan dan luar Bintulu.
Ice cream (scream) for me Bintulu!
Up the Irons \m/

_____
Ada apa: Kadang-kadang rasa malu bila tengok video persembahan sendiri.

Sekitar Hari Kedua Bintulu Music Fest 2013


Ahad (3/3/2013) - Hari kedua Bintulu Music Fest 2013 (BMF2013) dijadualkan bermula 10.00 pagi, aku dan Azrol datang sekitar 10.30 pagi. Tapi sedihnya tempat kejadian masih lengang, yang ada hanyalah geng-geng penganjur dan kumpulan XYZ (otai Bintulu) sedang membuat sessi soundcheck ditemani oleh ahli keluarga mereka.

XYZ in action - Graffiti!
Usia bukan penghalang untuk terus rock!
Seperti entri semalam, aku biarkan entri ni dalam bentuk "caption" sahaja, nanti bila aku ada idea nak merapu menjadi "keyboard warrior" aku akan tambah beberapa ayat penyedap.

Tresno in action! Steady Adi Herman!
Tauke 36 Studio turun padang menjadi drummer "bidan terjun" Tresno.
Tresno lagi, dari sudut yang berbeza.
Penganjur berjoget lambak.

Antara ahli Metuk Ulau Project (MUP) bersantai layan persembahan Tresno. Adakah Korawk sedang berdebar-debar menantikan giliran MUP? Persembahan MUP yang sepatutnya dijadualkan sekitar 11.20 pagi akhirnya terseret sehingga 1.00 petang.

*Some text missing...

Swan Angel, all-girls band from Swan City (Sibu).
Swan Angel, good performance (tapi masih malu-malu).
Jejak kasih Barangkali Marus bersama "adiknya" yang terpisah sekian lama.
Antara merchandise yang ada.
The tag says it all...
Seperti semalam, aku terpaksa balik awal sekitar 3.00 petang untuk meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga. Dan entri ni bukanlah ulasan/berita penuh untuk BMF2013...

*Persembahan MUP aku akan buat dalam entri berasingan.

_____
Ada apa: Forever alone Bintulu!~

Sekitar Hari Pertama Bintulu Music Fest 2013


Sabtu (2/3/2013) - Bintulu Music Fest 2013 (BMF2013) berlangsung selama dua hari bermula hari ini, walaupun persembahan hari pertama dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pagi, tapi aku dan Azrol datang sekitar 10.30 pagi.

Battle Royal or Royal Rumble?
Aku masih tak ada mood nak menaip, idea pun tak berapa memberangsangkan. Jadi aku biarkan entri ni dalam bentuk "caption" sajalah, nanti ada idea aku tambahlah ayat-ayat yang patut.

Daniel Ading of Gitaris Nusantara.
Apa? Daniel Ading nak join Metuk Ulau Project?
Majestica.
Eda Brig, kumpulan dangsanak kitani dari Brunei Darussalam.
Chief of Eda Brig (aka Mr. Tony Stark, hahaha!)
Erectus!
Aksi MUUVers layan persembahan Rimba Bara Erectus.
Selepas persembahan Erectus, aku terpaksa balik awal (awal apa dah dekat pukul 4.00 petang) sebab dah janji nak bawa Mrs. dan Lil'Ijau keluar jalan-jalan hujung minggu, rock pun rock juga tapi anak bini jangan lupa hehehe :)

Aku bukan wartawan, jadi tiadalah ulasan penuh mengenai BMF2013 ni, yang ada hanyalah entri merapu. Sama-sama kita nantikan ulasan dari Adi Herman nanti... Sebenarnya ada banyak kumpulan yang membuat persembahan pada hari pertama, tapi hanya beberapa sahaja yang sempat aku gambar (bias?).

Bersambung...

_____
Ada apa: Terima kasih kepada MC majlis (Barangkali Marus) yang sempat mempromosikan blog AADI kepada umum.

Wasted Years In 18 Seconds


Ada idea tapi tak ada mood nak menaip panjang (boleh masuk entri Wordless Wednesday ni). Penat sebagai performer dan penonton, tapi aku pasti penganjur Bintulu Music Fest 2013 (krew BIMM) 10-20 kali lebih penat, tak caya cuba tanya Adi Herman.


Hanya *18 saat video dari kamera Cyber-Shot DSC-S930 cabuk aku, video persembahan penuh ada pada kamera video Rashid Malim.

Up the Irons! \m/

*Video asal 18 saat, diedit oleh YouTube jadi 19 saat.

_____
Ada apa: Tapi sekurang-kurangnya Yong Joe Black terhibur, hahaha...

MUP/BMF Jam Session #1


Sabtu (23/2/2013) - Sessi jamming "rasmi" pertama Metuk Ulau Project persediaan untuk gig Bintulu Music Fest 2013 minggu depan, seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan.

Kali ni dan seterusnya untuk gig kelak Korawk menggalas tugas sebagai bassist, menggantikan Adi Herman yang lebih berkomitmen dengan kumpulan utamanya iaitu Tresno yang juga akan beraksi di pentas yang sama.


Tiada apa yang menarik untuk sessi kali ni kecuali sessi tanpa vokal, disebabkan power amp Behringer iNuke NU3000 studio yang menguasakan empat buah monitor amp Behringer VP1220F telah rosak (overload?) semasa sessi jamming oleh kumpulan lain pada hari sebelumnya.

Bersama ex-Clover aku
Semenjak bersama kumpulan Curse Of God sebagai bassist bertopeng bermusim (seasonist) untuk sessi rakaman dan beberapa sessi gig, Korawk nampaknya semakin mantap bermain bass. Tak lupa juga faktor ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) tu.


Kali ni aku menggunakan Goldie berbanding Calypso seperti minggu lepas. Walaupun membawa Zoom G2.1Nu ternyata menggunakan amp Marshall MG102FX secara terus (direct) lebih mudah dan ringkas. Sebenarnya aku masih dalam dilema sama ada ingin menggunakan singlecut ataupun superstrat untuk gig kelak.

Rokok elektrik Korawk.
Selesai sessi jamming, berkesempatan melepak beramai-ramai di Farley Food Court yang terletak beberapa blok dari studio, sambil-sambil membincangkan setlist, pengurusan masa persembahan, kewangan dan gimik yang bakal digunakan.

3-layer tea (aka teh C special).
_____
Ada apa: Gimik "stokin" RHCP oke tak? Hahaha!~

Wordless Wednesday: Bintulu Music Fest 2013



Imej cilok dari Facebook Es (Bintulu Buskers).
_____
Ada apa: Scream for me Bintulu?

Ada Apa Dengan Opening Season Gig 2013? (Part 2)


Opening Season Gig 2013 telah dinaiktaraf menjadi Bintulu Music Fest 2013 (info).

Terselit juga gambar aku dengan Goldie (sumber cilok).
_____
Ada apa: Pasti ramai yang akan mencari alatan muzik.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger