Showing posts with label so-cal. Show all posts
Showing posts with label so-cal. Show all posts

Wayne Richard Charvel


Setakat entri ini ditaip, belum ada lagi info rasmi di Facebook, Instagram mahupun website rasmi Charvel/Fender atau aku yang terlepas pandang? Kompeni gitar lain lebih awal memberi penghormatan, contohnya Schecter Guitars Custom Shop di bawah. [Updated 22/07/2026 10:00 pm] Selepas 3+ hari barulah ada ciapan rasmi dari Facebook Charvel.


So-Cal Style 1 HH (Candy) merupakan gitar #1 aku, bila buntu dengan gitar lain aku akan tetap kembali kepada gitar ini ataupun abang long Goldie. Teringin membawanya untuk Rock & Mob kelak, tapi selagi isu semasa belum selesai (*Fender main taik) ia hanya mainan di rumah sahaja.

Terima kasih tuan Wayne Richard Charvel untuk inovasi dan impak dalam dunia kegitaran khususnya genre rock/metal.

_____
AADI: *Batal hasrat peroleh Squier, sebaliknya memilih Dean.

Kealmarian Jerangkung


Audit axology setakat 25/10/2024...

Tiga terkini yang aktif - *Candy, *Goldie, Swede - diletakkan pada Rok-It supaya mudah diakses. Selebihnya - Shiro, Lagoon, Tigera, Chucky, Tommy, Francesco - diperiksa jika ada anomali, disimpan dalam hardcase/gigbag (kiri ke kanan) dan "dijerangkungkan" dalam almari.

Teringin untuk kembali aktif jamming seperti dahulu, tapi sekarang amat susah untuk mencari masa yang sesuai untuk mengumpulkan bandmates... Yang dua minggu lepas pun kira one-off sebab klausa farewell jamming.

Mrs. pula suruh let-go mana yang langsung tak diguna (*ayat standard: "asyik-asyik gitar tu juga yang diguna"), kemudian dana-dananya dilaburkan semula untuk model yang hi-end terus... Idea yang bagus, tapi kalaulah sesenang itu dapat dilepaskan memang dah lama aku buat.

_____
AADI: Api aku masih menyala.

Rust In Candy


Hampir semua skru pada pickguard Candy (Charvel So-Cal Style 1 HH) ini telah berkarat di bahagian yang bersentuhan dengan kayu badan, bahagian permukaan yang terdedah kepada elemen pula tiada masalah.

Ini bukannya skru asal, kerana set skru asal (imperial) semua sudahpun berkarat teruk seperti ini dan telah ditukar sekitar 2015-2016 dengan set skru (metric) yang dipesan melalu eBay (ketika itu Lazada/Shopee masih lagi BBNU).

Paling teruk ialah karat skru yang berada bawah bridge, apabila dipulas untuk dibuka terus patah dan sebahagian skru masih terbenam dalam kayu badan. Buat masa ni biarkan sajalah, belum cukup perkakasan untuk melakukan kerja-kerja pengekstrakan.

Pasak bridge Floyd Rose pun ada sedikit tanda-tanda pengaratan juga di bahagian yang bersentuhan dengan kayu badan.

Teori aku, karat ini mungkin disebabkan kayu badan yang masih memiliki lembapan dan bukan faktor tempat penyimpanannya (peti buaya) yang memiliki tahap kelembapan terkawal.

Gitar ini sudahpun berada 12 tahun dalam axology aku, dan 16 tahun secara umum usianya (model 2008). Sepatutnya, makin berumur, makin kering kayunya...

_____
AADI: Masih lagi gitar paling resonans dalam axology aku.

T-Shirt Charvel


Baju raya aku tahun ini, t-shirt rasmi Charvel Guitar Logo. Satu daripada pancingan bersempena promosi limited time hot deals Swee Lee minggu lepas. Nasib baik ada saiz gergasi XXL (US) dan tidak mendiskriminasikan saiz. Dengan diskaun 40% menjadikan harganya seperti t-shirt pasar raya.

Kabel Warwick RockBoard flat patch Y-splitter 20 cm sebagai pembelian sampingan. Seperti biasa pengeposan percuma dari Swee Lee Singapura menggunakan DHL Express membuatkannya berbaloi-baloi.

Buatan Mexico dengan tag Fender, fabriknya jenis lembut seperti t-shirt Orange. Pastinya akan dipadankan dengan gitar Candy untuk persembahan pentas atau gig kelak (itupun kalau ada). Tak ramai yang guna gitar Charvel, lagi-lagi di Bintulu ni hehehe...

Seperti t-shirt Orange, ia juga bisa digayakan pada hari-hari biasa tanpa perlu risau akan menyinggung perasaan orang lain, tidak seperti t-shirt ESP. Bak kata Berteromber "syariah compliance".

_____
AADI: Sekarang saiz XL pun aku dah boleh pakai.

Sekitar Local Gig 2022 @ Kelab Kidurong Bintulu


Sabtu (03/12/2022) - Sebelum bertolak ke Kelab Kidurong Bintulu, sempatlah bersantapan di Soto Nur Café setelah penat sessi jamming di studio Hepi;) sekitar 2.00-4.00 petang sebelumnya. Menjemput Herman Akmal (NV Unity, Sunday Mirka) sebagai bassist menjadikan line-up MUP kali ini full force 3-amigos.

Tiba di KKB sekitar 5.30 petang, acara masih belum bermula kerana belum ada pengunjung yang datang (tiada sambutan?), yang aku nampak hanyalah team sound system, ahli-ahli band yang lain dan beberapa orang rakan content creators termasuklah si Korawk. Lokasinya di Pavilion KKB, dewan yang sederhana besar tapi berhawa dingin sepenuhnya. Lokasi gig paling selesa setakat ini selepas Gold Mines.

Terus melakukan sessi souncheck, dimaklumkan lebih awal bahawa penyedia sound system acara ini ialah Soundwave yang biasanya hanya ada dua amp gitar (Kardon). Sebab itu aku bersedia membawa IRT-X untuk kegunaan sendiri (gitaris ketiga).

Secara tunggal, IRT-X ini cukup kuat (200W) untuk kegunaan pentas berskala kecil begini. Ia juga disambungkan ke PA system melalui DI out yang ada untuk sokongan sonik.

Menggunakan Candy untuk sessi ini sejajar dengan hasrat dalam entri ulang tahunnya yang ke-10. Nuing dan Methodman masing-masing menggunakan RG370AHMZ dan JS32 DKA Dinky, menjadikan 3-amigos kali ini team floating bridge. Sebagai band pertama kami dimaklumkan acara akan bermula selepas Maghrib sekitar 6.30 petang.

IRT-X di depan drumset, cukup kuat.

Setlist masih lagi bertahap "playsafe" kecuali dengan satu lagu cover percubaan untuk kali ini iaitu Derita Seorang Filasuf (Medicine). Sengaja diletakkannya sebagai lagu pertama kerana lirik yang masih segar dalam memori. Itupun masih ada terlupa lirik rangkap kedua...

Setlist

  1. Derita Seorang Filasuf
  2. Kabus
  3. Pentagram Di Atas Pusara (original MUP)
  4. 2 Minutes To Midnight
  5. The Trooper (encore)

Snippet menarik boleh ditonton dalam Facebook MUP. Video penuh lagu Pentagram dan Filasuf ada dirakam oleh si Korawk dan dimuat naik dalam Facebook Radio Bawah Tanah Sana dan YouTube-nya.

Sudahpun bersedia dengan sepeket Gaviscon untuk menangani sakit "post-gig syndrome" aku. Juga berterima kasih kerana penganjur yang ada menyediakan makanan dan minuman untuk ahli band dan petugas, sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan PGS tadi.

Persembahan kedua oleh band Dazegarden, band punk rock Bintulu. Kalaulah lutut aku tak sakit (faktor usia), teringin juga aku nak ikut junior-junior lompat dan berdansa bersama. Video persembahan ada di sini.

Sempat juga layan persembahan Medusa, band thrash metal old-school Bintulu. Bassistnya Asri pernah menyertai MUP sebagai seasonist semasa Bintulu Bike Week 2018. Video persembahan ada di sini.

Aku perasan, ramai ahli KKB yang datang sekitar pukul 7.00-7.30 malam. Mungkin acara sebegini dan di lokasi ini sesuai diadakan pada sebelah malam. Aku dan Methodman beredar sekitar 8.30 malam kerana ada urusan keluarga (beli barangan dapur sebelum kedai tutup). Tiada kesempatan menyaksikan persembahan dua band grunge Bintulu iaitu Buxnid dan Treasoner's Loyalty. Video mereka ada di sini, sini, sini dan sini. Tak pasti pula pukul berapa Bob Kandar balik... Nuing dan Herman Akmal bertahan sampai habis acara.

Post-mortem gig:

  1. Lokasi tempat kejadian memang top class, sayangnya kurang sambutan.
  2. Sound system walaupun ringkas tapi superb mungkin disebabkan dewan Pavilion memiliki rawatan akustik (carpeted floor, soundproof padded walls).
  3. IRT-X memang "rig of the match" aku untuk kali ini.
  4. Perlu kurangkan cover lagu Iron Maiden (era Dickinson) untuk mengurangkan PGS.
  5. Lagu Filasuf boleh menjadi lagu wajib untuk persembahan MUP seperti Kabus.
  6. Perlu cepat-cepat menyediakan lirik untuk 1-2 lagu MUP yang masih dalam proses latihan/demo.

Bolehlah secara rasminya sebagai penutup aktiviti kegitaran 2022 aku, Candy pun dah boleh direhatkan. Tahun depan lain cerita...

_____
AADI: #filasufyangmenderita

Throwback Thursday: Oktoberfest 2012


Aku berhenti buat entri trobek pasal Oktoberfest 2012 sejak lima tahun lepas. Tahun ini agak istimewa sedikit ditrobek semula kerana ulangtahun ke-10 peristiwa tersebut. Boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

Sessi soundcheck sebelah petang.

Merupakan persembahan gig kedua aku bersama MUP selepas Opening Season Gig 2012. Peristiwa yang menaikkan nama MUP sebagai antara cover band Iron Maiden Bintulu. Selepas-selepas itu menerima banyak jemputan untuk gig-gig tempatan - Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013 dan BRRU Rock Nite 2013 (tapi sekarang trend cover band dah basi*).

Sebelum ini aku tak berani solo, mula berani untuk ambil solo pertama lagu The Trooper (sebagai cabaran) yang semasa sessi latihan tak pernah menjadi sebab selalu terkucil. Tapi bila hari kejadian, mungkin disebabkan adrenalin dan mojo pentas, ia menjadi walaupun tidak sesempurna solo asal Adrian Smith.

Bangga juga kerana pernah berkongsi pentas bersama Majestica (bukan Majestica ini), yang kini menjadi satu nama besar muzik Iban kontemporari.

Gig pertama aku menggunakan Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) yang ternyata merupakan sebuah gitar yang tahan pukul dan amat sesuai untuk persembahan pentas.

Juga mula berkenal-kenalan dengan undergrounders/metalheads Bintulu dari kalangan penonton dan juga ahli band lain yang membuat persembahan pada malam itu.

*Selepas MUP 10th anniversary Facebook livestream tahun lepas, aku rasa MUP sudah tidak berapa relevan lagi. Kehangatan jamming bersama pun sudah tidak ada, mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Aku faham, akupun begitu. Mungkin aku boleh teruskan projek Hepi 2020 kembali...

_____
AADI: Ice cream for me Bintulu! \m/

Sedekad So-Cal


Semalam (14/09/2022) giliran Charvel So-Cal Style 1 HH pula menyambut ulang tahun ke-10 dalam axology aku, kedua selepas Goldie tahun lepas. Sebaya dengan anak sulung aku Lil'Ijau yang lahir bulan Mei tahun yang sama.

Pic courtesy of Dead Eye Guitars.

Diperolehi daripada Swee Lee Singapura dengan diskaun 40% penghabisan stok melalui perantaraan Dead Eye Guitars yang membawanya ke Malaysia. Walaupun dengan diskaun tadi, harganya masih dikira premium untuk tahap aku (ketika itu, 2012), tetapi aku nekad untuk mendapatkannya. Tidak lupa juga pengalaman mengerikan ketika membawanya balik menaiki Air Asia.

Satu-satunya gitar buatan Amerika (MIA) dalam axology aku, ditambah lagi dengan nombor siri yang unik 002255. Biasanya gitar buatan Amerika jarang-jarang jatuh nilai harganya.

Oktoberfest 2012 - gig pertama dengan So-Cal.

Juga gitar aku yang paling "sedap" dimainkan setakat ini. Tak perlu banyak bergelut dengan masalah ergonomik seperti capaian fret tinggi (tapi 22-fret sahajalah), genggaman neck yang cukup-cukup serasi dengan saiz tangan aku.

Ia juga tidak kurang memiliki nilai-nilai nostalgik. Berikut antara pencapaian dan perbatuannya:

BOTB BIKF 2015.

1) Gitar pentas paling bermojo, digunakan beberapa kali untuk gig dan persembahan pentas sekitar Bintulu - Oktoberfest 2012, Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013, BRRU Rock Nite 2013, BOTB BIKF 2015, BOTB Sebauh 2016, Sarawak Rock'n Mob 2018 dan terkini ketika King's Garage Open Gig beberapa bulan lepas.

2) Sebagai "self-proclaim IDK Signature Mark III", inilah gitar utama yang digunakan jika identiti Ijau D. Koceng diperlukan, contohnya semasa kolaborasi YouTube DEG Raya 2021, Merdeka 2021 dan CNY 2022 (kolab Raya 2022 aku guna Shiro).


Yours truly @ 6:15.

Yours truly @ 25:48.

Yours truly @ 14:05.

3) Hanya pernah sekali bertukar pikap iaitu kombo DiMarzio Air Norton/D-Activator tetapi kembali menggunakan pikap asal DiMarzio Evolution/Tone Zone beberapa bulan kemudian. Juga pernah dirancang menjadikannya SSS dengan set EMG-SA, tapi terbantut atas sebab-sebab teknikal.

Tapi ternyata, kombo pikap asal Evolution/Tone Zone memang sudah cukup ampuh untuk gitar ini. Respon pikap-pikap ini juga antara faktor ia "sedap" dimainkan. Modifikasi lain yang masih ada hanyalah sticker carbon fibre pada pickguard dan potentiometer push-pull StewMac untuk opsyen coil-split.

Pernah diberi nama Calypso iaitu derivasi daripada perkataan So-Cal ketika mula-mula dimiliki dan atas sebab-sebab tertentu beberapa tahun lepas aku berhenti menggelarnya dengan nama tersebut dan hanya digelar So-Cal sahaja. Tapi bersempena ulang tahunnya yang ke-10 ini, ia diberi nickname baharu iaitu CANDY bersempena warnanya candy green, terasalah comel sikit ;)

Harapnya ada lagi peluang beraksi atas pentas dengan gitar ini sebelum 2022 berakhir.

_____
AADI: Bukan Candy akan ku tunggu~

Monster Heavy So-Cal


Selepas beraksi open gig minggu lepas dengan tali lama, kali ini ia dibelanja dengan tali yang agak premium iaitu set Cleartone Monster Heavy Series 7 String 9409-7 (9-52) yang hampir dua tahun dalam simpanan. Ya, tali paling bawah (52) disimpan untuk projek lain.

Kali terakhir ia ditukar tali awal Mei tahun lepas dengan GHS Boomers GB9 1/2 (9.5-44) pada talaan E-standard, beberapa kali digunakan untuk projek rakaman kolaborasi YouTube Dead Eye Guitars.

"...gitar aku yang jarang bertukar tali, biasanya setahun sekali. Itupun kalau ada aktiviti yang memerlukan khidmatnya - gig atau persembahan umum. Kalau tak, kadang-kadang sampai dua tahun tak bertukar tali."

Bungkusan dalaman Cleartone ini menggunakan plastik lutsinar, jadi senang kita memantau adakah ia masih segar tanpa karat.

Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10 bulan September kelak, ia dirancang untuk digunakan eksklusif untuk jamming dan persembahan MUP sepanjang tahun ini (kalau aku tak main bass la~).

_____
AADI: Ada dua unit lagi dalam simpanan.

Sekitar King's Garage Open Gig


Gig bersempena pembukaan semula King's Jamming Studio selepas dua tahun pandemik dan mengembalikan kemeriahan acara gig lebih-lebih lagi selepas kenaikan semula scene rockapak yang dicetuskan oleh konsert Search Rooftop.

Lokasi kejadian ialah garasi di bawah King's Studio yang dahulunya merupakan bengkel servis air-con kereta yang kini kosong kerana telah berpindah ke tempat lain. Dahulu area ini agak lengang, tetapi selepas pembukaan Bintulu Boulevard di seberang beberapa tahun lepas, kini ia kembali meriah.

MUP hampir-hampir tidak dapat menyertai gig ini kerana sebelah pagi hari kejadian Bob Kandar kurang sihat, pening dan mual (vertigo?) kerana kurang tidur semalaman menjaga ibunya. Tapi bila acara ditunda daripada pukul 2.00 petang kepada pukul 5.00 petang atas masalah-masalah spesifik, Bob Kandar sudah cukup rehat untuk meneruskan urusan harian.

Selain langsung tiada masa untuk rehearsal, isu line-up juga sedikit sebanyak menurunkan mood penyertaan - ditanya Azrol tiada respon, diajak Gary Designation Jazz (kini bekerja di Bintulu) katanya masih malu untuk perform live, diajak Methodman ok tapi tiba-tiba terpaksa balik Kuching kerana urusan kelurga sehari sebelum hari kejadian. Mujurlah Herman Akmal menyahut seruan pada saat-saat akhir sebagai bassist, maka aku bertukar posisi semula menjadi vokalis/gitar sebelum ini vokalis/bass.

Selain terpaksa berlatih semula untuk main gitar (selebihnya muscle memory), juga menjadi cabaran untuk aku menyanyikan setlist "playsafe" empat lagu pada talaan E-standard (sebelum ini Eb-standard) bagi memberi peluang untuk Nuing menggunakan gitar baharunya Ibanez RG370AHMZ yang ditala, diintonasi E-standard dan telahpun dipasang dengan set Seymour Duncan Black Winter beberapa bulan lepas.


Soundcheck terus main... biasalah, MUP.

Serius, bila dah biasa main talaan Eb-standard, sesekali main E-standard terasa seperti tiada perbezaan, semua note lagu masih dapat aku tarik. Seperti biasa sindrom selepas gig (sakit ulu hati) masih ada tapi taklah sesakit FB live bulan Disember lepas.

Juga mengeluarkan So-Cal dari pertapaan, yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dalam axology aku bulan September nanti. Menggunakan multi-fx MG-30 terus ke effects return amp studio KG100HFX.

Sessi petang berakhir sekitar 6.40 petang, melebihi masa curfew aku 6.30 petang. Sempatlah bersosial semasa persembahan band kedua Reunite (cover band Nirvana) bersama rakan-rakan sepermetalan dan rockers Bintulu yang hadir termasuk Adi Herman.

Sessi sebelah kedua bermula 7.00 malam, aku hanya layan melalui FB Live King's Studio.

Post-mortem:

  1. Kena tambah setlist "playsafe" jika ada line-up tetap.
  2. Perlu buka footswitch toppers pada MG-30 untuk mengelakkan tertekan dua suis kaki sekaligus - terjadi semasa solo 2 Minutes To Midnight (rujuk video, sekitar @20:37).
  3. Nuing, elakkan pakai selipar semasa persembahan, kah kah kah...

_____
AADI: Kalaulah cukup masa untuk praktis dan rehearsal.

DEG CNY 2022 Collab


Sekali lagi dijemput (dan sempat) untuk berkolaborasi CNY 2022 Anjuran Dead Eye Guitars berlatar belakangkan lagu Gong Xi Ni dan Bai Nian. Kolaborasi kali ini agak kurang penyertaan, hanya 28 orang sahaja berbanding 64 ketika Merdeka dan 55 ketika Raya.


Yours truly @ 14:05.

Selain kurang penyertaan, kolaborasi kali ni terasa agak kelam-kabut (rushed), bahagian aku (dan beberapa pemain lain) tidak selari dengan muzik latar dan menjadi double-tracked. Tapi tak mengapa, yang penting ia sudah masuk dalam perbatuan (milestone) kegitaran tahun ini.

Signal path: So-Cal - Pod HD Desktop (Fireball modelling) - DAW (Audacity). Mulanya ingin menggunakan Goldie untuk tema CNY sebab aku tak ada gitar merah, tapi gitar "signature" ini juga yang terasa ampuh, hehehe...

_____
AADI: Gong Xi Fa Chai in advance.

DEG Merdeka Tanggal 31 Metal Cover


Video ini dirilis oleh Calvin Dead Eye Guitars petang semalam...


Yours truly @ 25:48.

Sekali lagi dijemput (dan sempat) untuk berkolaborasi Merdeka 64 berlatar belakangkan lagu Tanggal 31 (versi Sudirman). Kali ini lebih mega kerana disertai oleh *64 (ya, nombor itu) gitaris seluruh Malaysia terdiri daripada gitaris bilik tidur, penghobi, YouTuber hinggalah pemuzik semi-pro.

Setiap seorang diberi ruang 30-60 saat untuk menyumbangkan kreativiti sendiri (termasuk vokal) membuatkan durasi video ini mencecah 37 minit!

Signal path: So-Cal - Pod HD Desktop (Soldano modelling) - DAW (Audacity) - HT-5RH (effects return). Macam biasa, aku sebenarnya paling tak suka rakam video sebegini, pasti akan ada saja kekucilan berbanding rakaman spontan (jamming, gig, dll).

Selamat Hari Merdeka ke-64.

_____
AADI: *Memecahkan rekod kolaborasi raya 55 orang.

Boomers So-Cal


Masih mood raya?

Charvel So-Cal Style 1 HH, gitar aku yang jarang bertukar tali, biasanya setahun sekali. Itupun kalau ada aktiviti yang memerlukan khidmatnya - gig atau persembahan umum. Kalau tak, kadang-kadang sampai dua tahun tak bertukar tali.

Baru sahaja dipasangkan dengan EXL115 (11-49, D-standard) awal Januari lepas, tapi disebabkan projek kolaborasi raya Dead Eye Guitars, ia digantikan dengan tali GHS Boomers GB9 1/2 (9.5-44) supaya lebih optimum untuk talaan E-standard.

Dalam kesempatan yang ada, fret-fret digilap dengan Dunlop System 65 Micro Fret Cloth, dan pertama kalinya aku meggunakan fret guard pemberian arwah YusTech tujuh tahun lepas.

Batch baharu Boomers ini menggunakan bungkusan plastik kedap udara berbanding kertas untuk setiap tali (sama seperti Boomers David Gilmour). Bungkusan begini berpotensi untuk tahan disimpan dalam jangka masa yang lama.

Selepas kolaborasi tadi ia dibiarkan dalam E-standard, akan ditala semula pada Eb-standard bila diperlukan. Inilah kelebihan saiz 9.5-44, perubahan kekenyalannya antara E dan Eb-standard tidak berapa ketara.

_____
AADI: Kembali masuk dalam peti buaya.

DEG Biggest Raya Guitar Collab, Yet?


Rabu lepas letak snippet, malam tadi video penuh sudah keluar.

*Projek kolaborasi lagu raya kelolaan Calvin Dead Eye Guitars, berlatar belakangkan lagu Suasana Hari Raya (Sharifah Aini). Disertai oleh 55 orang gitaris terdiri daripada gitaris bilik tidur, penghobi, YouTuber hinggalah pemuzik profesional. Setiap seorang diberi ruang 15 saat untuk solo mengikut kreativiti sendiri.


Yours truly @ 6:15.

Paling lawak bila tiba-tiba ada Chop Sudir (ATS) menyanyi @ 12:02. Oh tak lupa, juga ada disertai oleh rakan blogger kita Ezaidi MBA (lama dah tak buat entri bro?) @ 15:00.

Serius, aku sebenarnya paling tak suka rakam video sebegini, pasti akan ada saja kekucilan berbanding rakaman spontan (jamming, gig, dll). Inipun berbelas kali percubaan barulah dapat versi tanpa kekucilan. Tapi demi menyahut cabaran tauke DEG, ku beranikan diri jua...

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG . Seperti yang telah dijanjikan, berikutan adalah senarai nama pemenang 'ESP GIVEAWAY...

Posted by Music Bliss on Saturday, 8 May 2021

Lain cerita, aku dan Azrol antara yang sangkut dapat giveaway t-shirt ESP Malaysia kelolaan Music Bliss (pengedar terkini ESP di Malaysia). Terima kasih Music Bliss, in ESP we trust! \m/

_____
AADI: *Mungkin akan menjadi acara tahunan?

Let-Go: Mr. Smith


Gitar pertama dilepaskan tahun ini, Mr. Smith (Jackson SDX Adrian Smith signature). Ya, gitar ini yang berada dalam axology aku setahun lebih sejak November 2019, hanya pernah dibawa jamming dua kali (ini dan ini).

Ia dilepaskan bersama-sama kesemua upgrade yang telah dipasang - Seymour Duncan JB, Roederstein 0.022uF capacitor, Gotoh DM-50 5-way switch dan Switchcraft output jack - membuatkan harga pelepasannya agak premium.

Aku tidak keberatan untuk melepaskan gitar yang belum ada nilai nostalgik ditambah dengan *beberapa faktor peribadi dan paling menang aku dapat hampir 98% balik modal.

Ia dibeli oleh rakan yang sama pembeli ex-Neon (LTD M-50FR) dan ex-Sarge (Jackson JS32 King V) aku sebelum ini. Sebagai seorang pemain muzik semi-pro, rakan tadi perlukan sebuah gitar utama yang tegap (player's guitar) dengan segera berikutan M-50FR yang katanya dah berbulan masuk "klinik" manakala King V pula telah dibeli orang lain.

Imej blog KDHR.

*Aik? Hang dah tak minat Adrian Smith kah? Minat, tapi antara dilema memiliki gitar signature ialah ia dibuat mengikut spesifikasi artis tadi dan belum tentu ia serasi dengan aku, contohnya konfigurasi HSS dan isu fret di pinggiran. Tapi jika teringin memainkan gitar hot-rodded strat sebegini, So-Cal hijau masih ada.

Oklah, dapat juga mengurangkan satu gitar dalam axology aku, kononnya untuk menyambung semula proses 2020 purge dan menutup lubang besar yang digali demi perolehan Shiro. Harapnya aku kental hati menepis godaan dan tidak menggali lubang baharu.

_____
AADI: Sorry H.

EXL So-Cal (Part 2)


Kali terakhir So-Cal ini bertukar tali bulan Julai 2019, ketika itu dipasangkan D'Addario EXL120+ (9.5-44). Kali ini dipasangkan dengan EXL115 (11-49), set terakhir daripada pek tiga set EXL115-3D yang diperolehi bulan Oktober 2018, masih berkilat tanpa karat walaupun dua tahun lebih dalam simpanan.

Trend pasang songsang untuk gitar ber-FR.

Untuk menyeimbangi kekenyalan 11-49, ia ditala D-standard. Lepas ni dah boleh berhenti membeli saiz 11-49, kerana ikut pengalaman aku saiz 10-52 lebih serba boleh (versatile) untuk hampir kesemua talaan yang selalu aku guna.

Kembali dorman dan disimpan semula dalam peti cap buaya selepas sedikit pembersihan. Walaupun gitar ini paling ohsem dalam axology, tapi untuk tahun ini geng gitar putih Mr. Smith dan Shiro akan diberi peluang dahulu kalau ada sessi jamming, gig atau persembahan umum (kalaulah~).

_____
AADI: Masih ada beberapa unit saiz 11-50 dalam stok.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger