Showing posts with label tomb raider. Show all posts
Showing posts with label tomb raider. Show all posts

Steam Tomb Raider Remastered (Part 2)


Memuat turun Tomb Raider IV, V, VI Remastered (rilisan 2025) daripada Steam selepas masuk bakul dalam entri minggu lepas ketika ia berdiskuan 70% pada harga RM21.60 (harga asal RM72.00) seperti Tomb Raider I, II, III Remastered sebelum ini (RM7.20 per game).

Seperti I, II, III, ia masih seperti game asal 100% klasik, hanya menerima rawatan kosmetik beresolusi dan berdefinisi tinggi serta opsyen modern control. IV, V, VI ini tidak akan dimainkan selagi I, II, III belum habis dimainkan. Tapi entah bilalah, game pertama pun sekarang ni masih lagi di St. Francis Folly yang kali terakhir dimainkan penghujung Disember 2025.

Antara memori untuk ketiga-tiga game ini:

Tomb Raider IV: The Last Revelation (1999) - Dimainkan ketika awal 2000, semusim dengan S&M. Lara Croft kembali ke akarnya - raiding tombs, setelah jauh ke laut semasa game ketiga. Antara game Tomb Raider yang memiliki puzzle yang agak mencabar berbanding game terdahulu.

Tomb Raider: Chronicles (2000) - Kalau ikutkan memang tiap-tiap tahun aku ikuti siri Tomb Raider sejak game pertama lagi. Tapi malangnya ketika game kelima ini dirilis penghujung 2000, kehidupan aku agak gawat dan tiada PC untuk gaming ketika itu. CD original di atas diperolehi ketika zaman eBay hanyalah sekadar koleksi yang sampai sekarang langsung aku tak pernah main.

Tomb Raider: The Angel Of Darkness (2003) - Game keenam ini aku mainkan sekitar awal 2004, dapat CD original yang didatangkan sekali dengan soundcard Creative Sound Blaster Environmental Audio (EAX). Agak janggal memainkannya kerana engine/gameplay dan movement yang agak berbeza berbanding lima siri Tomb Raider sebelum ini. Game terakhir di bawah Core Design sebelum beralih ke Crystal Dynamics untuk game seterusnya Tomb Raider: Legend.

_____
AADI: Ter-hype pula dengan Tomb Raider Legacy Of Atlantis.

Steam Back Catalogue


Selepas game Tomb Raider I, II, III Remastered, ada beberapa game daripada Steam yang sudah masuk bakul setiap kali ada promosi diskaun sehingga 70%. Tetapi masih belum dimuat turun apatah lagi dimainkan, kerana kapasiti PC harian Core i3 picisan aku sudah penuh.

Antaranya BioShock: The Collection, Doom 2016 dan paling baharu Tomb Raider IV, V, VI Remastered. Akan dibuatkan entri berasingan jika telah dimuat turun dan dimainkan kelak.

Juga ada game Steam yang tak pernah (terlupa) dibuatkan entri AADI sebelum ini, contohnya Metro: Last Light (Mei 2023), The Witcher 2 (Ogos 2023), Fallout: Classic Collection (Ogos 2023) dan Firewatch (Januari 2024). Ada yang belum dimuat turun dan ada yang tidak dimainkan kerana kekangan perkakasan PC yang bawah par.

Inipun sudah enam bulan aku tak main game, baik platform PC (Steam) mahupun PS4. Mood main game ni tak boleh dipaksa, nanti ada ketikanya ia akan kembali secara *semula jadi.

_____
AADI: *Dan Mrs. Ijau pun akan mula geleng kepala...

Steam Tomb Raider Remastered


Dalam kehangatan pengumuman rilisan terbaharu siri Tomb Raider minggu lepas iaitu Legacy Of Atlantis dan Catalyst, Steam seperti mengerti akan ramai peminat siri Tomb Raider seperti aku pastinya teringin untuk memainkan semula game klasik terutama game pertama Tomb Raider (rilisan 1996). Sebab itu ada diskaun kaw-kaw untuk kesemua rilisan dalam siri Tomb Raider.

Kali ini aku hanya memilih *Tomb Raider I, II, III Remastered (rilisan 2024) yang berdiskuan 70% pada harga RM21.60 (harga asal RM72.00). Dengan klausa remastered, ia hanya ada rawatan kosmetik grafik beresolusi dan berdefinisi tinggi serta opsyen modern control (keyboard + mouse). Selebihnya level design, dialog, cut-scenes dan jalan cerita masih lagi 100% klasik, tidak seperti Tomb Raider Anniversary (rilisan 2007).

Set ini juga didatangkan sekali dengan ketiga-tiga add-on untuk setiap tajuk - Unfinished Business, The Golden Mask dan The Lost Artifact. Aku rasa aku hanya pernah main Unfinished Business sahaja, itupun tak lepas, sebab terlalu susah (ketika itu) berbanding Tomb Raider vanilla.

Untuk game klasik Tomb Raider I, II, III (versi vanilla/original), di Bintulu ni aku cuma ada CD Tomb Raider III. Kalau CD versi lanun (zaman siswa USM) aku tak pasti masih ada dalam simpanan aku di kampung atau dah hilang. Kalau diingat semula, rasanya ketiga-tiga game ini aku tak pernah main betul-betul sampai habis:

  • Tomb Raider - aku terpaksa skip beberapa level (guna cheat code) terutamanya ketika level The Cistern dan The Great Pyramid.
  • Tomb Raider II: The Dagger Of Xian - i) aku tak pernah lepas level Tibetan Foothills yang guna snowmobile, terpaksa guna cheat code lagi sekali untuk skip level, dan ii) tak pernah kalahkan final boss fight naga (Marco Bartoli) tanpa cheat codes full ammo (spam grenade launcher).
  • Tomb Raider III: The Adventures Of Lara Croft - juga tak pernah kalahkan final boss fight labah-labah mutant (Willard) level Antarctica.

Akan cuba menghabiskan ketiga-tiga game menggunakan classic tank control (keyboard only) seperti mana ia dirilis tahun 90an dulu. Setakat entri ini ditaip, aku sudahpun memainkan game pertama sehingga level Lost Valley.

_____
AADI: *Dah habis nanti baru cuba Tomb Raider IV, V, VI Remastered pula.

Atlantis Is Calling, Again...


Beberapa hari lepas algorithm media sosial aku dibanjiri dengan info rilisan dua game dalam siri Tomb Raider iaitu Legacy Of Atlantis dan Catalyst masing-masing akan dirilis pada 2026 dan 2027.

Legacy Of Atlantis - Remake/reimagine game pertama dengan teknologi terkini, katanya "...captures the wonder and excitement of Lara's debut adventure, re-envisioned with modern gameplay, visuals, and storytelling". Padahal sudahpun diceritakan ketika era Anniversary (rilisan 2007) dan versi remastered (rilisan 2023) kini diceritakan lagi sekali, duh... ala cerita pasal Qualopec, Tihocan, Natla dan Scion tu.

Catalyst - Ini pula episod baru, katanya berlaku selepas era Underworld dan Lara pun ketara nampak sedikit berumur dalam video di atas.

Apa-apapun masih lagi selamat kerana seperti Doom: The Dark Ages, ia hanya akan dirilis untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S and Steam. Aku hanya ada PlayStation 4 Pro dan PC aku pula tak mampu memainkan game pasca-2020. Trilogy Square Enix pun masih belum selesai, belum tertarik picu untuk mendapatkan Shadow Of The Tomb Raider: Definitive Edition sebagai penutup.

_____
AADI: Mungkin akan menarik picu untuk versi remastered daripada Steam.

Lara Croft Classic, Remastered (Part 2)


Cerita remastered episod I, II dan III - Tomb Raider Classic, The Dagger Of Xian dan The Adventures Of Lara Croft hanya sempat dibuatkan entri WW tahun lepas...

Kali ini giliran episod IV, V dan VI - The Last Revelation, Chronicles dan Angel Of Darkness pula diberi rawatan remastered. Katanya akan dirilis Februari 2025 dalam pelbagai platform.

Hanya Chronicles sahaja yang sehingga kini tak pernah dimainkan (walaupun ada CD original). TLR dan AOD pula memang menggamet kenangan musim tahun akhir menuntut di USM (1999-2000) dan musim bekerja di Penang (2003).

Dalam enam game Tomb Raider klasik ini, bagi aku TLR paling best dari segi jalan cerita, puzzle dan kembali kepada pati Tomb Raider yang sebenar... raiding tombs.

Kini dalam misi mencari Shadow Of The Tomb Raider: Definitive Edition (PS4) untuk melengkapkan trilogi Square Enix selepas Tomb Raider 2013 (aka Reboot) dan Rise Of The Tomb Raider.

_____
AADI: Tak berapa berkenan dengan hala tuju trilogi Square Enix.

Rise Of The Tomb Raider: 20 Year Celebration (PS4)


Rise Of The Tomb Raider rilisan 2015 ini merupakan sekuel kepada Tomb Raider (2013), game kedua dalam Square Enix Trilogy (aka Reboot). Antara game yang aku teringin nak main sejak 2017 lagi, tapi tak kesampaian bila PS4 Slim aku sudah dilepaskan ketika musim PKP dulu.

Bila kembali berkonsol 2024, terus mendapatkan game ini melalui platform Shopee bila nampak harganya semakin murah berbanding 7-9 tahun lepas (game dah basi). Ini merupakan versi 20 Year Celebration dengan cover art berbeza (silhouette) dan pelbagai kelebihan berbanding versi vanilla.

"Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration also includes the new “Blood Ties” single player content, VR support, new Co-op play for Endurance mode, “Ultimate Survivor” difficulty mode for the main campaign, 20 Year Celebration outfit and gun and 5 classic Lara skins. Also includes all previously released Downloadable Content including: Baba Yaga: The Temple of the Witch, Endurance Mode, Cold Darkness Awakened, 12 outfits, 7 weapons, and 35 expedition cards. With over 50 hours of gameplay, this is the most comprehensive version of the award-winning experience."

Serius sejak kembali berkonsul awal Januari, 90% masa dihabiskan dengan memainkan semula game Days Gone, 4-5% Doom 2016 dan selebihnya Minecraft Dungeons yang dimainkan oleh anak-anak. Tajuk-tajuk lain yang diperolehi bersama-sama PS4 Pro tadi langsung tidak terliur.

Juga merupakan versi untuk pasaran Timur Tengah terutamanya KSA (Arab Saudi), jadi segala teks yang menyebut watak "the Prophet" ditapis dan diganti dengan "the Leader" kononnya untuk menjaga sensitiviti.

Sudahpun memainkan siri-siri Tomb Raider sejak penghujung 90an, dibincangkan dalam entri ini. Siri klasik (Tomb Raider, II, III, IV) pasti akan diingati kerana memori zaman USM. Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld) pula diingati kerana memori mula bermastautin di Bintulu.

Kena tunggu Shadow Of The Tomb Raider untuk melengkapkan *memori Square Enix Trilogy (aka Reboot). Masuk dalam senarai intai, harga cun terus tarik picu siap-siap...

_____
AADI: *Mungkin akan diingati kerana gaming ketika 40an.

Wordless Wednesday: Lara Croft Classic, Remastered




Tomb Raider - Starring Lara Croft.
Tomb Raider II - The Dagger Of Xian.
Tomb Raider III - Adventures Of Lara Croft.

_____
AADI: Source.

Throwback Thursday: Tomb Raider 10th Anniversary


Katanya beberapa hari lepas game Tomb Raider (2013) ini sudah berusia 10 tahun (rilisan 05/03/2013), franchise Tomb Raider secara amnya pun sudah berusia 25+ tahun. Aku pernah buat entri jangkaan game ini sekitar 2011 ketika ia mula-mula diumumkan dalam pembikinan.

Berjaya mendapatkan game ini versi Definitive Edition untuk konsol PlayStation 4 sekitar Januari 2017. Tapi kehangatan Fallout 4 ketika itu menenggelamkan nafsu untuk memainkan game ini sehinggalah aku mengalami PS4 fatigue untuk kali pertama sekitar Februari/Mac 2017. Dan game inipun tersadai dalam simpanan untuk beberapa tahun.

Sehinggalah musim pandemik PKP 2020, barulah ada peluang memainkan semula game ini sampai habis. Itupun hanya ketika fasa ketiga PKP selepas habis memainkan game The Last Of Us, Remastered dan Doom 2016 ketika PKP fasa pertama dan kedua. Aku masih ingat ketika itu awal bulan puasa 2020. Fasa keempat pula musim game Days Gone.

Sebagai peminat franchise Tomb Raider yang telah memainkan siri-siri game ini sejak 1997, game ini pastinya lebih ohsem dari segi gameplay dan grafiknya, tapi jalan cerita dan temanya amat jauh berbeza berbanding Tomb Raider sebelum ini, lebih-lebih lagi era Legend Trilogy (Legend, Anniversary dan Underworld). Ada yang mengatakan ini adalah soft reboot untuk cerita/watak Lara Croft.

Dan terbaharu agak risau dengan hala tuju franchise ini seperti yang dibincangkan oleh Melonie Mac dalam video di atas. Aku setuju dengan Melonie yang mengatakan Tomb Raider dan Lara Croft popular disebabkan siri game original Tomb Raider bawah Core Design (Classic, Dagger Of Xian, Adventures Of Lara Croft, The Last Revelations, Chronicles). Dan dalam era "wokeness" mutakhir ini, macam-macam boleh berlaku...

Juga belum ada peluang memainkan dua game era reboot - Rise Of The Tomb Raider dan Shadow Of The Tomb Raider. Tunggu ada PS5 atau PS4 Pro terpakai.

_____
AADI: Gaming fatigue?

Tomb Raider Underworld Mode


Sejak beberapa hari lepas mula memainkan kembali game klasik Tomb Raider era Crystal Dynamics' Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld). Ketiga-tiga game ini masih relevan dimainkan ketika 2020an kerana gameplay dan grafiknya, tidak seperti era Core Design.

Memulakan dengan Tomb Raider: Underworld kerana aku rasa aku pernah menghabiskan game ini hanya sekali sahaja sekitar 2009 (versi lanun ketika itu). Tahun-tahun berikutnya pernah cuma untuk ulang main (versi ori, eBay) tapi biasanya sampai area kraken dah mula bosan.

Entri 2014.

Underworld ini walaupun grafiknya lebih ampuh dan Lara lebih yummy, tapi dari segi jalan cerita, puzzles dan kepuasan bermain lebih memihak kepada Legend dan Anniversary. Underworld terasa sekejap sahaja habis, dan malam tadi mula memainkan Legend.

_____
AADI: Sedang muat turun Shadow Of The Tomb Raider free trial.

Wordless Wednesday: Tomb Raider 25th Anniversary



Source: Stella's Tomb Raider Blog.

_____
AADI: Antara franchise gaming yang bertahan lama.

Aku, PlayStation 4 Dan PKP


Antara aktiviti nocturnal ketika PKP ini ialah bermain konsol PS4. Serius, kalau bukan pasal PKP memang tak tersentuh pun PS4 selepas kehangatan main Fallout 4 mula menurun awal 2017. Semasa fasa pertama, aku memainkan semula The Last Of Us, Remastered yang sebelum ini hanya pernah dimainkan 10-15% sahaja, berjaya dihabiskan dua kali pusingan.

Man cave IDK.
Semasa fasa kedua, baru menerima Doom 2016 yang dipesan beberapa hari sebelum PKP fasa pertama bermula. Seperti Fallout 4, agak janggal pada mulanya memainkan game FPS menggunakan DualShock (sebelum ini aku PC gamer) tapi lama-kelamaan bolehlah. Dua perkara yang aku puas hati dengan Doom 2016 ini - karekter Doom Slayer dan muzik Mick Gordon.


Untuk PKP fasa ketiga nanti, mungkin akan cuba menghabiskan game Tomb Raider Definitive Edition yang sebelum ini menerima nasib yang sama seperti TLOUR di atas. Teringin juga nak beli game baru sama ada Days Gone atau The Outer World, tapi was-was sebab lepas PKP nanti, belum tentu ada masa untuk rancak berkonsol seperti sekarang.


Gitar? Hehehe... Siang sibuk dengan aktiviti kekeluargaan, malam pula nocturnal gaming, kadang-kadang memang *tak tersentuh pun gitar walaupun bersebelahan konsul. Kalau ada pun biasanya hanya sempat 10-15 minit sehari untuk menghilangkan gian, selain cuba untuk memainkan riff-riff Mick Gordon seperti dalam game Doom 2016.

Ya, tak tersangka pula PKP bakal masuk fasa ketiga sampai bulan puasa. Nampak sangat tiada harapan untuk balik raya di Membakut tahun ini kerana sudah pasti sempadan Malaysia-Brunei masih tutup. Nak balik guna udara pula banyak kerenah birokrasi selain Mrs. Ijau yang masih mabuk trimester pertama.

Stay safe, stay at home, rip and tear!

_____
AADI: *Blogging pun sama...

Stay Calm And PlayStation


Musim-musim PKP ini amat sesuai untuk kembali berkonsol...


Hanya Fallout 4 saja yang pernah main sampai habis (3 of 4 endings) setakat ini, The Last Of Us, Remastered dan Tomb Raider Definitive Edition rasanya hanya sempat main 5-10% sahaja. Sesuai untuk dimainkan semula...

_____
AADI: Teringin nak main Doom (2016) sebelum Doom Eternal menular.

Wordless Wednesday: Ashtar Galactic Cinema












All images linked from Francis Ngu @ Bintulu News Facebook.

_____
AADI: Akhirnya, selepas dua tahun menunggu. Oklah AGC daripada tak ada langsung.

GAS 2017...


Dah masuk hari ke-31 tahun 2017, mula memikirkan halatuju perhobian tahun ini dan pembelian seterusnya untuk memuaskan GAS (tiru ayat tahun lepas).

1) Console gaming - Rise Of The Tomb Raider, sekuel kepada Tomb Raider (2013), tunggu harganya turun, biasanya game PS4 baru rilis harganya ada sedikit mahal berbanding tajuk yang sudah basi beberapa bulan (macam kes Fallout 4). Target lain, mungkin The Last Of Us (Remastered version).


2) Kegitaran - Sejak menjadi PS4 gamer tahun lepas, GAS kegitaran sedikit sebanyak reda. Kalau ada pun terGAS tahun ni mungkin cuma dua tiga item ni:

i) Hartke Bass Attack 2 - Generasi kedua, menggantikan Bass Attack VXL generasi pertama. Agak menyesal kerana menjual VXL aku pada penghujung 2015. Tapi tak mengapa (parap-parap), dijanjikan oleh CK Music untuk membawa masuk generasi kedua ni pada tahun 2017. Kalau harganya mahal, aku akan cuba cari generasi pertama.

Imej: Gear Otaku.
ii) Laney Ironheart IRT-Pulse - Agak kecewa kerana untuk pasaran Malaysia harganya mencecah RM1k, sungguh tidak berbaloi. Walhal kalau ikut harga pasaran negara jiran, ia sekitar RM600 sahaja. Tak apalah, mungkin aku akan cari kalau-kalau ada unit terpakai diiklankan di Jamtank.

Imej: Davis Guitar.
iii) Dan ini tambahan terbaru, jika tahun lepas terGAS dengan Squier Affinity Telecaster butterscotch blonde (nasib baik tak sangkut), tahun ni terGAS pula dengan Michael Kelly 1953, dengan kemasan blue jean wash yang nampak kehijauan. Bentuk tele memang berhantu...

Imej: Monster Music.
Bila dapat tahu yang jenama Michael Kelly ni diedarkan di Malaysia oleh Roland Asia Pacific dengan harga yang agak mampu milik, maka GASnya makin menjadi-jadi. Mula memikirkan klausa-klausa untuk menambah nombor enam.

_____
AADI: Eh? Dah nak masuk enam?

Tomb Raider: Definitive Edition (PS4)


Antara game yang aku teringin nak main sejak ia diumumkan hampir empat tahun lepas. Ya, aku mengikuti hampir kesemua game dalam siri Tomb Raider ni (PC version). Tapi, hasrat itu terbantut disebabkan PC aku dah kuno, tidak menepati spesifikasi minimum, sama seperti kes Fallout 4.

Tapi bila dah ada konsol PS4, dan kupon diskaun sempena hari jadi, dengan pantas ia diperolehi daripada Lazada dengan harga yang berbaloi-baloi.


Tomb Raider (2013) atau Tomb Raider Reboot pada mulanya merupakan game untuk platform PC, Xbox 360 dan PS3 (rujuk entri Rafi Xyrus). Diolah dan dirilis semula dengan nama Tomb Raider: Definitive Edition untuk memanfaatkan teknologi terkini yang ada pada PS4 (remastered) dan dengan tambahan kesemua DLC (downloadable contents) tersedia.


Sedih, langsung tiada apa-apa dokumentasi (manual, sticker, poster, dll) disertakan, umpama beli CD inlay sekeping. Ayat suruh akses manual secara online tu agak menghampakan.

Setakat ini baru main sekejap, memang suatu pengalaman yang menakjubkan terutama dari segi grafik dan penceritaan. Tapi ia dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Fallout 4 yang masih belum habis dimain, kah kah kah... Sungguh dilema untuk mengkhianati Desdemona dan The Railroad.

_____
AADI: Totally different Lara Croft.

Tomb Raider 20th Anniversary


Pejam celik rupa-rupanya francais/siri Tomb Raider dah 20 tahun ye?


Mula-mula aku main game Tomb Raider ketika tahun pertama di USM sekitar 1997 guna PC Pentium MMX 166MHz, 16MB EDO RAM, 1.7GB HDD, 8x CDROM drive fuh!~ Zaman tu Lara Croft masih petak-petak, tapi tetap enjoy main disebabkan faktor adventure dan puzzle.

Imej entri lama.
Selepas itu hampir setiap tahun aku mengikuti perkembangan sekuelnya; Dagger Of Xian, The Adventure Of Lara Croft, The Last Revelation, Chronicles (yang ni tak habis main), Angel Of Darkness, Legend, Anniversary dan Underworld. Sayangnya, versi reboot saja yang belum sempat diterokai (Rafi Xyrus dah khatam).

Imej entri lama.
Ok, CD/DVD versi ori saja aku letak gambar, yang versi "satu lagi tu" segan nak letak dalam blog, hehehe...

Entri Mini: Hari Bumi (Earth Day) Dan Hujan Ungu (Purple Rain)


Ok, hari ni juga merupakan hari bumi, tak payah cerita...


Dan bumi juga "menangis" dengan hujan ungu... Aku tak follow Prince, tapi beliau antara artis antarabangsa yang terawal aku kenali awal 80an selepas Michael Jackson, Cyndi Lauper, Lionel Richie dan Stevie Wonder (pengaruh sepupu).

_____
Ada apa: Ijau Jr. pula semalam masuk wad, cobaan~

Throwback Thursday: C'est La Vie


Walaupun lagu ni antara lagu yang boleh dikatakan "guilty pleasure", tapi baru beberapa hari lepas aku tahu nama kumpulan dan tajuk lagu ni (sedih™) walaupun dah 17 tahun usianya... Lagu-lagu sebegini biasanya dikenali melalui Hitz.FM.


Lirik yang lucah?

Bila dengar lagu ni, otomatik akan trigger memori pertengahan tahun 1998, tahun kedua di USM, Penang. Musim cuti semester tinggal seorang di rumah sewa, rakan-rakan lain cuti balik kampung, aku tak mampu nak balik kampung (dulu belum ada Air-Asia).

Waktu ni juga musim aku main game Tomb Raider II: The Dagger Of Xian dan Carmageddon. Satu lagi, aku teringat musim filem Rush Hour.

Lagu-lagu "guilty pleasure" lain yang sama era; Viva Forever (Spice Girls) dan Torn (Natalie Imbruglia).

_____
Ada apa: Rasanya nak buat mixed tape CD untuk lagu-lagu guilty pleasure era 90an.

Tomb Raider Anniversary Mode


Sejak beberapa hari lepas mula memainkan kembali game Tomb Raider: Anniversary. Nak lari sekejap daripada genre FPS yang "memenatkan".

Entri lama.
Mengimbau kembali memori ketika memainkan versi asal Tomb Raider (classic) semasa tahun pertama di USM (circa 1997), Walaupun ketika itu Lara masih lagi petak-petak, tapi tetap enjoy kerana gameplay-puzzle dan jalan cerita yang menarik. Versi anniversary (remake) ni pula pernah dimainkan sekitar awal 2008 dahulu.




Images source.
Aku sebenarnya teringin nak main Tomb Raider 2013 (reboot), tapi masih belum tergerak hati untuk mendapatkannya sama ada versi Jack Sparrow, versi sedut atau ori terus cari yang terpakai dan murah di eBay (seperti DVD di atas).

_____
Ada apa: Juga teringat Nude Raider patch.

Ada Apa Dengan Tomb Raider?


Tomb Raider (2012) merupakan siri kesembilan dan game ke-10 dalam franchise siri-siri PC game Tomb Raider (Tomb Raider Classic, Starring Lara Croft, Adventures Of Lara Croft, The Last Revelation, Chronicles, The Angel Of Darkness, Legend, Anniversary, Underworld) yang dijadualkan akan berada di pasaran tahun depan (autumn 2012). More info please visit Tomb Raider official website or Wikipedia.

Ia bukanlah add-on, sequel atau prequel daripada siri-siri Tomb Raider sebelumnya, tapi merupakan sebuah siri reboot dengan jalan cerita dan latar belakang yang berbeza, sebab tu tajuknya cuma "Tomb Raider". Dan dikatakan ia merupakan siri pertama daripada tiga siri, maknanya akan ada dua sequel selepas game ni.

Developed by Crystal Dynamics (Legend, Anniversary, Underworld) and published by Square Enix, compared to Eidos Interactive from the other nine previous games. Dengan logo baru yang ringkas (ala-ala logo majalah PC Gamer) berbanding logo lama yang agak catchy.

Logo lama, atas 1996-2002, bawah 2003-2010.

Logo baru 2012.
(All images linked from Wikipedia)

Official trailer.

Nampaknya bakal bertambah lagi koleksi game Tomb Raider aku, dua tahun lepas beli secara borong (used but original) dari eBay (bundle, Underworld), hehehe...

Btw, aku masih lagi dalam mood Fallout: New Vegas, dah masuk minggu ketiga main (purata 3-5 jam sehari) masih belum habis lagi. Memang puas hati kalau main game yang jenis lama nak habis, tak menyesal kalau beli ori. Nanti nak minta "sampel" PC games terbaru dari Gamer Yang Sayur dulu hehehe...

Nak kena upgrade PC aku la nampaknya lepas ni.

_____
Ada apa: Tomb Raider, bukan Tom Rider...

tomb raider - underworld


tomb raider - underword, used dvd pc games yg aku menang bid kat ebay drp user jamesholyfield1984 from uk dgn hrga yg agak premium £7.50+4.00 (RM68.28) bungkusan ni smpi khamis lps 16/7/2009 serentak dgn bungkusan metallica & queensryche. mmg pelik la mamat ni bungkus (pic bwh), dvd box dibungkus dgn newspaper then wrapped up with plastic bag. tp yg peliknya xde custom declaration dan bungkusan mcm xpnh dibuka utk pemeriksaan

wlupun used, boxset ni masih dlm keadaan baru, disc with tiny minor scratch, booklet/inlay mcm xpnh dibaca. mmg ngam dgn description seller "as new, played once" xsia2 aku bid dgn hrga yg agak premium. fyi, hrga pc games tomb raider - underworld ori kat pasaran m'sia adalah dlm lingkungan RM130-170

developed by crystal dynamics published by eidos interactive. game ni release klu xsilap penghujung 2008 (autumn - mmg musim byk game release). kandungan dlm boxset ni - game disc (dvd9 double layer), 24 pages booklet dan promo slip utk mobile version. ekceli, aku mmg dah beli game ni versi cap lanun (2-disc, dvd-r burn) dgn hrga RM28.00 tp mmg sakit hati waktu aku beli dulu, 2-3 kali aku ulang alik pi kedai tukar disc sbb xdpt install xbleh read data

aku mmg menyampah dgn cd/dvd cap lanun skrg ni... dahla burn guna pc, guna cd-r/dvd-r murah plak tu, calar sket dah xleh read data. cover dan workart plak semua print guna printer ala kadar yg ink dah nak abis... tp masih jual dgn hrga yg sama mcm cap lanun silverpress. klu cap lanun dulu2 (5-10 thn lps) semuanya berkualiti cantik silverpress, artwork pun cantik 80% mcm ori, klu games siap ada booklet wlupun x setebal mcm ori. mmg xrugi klu beli RM30.00 per title dan smpi skrg masih readable... xmcm versi burn, 2-3 bln dah read error.

jd, sama2 la kita menyokong developer dan artis2 kegemaran kita dgn membeli hanya yg ori wlupun used items >:) klu xmampu atau rasa membazir beli ori... donlod je, sekurang2nya tauke2 lanun xdpt cari mkn (kos RM1+ jual RM15 untung berlipat2 ganda). dan sendiri pun xterasa ripped-off beli low quality cd-r/dvd-r dgn hrga RM5-15 sekeping

sket info... tomb raider - underground merupakan siri ke-9 dlm franchise tomb raider (pc games version)

  1. tomb raider classic
  2. tomb raider ii - starring lara croft - the dagger of xian
  3. tomb raider iii - adventures of lara croft
  4. tomb raider - the last revelation
  5. tomb raider - chronicles
  6. tomb raider - angel of darkness
  7. tomb raider - legend
  8. tomb raider - anniversary
  9. tomb raider - underworld
setiap siri ada pembaharuan dan peningkatan dari segi gameplay dan teknologi grafik. for more info go to official tomb raider website of wikipedia

dan utk koleksi tomb raider aku, hanya tggl tomb raider classic (tomb raider 1) belum ada (dulu ada tp dah dibeli mmbr). bg yg meminati pc games genre adventure & action pastinya penah main tomb raider dan jatuh cheynta with our femme fatale lara croft yg dulunya hanyala poligon kotak2 tp skrg dah makin curved~ gitu

imej link drp wikipedia

ada bbrp pc games yg mmg enjoyable dan masih sesuai dimain smpi skrg wlupun dah dkt 10 thn released, mostly rpg games contohnya baldur's gate series, fallout series, planescape torment dan command & conquer series (but that was another story...)

_____
p/s: nnti ada masa aku buat entry koleksi tomb raider aku... (raider bkn rider)

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger