Showing posts with label music master. Show all posts
Showing posts with label music master. Show all posts

Sepetang Bersama Gapnap


Dihubungi oleh Gapnap beberapa minggu lepas mengatakan dia akan ke Bintulu dan Miri beberapa minggu untuk bercuti melancong bersama keluarga. Serius, sudah agak lama aku tidak berurusan dengan Gapnap, kali terakhir penghujung 2018.

Sempatlah meluangkan masa lepak bersama di The Hood Bintulu Town Square malam Krismas lepas (juga hari lahirnya) sambil bercerita tentang situasi bisnes alat muzik terkini Malaysia. Berlatar belakangkan dentuman guruh, kilauan petir dan tempias hujan lebat.

Aku kenal Gapnap sejak zaman forum Lowyat.net (LYN) dan era awal penubuhan Music Master Studio awal 2010an dulu. Antara tempat untuk aku mendapatkan barangan kegitaran selain Dead Eye Guitars, Engbok (yNot Studio) dan Satchman. Berkesempatan juga mengunjungi premis Music Master Studio dua kali pada 2011 dan 2013.

Dan untuk meneruskan tradisi, aku ada memesan beberapa barangan jualan hujung tahun (YES) daripada Bentley Music dan CK Music melalui Gapnap sebelum dia datang ke Bintulu. Akan dibuatkan entri berasingan kelak.

Thanks Gapster, and happy birthday!

_____
AADI: Selamat menyambut Hari Natal.

DiMarzio, Jim Dunlop, Tengkorak Dan Gapnap


Setelah "bermastautin" lebih dua tahun di perantauan, kini Gapnap kembali. Walaupun sudah tidak lagi bersama Music Master Studio, kini bergerak solo secara part-time/freelance. Welcome back Gap!


Selain melepaskan barangan stok lama pada harga penghabisan stok, Gapnap juga menawarkan barangan stok baru (mostly accessories) pada harga pengenalan yang pasti membuatkan pelanggan lama (seperti aku) tersenyum.


DiMarzio Evolution neck DP158FW F-spaced dengan bobbin putih ini merupakan pembelian utama untuk batch kali ini. Walaupun bukan versi runcit (aftermarket) dan tanpa kotak, tapi unit ini masih baru dan belum pernah digunakan. Pada harga 60-70% lebih murah daripada harga runcit, ia merupakan perolehan yang berbaloi-baloi.


Berdasarkan pengalaman beberapa tahun menggunakan Evolution pada Calypso (Charvel So-Cal), pikap ini amat menonjol untuk persembahan live, terutama ketika solo (contoh). Sebenarnya dalam keghairahan masuk khemah Seymour Duncan dan EMG, aku masih setia dalam khemah DiMarzio.


Pembelian sampingan merupakan sedozen pick Jim Dunlop Max Grip bersaiz Jazz III. Ini merupakan jenama/model/saiz pick kegemaranku setakat ini. Dengan tiga material yang berbeza; nylon (merah), stiffo (hitam) dan carbon fibre (kelabu).

Pirate or poisonous?
Pembelian sampingan kedua ialah dua pek tali gitar jenama Skull Strings bersaiz 10-52. Dah lama nak cuba jenama Skull Strings ni, tapi harga runcitnya yang premium RM40+ (setaraf dengan D'Addario NYXL dan Ernie Ball Coated Slinky) biasanya membantutkan keputusan.


Sedih, nampaknya sumpahan "sindrom Ernie Ball" juga terkena pada Skull Strings ni, satu set daripadanya memiliki tali GBE yang berkarat. Nasib baiklah ia diperolehi dengan harga penghabisan stok, kalau harga runcit, kena karat macam ni, rasa nak menangis pun ada, kah kah kah...

Maka, secara rasminya, Skull Strings masuk dalam senarai hitam jenama gitar yang perlu dihindari. Tiba-tiba teringat entri Yustech.

_____
AADI: Selamat Hari Malaysia!

Mampan Mampatan


Cuba melarikan diri daripada GAS pedal Electro-Harmonix (EHX) dan kembali kepada Boss atas sebab-sebab tertentu. Pedal kali ini ialah stompbox Compression Sustainer (mampan mampatan?) CS-3, seperti biasa diperolehi daripada Music Master Studio.

Batch baru - kotak hitam.
"The CS-3 Compression Sustainer pedal compresses louder signals while boosting lower signals, providing smooth sustain without degrading the original sound quality. This is the perfect pedal for guitarists and bassists who want to sound their best."
- Hype website Boss.
Pedal compressor ni lebih kepada keperluan berbanding GAS kemahuan seperti pedal-pedal sebelumnya. Aku perlukan compressor untuk *menghadkan intensiti picking/strumming yang selalunya cenderung untuk strumming deras tak tentu hala (ala grunge) semasa jamming.


Seperti DD-3 ia dibekalkan bersama-sama bateri 9V jenis alkali, dan bukannya zink karbon seperti yang dibekalkan pada CH-1, DS-1, dan MD-2.

Dalam kesempatan yang ada, juga memperolehi adapter Boss PSA-230 terpakai (used) pada separuh harga daripada unit baru.


Ternyata adapter PSA-230 ni lebih stabil dan berbanding adapter Joyo OEM yang kuat humming dan kadang-kadang ada arus berlebihan yang terasa pada tali dan bridge gitar. Setakat ini, dengan arus 500 mA, ia mampu membekalkan kuasa kepada enam pedal jenis stompbox (5 Boss + 1 Korg).

_____
Ada apa: *Juga sesuai digunakan bersama-sama bass, satu markah bonus.

Tiub-Tiub Panas


GAS pedal Electro Harmonix (EHX) yang tak sudah-sudah, kali ni EHX Hot Tubes. Seperti biasa diperolehi daripada Music Master Studio dengan harga penghabisan stok.


Pedal ini merupakan versi isu-semula (re-issue) daripada versi CMOS Hot Tubes dan bukannya versi Vintage Hot Tubes yang menggunakan tiub sebenar.


Tidak seperti East River Drive (ERD), pedal ini merupakan perolehan yang agak "trial and error". Aku bersedia menerima hakikat jika bunyi pedal ini tidak menepati citarasaku.


Sebagai pedal tunggal, bunyinya lebih ke arah "fuzz" berbanding bunyi "overdrive". Bunyinya akan mula menjadi "fuzzy" jika tombol OVERDRIVE dipulas lebih daripada separuh.

Bateri Mike Matthews.
Seperti sudah dijangkakan, bunyi "fuzzy" bukanlah cawan tehku (my cup of tea?). Sebagai pedal sokongan dengan ciri bunyi sebegini, ia lebih sesuai dijadikan sebagai pre-amp berbanding booster. Atau mungkin ia sesuai digunakan bersama-sama bass.

Tapi, itu semua pendapatku yang temberang...


Perolehan kali ini juga disertakan dengan sebungkus tali gitar Ernie Ball Coated Titanium RPS Hybrid Slinky (9-46) dan dua bungkus tali solo Ernie Ball dan Elixir bersaiz 32 (fifth string) yang dipesan sebagai gantian/backup.

_____
Ada apa: Harap-harap set Coated Slinky ini tidak menghampakan.

Pots, Locks And Knucks


Menerima beberapa alat ganti kegitaran yang dipesan daripada Music Master Studio untuk projek akan datang.


Dua unit DiMarzio custom taper 500k potentiometer (EP1201) dan strap locks Hennessey gold (sebelum ini dah ada versi chrome dan hitam). Manakala coaster Bare Knuckle Pickup pula merupakan pemberian mutual.

_____
Ada apa: Thanks Gapster...

Pemacu Sungai Timur


Ok, pedal seterus sebenarnya sudah terGAS sejak 2013. Dipesan daripada Music Master Studio bulan Disember 2014, tapi baru sampai dan dihantar serentak bersama-sama MD-2 bulan lepas.


Electro-Harmonix East River Drive ini diperolehi untuk menggantikan Joyo JF-01 Vintage Overdrive yang telah berpindah milik kepada seorang rakan gitaris dari Miri.


Sebuah pedal overdrive "klasik" yang ringkas dan ala kadar, tapi aku suka grafik dan warnanya (duh~).

Bateri Mike Matthews!

Sebagai pedal overdrive tunggal, fungsinya tidaklah begitu menyerlah, tetapi sebagai booster untuk dirty channel sesebuah amp atau distortion pedal, nah ketika inilah magisnya berlaku.


Seperti dalam entri Bro Sub, pedal ni boleh dikatakan sebagai klon Ibanez Tube Screamer bernadi chip JRC4558 dengan sentuhan magis EHX.

Green LED too!
Sebagai pengganti JF-01, ia juga akan digunakan sebagai booster untuk dirty channel sesebuah amp, seperti yang pernah digunakan semasa BMF2013. Juga amat sesuai digunakan bersama-sama Micro Terror.

_____
Ada apa: Masuk khemah EHX.

Megadeth-tortion


Entri yang tiada kena-mengena dengan Megadeth...

Perolehan yang agak impromptu daripada Music Master Studio (lagi) - Boss MD-2 Mega Distortion. Patutnya aku dah berhenti membeli pedal sebegini (stompbox), tapi disebabkan TERgas dan ada pula dana-dana hasil jualan beberapa pedal lain (gali-lobang-tutup-lobang), maka TERbeli jugalah...


"The MD-2 Mega distortion takes the bottom-heavy distortion sounds heard in today's new-school metal and pushes it to the extreme. The secret is a special dual-stage distortion circuit with an added gain boost-plus new Bottom and Tone controls--for crushing distortion with massive low end. Take your distortion into the future with the MD-2."
- Hype website Boss.
Pada mulanya ingin mendapatkan DS-2, tapi disebabkan aku sudahpun memiliki DS-1 yang mempunyai karekteristik yang hampir sama (hanya beza fungsi TURBO), jadi aku memilih MD-2 untuk dipadankan dengan distortion talaan rendah (D, C# tuning).

_____
Ada apa: Nak bunyi metal berdesir? Ada EHX Metal Muff dan Digitech Death Metal.

Boost Metal With Muff Top


Harta rampasan perang jualan akhir tahun (YES) 2014 seterusnya ialah Electro-Harmonix Metal Muff with Top Boost, diperolehi daripada Music Master Studio (SS2, PJ) diterima beberapa minggu lepas.


Seperti entri GAS tahun lepas, pada mulanya ingin mendapatkan semula Pocket Metal Muff (versi nano), tapi disebabkan harga yang ditawarkan agak sukar ditepis (lebih kurang harga Metal Zone MT-2) maka aku memilih terus Metal Muff versi abang long.


Tombol yang agak "ringkas" VOL, 3EQ, DIST, dan dengan tambahan tombol TOP BOOST untuk frekuensi berbeza supaya bunyi boleh memotong melalui campuran (cut through mix? Hahaha!), sesuai untuk booster semasa solo (kalau pandai solo lah~).


Bla bla bla... Rasa malas pula nak buat ulasan pasal pedal ni, lagipun blog AADI ni sebenarnya memang temberang kalau bab-bab kegitaran, hahaha!

Bateri Mike Matthews.
Metal rules?
Tapi sememangnya aku GAS dengan pedal-pedal distortion jenis metal ni. Kalau boleh nak cuba semua pedal yang menjadi penanda aras seperti Metal Muff, Metal Zone, Metal Cat, Death Metal dan Fullbore Metal. Setakat ni cuma Fullbore sahaja yang belum pernah dicuba...


Harapnya aku dapat mengawal GAS untuk 2015 ni.

_____
Ada apa: Memotong melalui campuran? Pffft!~

Antara Zoom, D'Addario, Jim Dunlop Dan Joyo.


Pembelian impromptu untuk menggantikan unit kedua Zoom G5 soft case yang tak kunjung tiba stok barunya. Unit pertama dah sampai dalam entri ni, dan telah dibeli oleh gitaris sebuah kumpulan indie yang terkenal di Bintulu.

Zoom APH-1 accessory pack, bakal digunakan bersama-sama Zoom H1 handy recorder aku. Kalau diikutkan logik, sebenarnya benda ni lebih berguna berbanding soft case tadi. Terima kasih sekali lagi kepada tauke Music Master Studio (Gapnap the Gapster) kerana tak bosan melayan karenah aku.


Disertakan sekali dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) lain iaitu Joyo 9V adapter, Jim Dunlop Stringwinder dan D'Addario EXL120 (strings again~) sebagai penggenap bayaran.


Seperti APQ3-HD untuk Q3HD kepunyaan Korawk, APH-1 ni juga mengandungi aksesori-aksesori dengan tema yang sama - windscreen (aka David Arumugam), USB type AC adapter, USB cable, mini tripod, padded-shell case, mic clip adapter.


AC adapter AD-17E ni jenis USB, dengan kata lain boleh juga digunakan untuk mengecas bateri telefon pintar (dengan kabel yang sesuai).

Prestasi aksesori ni bersama-sama H1 akan diketahui jika ada sessi jamming hujung minggu ataupun jika ada sessi JOTB #4 kelak.

Pembelian sampingan, penggenap bayaran.

Tiada perkataan "Joyo" dikesan pada label adapter ni. Menurut Gapnap, ia merupakan jenis OEM yang dibuat di kilang Joyo untuk kegunaan barangan ICT. Aku tak kisah pun asalkan voltage dan polarity (9V centre negative) sesuai untuk pedal, tapi arus 1000mA agak besar untuk kegunaan 2-3 buah pedal.

_____
Ada apa: Tali gitar tu simpan dalam stok, lain kali boleh jual...

Lamunan Terhenti Versi Les Paul


Gambar yang agak "heaven" bagi sesetengah orang, terutamanya peminat Les Paul (the guitar, not The Man). Teased by Gapnap via Facebook Messenger few months ago...

Walls of Gibson, somewhere in Tokyo.
_____
Ada apa: Ada versi Epiphone pun dah memadai (buat masa ni).

UPC-535: Size Doesn't Really Matter


Seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas, benda ni dipesan sebelum cuti raya dan sepatutnya tiba seminggu (atau dua) selepas raya, tapi entah di mana silapnya boleh pula terlajak laris lepas sebulan baru sampai.


Pedal case Stagg model UPC-535 medium, dengan ukuran dimensi 535 x 320 x 83 mm. Sebelum ini aku pernah ada UPC-424 dan UPC-688, tapi kedua-duanya telah dijual kepada rakan yang lebih memerlukannya (ketika itu).


Juga dibekalkan dengan selembar velcro berjenama 3M, susah nak cari velcro 3M di tempat aku. Biasanya velcro 3M ni aku simpan, dan gunakan velcro cap ayam untuk dilekat pada pedal.


Pada mulanya pedal case ni akan dijadikan (1) platform untuk gigrig #2 ataupun (2) kotak logistik untuk barangan live audio (kabel, DI, mixer, dll) bersama Hepi Sound And Entertainment. Tapi tak sangka pula Pod HD300 boleh masuk cukup-cukup muat dalam pedal case ni, secara tak langsung menjadi fungsi ketiga pedal case ni.

Pedal-pedal yang bakal disumbat dalam pedal case ni sebagai gigrig #2 pun belum lagi dipilih, mungkin pedal geng-geng Joyo kot? Harap-harap nanti taklah melarat dan berserabut macam Pedaltrain rakan ni...

_____
Ada apa: Hero Jackhammer atau Satchurator?

Music Master Boxes


Pagi semalam menerima dua buah kotak dihantar melalui pos lambat parcel, beralamat daripada Music Master Studio. Credits to Gapnap the Gapster.


Bungkusan sebelah kanan tu dah nampak label dan logo, tidak syak lagi ia berisi barangan Vox. Dipesan minggu lepas bersama-sama Zoom G5 soft case, tetapi disebabkan saiz dan beratnya, ia dihantar melalui pos parcel untuk opsyen yang lebih ekonomik


Bungkusan yang kedua pula berisi pedalcase Stagg UPC-535. Cerita di sebalik bungkusan kedua ni agak sedikit menyakitkan hati. Barang dipesan sebelum cuti raya (dana hasil jualan L-500XL) dan dipos oleh Gapnap pada 24/7/2014, tapi baru sekarang diterima selepas lebih sebulan menunggu (cuti raya kot).

Dalam kotak ada kotak, sama seperti VT40+.
Seperti label yang tertera pada kotak, ia berisi speaker cabinet (cab) V110NT, cab yang dicipta khas untuk digandingkan dengan amp Lil' Night Train. Tapi dalam kes aku ni, ia akan menjadi pasangan kepada Micro Terror yang belum ada cab yang sesuai untuk kegunaan domestik dalam rumah. Cerita selanjutnya akan disambung dalam entri lain (jika rajin).

Sebenarnya gambar dalam entri semalam hanyalah imej daripada kotak.

_____
Ada apa: Vox lagi...

Zoom G5 Soft Case


Bukan tanda-tanda aku ada (atau nak beli) Zoom G5, tapi disebabkan beg ni comel dan boleh dikatakan agak ekonomi berbanding jenama lain yang setaraf (namely Gator GK2110), perasaan GAS itu pasti ada.


Kali ni bukannya diperolehi secara terus daripada CK Music (Bro Amizan dah lama berhenti kerja), tetapi melalui perantaraan Music Master Studio (thanks again Gapster).


Agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan beg Line 6 FG5 yang agak premium. Tapi nasib baiklah ia diperolehi percuma dengan pembelian Pod HD300 semasa Year End Sale 2012.


Dan besar sedikit daripada beg Pedaltrain-Nano. Dengan kata lain Pedaltrain-Nano dan pedal-pedal stompbox gigrig #1 boleh juga dimuatkan dalam beg G5 ni, dan masih ada sedikit ruangan untuk perkakasan lain (mungkin kabel dan adapter).


Atau mungkin juga boleh dimuatkan dengan DIY pedalboard yang dah lama terbengkalai, kena ubahsuai ikut ukuran dalaman beg G5 ni.


Dan ini merupakan pembelian sampingan, Dunlop Zakk Wylde Icon Series medium (10-46). Zakk Wylde bukanlah faktor pembelian tali gitar ni (aku bukannya peminat ZW), tapi hanyalah perasaan ingin mencuba tali gitar "signature" pada saiz yang jarang aku guna (9-42, 9-46). Sebelum ini hanya pernah mencuba "signature" Dave Mustaine, Kerry King dan Santana sahaja.


Oh ya, dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun keenam untuk Music Master. Yang pasti Music Master akan sentiasa menjadi satu daripada sumber memperolehi barangan kegitaran (mostly pedals) untuk tahun-tahun mendatang.

_____
Ada apa: Lepas ni nak cari Rotosound Michael Amott dan/atau Paul Allender pula (fuh~ big gauges).

M109 Wannabe


Tatkala pedal Joyo Ironman Series sedang hangat diperkatakan, aku pula mendapatkan pedal Joyo versi klasik, model JF-11 6 Bands EQ.


Diperolehi daripada Music Master Studio (thanks Gap) yang juga merupakan pengedar utama jenama Joyo di Malaysia.


Pedal ni merupakan klon pedal MXR M109 6-Band Graphic EQ, tapi pada harga 40-50% lebih murah berbanding M109 (harga runcit M109 RM380).


Apa-apa pedal jenis EQ agak serbaguna, dua daripadanya (yang aku praktikkan) ialah midrange scoop untuk mendapatkan bunyi "metallic" daripada pedal distortion biasa (namely JF-03) dan juga sebagai midrange boost untuk solo (huh, macamlah aku pandai solo).


Midrange boost.

Ini merupakan pedal Joyo ketiga yang aku miliki selepas JF-01 dan JF-03. Setakat ini pedal-pedal Joyo tidak pernah menghampakan, cuma decal sahaja yang kurang menarik (aku suka decal Biyang Baby Boom Series).

_____
Ada apa: Ada lagi bakal menyusul...

Super Super Super


Memperolehi satu lagi pikap berjenama DiMarzio daripada Music Master Studio. Jika sebelum ni dah biasa dengan model kegemaran ramai Super Distortion (yang ada pada Goldie aku), kali ni aku ingin mencuba kembar gelapnya Super 3.

Jangan terpedaya dengan tanda harga.
Think of the Super 3 as a Super Distortion with more mid-range grind and chopped treble. If you play your amp with scooped mids and intense overdrive, this is your pickup. The Super 3 pickup’s smooth highs allow you to turn up your amp's treble and presence without fear of thinning out your sound, and the crunchy mids ensure you won't get lost in the mix. It's also a great pickup to use with distortion pedals — it drives them hard and allows full use of their tone controls
- hype daripada DiMarzio.

Jika Super Distortion adalah seorang Jedi, maka Super 3 adalah seorang Sith Lord, kuasa lebih kurang sama, cuma berbeza ideologi, hahaha~ (pandai-pandai memandai-mandai).

Ditambah dengan Air Norton dan Blue Velvet yang ada dalam stok peribadi, dah kira cukup set DiMarzio "all-round-metaller" untuk sebuah gitar berkonfigurasi HSH (next proejct?).

_____
Ada apa: Sila hubungi Music Master Studio untuk harga promosi.

Simulasi Kabinet 4x12" Maya?


Gajet kegitaran yang diperolehi kali ni ialah Behringer Ultra-G GI100, diterima Jumaat minggu lepas (4/4/2014) daripada Music Master Studio. Ia merupakan varian DI100 yang dicipta khas untuk men-DI-kan gitar terus ke mixer atau power amp. Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia live sound, DI unit amat berguna (tapi, apa itu DI unit?).

Mojo warna merah Red Box 5 dan JDX.
Diperolehi untuk kegunaan bersama Hepi Sound And Entertainment (HSE), seminggu sebelumnya pun Bob Kandar telah memperolehi Behringer DI20 juga daripada Music Master. Kedua-dua DI Behringer ni bersama-sama dua lagi DI unit yang telah sedia ada (Hartke VXL dan Moen MO-BA) akan telah digunakan semasa sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai Ahad lepas.

Dua pad -20dB berupaya mengekang isyarat sehingga -40dB.

Virtual 4x12" Cab Simulation (simulasi kabinet 4x12" maya?) hasil kolaborasi dengan Jurgen Rath, antara sebab aku memilih GI100 berbanding DI100, amat sesuai digunakan bersama-sama rig Orange Micro Terror. Dengan kata lain, bunyi yang diterima pada mixer adalah bunyi kabinet 4x12" maya walaupun rig sebenar hanya menggunakan kabinet cikai 1x8" atau dalam kes Micro Terror menggunakan 1x12".

Output tak sambung, kantoi~
Contoh diagram penggunaan GI100:

Image linked from Pop Music.
Perlu diingat, DI unit sebegini hanya berguna semasa persembahan live ataupun rakaman (bunyi asli amp). Jika anda menggunakan modelling, multi-effects moden (contoh Zoom G3/G3X/G5, Line 6 Pod HD300/400/500) ataupun amp yang sudah tersedia DI/line output (Orange Crush Pix CR50BXT, Peavey Bandit 112), maka DI unit sebegini tidak diperlukan.

Setelah menggunakannya, bunyi on/off kabinet 4x12" maya ni taklah ketara sangat perbezaannya. Mungkin telinga aku kot? Kalau cukup perlalatan (dan masa) mungkin aku akan cuba rakam perbezaan bunyi dan letak dalam Soundcloud aku.

_____
Ada apa: Erk... Apa aku merapu ni?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger