Album studio ke-19 dan juga terkini Judas Priest rilisan tahun lepas (Berteromber dah awal buat entri). Tahun lepas dah nampak di Victoria Music Amcorp Mall, *tapi lepas tengok harga dah macam harga piring hitam lalu dilupakan hasrat untuk memilikinya.
Diperolehi daripada Shopee dengan harga yang amat berpatutan. Edisi deluxe ini dalam format digipak/earbook sama seperti album Firepower sebelum ini dengan tambahan tiga buah lagu bonus.
Tiga lagu pertama yang bertenaga sudah cukup untuk membuatkan anda headbanging. Tapi lagu Giants In The Sky, lagu tribute untuk ikon-ikon yang telah pergi, merupakan lagu yang amat sinonim untuk album ini dan pasti bertaraf anthem yang akan berkumandang selamanya.
Man of the match dalam album ini pastinya Richie Faulkner, kalau perhatikan dalam apa-apa konsert mereka kebelakangan ini ternyata Faulkner sentiasa on beast mode.
Rasanya tak perlulah aku ulas berlebihan, album ini memang bertaraf super album kerana semua lagu enjoy didengar termasuklah lagu yang mid-tempo. Dengan wujudnya album ini membuktikan bahawasanya Judas Priest dan muzik heavy metal secara amnya masih lagi relevan sehingga kini.
_____ AADI: *Antara yang membantutkan hobi kumpul CD ni.
Selepas hampir dua tahun dirilis, barulah tertarik picu untuk mendapatkan album studio ke-11 Metallica ini. Itupun selepas terjumpa CD audio ini dijual agak murah sedikit di platform Shopee. Diperolehi semata-mata sebagai pelengkap diskografi album studio Metallica.
Keterujaan aku ketika album ini dirilis tidaklah sehangat ketika menanti album Hardwired... To Self-Destruct sembilan tahun lepas. Tapi seperti HTSD, lagu-lagu dalam album ini juga banyak yang telah dirilis dalam YouTube sebelum tarikh rasmi rilisan. Mungkin ia taktik pemasaran terkini, banyak view, banyak masyuk.
Walaupun ada opsyen mendengar album kuning ini melalui platform online secara sah, contohnya Spotify dan YouTube, tapi aku rasa aku hanya pernah mendengar album ini secara keseluruhan mungkin hanya 2-3 putar sejak ia dirilis.
Harga runcit CD audio yang kini agak keras antara faktor aku tidak terburu-buru mendapatkannya, kalau tak memang aku dah beli di Victoria tahun lepas. Bukan setakat album Metallica sahaja, hampir semua band yang aku follow kebelakangan ini menerima tempias yang sama. Tiada lagi rasa FOMO, mungkin tanda-tanda untuk berhenti hobi sebegini kot?
"satu lagi kebelakangan ini seperti sudah tiada kehangatan untuk mendapatkan album-album terkini artis/band yang suatu ketika dahulu memang follow berabis
banyak dah aku ketinggalan bas - Metallica, Megadeth, Nightwish, Kamelot, Blind Guardian, HammerFall - ni semua band yang paling top dalam koleksi aku, tapi aku belum ada album terkini mereka, ada yang dah pun rilis dua album"
Kadang-kadang aku terasa sedih bila aku tengok potret ini. Kalau tidak mengenali Metallica pastinya ia hanyalah sebuah potret generik orang tua. Tapi pada peminat metal umumnya, inilah potret seorang ikon. Nampaknya semua hero-hero metal kita sudah masuk fasa senja, namun aku respek kerana mereka masih aktif dan bertenaga untuk menghasilkan album apatah lagi konsert jelajah dunia.
Hahaha... Tak ada pula ulasan lagu-lagu dalam album ni. Tak mengapa, ini Metallica, mereka metal, walaupun tak berapa menyengat seperti album-album *terdahulu (pada pendapat aku), metal mereka masih lagi relevan selepas 40 tahun menjuangkan metal.
Juga tahniah kepada Metallica kerana berjaya menjadikan warna kuning begitu metal sekali.
Firepower, album studio ke-18 Judas Priest ini antara album yang sentiasa dalam senarai buruan aku sejak ia dirilis awal tahun 2018. Beberapa kali ingin mendapatkannya tapi ia seperti dapat mengelakkan diri, sama ada tiada dalam pasaran tempatan, habis stok ataupun dijual pada harga yang tidak munasabah.
Berjaya diperolehi daripada Inverno Music Station Melaka melalui platform Shopee mereka. Ini merupakan versi digipak/earbook tidak seperti versi jewel case Berteromber. Kalau diberi pilihan, aku lebih suka versi jewel case kerana lebih senang disimpan dan dijaga.
Aku bukanlah pengikut tegar Judas Priest, selain kompilasi Metal Works 73-93, dua album mereka yang aku ada Angel Of Retribution dan Redeemer Of Souls pun masih belum dibuatkan entri AADI. Tapi sebagai peminat heavy metal secara amnya, siapa yang tak suka muzik Judas Priest, kan?
Mengetengahkan hampir semua resepi klasik heavy metal dengan riff-riff moden, keras dan berat bisa hangguk kepala, solo-solo yang ringkas tapi masih bergulung dan lirik yang senang dihadam. Dengan album ini Judas Priest membuktikan heavy metal masih mampu menggegarkan industri muzik dan mengekalkan takhta "metal gods" mereka. Pastinya sebuah super album kerana tiada lagu yang bisa dilangkau.
Sebelum musim pandemik dulu, versi Spotify album ini bersama-sama album Dominion (HammerFall) merupakan album wajib didengar sebagai pembakar semangat ketika rajin berjogging (ketika itu). Menjadi soundtrack of my life disebabkan situasi tadi.
_____ AADI: Ritchie Faulkner pun antara gitaris generasi-X yang aku follow.
Diperolehi daripada Drop Dead Distro ketika gig MUWW 2022 beberapa minggu lepas, ketika itu kesemua CD import dijual pada harga RM50. Sayangnya dalam katalog hanya CD ini yang menarik perhatianku, selebihnya tidak menarik atau aku sudah ada. Kalau tak memang aku teringin menapau 2-3 keping CD.
Aku tak berapa follow In Flames, setakat ini aku cuma ada dua CD album mereka Colony (my fav In Flames album) dan A Sense Of Purpose. Kalau mp3 lain ceritalah... Terkejut juga bila dapat tahu Chris Broderick kini menjadi gitaris live/tour mereka, dah jadi ahli rasmi ke?
Ini merupakan digipak edisi terhad dengan dua lagu bonus Greatest Greed dan Us Against The World. Langsung tiada gambar ahli kumpulan dalam inlay. Dan katanya ini merupakan album terakhir bersama bassist Peter Iwers, yang dulu selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez dengan ada signature bass PIB.
Tapi dalam album ini muzik melodiknya semakin senang dihadam, agak pop-komersil (siap ada koir tau) dan terasa seperti nu-metal, jauh berbeza dengan muzik mereka era Colony. Tak hairanlah kenapa ramai peminat lama yang mempertikaikan mereka. Tapi pendapat aku, selagi ia seronok didengar malah menghilangkan stress, kenapa tidak?
Menjadikannya CD kedua yang dibeli tahun ini, kah kah kah...
Boleh dikira agak lewat untuk aku mendapatkan format fizikal album ke-17 Iron Maiden Senjutsu ini. Diperolehi daripada Radin Music Centre hampir dua minggu lepas. Format CD digipak dipilih berbanding CD media book atas faktor kos.
Iron Maiden antara band yang selalu senyap-senyap buat rakaman album. Katanya album ini dirakam tahun 2019 dan sepatutnya dirilis tahun 2020, tapi faham-faham sajalah dengan isu semasa semuanya terbantut.
Ketika Kapten Bruce mengumumkan "Belshazzar's Feast", aku ingatkan ia sejenis konsert Maiden secara maya di YouTube. Langsung aku tidak menjangka ia merupakan premier single TWOTW dan seterusnya pengumuman album Senjutsu beberapa hari kemudian.
Selepas diumumkan, debaran aku untuk memiliki album ini tidaklah seghairah ketika The Book Of Souls dan The Final Frontier. Hanya bersahaja, kalau sudah ada dalam pasaran Malaysia, beli... Kalau belum ada, tunggu sampai ada. Sebelum memiliki format fizikal, aku sudahpun layan album ini secara sah menerusi YouTube Music dan Spotify, tak perlu sedut mp3 seperti TBOS sebelum ini.
Tidak dapat dinafikan ada banyak riff-riff, irama dan lenggok solo yang di"kitar semula" daripada album-album terdahulu. Boleh dijadikan trivia ketika pertama kali mendengarnya. Tapi ada juga beberapa lagu jika dibuang faktor bass ketung-ketung trademark Steve Harris, pasti akan berbunyi seperti lagu-lagu album solo Bruce Dickinson. Lagu TWOTW senang-senang sahaja menjadi lagu kegemaran peribadi diikuti oleh The Darkest Hour dan The Parchment.
Nak buat ulasan setiap lagu tapi kehangatannya sudah beransur hilang, sebenarnya sudah ada draft, hidden somewhere in this HTML. Kalau nak ulasan pakar mungkin boleh baca ulasan Deaf KDHR dan Berteromber.
Dan seperti album TBOS, pakcik-pakcik Maiden ni buang tebiat lagi rakam lagu panjang-panjang menjadikan album ni double-disc. Hanya ada dua lagu yang pendek berdurasi bawah lima minit, selebihnya berdurasi 6-12 minit. Namun tiada lagu yang memecahkan rekod Empire Of The Clouds yang berdurasi 18:01 minit dalam album TBOS.
Kalau perasan, dalam inlay langsung tak ada gambar ahli kumpulan seperti album-album terdahulu, hanya banyak gambar Samurai Eddie posing pelbagai (tak pasti pula pada format lain). Pendapat aku, disebabkan isu semasa juga mereka tidak ada peluang atau masa untuk sessi fotografi dan untuk tidak melengah-lengahkan lagi tarikh rilisan.
Ok, aku berhenti setakat sini dahulu. Nanti ada idea tambahan aku sambung.
Raijutsu (雷術), bukan nama jutsu dalam anime Naruto ye, cuma gabungan Raihan dan Senjutsu...
Perolehan batch ke-18 daripada Radin Music Centre, lepas ni dah boleh berhenti guna tajuk "batch", sebab Radin Music Centre kini sudah ada di platform Shopee, tak perlu lagi pesan secara manual guna Messengger/WhatsApp. Dengar cerita kembali bangkit untuk membuka kedai fizikal selepas musibah yang melanda bulan Mac lepas.
Dan sebagai peneman pembelian, DVD Koleksi Nasyid Terbaik Raihan khas untuk anak kecik aku si Arlo yang suka dengar lagu-lagu Raihan.
Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan kelak.
*Ini antara album yang teringin dimiliki sejak beberapa tahun lepas selain The Shadow Theory (Kamelot), Firepower (Judas Priest), Hexed (Children Of Bodom) dan The Sin And The Sentence (Trivium). Diperolehi daripada Rock At Large melalui platform Shopee untuk mengambil peluang menebus Shopee coins serta kupon pengeposan percuma.
Proses pembikinan album studio ke-11 (ya, dah 11) HammerFall ini agak senyap-senyap dan tidak berapa diwar-warkan dalam media sosial berbanding dua album sebelum ini iaitu (r)Evolution dan Built To Last. Tiba-tiba sahaja Sweden Rock berkumandang serata platform digital ketika itu (2019).
Kembali mendapatkan khidmat Samwise Didier (Blizzard, Warcraft, Diablo) untuk cover art. Pada pendapat aku, lukisan Dider lebih cocok dan majestik untuk cover art album-album HammerFall berbanding lukisan Andreas Marschall yang lebih kelam (dark) sesuai untuk album-album black/death metal.
Masih mengekalkan formula power metal seperti album-album mereka sebelum ini - powerful vocal, epic guitar solo, all-male chants/choirs (aka gang vocals) - ada lagu straight forward power metal (Sweden Rock), ada lagu anthem (Dominion, One Against The World, Chain Of Command) dan diselitkan power ballad (Second To One, And Yet I Smile).
Muzik keras dan berat, solo pantas dan bergulung Norgren, solo perlahan dan melodik Dronjak dan vokal Cans yang immortal, itulah trademark HammerFall.
Kini tinggal album pertama mereka Glory To The Brave sahaja yang masih belum ada untuk melengkapkan diskografi HammerFall. Sebenarnya ada, tapi versi AsiaLink, tak acilah.
*Nak dijadikan cerita, bulan November tahun lepas aku ada memesan album Dominion ini melalui eBay daripada seller grooves-land (seller yang sama The Man Who Would Not Die, Damnation dan Lamentations), tapi sehingga kini tak sampai-sampai. Kekangan C19 juga membuatkan proses dispute terbantut, akhirnya £8.09 (RM45.53) dibiarkan hangus begitu sahaja. Harapnya suatu hari nanti, dengan sedikit keajaiban ia tiba-tiba sampai...
Dan itulah pembelian terakhir eBay aku setakat ini. Pembelian terakhir sebelumnya merupakan album Inhuman Rampage pada November 2017 daripada musicMagpie. Dah hilang kehangatan untuk ber-eBay kebelakangan ini, ditambah lagi dengan isu C19.
_____ AADI: Berteromber ada buat entri pasal album ini hampir dua tahun lepas.
Lepas sebulan lebih diperolehi daripada Rock At Large baru ada mood peluang buat entri album studio ke-12 Kamelot The Shadow Theory. Ini merupakan versi digipak edisi terhad yang didatangkan dengan CD kedua yang berisi enam buah lagu dalam versi instrumental dan satu lagu bonus.
Kamelot terkenal dengan cover-art album yang "pelik/buruk/abstrak".
Pernah beberapa kali cuba untuk mendapatkan album ini melalui eBay selepas ia dirilis tahun 2018, tapi kebanyakkannya dijual pada harga yang tidak berbaloi. Ditambah lagi dengan PKP tahun lepas, maka hilang kehangatan untuk meng-eBay dan hobi memancing CD secara amnya. Terima kasih RAL kerana membawanya masuk.
Juga album ketiga bersama-sama vokalis Tommy Karevik selepas Silverthorn dan Haven. Ternyata Karevik kini sudah sebati dengan Kamelot, ada gaya dan imej tersendiri (berjambang, tegap dan maskulin ala Henry Cavill), tidak lagi dibayangi oleh imej Khan seperti ketika album Silverthorn.
Seperti tradisi album-album Kamelot sebelum ini, pasti akan menampilkan beberapa artis undangan terutama vokalis wanita, kali ini giliran Lauren Hart (Once Human) dan Jennifer Haben (Beyond The Black) menjadi penyeri.
Sejak era Karevik talaan Kamelot lebih rendah drop-C#/drop-C berbanding era Khan yang rata-ratanya ialah Eb-standard. Tapi aku suka lagu Vespertine (My Crimson Bride) dengan vibe power metal klasik ala Helloween/Masterplan. Lama tak dengar lagu Kamelot vibe begini.
Juga tidak lari daripada lagu-lagu ballad seperti Static dan Stories Unheard, kebanyakkan lagu ada dua solo, gitar dan keyboard daripada Thomas Youngblood dan Oliver Palotai. Serius akupun tak perasan bila masa mereka ada kaki pukul baharu selepas Casey Grillo menyertai Queensryche. Nampak sangat aku dah tak follow perkembangan Kamelot, kah kah kah...
_____ AADI: Kerevik pun liked post Instagram aku untuk album ini.
Kali ini giliran album-album Kamelot dan Marko Hietala iaitu The Shadow Theory rilisan 2018 dan Pyre Of The Black Heart rilisan 2020. Bila dapat tahu kedua-dua album ini ada dalam katalog RAL, dengan pantas terus dipancing.
Terima kasih RAL kerana membawa masuk album-album sebegini. Agak serik untuk memancing CD eBay musim-musim pandemik ini. Pancingan CD eBay dari Jerman bulan November lepas sampai sekarang masih belum sampai.
Seperti biasa, akan dibuatkan entri berasingan kelak.
Diperolehi bersama-sama kompilasi Made In Germany (1995-2011) daripada Inverno Music Station minggu lepas. Album studio ketujuh Rammstein rilisan tahun ini 2019 setelah hampir sedekad tanpa album studio.
Cover art yang minimalis, hanya sebatang mancis berlatarbelakangkan warna putih tanpa sebarang aksara, ada tulisan Rammstein di tepi digipak - itu sahaja. Rammstein yang terkenal dengan pyrotechnics semasa konsert (other band play, Rammstein burn!), mancis sekecil ini bisa mencetus api yang besar - mungkin itulah maksud yang tersirat mengikut tafsiranku.
Begitu juga di dalamnya, permukaan CD yang putih yang hanya ada logo Rammstein sahaja tanpa sebarang cetakan aksara lain.
Kalau faham lirik, lebih majestik.
Ok, selepas menonton video muzik lagu Deutschland yang mejestik dan epik berlatarbelakangkan sejarah (dan masa depan) Jerman di YouTube beberapa bulan lepas, sudah cukup untuk aku menarik picu mendapatkan album ini.
Kah kah kah...
Ada beberapa lagu baru mereka sudahpun dilayan menerusi beberapa video konsert terkini mereka di Eropah yang berleluasa di YouTube seperti Was ich Leibe (lagu intro konsert), Radio dan Ausländer. Radio dan Ausländer walaupun agak komedik tetapi liriknya agak dalam.
NSFW video.
Tracklist
Deutschland
Radio
Zeig dich
Ausländer
Sex
Puppe
Was ich Liebe
Diamant
Weit weg
Tattoo
Hallomann
Dengan vokal Lindemann yang garau dan kasar tetapi dinamik dengan setiap tempo lagu, berjaya membuatkan aku terhibur dan melabel album ini sebagai super album walaupun hanya faham 20-30% liriknya. Tak sia-sia mereka berdiam hampir sedekad tanpa album studio.
Am Ende war es nur das Ende des Jahres, das mich dazu brachte, CD-Audio zu kaufen... Eh, salah channel. Akupun lupa bila kali terakhir aku membeli CD audio, mungkin singles Milik Ku Estranged atau Happenstance Fozzy.
Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu Rammstein, antara sebab aku mendapatkan album kompilasi Made In Germany mereka. Dan kebetulan Inverno pun ada album terkini mereka keluaran 2019 self-titled (aka album mancis), sekali harunglah...
Facebook mereka kata album ini menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini... Wiki pula kata Sabtu lepas 02/11/1999, mana satu?
Tak cukup syarat untuk gila format.
Album ketiga Foo Fighters ini bukanlah album FF kegemaranku (fav to date TCATS), tetapi disebabkan nilai-nilai *nostalgik album ini, ia boleh dikategorikan sebagai album bertaraf soundtrack of my life.
Kaset terakhir dibeli sebelum Y2K.
*Mendengar kembali lagu-lagu dalam album ini otomatik akan teringat kenangan tahun ketiga di USM (circa 1999-2000). Tahun yang agak "kejam" dari segi percintaan perhubungan dan pelajaran. Seperti ayat entri tahun 2009:
"ekceli aku ada kaset utk album ni, aku beli somewhere penghujung 1999 kat berjaya video, sg. dua, penang. waktu tu aku 3rd year kat usm tgh dilamun scandal dgn awek student junior hehehe >:) album ni jugak mengingatkan aku time aku dan housemate 6 org ramai2 pi round island naik kancil, mcm tin sardin jdnya... dan zaman gila main game planescape torment"
Ada tiga lagu dalam album ini yang teringin sangat aku nak cover; Learn To Fly, Aurora dan Next Year. Ketiga-tiganya ada maksud peribadi tersendiri.
_____
AADI: "I was in the best rock & roll band in the 90's, we've changed the course of rock music..."
Seperti kes In Flames, Disturbed juga antara yang aku tak follow, satu-satunya album fizikal Disturbed yang aku ada hanyalah Believe, itupun seperti biasa sebab ada nilai-nilai nostalgik.
Highlights dalam album ini ialah lagu The Sound Of Silence (cover Simon & Garfunkel). Mula-mula dengar lagu ini berkumandang di TRAXXfm aku terpinga-pinga, vokal siapakah yang sungguh dinamik dan mantap sebegini? Tekaan pertama aku ialah Jørn Lande, rupa-rupanya jauh menyimpang kerana ia merupakan vokal David Draiman (oo wa aa aa aaw~).
Versi ini merupakan versi deluxe edition yang mengandungi tiga lagu bonus Tyrant, Legion Of Monsters dan The Brave And The Bold.
Meneruskan legasi maskot metal seperti Eddy (Iron Maiden), Vic (Megadeth), Hector (HammerFall), Roy (COB), Jesterhead (In Flames), dll... Disturbed juga memiliki The Guy, yang menghiasi muka depan setiap album mereka, kecuali dua album pertama.
Disturbed setakat ini hanya ada enam album studio, mungkin tidaklah begitu membebankan jika aku ingin mendapatkan empat album yang lain iaitu The Sickness, Ten Thousand Fists, Indestructible dan Asylum.
_____
AADI: Katanya bakal ada album baru tahun ini.
Selepas terperap beberapa bulan, album kesembilan In Flames ini baru sahaja dibuka dan didengar minggu lepas. Ini merupakan pembelian impuls (ketika itu), aku tidak mengikuti In Flames dan tak pernah dengar lagu-lagu di dalamnya. Satu-satunya album In Flames yang aku ada hanyalah Colony, itupun sebab ada nilai-nilai nostalgik.
Cover art yang menarik.
Apa yang aku ketahui mengenai In Flames ini ialah pemain bass mereka (ketika itu) Peter Iwers, selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez dengan bass signature PIB. Sekarang bila dah keluar In Flames, tiada lagi bass PIB dalam katalog terkini. Manakala Björn Gelotte pula dikenali dan mula diikuti melalui signature *Epiphone Les Paul BIG dan Jotun.
Seperti jiran Finland mereka Children Of Bodom, muzik melodic death metal versi Sweden ini memang senang untuk aku hadam, kecuali bab vokal yang bagi aku agak menjengkelkan dan tidak sesuai untuk pendengaran umum. Tapi sekurang-kurangnya vokal Fridén lebih mudah difahami dan dinamik berbanding Laiho.
Dari segi muzik dan kerja gitar Strömblad/Gelotte memang layan, riff-riff yang berat tapi masih melodik, ditambah pula dengan solo-solo yang ringkas dan tidak sampai tahap shredding. Tidak hairanlah jika album ini katanya mencecah nombor satu dalam carta album rasmi Sweden ketika itu. Rasanya tak perlulah diulas setiap lagu, biarlah peminat In Flames yang komen.
Versi ini merupakan edisi terhad yang juga didatangkan sekali dengan DVD bonus yang mengandungi video "the making of..." pembikinan album ini.
Tengoklah nanti, kalau aku rajin, mungkin akan cuba cari rilisan In Flames yang lain, tapi bukanlah sampai tahap didahulukan (priority). Semenjak eStock musicMagpie "bermasalah", kena cari alternatif lain, mungkin Inverno dan Rock At Large.
Album studio kelapan Halo Of Blood merupakan rilisan tahun 2013, ketika aku baru berjinak-jinak kembali dengan COB melalui album RRF. Dengan cover art monotone yang menarik berbanding cover art RRF dan IWC.
Ada kesan potongan pada tepi digipak, tanda sebegini atau lubang ditebuk pada barkod biasanya menandakan CD lelong atau penghabisan stok. Jadi tak hairanlah ia diperolehi dengan harga yang munasabah murah. Aku boleh terima "kerosakan" begini asalkan tidak menjejaskan CD.
Seperti album IWC, versi deluxe album ini juga disertakan dengan DVD bonus dokumentari ala "the making of..."
Tak banyak yang dapat aku cerita pasal album ni. Dah beberapa kali putar, lagu-lagunya agak kurang melekat berbanding album-album klasik. Tetapi muzik COB tetap memukau, terutama faktor keyboard Wirman, aku akan tertunggu-tunggu untuk solo keyboard pada setiap lagu. Nak cerita pasal kerja gitar Laiho nanti terlalu overrated pula.
Seperti biasa, akan ada lagu cover menarik, untuk album ini Sleeping In My Car (Roxette) menjadi pilihan mereka. COB suka cover lagu-lagu pop, contohnya - Oops!... I Did It Again, Cruel Summer dan Danger Zone. Adakah untuk suka-suka, atau mereka juga ada guilty pleasure?
Inlay jenis lipat-lipat, kalau dibuka boleh jadi poster. Masih bersama Roope Latvala yang selepas album ini tidak lagi menyertai COB, mungkin faktor usia atau masalah peribadi.
Lain cerita, eStock musicMagpie sudah tidak lagi menerima pembelian eBay daripada Malaysia (dan Asia Tenggara secara amnya) untuk CD/DVD mereka. Nampaknya kena cari penjual eBay lain, atau sokong penjual tempatan - Radin, Inverno, Rock At Large.
_____
AADI: Mengumpul kembali album COB lama pula lepas ni.
Mengikut data arkib aku, album ini diperolehi menerusi eBay dan diterima pada 25/8/2010, mungkin terlepas pandang atau terlupa buat entri ketika itu. Dah hampir lapan tahun baru dibuatkan entri, bersempena dengan ulangtahunnya ke-15 hari ini (25/03/2018).
Kalau bukan pasal kes kematian Chester Bennington tahun lepas, akupun lupa yang aku ada CD album ni dalam arkib (juga pernah ada CD versi lanun).
Tidak seperti album Hybrid Theory yang agak rebellious sesuai dengan usiaku ketika ia dirilis, Meteora ini lebih tenang dan jiwa, juga sesuai dengan kehidupan aku ketika itu (2003) yang baru stabil dengan pekerjaan dan gaya hidup baru.
Meteora ini juga aku kategorikan sebagai super album sama seperti Hybrid Theory, dan merupakan satu daripada soundtrack of my life of early 2000s. Hanya dua album ini yang aku layan, album Minutes To Midnight dan seterusnya aku dah mula cair dengan Linkin Park.
Pernah cover lagu Numb semasa sessi jamming KKB, menjadi juga walaupun guna talaan Eb. Solo yang dimasukkan pun jenis improvised.
Ini merupakan versi deluxe edition, dengan tambahan enam buah lagu bonus dan DVD yang mengandungi dokumentari A New Found Force dan persembahan live lagu Cry Thunder. Tapi aku masih tak suka pakej digipak.
Tiga lagu bersama artis undangan Matt Heafy (Trivium) sebagai backing vocals The Game, No More dan Defenders, dengan vokal teriak dan garau ala era Vengeance Falls.
Tiga lagu Tomorrow's King, Three Hammers, Symphony Of The Night agak familiar kerana telah dilayan sebelum ini menerusi album ITLOF:LTL. Juga terdapat sebuah lagu cover Johnny Cash iaitu Ring Of Fire yang di-DragonForce-kan.
Sebenarnya muzik DragonForce ni mudah dihadam jika anda lali dengan blastbeat drum yang beratus-ratus bpm. Jika faktor blastbeat tadi dibuang dan digantikan dengan beat biasa, muziknya sama seperti generic power metal lain... Tapi itulah trademark DragonForce selain solo-solo gitar (dan keyboard) yang gila-gila, memberikan definasi baru kepada genre speed metal.
_____
AADI: Tidak sesuai didengar semasa memandu, kah kah kah...
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?