Showing posts with label slipgate. Show all posts
Showing posts with label slipgate. Show all posts

Foo Fighters - But Here We Are


Album studio ke-11 Foo Fighters rilisan tahun lepas ini diperolehi daripada Inverno Music Station (Melaka) melalui platform Shopee mereka. CD audio kedua untuk tahun ini.

Seperti meneruskan tradisi empat album FF sebelum ini - Wasting Light, Sonic Highways, Concrete And Gold, Medicine At Midnight - yang menggunakan format slipgate, format yang paling aku tak suka. Mungkin sebab itu harga album ini lebih murah berbanding album-album seangkatan yang mencecah RM80 seunit.

Cover art pun seminimalis mungkin, mengalahkan album "mancis" Rammstein. Dan kemudiannya seperti buang tebiat kerana lirik-lirik dalam inlay pun ditulis dengan warna kelabu pudar berlatar belakangkan putih. Tiada gambar band, jimat kos fotografi?

Antara trivia album ini katanya didedikasikan kepada Taylor Hawkins dan mama Grohl (Virginia) yang kedua-duanya meninggal dunia dalam jarak masa yang dekat pada Mei dan Ogos 2022.

Kedua, semua drum tracks dimain dan dirakamkan oleh Grohl sendiri. Manakala drummer baharu FF Josh Freese hanya diumumkan ketika mula tour. Lagu ketujuh pula Show Me How dinyanyikan bersama-sama anak perempuan Grohl, Violet.

Mata 40an aku memang sukar untuk membaca kontras begini.

Sebelum memperolehi album ini aku tidak pernah pra-dengar lagu-lagunya melalui mana-mana platform muzik online kononnya untuk mendapatkan feel seperti membeli kaset 90an dulu.


Aku ingatkan CD aku rosak, rupanya memang lagu sengaja "rosak" di penghujung.

Jika dua album sebelum ini banyak elemen pop 70an dan disko, album kali ini seperti FF kembali kepada akar alternative dan post-rock dengan lagu-lagu yang lebih catchy dan enjoy didengar. Baru 4-5 kali putar, rasanya aku suka lagu Under You, klasik FF. Seperti biasa, ripped jadikan MP3 untuk dipasang pada PC manakala CDnya dilayan dalam Imago.

_____
AADI: Selamat datang Julai.

Foo Fighters - Medicine At Midnight


Album studio ke-10 Foo Fighters rilisan 2021 ini diperolehi daripada Inverno Music Station melalui platform Shopee mereka bulan lepas. Sama seperti album Senjutsu yang perancangan awalnya ingin dirilis pada tahun 2020, tapi terpaksa ditunda tahun berikutnya atas faktor pandemik.

Album studio terakhir FF bersama drummer Taylor Hawkins yang meninggal dunia semasa tour FF di Amerika Selatan sekitar Mac 2022.

Jika album studio sebelum ini Concrete And Gold banyak elemen psychedelic rock, album ini pula banyak elemen pop 70an dan disko. Mungkin tempias daripada projek Dee Gees mereka (or vice-versa?).

Masih meneruskan trend seperti album-album sebelum ini iaitu Concrete And Gold, Sonic Highways dan Wasting Lights menggunakan bungkusan format slipgate yang leceh dan nampak murahan berbanding digipak mahupun jewel case.

Aku paling suka lagu Waiting On A War yang lagu dan liriknya memang klasik Foo Fighters. Begitu juga dengan lagu Medicine At Midnight kerana ada solo gitar (Shiflett?) yang agak panjang, amat janggal untuk sebuah lagu FF. Lagu-lagu lain masih boleh dilayan dan sesuai untuk peneman pemanduan santai dan mesra keluarga.

Mengintai album terkini mereka But Here We Are pula.

_____
AADI: Menunggu Epiphone DG-335.

Mastodon - Hushed And Grim


CD audio kedua untuk tahun ini, album studio kelapan Mastodon iaitu Hushed And Grim rilisan Oktober 2021, dah dua tahun baru tergerak hati untuk memilikinya. Album yang memiliki 15 lagu yang dimuatkan dalam dua CD. Adakah Mastodon juga mengikut trend rilisan album dalam dua CD?

Diperolehi daripada Inverno Music Station Melaka melalui platform Shopee. Aku paling tak suka rilisan dalam format slipgate begini. Selain nampak murahan, ia juga senang rosak baik kulit mahupun CD yang keluar masuk.

Sudah agak lama tidak mengikuti perkembangan Mastodon selepas Emperor Of Sand. Selepas itu mereka tiada rilisan album penuh yang ada hanyalah singles/EP Cold Dark Place (2017) dan kompilasi Medium Rarities (2020).

Seperti biasa, artwork muka hadapan album-album Mastodon selalunya ohsem, ia biasanya antara tarikan pertama untuk mendapatkan sesuatu album.

Cuma agak sukar untuk aku menghadam lagu-lagu dalam CD pertama. Solo-solo Brent Hinds pun seakan-akan sama polanya untuk semua lagu. Untuk CD kedua terasa lebih enjoy sedikit kerana seperti ada elemen psychedelic dalam lagu-lagunya. Selebihnya, entah... Tak tahu aku macam mana nak ulas album ni, mungkin kena dengar berkali-kali, dan lagi dan lagi...

_____
AADI: Masih teringat lagu The Motherload dalam album OMRTS.

Rammstein - Made In Germany (1995-2011)


Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu lama Rammstein. Akhirnya berjaya mendapatkan album kompilasi "greatest hits" Made In Germany ini daripada Inverno Music Station (Mahkota Parade, Melaka) beberapa hari lepas. Ia juga merupakan CD audio pertama dibeli tahun ini (ya, betul), kah kah kah...


Kompilasi ini memuatkan 15 lagu-lagu hits mereka daripada album Herzeleid sehingga Liebe ist für alle da dengan tambahan satu lagu baru Mein Land. Ok, aku bukanlah mengikuti Rammstein sangat, suatu ketika aku pernah ada album Rosenrot (versi Jack Sparrow sebab itu tak pernah buat entri).


Didatangkan dalam pakej slipgate, aku tak suka CD dalam pakej slipgate yang (pada pendapat aku) lebih teruk berbanding pakej digipak. Katanya kompilasi ini didatangkan dalam enam versi cover art yang memaparkan death mask keenam-enam ahli kumpulan, versi yang aku dapat ni memiliki muka Doom Schneider.


Muzik video Rammstein antara yang terbaik kualitinya.

Aku kenal Rammstein ketika era Braingell Radio, genre unik mereka ditambah dengan bahasa kasar Jerman dengan catchy chorus otomatik melekat. Mendengar kembali lagu-lagu seperti Engel, Du Hast, Ich Will, Pussy, Rosenrot, Amerika dan Sonne. pastinya menggamet kenangan. Sayangnya tiada lagu Feuer frei! dalam kompilasi ini.

Serius, aku lebih banyak belajar bahasa Jerman menerusi lagu-lagu Rammstein dan game Medal Of Honor: Allied Assault berbanding platform lain.

_____
AADI: Ringtone aku intro/riff lagu Pussy :)

Inverno Fischen (Teil 7)


Am Ende war es nur das Ende des Jahres, das mich dazu brachte, CD-Audio zu kaufen... Eh, salah channel. Akupun lupa bila kali terakhir aku membeli CD audio, mungkin singles Milik Ku Estranged atau Happenstance Fozzy.


Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu Rammstein, antara sebab aku mendapatkan album kompilasi Made In Germany mereka. Dan kebetulan Inverno pun ada album terkini mereka keluaran 2019 self-titled (aka album mancis), sekali harunglah...

Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan.

_____
AADI: Was ich liebe...

Foo Fighters - Concrete And Gold


Album studio kesembilan dan terkini Foo Fighters yang baru sahaja dirilis pada bulan September, diperolehi daripada batch ke-14 Radin Music Centre beberapa minggu lepas.


Aku perasan tiga album studio FF kebelakangan ini Wasting Light, Sonic Highways dan album ini semuanya menggunakan format slipgate yang pada pendapat aku agak leceh dan nampak murahan berbanding digipak dan jewel case. Patutnya kalau versi slipgate begini harga lagi murah sebab kurang kos.


Secara rasminya FF sudah ada enam orang ahli, Rami Jaffee yang sebelum ini menjadi keyboardist undangan kini sudahpun menjadi ahli tetap FF. Dan tak lupa beberapa artis dan ahli muzik jemputan termasuk nama-nama besar seperti Justin Timberlake, Dave Koz dan Paul McCartney.


Lagu-lagu dalam album ini (bagi aku) agak susah dihadam berbanding Sonic Highways, mungkin disebabkan vibe psychedelic rock yang agak ketara. Kecuali beberapa lagu seperti Run, The Sky Is A Neighborhood dan The Line yang mungkin disebabkan sudahpun dilayan sebelum album ini dirilis.

Dan sebuah lagu dengan vokal sepenuhnya oleh Taylor Hawkins iaitu Sunday Rain, yang mana kerja pukul-memukul digalas oleh Paul McCartney.



Album ini masih lagi panas, fresh from the oven. Jika diberi peluang mendengarnya beberapa kali lagi, mungkin boleh jiwa.

_____
AADI: Oh abang Pat.

Ozzy Osbourne - Memoirs Of A Madman


Bersempena dengan ulangtahun Pak Ozzy beberapa hari lepas, ada baikinya buat entri pasal album kompilasi Memoirs Of A Madman. Ini merupakan pembelian ria (joybuy?) daripada Inverno Music Station bulan Oktober lepas (bersama-sama CD Foo Fighters dan Judas Priest).


Pada mulanya aku ingat ini merupakan album studio kesinambungan daripada Diary Of A Madman, rupa-rupanya cuma album kompilasi terkini Pak Ozzy sehingga album Scream.

Aku tak suka pakej jenis digipak, tapi lagi menyampah jika pakej jenis slipgate kadbod begini. CD dan inlay susah dikeluarkan dan senang rosak, kalau dah rosak bye-bye lah.


Tak ada apa yang menarik dalam kompilasi kali ni, kompilasi Ozzman Cometh sebelum ini pun dah kira memadai. Cuma dimuatkan satu lagu Black Sabbath Paranoid versi live (The Roundhouse, London 2010) yang katanya "previously unreleased", strategi pemasaran penerbit eksekutif la ni kan?

Diskografi album studio Pak Ozzy yang aku ada pun belum lengkap, setakat ini cuma ada Blizzard Of Ozz, Ozzmosis, Down To Earth, Black Rain (versi slipcase dan jewelcase) dan Scream.

_____
AADI: Pembelian ria? Kah kah kah...

Foo Fighters - Sonic Highways


Pertama sekali aku berterima kasih sebab Pak Grohl dan rakan-rakan tak singgah di KL untuk konsert jelajah mereka kali ini. Hanya Bangkok dan Singapura menjadi persinggahan mereka untuk rantau Asia Tenggara. Kalau tak, aku pasti akan menyesal sebab tak dapat pergi.


Ok, agak terlambat untuk mendapatkan album studio kelapan FF keluaran tahun 2014, kerana FF mutakhir ini dalam proses menunggu tarikh rilisan rasmi album kesembilan mereka Concrete And Gold dalam beberapa minggu lagi.

Diperolehi daripada Inverno Music Station (Mahkota Parade, Melaka) penghujung Julai lepas melalui promosi dua CD untuk RM50 (bersama CD Audioslave) di Facebook mereka.


Seperti album sebelumnya Wasting Light, album ini dirilis dalam pakej slipgate. Aku tak berapa suka format digipak, tapi format slipgate sebegini lagi menyampah, terasa agak murahan (feels cheap), susah nak keluar/masukkan CD, senang rosak dan kalau rosak juga, memang bye-bye lah.

Album ini pada pendapat aku mudah dihadam berbanding tiga album limbo ketika aku berhenti mengikuti FF (OBO, IYH, EPS&G). Kembali mengikuti FF kerana respek dengan tindakan Dave Grohl, patah kaki pun masih nekad menghiburkan peminat dan tak batalkan konsert.


Lagu kegemaran pastinya Congregation, Something For Nothing (ada riff seakan-akan Holy Diver), dan Outside (bass terasa lenggok Lounge Act). Dengan adanya dua lagu berentak perlahan dan santai Subterranean dan I Am A River membuatkan album ini terasa seperti FF penghujung 90an (era TINLTL).

Dalam masa yang sama agak ketara kematangan FF dari segi vokal Grohl dan muzik FF itu sendiri; 3-amigos attack (Grohl/Shiflett/Smear) dan kolaborasi dengan beberapa artis lain.

_____
AADI: Muka depan, struktur ikonik Amerika dalam satu imej.

Foo Fighters - Wasting Light


Mengambil peluang semasa kejatuhan sedikit nilai Pound Sterling akibat Brexit beberapa minggu lepas. Album studio ketujuh Foo Fighters Wasting Light ni diperolehi daripada estock musicMagpie dengan harga tersenyum £2.32+1.50 (RM21.63).

Dari Sweden, bukan UK?
Setelah berhenti mengikuti Foo Fighters semasa album One By One (sebab dah tak masuk jiwa), kini dengan adanya estock musicMagpie, aku cuba mengumpul kembali diskografi mereka perlahan-lahan, dengan harapan dapat hadam lagu-lagu mereka pasca-2010.


Sedar tak sedar, tinggal dua lagi album studio mereka yang belum dimiliki; Echoes, Silence, Patience & Grace dan Sonic Highways. Akan diusahakan seterusnya.

Katanya album ni semuanya analog, daripada proses rakamannya sehinggalah cetakan grafik. Dan potongan sekeping pita berwarna perang kehitaman di bawah ni pun ada ceritanya...


"The first CD copies of the album contain a small section of the original analogue master tape. Grohl decided to it both for thinking it "would be an extraordinary move to destroy all the masters and give the pieces of the tapes to the fans", as the digital recording does not allow for such a memento, and also due to every technician involved with Wasting Light being overtly worried about the tapes." - Wikipedia.
Nasib baik aku baca Wikipedia sebelum beli, kalau tak memang aku dah buang "sampah" ni. Hahaha...

Lagu-lagu dalam album ni boleh tahan, ada lenggok era TCATS dan TINLTL. Ada satu lagu (aku lupa apa tajuk) White Limo pula ada gaya lagu Weenie Beenie dalam album pertama, vokalnya ada efek megaphone. Terbaik dari Grohl dan rakan-rakan!

Mudah untuk aku menghadamnya berbanding lagu-lagu dalam album One By One dan In Your Honour. Mungkin jika album ni terikat dengan memori tertentu (seperti tiga album pertama) sudah pasti ia boleh menjadi super album.

_____
Ada apa: Perlu diberi peluang dengar berkali-kali.

Dream Theater - Greatest Hit (...And 21 Other Pretty Cool Songs)


Jika terjumpa album atau kompilasi menarik (terutamanya CD berkembar) diiklankan dalam katalog estock_deutschland harga bawah RM20, biasanya aku akan rembat terus. Album kompilasi Dream Theater ni diperolehi dengan harga tersenyum €4.18 (RM18.60).


(P) & (C) 2008 Rhino Entertainment Company, a Warner Music Group Company, made in EU. Seperti yang selalu aku keluhkan, aku tak suka album dalam bentuk digipak, lebih-lebih lagi jenis CD masuk poket (slip in, macam Iron Man 2 dan Black Ice), susah nak akses CD.

Tahun lepas aku hampir-hampir terbeli album ni di premis Speedy Video Wawasan Plaza (KK), tapi dibelot oleh Opera Dalam Kenangan (I & II) yang lebih rare.


Kedua-dua CD dan inlay masih dalam keadaan baru, tapi digipak ada sedikit kerosakan (koyak), mesti kes susah nak keluar/masuk CD daripada poket - sebab utama aku tak suka digipak. Kompilasi sebegini lebih sesuai untuk peminat kasual Dream Theater seperti aku (tracklist) dan lebih mudah dihadam berbanding cuba untuk merentasi album-album mereka satu persatu.

Untuk ulasan pakar, boleh rujuk entri Krenmaut ni.

_____
Ada apa: Nak cover Dream Theater konon, tapi bila jamming/gig semua nak playsafe...

ozzy osbourne - black rain & motorhead - overkill


tghari td staf aku en. nelson bgtau ada resit pungutan parcel pos utk aku... kompom ni mesti cd2 yg aku order kat ebay dah sampai... tp, cd apa yg aku order guna parcel? xpe lps lunch aku pi pjbt pos jln kaki (pjbt pos bintulu bknnya jauh dari opis aku, sbrg jln je...) smpi2 je pjbt pos, brader posmen tu kasi aku 3 bungkusan (from hong kong, us & france) yg diikat dgn getah jd 1 bungkusan, agaknya ni la kot parcel yg dimaksudkan... spt biasa slps melalui tapisan kastam

kat opis aku bukak (dan snap pic utk blogger) satu persatu, 2 cd dlm bungkusan dari hong kong, ozzy osbourne - black rain dan motorhead - overkill, dari us plak dokken - beast from the east dan yg dari france blind guardian - a night at the opera. dah lama aku tggu cd2 ni smpi, dah lbh sbln kot since aku order, smpi naik fed-up aku menunggu. utk entry ni aku akan cerita pasal bungkusan dari hong kong shj... bungkusan2 lain aku akan cerita dlm entry2 yg berikutnya

kedua2 cd ni aku menang bid kat ebay from user shouzama, location hong kong. harga utk black rain £3.45 manakala overkill plak £3.99 shipment utk kedua2 cd ni £2.50 so klu ikut kira2 kalkulus aljabar RM26.03 (black rain) dan RM29.02 (overkill) jauh lbh murah drp harga m'sia yg rata2nya RM40+ utk cd artis antarabangsa

kronologi - aku beli cd2 ni pd 18/5/2009 tarikh cop pos hong kong 21/5/2009 tarikh cop pelepasan kastam 23/5/2009 (xdela lama sgt pos from hong kong 2 hari je) lastly cop pjbt pos bintulu 23/6/2009 kat mana bungkusan ni sangkut lama smpi sbln? nevermind, mmg slalu mcm tu... kedua2 cd diterima dlm keadaan perfect masih lg sealed, siap dgn sticker2 promosinya

ozzy osbourne - black rain

album latest abg ozzy kita ni, black rain release thn 2007 spt biasa aku dah donlod mp3 album ni bbrp mggu slps release utk sessi trial & listen. aku start minat abg ozzy ni time aku rajin dgr braingell radio somewhere in 2003 kot, lagu2 klasik spt crazy train, thank god for the bomb, mr. crowley, bark at the moon, etc. lagu2 waktu dlm black sabbath pun best2, prince of darkness ni, jgn main2... kelawar pun dia gigit! more info on ozzy osbourne official website

cd yg aku beli ni mmg simple gila, nipis... kat sticker promosi tu tulis album ni limited edition. (c) & (p) 2007 sony bmg music entertainment. manufactured & distributed by epic a division of sony bmg music entertainment, new york. kompom us press sbb ada logo fbi anti-piracy warning. menurut sumber info drp wikipedia, album yg aku beli ni limited edition us version. klu international version dan us version yg biasa, cover artnya abg ozzy mandi hujan hitam (pic kat bwh)

cover art international (pic link drp wikipedia)

cover art us limited edition (pic link drp wikipedia)

kat dlm xde apa2, just scratchless cd and no inlay, info whatsoever... cuma ada sekeping slip kod ekslusif redeemable for 2 reserved seats to the ozzfest show of ur choice, tp dah expired dah utk ozzfest 2007 je. aku dulu sket lg nak beli cd ni (m'sia press cover art international) kat miri, tp memandangkan time tu bajet amat terhad so trpaksa ditangguhkan dulu

lagu2 dlm album ni aku rasa bersih lirik2nya, patutla bleh jumpa kat kedai2 cd biasa sbb mmg ada commercial value. lagu febret? not going away, i don't wanna stop, black rain dan ballad here for you. plng aku suka i don't wanna stop sbb guitar works dlm lagu ni mmg best... silap2 bleh kluar air-guitar :) klu dgr... hail abg ozzy!

motorhead - overkill

ooo, overkill... album ke-2 motorhead ni mmg klasik (release thn 1979 aku pun blm lahir lg). ntah dah brapa kali re-release... sket info, aku minat motorhead ni slps tgk wrestlemania x-seven (2002), diorg nyanyi live lagu tema triple h the game. bg aku motorhead ni band otai mcm ac/dc yg bertahan since 70an smpi skrg (wlupun cuma lemmy je yg original member) aku layan motorhead ni mcm aku layan hammerfall, xbrapa tegar kira mcm sampingan2 je... tp, kadang ada jugak rasa2 nak kumpul tp diorg ni dah ada 27 album (diulangi, 27!) termasuk album live & kompilasi, mmg sakit poket la klu nak kumpul semua... ah! buat apa aku nak cerita pasal motorhead, mamat metal mana yg xkenal motorhead dan lemmy kilmister? klu xtau bleh dptkan info kat website rasmi motorhead

cd mmg perfect scratchless, cd overkill yg aku beli ni format dual-disc. sapa2 yg xtau dual-disc ia merupakan 2-in-1 cd, this side was cd format, the other side was dvd format, so both side bleh pakai (depends on player)... belah cd format mcm biasa cd audio semua player bleh main. belah dvd format plak entire album + bonus tracks in surround sound, enchance dvd audio support 5.1 speaker system, sesuai utk pasang guna home theatre atau pc yg support 5.1 speaker, ada photo gallery, liner notes dan rom content (utk pc/mac shj)

info dari website rasmi motorhead, album ni release 1979, re-issue 1986, cd aku ni plak (p) 2001 sanctuary records (c) 2005 5.1 label group, product of silverline records, los angeles... (us press)

tp kan, pyh sket dual-disc ni sbb dua2 belah kena jaga... lagu2 febret aku dlm album ni ofkos lagu2 yg metallica cover dlm album garage inc. iaitu overkill, damage case dan too late, too late. bassline lagu2 motorhead ni simple... tp kena guna sket bass overdrive/distortion la baru ngam bunyi bass motorhead. lemmy guna bass reckinbacker klu xsilap... wokeh, jom layan motorhead!

_____
p/s: aku suka suara lemmy ni, unik... sama mcm style ramli sarip, suara tekak berdarah

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger