Showing posts with label vmntx. Show all posts
Showing posts with label vmntx. Show all posts

Antara Aku Dan Megadeth


Bersempena dengan konsert mereka malam nanti di Stadium Negara, ada baiknya buat entri merapu antara aku dan Megadeth, sebahagiannya telah dikarang beberapa hari lepas.


Aku lambat sikit mengenali Megadeth berbanding Metallica, walaupun mengetahui kewujudannya sejak rakan sekelas bawa kaset Youthanasia, tapi tak pernah pun aku dengar lagu-lagu mereka sehinggalah penghujung 90an.


Mengenali semula Megadeth semasa cuti semester (1999 kalau tak silap) menerusi sepupu aku Cimmat (abang kepada Takilala) semasa dalam perjalanan balik dari cybercafe CNC (Creative Network Centre) kelolaan mereka menaiki Kancil merah yang nostalgik. Fuh! Lagu apa ni? Hebat mainan gitarnya, tapi suara vokalis pelik sikit, kah kah kah!~ Dua lagu yang melekat, Tornado Of Souls dan Angry Again.


Kemudian awal 2000an melekat pula dengan album Risk yang lebih pop-rock dan alternative, sesuai dengan jiwaku ketika itu - antara sebab Risk aku katakan sebahagian daripada soundtrack of my life. Selebihnya cuma dengar kompilasi Capitol Punishment.

Bila dikhabarkan Megadeth ada masalah dalaman, kes saman menyaman dan ingin dibubarkan, minat aku mula berkurangan. Musim yang sama hangin dengan St. Anger kah kah kah~ thrash metal is dead?


Mendengar semula lagu-lagu klasik Megadeth menerusi kompilasi Back To The Start sekitar 2007 dan kemudiannya kembali tergerak hati ingin mengikuti perkembangan Megadeth menerusi album United Abominations, no turning back, again...

Dulu aku ada Dean VMNTx United Abominations, tapi dah jual.
Aku ni hanyalah peminat kasual Megadeth, taklah sampai tahap tegar, album studio pun tak lengkap lagi. Tapi aku teringin nak main lagu A Tout Le Monde, Trust, She-Wolf beberapa lagu daripada album Risk (I'll be There, Breadline, Wanderlust) semasa jamming. Mungkin lepas ni boleh kautim dengan geng Hepi;) atau MUP untuk melobi cover lagu-lagu Megadeth pula.

Kepada rakan-rakan bloggers yang turun padang, jumpa anda di sana. Lepas kejadian boleh buat mini-gathering.

    Mini-Entry: The Dark Side


    Selamat hari Star Wars sedunia yang kebetulan jatuh pada hari ini, May the 4th.


    Bekas air dan bento The Dark Side ni malangnya dah dipau oleh anak sebelum sempat digunakan, kebetulan pula sama tema dengan warna beg sekolahnya.

    _____
    AADI: Kena beli satu lagilah nampaknya.

    Let-Go: Dean VMNTx United Abominations


    Atas sebab-sebab tertentu yang rasanya tak perlu aku ceritakan, Sabtu lepas waktu aku balik kampung, aku dah let-go Abominations (equipped with Tesla AH-1 and GHS PRDM, plus GC-V bag) kepada seorang member bernama Mr. M, yang sangat-sangat berminat dengan gitar berbentuk ekstrim (guitar collector enthusiast macam aku juga).

    Mr. M sedang khusyuk main lagu Alleycats.

    Memang ramai yang terkejut kenapa aku let-go Abominations aku ni, dah siap upgrade pickup Tesla AH-1, pasang GHS PRDM, tup-tup nak let-go? *Ehem-ehem* aku pun terkejut bila dia dapat tau yang aku nak let-go gitar ni beberapa minggu lepas. Mungkin ada masa nanti baru aku ceritakan...

    Gambar hiasan dari entri yang lepas.

    Dan yang ironinya, Mr. M ni memiliki Dean MLVZ lightweight case. Lightweight case yang sama aku let-go waktu raya lepas (setelah berpindah milik dari pembeli pertama). Mungkin dah jodoh Mr. M dan nasib Abominations aku yang berjejak kasih semula dengan "keranda" asalnya.

    Kepada Mr. M - disebabkan anda pun seorang guitar enthusiast, pastinya nasib Abominations aku ni akan terbela di tangan anda. Dan kepada Oriaj yang menjadi saksi transaksi kami, terima kasih sebab pinjamkan Laney LX35D untuk sessi "pandu uji" hari tu.

    Well, let's move on...

    _____
    Ada apa: Rehatlah dulu beberapa bulan...

    Guitar Talk: GHS PRDM - Progressives Dave Mustaine Signature Series


    GHS PRDM - Progressives Dave Mustaine Signature, string yang aku beli di Davis Guitar (bersama-sama GHS Boomer) beberapa minggu lepas dengan harga SGD8.70 (RM21.23) yang boleh dikatakan agak murah berbanding harga pasaran Malaysia (RM25-30).

    Sebenarnya sekarang aku dah tak berminat dengan benda-benda signature series ni, tapi disebabkan dah lama aku mencari string ni (semenjak aku ada Abominations) akhirnya beli juga, semata-mata nak serasikan dengan tema gitar Abang Mus (walaupun aku tak reti main lagu-lagu Megadeth lagi).

    Walaupun berlabel sebagai 010, tetapi pada hakikatnya string PRDM ni adalah hybrid medium dan heavy gauge - 010, 013, 017, 030, 044, 052. Pada standard tuning, ia merupakan suatu pengalaman yang menyakitkan.

    Minggu lepas (waktu jamming) aku suruh Azrol "pandu uji" Abominations + Tesla AH1 + GHS PRDM ni dengan amp Vox VT40+, sebab Azrol ni terer shredding dan sweep picking (kalau aku setakat strumming je bolehlah).

    Hasilnya? Yup, bunyi active pickup Tesla AH-1 agak bersih, memang berbeza dengan passive pickup asal (Dean DMT) yang agak kasar bunyinya. Dan disebabkan lower strings PRDM ni adalah heavy gauge, distortions yang dihasilkan memang mengaum (roaring?). Quite impressive for clean sounds too (eh, aku ni review strings ke review pickup?).

    _____
    Ada apa: Untuk menaikan saham...

    Eksperimen: VMNTx-UA Equipped With AH-1


    Setelah mendapat pikap Tesla AH-1 Khamis lepas, aku menghabiskan malam Sabtu (dan malam minggu) dengan kerja buruh kasar dan elektrikal... Ini merupakan pengalaman pertama aku memasang pikap pada gitar dan terus-terus pasang pikap aktif (tanpa ada pengalaman pasang pikap pasif).

    Kerja terbengkalai - hangin satu badan sebab soldering iron tak panas-panas! Terpaksa pi beli solder iron baru keesokkan harinya (btw, tukul sekadar hiasan sahaja). Aku pasang set AH-1 ni pada Abominations aku, untuk menggantikan pikap stok Dean DMT (diiklankan di Grune Katze Corner).

    Mesti ada yang tanya "...tapi kenapa perlu buka neck?". Jawapannya - tempat aku memiliki ruang yang terhad, jadi kalau tak buka neck kebarangkalian bucu headstock terkena benda-benda lain amatlah tinggi.

    Walaupun mengalami beberapa masalah terutamanya output yang tak kuat dan masalah volume knob yang tak stabil (bunyi statik krok krek), ia cuma masalah kecil sahaja - stereo input jack short-circuited (seperti dalam entri ni). Yang pastinya bukan pemasangan (wiring skill) aku yang salah.

    Mission accomplished! Siap bubuh string D'Addario 0.012-0.052 gauge (aka string no. 12) tuned to B-standard (C-standard later on) for heavier sound.

    Sound? Punchy distortions with ringy cleans... Tapi itu semua daripada apa yang aku dengar (telinga amatur), dan aku guna Micro-Cube pada volume yang rendah (1/4) sahaja, dengan VT40+ belum cuba lagi. Nak review lebih-lebih pun aku bukannya pandai main gitar.

    _____
    Ada apa: Adakah AH-1 ni klon EMG81/85 atau Seymour Duncan AHB-1 Blackouts?

    Guitar Talk: Family Portrait


    [Filler entry] Gambar "keluarga" aku setakat November 2010, tak termasuk beberapa harta rampasan perang The 2010 Great Music Sale CK Music (Year End Sale) baru-baru ni.

    Untuk 2011, dalam hati memang ada rasa nak menambah (atau menukar) ahli "keluarga". Ya, aku memang rakus (istilah yang "dikurniakan" oleh Oriaj), minggu lepas aku hampir-hampir order sesuatu dari tauke Dead Eye Guitars (DEG). Tapi syukur aku tabah menahan racun-racun berbisa.

    Semuanya gara-gara sessi lawatan sambil belajar ke rumah gitaris utama kugiran Manggas waktu aku balik kampung penghujung 2010 lepas. Sempatlah juga "memandu uji" tiga gitar milik gitaris tersebut; PRS Paul Allender SE, Dean From Hell CFH dan Jackson RR24 (gitar paling premium yang pernah aku main).

    Tapi disebabkan ada projek yang lebih besar untuk tahun 2011 ni, apa-apa perolehan yang memerlukan bajet yang besar (especially guitar) terpaksa ditunda tarikhnya atau dibatalkan terus. But, that was another story...

    _____
    Ada apa: Bulan Mac nanti genap dua tahun aku terjerumus dalam kancah kegitaran ni...

    Beg Cap Buaya (Part 3)


    Sambung cerita pasal beg cap buaya ni dari entri semalam. Sememangnya ia beg jenama Gator, yang aku order daripada Dead Eye Guitars (DEG). Aku dah survey harga beg ni kat kedai-kedai muzik sekitar Malaysia (via email, webstore and Facebook), rata-ratanya ia dijual dengan harga RM1xx. Tak termasuk kos penghantaran dan harga potong leher untuk Sabah dan Sarawak.

    Oke, it's a Gator economy gigbag GBE-EXTREME-1.

    "Economy Gig Bag for Radically-Shaped Guitars Like the Flying V, Explorer, Jackson, BC Rich & Others"

    - Info dari website Gator Cases.

    Sebenarnya dah lama aku order beg ni, sebelum balik cuti raya yang lepas lagi. Waktu tu aku tengah mencari gigbag yang muat untuk menyimpan Abominations. Disebabkan masalah logistik oleh pihak supplier, selepas raya baru tauke DEG dapat shipment beg ni. Nasib baik aku order GC-V gigbag dari Guitar Collection.

    Untuk tidak menghampakan tauke DEG aku tak cancel order beg ni, just carry-on with the order. Lagipun aku dah bagi sedikit deposit waktu order dulu. Harga? Harganya memang berpatutan (petua DEG supaya jangan dedahkan harga untuk tontonan umum di Internet).

    Bila disukat dengan Abominations dari luar, nampak macam tak muat je... Aku dah mula resah, takut-takut tak muat. Tauke DEG ada bagitau yang dia pernah test beg ni dengan Jackson RR, memang muat. Tapi itu RR ekor kontot... Bukannya King V.

    Extra protection layers for headstock and tuners.

    Pergh!~ Cukup-cukup makan je ni...

    A closer view.

    Bila dizip, alahai... Cukup-cukup muat je, walaupun bukan perfect fit. Tapi kena zip pelan-pelan, kalau tak memang sah akan ada calar pada bucu ekor Abominations aku. Tapi rasanya biarlah Abominations aku guna GC-V gigbag saja, lagi selamat, dan yang penting perfect fit.

    Jadi, aku nak buat apa dengan beg Gator ni? Disebabkan bentuknya universal empat segi, pastinya gitar-gitar biasa akan muat. Sebagai contoh:

    Bila disukat dengan Replacement, memang lebih daripada muat.

    Bila disukat dengan Black Ice, hehehe... Terlebih panjang dalam 3-5 inci.
    Aku rasa kalau bass bentuk biasa P/J-bass atau Soundgear pastinya muat.

    Antara kegunaan lain yang boleh dipikirkan - simpan seluar dan baju, tripod kamera, kabel-kabel tambahan, kayu hoki atau golf, sleeping bag (untuk budak kecik bolehlah kot), raket badminton/squash/tennis, joran, busur panah, shotgun, sniper riffle...

    Aik? Apa aku melalut ni?

    _____
    Ada apa: Nasib baik aku bukan kaki pancing...

    Antara Strap Button, Skru dan Abominations


    Menalah ni sebenarnya aku kerjakan waktu cuti raya kat kampung minggu lepas (sebelum Dean MLVZ lightweight case aku let-go). Simple tweaking, maintenance or what ever you wanna call it. Menukar skru pada neck/body joint sekaligus merangkap skru strap button Abominations aku. Skru lain tak kacau...

    Sebenarnya skru asal (kiri sekali) bukannya saiz yang sesuai (dari segi kepanjangan) untuk dipasang dengan strap button. Tanpa strap button, skru asal ni memang betul-betul tebenam kat kayu maple (neck) Abominations aku seperti tiga skru yang lain.

    Tapi bila dipasang dengan strap button ia terbenam dalam 3/4 sahaja, jadi terasa neck/body joint seolah-olah longgar dan terdapat celah-celah (gap) yang kurang menyenangkan kat tanggam neck/body joint tadi (if you're into guitars, you know what I mean).

    Skru asal (kiri sekali) dan lima skru gantian lain (extra-long) yang aku beli kat hardware store di Pekan Membakut (15-20 sen per skru). Skru yang bawah sekali merupakan skru yang paling sesuai dari segi diameter dan benang skru.

    Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa guna Vaseline tu? Sebenarnya ia digunakan sebagai gris pelincir supaya benang skru lancar masuk terbenam tanpa menjejaskan alur skru yang telah sedia ada pada kayu mahogany (body) dan maple (neck) Abominations aku. Tips diperolehi dari blog thE guitaR addicT! But instead of Vaseline, Bro Sub was using candle wax.

    Neck/body joint Abominations aku terasa lebih tegap daripada biasa tanpa celah-celah (gap) yang kurang menyenangkan. Kalau skru yang warna hitam kat atas tadi sesuai, kan lagi bagus nampak seragam.

    Sebenarnya aku lebih suka neck/body joint tanpa neck-plate macam AANJ (all access neck joint) RG series Ibanez. Pada pendapat aku, neck-plate ni sebenarnya menutup kecacatan pada area neck/body joint tu. Neck-plate kat ex-Les Pirate aku dulu lagilah bahaya sebab bucunya agak tajam.

    _____
    Ada apa: Vaseline tu boleh guna untuk apa lagi ye?

    Let-Go: Dean MLVZ Lightweight Case


    Bukan, aku bukan let-go gitar, tapi let-go case sahaja..

    Seperti yang telah dijanjikan, sebaik sahaja aku mendapat V-shaped gigbag yang muat untuk Abominations, aku akan let-go Dean MLVZ lightweight case aku ni untuk mencari dana-dana tambahan untuk projek yang akan datang.

    Pose terakhir Abominations aku dengan Dean lightweight case.

    Mula-mula aku beli case ni semata-mata untuk logistik Abominations aku, supaya selamat dalam kargo dari LCCT sampai Bintulu. Lepas selamat sampai di Bintulu aku terus iklankan di Mudah.my dan Facebook. Ramai jugak yang nak, tapi memandangkan waktu tu aku belum berjaya mendapat gigbag (yang muat) terpaksalah aku menangguhkan hasrat untuk menjualnya.

    Buyer yang bertuah (yang dah lama booked) tak lain tak bukan ialah vokalis/gitaris kugiran Manggas (tuan punya Ibanez TM5), yang katanya bakal diisi dengan sebuah Flying V. Sebab tu aku bersusah payah membawa case ni (dan isinya) balik kampung waktu cuti raya.

    _____
    Ada apa: Manggas kali ni bergaya sebab kedua-dua gitarisnya menggunakan gitar-gitar berbentuk V, bassist Manggas pulak apa cerita?

    Ada Apa Dengan Headstock? (Part 3)


    [Filler entry] Lepas ni nak sambung kemas barang dan check rumah sebelum ditinggalkan cuti raya selama 10 hari mulai esok...

    My only prized possessions (tinggal tiga je). Ada hati nak menambah lagi satu ni ;)

    Abominations aku bawa balik bercuti, Black Ice dan Dinoscars pulak dah selamat aku simpan kat opis petang tadi. Aku rasa lagi selamat simpan kat opis daripada kat rumah, lagipun kat opis 24 jam ada guard (Bob Kandar seorang daripadanya).

    _____
    Ada apa: Behemoth dan Micro-Cube pun aku bawa balik sekali...

    Membakut, Here I Come! (Part 6)


    Walaupun masih ada lebih kurang 35 jam sebelum aku memulakan perjalanan balik bercuti raya di kampung, ada beberapa barang yang aku dah siap-siap kemas.

    Yela, esok (Isnin 6/9/2010) aku kena kerja lagi sehari, takut nanti lepas balik kerja tak sempat nak mengemas, memandangkan aku kena tidur awal dan akan bertolak selepas subuh dalam pukul 5.30-6.00 pagi.

    Sebahagian daripada barang-barang yang dah dikemas, kebanyakkannya merupakan barangan hobi (supaya tak bosan post-raya), sebahagian daripadanya akan di"let-go" apabila sampai di kampung kelak. Barang-barang makanan dan kuih raya (kek lapis) belum kemas lagi, semua masih dalam fridge...

    Btw, lepas ni nak pilih 10 audio CD untuk "bekalan" ketika memandu nanti. Tapi tak dapat nak pasang yang terlampau heavy macam selalu, sebab "co-pilot" tak tahan muzik yang terlampau bingit. Layan Nassier Wahab oke kot? Hahaha!~

    _____
    Ada apa: Kenyang makan nasi lemak kukus special, hari ni hari terakhir makcik tu berniaga...

    Abominate The United


    Penantianku hampir lapan bulan berakhir malam Isnin yang lepas (21/6/2010). Aku pernah tawar hati dengan gitar Dean yang shipmentnya tak menentu (merapu kat entri ni). Enter Dean VMNTx "United Abominations" Dave Mustaine Signature V! I always wanted a V-shaped guitar in my collections (did I say collections?).

    Tak sah kalau tak pose dengan album United Abominations.

    Sedikit cerita, Dean VMNTx United Abominations ni merupakan gitar pertama yang aku order (bukan pertama dibeli, that would be my Black Ice) dengan Dead Eye Guitars dalam bulan Oktober tahun lepas, aku masih lagi dalam mood Megadeth (album Endgame baru released). Sebenarnya aku minat Angel Of Deth, tapi harganya di luar kemampuanku.

    Waktu tu belum berapa kenal dengan tauke DEG ni, rasa was-was pulak nak order. Dia kata shipment Dean akan sampai dalam bulan Disember, kemudian berlarutan ke bulan Februari sampai aku naik tensen, ganti dengan Kelly Kelly. Hujung bulan April bila aku dapat tau shipment Dean dah sampai, aku cepat-cepat order dan booked lagi skali.

    Dean VMNTx "United Abominations" Dave Mustaine Signature V

    And finally...

    Meet the VMNTx (spesifikasi)

    • Brand: Dean
    • Model: Dave Mustaine Signature V
    • Model Code: VMNTx United Abominations
    • Made In: China
    • Serial No: O09101266
    • Construction: Bolt-on
    • Body: Mahogany
    • Neck: Maple (Dave Mustaine spec. D-shape neck)
    • Fingerboard: Rosewood (dot inlays)
    • Pickups: Dean DMT design humbucker pickups
    • Colour/Finish: United Abominations custom graphic (front) glossy black (back)
    • Hardware: Black, with Mini Grover 6 in-line tuners
    • Scale: 25.5"
    • Fret: 24 jumbo
    • Bridge: Tune-O-Matic with string thru-body
    • Price paid: RM1xxx + RM2xx (Dean lightweight ML, V, Z case)

    Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Dean Guitars.

    Yeah! Washington Is Next! Berbeza sedikit dari model asal VMNTx,
    this United Abominations model don't have beveled edges.

    Dean DMT humbucking pickups (masih berplastik), 3-way pickup selector, volume-volume-tone knobs, tune-o-matic (TOM) bridge.

    Aku tak kisahlah kalau gitar ni masih dikategorikan gitar murah, tapi ayat "Dave Mustaine Signature V" tu yang "mahal" tu hehehe... Tapi kalau tengok betul-betul headstock VMNTx ni lebih kurang macam headstock Ibanez.

    Mini Grover 6 in-line tuners. That sticker said "Inspected and adjusted in the USA by Dean Guitars" (boleh percaya ke?), but made in China though. Tidak seperti neck Jackson yang nipis, neck VMNTx ni tak jauh beza seperti neck Ibanez Gio.

    Satu kecacatan yang aku perasan. Tulisan "Dean" kat bolt-on plate ni terbalik... Adakah memang terbalik atau QC tak check betul-betul? Skru strap button pun nampak macam tak berapa kukuh. Tapi secara peribadi, QC dan workmanship untuk gitar low-end Ibanez (Gio) lagi bagus dan halus berbanding Dean (dan Jackson), sebab tu aku suka Ibanez.

    Ruang kaviti yang agak kemas lebih kurang macam kaviti Mephisto. Kat tone knob nampak kapasitor warna hijau (bukan oren), kat mana nak cari Orange drop cap eh?

    Dengan harga yang agak menarik, tauke DEG bagi option Dean lightweight case ni. Made specially for Dean ML, V, Z guitars, tapi aku rasa bentuk-bentuk lain pun (Superstrat, Les Paul, Explorer, Warrior, Rhoads, King V, Kelly, Iceman, Xiphos) memang muat asalkan bukan bass, semi-hollow, acoustic atau classical (gitar tong).

    Memang berbaloi case ni, dengan harga RM2xx gitar aku sampai Bintulu dengan selamat, but the size was a little bit annoying... I have to check-in at over-sized baggage counter at LCCT (with no extra charge).

    Setakat ni aku baru test dengan Korg AX3000G (my Behemoth) direct with Sony MDR-XD100 headphone dan dengan Roland Micro-Cube. Nothing special though, the sound was pretty heavy in-par with my Kelly Kelly and Dinoscars, maybe because all three guitar was using in-house pickups made specially for high gain distortion. Tapi aku suka TOM (tune-o-matic) bridge ni berbanding Ibanez generic fixed bridge kat Dinoscars, sebab best kalau palm mute dan senang nak adjust action.

    Tak lupa jugak, gitar ni agak stabil bila disangkutkan strap, well balanced like my Kelly Kelly. Hujung minggu ni kalau Bob Kandar ajak jamming, mungkin aku boleh test drive dengan amp besar (PA system) as loud as possible.

    Nick? Ntah aku tak tau nak bagi nick apa gitar ni sebab dah ada trademark sendiri - United Abominations. Kalau macam tu aku gelar ABOMINATIONS sajalah. Damn... I may have to stop buying extreme-shaped guitars after this V, memang menyusahkan dari segi logistik dan penjagaan (tragedi Kelly Kelly masih tak dapat dilupakan dan masih belum selesai).

    Iklan kat blog Dead Eye Guitars...

    _____
    Ada apa: Seperti yang dikomen oleh beberapa geng bloggers, aku kena belajar main lagu Megadeth la lepas ni... Setakat ni A Tout Le Monde je aku reti main.

    Ada Apa Dengan Headstock? (Part 2)


    Baru je lepas lepak-lepak dengan tauke Dead Eye Guitars kat lobi hotel Singgahsana sambil menonton perlawanan bola antara Chile dan Switzerland. Borak-borak pasal gitar berlarutan sampai 12.30 malam...

    Jadi, ada apa dengan headstock?

    Macam biasalah tunjuk headstock dulu, hehehe... Urusniaga VMNTx-UA yang terbengkalai sejak bulan lepas kini sudah selesai. Apa yang aku idam-idamkan dari bulan Oktober tahun lepas kini sudah berada dalam genggaman setelah hampir lapan bulan menunggu.

    Aku jugak diracun dengan Grestch Electromatic Junior Jet (sunburst) dan Ibanez ART120 (white) damn!~ Kalau racun Electromatic Junior memang tak masuklah sebab not my taste lagipun with solitary P90 pickups, but that white ART120 really tempting! Tauke, you memang jahat lah!

    _____
    Ada apa: Washington is next!

    United Nations? United Abominations!


    Sedikit mengenai isu semasa (bukan Piala Dunia). Dunia masih lagi tertunggu-tunggu dengan tindakan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB (United Nations, UN) terhadap tindakan keji rejim Israel baru-baru ini... If you have no idea what am I talking about, then what's the point of having an Internet connected to your computer? Pi lawat laman Aljazeera English. (CNN, NBC, BBC, AP, Reuters memang tak boleh pakai...)

    Ini mengingatkan aku album Megadeth United Abominations (Wikipedia). "There is no UN..." antara sebaris lirik dalam lagu United Abominations. Yup, aku rasa macam tu lah...

    Imej link dari Wikipedia.

    Speaking of United Abominations, reminds me about Dean VMNTx United Abominations... Hohoho, dah termimpi-mimpi dah benda ni... Hari tu dah pegang-pegang gitar ni waktu urusniaga Dinoscars dengan tauke DEG.

    Imej link dari web rakuten.co.jp.

    Before the year's end, I might acquire this awesome axe, hopefully before Aidilfitri. But that was another story...

    _____
    Ada apa: Haiya tauke DEG, tolong!

    Guitar Talk: Dean VMNTx United Abominations (Part 2)


    Malam tadi (Khamis 20/5/2010) aku memang dah buat appointment nak jumpa Calvin, tauke Dead Eye Guitars sebab nak ambil "stok baru" yang telah diorder iaitu GAX010LTD.

    Calvin ni pandai buat surprise, waktu nak ambil GAX010LTD dalam keretanya tiba-tiba dia tunjukkan aku *softcase besar berlogo Dean yang berisi (tak lain tak bukan) Dean VMNTx United Abominations Dave Mustaine signature series (VMNTx-UA)! Walauwei!~

    "I saja taknak bagitau you, nak bagi surprise... Hahaha!"

    Sebenarnya VMNTx-UA ni merupakan gitar yang mula-mula aku order kat DEG (bulan September tahun lepas), atas sebab-sebab tertentu hasratku untuk memilikinya tak kesampaian dan akhirnya digantikan dengan pembelian Kelly Kelly.

    Tapi bila dah dapat tau yang JS Music dah bawa masuk banyak stok baru gitar-gitar Dean awal bulan ni, aku sentiasa "follow-up" dengan Calvin supaya cepat-cepat bookingkan aku VMNTx-UA ni (with some ammount of deposit, of course) yang dikhabarkan cuma ada 3-4 unit sahaja kat JS Music.

    Imej link dari website Dean Guitars.

    Jadi, VMNTx-UA sudah selamat berada dalam simpanan DEG, bila aku nak ambil? Aku pun belum tau lagi, selagi masalah-masalah berkaitan logistik dan kewangan belum selesai. Sekarang ni aku tengah berusaha menyelesaikan kes Kelly Kelly. Kalau dipikirkan, macam ada hikmah di sebalik kes Kelly Kelly aku tu kan?

    Anyway, thanks to Dead Eye Guitars for making it happens! Memang betul dan tepat slogannya "Where musician get their gears". Hey, aku lupa pulak nak cerita pasal GAX010LTD, well that was another story...

    *Dean softcase sold saperately.

    _____
    Ada apa: Best jugak ada kawan tauke gitar ni kan?

    Guitar Talk: Dean VMNTx United Abominations


    Bila dah tengok Dean VMNTx United Abominations ni depan mata, memang terliur dibuatnya...

    Credits to Calvin (Dead Eye Guitars) for the VMNTx.

    Owh, btw Ijau D. Koceng signature series sudah berjaya dimiliki... Hehehe ;)

    To be continued...

    _____
    Ada apa: Sabar-U-Dean

    Guitar Talk: Dean Arrival!


    Petang tadi aku dikejutkan dengan wall post JS Music kat Facebook. Shipment Dean Guitars yang sepatutnya dijadualkan bulan Disember tahun lepas baru sampai hari ni... Aku double-confirmed dengan Calvin (Dead Eye Guitars). Yup memang betul, sebab dia pun ada beberapa pending orders untuk gitar-gitar Dean... Damn!~

    VMNT Angel Of Deth (3rd from right), VMNTx United Abominations (2nd from right).
    Imej link dari
    Facebook JS Music.

    Dana-dana yang sepatutnya untuk VMNTx United Abominations (atau VMNTx black) aku dah guna untuk beli Kelly Kelly bulan lepas (yang harganya lebih kurang sama, except Jackson JS32T comes with deluxe gigbag), setelah jenuh dan tensen menunggu dari bulan Oktober tahun lepas (aku order bulan Oktober, dijadualkan sampai bulan Disember).

    Lepas ni mesti ada komen-komen yang kurang enak dibaca hehehe... Lebih-lebih lagi dari orang yang kuat meracun tu (percayalah!). Yang pasti model ni bukannya limited edition, lagipun temptation untuk memiliki gitar berbentuk V dah reda. Tapi takpe, ada rezeki (lebih) pastinya VMNTx akan masuk semula dalam wishlist aku tahun depan.

    _____
    Ada apa: Sabaruddin = Sabar-U-Dean!

    Ada Apa Dengan VMNTx?


    Beberapa bulan lepas aku ada buat entri pasal gitar Abang Mus ni, Dean VMNTx Dave Mustaine Signature Series. This VMNTx was a cheaper model compared with VMNT (hence the letter x at the back) with cheaper material and bolt-on construction. More info please visit Dean Guitars website.

    Semua imej link dari website Dean Guitars

    Kalau tak silap somewhere in October 2009 aku ada order model VMNTx United Abominations from Dead Eye Guitars (DEG), disebabkan distributornya bagitau model ni tak masuk pasaran Asia Tenggara aku pun tukar pi model VMNTx black (mini entry), disebabkan waktu tu masih lagi hangat dengan viral Megadeth (Endgame syndrome).

    Aku difahamkan stok/shipment untuk gitar-gitar Dean ni pelik sikit berbanding brand lain (Ibanez, Jackson, Squier, Epiphone), shipment hanya akan datang dua kali setahun, Jun dan Disember. Kalau tak caya pi website JS Music (distributor Dean kat Malaysia) they mentioned this phrase in their website - "Dean guitars will be available in mid-July. We are currently updating our Dean guitar list. Please visit us again. Thank you". But DEG sometimes ordered a guitar from that country in the south (macam Black Ice aku).

    Imej link dari website rakuten.co.jp

    Tapi sekarang dah nak masuk bulan Mac, shipment untuk bulan Disember masih belum sampai-sampai lagi. Aku jugak difahamkan ramai kastemer DEG yang order Dean dah kensel order dan bertukar kepada brand lain. Dari bulan November sampai sekarang aku masih lagi antara kastemer DEG yang masih sabarudin (sabar-u-dean) menunggu shipment Dean bulan Disember (yup, aku memang order VMNTx black dan dana-dananya masih lagi belum dikacau). Aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni, kalau tadak jugak aku pun kensel order tukar brand lain.

    Btw, next month dah kira genap setahun aku berkecimpung dalam hobi kegitaran ni. Dalam masa setahun ni banyak benda aku belajar, banyak jugak steps yang aku skip dan banyak juga dana-dana telah dilaburkan - worth to be celebrated with something cool, but that was another story...

    _____
    Ada apa: Oriaj pastinya akan komen sesuatu...

    Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

    Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

    Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

    Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

    -IDK-

    Indeks Awan Label

    12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
     
    |  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger