Showing posts with label roland. Show all posts
Showing posts with label roland. Show all posts

Green Blackstar


Baru ada peluang menyelam dunia siber, cuti Maulid/Natal 3-4 hari balik kampung Mrs. Ijau memang agak terbatas masa (sebab itu tak ada entri). Harapkan telefon pintar setakat bermedia sosial (Facebook, Instagram, dll) bolehlah. Tapi keselesaan menyelam dunia siber menggunakan PC atau laptop memang tidak dapat ditandingi.


Ok, sambungan entri sebelum ini, sebuah pedal yang dihadiahkan oleh Bro Sub (theGUITARaddict) sebagai "rezeki seorang ayah yang telah bekerja keras menguruskan hal-ehwal keluarga tanpa mengorbankan minat pada muzik". Atau aku boleh anggap sebagai hadiah harijadi aku yang ke-(?) minggu depan, terima kasih sekali lagi Bro Sub.

Mojo warna hijau?
Beberapa bulan lepas aku pernah terGAS untuk mendapatkan pedal Blackstar LT-Dual ni setelah diprovok dengan harga promosi oleh Music Bliss. Tetapi akhirnya GAS tersebut telah reda seminggu kemudian dengan perolehan Hardwire SC-2 (traded with Pitchblack Poly) yang memuaskan hati kerana dapat mengemulasi bunyi distortion seakan-akan amp Blackstar HT-5RH.


Spesifikasi pedal ni rasanya tak perlulah aku jelaskan secara terperinci, boleh rujuk website rasmi atau video di bawah ni. Tapi secara amnya, ia merupakan dua pedal distortion dalam satu. Lebih kurang seperti konsep SC-2 atau Boss DS-2.



Dengan larasan pada tombol-tombol yang ada, terutamanya TONE dan ISF, LT-Dual ini mungkin juga dapat mengemulasi bunyi distortion HT-5RH (NWOBHM sound). Tapi dengan kekangan masa, aku belum berkesempatan membandingkannya secara side-by-side.


Jika dibandingkan dengan SC-2 dan LT-Dual pada setting EQ yang agak sama (all 12 o'clock), SC-2 lebih tinggi mid-range, manakala LT-Dual seakan-akan mampat (compressed) dan lebih low-range growl.

Eksperimen sebegini (SC-2 versus LT-Dual) akan dicuba sekali lagi dengan volume yang tinggi pada sessi jamming akan datang untuk memilih pedal mana yang bakal menjadi pedal distortion utama untuk gig (atau BOTB?) kelak.

Distortions 'R Us.
Membandingkan bunyi beberapa pedal distortion yang dimiliki; MD-2, DS-1, LT-Dual, SC-2 dan M104 (OD-3 tak masuk sebab overdrive) menggunakan modeling BLACK PANEL pada Micro Cube GX terus kepada monitor headphone HD-330. Kecuali M104 yang digunakan sebagai booster, setiap pedal distortion ada bunyi karekteristik tersendiri, tapi itu cerita untuk entri lain kot?

_____
Ada apa: Birthday comes early?

Antara Micro Cube GX Dan Nita Strauss


Terkejut juga (and that OMG moment) bila Nita Strauss menjadi komentar pertama gambar Micro Cube GX merah aku tak sampai sejam selepas ia dimuatnaik dalam Instagram pagi Sabtu lepas.

Braegen Russell following me?
Biasanya amat jarang artis nak like gambar walaupun ditag (kecuali Blaze Bayley dalam entri ni), apatah lagi nak komen...


Mungkin inikah maksud tersirat "be mindful of your social media presence" dalam tips #2 artikel Music Radar ni?

Oh Nita~ (image linked from Roland)
Harap Nita akan lebih berjaya pada masa akan datang, lebih-lebih lagi selepas menyertai Alice Cooper. Rock you like a @hurricanenita!

_____
Ada apa: Alasan nak guna Ibanez RG/S series.

Roland Micro Cube (GX) Reloaded


Roland Micro Cube GX ni merupakan unit terpakai (used), diperolehi dengan harga yang tersenyum menarik (abaikan warna) daripada seorang "guitar enthusiast" Mr. W dari Miri setelah diiklankan di Mudah. Nak dijadikan cerita Mr. W juga merupakan seorang pembaca/pengikut blog AADI (bangga la pula), jadi segala transaksi berjalan dengan lancar.

Merah D. Koceng
Nampak masih baru untuk unit terpakai (macam ayat CD eBay). Menurut Mr. W, amp ni baru berusia 5-6 bulan dan diperolehi daripada Dead Eye Guitars, dijual kerana telah memiliki amp baru (familiar situation?).

Sebenarnya aku agak menyesal sebab menjual amp Micro Cube lama aku. Aku cuba mencari pengganti (mobile modelling amp) dan mendapatkan Vox Mini3 G2, namun dari segi ketegapan dan kualiti bunyi, ia tidak dapat menandingi Micro Cube (pendapat peribadi). Antara faktor yang menyebabkannya menjadi tukaran (trade) dengan si kacang merah.


Ok, berbanding Micro Cube lama, versi GX ni ada beberapa kelebihan, antaranya:
  1. Louder than hell, 3 watt berbanding model lama hanya 2 watt.
  2. Fungsi MEMORY, boleh simpan setting peribadi untuk setiap amp model.
  3. Tambahan satu jenis amp model bernama EXTREME yang lebih "edgy" berbanding R-FIER, owh I like~
  4. TUNER yang lebih versatile (chromatic) berbanding TUNING FORK pada model lama.
  5. i-CUBE LINK, yang ni sebenarnya aku tak suka, mendiskriminasi pengguna Android sebab ia hanya untuk peranti iOS (iPad, iPhone).
Agaknya inilah yang membuatkan harga pasaran GX 25-30% lebih mahal berbanding versi lama, manakala model lama pula telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued).


Oh Nita~

Dan ada kalanya amp kecil mudah alih sebegini (yang boleh guna bateri) memang diperlukan, contohnya digunakan semasa mengembara (travelling) atau balik kampung, latihan dan persembahan impromptu (seperti busking) tanpa perlu membawa efek tambahan (ayat kitar semula).

_____
Ada apa: Lompat masuk ke dalam kem Roland/Boss.

Gitar Jenama Susah Nak Sebut


Gitar singlecut bolt-on terpakai berharga RM200 dibeli oleh anak rakan sekerja yang baru berjinak-jinak bermain gitar elektrik, datang berjumpa aku untuk "dipandu-uji".

Sekali imbas nampak menarik, tapi baru perasan satu tombol tone dah hilang.
Untuk gitar berharga RM200 kira masih boleh diterima, hayat fret masih panjang, neck pun lurus dan bunyi pun boleh tahan. Cuma action sahaja yang terlalu tinggi tak dapat nak direndahkan lagi, kecuali jika diubahsuai sedikit sudut pada sambungan bolt-on gitar ni (shimming?).

Macam mana nak sebut AUSTRSUAX?

Dengan gitar ni, akhirnya ter"let-go" juga amp Roland Micro-Cube (paling lama dalam axology aku) disebabkan tuan punya gitar tadi tidak mempunyai amp mahupun sebarang pedal efek untuk digunakan di rumahnya. Kesempatan dalam kesulitan ni hahaha~

_____
Ada apa: Gali gali gali...

Sepetang Bersama Kugiran Sanggam (Part 2)


Khamis (23/8/2012) - Seperti tahun lepas, tahun ni juga ada sessi jamming selepas raya bersama kugiran Sanggam (the other side of Manggas) yang diadakan di studio Beaufort Rock City (BRC).

Pada mulanya sessi ini bakal dihadiri oleh lapan orang iaitu ahli-ahli Manggas (Ymi, Raem, Joad aka Takilala, Jairo), Cimca, Cayonth, Ronzi dan aku. Tapi beberapa orang terpaksa tarik diri atas masalah kesihatan dan urusan peribadi/keluarga. Akhirnya tinggal empat orang sahaja yang masih berkomitmen - Ymi, Raem, Cayonth dan aku.

"Jedi Master" Ymi dan Cayonth.

Sessi kali ni Ymi menggunakan gitar sendiri iaitu Jackson DXMG Dinky (another Dead Eye Guitars "product"). Cayonth yang menggalas tugas sebagai bassist menggantikan Jairo yang tidak dapat hadir (ada persembahan Mi Scusi di tempat lain) menggunakan bass Ibanez GSR (tak pasti apa model) milik studio.

Jamming rig yang digunakan oleh Ymi agak menarik, Jackson DXMG telah dipasang dengan pikap tambahan Roland GK-3 yang kemudiannya disambung kepada synthesizer Roland GR-09 (model lama) digandingkan secara selari dengan Zoom G2 milik studio. Dengan synthesizer ni, ada bunyi "keyboard' tambahan pada output gitar.

Aku yang pada mulanya turut serta sebagai groupies terpaksa menjadi vokalis/gitaris secara bidan terjun menggantikan Joad Takilala yang tidak dapat hadir sebab sakit hidung. Aku menggunakan "Fender" HSS+FR milik studio (rasa macam bukan Fender ori je).

Selain "tukang pukul", Raem juga menjadi vokalis untuk beberapa buah lagu yang aku tak tau lirik.

Seperti tahun lepas, terus-terang aku mengaku yang aku memang kekok dan segan jamming dengan Sanggam ni. Walaupun majoriti lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu Wings, tapi lagu-lagu yang dimainkan aku tak biasa dengar, contohnya Satelit Puaka, Sekeping Kertas Bemaruah, Peronda Jaket Biru. Tapi aku memang enjoy memainkan lagu-lagu dari album Teori Domino (Rantai, Romania, Bujang Senang) dan Jerangkung Dalam Almari (JDA, R'N'R Lu Punya Suka).

Cayonth juga seperti aku, agak kekok dan blur untuk beberapa buah lagu. Bila Ymi dan Raem mula main lagu yang aku dan Cayonth tak tahu, kami berdua mula menggaru dagu, hahaha!~

Satu lagi yang agak merisaukan kalau jamming dengan Sanggam/Manggas ni ialah tahap bunyi yang agak "merbahaya". Selain setting amp yang digunakan oleh Ymi seakan-akan full blast, ketukan snare drum Raem juga memang kuat. Mungkin disebabkan Raem menggunakan Pearl Joey Jordison signature snare (milik sendiri, bukan studio punya). Situasi macam ni lah ear muff amat-amat diperlukan, nasib baik aku ada bawa sepasang.

Kesimpulannya, disebabkan tahap permainan gitar aku teruk - bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan Ymi - membuatkan aku rasa agak segan jamming dengan mereka ni. Begitu juga faktor pemilihan lagu yang agak "veto" sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa kekok. Sessi jamming hanya satu jam, diakhiri dengan aktiviti makan-makan di restoran mamak berdekatan.

_____
Ada apa: Korawk, bila nak anjurkan sessi jamming Merdeka-Raya?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 9)


Lagi bungkusan poslaju dari yNot Studio yang diterima semalam (Khamis 28/7/2011). Kali ni bungkusan yang kecil saja, dan ada kaitan dengan Pod X3 dan ME-70 yang diperolehi hari tu.

Engbok dan yNot Studio (MMO Music) memang tak pernah menghampakan dari segi servis yang cepat dan harga yang rendah - recommended! Thanks again Engbok!

Cerita pasal ME-70 tu, baru kejap tadi ia dituntut oleh tuan punya (kawan kepada Korawk). Yup, memang orang yang sama yang order Zoom G2Nu hari tu. Sambil berborak-borak beliau mengatakan hasrat nak order power amp pula lepas ni (or maybe it was guitar amp head?).

Roland/Boss PSA-230 compatible adapter, XLR male to 1/4" mono plug cable dan dua keping picks Stagg sebagai penggenap nilai.

Custom ordered Kadas cable (3 metres) with Neutrik XLR male and 1/4" mono plug, yang bakal digunakan untuk input kedua (XLR input) pada Pod X3. Dengan adanya kabel ni, dua gitar (atau gitar+bass) boleh disambung pada rig Pod X3. Sebelum ni tanpa kabel sebegini, input kedua hanya dapat digunakan untuk mikrofon saja (gitar+mic atau bass+mic).

Neutrik XLR male head.

Disebabkan ME-70 tidak disertakan dengan adapter, dan tauke Dead Eye Guitars (DEG) pun tak dapat nak cari adapter Boss dari pembekalnya (katanya kehabisan stok), jadi aku cuba mencarinya di yNot Studio (nasib baik ada). Walaupun ia adalah adapter Roland dan bukan Boss, tapi Roland dan Boss kan adik-beradik. Dan adapter ni bertulis "PSA-230 compatible".

Korawk, tak jeles ke?

_____
Ada apa: Tiba-tiba rindu AX3000G aku dulu.

Let-Go: Roland Cube-15


Dalam entri-entri lepas, aku ada cerita pasal mamat Ganu kenalan Facebook yang nak sangat Cube-15 aku ni. Dipendekkan cerita, beberapa hari lepas dia ada hubungi aku semula mengenai hasratnya suatu ketika dahulu (nak beli kiub ni daripada aku).

Daripada apa yang diceritakan, nampaknya dia ni jenis tak berapa bernasib baik dari segi dana-dana bulanan (jenis kumpul duit dulu, dah cukup baru beli). Takpalah, nampaknya dia lebih memerlukan kiub ni berbanding aku, the very least I can do as an enthusiast to another enthusiast.

Sempatlah masuk dalam "axology list" aku selama tiga bulan.

Lagipun aku jual dengan harga yang sama seperti aku beli dari Jo NoobAxe dulu, kira "win-win situation" untuk kedua-dua pihak - dia dapat amp murah dan aku tak rugi apa-apa. Sekurang-kurangnya dapat juga dana tambahan nak beli gitar akustik 12-strings duit poket dekat-dekat nak jadi raja ni. Petang tadi dah selamat dipos ke Pahang (eh? Pahang? Bukan Ganu ke?).

Btw, aku dah ada dua buah amp gitar; VT40+ dan Micro-Cube, cukuplah tu kan?

_____
Ada apa: Baru balik lepas tengok cerita lanun-lanun Karibean...

Guitar Talk: Roland Cube-15


Malam tadi sempat pandu uji Cube-15 ni secara impromptu. Tak sangka dengan tombol volume pada kedudukan suku dah cukup kuat untuk bedroom player macam aku ni, it's 15-watt on 8" speaker (kalau tak silap di belakang tulis 18-watt). Aku tak berani nak pulas tombol volume lebih daripada suku, nanti jiran-jiran dan housemate yang lain tak berselera nak makan malam (antara sebab aku tak guna VT40+ di rumah).

Biasanya kalau di rumah (in my bedroom that is) aku cuma guna Micro-Cube (volume pada kedudukan suku pun dah cukup kuat) atau kalau dah lebih dari 10.00 malam aku sambung headphone (Sony MDR-XD100) pada output G1u.

Cute Cube brothers - bergandingan dengan Micro-Cube.

Menggunakan Replacement (freshly equipped with gauge-10 string set) untuk sessi "pandu uji" kali ni. Disebabkan aku belum pandai main gitar, aku cuma strum beberapa powerchords pada LEAD channel dan simple picking (Tears Of The Dragon) pada CLEAN channel.

Secara fizikalnya, Cube-15 ni nampak oke cuma ada sedikit retak pada satu daripada bucunya, selain berbau buaya dan berdebu. 8/10 - as rated by Jo NoobAxe.

Input, CLEAN and LEAD channel with separate VOLUME (and GAIN on LEAD channel), 4-channel drive on LEAD channel (OVERDRIVE, DISTORTION, METAL, METAL STACK), 3-band EQ (BASS, MIDDLE, TREBLE), Aux In, Recording Out/Phones, power switch. More specifications, please refer to Roland website.

Empat jenis LEAD channel(s), from mild overdrive to heavy distortion! Adakah ia klon pedal-pedal Boss (Roland dan Boss kan adik-beradik):

  • OVERDRIVE - Boss OD-1 Overdrive?
  • DISTORTION - Boss DS-1 Distortion?
  • METAL - Boss MT-2 Metal Zone?
  • METAL STACK - Boss ST-2 Power Stack? Channel METAL STACK ni tidak sesuai dimainkan pada volume yang rendah, sebab bunyinya kurang menyerlah.

Kelebihan

  • RM2xx je beb! Dah status pun used, kira berbaloilah dengan harga tu. Harga baru (Cube-15XL) mungkin mencecah RM6xx
  • Empat jenis LEAD channels yang dah kira cukup untuk main variasi jenis muzik Rock/Metal.
  • Seperti adiknya Micro-Cube, Cube-15 ni cukup kuat tak padan dengan saiz.

Kelemahan

  • Beli benda used, tadak kotak, manual atau apa-apa dokumentasi lain.
  • Tidak mempunyai on-board effects seperti delay, reverb, chorus, dll.
  • Fixed power cabel, tak boleh dicabut macam Oren dan VT40+

Sessi "pandu uji" kali ni adalah jenis impromptu (tak sampai 30 minit) tak serius pun. Dan perlu diingat tombol volume hanya pada kedudukan suku sahaja, so results may vary on high volume level. G1u through clean channel pun aku belum cuba lagi, tengoklah hujung minggu ni kalau-kalau Bob Kandar ajak jamming, boleh aku test lagi... Kalau ada apa-apa tambahan positif/negatif, aku akan edit lagi entri ni.

_____
Ada apa: Yang pastinya, macam keberatan pula aku nak jual benda ni kalau budak Ganu tu merayu lagi.

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 2)


Awal pagi tadi aku menerima satu bungkusan besar (parcel post). Bungkusan dari JB yang pastinya tak lain tak bukan dari Berteromber NoobAxe Guitar.

Selain menjual gitar/amp baru, NoobAxe mempunyai kelebihan "Pawn Stars" berbanding tempat lain - menjual barang-barang kegitaran terpakai la (used, second-hand).

Kalau minggu lepas aku dapat gigbag Gator bau buaya pada harga yang amat murah, kali ni aku dapat sesuatu yang agak berbaloi pada harga yang agak murah, mungkin 1/2 atau 1/3 daripada harga asal - Roland Cube-15 guitar amplifier!

Aku suka design Roland Cube series ni, nampak rugged.

Cube-15 ni merupakan model lama, ia kini digantikan dengan model baru Cube-15XL dengan beberapa penambahbaikan.

"Don't let its diminutive size fool you-the Cube-15 sounds BIG! This 15-watt guitar practice amp includes an 8-inch speaker and a two-channel configuration with four popular overdrive and distortion colors, ranging from “Overdrive” to “Metal Stack.” Three-band EQ, plus a built-in Recording/Headphone output and Auxiliary input make this little amp a great value!"

- Hype dari website Roland

Aik? Awat tiba-tiba beli amp gitar lagi ni? Kan aku dah ada VT40+ dan Micro-Cube? Sebenarnya aku trade Cube-15 ni dengan generic Dean DMT pickup set, dengan tambahan beberapa puluh ringgit untuk perbezaan harga dan kos penghantaran. Used (condition 8/10)

Btw, ada seorang mamat dari Ganu ni mesej aku di Facebook merayu-rayu sebab dia nak beli Cube-15 ni daripada aku. Dia nak sangat-sangat amp ni, katanya memang dia mula-mula nak beli amp ni waktu NoobAxe iklankan di Facebook/blog, tapi aku dah rembat dulu... Well, sapa suruh lambat buat pengesahan dan pembayaran dengan Jo NoobAxe?

Ulasan (review) pasal amp ni? Nantilah bila aku dah "pandu uji" amp ni malam nanti baru aku buat ulasan. Kalau oke aku simpan untuk bedroom amp (menggantikan Micro-Cube yang bakal menjadi mobile amp), kalau kurang menyengat aku jual la dengan mamat Ganu tu nanti hahaha... [Harap-harap dia pun ada baca entri ni].

_____
Ada apa: Micro-Cube aku sekarang dah ada geng...

Guitar Talk: Family Portrait


[Filler entry] Gambar "keluarga" aku setakat November 2010, tak termasuk beberapa harta rampasan perang The 2010 Great Music Sale CK Music (Year End Sale) baru-baru ni.

Untuk 2011, dalam hati memang ada rasa nak menambah (atau menukar) ahli "keluarga". Ya, aku memang rakus (istilah yang "dikurniakan" oleh Oriaj), minggu lepas aku hampir-hampir order sesuatu dari tauke Dead Eye Guitars (DEG). Tapi syukur aku tabah menahan racun-racun berbisa.

Semuanya gara-gara sessi lawatan sambil belajar ke rumah gitaris utama kugiran Manggas waktu aku balik kampung penghujung 2010 lepas. Sempatlah juga "memandu uji" tiga gitar milik gitaris tersebut; PRS Paul Allender SE, Dean From Hell CFH dan Jackson RR24 (gitar paling premium yang pernah aku main).

Tapi disebabkan ada projek yang lebih besar untuk tahun 2011 ni, apa-apa perolehan yang memerlukan bajet yang besar (especially guitar) terpaksa ditunda tarikhnya atau dibatalkan terus. But, that was another story...

_____
Ada apa: Bulan Mac nanti genap dua tahun aku terjerumus dalam kancah kegitaran ni...

Guitar Talk: Boss Metal Zone MT-2


Semalam berpeluang pinjam stompbox member (gitaris utama kugiran Manggas) - the legendary Boss Metal Zone MT-2, selepas beraya sambil pegang-pegang gitar barunya yang berharga RM4xxx (hehehe bukan selalu dapat pegang gitar mahal)...

Pinjam pasal nak test what's so special about this stompbox that makes it legendary, sebab sebelum ni aku cuma pernah guna sekali je MT-2 ni waktu jamming kat studio Zoso Music.

Daripada cerita tuannya, stompbox ni dah berusia 10 tahun,
looks seasoned but still kicking.

Kat rumah (kampung) aku test dengan Abominations dan Micro-Cube, disebabkan Micro-Cube ni tadak real clean channel (kecuali channel MIC yang tak berapa best), jadi aku guna channel JC CLEANdan BLACK PANEL tanpa sebarang EFX, delay atau reverb. The first thing I've noticed was the sustain - memang panjang daripada "Metal Zone emulation" yang ada kat multi-effects pedal (original vs imitation emulation). Distortion pun keras tapi mantap, tumpat tapi tak berapa kusam walaupun pada volume yang rendah.

Tapi dengan harga RM3xx seketul, aku rasa buat masa ni biarlah aku guna multi-effects je dulu. Kalau nak beli distortion jenis stompbox pun maybe Behringer UM300 (MT-2 clone), ataupun Moen Violent Metal je dulu.

_____
Ada apa: Mula-mula nak pinjam EHX Metal Muff Top Boost, tapi tuannya tengah guna...

March 2010 - Rookie Bassist Turns One


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac 2010. Dan pastinya bulan Mac tahun ni aku boleh dikategorikan sebagai rookie bassist dengan satu tahun pengalaman, hahaha! Serius beb, aku baru je setahun main bass (dan gitar) ni... Saya budak baru belajar, kalau salah, salahlah... Apa boleh buat? Belajarlah lagi (pembelajaran sepanjang hayat).

Mac tahun lepas aku ambil keputusan untuk berkecimpung dalam hobi dunia kegitaran ni setelah lama memendam perasaan (chewah) dan jugak untuk mengisi masa lapang (hujung minggu kat Bintulu ni memang membosankan).

Alhamdulillah, selepas setahun ni walaupun banyak steps aku skip (dan berapa banyak duit dah aku laburkan)... Bermula dengan zero knowledge, sekurang-kurangnya sekarang aku sudah boleh main bass untuk beberapa lagu. Walaupun suatu ketika dulu aku pernah putus asa nak belajar main gitar sebab tadak bakat.

Yup, video YouTube kat atas merupakan RACUN utama yang membuatkan aku menceburkan diri dalam hobi dunia bergitar. Selain daripada itu aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih seperti dalam entri ni.

Ada orang tanya, bassist mana yang jadi inspirasi untuk aku main bass ni? Steve Harris? Lemmy? Cliff Burton? Jason Newstead? Emma Anzai? Sharlee D'Angelo? Eddie Wings? Jay Jay? PQot Thundergirl? Bukan... Sebenarnya Marco Hietala (Tarot, Nightwish). Selain daripada bermain bass, Marco jugak mempunyai vokal yang power... Bassist dan jugak vocalist, hmmm... (Warwick Infinity NT... slurrrp!~)

Imej Wikipedia.

Walaupun aku berjiwa metal, tapi aku jugak teringin nak main bass dengan irama jazz, classical, rock & roll, funk dan reggae. Tunjuk ajarku sifu!

Kronologi (so far)

  • Mac 2009 - Ambil keputusan nak cuba main bass sebab susah nak belajar main gitar
  • 25/3/2009 - My first bass set - Ibanez GSR190J Jumpstart nickname: Crows
  • 16/4/2009 - My first bass multi effects - Zoom B1X Bass Effects Pedal
  • 26/4/2009 - Sessi jamming pertama

  • 9/6/2009 - My first classic guitar - Pepatung XA Classic nickname: Nandung
  • 1/7/2009 - My first guitar multi effects - Zoom G1X Guitar Effects Pedal
  • 9/7/2009 - My first electric guitar - Ibanez Gio Roadgear GRG270 nickname: Mephisto
  • 18/7/2009 - Sessi jamming pertama bersama-sama Mephisto
  • 9/9/2009 - My second multi effects, a big one - Korg AX3000G Modeling Signal Processor nickname: Behemoth
  • 10/10/2009 - Ubahsuai bilik UV-Vis jadikan makeshift studio untuk jamming hujung minggu

  • 3/11/2009 - My first guitar amp - Roland Micro-Cube nickname: Little Big Man
  • 3/12/2009 - My second bass multi effects - Zoom B2 Bass Effects Pedal (letgo my B1X, upgrade to B2)
  • 26/12/2009 - My second bass, powerful and my current bass - Ibanez Iceman Bass ICB200EX nickname: Black Ice (letgo Crows, upgrade to Black Ice)

  • 30/12/2009 - My first distortion stompbox - Vox Satchurator Joe Satriani Distortion (letgo my G1X, downgrade to stompbox)
  • 7/1/2010 - Kali pertama "ikut tumpang glamour" tengok Manggas praktis kat BRC. Telinga aku tengiang-ngiang bengal selama 24 jam dek kebingitan muzik Manggas. Lepas insiden ni aku siap-siap stok sepasang ear-plug kat dalam setiap gigbag

Dua orang inilah yang paling banyak menabur racun dan menjadi sumber inspirasi... Hahaha!
Sorang kata hentam sajalah Labu! Sorang kata luahan rasa mengikut kata hati sendiri...

  • 19/1/2010 - My second electric guitar - SX Pirate Series PEG2 Les Paul Copy nickname: Les Pirate
  • 31/1/2010 - Sessi jamming yang paling best dan hepi ;) siap rakam dua video cover lagu The Trooper dan Sejati. Terima kasih atas komen-komen membina geng-geng bloggers.

  • xx/3/2010? - Sempena ulangtahun pertama ni, aku nak raikannya dengan gitar baru (dana yang sepatutnya untuk Dean VMNTx tapi dah kensel dan tambahan daripada dana hasil jualan Les Pirate). Gitar apa? Shape apa? Brand apa? Hehehe sama-sama kita nantikan...

Ya aku tau, aku ni kejap beli, kejap letgo, beli lagi, letgo lagi... Ntahlah macam susah aku nak terangkan. Tapi rasanya aku boleh terangkan dengan sebaris ayat "aku punya duit, aku punya suka lah!". And thanks to Tom Satchman, Amizan of CK Music, Engbok of yNot Studio and Calvin Dead Eye Guitars for supplying me with cheap, good yet high quality exotic equipments!

Sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih atas segala komen-komen membina, racun, cabaran, kritikan, kutukan dan sokongan anda semua. Moga tahun-tahun mendatang aku akan lebih tekun menimba ilmu-ilmu muzik dan belajar sesuatu yang baru. Rock on! \m/

_____
Ada apa: Siapa sudi jadi mentor aku?

(#9) roland micro-cube guitar amplifier


[entry #9 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]

isnin 2/11/2009 - around 1700hrs aku check-in kat hotel sri m'sia (bayan baru) lps balik dari kursus kenegaraan BTN kat balik pulau. esok flight awal around 0800hrs sbb tu pilih hotel ni, dkt dgn airport

spt yg dijanjikan (dlm entry yg lps), mr. engbok dtg smpi lobby hotel hntr micro-cube warna hitam ni slps 10-15 minit aku sms/call. nnti2 klu aku dtg penang lg, yNot studio mmg menjadi antara lokasi yg wajib dikunjungi... [pic2 micro-cube ni aku snap kat dlm bilik hotel]

bbrp ayat2 angkat bakul drp website roland asia pacific atau roland uk

_____

It's Hip to be Square

With the new Micro Cube, guitarists get a genuine Roland Cube amp in an ultra-compact package that even runs on batteries. Weighing in at just a few pounds, the Micro Cube packs a big punch and comes with six DSP effects, COSM Amp Modeling and a new Digital Tuning Fork - giving guitarists everything they need for killer tone on the go.

  • Ultra-compact portable DSP guitar amp with 5-inch speaker
  • Runs on battery or AC power (adapter supplied) and includes carry strap
  • 7 COSM guitar amp models including JC-120 and a special mic preamp model
  • 6 DSP effects: chorus, flanger, phaser, tremolo and separate Delay/Reverb
  • New Digital Tuning Fork with support for flat tunings up to 2 semitones
  • Recording/Headphones output and stereo Auxiliary input for CD players, etc.

Spesifications

  • Rated Power Output - 2 W <- wtf? 2 watt saja? tp bunyinya kuat bleh lawan amp 10-15 watt
  • Nominal Input Level - INPUT: -10 dBu, AUX IN: -10 dBu
  • Speaker - 12 cm (5 inches) x 1
  • Controls - TYPE Switch, GAIN Knob, VOLUME Knob, TUNING FORK Button, KEY Switch, TONE Knob, EFX (Chorus/Flanger/Phaser/Tremolo) Knob, DELAY/REVERB Knob, POWER Switch
  • Connectors - INPUT Jack: 1/4" phone type, REC OUT/PHONES Jack: Stereo 1/4" phone type, AUX IN Jacks: Stereo 1/4" phone type, Stereo miniature phone type, AC Adaptor Jack
  • Power Supply - DC 9 V: AC Adaptor or Dry Battery (LR6 (AA) type) x 6
  • Current Draw - 185 mA
  • Accessories - AC Adaptor, Strap, Owner's Manual

_____

input, tuning fork dan bbrp knob, semua kat blh atas amp... ada 6+1 jenis modelling (acoustic, jc clean, black panel, brit combo, classic, r-fier dan 1 khas utk mikrofon). aku xpasti la, tp ramai yg kata efek2 yg roland sumbat dlm kiub kompak ni guna teknologi pedal2 boss (efek2 chorus, flanger, phaser, tremolo, delay, reverb)

modelling2 dlm amp ni mmg best... rasanya bleh cover hmpr semua jenis muzik, dan sesuai utk beginner yg nak jimat, xde duit nak beli effects pedal atau stompbox (klu dah ada, bleh buat loop atau double-effects). aku plng suka guna classic stack utk praktis lagu2 classic rock dan r-fier (cranked up gain to full) utk lagu2 metal... mmg distortionnya berat dan lemak berkrim :D cuma utk modelling acoustic dan jc clean xbrapa kuat berbanding modelling2 distortions

runs on battery too... 6 biji bateri AA, ada yg kata guna bateri cap ayam pun bleh tahan 12 jam (website roland uk kata bleh tahan 20 jam). dlm keadaan darurat (in case effects pedal or stompbox malfunctioning) amp ni bleh guna sbg backup, smbg output pi amp lg besar... voila! instant pedal/stompbox. cuma kena ejas manual guna tgn la xleh nak guna kaki buat mcm stompbox atau pedal

oke, aku xbrapa pandai nak review pasal amp ni, so... klu nak review lbh lanjut bleh check website/review berikut

dan perlu diingat, amp ni cuma 2 watt... wlupun bunyinya kuat setaraf amp 10-15 watt (mcm xcaya plak), tp mr. engbok sarankan volume sebaik2nya jgn lbh drp separuh, sbb klu lebih berkebarangkalian jangkahayat speaker amp ni xbertahan lama or worst case scenario speaker blows. this amp was meant to be practice amp not gig/stage amp (tp aku biasa praktis volume suku pun dah kira kuat)

dgn harga RM380... mmg berbaloi la beli amp ni utk practice amp (bilik, ruang tamu) ditambah dgn built-in modelling dan effects yg mmg senang nak ejas2, simple, kecik, cute dan kukuh... well, it's a roland! (adik bradik boss). tp klu rasa2 nak bunyi lg kuat, simpan la duit beli amp yg lebih besar

_____
p/s: mr. engbok, u rock!

(#7) the famed yNot studio (part 2)


[entry #7 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]

[kesinambungan drp entry ni] rabu 28/10/2009 - akhirnya dpt jugak aku jumpa yNot studio ni stlh tawaf 2 kali... yup, dulu time aku keje kat penang mmg aku ada jugak pi area farlim ni (bandar baru ayer itam) delivery pc pi rmh kastemer, tp xpnh plak round2 area angsana. credits to my AIA agent miss CLSz sbb bawa jln2

tujuan utama aku pi yNot studio ni semata2 nak beli amp (either) behringer GM108 atau roland micro-cube yg aku rasa jauh lebih murah berbanding tmpt2 lain dan kebetulan aku ada kat penang (esok start kursus kat balik pulau). aku dah buat appoinment dgn owner studio ni mr engbok yg aku nak test power kedua2 amp ni sblm buat keputusan (entry ni) nak beli mana satu

candidate utk test power (err... amp bugera tu xtermasuk), gitar yg diguna utk test power ialah gitar squier standard stratocaster (used, for sale RM650) main pakai jari xde pick... xselesa rasanya

mula2 aku test GM108 dulu... amp ni cuma ada bbrp modeling amp (marshall, vox) tp xde built-in effects. somehow aku rasa bunyi2nya xspt yg aku harapkan, semua modelling mcm sama je, clean channel bunyi xkuat... tp kelebihannya 15 watt dan murah (RM300)

bila test micro-cube, wlupun lebih mahal drp GM108 (RM380)... heh! tp spt yg dijangkakan, dan spt review2 yg aku baca kat internet, this small devil was a monster atau ikut slogannya 'big small man'... aku xnak cerita byk pasal micro-cube ni sbb nnti aku nak buat entry lain

so stlh test power kedua2 amp ni, aku pun dgn yakin buat keputusan utk memilih micro-cube. tp sygnya kat studio ni cuma ada 1 micro-cube berwarna merah... aku nak yg warna hitam, klu putih pun aku xkisah. mr engbok kata klu nak kaler hitam/putih dia kena pi amik stok baru and may take 1-2 days

drum set sonor yg jd demo set utk sapa2 yg nak try

as a mutual respect and agreement, aku bg deposit RM200 utk order unit kaler hitam dan mr engbok akan hantar unit ni pi hotel tmpt aku tggl isnin mggu dpn lepas aku dah abis kursus

mr engbok was a nice person... he knows what he's selling, very professional yet humble and friendly. wlupun baru jmpa hari ni tp terasa mcm dah lama kenal. dia jugak xkisah aku snap pic2 studio dia ni (maybe dia tau aku nak promote studio dia kot? hehehe)

ekceli aku bkn nak amik pic gitar ni (gitar jaming studio) tp focus more to triple-guitar stand yg mula2 aku teringin nak beli (RM68 je), tp disebabkan masalah2 ekonomi dan logistik aku xjd beli

gitar akustik ovation yg ada autograf (artis?) sapa ntah... aku rasa yg ni personal collection mr engbok kot?

selain micro-cube, aku jugak beli ghs fast-fret dan bbrp keping pick stagg. yNot studio ni authorised dealer utk produk2 stagg, behringer, sonor dan bbrp brand lain. more info bleh rujuk bbrp links kat bawah ni:

bkn senang nak cari seller yg mcm mr engbok ni, dia suruh kastemer test smpi puas hati dgn produk tu baru beli... yg ni kelebihan klu beli kat studio, outlet yg kecik atau dgn seller yg mmg ada background muzik. wlupun aku xbyk experiences beli kat tmpt2 lain tp mmg jauh beza klu dibandingkan dgn bbrp kedai muzik kat area kk yg kedekut nak mampus dan mcm nak xnak jual je. jd aku mmg rekomen gila2 kat korang yNot studio ni (yg ada kat area penang la)

well, kena tggu isnin nnti la baru dpt micro-cube hitam aku

_____
p/s: kat bintulu ni sozo music pun servis oke cuma harga instrument phm2 jela... harga borneo

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger