28/2/2015 - Selepas kehilangan arah untuk jamming disebabkan penutupan
36 Studio, kami mencuba studio lain sebagai alternatif untuk melepas gian jamming, mungkin sessi jamming terakhir entiti 3-piece Hepi;) sebelum aku
hiatus?
Azrol mencadangkan untuk mencuba Master Jam Music Studio, aku pada mulanya membantah atas sebab kadar sewa yang agak mahal iaitu RM45 sejam (kadar hujung minggu). Azrol memujuk supaya memberikan peluang kepada studio ni, jika tidak "sesuai" maka inilah sessi pertama dan terakhir.
Master Jam ni terletak di Li Hua Plaza yang juga sebenarnya merupakan bekas
Z-Studio, mungkin bertukar pengurusan kot? Setiap langkah menaiki anak tangga menuju studio ni mengembalikan nostalgia ketika
Metuk Ulau Project mula menggila
penghujung 2011 dulu.
Terdapat dua buah bilik kecil untuk jamming, kami menggunakan studio B. Disediakan dua buah gitar Stratocaster jenama Squier dan Jazz Bazz juga jenama Squier, tapi seperti sessi jamming yang lain kami lebih selesa membawa gitar sendiri.
Amp pertama ialah Marshall MG50DFX (discontinued model), 50 watt sahaja, tapi aku rasa dah cukup kuat untuk saiz bilik. Dah biasa guna amp Marshall MG-series, setting untuk amp ini tiada masalah. Disediakan juga stompbox Behringer Ultra Metal
UM300, jika anda tak berpuas hati dengan distortion/drive Marshall.
Amp kedua ialah Ibanez Toneblaster 50R (discontinued model), juga 50 watt. Amp ni lebih "straightforward" berbanding MG50DFX. Di bawah amp ni disediakan sebuah pedal Boss Distortion
DS-1.
Drumset 5-piece ni macam pernah aku tengok, macam yang pernah digunakan ketika era Z-Studio dulu, yang berbeza cuma warna dah kuning emas berbanding hitam.
Untuk amp bass pula disediakan amp jenama Park, aku lupa model apa. Oleh kerana sessi kali ni tiada bassist, maka apa-apa yang berkaitan bass tidak diganggu.
Azrol semakin serasi dan kompeten menggunakan Zoom
G7.1ut yang disambung pada clean channel amp Toneblaster 50R tadi.
Bob Kandar yang datang setengah jam kemudian kerana masih menyangkakan sessi bermula pukul 3.00 petang (kes tak baca SMS). Rasanya dah sebulan lebih tak jamming bersama Bob Kandar, walau bagaimanapun "chemistry" Hepi;) masih ada.
Masih kekok menggunakan
Dark Moon (EC-256) yang masih bertali asal D'Addario 10-46 pada talaan standard. Buat masa ni, aku berpuas hati dengan pikap ESP LH-150 yang ada dan belum tergerak hati untuk menukarnya.
Setup aku pula agak ringkas (travelling light), EHX
East River Drive sebagai booster drive channel amp MG50DFX tadi, dan Boss Mega Distortion
MD-2 untuk distortion yang lebih "bassy" supaya serasi dengan muzik tanpa bass.
Ok, Master Jam Music Studio ni taklah seteruk yang disangka, tak jauh beza seperti zaman Z-Studio dulu. Cuma aku agak tak setuju dengan kadar sewa RM45 sejam. Jika kami yang dah berkerjaya ni pun mengeluh, apatah lagi budak-budak sekolah? Lebih berpatutuan sekiranya sewa sekitar RM30-35 sejam seperti Z-Studio dulu.
_____
Ada apa: Mungkin sebab kami dah biasa "bermewah" ketika di 36 Studio dulu kot...