Sabtu (24/03/2018) - Sessi rehearsal terakhir Sarawak Rock & Mob sebelum D-day minggu depan. Bermula sekitar 2.00 petang di dataran Paragon (open air), bukan lagi di foyer depan KFC seperti dua
sessi sebelumnya untuk medapatkan suasana hari kejadian.
Jika sessi sebelum ini aku membawa
Korina, kali ini aku membawa
Neon. Siapalah Ijau D. Koceng tanpa gitar berwarna hijau kan? Pernah terlintas untuk membawa
Calypso, tapi tujuan utama aku mendapatkan Mark V (gitar hijau lain) adalah supaya aku tidak perlu membawa Mark III (prized possession) untuk acara sebegini.
Setup aku antara yang paling ringkas dan radikal seperti sessi sebelumnya, Boss
GT-1 digunakan bersama-sama Laney
IRT-X. Dengan adanya troli Mr. DIY, kerja-kerja logistik menjadi lebih mudah. Juga membawa
Mirage yang ditinggalkan dalam kereta (200 m walk) sebagai backup.
 |
| Azroy Hammett. |
Cuaca sebelah petang amat mengizinkan pada hari tersebut. Walaupun agak terik pada awalnya, diikuti dengan awan-awan mendung yang berarak sepanjang petang, dan hanya sekitar 5.30 petang barulah ada terasa sedikit titisan renyai hujan. Harapnya cuaca minggu depan lebih mengizinkan, insya-Allah.
Bunyi-bunyian dan vokal untuk sessi kali ini juga agak jelas, mungkin inilah kelebihan bermain di kawasan lapang, tiada pantulan akustik seperti bermain dalam kawasan foyer.
 |
| Waktu rehat. |
Hanya ada beberapa foto yang sempat aku snap dalam telefon aku, selebihnya mungkin akan cilok daripada Facebook rakan-rakan. Seperti biasa, untuk acara sebegini akan ada liputan dari Facebook
Bintulu Info, berikut disertakan beberapa video "live" semasa kejadian.
Pihak Paragon juga memberi pelepasan untuk melanjutkan sessi rehearsel ini sehingga sebelah malam. Tapi aku tidak turut serta kerana komitmen keluarga. Dan kebetulan sebelah malam hujan makin lebat, aku tak pasti sama ada sessi tersebut diteruskan atau dibatalkan.
Post-mortem peribadi untuk sessi kali ini:
- Dah lama tak berjemur, lengan-lengan dan leher aku hampir sunburn. Perlu pakai sarung lengan "tattoo" dan topi yang lebih lebar untuk D-day minggu depan. Apa kata kalau aku pakai terendak Melanau?
- Mungkin akan menggunakan sistem wireless Takstar supaya lebih "bebas" bergerak. Harapnya tiada orang lain menggunakan frekuensi FM 364.80 MHz nanti.
- Kalau kena jiran-jiran yang sekepala, memang keluarlah "teen spirit"nya, kah kah kah...
Jumpa anda minggu depan! \m/
_____
AADI: Pertama di Sarawak, kedua di Malaysia (selepas Perlis).