Khamis, 22/6/2017 - Singgah sebentar di Pekan Sipitang semasa perjalanan balik dari Miri ke Membakut (bermalam di Miri, dari Bintulu hari sebelumnya). Bercadang untuk singgah di Pekan Beaufort lagi 30 km+ tapi disebabkan anak-anak dah mula menunjukkan tanda-tanda kebosanan setelah sehari suntuk dalam kereta, jam pun sudah menunjukkan sekitar pukul 4.00 petang, maka Sipitang jadi pilihan.
Kali terakhir aku meronda Pekan Sipitang ni tahun 2001/2002, fuh~ dah belasan tahun. Biasanya kalau balik kampung jalan darat (trans-Borneo) aku jarang singgah Sipitang, paling-paling pun singgah stesen minyak atau KFC Sipitang sahaja.
Lokasi pilihan ialah GATA Square bersebelahan stadium Sipitang, lokasi Festival dwi-tahunan *GATA. yang juga menjadi lokasi bazaar Ramadhan Pekan Sipitang.
Hari ke-27 Ramadhan, bazaar ni masih meriah, walaupun ada beberapa gerai yang dah tutup. Juadah yang dijual lebih kurang sama sahaja seperti bazaar Ramadhan lain di Pantai Barat Sabah - kepak ayam BBQ, sate, soto, rojak, pelbagai jenis minuman dan kuih-muih. Tapi dari segi harga, lebih tersenyum berbanding Bintulu, kah kah kah...
"Kaansayan ra rataan mih" - ini bahasa Murut, aku tak berapa tau pasal bahasa dan kebudayaan suku kaum Murut ni, jadi sila Google sajalah, hehehe...
*GATA? Macam pernah dengar kan? Jairo pernah buat entri pasal Festival GATA ni sekitar tahun 2009 dalam entri ni, tapi sayangnya gambar-gambar dah tak ada... Juga boleh rujuk di sini. untuk sambutan terkini.
_____
AADI: Ok, #shramzb sekali lagi.






