Roland
Micro Cube GX ni merupakan unit terpakai (used), diperolehi dengan harga yang
tersenyum menarik (abaikan warna) daripada seorang "guitar enthusiast" Mr. W dari Miri setelah diiklankan di
Mudah. Nak dijadikan cerita Mr. W juga merupakan seorang pembaca/pengikut blog AADI (bangga la pula), jadi segala transaksi berjalan dengan lancar.
 |
| Merah D. Koceng |
Nampak masih baru untuk unit terpakai (macam ayat CD eBay). Menurut Mr. W, amp ni baru berusia 5-6 bulan dan diperolehi daripada
Dead Eye Guitars, dijual kerana telah memiliki amp baru (familiar situation?).
Sebenarnya aku agak menyesal sebab menjual amp
Micro Cube lama aku. Aku cuba mencari pengganti (mobile modelling amp) dan mendapatkan Vox
Mini3 G2, namun dari segi ketegapan dan kualiti bunyi, ia tidak dapat menandingi Micro Cube (pendapat peribadi). Antara faktor yang menyebabkannya menjadi tukaran (trade) dengan
si kacang merah.
Ok, berbanding Micro Cube lama, versi GX ni ada beberapa kelebihan, antaranya:
- Louder
than hell, 3 watt berbanding model lama hanya 2 watt.
- Fungsi MEMORY, boleh simpan setting peribadi untuk setiap amp model.
- Tambahan satu jenis amp model bernama EXTREME yang lebih "edgy" berbanding R-FIER, owh I like~
- TUNER yang lebih versatile (chromatic) berbanding TUNING FORK pada model lama.
- i-CUBE LINK, yang ni sebenarnya aku tak suka, mendiskriminasi pengguna Android sebab ia hanya untuk peranti iOS (iPad, iPhone).
Agaknya inilah yang membuatkan harga pasaran GX 25-30% lebih mahal berbanding versi lama, manakala model lama pula telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued).
Oh Nita~
Dan ada kalanya amp kecil mudah alih sebegini (yang boleh guna bateri) memang diperlukan, contohnya digunakan semasa mengembara (travelling) atau balik kampung, latihan dan persembahan impromptu (seperti busking) tanpa perlu membawa efek tambahan (ayat kitar semula).
_____
Ada apa: Lompat masuk ke dalam kem Roland/Boss.