Showing posts with label tanglewood. Show all posts
Showing posts with label tanglewood. Show all posts

Ada Apa Dengan Aizuddin Madani?


Hari ni macam tak ada idea, tapi rasanya bolehlah buat entri promote YouTube channel Aizuddin Madani. Siapa itu Aizuddin Madani? Lawyer? Magistrate? AM ni antara Youtubers dari Sabah yang agak aktif memuatnaik video-video lagu cover, lagu sendiri, bermain gitar, review album, senang cerita vlog lah.



Apa kaitan aku dengan AM ni? Sebenarnya AM ni anak buah aku (anak kakak aku), sekarang umurnya awal 20an. Waktu dia kecil umur 2-3 tahun sempat jugalah aku jadi baby-sitter beberapa kali. Bila aku balik kampung cuti semester, dia juga selalu kacau aku main game, ikut aku pergi cyber-cafe berbanding ikut mak pergi shopping, dah besar sikit jadi geng layan Naruto, dan waktu aku kahwin dulu, dia jugalah jadi pengapit (groomsman) aku.


Pernah disebut (anonymously) beberapa kali dalam AADI antaranya "waris" kepada gitar Tanglewood TSB6 (Tobi) waktu dia baru habis SPM. Ya, dia juga bermain gitar, tapi lebih kepada gitar akustik berbanding elektrik, lebih hebat daripada aku kalau bab plucking, picking dan strumming, tatkala aku cuma mindless riffer/chorder...



AM ni kidal, bermain gitar pun kidal, aku kenal beberapa orang yang kidal tapi main gitar kanan - contohnya Jairo dan Bro Sub. Kalaulah dia main kanan, senang-senang saja aku bagi akses aset-aset yang aku ada.

I guess it runs in the family, cuma bezanya AM lebih minat kepada genre kurang keras dan aku pula seorang introvert.

_____
AADI: Tak ada idea, tapi entri jadi beberapa perenggan.

Stratocaster 60 Tahun


Gitar ikonik Fender Stratocaster (aka strat) dah berusia 60 tahun, dah tahap datuk orang dah ni...

Gambar hiasan (sumber).
Walaupun aku tidak memiliki Stratocaster versi Fender atau Squier, tapi Charvel So-Cal Style 1 HH aku (aka Calypso) juga pada asasnya merupakan sebuah Stratocaster.

Simplest gigrig - Bintulu Music Fest 2013.
Charvel pun kini dah bernaung di bawah FMIC. Secara tak langsung aku juga boleh dikategorikan sebagai pengguna strat.

Why so serious? - Oktoberfest 2012.
Influences? Pastinya trio Iron Maiden (Smith/Murray/Gers) dan Kurt Cobain, walaupun Cobain selalu guna Jaguar/Mustang/Jag-Stang berbanding Stratocaster. Gary Moore dan Jake E. Lee pun mungkin boleh masuk dalam senarai ni.

Pernah juga memiliki Tanglewood TSB6 strat-copy.
Pendapat peribadi, gitar Stratocaster ni selesa dan ergonomik, tak ringan dan tak pula terlalu berat seperti Les Paul. Selain itu, ia juga boleh masuk (ngam) dengan pelbagai jenis genre muzik, dari country hinggalah heavy metal. Jadi tak hairanlah bentuknya malar segar dan masih bertahan sehingga kini.

_____
Ada apa: Pernah terGAS dengan Squier Deluxe dan 60th Anniversary CV.

Sepetang Di Music Master Studio (Part 2)


Jumaat (1/2/2013) - Semenjak hari Isnin lagi aku dah rancang nak pergi ke Music Master Studio (MMS) di SS2, tapi baru hari ni ada peluang dan mood nak pergi. Balik dari kursus terus ke stesen PUTRA Taman Jaya menuju stesen Taman Bahagia.


Turun dari stesen PUTRA Taman Bahagia, kemudian menapak lebih kurang 10-15 minit melalui kawasan perumahan untuk sampai ke MMS, berpeluh juga dibuatnya.

Dah hampir dua tahun aku tak datang ke sini, kali terakhir (dan pertama) aku datang penghujung bulan April 2011. Banyak perubahan, nampak lebih luas sebab banyak barang-barang telah dipindahkan ke MMS Cheras.

Dengan kebenaran tauke Clement (aka gapnap), ada banyak gambar aku snap (guna k618i yang klasik) tapi aku hanya letak gambar-gambar yang menarik sahaja.

Tanglewood TSB58, a good Les Paul copy.
Anda minat dengan bentuk singlecut (Les Paul) tapi tak mampu nak beli Epiphone? Well, Tanglewood TSB58 was the closest thing you can get, dengan harga 2/3 hingga 1/2 daripada harga Epiphone.

Spear RF-150M strat copies - good craftsmanship with glossy maple fretboards.
Strat copy Spear ni juga menarik perhatian. Walaupun harganya sekitar RM5xx tapi pertukangannya pada tahap RM15xx, serius! Aku pernah teringin untuk memiliki strat copy Spear ni dulu (dalam entri ni). Cuma aku tak suka headstock yang agak "cangkuk", sebab itu aku memilih Tanglewood TSB6 (aka Tobi).


Antara gitar terpakai yang sempat dicuba ialah Ibanez RGRT47DX (kiri sekali). Antara RG yang mempunyai ciri-ciri kegemaranku - Edge Pro bridge, sharktooth inlays, reversed headstock, neck-thru. Cuma fretboard yang "full scalloped" membuatkannya agak janggal dimainkan bagi mereka yang dah biasa dengan fretboard rata.

MIJ and MIA Fender Stratocasters.
The Gibbies
Sebenarnya aku ni seorang yang penyegan dan pemalu, sebab itu walaupun diberi peluang oleh gapnap untuk mencuba apa sahaja gitar yang ada di dalam premis MMS ni, tapi aku hanya mencuba dua buah gitar iaitu RGRT47DX tadi dan Les Paul Classic, bukan Epiphone tapi Gibson hehehe...

Akhirnya, dapat juga aku merasa main gitar Gibson. Sebelum ini gitar yang paling premium pernah aku main hanyalah Jackson RR24.

Test rig - Ceriatone with TC Electronics pedals.
Ini merupakan test rig yang digunakan, sederet stompbox pedal dari jenama TC Electronics disambung pada clean channel amp Ceriatone. Kalau dari segi distortion, aku lebih suka Rottweiler berbanding Dark Matter.

Sayangnya pedal sig Petrucci The Dreamscape tak ada dalam deretan. Nasib baiklah aku dah masuk kem multi-effects, kalau nak main stompbox pun mungkin aku pilih jenama lain yang lebih ekonomi (contohnya Joyo atau Nux).

The Lunchbox dari ZT Amplifier.
Aku ingatkan amp The Lunchbox ni sebesar microwave oven, rupa-rupanya lebih kecil lagi, sebesar lunchbox (duh~) dengan speaker 6.5" sahaja (lebih kurang Micro-Cube). Pada pendapat aku walaupun ia berkuasa 200 watt, tapi amaun udara yang disesarkan oleh speaker 6.5" tadi tidaklah sebanyak mana.

Jika anda memiliki amp ni, ada baiknya disambungkan kepada kabinet berspeaker besar (atleast 1x12 or 2x10) untuk keriangan yang maksimum.

Peavey Bandit 112, one of my wishlist.
Dan pada harga yang lebih kurang sama dengan amp The Lunchbox tadi, ada baiknya anda memilih Bandit 112 ni. Amp yang tak perlu diperkenalkan lagi, biasa dijumpai di studio-studio jamming (versi lama). Dengan kuasa 80 watt (or 100 watt with external 4 ohm speaker), amp ni memang "tahan pukul" dan cukup kuat untuk digunakan semasa jamming mahupun gig kecil-kecilan, KIV dulu.


Antara produk terbaru di MMS ialah Bare Knuckle Pickups (BKP). MMS merupakan pengedar rasmi BKP di Malaysia. Tapi bagi aku, harganya terlalu premium, dengan harga seketul pikap BKP ni aku boleh dapat dua ketul pikap DiMarzio, oleh yang demikian aku masih setia menetap dalam kem DiMarzio.


Sejam lebih di MMS ini sajalah yang dibeli hehehe, barang kecil-kecilan sahaja tak ada yang istimewa - Stagg UPC-688 pedalcase, Hennessey straplocks (lagi) dan pick Awe-In-One dalam bekas tin yang berisi lima keping (sebagai penggenap bayaran).

Clip-on tuner tu pula dikira sebagai hadiah sempena CNY, hahaha thanks gapster. Juga terima kasih kepada staff MMS bernama Jayson kerana menghantar aku dari MMS kembali ke stesen PUTRA Taman Bahagia (atas arahan tauke, hehehe), tak perlu aku penat-penat menapak lagi.

_____
Ada apa: Yang lain-lain, mungkin akan dibeli secara online.

Sessi Jamming Z Studio (Part 4)


Sabtu (11/8/2012) - Sessi jamming kelolaan Korawk kali ni bukanlah sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) disebabkan tak cukup korum (tidak disertai oleh Adi Herman) jadi ia hanyalah sessi jamming biasa di Z Studio.

Ternyata sessi kali ni juga bukanlah sessi yang serius (mungkin disebabkan puasa), tapi lebih kepada platform untuk "memandu-uji" beberapa alatan muzik yang baru diperolehi. Jamming tanpa bassline dan mencuba lagu raya Sepasang Gitar Kurung Biru (haha!~).

Korawk dengan gitar barunya - Ibanez Gio GRG270 BMB (beam blue). Ya, dialah tuan punya gitar yang aku order dari Crinson Music beberapa minggu lepas (codename: Projek Engkol). Selamat datang ke kem Ibanez, dan selamat datang ke dunia jambatan terapung (floating bridge).

Aku pula ingin mencuba Tanglewood TSB-6 strat-copy (aka Tobi) sebelum dibawa balik ke Membakut minggu depan. Pikap-pikap Entwistle X1 yang ada pada gitar ni memang tidak menghampakan.

Dan disebabkan tahap ketidak-seriusan sessi kali ni, aku hanya menggunakan jamming rig yang paling ringkas iaitu Korg Pandora Mini, paling menang dari segi logistik. Sessi kali ni jugak tidak mempunyai setlist seperti sessi-sessi sebelumnya, semua lagu yang dimainkan ikut suka hati sajalah.

Bob Kandar menggayakan t-shirt Iron Maiden (bootleg) barunya. Menurut Bob Kandar memang susah nak cari saiz yang sesuai. Diskriminasi saiz, hahaha...

Azrol yang masih setia dengan GRX40, pernah suatu ketika beberapa bulan lepas ingin menaik-taraf kepada Schecter 7-stringer, tapi malangnya dana-dana yang ada terpaksa disalurkan kepada benda lain...

Korawk juga menggayakan strap Planet Lock Joe Satriani "Up In Flames" yang baru diperolehi beberapa hari lepas dari Pusak Muzik Reco (via yours truly, of course). Bila lagi nak buat ulasan bro? Blog GKS dah beberapa bulan terbengkalai...

Seperti sessi MUP yang lepas, sessi kali ni juga disertai oleh drummer Curse Of God, Rashid Malim yang juga merupakan drummer asal MUP. Bergilir-gilir dengan Bob Kandar main drum tatkala seorang kepenatan.

Yang pasti, jamming ketika puasa taklah seteruk yang disangkakan, tapi mungkin disebabkan sessi ni agak santai (tanpa bassline) ia lebih kepada sessi bersosial bersama rakan-rakan di hujung minggu.

_____
Ada apa: Balik jamming singgah bazaar Ramadhan, tapi terkejut sebab bazaar tutup!

Antara Tanglewood Dan Alice


Menggantikan tali gitar pada strat-copy aku iaitu Tanglewood TSB-6 (aka Tobi) yang semenjak diperolehi beberapa minggu lepas cepat sangat out-of-tune. Selepas post-mortem didapati masalah berpunca dari pemasangan tali gitar yang cincai (dari kilang atau kedai?), hanya dua lingkaran pada machine-head (tuner).

Kali ni aku menggunakan tali gitar jenama Alice. Tali gitar asal aku tak buang sebab masih baru, ia akan dikitar-semula pada gitar berskala pendek ataupun yang mempunyai locking nut. Eh~ Jangan pandang rendah pada jenama Alice ni, walaupun ia jenama murahan tapi ia antara jenama yang berkualiti dan "mesra" pada hujung jari anda (fretting fingers).

_____
Ada apa: Akan digunakan untuk sessi jamming esok...

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 4)


Bungkusan pos parcel yang diterima semalam (26/7/2012) bukanlah dari Music Master SS2 (Clement @ Gapnap), tapi dari Music Master Cheras (Terrence). Dan walaupun bungkusannya tertera tulisan "Spear" tapi isinya bukannya gitar berjenama Spear.

Ya, aku beli gitar lagi... *sigh* kenapa tak boleh ke? Mungkin aku gila, tapi membeli gitar di bulan puasa dengan duit sendiri bukanlah sesuatu yang bodoh (btw, ia dibeli pada 12/7/2012) - merujuk kepada komen dalam entri semalam.

Pembelian yang ada kaitan dengan entri ni, aku ingin mencari gitar murah (tapi berkualiti) untuk dibawa balik kampung waktu cuti raya nanti, dan kemudiannya akan "diwariskan" kepada anak buah aku (yang baru berjinak-jinak bermain gitar elektrik) selepas dia tamat SPM hujung tahun ni nanti.

Tanglewood TSB6 tobacco burst strat-copy. Zhar, you got it right!
(Hmm... Maiden-esque looks eh?)

Terdapat sedikit calar-calar halus pada badan dan karat yang mula timbul pada skru dan pikap, ia masih boleh dikatakan gitar baru sebab ia merupakan "showcase/display guitar". Dengan kata lain - gitar yang tergantung di kedai gitar dan selalu di"pandu-uji" oleh pelanggan. Dibeli dengan harga yang cukup berbaloi (stock clearance price?), lebih murah daripada harga pasaran sebuah pedal Boss MT-2 Metal Zone.

Headstock yang tak jauh berbeza dari headstock Fender/Squier. Kebanyakan strat-copy lain (seperti SX, Craftsman dan Spear) memiliki headstock yang berbentuk "cangkuk".

Secara fizikal, pertukangan (craftsmanship) gitar Tanglewood ni agak halus, tak nampak seperti gitar murah (retail price was around RM500-600). Mungkin kualiti kayu yang digunakan membuatkan harganya murah.

Standard strat setting - three singlecoil pickups, 5-way blade switch, volume-tone-tone knobs, vintage tremolo bridge, side cable jack.

Kemasan tobacco burst yang menarik, walaupun corak urat kayu yang tertera sebenarnya adalah tiruan (faux), sama seperti corak urat kayu yang terdapat pada perabot papan lapis.

Entwistle X1 singlecoil pickups - pikap yang agak berjenama (walaupun tak berapa dikenali), sesuatu yang agak jarang terdapat pada gitar-gitar murahan.

Pendapat peribadi? Ini merupakan gitar strat-copy pertama yang aku miliki, terus-terang aku agak kekok pada mulanya sebab sebelum ni dah biasa dengan bentuk superstrat dan singlecut. Lebih-lebih lagi dengan neck profile dan fretboard yang agak rata dengan fret yang kecil.

Maple brothers.

Sound? (Ini komen temberang) Hahaha... Tapi rasanya tak perlulah aku upgrade dengan set pikap Plasma-RS1 sebab setakat ni aku berpuas hati dengan bunyi pikap Entwistle X1 ni. Sekiranya sessi jamming Ramadhan special kelolaan si Korawk pada 10/8/2011 nanti jadi, mungkin aku akan guna gitar ni.

Nick? Aku rasa nak bagi nick TOBI, disebabkan kemasan tobacco burst (dan Tobi Akatsuki).

_____
Ada apa: Problem solved with "mutual-respect" - credits to Terrence and Clement of Music Master.

Guitar Talk: Of Music Master And Strat Copy


Tertarik hati dengan entri stok baru gitar berjenama Spear di Music Master (entri ni). Daripada banyak-banyak model stok baru tersebut, aku tertarik dengan strat copy model RF-150 lebih-lebih lagi dua kemasan (finish) ni:

White (olympic white or snow white?).

Sunburst.

Teringin untuk memiliki gitar berbentuk strat (tapi tak sampai tahap GAS), lebih-lebih lagi dengan konfigurasi pikap HSS dan maple fretboard yang merupakan ciri-ciri kegemaranku. Ditambah pula dengan harga yang boleh membuatkan anda tersenyum. Cuma headstock "cangkuk" tu saja yang buat aku tak berapa berkenan, sama seperti headstock strat copy jenama SX dan Craftsman.

Oh ya, dulu aku pernah cerita pasal Tanglewood TSB 6 strat copy kan?

Selain headstock yang tak berapa berbeza daripada bentuk "telinga" ala Fender/Squier Stratocaster dan maple fretboard, model TSB 6 ini juga didatangkan dengan pikap berjenama Entwistle. Harganya juga agak murah sedikit daripada RF-150 di atas, cuma pikapnya berkonfigurasi SSS...

Images courtesy of gapnap.com

_____
Ada apa: Jadi, ada apa dengan strat copy?

Antara November Dan 35000


[Filler entry] Widget "AADI odometer" menunjukkan blog AADI ni telah dikunjungi lebih daripada 35000 kali! Dalam tiga bulan saja ia telah dikunjungi 10000 kali (last checkpoint was last July - 25k hits). Kalau dikalkuluskan, secara puratanya blog AADI dikunjungi 111 kali dalam sehari, erk?!~

Gambar hiasan - baru balik dari Music Master.

Untuk blog kerdil yang tak seberapa ni tapi menerima kunjungan sebegitu, aku rasa sungguh terharu. Terima kasih kepada penjengah (blogwalker), pengikut setia (active or silent-reader) dan geng-geng Bloggers terutamanya mereka yang tersenarai dalam widget "Komentar Tegar AADI" di sebelah kiri (ayat kitar semula).

Btw, siapa pengunjung dari Newcastle Upon Tyne?

_____
Ada apa: Selamat berbulan Berteromber November.

The Original Gigbag (OGB) Airline Blue


Antara harta rampasan perang yang diperolehi dari Music Master Studio beberapa minggu lepas - The Original Gig Bag (OGB) Airline Blue. Dengan harga di bawah RM100, ia merupakan pembelian yang berbaloi, sebab susah nak cari gigbag di bawah RM100 yang memiliki ciri-ciri seperti gigbag ni (thick padding, padded shoulder straps, extra pockets, neck support with velcro strap), it looks cool too...

Spesifikasi OGB Airline Blue (copy/paste dari website Tanglewood):

  • 20mm new lightweight foam padding
  • 600 denier rain resistance treated cloth
  • 2x oversized shoulder straps with metal to metal clips
  • Neck pocket for accessories
  • A4 music book pocket
  • Dual soft leather carry handles to side and front of bag
  • Ventilated padded mesh cloth to rear of bag
  • Blue cosmetic with matching blue zipper pulls

Terdapat dalam tiga warna - Airline Blue, Airline Red dan Airline White. Tapi sayangnya di Music Master cuma ada Airline Blue sahaja, kalau tak memang aku ambil Airline White.

"Dual soft leather carry handles to side and front of bag",
"Blue cosmetic with matching blue zipper pulls"

"2x oversized shoulder straps with metal to metal clips" - strap yang memang selesa dan clip yang tegap, walaupun anda menggalas gitar yang agak berat berkayu mahogany (contohnya sebuah Les Paul solid).

Neck support sponge block with velcro strap, yang kebiasaannya cuma ada pada gigbag premium, ciri-ciri yang membuatkan gigbag ni agak unik.

Disebabkan bentuknya yang "standard", apa-apa gitar berbentuk strat, tele, superstrat, singlecut (Les Paul), SG atau doublecut yang lain memang muat dalam gigbag ni. Semi-hollow pun berkebarangkalian boleh muat. Pada Mat Metal yang memiliki gitar berbentuk ekstrim, harap maaf... Anda terpaksa cari gigbag cap buaya macam ni atau gigbag v-shape macam ni.

Credits to Music Master Studio and Clement (gapnap) for this cool gigbag. Tolong promote Music Master lagi ni, hehehe...

_____
Ada apa: Yang dalam entri ni pun boleh tahan juga...

Guitar Talk: Tanglewood Strat Copy


Tanglewood TSB 6 AW (arctic white) strat copy di bawah ni nampak mengiurkan, lebih-lebih lagi pasal warna putih + maple fretboard...

Harga pun boleh tahan, lebih kurang harga Squier tapi mahal sikit dari Craftsman (Checkout price at Music Master Studio).

Btw, aku bukanlah peminat gitar berbentuk strat (Fender Stratocaster copy), aku lebih meminati superstrat (Ibanez RG, Jackson Dinky, ESP/LTD Mirage and Horizon) dan singlecut (Gibson/Epiphone Les Paul, Ibanez ART, ESP/LTD Eclipse).

_____
Ada apa: Strat pengaruh Iron Maiden.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger