Showing posts with label king's studio. Show all posts
Showing posts with label king's studio. Show all posts

Sepetang Di King's Studio


Sabtu (26/11/2022) - Acara memecah ais setelah sekian lama tidak jamming bersama, persediaan awal untuk Local Gig KKB hujung minggu ini. Serius, kali terakhir jamming bersama ketika persediaan FB Livestream tahun lepas (sessi yang ini tidak dikira jamming). Juga sudah lama tidak mengunjungi di King's Studio, kali terakhir ketika sebelum pandemik.

Sessi ini juga sempat mencuba satu lagu cover baharu untuk dimainkan kelak, standard MUP agak susah untuk mencuba lagu cover baharu, apatah lagi lagu baharu ciptaan sendiri disebabkan line-up yang tidak stabil. Aku dan Nuing sebenarnya ada beberapa lagu dicipta untuk MUP atau Hepi;) tapi belum dipraktikkan.

Aku merekrut Methodman sebagai gitaris kedua, manakala aku menggalas tugas sebagai bassist untuk sessi ini. Methodman menggunakan Dinky JS32 DKA birunya, manakala Nuing menggunakan RG370AHMZ. Aku juga mengambil kesempatan untuk memandu-uji gitar baharu aku iaitu Dinky.

Akan ada satu lagi sessi jamming sebelum hari kejadian, harapnya ketika itu keserasian MUP sudah kembali.

_____
AADI: Perlu mencari bassist tetap.

Sekitar King's Garage Open Gig


Gig bersempena pembukaan semula King's Jamming Studio selepas dua tahun pandemik dan mengembalikan kemeriahan acara gig lebih-lebih lagi selepas kenaikan semula scene rockapak yang dicetuskan oleh konsert Search Rooftop.

Lokasi kejadian ialah garasi di bawah King's Studio yang dahulunya merupakan bengkel servis air-con kereta yang kini kosong kerana telah berpindah ke tempat lain. Dahulu area ini agak lengang, tetapi selepas pembukaan Bintulu Boulevard di seberang beberapa tahun lepas, kini ia kembali meriah.

MUP hampir-hampir tidak dapat menyertai gig ini kerana sebelah pagi hari kejadian Bob Kandar kurang sihat, pening dan mual (vertigo?) kerana kurang tidur semalaman menjaga ibunya. Tapi bila acara ditunda daripada pukul 2.00 petang kepada pukul 5.00 petang atas masalah-masalah spesifik, Bob Kandar sudah cukup rehat untuk meneruskan urusan harian.

Selain langsung tiada masa untuk rehearsal, isu line-up juga sedikit sebanyak menurunkan mood penyertaan - ditanya Azrol tiada respon, diajak Gary Designation Jazz (kini bekerja di Bintulu) katanya masih malu untuk perform live, diajak Methodman ok tapi tiba-tiba terpaksa balik Kuching kerana urusan kelurga sehari sebelum hari kejadian. Mujurlah Herman Akmal menyahut seruan pada saat-saat akhir sebagai bassist, maka aku bertukar posisi semula menjadi vokalis/gitar sebelum ini vokalis/bass.

Selain terpaksa berlatih semula untuk main gitar (selebihnya muscle memory), juga menjadi cabaran untuk aku menyanyikan setlist "playsafe" empat lagu pada talaan E-standard (sebelum ini Eb-standard) bagi memberi peluang untuk Nuing menggunakan gitar baharunya Ibanez RG370AHMZ yang ditala, diintonasi E-standard dan telahpun dipasang dengan set Seymour Duncan Black Winter beberapa bulan lepas.


Soundcheck terus main... biasalah, MUP.

Serius, bila dah biasa main talaan Eb-standard, sesekali main E-standard terasa seperti tiada perbezaan, semua note lagu masih dapat aku tarik. Seperti biasa sindrom selepas gig (sakit ulu hati) masih ada tapi taklah sesakit FB live bulan Disember lepas.

Juga mengeluarkan So-Cal dari pertapaan, yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dalam axology aku bulan September nanti. Menggunakan multi-fx MG-30 terus ke effects return amp studio KG100HFX.

Sessi petang berakhir sekitar 6.40 petang, melebihi masa curfew aku 6.30 petang. Sempatlah bersosial semasa persembahan band kedua Reunite (cover band Nirvana) bersama rakan-rakan sepermetalan dan rockers Bintulu yang hadir termasuk Adi Herman.

Sessi sebelah kedua bermula 7.00 malam, aku hanya layan melalui FB Live King's Studio.

Post-mortem:

  1. Kena tambah setlist "playsafe" jika ada line-up tetap.
  2. Perlu buka footswitch toppers pada MG-30 untuk mengelakkan tertekan dua suis kaki sekaligus - terjadi semasa solo 2 Minutes To Midnight (rujuk video, sekitar @20:37).
  3. Nuing, elakkan pakai selipar semasa persembahan, kah kah kah...

_____
AADI: Kalaulah cukup masa untuk praktis dan rehearsal.

Dilema Gig Impromptu


Hari ini dijadualkan ada gig anjuran King's Studio sekitar pukul 2.00 petang. Atas kekangan masa, dan bertukar-tukar line-up, tiada sessi jamming praktis atau rehearsal dijalankan, akan cuba membuat persembahan secara impromptu dengan setlist "playsafe".

Biasanya dilema untuk situasi begini ialah equipment apa yang ingin dibawa ketika hari kejadian, terutamanya bila tiada sessi rehearsal untuk mencuba setting. Aku dah prektis main bass, kini terpaksa prektis sekali lagi lagu yang sama dengan gitar pula bila line-up bertukar-tukar...

Dengar khabar, acara pula ditunda daripada pukul 2.00 petang kepada 5.00 petang, ah sudah~

[Edited 09:05 pm] Live feed daripada Facebook King's Studio.


Soundcheck terus main... biasalah, MUP.

_____
AADI: Gig pertama untuk 2022.

Sessi Jamming Sekorok (Part 2)


Sabtu (19/10/2019) - Sessi jamming impromptu, diajak oleh Nas Korawk untuk menggantikan sessi yang dibatalkan minggu lepas. Seperti biasa, King's Studio menjadi pilihan, tetapi kali ini hanya kami bertiga sahaja memeriahkannya.

Sekorok dua korok.
Sebenarnya sessi ini lebih kepada platform untuk mencuba gitar baru dan suka-suki lepas gian berbanding sessi jamming yang serius, setlist pun bercelaru.


Nuing ingin mencuba gitar barunya RG370AHMZ dengan kemasan blue moon burst. Katanya dah lama cemburu tengok aku dan Azrul main gitar ber-whammy. Dan masih lagi setia dengan Ibanez.


Apa yang menarik pada RG370AHMZ ini ialah badan kayu ash dan whammy Ibanez Edge-Zero II dengan Zero Point System (ZPS3Fe) yang tegap dan mudah dilaras. Spesefikasi selebihnya standard RG.

Aku pula ingin mencuba Darth Sven (EC-257) yang kini bernadi Sentient/Nazgul. Dengan setup ringkas kali ini *Cry Baby dan LT-Dual terus ke clean channel amp Kustom KG100HFX.


Walaupun sudah praktis di rumah untuk lagu-lagu playsafe menggunakan setting 7-string, tetapi bila dalam keadaan posisi perang, jari-jari mula celaru kerana sudah biasa chordings dengan tali low-E sebagai sauh (anchor) tanpa melihat fretboard (muscle memory), tiba-tiba kini ia menjadi low-B.


Dan dalam kecelaruan dan suka-suki, sempat juga mendapat ilham riff untuk lagu baru semasa noodling ala nu-metal dengan tali low-B, dirakam oleh Nuing untuk rujukan jika ia ingin dijadikan riff utama lagu baru MUP kelak.

_____
AADI: *Dah berani sikit-sikit solo guna wah.

MUP Full Force 2019


Sabtu (20/7/2019) - Sessi jamming yang menyaksikan MUP kembali beraksi secara full force (5-piece) kerana disertai oleh kedua-dua Nas Korawk (yang telah ponteng beberapa sessi) dan Azrul. Jarang dapat peluang jamming 5-piece begini, lebih-lebih lagi dengan Azrul yang kebelakangan ini aktif touring bersama-sama Larrong.


Sessi jamming di King's Studio, studio yang hype di Bintulu mutakhir ini kerana sewa yang murah dengan equipment yang berbaloi seperti Z-Studio suatu ketika dahulu. Sessi ini sebagai persediaan untuk Isolated Gig Vol. 2 yang dijadualkan pada Ahad ini (28/7/2019).

MT-2 studio tu suatu ketika aku yang punya, hehehe...
Azrul menggalas gitar "baru"nya iaitu modified M-103FM (ex-Mirage) manakala Nuing masih setia dengan RG331M. Selain amp gitar dan bass yang overpower (Kustom KG, Fender Rumble), set drum studio ini juga agak mantap (aku lupa brand apa) Bob Kandar hanya perlu membawa double-pedal.

Korawk guna bass studio.
Oleh kerana studio ini hanya memilik dua amp gitar, untuk gitaris ketiga seperti aku ada beberapa opsyen; 1) kongsi input dengan amp lain, 2) terus ke PA system via DI atau 3) bawa amp sendiri. Aku memilih opsyen ketiga. Kebetulan aku baru memperolehi sebuah amp 12" beberapa hari sebelumnya, Laney LX65R Extreme (akan dibuat entri berasingan).


Oh ya, aku menggunakan So-Cal untuk sessi kali ini, alang-alang sebelum ditukar tali baru pada sebelah malamnya. Untuk gig kelak aku bercadang menggunakan Sarge (JS32 King V), tetapi dengan kehangatan Legacy Of The Beast Tour 2019 baru-baru ini, teringin pula nak bergaya ala Adrian Smith kah kah kah...


Akan ada sekali lagi sessi jamming sebelum hari kejadian, mungkin full rehearsal. Setlist yang dipersetujui:
  1. Intro - CSIT
  2. Pentagram Di Atas Pusara (original MUP)
  3. Kabus
  4. Tears Of The Dragon
  5. 2 Minutes To Midnight
  6. The Trooper (encore)
_____
AADI: Harap vokal aku sihat sampai hujung minggu.

Wordless Wednesday: Bila Bassist Ponteng






_____
AADI: Persediaan untuk gig akan datang.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger