Showing posts with label x-11. Show all posts
Showing posts with label x-11. Show all posts

Pimp Your X-11


Dihubungi oleh Azrul yang ingin menghantar Cort X-11-nya untuk diservis dan dimodifikasi. Sebagai persediaan untuk "projek besar" bulan Oktober-November nanti, iaitu menjadi gitaris gantian untuk sebuah band metal terkenal dari Sibu/Mukah yang bakal membuat persembahan di KL dan Penang.


Untuk tugasan yang digalas, Azrul perlukan gitar bertremolo untuk dive-bomb, sebab itu KIKOSP tidak digunakan. Beberapa bulan ini Azrul agak sibuk dengan side-project dan jelajah gig, sebab itu tidak dapat berkomitmen dengan MUP sehingga hujung tahun. Akupun masih lagi *cuti paternity, jaga anak-anak.


Bridge katanya sebelum ini pernah dipasang dengan Ibanez Edge III daripada GRG270 dan dimodifikasi secara "jury-rig". Kemudian dipasang semula dengan tremolo Cort asal dengan tambahan saddle eBay untuk menggantikan saddle yang rosak.


Begitu juga dengan kaviti spring tremolo di belakang, tidak terlepas daripada modifikasi "jury-rig". Pendawaian masih lagi seperti yang pernah diservis empat tahun lepas. Untuk projek kali ini, segala isi perut akan diganti.


Membuka hardware dan elektronik asal memang mencabar, terutamanya skru yang sudah berkarat teruk yang tidak dapat lagi dibuka menggunakan kaedah biasa.


Untuk projek modifikasi kali ini, Azrul ingin menjadikan X-11 ini kepada humbucker tunggal. Seymour Duncan SH-8B Invader yang ada dalam stok peribadi dipilih menjadi nadi utama, amat bersesuaian dengan genre band pada perenggan pertama tadi.


Kaviti pikap neck dan mid ditutup menggunakan dempul (putty) dan diratakan selepas kering. Kemudiannya dilekatkan dengan sticker kereta bercorak carbon fibre sehingga ke belakang bridge untuk menutup celaan "juri-rig" pada perenggan ketiga tadi.


Dipasang dengan tali gitar jenama Dean Markley Signature Series LTHB (10-52) dan ditala pada talaan Eb-standard. Untuk menyeimbangi saiz 10-52 pada talaan Eb, spring tremolo tambahan perlu dipasang.


Pendawaian Invader yang ringkas ikut citarasa Azrul, hanya volume pot sahaja diperlukan, tak perlu opsyen series-parallel mahupun tombol tone. Output jack pun ditukar.


Aku pernah menjadikan Mirage aku berkonfigurasi humbucker tunggal begini beberapa kali (L-500XL, Super 3), tapi belum bersedia untuk menutup kaviti pikap SS secara kekal.


*Atas sebab-sebab cuti paternity, projek ini mengambil masa 4-5 hari untuk disiapkan. Terpaksa dibuat secara berperingkat, sehari curi-curi masa 1-2 jam. Yang pasti, projek ini berjaya disiapkan sebelum dateline 15 September yang mana Azrul akan mula menggunakan X-11 ini untuk sessi latihan. Semoga berjaya.

_____
AADI: Teringin nak jamming.

Sekitar Gig Raya Warung Deli


Gig Raya anjuran bersama Warung Deli dan Vaie Voice Entertainment berlangsung Jumaat lepas 7/7/2017 di halaman asmara Warung Deli, Jalan Kampung Baru, Bintulu.


Dikhabarkan ada tujuh buah kumpulan yang beraksi malam tersebut, tapi aku cuma ingat enam sahaja (atau mungkin cuma enam kumpulan, aku pun lupa) - Jepak Buskers, Natas, Metuk Ulau Project, NV Unity, Pemuzika BAWARIS dan Pro-X Band.

"Gig's"
Acara bermula pukul 8.30 malam diterajui sendiri oleh tauke Warung Deli, Bro Bakeri merangkap vokalis Natas dan Hamka vokalis NV Unity. Selepas cabutan undi giliran, persembahan pun bermula sekitar 9.00 malam. Seperti biasa bab "souncheck 101" masih ramai yang gagal.

Jepak Buskers
Dengan tema Hari Raya, setiap kumpulan mempersembahan tiga buah lagu dengan sekurang-kurangnya satu lagu raya. Persembahan pertama daripada Jepak Buskers dengan vokalis duet yang menarik perhatian, terutama vokalis wanitanya.

Natas
Natas menggegarkan ruang udara Kampung Baru dengan bass letop-letop Bro Awie dan alunan keytar Din Glamour yang terlebih mix berbanding kedua-dua gitar yang tenggelam.


Ya, Azrol double-duty malam tersebut bersama Natas (Schecter Demon 7FR, standard) dan seterusnya MUP (Cort X-11, Eb). Kelihatan kelibat Azroy Hammett di belakang sana. MUP beraksi selepas Natas, tapi disebabkan tuan blog yang terlalu bias, cerita MUP akan ditulis eksklusif di perenggan bawah nanti, kah kah kah...

NV Unity
Kumpulan keempat beraksi ialah NV Unity (NV = New Village = Kampung Baru). Dua daripada tiga gitar yang aku servis semasa bulan puasa lepas ada beraksi pada malam itu; Poplar Tele dan Purple Strat.

Pemuzika BAWARIS
Persembahan kelima adalah daripada Pemuzika BAWARIS yang juga disertai oleh Saudara Murad aka Barangkali Marus (seruling) dan Bro Adam (gitar).


Bro Adam dengan gitar baru aku tak pasti apa model, tapi ala Tele Thinline Acoustic. Dan melalui pemprosesan Zoom A2.

Kumpulan keenam ialah Pro-X Band, waktu ni dah dekat tengah malam, akupun dah mengantuk dah balik, jadi tak ada lagi mood untuk merayau-rayau tangkap gambar - harap maaf.

Ok, masa untuk perenggan yang lebih bias kepada MUP. Rasanya ini persembahan awam MUP pertama untuk 2017 semenjak BOTB Sebauh. Tidak seperti kumpulan lain yang rata-rata menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu raya dalam setlist mereka, MUP hanya memainkan satu lagu raya, satu lagu cover dan satu lagu sendiri.


Dua daripada tiga lagu dinyanyikan oleh Adi Herman, lagu pertama Like A Stone cover Audioslave. Adi merupakan peminat tegar Chris Cornell, jadi lagu ini dinyanyikan sebagai tribute kepada mendiang.


Untuk lagu kedua, kami rasa ini merupakan venue yang sesuai untuk debut lagu ciptaan MUP sendiri bertajuk Pentagram Di Atas Pusara bersempena dengan buku antologi cerpen nukilan Adi Herman dengan tajuk yang sama. Checkout the Soundcloud clip below.



Dirakam terus menggunakan Zoom H1, dan diedit dengan perisian Audacity. Lirik oleh Adi Herman (merangkap vokalis untuk lagu ini), senang-senang saja dia buat lirik, dah empat tahun lagu ni tanpa lirik. Manakala muzik gubahan aku dan Azrol sejak 2013 lagi. Pernah dimainkan secara instrumental semasa Gig YOLO 2013 dengan tajuk Project Madness.


Dan cerita pasal lagu raya, lagu yang kami pilih ialah lagi playsafe Sepasang Kurung Biru, tetapi di-MUP-kan, lebih pantas, lebih metal, yang langsung tak ada ampun maaf hari raya, dengan tajuk parodi Sepasang Mengkarung Biru.

Post-mortem Gig Raya untuk MUP:
  1. Kalau tahu dari awal, lebih baik main dua lagu raya, yang di-MUP-kan, kah kah kah...
  2. Kurang masa praktis.
  3. Sususan muzik lagu Sepasang Mengkarung Biru mungkin akan dijadikan lagu MUP.
  4. PA system yang agak overkill berbanding skala venue.
  5. Tapi bab soundcheck, MUP paling pantas.

Harap maaf, hampir semua gambar kurang berkualiti diambil menggunakan telefon pintar murahan aku Zenfon Go 45. Kecuali gambar yang ada tag "HermanNVU" yang dikongsikan oleh Herman gitaris NV Unity (bukan Adi Herman).

_____
AADI: Korawk?

Sessi Traimming Jepak Mini Gig


Minggu lepas tak jadi jamming, diganti dengan minggu ni (semalam)...

Sessi traimming (training + jamming) pertama MUP untuk persiapan Jepak Mini Gig yang dijadualkan pada 1 Mei nanti. Mencari kembali keserasian yang dah lama ke laut, itu yang penting sebelum menetapkan setlist.

Imej cilok Facebook Bob Kandar.
Ya, bila ada tiga gitaris, kebarangkalian satu atau beberapa bunyi gitar tak "cut through the mix" (potong-melalui-campuran?) adalah tinggi. Nampaknya latihan pertama ialah mempelajari semula kaedah untuk membuang ego masing-masing dan membahagikan EQ supaya semua bunyi gitar dapat didengar dengan jelas ala Oktoberfest 2012.

_____
Ada apa: Korawk juga dibuli supaya berlatih solo...

MUP Full Force 2016


Sessi jamming Ahad lepas menyaksikan Metuk Ulau Project kembali beraksi secara full force (5-piece) kerana disertai oleh kedua-dua Nas Korawk dan Adi Herman. Jarang dah dapat peluang jamming 5-piece begini.


Korawk bersama Eclipse (EC-256) yang baru saja dipasang dengan tali baru Curt Mangan. Amp yang digunakan ialah Peavey Studio Pro 112 klasik, di"berat"kan dengan Digitech Death Metal dan Beta-Aivin DD-2.


Did I mentioned Adi Herman? Ya, dengan adanya Adi semasa sessi kali ni, maka lengkaplah MUP full force. Adi menggunakan bass rig aku SR300 dan MS-60B terus ke PA system melalui DI S-direct.


Sessi disokong oleh PA system milik Bob Kandar yang juga merupakan pengusaha khidmat sewaan PA system dan karaoke (Hepi Sound & Entertainment).


Azrol kali ni tanpa amp, hanya menggunakan G7.1ut disambung terus ke PA system. Membawa dua buah gitar X-11 dan GRG270. Kedua-duanya mengalami masalah pada akhir sessi - X-11 putus tali, input jack GRG270 pula bermasalah.


Rig aku pula seringkas mungkin, hanya menggunakan M-103FM terus ke Vypyr 30 tanpa perlu efek luaran. Patches yang disimpan dalam amp (based on 6505 and JSX modeling) dikawal menggunakan suis kaki Sanpera I.

Secara spontan lagu-lagu cover nostalgik seperti Wasted Years, Fear Of The Dark, Coming Home dan Tears Of The Dragon dimainkan semula. Serius, dah lama tak main lagu-lagu ni, ada yang aku dah lupa lirik.

Sessi kali ni sebenarnya adalah sessi pengenalan dan warm-up untuk projek yang bakal berlangsung bulan Mei nanti. Sempat juga berlatih satu lagu cover baru Speed Of Light, woohoo!~

*Imej cilok daripada Facebook Bob Kandar.

_____
Ada apa: Nanti bila dah kembali serasi, boleh down-tuned guna Eb, biasalah faktor usia...

Malam Aspirasi Seni 2016, Gig Pertama 2016 Metuk Ulau Project


Metuk Ulau Project bersama-sama beberapa lagi kugiran tempatan dijemput secara "bidan terjun" untuk membuat persembahan bersempena Malam Aspirasi Seni 2016 pada hujung minggu lepas (27-28/2/2016). Acara ini merupakan anjuran Badan Warisan Sejarah Dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bintulu dan beberapa penganjur lain.


Persembahan pentas (rock) dikelolai oleh geng-geng Bintulu Rockers Re-Union yang hampir kesemuanya merupakan ahli BAWARIS, diadakan pada pagi Ahad 28/2/2016.

Agak kelam kabut kerana diberi notis pendek dan aku pula baru balik dari Melaka beberapa hari sebelumnya. Hanya sempat berlatih dalam dua sessi dengan sedikit perubahan line-up seperti gig YOLO 2013, Korawk menjadi frontman, manakala aku menggalas tugas pemain bass bersenjatakan Tommy dan GFX-708.


Disebabkan kurang keyakinan, Korawk hanya fokus kepada vokal dan tidak bermain gitar. Dan disebabkan faktor yang sama makin menjadi-jadi, setlist pada mulanya empat lagu akhirnya menjadi dua (The Trooper, Kabus), dan kedua-duanya masih memerlukan helaian lirik. Berlakulah beberapa insiden yang epik, contohnya gambar di atas.


Kerana hanya seorang gitaris, Azrol menggunakan kedua-dua amp Marshall MG100DFX + 4x10 dan Stinger + 4x12 (nampak macam Smarvo).

Kualiti bunyi atas pentas sama seperti persembahan semasa Bintulu Bike Week 2013 kerana menggunakan peralatan dan khidmat kompeni FOH yang sama. Monitor speaker hanya diletakkan di sebelah drummer dan di depan pentas (untuk vokalis). Manakala pemain gitar dan bass terkial-kial mencari posisi optimum untuk mendengar kesemua mix.

Post-mortem:
  1. Frontman perlu lebih bersedia dan berkeyakinan tinggi.
  2. Perlu ada lagu "crowd-friendly" dalam setlist.
_____
Ada apa: Kuasa veto diperlukan selepas ini.

Sessi Jamming 4-Piece Hepi;)


Sessi jamming pertama untuk 2016 berlangsung Ahad lepas, ada sedikit kelainan kerana Hepi;) kini adalah band 4-piece!

Seperti biasa, apa-apa barangan terbaru akan dicuba seoptimumnya semasa sessi jamming. Kali ini ingin mencuba Rocktron Tri-Wah, Blackstar LT-Dual dan EMG 81/SA (Marshall EH-1 tak bawa).

Delay Beta-Aivin kepunyaan si Korawk.
Sementara menunggu bandmates lain datang, berpeluang untuk membandingkan LT-Dual dengan SC-2. Ternyata kedua-duanya mempunyai bunyi yang lebih kurang sama (emulasi bunyi HT-5RH), cuma LT-Dual ni lebih tebal (bassy) manakala SC-2 lebih hi-fi, mungkin kerana SC-2 mempunyai dua EQ berasingan (bass/treble) manakala LT-Dual cuma ada tone dan ISF.


Keputusannya, aku memilih SC-2 sebagai distortion utama aku berbanding LT-Dual kerana:
  1. Kedudukan dan jarak kedua-dua butang pada LT-Dual menyebabkan ia agak sukar untuk dipijak terutama jika dipasang pada Pedaltrain.
  2. LT-Dual merupakan hadiah daripada Bro Sub, tak sampai hati nak tengok pedal ni dapat battle scars nanti, hehehe.
  3. SC-2 true bypass, sebenarnya aku tak berkira sangat pasal true bypass ni.
Stacked Peaveys.
Untuk penggunaan efek luaran, aku memilih clean Brit modelling (Vox AC) pada Vypyr 30, bypass effects, flat-EQs. Studio Pro 112 (Korawk punya) akan digunakan oleh gitaris ketiga. Ah? Gitaris ketiga?

Ibanez, LTD dan Cort.
Ya gitaris ketiga, kali ni Hepi;) disertai oleh Azroy Hammett, bersenjatakan Ibanez JEM7V (replica) dan Vox StompLab 1G. Bagi mereka yang mengikut AADI sejak 2009 pastinya pernah baca entri-entri jamming bersama Azroy.

Throwback, entri 2009, si baju hijau masih slim :)
Gandingan Azroy dan Azrol (Double A?) ni memang gila-gila dan kelam-kabut. Tapi kalau dapat kawal kedua-duanya, serius, memang serasi dan harmonik (layan lagu-lagu Lefthanded). Sebab itu aku putus asa beralih main bass dan membiarkan kedua-dua mereka ber-duel.

Aku tak pasti dapat atau tidak tarik Azroy ni masuk MUP. Tapi kalau setakat Hepi;) tiada masalah sebab Azroy merupakan gitaris asal Hepi;)

Permulaan yang baik untuk 2016.

_____
Ada apa: Hujung minggu ni sambung lagi...

Sessi Jamming Amp Baru


Bila ada perkakasan (equipment) baru, biasanya akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming Hepi;) makeshift studio. Sessi terkini diadakan pada petang Ahad beberapa minggu lepas (6/12/2015) adalah untuk memandu-uji dua buah amp yang baru diperolehi iaitu Peavey Vypyr 30 dan Ibanez Sound Wave SW35.


Peavey Vypyr 30

Kelebihan
  1. Bunyinya terlalu kuat untuk amp 30 Watt, boleh menyaingi amp Peavey Studio Pro 112 (60 Watt) kepunyaan si Korawk. Untuk sessi jamming Hepi;) master volume tak sampai separuh pun dah terlalu kuat. Agaknya di kilang Peavey mereka salah pasang power amp 75 Watt pada Vypyr 30 aku ni kot?
  2. Modeling untuk amp Peavey sendiri (6505, XXX, JSX, Classic) memang ohsem berbanding modeling amp jenama/model lain. Senang-senang saja dapat tona gitar lagu Strife (Trivium) guna modeling 6505.
Butang bank/presets yang kecil.
Kelemahan
  1. Bunyinya terlalu kuat tapi kurang headroom. Mungkin boleh bereksperimentasi mencari kombinasi optimum antara tombol EQ, post-gain dan master volume untuk mendapatkan bunyi yang kuat dan jelas (loud and clear).
  2. Butang bank/channel terlalu kecil, susah untuk menukar channel secara pantas. Perlukan footswitch Sanpera berasingan untuk fungsi sebegini.
Ibanez Sound Wave SW35

Kelebihan
  1. Tombol-tombol yang tegap, tidak seperti tombol-tombol pada Vypyr 30.
  2. Posisi condong (slanted, kickback) sesuai dijadikan sebagai monitor amp.
  3. Bunyi yang mantap.

Kelemahan
  1. Amp bass 35 Watt memang tidak mencukupi untuk sessi jamming Hepi;), sekurang-kurangnya 50 Watt seperti Orange CR50BXT yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu. Kecuali disokong oleh FOH/PA system melalui LINE OUT untuk bunyi yang lebih mendebarkan dada.
  2. Walaupun memiliki efek dalaman (compressor, distortion, envelope filter), tapi semuanya ala kadar sahaja. Lebih sesuai menggunakan efek luaran (pedal/stompbox) jika ada.
  3. Berat, lebih berat daripada Vypyr 30.

[Selingan] Ibanez GRG270 biru kini telah menjadi milik Azrol. Antara Cort X-11 dan GRG270 aku tak pasti yang mana satu telah ditala pada talaan D-standard.

Konklusi?
  1. Daripada membelanjakan RM4xx untuk footswitch Sanpera I, adalah lebih ekonomik jika aku menggunakan efek luaran yang aku ada (stompboxes, Pod HD300) pada clean channel modeling Classic.
  2. Kalau ada orang nak Sound Wave 35 ni, aku jual... Hahahaha! GLTL untuk amp bass lebih besar atau class-D power amp.
Eksperimen sebagai kabinet 112 untuk HT-5RH masih belum dapat dijalankan kerana kekurangan alat ganti (untuk modifikasi).

_____
Ada apa: Hujung minggu ni mungkin ada lagi sessi jamming Hepi;)

Sessi Jamming Master Of Kapit (Part 2)


Diadakan pada Sabtu lepas (7/11/2015) yang juga dikenali sebagai sessi jamming "SPT, Cola dan dot dot dot". Disertai oleh Sang Korawk, sebagai percubaan vokal+gitar untuk projek Stage Of The Beast yang dirancang pada Januari 2016.

Nampak bergaya dengan Eclipse.
Master Of Kapit, walaupun dah berapa kali diberi peluang, tapi masih tak hafal lirik? Sedih... Lain kali print (atau tulis) lirik.


Tiada bassist (Adi Herman berniaga di BCBS), hanya 3-amigos MUP berbingit-bingitan dengan distorsi tak tentu hala.


Bila ada studio (makeshift) sendiri, boleh jamming tak ingat dunia. Main setengah jam, rehat rokok-rokok (aku seorang saja yang tak merokok), minum-minum kola 15-20 minit, repeat...


My rig, kali ni guna Mirage, M104 sebagai front-end booster, manakala pedal-pedal Boss dalam effects-loop.


Nak bagi mantop bunyi bass (sebab tak ada bassist), sambung emulated output HT-5RH terus ke active subwoofer Tecnik yang "tersadai" dalam studio selain V110NT sebagai kabinet utama (load). Peavey Studio Pro 112 di belakang tu pula amp utama Sang Korawk.


Sang Korawk bersungguh-sungguh menyanyikan lagu Paling Comel (Bola-Bola Api). Post-mortem; (1) Mulai sessi kali ni, secara rasminya lagu Seruan (Lefthanded) masuk dalam playlist MUP. (2) Perlu praktis beberapa lagu sedih/mendayu sebagai buffer lagu-lagu thrash yang bingit.

_____
Ada apa: Selamat berDeepavali. Sarawak tak cuti 1Malaysia.

Sessi Jamming Master Of Kapit


Sabtu 10/10/2015 - Sessi jamming yang agak impromptu, kes kesian dengan si Korawk yang selalu tak kena masa (bad timing) bila diajak jamming. Lokasi? Hepi;) makeshift studio (HMS). Rasanya kali terakhir Korawk ikut jamming hampir setahun yang lepas.


Sessi kali ni menjadi platform untuk Korawk mencuba rig terbarunya iaitu LTD EC-256 (eh?), Digitech Death Metal (eh?) dan Peavey Studio 112.


Juga sebagai sessi persediaan untuk rombakan line-up, selepas ini Korawk akan menggalas tugas sebagai vokalis untuk lagu-lagu cover Meta-licak (Master Of Kapit, Keruping Death). Adi Herman tidak dapat turut serta kerana kekangan masa, jadi sessi kali ni tiada pemain bass.


Drumset Bob Kandar yang telah diperkukuhkan dengan sedikit modifikasi, lepas ini mungkin akan berubah warna dan kulit.


Akupun tidak terkecuali untuk memandu-uji Korina yang telah dipasang dengan set EMG 81/60 beberapa hari sebelumnya. Hanya menggunakan Pod HD300 yang disambung terus ke PA system.


Azrul seperti biasa dengan rig yang optimum, his trusty Cort X-11, Zoom G7.1ut dan Vox VT40+ (tiada dalam gambar).

Serius, bukan senang nak vokal sambil main gitar, lagi-lagi kalau tak hafal lirik. Inilah situasi yang dihadapi oleh Korawk. Hahaha... Bro, lain kali bawalah lirik, tak ada masalah baca lirik semasa jamming. Lainlah kalau baca lirik semasa gig, yang itu memang epik! Mungkin boleh diperhalusi pada sessi yang akan datang.

_____
Ada apa: Tak dapat jamming lama-lama, "curfew" aku dah diawalkan kepada pukul 5.00 petang.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger