Showing posts with label maiden tribute. Show all posts
Showing posts with label maiden tribute. Show all posts

Nicko Pencen


Keputusan yang bijak untuk Nicko McBrain mengundurkan diri daripada dunia konsert demi kesihatan. Awal tahun ini pun katanya pernah menghidap strok seperti dilaporkan dalam video YouTube ini.

Imej website rasmi Iron Maiden.

Dan bijak juga untuk Iron Maiden mengumumkannya ketika penghujung tour The Future Past di Brazil yang sememangnya zon peminat Maiden paling fanatik untuk sambutan yang paling epik (tengok gambar di atas). Kalau diumumkan di Eropah atau Asia, mungkin ia tak semeriah Brazil atau Amerika Selatan amnya.

Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan, pada umur 70an masih aktif berkonsert menjelajah dunia bukanlah sesuatu yang semua orang boleh lakukan. Nicko aktif dalam Iron Maiden pun sudah 42 tahun, hampir seusia aku.

Namun katanya Nicko akan tetap aktif bersama Iron Maiden di belakang tabir. Terima kasih Michael Henry McBrain, signature bunyi hi-hat berdesup pasti akan dirindui...

_____
AADI: Siapa pengganti untuk tour Run For Your Lives?

No More The Beast


Baru saja malam tadi aku layan dokumentari The History Of Iron Maiden - Part 1: The Early Days di YouTube (aku pernah ada versi DVD-JS), pagi tadi pula terbaca dua feed dalam Facebook yang agak menyedihkan...


Aku pernah terbaca artikel lupa di mana [edited] ok jumpa, Metal Injection beberapa minggu lepas yang Di'Anno akan buat konsert farewell atas faktor kesihatan.

"Former Iron Maiden vocalist Paul Di'Anno will play his farewell club shows throughout the remainder of this year. Starting in 2025, Di'Anno will only play selected festival shows and at larger selected shows in theaters due to accessibility around being in a wheelchair after knee surgery."

- Metal Injection 16/09/2024.

Aku kenal Maiden bukanlah pada era Di'Anno dan kedua-dua album bersama Di'Anno; Iron Maiden dan Killers hanyalah pelengkap koleksi, tiada apa-apa memori berkaitan.

Tapi lagu-lagu seperti Prowler, Remember Tomorrow, Running Free, Purgatory dan Wrathchild tetap menjadi lagu Maiden era Di'Anno yang aku suka... Kalau tak silap MUP pernah cover lagu Running Free.

Terima kasih Paul Andrews kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Iron Maiden.

_____
AADI: Teringin nak cover Prowler dan Purgatory.

Sedekad AMOLAD


Baru teringat album ni pun dah 10 tahun (Wiki kata 28/8/2006), dah boleh dikira instant classic. Ia merupakan album Iron Maiden pertama yang aku beli dalam format CD audio (sebenarnya kedua selepas album ARLO/ARDO yang dibeli pada hari yang sama).


Bagi aku setiap album Iron Maiden baik studio atau live memang unik, kerana pasti ada kenangan dan cerita di sebalik setiap album. AMOLAD ni mengembalikan memori tahun pertama aku bermastautin di Bintulu dan kali pertama ke Miri (dibeli pada 14/10/2006 di Imperial Mall, Miri).

Versi limited edition pula dibeli kerana inginkan DVD bonus yang memiliki dokumentari berkaitan AMOLAD. Apa yang pelik dan unik (mungkin kebetulan) nikmat mendengar lagu-lagu dalam album ni sama seperti mendengar album X Factor.

_____
Ada apa: Agaknya Iron Maiden boleh beraksi sedekad lagi?

Scream For Me, Singapore? (Part 7)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #27]

Iklan sudah ada, dengan hype "The most devastating live show of force on earth!"... Kepada geng-geng bloggers (dan secret group kat Facebook) yang dah beli tiket konsert, tiket flight (yang dari Borneo la), buat passport (atau renew/upgrade macam aku), urus penginapan dan pending Borneo troops t-shirt project - are you ready?

Misi tambahan untuk 2011:

  • Misi 5 - Binocular. Nak cari teropong yang murah (atleast 3x zoom), biasalah aku beli tiket cikai duk jauh, time Murray/Smith/Gers solo nak juga teropong (walaupun kebarangkalian ada skrin besar).
  • Misi 6 - T-shirt Iron Maiden. Serius! Aku tadak t-shirt Iron Maiden or any rock band t-shirt(s) in general. Tapi memandangkan secret group kat Facebook dah rancang nak buat Borneo troops t-shirt (kira t-shirt rombongan Cik Kiah la ni) sudah kira lagi bagus, design dah ada dan memang ngam dengan tema ke"Borneo"annya. Apa-apapun lepas Krismas aku balik Sabah, nanti nak cari t-shirt kat Goblinz.

Kepada mereka yang banyak membantu secara langsung atau tidak, terutamanya Deaf-Angel untuk info pasal Bandar Singa dan Takilala yang tolong ambilkan tiket SISTIC di Compas Coaches, diucapkan ribuan terima kasih. We gonna make it~

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Geng-geng bloggers yang dah confirmed pi konsert, sila tinggalkan mesej di ruangan komen.

Scream For Me, Singapore? (Part 6)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #26]

Pagi tadi aku menerima sampul pos ekspres dari Kajang, yup dari Takilala yang kini sedang "bercuti sekolah" di kampung mertua.

Disebabkan tajuk entri ni memang ada kaitan dengan Iron Maiden, pastinya sampul ni berisi tiket konsert Iron Maiden Singapore, tak payah nak agak-agak lagi.

Kenapa sampul ni besar? Sebab di dalamnya mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mewakilkan orang lain menuntut tiket bagi pihak aku. Dalam emel Sistic bukan main lagi suruh bawa itu ini kalau wakilkan orang lain, in the end satu apa pun tak guna selain transaction code.

Jadi, satu lagi misi berjaya diselesaikan. Maka misi-misi utama untuk tahun 2010 berjaya diselesaikan lebih awal daripada jangkaan.

  • Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!
  • Misi 2 - Upgrade passport. Mission accomplished!
  • Misi 3 - Tempah tiket Air-Asia. Mission accomplished!
  • Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd. Mission accomplished!

Beberapa misi tambahan bakal ditambah untuk 2011. Oke, let's get straight to the point. Here it is...

Tiket paling cikai je.

Btw, kalau tak silap Takilala ambil tiket kat Compas Coaches, Berjaya Times Square sampai 13 tiket sekaligus! Mostly tiket-tiket Pen A dari geng-geng Manggas dan rakan-rakan Metal dari Sabah, yang kini sedang sibuk merancang tentatif perjalanan untuk "hari Valentine 2011" kelak.

[Edited @ 10.30 pm] Imej link dari Facebook Takilala.

Info tambahan, ni antara link geng-geng bloggers yang dah buat entri riak tiket Maidenwi:

KORawk, sila tuntut tiket anda bila berada di area Bintulu town.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Takpe, cikai pun cikailah... Itu saja yang aku mampu.

Scream For Me, Singapore? (Part 5)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #25]

Semalam Khamis 11/11/2010 aku pi Imigresen Bintulu (tak jauh pun, belakang area opis aku saja), nak upgrade Passport Malaysia Terhad ke Negara Brunei Darussalam (passport Brunei) aku kepada Passport Malaysia Antarabangsa (passport antarabangsa).

Pegawai Imigresen tu kata aku tak perlu upgrade passport (no such thing as upgrading passport term), kira aku cuma apply passport antarabangsa baru saja (versi RM100, valid dua tahun) macam apply passport untuk *ehem-ehem* untuk balik raya hari tu.

Btw, passport Brunei masih boleh pakai. Jadi akan datang kalau aku tour de Brunei aku boleh guna sama ada passport Brunei atau passport antarabangsa (guna satu sahaja, tak payah menyusahkan guna dua-dua). Lagipun passport Brunei aku masih sah sehingga Ogos tahun depan.

Tiga passport yang aku ada, [1] Dokumen Perjalanan Terhad (biru muda) untuk tinggal dan keluar/masuk Sarawak, [2] Passport Malaysia Terhad ke Negara Brunei Darussalam (biru tua) untuk tour de Brunei dan [3] Passport Malaysia Antarabangsa (merah) yang boleh digunakan di mana-mana negara di dunia ni kecuali Israel.

  • Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!
  • Misi 2 - Upgrade passport. Mission accomplished!
  • Misi 3 - Tempah tiket Air-Asia. Mission accomplished!
  • Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd.

Esok atau hari Isnin nanti nak poslaju dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menuntut tiket-tiket konsert Iron Maiden di bawah nama aku (termasuk tiket KORawk dan Jairo) kepada Takilala, yang bakal bercuti semester (sekolah) balik Kajang. Bro, pi tuntut kat Compass Coaches la senang sebab kat Berjaya Times Square.

Bulan depan pula bakal sibuk dengan aktiviti hujung tahun Kelab Sukan dan Rekreasi dan cuti balik kampung. Kebetulan bulan ni tak berapa sibuk dan baru lepas gaji, jadi paham-paham sajalah kenapa aku nak selesaikan perkara (kalau boleh semuanya) yang berkaitan dengan Iron Maiden Singapore dalam bulan ni.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Bro Sub, what other document(s) do we need to enter Singapore?

Scream For Me, Singapore? (Part 4)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #24]

Masih lagi dengan entri viral Iron Maiden Singapore (sekurang-kurangnya bukan filler entry). Jika semalam dapat menyelesaikan misi mendapatkan tiket konsert, petang tadi pula satu lagi misi berjaya diselesaikan - tempah tiket Air-Asia. Nak terbang punya pasal, "terbang" jugak RM3xx dibuatnya...

Mula-mula plan nak naik flight KCH-SIN, tapi masalah nak pi Kuching... Kalau drive dari Bintulu dah buang masa 10-15 jam, kalau naik flight BTU-KCH kena ambil sehari sebelumnya sebab flight BTU-KCH berselisih dengan flight KCH-SIN. Lagipun mesti flight KCH-SIN akan penuh (harga mahal) sebab aku jangkakan ramai Maiden fans dari Sarawak akan naik flight ni.

Kepada KORawk, sila rujuk imej di atas
untuk menempah tiket Air-Asia anda kelak.

Jadi, untuk tidak membuang masa aku pilih flight BTU-KUL kemudian selang tiga jam ambil flight KUL-SIN. Boleh jugak melepak beberapa jam kat LCCT sambil dating makan McD dengan awek ground staff Air-Asia. Kat Singapore nanti dah plan nak berkumpul dengan geng Takilala and Manggas serombongan dari Kota Kinabalu, diorang plan naik flight BKI-SIN pada hari yang sama.

  • Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!
  • Misi 2 - Upgrade passport.
  • Misi 3 - Tempah tiket Air-Asia. Mission accomplished!
  • Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd.

Setakat ni geng-geng bloggers lain yang dah confirmed pi konsert - Abang Ben, Deaf-Angel, Berteromber, Eddie Dewanaga, Takilala dan KORawk. Dengar-dengar tauke DEG pun ada hati nak pi, tapi tak pasti la pula sebab tarikh konsert dekat-dekat CNY. Aku masih belum mendapat feedback daripada Jairo sama ada dia berpeluang join rombongan Takilala and Manggas, atau grounded dan bakal frust menonggeng. [Edited @ 4.50 pm] Akhirnya Jairo berjaya menempah tiket pagi tadi, walaupun ia hanyalah tiket cikai (yang sama area dengan aku dan Berteromber), yang penting kita berMaiden sama-sama.

See you there... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Kalau Bro Sub pun turun pi konsert kan bagus...

Scream For Me, Singapore? (Part 3)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #23]

Malam tadi sementara menunggu tarikh bertukar menjadi 9/11/2010, sempat jugak google macam mana suasana dalaman Singapore Indoor Stadium, saja nak pastikan kedudukan yang bakal aku tempah dapat view yang menarik dan berpatutan dengan harga tiket.

Oke, tak payahlah nak kempenkan tiket Pen A kat aku, terus-terang aku cakap aku tak mampu. Kena pikir pasal nak upgrade passport lagi, tempah tiket Air-Asia lagi, penginapan lagi, itu semua duit. Aku peruntukkan bajet dalam RM1.5k sahaja untuk konsert ni. Kalau aku tadak projek mega, memang aku dah join korang-korang yang dah tempah tiket Pen A.

Imej link dari blog notes from the lion city.

Imej link dari blog Regentville Tennis Singapore.

Imej link dari website Tomorrow.sg

Kalau tengok gambar dan bandingkan dengan layout tiket Sistic, boleh tahan jugak luasnya. Kalau sapa-sapa ada DVD Flight 666, aku rasa ada persamaan macam waktu show kat Monterrey, Mexico (lagu Wasted Years).

_____

Oh btw, aku merapu-rapu ni lupa nak bagitau... Tiket sudah ditempah (tapi tiket yang cikai je). Walaupun terpaksa berhempas pulas hampir 40 minit untuk dapatkan line, tepat 12.00 tengah malam line Sistic memang sibuk. Dah plan dengan Berteromber nak ambil area B15 tapi akhirnya cuma dapat area T09. Takpe, asalkan berjiran dan berMAIDEN, hahaha!

Afraid to screenshot the stranger...

  • Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!
  • Misi 2 - Upgrade passport.
  • Misi 3 - Tempah tiker Air-Asia.
  • Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd. Berjaya Times Square (ejen yang ni saja senang nak pi + no credit card fees or surcharges) kalau aku tak dapat pi, nak kirim kat Takilala.

Oke, dah boleh tidur dengan nyenyak. Kepada bloggers Metal yang lain, jumpa anda di sana! Aku rasa bagus kita buat gathering sebelum/selepas konsert.

KORawk, aku dah beli dua tiket. Esok dah boleh siap-siap kemas barang, jangan lupa bawa tebaloi Mukah.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Mulai esok, kena pasang CD album The Final Frontier, AMOLAD dan Dance Of Death dalam Imago aku.

Scream For Me, Singapore? (Part 2)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #22]

Website Sistic dah mula letak banner konsert Iron Maiden mulai hari ni, aku rasa mereka-mereka yang menggunakan pass IMFC pastinya sudah mula (atau sudah dapat) membeli tiket, seperti entri Abang Ben ni.

Screenshot website Sistic, korang nak tengok The Lion King eh?

Setakat tengahari tadi, Pen A (free standing, the best seat = the most expensive) masih available. Mereka yang bukan ahli IMFC tetapi inginkan the best seat pastinya berdebar-debar, takut Pen A atau Pen B sold-out!

Aku? Aku bukannya ahli IMFC, jadi akan mencuba nasib tepat tengah malam nanti bila tarikh dah bertukar menjadi 9/11/2010. Dah plan dengan encik Berteromber seat mana yang akan diambil, yang pastinya kitorang tak target free standing area... Tak larat nak berdiri dan berhimpit-himpit hampir tiga jam (estimated).

KORawk, sila sms/call aku sebelum 12.00 tengah malam ni!

Btw, waktu aku buat entri ni, website Iron Maiden tak dapat nak akses, traffic jam kot? Hahaha... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Maiden, Mydin, Mohaideen...

Scream For Me, Singapore?


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #21]

Hampir semua geng-geng blogger Metal dah heboh pasal konsert Iron Maiden tahun depan, terutamanya konsert kat Singapore Indoor Stadium yang dijadualkan pada 15/2/2011 nanti. Abang Ben dah siap buat proposal dan tentatif perjalanan hahaha...

[Edited @ 3.00 pm] Korek-korek entri lama, baru aku perasan tahun lepas dalam entri berkaitan DVD Flight 666, ada sesuatu yang bakal menjadi kenyataan...

"... ada x promoter yg brani dan sanggup bawa iron maiden dtg malaysia? (or at least singapore)"

- Dari intro entri scream for me, kuala lumpur!

Macam cover majalah National Geographic kan?

Aku? Sebagai peminat Iron Maiden (walaupun tak setegar mana), ini merupakan peluang sekali seumur hidup. Ntah bila lagi dapat peluang macam ni, nak tunggu diorang buat konsert kat KL? Dengan persepsi masyarakat terhadap muzik Black Metal dan dengan keadaan industri muzik Malaysia macam sekarang ni, jangan haraplah!

Aku yang pada mulanya mati akal dan "dalam dilemma" macam Berteromber, disebabkan bulan Februari tahun depan ada *projek mega waktu cuti CNY. Tapi lepas semak tarikh projek dan tarikh konsert... Damn~ WTF? Count me in bros! I'm coming too... Hahaha!

Jadi sebagai persiapan awal, untuk 2010 ni ada dua misi utama...

Misi 1 - Bakal mencuba nasib beli tiket online 9/11/2010 nanti... Harapanku tak setinggi mana, sebab aku target tiket paling cikai terrace corner @ SGD98 sebab itu saja yang aku mampu. Jauh pun jauh lah, yang penting "the Maiden experience" tu priceless... How to get there belakang kira, yang penting dapatkan tiket menjadi priority. Tadi dah bermain SMS dengan KORawk, dia pun berminat nak pi.

Misi 2 - Upgrade passport! Aku memang ada passport, tapi passport aku terhad untuk perjalan ke Negara Brunei Darussalam sahaja (untuk tour de Brunei balik kampung) bukannya passport antarabangsa. Alaaa... Bukannya susah pun apply passport antarabangsa, macam aku ni yang dah ada passport lagi mudah, pejabat Imigresen pun tak jauh dari opis aku.

Gambar hiasan dari entri sebelum balik raya.

FYI, pada sapa-sapa yang nak buat passport antarabangsa, inilah waktu yang sesuai, kenapa? Passport antarabangsa yang valid lima tahun harganya RM300, uih mahal kan? Jangan takut, sebab ada versi ekonomi iaitu yang valid dua tahun, cuma berharga RM100! Ya RM100 sahaja! Dan ia akan siap dalam satu jam! (Hehehe pengalaman buatkan passport untuk *ehem-ehem* sebelum balik raya hari tu). Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Tapi semuanya perancangan, anything could happen, but we can still make plans and preparations right? Usaha tangga kejayaan, di mana ada kemahuan di situ ada HIGHWAY! (kes baru lepas tengok cerita Adnan Sempit)... And Bro Sub, if you are reading this, are you going too? It's your turf :)

Are you excited? Up the Irons! \m/

*Ekspedisi Jelajah Borneo Kelab Sukan Dan Rekreasi
(kena bagitau awal-awal nanti pandai-pandai pulak korang buat andaian).

_____
Ada apa: Btw, Happy Deepavali... Esok aku kerja, sebab Sarawak tak cuti.

Iron Maiden - Self-Titled Debut Album


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #20]

Entri #20 ni cerita pasal album pertama Iron Maiden - self-titled debut album, dengan adanya album ni, koleksi album studio Iron Maiden aku akhirnya lengkap 15 album mutakhir (diulangi album studio sahaja, tak termasuk kompilasi dan album live) dari Iron Maiden sehingga The Final Frontier.

Bungkusan dari UK ni diterima semalam (Khamis 14/10/2010). Bungkusan ni melangkau satu bungkusan eBay yang diorder lebih terdahulu daripadanya, tapi tak apalah... Mungkin bungkusan yang satu lagi tu ditahan kastam lama-lama sikit sebab isinya tiga CD sekaligus.

Ada apa dengan cover art ni? Seperti biasa ini ialah versi remastered.

eBay purchase info

  • Purchased from: basilhenry47
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: £3.80+2.99 (RM33.96) menang bid
  • Ordered: 05/10/2010
  • Received: 14/10/2010
  • Label: (P) 2008 EMI Records Ltd. (C) 2008 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Publisher: EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Walaupun berstatus used, tapi masih baru. Berteromber ada cerita sikit-sikit pasal album ni dalam blognya. Lagu favourite dalam album ni ialah Prowler, Remember Tomorrow, Running Free dan instrumental Transylvania. Lagu Prowler dan Remember Tomorrow mula-mula aku dengar versi cover dalam album A Tribute To The Beast.

Cover art untuk remastered version (kanan) berbeza daripada yang asal (kiri) yang dicetak pada CD, adakah artwork asal Eddie terlalu "comel" sehingga ia perlu diganti dengan versi baru yang lebih horror? Kalau cover art album NPFTD aku paham jugak sebab apa diorang ganti (revised/modified).

The forgotten one... Dennis Stratton,
tak seperti Clive Burr, Paul DiAnno dan Blaze Bayley.

Seperti album Killers, aku tak tau nak cerita apa pasal album ni (selain daripada pelengkap koleksi), memandangkan zaman ni bukanlah zaman aku, tahun 1980 aku baru lahir beb! Jadi tadaklah nostalgic value or stuff like that. Mungkin otai-otai kita lagi banyak cerita pasal album ni.

Anyway, Up The Irons! \m/

_____
Ada apa: Esok ada gangguan bekalan elektrik dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang kat area opis, jadi tak dapat nak jamming :(

Iron Maiden - Somewhere Back In Time


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #19]

Juga diterima pada Isnin 20/9/2010, hari yang sama dengan USB/MIDI cable dan The Man Who Would Not Die. Bungkusan dari UK ni berisi CD album kompilasi Iron Maiden iaitu Somewhere Back In Time - The Best Of: 1980-1989.

Seperti biasa, album-album kompilasi atau live bukanlah priority dalam koleksi Iron Maiden aku, tapi kalau ada peluang memang aku rembat jugak. Bukan selalu dapat peluang beli album-album Iron Maiden ni (dengan harga yang murah), kalau kat Malaysia hanya premis-premis tertentu sahaja yang ada menjual stuff Iron Maiden seperti Speedy Video, Popular CD-Rama, Tower Music, Goblinz KK Plaza to name a few.

Premis yang lain semua hampeh... Paling banyak jual CD cap lanun, MTV karaoke, dan stuff artis Indon. Kalau ada yang ori pun semua jenis stuff yang tadak sapa nak beli - part ni aku rasa Takilala dan Berteromber memang sokong :) sebab diorang pun mengalami masalah yang sama. Melalut la pulak cerita aku ni.

Cover art fusion album Somewhere In Time dan Powerslave.

eBay purchase info

  • Purchased from: mr-g-the-good (seller yang sama untuk Killers)
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: £2.20+2.75 (RM24.83) menang bid
  • Ordered: 27/08/2010
  • Received: 20/09/2010
  • Label: (P) 2008 EMI Records Ltd. (C) 2008 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Publisher: EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Tracklist

  1. Churchill's Speech
  2. Aces High*
  3. 2 Minutes To Midnight
  4. The Trooper
  5. Wasted Years
  6. Children Of The Damned
  7. The Number Of The Beast
  8. Run To The Hills
  9. Phantom Of The Opera*
  10. The Evil That Man Do
  11. Wrathchild*
  12. Can I Play With Madness
  13. Powerslave
  14. Hallowed Be Thy Name
  15. Iron Maiden*

Yang bertanda * merupakan versi live.

Walaupun berstatus used, tapi masih baru. Album kompilasi yang ada kontroversi sebab semua lagu-lagu di dalamnya biased kepada Adrian Smith, The Best Of: 1980-1989 dari album debut sampai album SSOASS sahaja. Kalau tak caya cuba baca entri krenmaut ni.

Takilala ada beli t-shirt dengan grafik futuristic Eddie ni.

Btw, tak lama lagi koleksi album studio Iron Maiden aku akan lengkap... Tinggal debut album saja lagi belum sampai (dah order kat eBay dah).

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Nak kena cari rak yang sesuai la untuk koleksi CD aku...

Iron Maiden - The Final Frontier (Mission Edition)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #18]

Bungkusan poslaju ni aku terima Isnin lepas (27/9/2010), sebenarnya dah sampai hari Sabtu, tapi malas aku nak ambil kat pejabat pos (Sabtu hari untuk berhibernasi), biar diorang hantar pi opis aku.

Oke, masih lagi dalam mood The Final Frontier. Kali ni dengan versi yang agak ntah limited ke tak, iaitu versi dalam tin - Mission Edition (tapi taklah sampai tahap rare macam versi pressing Greece).

Versi ni aku beli daripada seorang gitaris kugiran bawah tanah tersohor di Sabah yang katanya terpaksa dijual atas sebab-sebab kewangan. Dengan harga yang agak premium jugaklah, tapi masih lagi dalam julat purata harga kat eBay. Since it was a collector's item, so wtf?

Deaf_Angel dan Wanwarlock dah ada buat ulasan pasal versi Mission Edition ni kat blog diorang. Jadi rasanya tak payahlah aku nak cerita banyak pasal versi ni memandangkan seal masih belum aku buka.

Still sealed, walaupun ada kemek sikit, postage effect.

Tracklist kat belakang jenis sticker lekat kat tin. Btw, versi Mission Edition aku ni merupakan US Pressing, amat ketara dengan adanya logo FBI Anti-Piracy Warning.

(P)(C) 2010 Iron Maiden LLC under exclusive license to Universal Music Enterprises, a division of UMG Recordings, Inc. Manufactured and distributed in the USA by Sony Music Entertainment. Aik? Lesen dapat kat Universal Music, dicetak dan diedarkan oleh Sony Music pulak? Kalau Malaysian press pulak lesen dapat kat EMI, tapi dicetak, diedar dan dipasarkan oleh Warner Music... Global sungguh!

US pressing Mission Edition version vs Malaysian pressing normal version.

Sampai sekarang aku masih belum sampai hati nak membukanya. Aku rasa biarlah ia dalam keadaan sealed buat masa ni (buat perhiasan), memandangkan aku pun dah ada versi normal yang sekarang melepak kat Imago aku untuk santapan minda ketika memandu pergi dan balik kerja.

Up the Irons! Or in this case, Up the Tins! \m/

_____
Ada apa: Tengah berlatih vokal lagu Coming Home...

Balik Rumah


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #17]

[Filler entry] Browsing YouTube terjumpa video ni, Iron Maiden - Coming Home (cover). Lagu rasmi "balik kampung cuti raya" di kalangan geng-geng bloggers.

E'eh? Tadaklah susah sangat lagu ni kan? Kecuali part solo yang memang aku surrender (mamat dalam video ni pun cuma dapat cover solo Smith, tapi surrender bluesy part solo Murray).

Rasa-rasa kalau cover bassline lagu ni aku boleh tarik vokal sekali kot? Sekurang-kurangnya vokal lagu The Trooper lagi mencabar dari lagu ni... Harap-harap Azroy Hammett dan Bob Kandar tau lagu ni.

_____
Ada apa: Lama dah tak jamming since Bob Kandar berstatus bapa.

Iron Maiden - The Final Frontier


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #16]

Entri ni bukanlah filler entry dan jugak bukannya entri ulasan CD, tapi saja nak berkongsi pengalaman The Final Frontier di kalangan peminat-peminat Iron Maiden yang lain. Seperti biasa aku lebih enjoy dengar audio CD waktu memandu, sebab waktu ni je aku dapat menikmati muzik yang terkandung dalam audio CD, kalau kat rumah aku pasang versi mp3 je.

CD The Final Frontier ni aku beli kat Goblinz, KK Plaza (sanggup meredah traffic jam) sehari sebelum Hari Raya. Selain CD, aku jugak beli patch Dean Guitars (untuk ditampal kat GC-V bag menggantikan logo ESP) dan tiga rock badges - Rusty Blade RR, Nirvana Bleach dan Eddie versi ARDO.

(P)(C) 2010 Iron Maiden LLP under exclusive license to EMI Records Ltd. Versi yang aku beli ni merupakan Malaysian press - Manufactured, marketed and distributed in Malaysia under exclusive license to Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

Seperti yang aku nyatakan dalam entri yang lepas, kalau nak baca review, boleh pi ronda-ronda reviews otai-otai kita ni:

"We come in peace" (alien pose cliché) - satu-satunya gambar band mates dalam inlay album ni, tak seperti album-album sebelumnya, dalam album ni cuma tunjuk silhouettes je dan pastinya peminat tegar Maiden dah tau who's who...

Dan usaha aku menahan diri untuk tidak menyedut mp3 dan mendengar album ni sebelum memiliki audio CD memang berbaloi. Mengikut pengalaman aku sewaktu album AMOLAD dulu, audio CD yang dibeli jarang dipasang sebab sudah ada versi mp3 yang disedut beberapa bulan sebelumnya. Jadi, nikmat mendengar audio CD dah hilang dikacau oleh mp3. Dua lagu yang menarik perhatian aku dalam album ni ialah Coming Home dan When The Wild Wind Blows.

_____

Coming Home - Seperti yang diulas dalam krenmaut, lagu ni memang emosional sungguh. Tapi bila aku dengar berkali-kali terasa macam bukan lagu Iron Maiden (kecuali part solo Murray dan Smith), ia seolah-olah sebuah lagu dari album solo Abang Bruce, sebab bunyi trademark "ketung-ketung" bass Steve Harris dalam lagu ni macam tak berapa ketara, bunyi bass memang soft.

Dan part solo, memang tidak dapat dinafikan solo pertama merupakan solo Dave Murray, sebab trademark lenggok bunyi ala-ala Blues with addition a bit of chorus effect (or phaser?). Kemudian disahut dengan solo Metal trademark Smith yang agak kasar dan bingit (San Dimas la kot?).

When The Wild Wind Blows - Aku mula terbayang macam mana kalau diorang buat video clip untuk lagu ni (atau dah ada ke?). Bila masuk part sebelum line "He sees the picture on the wall, it's falling down, upside down..." aku terbayang macam ending filem Terminator 3: Rise Of The Machines, waktu semua nuke silo melancarkan semua nuke ICBM randomly. Kemudian waktu solo aku dapat bayangkan Maiden axemen sedang "menggoreng" dalam suasana nuclear holocaust with mushroom clouds, wild wind (duh) and fallout effects... Fuh, what a sight! Selalu kalau aku dengar lagu ni waktu memandu, lepas habis satu round 10:59 mesti aku akan replay lagi sekali, kes tak puas hati hahaha...

Dah la... Tak reti aku nak ulas panjang-panjang. Dan bagi peminat-peminat Iron Maiden yang lain, sila dapatkan media (kaset, CD, LP) yang original. Kata peminat tegar, tapi kalau cuma ada versi mp3 apa kelas?

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Mission Edition coming soon...

Ada Apa Dengan The Final Frontier? (Part 2)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #15]
ironinya dengan nombor 15

Setelah penantian hampir sebulan (kat Bintulu memang tak jual), akhirnya Khamis lepas (9/9/2010) aku berjaya mendapatkan album terbaru Iron Maiden iaitu The Final Frontier. Beli kat Goblinz KK Plaza, dengan harga RM40.00 (harga asal RM40.80) tu yang best beli kat Goblinz boleh dapat diskaun walaupun cuma RM0.80, kalau kat Speedy Video RM40.90 tapi fixed price.

Ni yang jual kat Speedy Video 1Borneo @ RM40.90

Seperti biasa versi yang aku beli (ori) merupakan versi Malaysian press under WEA labels (bukan EMI). Reviews? Baca je reviews otai-otai kita:

Dorang lagi otai dan hebat bab-bab mengulas album Iron Maiden ni...

Cuma aku turut berdukacita dengan nasib Encik Berteromber yang masih belum berpeluang memilikinya. Sabar bro, kalau dah order kat eBay mesti lagi grand kan?

Merapu The Final Frontier versi Ada Apa Dengan Ijau? mungkin akan menyusul selepas cuti raya. Buat masa ni aku enjoy lagu Coming Home (ada iras-iras lagu Bruce Dickinson solo kan?) dan When The Wild Wind Blows (yang ni lepas habis aku replay lagi sekali hehehe).

Finally... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Petang ni nak bawa *ehem-ehem* beraya pi rumah terbuka Jairo.

Iron Maiden - Killers


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #14]

Tatkala orang lain sedang sibuk dengan album baru Iron Maiden The Final Frontier yang dah ada kat pasaran Malaysia (tak caya, pi baca entri blog Abang Ben ni), aku pulak baru terima bungkusan dari UK berisi CD Iron Maiden, album studio kedua iaitu Killers (Wiki). Yup aku tau, eBay lagi...

Dua album terawal (era Paul Di'Anno) sebenarnya bukanlah priority dalam koleksi Iron Maiden aku, disebabkan aku mengenali Iron Maiden ketika era Abang Bruce (Dickinson) circa Fear Of The Dark. Tapi, sebagai pelengkap koleksi... Well, who cares about old school Maiden? It's still Maiden. [Edited] April lepas Berteromber ada buat entri pasal album ni versi 2-disc.

eBay purchase info

  • Purchased from: mr-g-the-good
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £4.25+2.75 (RM35.10) menang bid
  • Ordered: 23/07/2010
  • Received: 20/08/2010
  • Label: (P) 1981, 1998 EMI Records Ltd. (C) 1998 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Publisher: EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Walaupun berstatus used, tapi CD ni memang nampak 98% new! Everything's perfect - no cracks on jewel case and no scratches on CD. It's a 1998 enhanced CD remastered version seperti kebanyakkan CD Iron Maiden aku yang lain. Padahal mula-mula aku joybid je CD ni dengan harga di bawah retail price untuk EMI Malaysia press (kebiasaannya RM39.90), tup-tup menang la pulak dengan harga RM35.10.

Tracklist? Aku tak berapa familiar dengan lagu-lagu dalam album ni (kecuali lagu Wrathchild yang selalu dinyanyikan oleh Abang Bruce waktu konsert). Beberapa lagu dalam album ni aku dengar versi cover terlebih dahulu daripada versi asal, seperti The Ides Of March dan Purgatory oleh Steel Prophet dari album A Tribute To The Beast.

Hehehe... Aku suka seluar belang-belang Harris.

Tak lupa jugak dengan lagu 'kontroversi' Prodigal Son, waktu aku mula-mula dengar part solo lagu ni dulu memang aku terkejut... Debunga Wangi beb!~ Hahaha... Bab ni tak payahlah aku nak terangkan, peminat tegar Maiden dan Lefthanded pastinya dah tau.

Dengan adanya album Killers ni, maka koleksi album studio Iron Maiden aku (diulangi, album studio sahaja) tinggal dua saja lagi - iaitu self-titled album Iron Maiden dan latest album The Final Frontier.

Tak sabar nak beli The Final Frontier... Aku sanggup tak sedut mp3, semata-mata tanak spoil listening pleasure macam AMOLAD dulu...

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Killers was released in 1981 - gila aku baru setahun jagung ni...

Iron Maiden - Powerslave


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #13]

Entri Maiden Tribute countdown to The Final Frontier diteruskan lagi kali ni dengan album studio kelima Powerslave, macam biasa versi remastered enhanced CD (pressing 1998), yang aku beli CD kat Goblinz, KK Plaza bersama-sama The Best Of Mercyful Fate awal Julai yang lepas.

Cover art Powerslave versi remastered ni dah kabur ntah berapa kali copy-scan-print (sama maca kes cover art Fear Of The Dark). Aku pernah baca entri blog pasal cover art album ni, tapi aku lupa kat blog sapa, cerita pasal "hidden art" macam cover art album Somewhere In Time.

Dalam album ni ada beberapa lagu epic antaranya Aces High, 2 Minutes To Midnight, Powerslave dan Rime Of The Ancient Mariner (whopping 13:36!). Percaya atau tidak, lagu Powerslave aku dengar versi cover oleh Darkane dari album kompilasi A Tribute To The Beast dahulu daripada versi asal Iron Maiden.

Stuff yang aku beli dari Goblinz awal Julai lepas.
Ada patch Wings? Hehehe... Sapa tak suka Wings?

Baru lepas dengar lagu When The Wild Wind Blows kat Youtube selepas dapat link dari deaf_angel kat entri blognya. Pejam celik pejam celik, rupanya esok (16/8/2010) release date The Final Frontier (memang dah bulatkan kat kalendar Rainlendar dekstop aku). Rasa macam tak sabar pun ada, perasaan yang sama waktu menunggu album Flight 666 tahun lepas.

Kita tengok sapa di kalangan bloggers yang akan terdahulu review album ni nanti, hehehe... Warning, kebarangkalian viral The Final Frontier bakal melanda!

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Nanti cuti raya baru aku cari CD The Final Frontier kat Speedy Video KK...

Iron Maiden - Piece Of Mind


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #12]

Marathon Maiden Tribute countdown to The Final Frontier diteruskan lagi kali ni dengan album studio keempat Piece Of Mind, versi remastered enhanced CD (pressing 1998), aku beli CD ni hari D-Day yang lepas bersama-sama CD Warriors Of The World (versi Asialink) kat Goblinz KK Plaza.

Kali ni Eddie jadi orang gila dengan straight jacket locked inside a nut house.

Nyum nyum...

1983: January - Clive Burr departs. In comes the infamous Nicko McBrain (life in Maiden is never the same again)...

- Piece Note, taken from the first page of the inlay.

Dave Murray dengan custom '57 Stratocaster (H-S-H pickup) yang kini telah dijadikan Dave Murray Signature Series oleh Fender (check-out here). Daripada gambar jugak nampak Gibson Les Paul Goldtop dan dua buah Ibanez Destroyer (pastinya dimiliki oleh Adrian Smith).

Adrian Smith (aka H) dengan Gibson SG, sapa-sapa ada tengok (atau memiliki) DVD Flight 666 pastinya perasan H masih menggunakan gitar ni dalam konsert tersebut dengan tambahan sticker peace kat bawah bridge.

Oke, bagi aku album Piece Of Mind ni merupakan antara album Maiden yang epic superb (seperti album Somewhere In Time dan Brave New World) sebab dalam album ni ada satu lagu hits yang sampai bila-bila akan menjadi trademark Maiden dan mana-mana band yang suka cover lagu Maiden (Hepi ;) tak terkecuali) at one point pastinya akan cover lagu ni, pastinya...

Into the Valley of Death, rode the six hundred. Cannon to the right of them, cannon to the left of them, cannon in front of them. Volley'd and thunder'd: - The Trooper!

Uhuk video clip yang klasik gitu~ Aku suka baju Murray.

Selain itu aku jugak suka lagu Where Eagles Dare (aku ada DVD filem ni, Clint Eastwood rocks!), Revelations (dulu aku tak suka lagu ni, tapi lepas tengok diorang main dalam Flight 666 best la pulak), Flight Of Icarus, Die With Your Boots On, Quest For Fire dan To Tame A Land (Warcraft III: Reign Of Chaos Orc's mission anyone?).

What say you? Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: The smell of acrid smoke and horses breast... Erk? Horses breast?

Iron Maiden - The Number Of The Beast


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #11]

A quick entry - Setelah "dikritik pedas" oleh Abang Ben dan berteromber pasal entri Nassier Wahab semalam (hehehe, apa la korang), hari ni kita kembali Metal \m/ dengan album studio ketiga Iron Maiden yang jugak merupakan album pertama Maiden debut bersama Abang Bruce!

Versi remastered enhanced CD (pressing 1998) beli kat Goblinz KK Plaza 1/6/2009. Seperti yang aku merapu dalam mini-entry ni, album ni tadak apa-apa nostalgic value, sekadar pelengkap koleksi aku walaupun ada beberapa lagu dalam album ni mempunyai memori tersendiri, tapi lagu tu semua aku dengar waktu dalam album kompilasi Best Of The Beast.

Lagu favourite - Children Of The Damned, The Prisoner, 22 Acacia Avenue, Run To The Hills dan lagu epik Hallowed Be Thy Name. Lagu The Number Of The Beast aku tak berapa minat. Seingat aku Dream Theater ada album bootleg cover the whole song in this album, aku ada mp3nya dulu tapi ntah kat mana dah aku save.

H guna Ibanez Destroyer!

Ooo... Rupanya model Destroyer dah lama wujud (macam model Iceman jugaklah ni), just recently Ibanez re-issued Destroyer model with slight modification on bridge and pickups. Dalam Iron Maiden yang aku perhatikan, cuma Adrian Smith yang banyak model-model gitar selain strat (check out the list here) berbanding Dave Murray yang banyak guna strat.

Apa komen otai-otai di luar sana?

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Sekali aku jatuh cinta... Eh? Salah entry

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger