Showing posts with label lawas. Show all posts
Showing posts with label lawas. Show all posts

Throwback Thursday: February Stars (Part 3)


Juga menjadi bulan yang kurang entri seperti tahun lepas, cuma ada tujuh entri termasuk entri ini.

9/2/2024 - Memang sudah merancang untuk balik Membakut sekeluarga cuti seminggu melalui jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) bersempena CNY dan cuti sekolah. Lagipun ingin melawat ibu yang kesihatannya mula merosot sejak bulan Ogos tahun lepas.

Singgah Lawas, rehat dan makan.

Tiba di kampung rumah kakakku (mak Aizuddin Madani) sekitar 7.30 malam dan amat tak sangka ibu kini dalam fasa tenat. Sejak bulan September tahun lepas keluar-masuk wad hospital Beaufort, Kuala Penyu dan Queen Elizabeth atas pelbagai komplikasi kesihatan.

11/2/2024 - Dipendekkan cerita, ibu menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.40 petang dan pengurusaan jenazah dijalankan keesokkan paginya 12/2/2024, genap setahun selepas pemergian ayah. Bak kata abang sulungku, cinta orang dulu-dulu berjanji sehidup semati. Memang aku perasan sejak pemergian ayah, ibu sudah tidak sesihat dan seceria sebelumnya.

14/2/2024 - Baru ada peluang menukar sebiji tayar Silvia aku yang menjadi mangsa jalan Pa(i)n Borneo semasa perjalanan lima hari lepas. Memang sudah ada perancangan untuk menukar kedua-dua tayar hadapan yang sudah berkhidmat empat tahun selepas balik cuti. Tak sangka pula terpaksa ditukar awal. Maka terkoreklah dana-dana kecemasan dirampas dari tabung perhobian.

15/2/2023 - Sudah tidak membuat entri ulang tahun berteriak di Singapura selepas entri tahun ke-11, sudah boleh move-on seperti tahun lepas.

Dalam perjalanan balik dari Taman Firdaus (tanah perkuburan), sempat singgah di sini untuk mengambil gambar sekolah rendahku SK Pengiran Jaya (1986-1991) yang kini sudah jauh berbeza berbanding era aku dahulu. Katanya pemenang sekolah rendah tercantik daerah Membakut.

Bangga juga kerana aku produk sekolah ini. Cuma mural "Wawasan 2020" yang aku lukis dan cat bersama-sama rakan dan guru besar ketika itu (1991) sudah tiada.

Selamat tinggal Februari...

_____
AADI: Aku ada beberapa orang rakan yang lahir pada 29 Februari.

The Quadrupleness Of Long Distance Driver (Final Part?)


Isnin (11/06/2018) - Meneruskan perjalanan trans-Borneo balik ke Membakut untuk cuti raya selepas bermalam di Miri hari sebelumnya. Perjalanan jauh bersama anak-anak (dan ibu mengandung) perlu banyak berhenti.

Gambar hiasan - CIQS Mengkalap, Lawas.
Mungkin kurang atau tiada langsung entri dalam seminggu ini dengan alasan sibuk, kecuali entri yang terjadual (scheduled entry) yang telahpun disiapkan beberapa hari lepas.

Kepada geng-geng bloggers (yang makin nipis), pengikut setia dan pembaca senyap (silent reader) blog AADI, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (tersinggung sebab baca AADI?).

_____
AADI: Mungkin kali terakhir berempat, insya-Allah lepas ni berlima.

February Stars (Part 2)


Memulakan hari pertama Februari dengan meneruskan perjalanan ke Membakut setelah bermalam di Pekan Lawas. Dah lama tak singgah Pekan Lawas, kali terakhir tahun 2011.

Tidak seperti pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) sebelum ini, faktor keluarga dan usia membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhenti bermalam di Pekan Lawas setelah memandu sehari suntuk dari Bintulu.

Jambatan baru Lawas (kiri), jambatan lama (kanan).
Akan menghabiskan masa beberapa hari bercuti di Membakut sambil menilai kerosakan pasca banjir di kampung aku minggu lepas.

Lain cerita, pejam celik rupanya dah lapan tahun aku menjadi pengguna blogspot (dan enam tahun berAADI) pada 15 Januari lepas, lupa nak buat entri seperti tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun 2015 mungkin akan kurangkan kekerapan entri kepada 3-4 entri seminggu, juga disebabkan faktor keluarga dan usia...

_____
Ada apa: Dah setahun aku tak memandu trans-Borneo.

Sepetang Di Lawas


Sabtu (27/8/2011) - Meneruskan perjalanan trans-Borneo untuk balik kampung bercuti raya seawal 6.00 pagi dari bandaraya Miri. Klik label tour de Brunei untuk entri-entri berkaitan trans-Borneo yang lain.

Sebelum ni aku tak pernah dan tak berpeluang untuk singgah di Bandar Lawas (bandar yang terletak paling utara Sarawak, tak jauh dari sempadan Sabah). Disebabkan laluan trans-Borneo tidak melalui Bandar Lawas, cuma melepasi simpang menuju ke arah Bandar Lawas sebelum melalui bangunan Majlis Daerah Lawas.

Banyak arca kerbau di Bandar Lawas ni.

Memandangkan masih awal (dalam pukul 1.00 petang) kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap di Bandar Lawas, saja nak ronda-ronda manalah tau dapat snap gambar dan idea nak buat entri blog (yang sedang anda baca ni).

Seperti kebanyakkan bandar-bandar lain di Sarawak, Lawas juga mempunyai waterfront tersendiri mengadap Sungai Lawas.

Berhenti sekejap di depan Hotel Seri Malaysia Lawas (yang baru dirasmikan Februari lepas), betul-betul berhadapan dengan Lawas Waterfront. Juga terdapat arca kerbau di depan hotel.

Senibina yang agak moden untuk tandas awam di Lawas Waterfront ni, tapi malangnya ia tidak dapat digunakan sebab berkunci.

Pemandangan menuju ke hulu Sungai Lawas.

Pemandangan menuju ke hilir Sungai Lawas.

Harap maaf aku tak sempat snap gambar-gambar yang lebih terperinci. Mungkin dalam cameraphone Mrs. Ijau ada gambar-gambar yang lebih menarik. Kalau ada, aku akan letak dalam entri ni kemudian atau buat entri lain.

Disebabkan tiada apa-apa yang menarik, kami hanya singgah di Bandar Lawas ni dalam 15 minit sahaja. Kami meneruskan semula perjalanan trans-Borneo menuju ke Merapok (Sempadan Sabah/Sarawak).

[Diari Ramadhan 1432H entri #20]

_____
Ada apa: Sebenarnya aku nak mencari durian di Lawas...

the loneliness of the long distance driver (part 4)


part 4 - trusan, mengkalap, lawas & merapok

xbrapa jauh drp pos imigresen labu (brunei) kita akan jumpa kompleks imigresen dan kastam m'sia (aku xpasti apa nama) dah 100% siap tp blm beroperasi lg. mmg nmpk cantik mcm imigresen kat tedungan (limbang) klu kompleks ni dah beroperasi xpyhla nnti2 nak singgah kat mengkalap (nnti aku cerita kat perenggan2 seterusnya) utk cop passport

bbrp km drp border, kita akan smpi ke sg. trusan (utk menaiki feri) xmcm sg. pandaruan kat limbang, sg. trusan ni kira lbh lebar dan arusnya kadang2 deras jugak. feri kat sini mahal sket RM10 skali naik. projek membina jmbtn melintasi sungai ni dlm proses, dan aku rasa dah 40-50% siap, so next time xpyh la nak q-up tggu turn naik feri (klu jmbtn ni siap dorg cas tol RM10 pun aku xkisah, jimat masa)

selesai menyeberangi sungai, xbrapa jauh kita akan nmpk blok rmh kedai di sblh kiri. kat sini terletaknya pos imigresen mengkalap, trusan (trusan daerah kecik, lawas daerah besarnya) dan bbrp blok drp imigresen ada pos kastam. bila pos imigresen kat border tu siap (perenggan atas tadi) pos yg ni dah xpakai dah

kat sini klu musim durian mmg byk berlonggok2 dorg jual... org kata durian lawas sedap, aku pun pnh beli tp sama je mcm durian2 lain. berdekatan blok kedai ni ada gerai2 mkn, gerai2 menjual brgn hasil tempatan (beras bario?) dan brg2 kraftangan spt terendak/seraung, nyiru, bakul dll dgn hrga yg jauh lbh murah drp yg kat kedai2 kraftangan nun (siap bleh tawar menawar lg tu)

klu rasa2 xtahan nak melepas, kat blkg ada tandas awam dgn byrn 30sen per entry, tp kat dlmnya hampeh wlupun blh kira bersih tp berbau... dorg cuci pakai air je kot? xpakai chemical apa2, but wtf klu dah nak melepas tu there's no options left. lps dah cop passport, melepas, stockpile brg2 mkn minum, kraftangan or whatever... kita teruskan perjalanan ke arah bandar lawas. lupa nak mention, kat sbrg jln tu ada dewan masyarakat trusan

lbh kurg 30km drp mengkalap kita akan smpi ke persimpangan menuju bandar lawas. kita xmelalui bandar lawas, cuma akan melintasi simpangnya shj. bangunan ni (pic kat bwh) mula2 waktu belum siap aku konfius, design mmg mcm ciri2 bangunan MOSTI (kementerian sains, teknologi & inovasi) tp xtau jbtn apa punya? mula2 aku ingat jbtn meteorologi (kajicuaca la) then maybe hospital, tp apsal kecik sgt? last2 ujung thn lps baru naik sign "majlis daerah lawas" pergh~

antara iconic daerah lawas ni ialah jmbtn sg. lawas (pic kurg memuaskan sbb snap cpt2), klu tgk kat bwh area sungai mmg cantik, sungai yg jenis berbatu dan cetek, maklumlah kita berada di kwsn ulu sungai... teruskan perjalanan menuju merapok (border sabah-sarawak) spt biasa aku akan snap pic bukit batu kapur ni, nmpk mcm best

setibanya di merapok, kat sini ada 2 pos imigresen yg bersebelahan iaitu merapok, sarawak dan sindumin, sabah (bertanda E dlm peta)

so jgn lupa cop passport (atau dokumen lain) kat dua2 pos... jgn terlepas plak. slps pos ni, aku teruskan perjalan menuju pekan sipitang dan seterusnya beaufort

to be continued...

_____
p/s: tggl 1 part je lagi... mcm dah malas aku nak teruskan

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger