Showing posts with label skull strings. Show all posts
Showing posts with label skull strings. Show all posts

Skull Goldie


Setelah hampir 10 bulan menggunakan NYXL1046, abang long Goldie dibelanja dengan set tali baru Skull Strings DD1052 yang diperolehi daripada Brado Guitars dalam entri ini. NYXL tadi pun sebenarnya masih belum karat (dengan penjagaan optimum) dan aku jamin boleh bertahan sehingga setahun.


DD1052 ini memiliki kombinasi saiz yang agak pelik iaitu 10/13/17/26/36/52, berbanding 10-52 jenama lain yang biasanya 10/13/17/30/42/52. Seolah-olah seperti kombinasi set tali 10-46 biasa tetapi saiz 46 diganti dengan 52. Amat sesuai untuk talaan drop-D (atau drop-C# jika perlu). Bolehlah cuba-cuba main lagu Foo Fighters.


Satu perkara yang agak unik (atau pelik) untuk tali jenama Skull Strings ini ialah kesemua tali berlilit (wound strings, EAD) memiliki lilitan yang semakin longgar/jarang pada tiga inci terakhir. Menurut Brado Guitars (pengedar rasmi Skull Strings di Malaysia) ia bukanlah kecacatan produksi tetapi merupakan "identiti" Skull String. Mungkin untuk menjimatkan beberapa milimeter dawai pelilit per tali kot? Sebelum ini aku tak perasan pun.


Jika anda pengguna Floyd Rose (dan sewaktu dengannya), tali jenama ini perlu dipasang secara normal dengan memotong area ball-end dan bukannya secara songsang seperti yang biasa aku buat. Jika tidak, perkara seperti entri YusTech ini pasti akan menghantui anda. Sepatutnya ada amaran atau didokumentasikan dengan jelas pada label produk.


Juga kembali memasang Planet Waves auto-trim tuning machine PWAT-331L. Seperti entri tahun lepas, mekanisma penguncinya juga masih gagal mengepit tali high-E dengan ketat. Jadi ia ketiga-tiga tali halus (GBE) dililit sekali dua seperti tuning machine konvensional. Yang hairannya versi PWAT-6R3 ok pula.


Selalu lupa nak cerita pasal inlay fretboard Goldie ini setiap kali buat entri restring therapy. Jika diperhatikan, inlay fret ke-15 agak berbeza berbanding inlay fret-fret lain. Nampak seperti material plastik berbanding pearloid. Akupun hanya perasan selepas tiga tahun (2014) memilikinya. Adakah ia kesilapan semasa produksi ataupun disengajakan dan hanya unik untuk gitar aku ini sahaja? [ikon pegang dagu]

_____
AADI: Kena teropong entri lama DEG.

Ada Sesuatu Dari Brado Guitars (Part 2)


Selepas perolehan Eclipse beberapa minggu lepas, dihubungi semula oleh Brado Guitars (Mr. Jon) yang ingin mempromosikan tali gitar jenama Skull Strings. Aku memberitahu yang aku mempunyai pengalaman menghampakan sebelum ini (rujuk entri ini dan ini).

Tidak lagi berkotak (yang satu tu sticker je).
Selepas membaca entri tersebut, pihak Brado menghantar seunit set DD 10-52 sebagai gantian untuk set berkarat tersebut atas rasa tanggung jawab, mutual respect dan promosi, walaupun telah dua tahun berlalu. Katanya "nobody deserved a bad experience with Skull Strings", kebetulan batch dalam entri tersebut merupakan produk edaran Brado Guitars - pengedar rasmi di Malaysia. Terima kasih diucapkan.

Oh ya, pihak Brado juga ada terbaca entri YusTech berkaitan jenama ini. Katanya untuk pengguna Floyd Rose, adalah *mandatori untuk Skull Strings dipasang secara normal (potong ball-end) dan bukannya songsang, berdasarkan beberapa insiden yang pernah dilaporkan kepada mereka (dan telah digantikan).

_____
AADI: *Sepatutnya didokumentasikan dengan jelas pada label produk.

Skull Korina


Sebelum karatnya melarat (karat-larat, it rhymes) ada baiknya tali gitar Skull Strings ini dipasang pada gitar. Kali ini Korina menjadi calon kerana talinya belum pernah ditukar sejak Ogos tahun lepas.


Saiz 10-52 ini agak sesuai untuk gitar berskala 24.75" berbanding 25.5" yang lebih sesuai dengan saiz 10-46. Kebelakangan ini saiz 9-42 sudah tidak sesuai untuk talaan yang biasa dimainkan (Eb standard) terasa lembut menggelebeh, ataupun adakah jari-jemariku yang sudah kuat?


Getah rambut? Ia merupakan "FretWarps" DIY berfungsi sebagai string dampener (peredam tali?), juga ada pada Johnny seperti dalam entri ini. Mungkin akan dapatkan seunit FretWraps Gruv Gear supaya nampak lebih trendy dan hipster, kah kah kah...

_____
AADI: Ada lagi seunit, harap tidak berkarat semasa dalam simpanan.

DiMarzio, Jim Dunlop, Tengkorak Dan Gapnap


Setelah "bermastautin" lebih dua tahun di perantauan, kini Gapnap kembali. Walaupun sudah tidak lagi bersama Music Master Studio, kini bergerak solo secara part-time/freelance. Welcome back Gap!


Selain melepaskan barangan stok lama pada harga penghabisan stok, Gapnap juga menawarkan barangan stok baru (mostly accessories) pada harga pengenalan yang pasti membuatkan pelanggan lama (seperti aku) tersenyum.


DiMarzio Evolution neck DP158FW F-spaced dengan bobbin putih ini merupakan pembelian utama untuk batch kali ini. Walaupun bukan versi runcit (aftermarket) dan tanpa kotak, tapi unit ini masih baru dan belum pernah digunakan. Pada harga 60-70% lebih murah daripada harga runcit, ia merupakan perolehan yang berbaloi-baloi.


Berdasarkan pengalaman beberapa tahun menggunakan Evolution pada Calypso (Charvel So-Cal), pikap ini amat menonjol untuk persembahan live, terutama ketika solo (contoh). Sebenarnya dalam keghairahan masuk khemah Seymour Duncan dan EMG, aku masih setia dalam khemah DiMarzio.


Pembelian sampingan merupakan sedozen pick Jim Dunlop Max Grip bersaiz Jazz III. Ini merupakan jenama/model/saiz pick kegemaranku setakat ini. Dengan tiga material yang berbeza; nylon (merah), stiffo (hitam) dan carbon fibre (kelabu).

Pirate or poisonous?
Pembelian sampingan kedua ialah dua pek tali gitar jenama Skull Strings bersaiz 10-52. Dah lama nak cuba jenama Skull Strings ni, tapi harga runcitnya yang premium RM40+ (setaraf dengan D'Addario NYXL dan Ernie Ball Coated Slinky) biasanya membantutkan keputusan.


Sedih, nampaknya sumpahan "sindrom Ernie Ball" juga terkena pada Skull Strings ni, satu set daripadanya memiliki tali GBE yang berkarat. Nasib baiklah ia diperolehi dengan harga penghabisan stok, kalau harga runcit, kena karat macam ni, rasa nak menangis pun ada, kah kah kah...

Maka, secara rasminya, Skull Strings masuk dalam senarai hitam jenama gitar yang perlu dihindari. Tiba-tiba teringat entri Yustech.

_____
AADI: Selamat Hari Malaysia!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger