Showing posts with label braingell radio. Show all posts
Showing posts with label braingell radio. Show all posts

Flashback Friday: Dokken 2026


Entri ni patutnya aku post sebelum raya, waktu Bro Sub ada cerita pasal Dokken dalam entrinya. Lama benar tak cerita pasal Dokken, entri terakhir berkaitan Dokken tahun 2011. Kebetulan minggu sebelum raya lepas layan lagu-lagu Dokken versi live melalui Youtube - zaman 80an dan zaman 2010an.

Antara sebab aku mengeluarkan semula album kompilasi The Very Best Of Dokken ini. Ada beberapa lagu Dokken yang teringin aku nak cover sejak berkecimpung hobi bergitar, antaranya Breaking The Chains, In My Dreams, Dream Warrior, lagu berhantu Alone Again dan 1000 Miles Away (Don Dokken).

"aku pun bleh dikirakan baru jugak minat dgn dokken ni, xsengaja minat dorg, semuanya gara2 dgr braingell radio yg skali skala pasang lagu2 dokken. antara lagu dokken yg 1st aku enjoy dgr ialah lagu breaking the chain. lbh2 lg bila dgr killer solo oleh george lynch. dah kebetulan cerita pasal dokken, cd ni pun ada dlm koleksi aku - the very best of dokken"

- Entri 2009.

Fuh, masih wujud lagi Braingell Radio ni.

_____
AADI: Sekarang kalau audio CD harga RM43.90 dikira murah.

Fozzy - Happenstance


Antara album yang beberapa kali aku intai dalam katalog estock_deutschland semasa rajin ber-eBay beberapa tahun lepas, tetapi harganya tak pernah mencecah tahap tersenyum.


Happenstance - Album kedua Fozzy, band Christ "Jericho" Irvine, ya Jericho Y2J ahli gusti profesional bintang sensasi WWE. Diperolehi daripada CD On Demand semasa Bintulu Street Jam Vol. 4 minggu lepas.


Memuatkan lima lagu mereka sendiri - Whitechapel 1888 (intro), To Kill A Stranger, Happenstance, Crucify Yourself dan With The Fire selain enam lagu cover daripada Judas Priest (Freewheel Burning), Black Sabbath (Mob Rules), Scorpions (Big City Nights), WASP (LOVE Machine), Accept (Balls To The Wall) dan Iron Maiden (Where Eagles Dare).


Juga disertakan sekali dengan pick "The Duke" Duke LaRue (Rich Ward), yang pasti pick ini tidak akan digunakan dan masuk dalam koleksi pick.


Jericho ketika ini masih lagi menggunakan moniker Mongoose McQueen. Imej Jericho mengingatkan aku ketika rivalry dengan Shawn Michaels yang berlarutan sehingga perlawanan hebat mereka semasa Wrestlemania XIX.

Diperkenalkan kepada Fozzy melalui Braingell Radio sekitar 2003-2004. Beberapa lagu dalam album ini pernah disedut, dan To Kill A Stranger antara lagu yang dimuatkan dalam mixed tape CD Braingell Radio yang selalu dipasang ketika mula-mula berImago dulu.

_____
AADI: Raw is Jericho!

Hari Radio Sedunia


Tidak seperti Hari TV Sedunia yang sudahpun diwartakan sejak 1996, Hari Radio Sedunia (World Radio Day) pula baru sahaja diwartakan sekitar 2011, maknanya hari ini 13hb Februari merupakan tahun yang ketujuh.

Gambar hiasan.
Dan tidak seperti TV, mendengar radio merupakan rutin harian aku. Daripada radio-jam kecil Sony sebagai peneman waktu tidur yang biasanya memainkan siaran Nasional FM atau Radio Klasik, dalam kereta sepanjang perjalanan hantar anak ke sekolah dan pergi kerja, saluran TRAXXfm merupakan pilihan. Dan di pejabat pula, selain TRAXXfm FM, aku juga memilih REDfm (Sarawak) untuk siaran bahasa Inggeris 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sebelum ada yang bertanya, radio swasta lain (Media Prima dan Astro) yang dipancarkan secara FM tiada di Bintulu.

Generasi Walkman, dengar radio.
Kalau cerita pasal radio internet, sembilan tahun lepas aku pernah buat entri mengenai Braingell Radio, stesen radio internet yang banyak mendedahkan aku kepada beberapa muzik band rock/metal baru dan lama seperti Dokken, Ozzy, Dio, Accept, Ratt, WASP, *Megadeth, *Slayer, RATM, Iced Earth, Disturbed, Fozzy, SOAD dan In Flames (to name a few).


Secanggih manapun dunia sekarang, low-tech radio masih lagi relevan, kan? Kalau tengok filem-filem bergenre post-apocalypse, bila semua kaedah komunikasi lain lumpuh, good ol' FM/AM airwave merupakan opsyen yang tidak akan mengecewakan. Oh ya, info pasal Hari Radio Sedunia ni pun aku tahu sebab dengar radio, hehehe...

_____
AADI: *Ya, kalau aku tak dengar Braingell Radio, aku tak kenal muzik lama mereka.

Judas Priest - Metal Works 73-93


Satu lagi album kompilasi CD berkembar (2CD) yang diperolehi dengan harga tersenyum €3.68 (RM15.85) daripada katalog estock_deutschland - Judas Priest Metal Works 73-93.


Hanya jewel case sahaja yang retak (boleh ganti), inlay dan CD masih lagi seakan baru. Walaupun album kompilasi ni keluaran tahun 1993 (boleh jenguk Berteromber punya), tapi versi yang aku miliki ni merupakan versi remasters keluaran 2001 keluaran Sony Music Entertainment (UK) Ltd di bawah label Columbia.


Kompilasi "the best of" sebegini amat sesuai untuk peminat kasual Judas Priest seperti aku. Sebelum ini aku tidak pernah memiliki apa-apa material mereka kecuali beberapa mp3. Kebetulan pula teringat ayat Berteromber "...album yang akan dicadangkan jika anda baru pertama kali hendak berjinak-jinak mendengar Judas Priest".

Aku mula meminati mereka (dan beberapa band lain) semasa zaman rajin dengar Braingell Radio. Ada juga beberapa lagu mereka yang aku kenali melalui cover band lain, contohnya lagu Beyond The Realm Of Death oleh Blind Guardian dalam album The Forgotten Tales.


Cover art adalah kolaj daripada beberapa album mereka, lebih kurang macam cover art kompilasi From Fear To Eternity dan Masterpieces. Rasanya tak perlulah aku jelaskan di sini, boleh rujuk Wikipedia.

Tapi yang pastinya, muzik mereka masih lagi "heavy" dan relevan sehingga kini walaupun dah 30-40 tahun berlalu. Kerja gitar Downing/Tipton memang mendefinasikan apa itu NWOBHM dan heavy metal amnya. Itu belum cerita pasal vokal dinamik Halford lagi...

Selebihnya boleh tanya kepada pakar.

_____
Ada apa: Tak mau viral KD/MF melarat...

Iced Earth - Alive In Athens


Bila album live Iced Earth ni diiklankan dalam katalog estock_deutschland pada harga yang munasarawaksabah (€6.22 @ RM28.07), aku terus rembat...


Album live bersempena tour album SWTWC mereka (era Matt Barlow), dirakamkan 23-24 Januari 1999 (dua malam berturut-turut) di Rodon Club, Athens. Walaupun aku bukanlah peminat tegar Iced Earth, tapi album ni antara yang mesti ada selain SWTWC.


(C) 1999 Magic Arts Publishing, (P) 1999 Century Media Records Ltd. Ia memiliki tiga set CD yang didatangkan dengan slipcase. Walaupun slipcase nampak agak bermusim (ada kemek, calar-calar sikit) tapi jewelcase dan CD di dalamnya masih nampak baru.


Senarai lagu (tracklist) untuk setiap CD dan info mengenai album ni boleh teruskan pembacaan anda di Wikipedia. Antara lagu pertama dalam album ni yang aku dengar ialah Melancholy (Holy Martyr) menerusi Braingell Radio membuatkan aku terus tertarik dengan album SWTWC dan Iced Earth secara amnya.

_____
Ada apa: Ada masa mungkin nak cari versi DVD.

In Flames - Colony


Seperti yang aku pernah ceritakan dalam entri tahun 2009 ni, aku tidak mengikuti perkembangan mahupun mengumpul diskografi kumpulan In Flames.


Tetapi disebabkan album Colony ni mempunyai nostalgianya yang tersendiri (zaman Braingell Radio) dan tersenarai pula dalam senarai murahan estock_deutschland (€4.17 @ RM18.71), maka ia berjaya menjalani proses pembelian semula (setelah dilelong pasca Projek Mega 2011).



Tidak seperti versi sebelumnya (walaupun masih cetakan pertama 1999), versi kali ni didatangkan sekali dengan CD-ROM Dr. Blast's Top 20 - CD multimedia yang mempromosikan artis-artis di bawah label Nuclear Blast (sehingga 2003) berserta info, gambar dan klip video.

_____
Ada apa: Apakah persamaan antara In Flames dan ABBA?

Ozzy Osbourne - Blizzard Of Ozz (Expanded Edition)


Seperti Holy Diver dalam entri semalam, CD audio terpakai album Blizzard Of Ozz Pakcik Ozzy ni juga diperolehi dari LYN Street Mart pada harga yang amat berpatutan.


(P)(C) 2011 Sony Music Entertainment, adakah versi "expanded edition" ni merupakan versi "30th anniversary"?

Selain cerita "bass/drum asal beberapa lagu telah dipadam dan digantikan dengan bass/drum yang dimainkan semula oleh Mike Bordin dan Rob Trujillo (Wiki)" (sama seperti cetakan 2002), album ni juga mempunyai tiga bonus track iaitu You Looking At Me, Looking At You (non-LP B-side), Goodbye To Romance (2010 guitar & vocal mix) dan RR (outtake from Blizzard of Ozz sessions). Cetakan versi 1995 boleh baca entri Berteromber ni.


Seperti Dio/RJD, aku juga mula mengenali lagu-lagu Pakcik Ozzy (pasca Black Sabbath) ni melalui Braingell Radio. Untuk album ni lagu-lagu kegeramanku ialah Crazy Train (antara riff-riff gitar pertama yang aku pelajari), Goodbye To Romance dan Mr. Crowley.

Bertambah lagi koleksi album Pakcik Ozzy...

_____
Ada apa: All aboard! Hahahaha!~

Dio - Holy Diver (Collector's Edition)


Lanjutan entri malas Rabu lepas - pasal CD audio album pertama Dio iaitu Holy Diver (penyelam suci?). Album Ozzy Osbourne Blizzard Of Ozz tu aku cerita dalam entri lainlah.

CD ni (dan Blizzard Of Ozz) merupakan CD terpakai, diperolehi dari LYN Street Mart pada harga yang amat berpatutan. Sebelum ni aku tercari-cari album ni di eBay tapi tak pernah jumpa yang mempunyai harga berpatutan, sama ada baru ataupun terpakai.


(P)(C) 2005 Mercury Records Limited, a Universal Music Company. Walaupun album ni dikeluarkan pada tahun 1983, tapi CD versi "Collector's Edition Remastered & Reloaded" ni merupakan keluaran tahun 2005, sama seperti versi dalam entri krenmaut ni dan bukannya versi yang agak klasik seperti yang Berteromber ada. Rasanya tak perlu aku ulas pasal album ni, baca saja ulasan daripada otai-otai yang disebut tadi.


Aku tidak mengenali lagu-lagu Dio (mahupun Ronnie James Dio) sehinggalah awal 2000 menerusi Braingell Radio, walaupun sebelumnya dah biasa dengar lagu-lagu klasik RJD semasa dalam Rainbow (Temple Of The King, Man On A Silver Mountain) dan Black Sabbath (Heaven And Hell, Die Young) tanpa mengenali siapakah penyanyinya.

Untuk album Holy Diver ni lagu paling aku minat ialah Don't Talk To Strangers yang sebelumnya aku kenali menerusi album The Forgotten Tales cover dari Blind Guardian. Tapi boleh dikatakan semua lagu dalam album ni memang best tahap super album, kecuali lagu Gypsy dan Invisible yang pada pendapat aku hanyalah "filler".

Mungkin suatu hari nanti Metuk Ulau Project akan cover lagu Dio/RJD sebagai "belated tribute".

_____
Ada apa: Apa kejadahnya maksud "penyelam suci" ni?

Dio - The Collection


Satu daripada dua CD yang aku beli dari Victoria Music Centre, Amcorp Mall Sabtu minggu lepas (30/4/2011) selain CD Komputer Muzik Ella 30110 (remastered version).

Album kompilasi 2003 Dio, The Collection dengan harga RM29.90. Ini merupakan CD Dio pertama yang aku miliki, sebelum ni aku cuma ada diskografi Dio dalam bentuk mp3 sahaja. Amat sesuai dipasang dalam Imago pagi-pagi dalam perjalanan pi kerja.

Imported version, made in mana akupun tak tau. (P)(C) 2003 Spectrum Music, licensed to Spectrum Music, a division of Universal Music Operations Ltd. Diimport oleh Universal Music (Malaysia) Sdn Bhd. Tengok cover art mesti orang (golongan non-Metal) ingat ni album Black Metal, huh! Aku rasa cover novel Twilight tiru cover album ni...

Tracklist

  1. Holy Diver
  2. Don't Talk To Strangers
  3. Rainbow In The Dark
  4. Stand Up And Shout (live)
  5. Straight Through The Heart (live)
  6. We Rock
  7. The Last In Line (live)
  8. Mystery
  9. I Speed At Night
  10. Rock 'N' Roll Children
  11. Hungry For Heaven
  12. King Of Rock And Roll
  13. Sacred Heart (live)
  14. Dream Evil
  15. I Could Have Been A Dreamer
  16. Wild One
  17. Jesus, Mary & The Holy Ghost

Dah nama pun album kompilasi lebih kurang macam "the best of" sudah tentu ia mengandungi lagu-lagu terbaik Dio. Cuma aku tak berapa suka bila versi live masuk dalam kompilasi "the best of", apa salahnya letak versi studio (versi asal)? Kalau disuruh buat pilihan lagu Dio mana yang paling aku suka, aku akan pilih We Rock, sebab "we rock!", period!

Aku minat Dio tapi aku bukan jenis kipas-susah-mati macam Mr. Bert. Sama seperti lagu-lagu Abang Ozzy (Osbourne), aku mula layan lagu-lagu Dio (dan mana-mana band vokal RJD) bila selalu dengar Braingell Radio yang banyak mendedahkan aku pada lagu-lagu Rock/Metal klasik.

RIP RJD... You rock! We rock! \m/

_____
Ada apa: Stand up and shout!

Disturbed - Believe


Bungkusan dari UK yang diterima pada hari yang sama dengan bungkusan Dominator, berisi dua CD Nu-Metal iaitu album Believe daripada Disturbed dan Hybrid Theory daripada Linkin Park. Entri ni aku buat untuk Believe dulu, Hybrid Theory akan ada entrinya sendiri kelak.

Kedua-dua album ni sebenarnya aku joybid dengan harga yang agak rendah, tup-tup menang bid la pulak. Jadi, dapat dua CD dengan harga lebih kurang RM15 per CD. CD diterima dalam keadaan agak memuaskan, walaupun berstatus used, tapi inlay dan CD memang masih baru, kecuali jewel case yang nampak seasoned. So, here it is, Disturbed second studio album Believe.

Cover art yang simple, logo fusion antara bulan sabit, bintang pecah lima, bintang pecah enam dan salib - yang aku rasa melambangkan tiga agama terbesar di dunia barat, sekaligus merupakan tema album ni iaitu Believe.

eBay purchase info

  • Purchased from: free101010
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £1.05+3.26/2 (RM13.59) menang bid
  • Ordered: 18/07/2010
  • Received: 02/08/2010
  • Label: (C)(P) 2002 Reprise Records
  • Publisher: Warner Music Europe
  • Made in: Germany

Tracklist

  1. Prayer
  2. Liberate
  3. Awaken
  4. Believe
  5. Remember
  6. Intoxication
  7. Rise
  8. Mistress
  9. Breathe
  10. Bound
  11. Devour
  12. Darkness

Lagu favourite dari album ni ialah Prayer, Believe, Rise dan Mistress.

Aku diperkenalkan kepada band Disturbed melalui WWE Universe yang pada ketika itu (masih lagi WWF) menggunakan band-band tersohor untuk menyanyikan lagu tema superstars mereka (as you might know, I'm a wrestling fan). Contohnya lagu Rollin' oleh Limb Bizkit remixed menjadi lagu tema The Undertaker, manakala band Disturbed menyanyikan Glass Shatters lagu tema Stone Cold Steve Austin.

Waktu aku rajin mendengar Braingell Radio (2003-2005), banyak lagu-lagu Disturbed yang aku dengar, antara yang menarik perhatian merupakan lagu Mistress.

Seperti band-band Nu-Metal yang lain, hampir kesemua lagu-lagu memiliki heavy riff dan kurang elemen guitar solo. Tapi vocal David Draiman memang unik yang seakan-akan suara rappers, menjadi trademark khusus untuk band Disturbed ni.

Dengan harga RM13.59, okela bro...

_____
Ada apa: Album Sickness pun oke jugak...

Dokken - The Very Best Of Dokken


Bila tengok CD ni, memang aku teringat kat aunty dB Music Centre (Komtar, Penang)... Err, sapa namanya? Aunty Alice ke? (betul ke Mhagnoth?). Bulan Oktober/November tahun lepas aku berpeluang pi Penang (sebab kursus ada kat Balik Pulau), aku singgah melawat dB Music ni, konon-konon nak berborak dengan aunty ni (last sekali datang kedai ni tahun 2007) tapi malangnya aku datang awal, kedai belum bukak lagi...

CD apa? CD kompilasi The Very Best Of Dokken. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Dokken ni. Tapi dah selalu sangat dengar lagu diorang kat Braingell Radio macam best la pulak. Dan kebetulan CD ni album kompilasi, jadi paham-paham sajalah semua lagu memang best! Dan solo-solo George Lynch memang legendary...

Ada cerita sebalik CD ni, aku rasa Mhagnoth "akaijenuh" pun mungkin pernah mengalaminya... Aku memang berkenan dengan CD Dokken ni, tapi tak terniat pun nak beli memandangkan harganya RM43.90 (imported, German press) agak mahal bagi aku waktu tu (yang cuma kerja ketuk-ketuk casing kat kedai komputer). Jadi nak cover line, aku terlepas cakap suruh aunty tu simpankan CD ni untuk aku, nanti hujung bulan lepas gaji baru aku datang beli, memandangkan CD ni cuma ada satu unit sahaja... Tidak seperti yang di'janji'kan, memang aku tak datang pun hahaha! Lepas tu memang aku tak tunjuk muka lagi kat dB Music ni... (Sounds familiar Mhagnoth?)

Hahaha! Lucu je tengok dressing 80's dulu.

Selang beberapa bulan (aku rasa 4-5 bulan kot) time tu baru lepas PC Fair jadi banyak la income, barulah aku datang tunjuk muka kat db Music ni. Yup, kali ni memang aku datang nak beli CD Dokken ni (gamble je, kalau-kalau masih belum dijual). Guess what? Aunty tu memang masih simpan CD ni untuk aku. Dia tak lupa hahaha... Cuma dia sindir aku "hi, lama tak nampak?". (Don't worry aunty, kali ni memang datang mau beli CD Dokken).

Biasanya kalau kat dB Music sambil-sambil browse CD/kaset memang borak-borak dengan aunty tu, biasalah bab band-band Metal. Dan disebabkan aku ada sebut pasal "Iron Maiden", hasilnya aku dapat DVD Rock In Rio.

Aku sebenarnya dah ngantuk ni... Macam malas nak taip cerita panjang-panjang, nanti ada masa aku edit entri ni tambah apa-apa info yang patut (tracklist, label, pressing). Rasanya dalam entri Beast From The East aku ada cerita pasal CD Dokken ni.

To be edited...

_____
Ada apa: Breaking The Promise Chains...

a tribute to the beast & skid row


bungkusan dari kanada yg diterima 20/10/2009 lps... hmmm dkt 2 bulan baru nak buat entry. bungkusan yg berisi 2 cd iaitu a tribute to the beast dan skid row. utk menjimatkan shipping cost, kedua2 cd ni dihantar tanpa jewel case

various artists - a tribute to the beast

ekceli dah lama aku cari cd album ni kat ebay. susah nak cari, klu ada pun mmg mahal convert RM mau dkt2 RM80 xtermasuk postage lg tu. last2 aku jmpa seller from canada yg jual dgn harga yg berpatutan (new cd, bknnya used). imho album ni merupakan 1 of the best iron maiden cover album of all time, album ni jugak memperkenalkan aku kpd bbrp band yg aku minati antaranya children of bodom dan sonata arctica

ebay purchase info

  • purchased from: cdbasement
  • location: canada
  • condition: new
  • price paid: US$3.99+5.99/2 (RM25) menang bid
  • ordered: 30/9/2009
  • received: 20/10/2009
  • label: (c)+(p) 2002 nuclear blast gmbh
  • made in: germany

tracklist

  1. steel prophet - the ides of march/purgatory <- i'm not into maiden's 1st and 2nd album (zmn dianno), tp bila dgr purgatory ni sedap la plak
  2. children of bodom - aces high <- drp lagu ni aku mengenali COB, aku tertarik dgn solo keyboard yg mmg masyuk... the reason i like COB in the 1st place
  3. rage - the trooper
  4. cradle of filth - hallowed be thy name <- antara lagu2 cover maiden yg terawal aku dgr
  5. grave digger - running free
  6. burden of grief - prowler <- sama mcm kes track no. 1 tadi
  7. sonata arctica - die with your boots on <- sama mcm kes COB, aku kenal sonata arctica drp lagu ni
  8. therion - children of the damned
  9. iced earth - transylvania (instrumental)
  10. opeth - remember tomorrow
  11. sinergy - the number of the beast
  12. disbelief - stranger in a strange land <- dlm album ni, aku rasa lagu cover maiden ni yg plng teruk... rosak lagu maiden sbb di'monotone'kan... dahla lagu ni antara lagu maiden febret aku, hampeh!
  13. tierra santa - flight of icarus <- aku rasa versi cover ni lg best drp versi ori maiden, hehehe
  14. dark tranquility - 22 acacia avenue
  15. six feet under - wrathchild <- wlupun lagu ni di'growl'kan, atleast masih sedap didgr xmcm track no. 12 tadi
  16. darkane - powerslave <- aku dgr versi cover ni dulu sblm aku dgr versi ori maiden, best lagu ni, mmg enjoy

skid row - self titled

yg ni xpyh la aku nak taip pnjg2... kompom febret di kalangan geng2 metal bloggers yg lain terutamanya skid (duh~)... sapa pnh review album ni eh? bak sini aku nak link

ebay purchase info

  • purchased from: cdbasement
  • location: canada
  • condition: like new
  • price paid: US$1.75+5.99/2 (RM16.98) menang bid
  • ordered: 30/9/2009
  • received: 20/10/2009
  • label: (p)(c) 1989 atlantic recording corporation <- 1st press ooo...
  • made in: usa
  • extra info: distributed by wea music of canada

tracklist pun rasanya xpyhla aku list down, semua mesti tau... tp lagu febret aku dlm album ni mcm biasa 18 and life dan youth gone wild (aku rasa versi cover oleh hammerfall lg keras)

_____
p/s: 1989 aku baru darjah 4

fear factory - digimortal (digipak) & in flames - colony


td tgh2 susun cd2 aku ikut index baru aku prasan, ada 2 cd yg aku blm post entry... ekceli cd2 ni smpi jumaat lps 17/7/2009 heh, dah seminggu baru nak review. nasib baik waktu terima mggu lps smpt snap pic

bungkusan ni dari uk, mcm biasa order cd kat ebay. isi kat dlm 2 used cds, fear factory - digimortal (digipak) dan in flames - colony, menang bid drp user ijamusic dgn hrga £2.20 (fear factory) dan £2.21 (in flames) + shipment cost £4.00 utk kedua2nya. converted and calculated, RM25.26 for fear factory and RM25.32 for in flames

kronologi - order 30/6/2009 cop royal mail 1/7/2009 cop pelepasan kastam 6/7/2009 cop pjbt pos bintulu 16/7/2009 received 17/7/2009

fear factory - digimortal

aku bknla follow sgt fear factory ni, aku cuma layan 2 album dorg demanufacture dan digimortal. album lain ntahla... maybe aku minat 2 album ni sbb ada nostalgic value kot? :) aku diperkenalkan dgn fear factory sekitar 1998, time tu tgh main game carmageddon... soundtrack game ni ada 2 lagu drp fear factory, demanufacture dan zero signal dua2 versi instrumental

berbalik kpd album digimortal ni, it's a digipak version. album studio ke-4 fear factory spt album2 sblmnya masih mengekalkan konsep industrial metal dan muzik standard fear factory. (p) & (c) 2001 the all blacks b. v. issued under license to roadrunner records. digipak dah nmpk seasoned sket, inlay masih oke, disc pun cuma ada 1 minor scratch. bleh baca info album ni kat wiki

tracklist

  1. what will become?
  2. damaged
  3. digimortal
  4. no one
  5. linchpin
  6. invisible wounds (dark bodies)
  7. acres of skin
  8. back the f**k up (lagu yg ada unsur2 hip-hop ft. b-real)
  9. byte block
  10. hurt conveyor
  11. (memory imprints) never end
    bonus digipak track
  12. dead man walking
  13. strain vs resistance
  14. repentance
  15. full metal contact

lagu febret? based on nostalgic value... aku suka semua lagu, especially damaged dan invisible wounds (dark bodies)

dulu waktu album release somewhere in 2001, aku ada beli versi cap lanun kat petaling street, skrg ni aku dah ada yg ori kira dah tebus kesalahan hehehe. mmg byk memori gak album ni antaranya lagu damaged dan invisible wounds (dark bodies) yg mengingatkan waktu aku lps eksiden dlm bas, patah idung... time recovery aku layan album digimortal ni berulang2 kali bersama dgn mp3 lagu2 after forever. next project, mencari cd album demanufacture. more info on fear factory official website atau wiki

in flames - colony

mcm fear factory aku xbrapa follow in flames, in fact aku hanya penah dgr lagu2 in flames drp album colony ni shj, album lain aku xpnh dgr... ni semua gara2 braingell radio la ni. pesen muzik dan vocal lbh kurg mcm children of bodom (cuma kurg solo keyboard je). colony merupakan album ke-4 drp swedish melodic death metal ni (apsal album ke-4 jugak? digimortal kat atas tu pun album ke-4)

(p)+(c) 1999 nuclear blast gmbh. manufactured in germany. wlupun status used cd, tp inlay dan disc masih lg dlm keadaan tiptop no scratches at all, cuma jewel case je yg nmpk seasoned. dlm inlay ada lirik, jrg band2 yg lagu jenis growl/scream bubuh lirik dlm album2 dorg...

tracklist

  1. embody the invisible
  2. ordinary story
  3. scorn
  4. colony
  5. zombie inc.
  6. pallar anders visa
  7. coerced coexistence
  8. resin
  9. behind space '99
  10. insipid 2000
  11. the new world

lagu febret? embody the invisible, ordinary story, colony, zombie inc. dan coerced coexistence. ekceli aku xde cerita pasal album ni selain drp braingell radio dan memori zmn kat penang keje smpi larut mlm, sama mcm kes adema dan dan iced earth. sapa2 yg minat in flames bleh la komen sket2. info lanjut bleh rujuk kat website rasmi in flames atau wiki

_____
p/s: species come and go, but the earth stands forever fast

iced earth - something wicked this way come & foo fighters - there is nothing left to lose


smpi2 je kat opis... brader posmen smlm dah tggu aku, tersengih2 mcm biasa aku pun phm2 la item order dari ebay smpi lg. kali ni ada 3 bungkusan, 2 dari us dan 1 dari uk... bungkusan pertama dari us berisi cd iced earth - something wicked this way come dan foo fighters - there is nothing left to lose, bungkusan kedua berisi cd metallica - load dan queensryche - greates hits, manakala bungkusan dari uk pulak berisi dvd games tomb raider underworld

mcm biasa aku bhg2kan entry ikut bungkusan, entry ni utk bungkusan yg berisi cd iced earth dan foo fighters shj. cd2 ni aku menang bid 1 cent cd drp user rivercnk (dia lg...) dgn hrga US$5.50 utk iced earth dan US$3.20 utk foo fighters. utk menjimatkan shipping cost aku pilih option send without jewel case, shipping cost utk kedua2nya US$5.98 so, secara kalkulus iced earth RM30.72 dan foo fighters RM22.39

kronologi - order 3/7/2009 cop usps 3/7/2009 cop pelepasan kastam 13/7/2009, cop pjbt pos bintulu (unknown)

iced earth - something wicked this way come

yg ni mmg aku bid gila2, jrg aku bid 1 cent cd smpi cecah US$5.00 slalu aku brenti klu dah over US$3.50-4.00 akhirnya aku menang jugak cd ni. klu nak beli cd baru mau cecah US$7.00-9.00 antara most-wanted cd dlm list aku, wlupun aku bkn collector album2 iced earth tp bg aku ada 2 album dorg yg mmg best, something wicked this way come dan album live alive in athens (yg ni nnti nak try cari dvd) more info kat website rasmi iced earth atau wiki

aku pilih send without jewel case so cuma dpt cd, work art dan documentation yg lain. (c) magic arts publishing 1998 (p) century media records 1998, made in usa. cd dlm keadaan memuaskan dgn bbrp minor scratches, inlay perfect, ada borang mail order utk album2 century media release. info mengenai album ni kat wiki

tracklist

  1. burning times
  2. melancholy (holy martyr)
  3. disciple of the lie
  4. watching over me
  5. stand alone
  6. consequences
  7. my own savior
  8. reaping stone
  9. 1776 (instrumental)
  10. blessed are you
  11. prophecy
  12. birth of the wicked
  13. the coming curse

hampir kesemua lagu2 dlm album ni best2, tp lagu febret aku ialah burning times, melancholy, ballad watching over me, instrumental 1776 dan blessed are you . bila dgr lagu2 ni mmg teringat nostalgia waktu keje kat penang dulu, keje smpi lewat mlm siapkan pc baru lps sales gila2 waktu pc fair... sama mcm kes lagu adema (beli atas sbb nostalgic value)

cover art utk album cun, start album the dark saga cover art dorg mmg cun... mcm komik spawn plak rasanya. aku mula2 dgr lagu2 iced earth ni kat braingell radio, lagu melancholy (holy martyr) lps tu try donlod mp3, ekceli aku ada donlod full mp3 utk album ni... mmg best muzik dorg ni, typical american heavy metal. dan bila dah beli cd ori album ni kira dah tebus kesalahan... dgr2 iced earth dan blind guardian ada kolaborasi side project demons & wizards, muzik iced earth vokal hansi kursch dan 2-3 album kot (but that was another story)

foo fighters - there is nothing left to lose

album ketiga foo fighters dan merupakan album foo fighters yg last aku kumpul, slps album ni (start album one by one) aku mcm dah mls dah nak follow dorg... maybe aku dah kurg minat genre2 alternative. by the way, cd yg aku dpt ni versi digipak enhanced cd... wlupun aku pilih option send without jewel case, slalunya klu versi digipak mmg nonesense la hantar mcm tu je kan? so dptla complete set. cd kat dlm perfect scratchless, digipak pun dlm keadaan yg amat memuaskan. utk cd berharga RM22.39 mmg aku puas hati

(c) roswell records inc. manufactured and distributed by bmg distribution, printed in usa. enhanced cd, kat dlm cd ni ada 2-3 candid video, video clip learn to fly, foto2 dan lirik lagu. sapa xkenal foo fighters? sapa xkenal dave grohl? bekas drummer nirvana... dlm cd ni ada candid video dave tgh mabuk jawap soalan - "how do make this album?" dave jawap - "i was in nirvana... i was in the best rock & roll band in the 90's, we change the course of rock music..."

tracklist

  1. stacked actors
  2. breakout
  3. learn to fly
  4. gimme stitches
  5. generator
  6. aurora
  7. live-in skin
  8. next year
  9. headwires
  10. ain't it the life
  11. m.i.a.

hmpr kesemua lagu febret sbb semua best2, wlu apapun lagu breakout, learn to fly, generator dan next year merupakan febret aku. tp muzik foo fighters bg aku makin lama makin kurang ganas... klu dgr album pertama dorg mmg byk guna distortions, dlm album ni plak byk melodic, clean, byk unsur2 kontemporari, pop dan mainstream rock. well, dari segi nostalgic value... mmg aku suka album ni. more info at foo fighters official website or wikipedia

ekceli aku ada kaset utk album ni, aku beli somewhere penghujung 1999 kat berjaya video, sg. dua, penang. waktu tu aku 3rd year kat usm tgh dilamun scandal dgn awek student junior hehehe >:) album ni jugak mengingatkan aku time aku dan housemate 6 org ramai2 pi round island naik kancil, mcm tin sardin jdnya... dan zaman gila main game planescape torment

3 album best foo fighters yg aku ada dlm versi kaset. album ke-4 dan seterusnya aku xberminat dah. ketiga2 album ni ada byk nostalgic value dari era yg berbeza2 (but that was another story)

_____
p/s: apa cerita chris novoselic skrg ni?

blind guardian - a night at the opera


bungkusan yg diterima serentak bersama2 bungkusan lain yg aku cerita kat entry ozzy & motorhead. setelah lbh 40+ hari menuggu akhirnya smpi jugak cd blind guardian album a night at the opera. cd ni mmg ada 2 kes yg menarik...

kes 1 - aku beli cd ni drp user sosoadrien lokasi france, user biasa (mcm aku) bkn power seller atau ebay store. maybe dia xtau prosedur hantar bungkusan ke luar negara kot? so dia pos bungkusan ni tanpa custom declaration. slalu klu bungkusan yg ada custom declaration akan lari pi depot kastam utk saringan cukai dll. bungkusan ni lari ke mana? pi kementerian keselamatan dalam negeri! (kkdn) apa lg, ofkos la bungkusan ni kena buka utk pemeriksaan (kot2 dakyah dari luar masuk m'sia) then dorg resealed blk guna tape kkdn (pic bwh). kat cop pelepasan kkdn ada mention

"akta mesin cetak dan penerbitan 1984, keputusan: dilepaskan/dikembalikan ke negara asal/ditahan dan di bawa ke bahagian kawalan penerbitan dan teks al-quran kementerian dalam negeri"

dan ofkos, bungkusan aku ni dilepaskan... aku sbg penjawat awam mmg faham situasi ni (ada dlm kursus induksi umum), mmg tugas kkdn, diorg nak pantau kemasukkan bhn2 bercetak (buku, risalah, cd, dll) ke m'sia lebih2 klu bkn dari negara2 commonwealth

kes 2 - slps menuggu lebih sbln dkt2 40 hari tp brg xsmpi2, aku pun lapor non-receipt dispute kat ebay/paypal (sapa biasa main ebay, tau la) slalu2 klu aku open dispute, seller akan reply bgtau suruh aku tunggu lg 1 mggu atau suruh aku cek atau kontek pjbt pos. bila dah dpt aku akan close dispute. tp aku rasa mamat/minah ni kurang pengalaman ebay, 2-3 jam lps aku open dispute, tanpa apa2 mesej (sessi soal-jawab antara seller dan buyer) dia refund balik duit kat aku (paypal) xbyk cerita utk close dispute

aku pun tekejut la... cpt benar dia refund, mula2 aku ingt dia xhantar benda ni sbb tu dia refund. tp 2 hari kemudian bungkusan ni smpi. maknanya aku dpt cd free la... kdg2 aku rasa kesian plak dgn mamat/minah tu, tp salah dia jugak kelam kabut refund tanpa soal selidik (kekurangan pengalaman ebay dan xbaca terms and conditions ebay buyer/seller)

kronologi - aku order cd ni 11/5/2009 cop pos france 12/5/2009 cop kkdn (unknown) cop pjbt pos bintulu 23/6/2009 oke, a night at the opera... album blind guardian ni used cd, aku menang bid drp user sosoadrien lokasi france, dgn harga €1.50+6.00 (RM36.88) in the end kira aku dpt secara percuma. free! sbb dia refund pasal kes kat atas

jewel case mmg teruk, nmpk mcm dah seasoned siap ada retak kat dpn tp inlay like new, cd plak good condition with minimum scratch. (p) & (c) 2002 virgin schallplatten gmbh & co. kg. under exclusive license from virgin records. distributed by century media records (another german press cd)

a night at the opera, album ke-9 band power/speed metal dari jerman blind guardian release thn 2002. antara band power/speed metal yg mula2 aku minat. lagu dorg yg mula2 aku dgr ialah lagu lord of the rings yg aku donlod secara kebetulan guna napster somewhere in 2001 sbb nak cari soundtrack filem lord of the rings. info lebih lanjut bleh cari kat website rasmi blind guardian

pic link drp website rasmi blind guardian

lagu febret? under the ice, the maiden and the minstrel knight, the soulforged dan punishment divine. lagu the maiden and the minstrel knight ni kira lagu nostalgia utk aku sbb lagu ni aku nyanyi utk ngorat awek cheras aku dulu... hikhikhik

ekceli aku dah ada album ni versi kaset yg aku beli kat campbell's somewhere in 2004. dlm usaha aku mengumpul cd version plak, aku xkisah beli used cd asalkan excellent condition (dan yg pntg ori) next project - the forgotten tales

_____
p/s: guitar works lagu2 dorg ni byk guna wah-wah pedal

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger