Showing posts with label dr strings. Show all posts
Showing posts with label dr strings. Show all posts

King Explorer


Dihubungi oleh seorang rakan atas rakan yang meminta servis dua buah gitar miliknya. Katanya servis aku disarankan oleh Nasuki Malim (Bintulu Buskers). Orang yang sama membeli lima pedal-pedal aku dalam entri ini dan ini.

Gitar pertama ialah sebuah Gibson 2017 Explorer. Bermasalah pada tombol bridge volume, bila dipulas maksimum (10) tiada bunyi, tapi bila diturunkan sedikit (~9) kembali ada bunyi.

Dihantar bersama-sama hardcase. Walaupun tersedia sebungkus tali Ernie Ball, tapi tuan punya hanya perlukan service tombol sahaja. Tiba-tiba teringat ex-Korina aku...

Menjenguk isi perut, fuh!~ Beginikah susunan wayar-wayar di dalam sebuah Gibson? Masih mengekalkan pot asal Gibson dan timah pateri masih cantik. Maknanya ini merupakan pematerian asal dari kilang. Ikut pengalaman aku, gitar-gitar buatan China dan Indon lebih kemas sususan wayar-wayar dalaman berbanding Explorer ini.

Penyelesaian pantas, kesemua pot dicuci dengan electronic contact cleaner, tak perlu tukar pot. Dulu amat susah mencari produk ini, sekarang sudah ada dijual di premis Mr. DIY.

Lain cerita dan untuk rekod, gigbag G-PG-335V Pro Go juga boleh memuatkan gitar berbentuk Explorer dengan sedikit pelarasan kedudukan bantal bawah dan leher.

Gitar kedua pula sebuah Jackson JS32 King V, model 2010 buatan India, ketika mana batch JS32 masih didatangkan sekali dengan gigbag Jackson Bomb sama seperti ex-Kelly Kelly aku hampir 15 tahun lepas.

Untuk King V ini hanya servis untuk pemasangan tali dan talaan sahaja. Tuan punya tak pandai memasang tali dan setup pada gitar ber-Floyd Rose.

Dibekalkan dengan tali DR Dragon Skin bersaiz 9-42. Sebagai tali yang bersadur (coated), sadurannya terasa agak kesat pada jari, perasaan yang sama seperti saduran versi Neon.

Kalau biasa pasang tali pada gitar ber-Floyd Rose (Special, 1000-series), variasi lain pun tak ada masalah seperti licensed Jackson ini, Gotoh GE1996T, Ibanez Edge-III dan/atau Edge Zero II. Ditala pada drop-D seperti yang dipinta.

Tiada bermain pateri untuk servis kali ini, kedua-duanya dapat diselesaikan dalam masa sekitar satu jam.

_____
AADI: Ada lagi sebuah baru masuk untuk servis.

Hi-Beam Mirage


Jumaat minggu lepas Mirage dipasangkan dengan set tali gitar baru, kali ni menggunakan DR String Hi-Beam lite (9-42) yang telah terperap dalam simpanan lebih daripada dua tahun.


Seperti versi Neon yang pernah digunakan sebelum ini, versi Hi-Beam ni juga tidak sekeras Super Bullets mahupun Pyramid, tapi boleh aku katakan sedang-sedang seperti Rotosound.


Dengan kesempatan yang ada, aku memasang locking nut Gotoh GHL-2-G yang diperolehi beberapa minggu lepas. Disebabkan ukuran yang tidak sama, aku tidak memasang string retainer yang disertakan dalam set dan menggunakan string retainer asal LTD.

Harap-harap tiada lagi masalah locking nut selepas ini.

_____
Ada apa: Lepas ni DR boleh dikeluarkan daripada senarai.

Ada Apa Dengan Earth Hour 2014? (Part 2)


Tidak seperti tahun lepas, tahun ni kami sekeluarga sempat bergelap sejam disebabkan tahun ni Lil'Ijau tidur awal. Hanya bertemankan cahaya daripada TV LCD dan lampu tidur Lil'Ijau.

Kempen ni sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menjimatkan elektrik (bagi mereka yang mengeluh pasal tariff elektrik) semata-mata. Kalau ikutkan logik, berapalah sangat tenaga elektrik yang dapat dijimatkan dalam masa sejam berbanding penggunaan bulanan kan?

Sekadar gambar hiasan.
Ia lebih kepada komitmen, sokongan moral dan simbolik kepada kempen menyelamatkan bumi daripada pemanasan global.
"...encouraging individuals, communities, households and businesses to turn off their non-essential lights for one hour as a symbol for their commitment to the planet" - read more on Wikipedia.
Kalau tak suka dengan sesuatu kempen atau mempunyai pendapat yang berbeza, tak payahlah ikut serta kempen tersebut. Ia lebih mudah dan aman daripada mengkritik mereka yang turut serta. Lebih kurang macam kempem boikot-memboikot jugalah.



Oh ya, dengar khabar Bintulu Busker ada menyertai sambutan Earth Hour 2014 ni di Parkcity Mall. Kita nantikan laporan daripada Barangkali Marus ataupun entri rasmi blog Bintulu Busker.

_____
Ada apa: Adi ada join kah?

Calypso Turns One


Hari ni genap setahun Charvel So-Cal Style 1 HH (aka Calypso) berada dalam axology aku. Pernah menjadi satu daripada GAS tahap final fantasy aku suatu ketika dahulu. Dengan info Bro Sub dan bantuan Dead Eye Guitars, fantasi pastinya sudah menjadi realiti...

Dan selama setahun ni talinya belum pernah ditukar lagi (belum kira durasi dalam stor/kedai lagi). Aku tak pasti tali jenama apa yang digunakan, tapi ia memang tahan sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang tanda karat (pastinya dengan penjagaan optimum). Cuma bila tali dah lama akan mula hilang kekenyalannya, tanda-tanda mandatori untuk ditukar.


Dipasangkan dengan tali DR Strings Extra Life Evergreen (discontinued) yang dihadiahkan oleh Bro Sub beberapa tahun lepas (yang sudah sekian lama dalam simpanan) untuk dipadankan dengan tema warna hijau.


Saduran pada Extra Life ni lebih "tahan pukul" berbanding saduran pada DR Neon yang lebih "rapuh" dan mudah tertanggal setiap kali bergesel dengan pick. Tapi setahan macam manapun sadurannya, saduran tetap saduran, akan terkikis jua dengan penggunaan pick yang ganas.


Sebelum memulakan proses memasang tali baru, sempat menjenguk isi perutnya, bukannya selalu ada peluang nak buka pickguard. Ruang kaviti yang kemas, bersih dan nampak premium, seperti yang dijangkakan untuk "hype" gitar buatan Amerika. Nampaknya routing gitar ni boleh menampung konfigurasi HSH.

DiMarzios.

Pendawaian yang agak ringkas (quite messy for an MIA guitar), selain pikap hanya ada suis tiga arah jenis toggle dan pot VOLUME 500k sahaja. Ada masa nanti aku akan gantikan pot ni dengan jenis push-pull (coil-split) untuk variasi bunyi.

DP158 - Evolution Neck.
DP155 - Tone Zone F-Spaced.
Pernah terfikir (idea gila-gila) nak gantikan konfigurasi pikap yang sedia ada dengan konfigurasi HSS (Fender SCN x2, DiMarzio Super Distortion) nak tiru Adrian Smith San Dimas DK. Tapi buat masa ni, biarlah dengan konfigurasi asal.

Semenjak Oktoberfest 2012, ia telah dijadikan sebagai "stage guitar" disebabkan faktor-faktor keselesaan, mudah laras (cuma satu tombol), sistem FR yang tegap (stays in tune) dan yang penting mojo warna HIJAU (IDK sig Mark III?) sedikit-sebanyak menambahkan keyakinan semasa berada di atas pentas gig.

_____
Ada apa: Batch baru So-Cal ada sedikit perbezaan...

Neon Mirage (Part 3)


Sebelum ni aku pernah memasang tali gitar DR String neon hi-def orange pada Mirage aku, kali ni aku memasang hi-def green pula, setelah sekian lama terperap dalam simpanan semenjak diperolehi daripada Bro Sub beberapa tahun yang lepas.


Pada mulanya aku stok hi-def green ni untuk dipasang pada Calypso, tapi atas sebab-sebab tertentu aku mengambil keputusan untuk memasangnya pada Mirage.


Dengan cahaya biasa (flash kamera) pun tali ni agak "menyala", dan sememangnya ia lebih "menyala" apabila disinari dengan cahaya hitam (ultra-violet @ UV) seperti dalam entri ni.

Walaupun DR Neon ni nampak gempak, tapi sebenarnya ia kurang praktikal kerana sadurannya (coating) membuatkan tali ni terasa kesat dan kurang licin. Sadurannya juga tidak tahan lama, lebih-lebih lagi jika anda shredder menggunakan pick secara agresif (ayat ulangan entri ni).

_____
Ada apa: Agak-agak pentas Danau Alai ada lampu UV tak?

Neon Mirage (Part 2)


Merujuk kepada komen Muspeed dalam entri ni, aku sedaya upaya mencuba menangkap gambar tali gitar DR Neon yang dipasang pada Mirage aku dengan cahaya hitam (UV) dalam bilik gelap tanpa flash kamera.

5-stringer?
Harap maaf, aku tak dapat nak ambil gambar gitar penuh sebab cahaya hitam yang aku gunakan tak cukup kuat (handheld/portable UV light) dan kamera ciput murahan aku (DSC-S930) pun tidak mempunyai ISO yang tinggi mahupun shutter speed yang rendah.


Walaupun DR Neon ni nampak gempak, tapi sebenarnya ia kurang praktikal kerana sadurannya (coating) membuatkan tali ni terasa kesat dan kurang licin. Sadurannya juga tidak tahan lama, lebih-lebih lagi jika anda shredder menggunakan pick secara agresif.

_____
Ada apa: Masih ada lagi sekotak DR Neon (hi-def green) dalam stok.

5-String Mirage?


Selepas sessi jamming Sabtu lepas, tali pertama (high-E) Mirage aku selalu out-of-tune, lima tali yang lain EADGB tidak bermasalah. Petanda awal adalah semasa aku menunjukkan demo tuning dan kestabilan Floyd Rose Special (FRS) kepada si Korawk dan Azrol. Pada mulanya aku ingatkan tali putus, rupa-rupanya ia terlepas dari saddle (Korawk pastinya ingat insiden ni).

5-string guitar?
Setelah disiasat, punca utamanya adalah disebabkan tali high-E tidak dapat dikepit dengan ketat pada saddle FRS. Selama aku menggunakan FRS pada Mirage ni aku hanya mengetatkan skru saddle dengan pulasan yang optimum (bukan maksimum) dan sentiasa berhati-hati supaya tidak memulasnya terlalu ketat. Kalau terlalu ketat dikhuatiri pengepit logam kecil pada saddle akan pecah.

Bila disiasat dengan lebih terperinci... Alur skru dalaman pada saddle dah haus, longgar dan tidak dapat diketatkan lagi.

Mana aku nak cari alat ganti (spare part) untuk unit di atas sahaja?
Jo Noobaxe? Yustech? Hashtag? Nonuz?
Ya, inilah kelemahan FRS, walaupun rekabentuknya adalah 100% sama seperti Floyd Rose Original (FRO) tetapi material yang digunakan adalah jenis yang "lembut" dan tidak tahan lama. Tahun lepas masalah yang sama terjadi pada hex-bolt locking nut, diganti dengan bolt yang lebih keras diperolehi daripada Jo Noobaxe.

Kes seperti ini tidak pernah terjadi pada ex-Replacement aku dulu yang menggunakan Edge-III bridge, walaupun ramai yang komen Edge-III teruk. Sekurang-kurangnya material pada Edge-III (on RG models, not GRG) lebih keras berbanding FRS.


Jadi, sementara menunggu untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai, Mirage ni akan direhatkan dalam rockcase ular untuk suatu jangkamasa yang tidak dapat dipastikan. Aku baru terfikir nak menggunakannya untuk Oktoberfest kelak (faktor string neon). Adakah ini petanda supaya aku menggunakan gitar baru untuk Oktoberfest?

Lepas ni kalau (ya, kalau) aku beli gitar dengan sistem "locking tremolo", aku tak akan beli lagi yang menggunakan sistem FRS. Mungkin aku akan target sistem Edge-Zero II w/ZPS atau ZR atau alang-alang FRO terus.

_____
Ada apa: Kepada rakan-rakan gitaris FRS (atau bakal), jadikan kes ini sebagai tauladan.

Neon Mirage


Dah tak sabar nak pasang tali gitar DR Neon semenjak menjalankan "eksperimen" dengan cahaya hitam beberapa minggu lepas. Kali ni aku mencuba DR Neon hi-def orange (hi-def green disimpan untuk So-Cal).


Pada mulanya aku ingin memasang hi-def orange ni pada Goldie, tapi aku rasa ia lebih sesuai dipasang pada Mirage disebabkan badannya berwarna hitam, suram dan kurang "mojo".

Saduran pada tali ketiga hingga keenam (EAD) agak tahan berbanding pada tali pertama hingga ketiga (GBE, unwounded strings) yang amat senang terkopek lebih-lebih lagi jika anda jenis yang agak ganas menggunakan pick.

Juga agak "menyala" bila terkena flash kamera.
Pada pendapat aku, DR Neon ni agak sesuai dipasang pada gitar yang memiliki fretboard daripada rosewood atau ebony disebabkan terdapat kontras antara warna tali yang terang dan warna fretboard yang gelap, untuk maple ia agak kurang menyerlah.


Seperti entri Bro Sub semalam, memasang tali gitar ni merupakan satu daripada terapi minda, lebih-lebih lagi bila memasangnya pada gitar yang mempunyai jambatan terapung floating bridge seperti Floyd Rose atau Edge (Ibanez). Dan seperti biasa, terdapat satu perasaan yang agak mengujakan bila main gitar dengan set tali yang baru.

_____
Ada apa: Boleh guna untuk Oktoberfest ni nanti...

Antara DR Neon Dan Cahaya Hitam


Cahaya hitam (black light) adalah istilah am atau bahasa pasar bagi sinaran ultra-violet (UV) yang dihasilkan oleh lampu pendafluor khas. Berbekalkan lampu "handheld blacklight" kepunyaan makmal, aku memulakan eksperimen...

Eksperimen yang melibatkan tali gitar DR Neon yang ada dalam stok aku iaitu Hi-Def Green dan Hi-Def Orange.

Ya, kedua-dua tali gitar ni memang bersinar "glow in the dark" apabila disuluh dengan cahaya hitam tadi. Cahaya hitam yang dihasilkan tidaklah seterang mana, sebab ia hanya berkuasa 4 watt yang dijanakan oleh empat biji bateri AA.

Bila nak pasang tali ni pada gitar aku? Entahlah, yang pasti tali yang warna oren tu akan aku pasang pada Goldie. Oh ya, tak lupa saduran (coating) pada DR Neon ni juga berfungsi sebagai pencegah karat, secara tidak langsung ini akan memanjangkan jangkahayat tali ni.

_____
Ada apa: Yang hijau pula?

Ada Sesuatu Dari Crinson Music (Part 4)


Bungkusan yang diterima Isnin minggu lepas (30/7/2012) beralamat dari Crinson Music dihantar menggunakan khidmat ABX Express. Kotak yang berisi gitar Ibanez Gio seperti dalam entri minggu lepas.

Tapi untuk entri ni bukan nak cerita pasal gitar di dalamnya, sebab gitar ni bukan aku yang punya, biarlah tuannya sendiri yang buat ulasan kelak (kalau dia rajin lah, dah tiga bulan tak update blog).

Cuma nak cerita sikit pembelian sampingan (yang ni aku punya) bersama-sama gitar tersebut yang berupa aksesori kecil-kecilan iaitu Snark SN-8 Super Tight clip-on tuner dan DR Neon String Hi-Def Orange.

Pembelian aksesori kecil-kecilan ni sebenarnya menumpang supaya dapat jimat kos penghantaran hehehe...

Pada mulanya aku ingin memesan Korg Pitchclip, tapi paparan Pitchclip tak dapat dipusing 360 darjah dan paparan skrinnya agak low-tech. Jadi aku memilih model terbaru Snark iaitu SN-8 Super Tight clip-on tuner pada harga yang sama.

Kelebihan model ni ia memberikan respon yang cepat dengan paparan yang lebih ringkas berbanding model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru). Kelemahannya pula ia hanya mengesan bunyi secara getaran (vibration) sahaja dan tidak mempunyai internal mic seperti SN-2.

Hi-Def Orange ni pula kononnya bakal dipasang pada Goldie supaya serasi dengan tema warna emas dan jingga/oren. Dua tali gitar jenama DR pemberian Bro Sub iaitu Hi-Def Green dan Evergreen pun masih ada dalam simpanan dan belum digunakan lagi.

Kepada tuan punya gitar Ibanez Gio, bila nak buat entri ulasan kecil-kecilan?

_____
Ada apa: Snark lagi...

Classic Rock Les Paul Replacement Set (Part 2)


Walaupun ia tidak dapat diperolehi dalam bentuk "pre-wired set" seperti dalam entri lepas, aku cuba mendapatkannya secara berasingan.

Diterima semalam dan semestinya diperolehi daripada Dead Eye Guitars (DEG), kedua-duanya telah dipesan pada bulan Disember lepas, waktu tu pikap-pikap DiMarzio ada promosi hujung tahun (nice timing + extra discount as pair).

The legendary Super Distortion DP100 for bridge.

And vintage output PAF 36th Anniversary DP103 for neck.

Seperti kebiasaan berurusan dengan DEG, setiap pembelian (yang terpilih) layak untuk mendapat hadiah percuma (free gift) yang berupa aksesori kecil-kecilan. Kali ni disertakan sekali dengan tali gitar DR Strings Hi-Beam Lite (9-42).

Kedua-dua pikap merupakan jenis normal spacing dan pastinya bakal dipasang pada Goldie aku. As per name says - Classic Rock Les Paul replacement set.

_____
Ada apa: Kenapa tak pilih model X2N (DP102)? D Activator (DP219/220)? Atau Seymour Duncan terus?

Ronda-Ronda Di Peninsula Shopping Complex (Bersama Manggas)


Selasa 15/2/2011 - Kesinambungan dari entri ni, dari Bras Basah Complex kami mula menapak sepanjang Victoria Street menuju Peninsula Shopping Complex.

Manggas LIVE in Singapore, sempat posing tu...

Sebenarnya navigator tukang pegang/baca peta salah tempat. Sepatutnya kami mencari Peninsula Shopping Complex tapi salah masuk ke Peninsula Plaza, sebab tu tak jumpa-jumpa premis yang dicari. Kalau premis-premis Thai banyak la... Padahal seberang jalan je, hahaha!

Oke, dipendekkan cerita... Lepas ronda-ronda di tingkat atas Peninsula Shopping Complex sambil menbelek-belek t-shirt, patches dan CD, kami turun ke tingkat bawah (basement). Ya! Inilah tempatnya!

Davis Guitar, kedai gitar yang pastinya menepati citarasa kami. Majoriti gitar dan bass yang dipamerkan adalah khusus untuk Rockers dan Metalheads - ESP/LTD, Edwards, DBZ, BC Rich and some PRS, Fender, Ibanez. Not forgetting Marshall, Randall, Kustom and VHT amps. I heard lots of stories about Davis from Bro Sub's blog (thE guitaR addicT!).

Seperti biasa "no photography allowed", jadi aku tak dapat snap gambar-gambar di dalam premis... Tapi kalau dari luar premis, itu cerita lain, hehehe!~

Rambang mata! Rambang mata!

Some signature LTDs, including Hetfield's Truckster.

ESP Phoenix, BC Rich Draco,
Panther Sexy Fingers II (colourful marble).

Alexi's signature SVs.

Gus G. signature Eclipse (kiri),
ESP Vintage Plus dan ESP Mirage (M-II?).

Some ESP/LTD Eclipses

Dua orang ahli Manggas tercegat memerhatikan gitar/bass di dalam premis ni. Seorang dah melirik mata pada bass Virgo/Virgin BC Rich, seorang lagi dah target V-shaped DBZ. Aku? Dana-dana yang aku bawa ke Singapura ni adalah amat terhad dan aku terpaksa kuatkan hati untuk tidak terpengaruh dengan gitar-gitar yang ada (especially those f**king Eclipses!).

And more Eclipses, damn!~

Bila dikira dengan kadar forex semasa SGD1.00 = RM2.44 (pada ketika itu), rata-rata harga gitar/bass di premis ni agak murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia (terutamanya beberapa model LTD dan BC Rich yang aku tau harga semasa).

Supaya tidak tergoda, aku mengalihkan pandangan pada sudut aksesori, terutamanya strings berdekatan kaunter. Mataku tertumpu pada DR Neon dan Dean Markley, seperti yang pernah dihadiahkan oleh Bro Sub kepada aku dulu. Agak premium juga harga DR Neon tu... Lupa pula nak tengok harga DR Neon untuk bass...

Kemudian mataku tertumpu pada jenama GHS, model spesifik GHS PRDM (Dave Mustaine signature Progressives) yang sememangnya dah lama aku cari (untuk dipadankan dengan Abominations aku).

Tak dapat beli gitar, beli strings pun jadilah...

GHS PRDM @ SGD8.70 (RM21.23) dan GHS Boomer @ SGD6.20 (RM15.13), memang agak murah kalau dibandingkan dengan harga pasaran di Malaysia - PRDM @ RM25-30, Boomer @ RM18-20 (Bintulu @ RM25). Disebabkan Boomer 011 aku dah trade dengan Dunlop KFK, jadi aku tak sempat merasa guna string GHS, sebab tu aku beli Boomer 009 (simpan dalam stok).

Kalau diikutkan hati, sehari suntuk pun tak cukup merambang mata di Davis ni. Tapi disebabkan lepas ni nak kena pi stadium, nak kena datang awal untuk secure FTTB bagi mereka yang memegang tiket Pen A. Terpaksa kami menamatkan sessi rambang mata. Yang dua orang tadi tu katanya nak datang lagi keesokkan hari.

Then off we go to Singapore Indoor Stadium!

_____
Ada apa: Ramai pula yang pakai t-shirt Iron Maiden di kompleks ni... Bila berselisih, kurang-kurang senyum atau mengangguk, walaupun tak kenal.

thE guitaR addicT! (Part 5)


Petang tadi aku menerima bungkusan dari Singapura, ni tadak kaitan dengan Konsert Iron Maiden bulan Februari nanti mahupun barang eBay, tapi kesinambungan daripada entri blog thE guitaR addicT! ni.

Cantik setem ni, pastinya Mhagnoth berkenan kan?

Kali ni Bro Sub ada bagi alamat, tapi alamat URL... Hahaha!

DR Neon Hi-Def Green dengan hype "The Luminescent String" .009-.042 gauge (atau lebih dikenali dengan string no. 9). Info dari website DR Strings, Neon series ni akan "glow in dark" bila disuluhi oleh lampu UV. Sesuai untuk mereka yang selalu main di kelab-kelab malam atau pentas gelap.

Imej link dari website rasmi DR Strings.

Ini merupakan pek strings yang keempat aku terima daripada Bro Sub selepas Dean Markley, DR Extra Life Evergreen dan Pyramid. Complimentary gift for an avid commentor of his blog.

Untuk menjimatkan kos pembungkusan, strings dibungkus secara berpasangan, dua strings dalam satu sampul. Simple act yet effective cost saving.

Memang hijaunya lebih cerah (fluorescent colour) berbanding DR Extra Life Evergreen. Pastinya akan lebih gempak jika ia dipasang pada gitar dengan fretboard dari kayu rosewood atau ebony berbanding maple.

Tapi aku belum terasa nak pasang strings ni kat Abominations atau Replacement dalam masa terdekat ni, sebab nak cuba kualiti strings Martin/Darco atau Pyramid dulu. Hehehe Extra Life Evergreen pun masih belum pasang.

Bro Sub, thanks again...

_____
Ada apa: Bertambah koleksi strings aku.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger