_____
AADI: Akhirnya ada Gers' signature Fender (macam pernah ada signature Sandberg).
Wordless Wednesday: Fender 50th Maiden
oleh Ijau D. Koceng 03 December 2025 pada 6:00 AM 0 commentsSepetang Di Hijau Lounge
oleh Ijau D. Koceng 05 January 2025 pada 6:00 AM 0 commentsMemulakan 2025 dengan entri POV Sarawak Metal Regime 2024 minggu lepas. Entri ini bukan ulasan gig, lebih kepada pengalaman aku sebagai peserta dan penonton. Untuk ulasan yang menarik boleh layari website Malaysia Music Scene.
Sepanjang cuti sekolah dan Krismas kami sekeluarga bercuti di Kuching, hari Jumaat (27/12/2024) baru bertolak ke Sibu. Sudahpun menempah bilik keluarga di RH Hotel lebih awal supaya senang untuk aku berulang-alik ke lokasi gig Hijau Lounge yang berada di tingkat bawah hotel.
Kali terakhir aku ke Sibu empat tahun lepas ketika musim pasca PKP dalam perjalanan ke Kuching untuk urusan kesihatan Mrs. Ijau. Selepas itu dengan siapnya lebuh raya Pan Borneo, bandar Sibu tidak lagi dilalui (bypassed) setiap kali ke Kuching.
Sabtu (28/12/2024) - Geng-geng lain dari Bintulu katanya bertolak ke Sibu sekitar 9.00 pagi dijangkakan tiba di Sibu sekitar 11.00 pagi dan hanya akan berjumpa dengan mereka di lokasi pada sebelah petang.
Aku tidak dapat menyertai mereka untuk sessi ronda-ronda dan makan di bandar Sibu pra gig kerana aku ada urusan sendiri bersama keluarga pada sebelah pagi dan tengah hari.
Soundcheck dijadualkan pada pukul 4.00 petang, aku sudah berlegar-legar di lobi hotel sekitar 3.40 petang mengintai muka-muka yang dikenali yang keluar-masuk ke Hijau Lounge.
Ketika band Conception sedang soundcheck, ada kelibat Nas Korawk (Dj Nas?) sedang membuat liputan langsung (TikTok?) agak trendy gitu. Sementara menunggu ketibaan kontinjen Bintulu yang lain, aku sempat berborak dengan Nuing yang juga ada di lokasi kejadian.
Kontinjen Bintulu (Erectus, Lost Infidel, Curse Of God) tiba sekitar 4.30 petang, yang juga disertai oleh Asri (Cop Kids/Medusa) yang bertugas sebagai roadie/guitar tech tidak rasmi untuk Azrol dan Bro Eden.
Erectus memulakan soundcheck dengan sebuah lagu sahaja - Syair Siulan Sayu. Untuk persembahan penuh, Erectus akan memainkan enam buah lagu:
- Syair Siulan Sayu
- Komander Teragung
- Saqang
- The Ancient Throne Of Metal
- Gemersik Ritma
- Amarah Duka (Puaka Dunia Part 1)
Untuk gig kali ini Azrol menggunakan ex-Dinky aku (Jackson DK2 Dinky) yang sememangnya lebih serasi dengan Azrol, aku tidak menyesal melepaskan gitar ini kepadanya. Alim pula menggunakan Jackson JS32 Rhoads. Gitar cabang-cabang signature Erectus katanya tidak dapat lagi digunakan kerana sudah rosak akibat banjir.
Rig aku ringkas seperti yang dirancang ketika jamming beberapa minggu lepas - my trusty metallic forest Tommy (Ibanez SR300), wireless Joyo JW-03 dan Zoom MS-70CDR untuk fungsi compressor, sedikit drive dan tuner.
Lost Infidel band yang asalnya dari Kuching kini juga disertai oleh Bro Eden sebagai bassist, menggunakan bass Cort 5-string (A5?), Polytune 3 dan dua buah pedal Microtubes ke amp backline Hartke HD150.
Sessi soundcheck berakhir sekitar 6.00 petang, aku kembali naik ke bilik hotel untuk mandi, urusan keluarga dan rohani. Turun semula ke Hijau Lounge sekitar 7.30 malam.
![]() |
| Imej Malaysia Music Scene. |
Aku tak banyak gambar menarik semasa kejadian, agak malas nak keluarkan kamera. Aku ingin enjoy sebagai penonton, harapkan gambar-gambar ehsan daripada Facebook rakan-rakan (yang public). Sekali lagi, entri ini hanyalah POV aku, untuk ulasan gig yang menarik boleh layari website Malaysia Music Scene. [Updated: Jika ada gambar-gambar menarik, akan aku tambah dari masa ke semasa]
Agak gembira dapat tengok bass ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) masih lagi berkhidmat dengan Curse Of God sejak dilepaskan pertengahan 2012 dulu. Bass ini juga digunakan oleh bassist/vocalist Severe Bleeding. Donny pun masih setia menggunakan Cort VX-2V-nya.
Penting berbekalkan sepasang earplug sebegini untuk menjaga kesihatan telinga dek PA system yang bingit. Dipakai ketika menonton band lain beraksi, tapi dibuka ketika membuat persembahan kerana ingin fokus dengan bunyi-bunyian di atas pentas.
Nuing mula lepak di atas setelah penat seharian di lokasi sejak sessi soundcheck petang tadi. Asri yang kini bertukar kareer daripada roadie/guitar tech menjadi juru kamera pula. Ruangan atas (mezzanine floor) ini dikhaskan untuk band berehat dan menyimpan kelengkapan.
Gig berakhir sekitar 11.40 malam, tapi melepak seketika dengan rakan-rakan di luar Hijau Lounge sebelum naik ke hotel selepas pukul 12.00 malam.
Post-mortem gig:
- Acara diadakan dalam suasana masih musim cuti Krismas, pengunjung yang datang tidak seramai yang dijangkakan. Mungkin ramai yang masih bercuti di luar kawasan.
- Metalhead Sarawak walaupun nampak ganas tapi memiliki mindset one of the best camaraderie in music. Selain keharmonian pelbagai kaum standard Sarawak, gig ini juga disertai oleh OKU - gitaris kidal Baksidik mengalami masalah penglihatan, manakala vokalis Lost Infidel masih lagi bertongkat selepas terapi kaki. Kalau bab usia tak perlu ceritalah...
- Lampu kelip-kelip, putar-putar ala disko semasa persembahan sedikit sebanyak mengganggu visual aku, biasalah mata dah tua, rasa nak pening pun ada. Kalau ada yang photosensitive epilepsy (PSE) sudah pasti akan sawan.
- Perlukan in-ear monitor (IEM) peribadi untuk persembahan pentas bingit sebegini. Selain untuk perlindungan telinga, juga supaya dapat fokus bunyi-bunyian tanpa mengharapkan sepenuhnya monitor atas pentas.
Inilah gig pertama aku di luar Bintulu dan secara rasminya menjadi penutup diari permuzikan aku untuk 2024. Erectus katanya selepas ini akan rehat daripada menyertai gig kerana ingin fokus dengan pembikinan lagu-lagu terbaharu yang kini dalam proses brainstorming. Semoga maju jaya.
_____
AADI: Teringat gig mula-mula berkongsi pentas dengan Erectus belasan tahun lepas.
King Explorer
oleh Ijau D. Koceng 07 December 2024 pada 6:00 AM 0 commentsDihubungi oleh seorang rakan atas rakan yang meminta servis dua buah gitar miliknya. Katanya servis aku disarankan oleh Nasuki Malim (Bintulu Buskers). Orang yang sama membeli lima pedal-pedal aku dalam entri ini dan ini.
Gitar pertama ialah sebuah Gibson 2017 Explorer. Bermasalah pada tombol bridge volume, bila dipulas maksimum (10) tiada bunyi, tapi bila diturunkan sedikit (~9) kembali ada bunyi.
Dihantar bersama-sama hardcase. Walaupun tersedia sebungkus tali Ernie Ball, tapi tuan punya hanya perlukan service tombol sahaja. Tiba-tiba teringat ex-Korina aku...
Menjenguk isi perut, fuh!~ Beginikah susunan wayar-wayar di dalam sebuah Gibson? Masih mengekalkan pot asal Gibson dan timah pateri masih cantik. Maknanya ini merupakan pematerian asal dari kilang. Ikut pengalaman aku, gitar-gitar buatan China dan Indon lebih kemas sususan wayar-wayar dalaman berbanding Explorer ini.
Penyelesaian pantas, kesemua pot dicuci dengan electronic contact cleaner, tak perlu tukar pot. Dulu amat susah mencari produk ini, sekarang sudah ada dijual di premis Mr. DIY.
Lain cerita dan untuk rekod, gigbag G-PG-335V Pro Go juga boleh memuatkan gitar berbentuk Explorer dengan sedikit pelarasan kedudukan bantal bawah dan leher.
Gitar kedua pula sebuah Jackson JS32 King V, model 2010 buatan India, ketika mana batch JS32 masih didatangkan sekali dengan gigbag Jackson Bomb sama seperti ex-Kelly Kelly aku hampir 15 tahun lepas.
Untuk King V ini hanya servis untuk pemasangan tali dan talaan sahaja. Tuan punya tak pandai memasang tali dan setup pada gitar ber-Floyd Rose.
Dibekalkan dengan tali DR Dragon Skin bersaiz 9-42. Sebagai tali yang bersadur (coated), sadurannya terasa agak kesat pada jari, perasaan yang sama seperti saduran versi Neon.
Kalau biasa pasang tali pada gitar ber-Floyd Rose (Special, 1000-series), variasi lain pun tak ada masalah seperti licensed Jackson ini, Gotoh GE1996T, Ibanez Edge-III dan/atau Edge Zero II. Ditala pada drop-D seperti yang dipinta.
Tiada bermain pateri untuk servis kali ini, kedua-duanya dapat diselesaikan dalam masa sekitar satu jam.
_____
AADI: Ada lagi sebuah baru masuk untuk servis.
Let-Go: Dinky
oleh Ijau D. Koceng 20 July 2024 pada 6:00 AM 0 commentsMengucapkan selamat tinggal kepada gitar paling bongsu dalam axology aku iaitu Jackson Pro Series DK2 Dinky (Dinky). Baru sahaja berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran paling aktif di Bintulu, tak lain tak bukan Azrol (MUP, Erectus, Larrong).
Gitar pertama dilepaskan tahun ini menjadikan axology aku turun menjadi lapan unit, makin menghampiri sasaran semasa iaitu 6-7 unit.
Sejak dimiliki penghujung 2022 ia hanya pernah dibawa jamming sekali, selebihnya menjadi "koleksi" terperap dalam hardcase. Belum ada nilai-nilai nostalgik atau attachment, jadi tiada masalah untuk aku melepaskannya walaupun ia sebuah gitar bertaraf hi/mid-end.
[Edited] Added on 22/07/2024.
Aku lebih rela jika ia berada di tangan Azrol berbanding orang lain, kerana aku tahu gitar ini akan pergi jauh seperti gitar-gitar lain sebelumnya (ex-Mirage, ex-Deluxe). Katanya ia akan dibawa untuk persembahan Larrong di Asakusa Deathfest 2024 (Japan) November kelak.
Fuh, Dinky balik kampung.
_____
AADI: 2024 purging #1.
2023 Yang...
oleh Ijau D. Koceng 31 December 2023 pada 6:00 AM 3 komen:Hari terakhir 2023 seperti tahun-tahun sebelumnya akan ada entri sinopsis tahunan AADI.
1) Tinju - Passion dan highlight aku untuk 2023. Pada mulanya untuk kesihatan kemudiannya menjadi gaya hidup. Entri-entri berkaitan tinju mula menyelit dalam AADI. Cerita sinopsis pasal tinju telahpun dibuatkan dalam entri berasingan minggu lepas.
2) Kegitaran - Tiada gitar diperolehi tahun ini (selamat), tapi gajet lain masih ada yang masuk - wireless Joyo, MT-2-3A, GT-OD, G1Xon Four, BC-2, Mojo Gilbert dan amp Series One 10 AE. Gajet keluar - GDI21 dan MG-30.
Juga rancak memperolehi beberapa pikap gitar, sama ada untuk kegunaan mahupun koleksi - Jazz, 490R, Vintage Blues Set, Blackouts AHB-1N dan Julianbucker.
Seperti biasa, gitar-gitar sendiri menjadi mangsa pertukaran pikap. Juga sempat menservis Strat Bro Eden secara impromptu di REG Studio.
Berjaya melepaskan dua buah gitar - JS32 King V #2 (ex-Praetor) dan EC-257 (ex-Sven) menjadikan axology aku turun menjadi sembilan.
3) Kugiran - Langsung tiada gig yang disertai tahun ini, jamming pun cuma tiga kali - ketika jamming farewell Methodman bulan Ogos, jamming santai rock kapak awal dan pertengahan Disember.
4) CD - Empat album diperolehi tahun ini iaitu Glory To The Brave, Hushed And Grim, Medicine To Midnight dan Firepower. Dengan adanya platform online seperti Spotify dan YouTube Music sedikit sebanyak mencairkan minat untuk memiliki format fizikal selain harga yang melonjak naik.
5) PC gaming - Banyak tajuk yang dimuat turun dari Steam - Left 4 Dead 2, The Witcher, Wasteland 3, Call Of Pripyat, Metro 2033 Redux - tapi semuanya hanya 15-30 minit sahaja sempat dimainkan tahun ini. Kecuali L4D2 yang kini menjadi mainan harian (hence 83%). Teringin untuk kembali berkonsol PS4, mungkin boleh masuk sasaran tahun 2024.
6) Kaki wayang - Tahun ini makin menjadi-jadi dengan pembukaan GSC Bintulu (The Spring) sebagai saingan TGV Bintulu (Boulevard). Antara filem yang sempat dilayan tahun ini - The Creator, Expend4bles, The Equalizer 3, Dead Reckoning Part 1, Polis Evo 3, The Flash, Rise Of The Beasts, GOTG Vol. 3, Mario, Sisu, Honor Among Thieves, John Wick: Chapter 4, Ruse De Guerre, 65, Slam Dunk, The Last Wish dan Plane. Jika ditanya filem terbaik yang aku tonton untuk 2023, aku pilih The Creator.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2024 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: Aku perasan tahun 2023 ini terasa berlalu begitu pantas.
Let-Go: Praetor
oleh Ijau D. Koceng 01 June 2023 pada 6:00 AM 0 commentsMemulakan bulan Jun dengan melepaskan gitar pertama untuk 2023 - Jackson JS32 King V #2 (Preator).
Hanya tujuh bulan dalam axology dan tak sempatpun dibawa jamming. Ia telah dilamar oleh seorang rakan sepergitaran yang katanya minat model King V. Bila rakan tadi dapat tahu yang aku ada model ini (lagi), terus meminta aku untuk melepaskannya. Kalau dapat balik modal, lepaskan sajalah... Lagipun masih ada satu lagi Jackson dalam axology.
Ironinya, rakan tadi adalah orang yang sama memiliki King V #1 aku (ex-Sarge) sebelum pandemik dulu. Nak dijadikan cerita, King V itu pula telah dipau dibeli secara paksa oleh seorang gitaris veteran Bintulu selepas pandemik, yang juga katanya peminat tegar gitar-gitar Jackson. Hahaha ada-ada sajalah korang ni...
Seymour Duncan Jazz/JB yang dipasang bulan Mac lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal Jackson (Belcat) untuk mengembalikan setup dan nilai asal. Axology aku menurun kembali menjadi 10. Permulaan yang bagus, kalau boleh sasaran ingin diturunkan sehingga 6-7 unit sahaja.
Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kotobian tadau tagazo do kaamatan dan gayu guru gerai nyamai kepada rakan-rakan, pengikut dan pembaca AADI di Borneo ini.
_____
AADI: 2023 purging #3.
Duncanised Praetor
oleh Ijau D. Koceng 18 March 2023 pada 6:00 AM 0 commentsSegala modifikasi yang ada pada Praetor sebelum ini (locking nut, locking bridge, locking tuner, pikap) dikeluarkan dan dipasang dengan parts asal, kecuali pikap.
Untuk pikap, kali ini dipasangkan dengan set "hot-rodded" Seymour Duncan JB Model TB-4 (JB kontot) dan Jazz SH-2N yang baru diperolehi bulan lepas. Kenapa? Rujuk perenggan terakhir...
Semenjak dimiliki, gitar ini belum sempat lagi dibawa jamming. Minggu depan dah masuk bulan puasa, nampaknya lepas raya baru dapat beraksi.
Akhirnya, ada juga gitar aku yang berkombo JB/Jazz, Jackson King V dengan set JB/Jazz pastinya akan mengingatkan pada seorang ikon thrash metal.
_____
AADI: Gitar ketiga ber-JB dalam axology.
JS22-7 DKA HT
oleh Ijau D. Koceng 14 January 2023 pada 6:00 AM 0 commentsOk, awal-awal aku bagitau Jackson JS22-7 DKA HT 7-string Dinky ini bukan gitar aku, ini gitar Nuing yang meminta aku memesannya ketika dia masih bercuti Krismas di Sibu.
Diperolehi daripada Pusat Muzik Reco melalui platform Shopee mereka, Reco masih ada stok model ini berbanding premis lain. Sudah agak lama aku tidak berurusan dengan Reco, kali terakhir tahun 2018.
Katanya teringin juga memiliki satu gitar bertali tujuh, pernah melamar Darth Sven (EC-257) aku, tapi sayangnya tak kena dengan jiwa. Nuing lebih selesa memainkan gitar jenis superstrat berbanding singlecut.
Menerimanya Jumaat minggu lepas (06/01/2023), aku hanya sempat memandu uji sekejap dan mengambil beberapa gambar untuk modal entri AADI sebelum dituntut keesokan harinya.
Bagi sebuah siri JS22, tiada apa yang menonjol kecuali kualiti pertukangannya yang menyamai sebuah siri JS32 tapi pada harga yang lebih murah. Sama seperti siri-siri JS32, badannya juga daripada kayu poplar, amat ringan sekitar 3.1 kg sahaja.
Fretboard kayu amaranth pada gitar ini nampak lebih gelap berbanding yang ada pada JS32 King V (Praetor) aku dan JS32 Dinky biru Methodman. Penampilan lebih menarik kerana ada inlay piranha tooth berbanding dot yang membosankan pada JS22 lain.
Bijak untuk Jackson menjadikan gitar ini berskala 26.5" seinci panjang berbanding standard Stratocaster 25.5" supaya lebih mudah ditala dan diintonasi untuk B-standard atau lebih rendah tanpa perlu menggunakan saiz tali yang lebih tebal.
Area bolt-on agak janggal kerana tiada plat logam seperti Dinky tradisional atau bulat seperti Dinky moden.
Juga disertakan dengan kabel generic dan strap Ibanez sebagai hadiah percuma daripada Reco. Manakala suis toggle Allparts dan tiga keping pick Papahet's White Fang itu merupakan pembelian menumpang.
Dengan adanya JS22-7 DKA HT ini bersemangat kembali mengeluarkan Sven aku yang sudah lama tidak dimainkan. Mungkin tiba masanya untuk MUP menjelajah dan bereksperimentasi dengan muzik gitar bertali tujuh.
_____
AADI: Bila nak jammig?
JB Model Tribute
oleh Ijau D. Koceng 12 January 2023 pada 6:00 AM 0 commentsTerpanggil sedikit untuk merapu isu semasa, dunia kegitaran kehilangan seorang lagi hero - Jeff Beck.
![]() |
| Sumber. |
Aku tak kenal Jeff Beck sebagai artis, tapi aku kenal Jeff Beck melalui pikap Seymour Duncan signature beliau iaitu JB Model, itupun aku dapat info daripada blog The Guitar Addict belasan tahun lepas.
JB Model tak kisah versi humbucker (SH-4) atau trembucker (TB-4) menjadi pikap idaman untuk dipasang pada gitar peribadi selain Screamin' Demon dan 59/Custom (ketika itu). Faktor utama ialah pengaruh hero-hero aku yang menggunakannya.
Beberapa kali memperolehi pikap JB ini dan ingin dipasang pada gitar yang dimiliki tetapi tidak kesampaian (ketika itu), contohnya ini, ini dan ini. Tak lupa juga yang pernah dipasang pada ex-Mr. Smith yang hanya bertahan beberapa bulan sebelum dilepaskan bersama gitarnya. Tetapi kembali semula dalam bentuk JB kontot.
Kini aku memiliki dua gitar yang memang didatangkan dengan pikap JB, pertama versi SH-4 pada Prestige Heritage Custom Deluxe MC (Chucky). Kedua versi TB-4 pada Jackson DK2 Dinky (Dinky).
Pendapat aku JB Model ini pikap jenis serba boleh untuk pelbagai genre muzik dan ampuh dipasang pada apa jua jenis gitar sama ada Strat atau Les Paul (hollow/semi tak pasti). Kalau kem DiMarzio mungkin saingan terdekatnya ialah model Super Distortion atau Tone Zone.
Terima kasih Jeff Beck, walaupun entri aku ini agak lari dari konteks.
_____
AADI: TerGAS pula dengan Custom 5.
Death Alumitone Praetor
oleh Ijau D. Koceng 07 January 2023 pada 6:00 AM 0 commentsEntri pertama untuk 2023, menjadi rutin seperti tahun-tahun sebelumnya (2021, 2022) untuk memasang/menukar pikap gitar sendiri pada ambang/malam tahun baharu.
Kali ini gitar Praetor pula menjadi mangsa, dipasang dengan set Lace Alumitone/Deathbucker menggantikan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 sebelum ini. Kenapa? Kerana aku boleh...
Selagi ada nafsu dan kerajinan, set pikap begini akan *berotasi keluar-masuk dalam gitar-gitar aku sehingga mendapat kombinasi gitar-pikap yang memuaskan hati. Selebihnya tak perlulah aku cerita ketemberangan pikap ini.
Inipun aku tak janji berapa lama boleh bertahan pada gitar ini, nanti dah bosan atau jika sudah ada pikap pasangan D Sonic camo, pasti akan bertukar lagi.
_____
AADI: *Dah lompat empat gitar.
2022 Yang...
oleh Ijau D. Koceng 31 December 2022 pada 8:00 AM 4 komen:Hari terakhir 2022 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Pendapat aku, secara amnya kehidupan harian pada 2022 mula menarik selepas fasa endemik diumumkan.
1) Kesihatan - 19 Februari aku disahkan positif COVID-19 dan berkuarantin kendiri seminggu di rumah. Hari kelima kuarantin, ketiga-tiga anak aku Lil, Jr. dan Arlo pula positif, Mrs. Ijau setakat ini masih kebal. Mujurlah hanya dikuarantin di rumah, kalau kena tahun lepas atau 2020, memang berkampung di hospital atau pusat kuarantinlah jawabnya. Tapi serius, budak-budak lebih cepat sembut berbanding dewasa. Aku pasca-COVID masih semput 2-3 bulan baru betul-betul sembuh.
Dan sekali lagi kena 9 Disember lepas, tapi kali kedua ini tidak sesakit pertama kali. Hanya seperti demam selesema biasa sahaja. Tapi sindrom pasca-COVID tetap sama, ketika menaip entri ini pun masih semput.
2) Jamming dan kugiran - Hanya menyertai dua gig bersama MUP tahun ini, ada juga dijemput untuk beberapa gig/acara lain tapi terpaksa ditolak kerana kekurangan korum.
Pertama, King's Studio Open Gig awal Julai dan kedua Local Gig 2022 awal Disember lepas. Tiada apa yang menarik, masih memainkan lagu-lagu cover selain satu lagu sendiri. Tahun hadapan akan diusahakan untuk 1-2 lagu original.
Tahun ini juga ada menyertai kolaborasi kegitaran dengan rakan-rakan online - contohnya kolaborasi CNY dan raya anjuran Dead Eye Guitars.
Yours truly @ 14:05.
Yours truly @ 6:12 (dan 0:18).
3) Kegitaran - Kononnya tahun ini juga ingin meneruskan 2020 purge, tapi tidak bejaya kerana TERtambah pula empat buah - Prestige Heritage Custom MC (Chucky), Hagstrom Ultra Swede (Swede), Jackson JS32 King V (Praetor) dan DK2 Dinky (Dinky).
Yang keluar ada dua LTD EC-1000VB (ex-Deluxe) berpindah milik kepada Azrol yang kini menjadi gitar utamanya touring bersama Larrong dan Cort G200DX (ex-Woody) pula telah dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bersempena perkahwinannya beberapa minggu lepas, menjadikan axology aku pi mai pi mai tangtu masih lagi sebelas!
Gajet masuk: MojoMojo, Polytune 3, Sentry, BDI21, TO800, BH 770, BanTamp XL Zombie II, Dark Matter, Rockboard Tres 3.1, GDI21, MS-70CDR dan ME-80.
Gajet keluar: Blackstar HT-5RH + HT-112 sahaja. Akan cuba meneruskan purging tahun hadapan, terutama kuantiti gitar yang kini memasuki tahap hoarder, perancangan akan cuba (iye?) mengurangkan sehingga tinggal 6-7 buah sahaja.
4) Guitar techie - "Mengerjakan" gitar sendiri itu sudah pasti, tapi juga pada gitar rakan-rakan; memasang set pikap Seymour Duncan Black Winter pada RG370AHMZ Nuing dan menservis bass Ibanez Roadstar II milik REG Studio.
5) PC Gaming - Agak rancak sekejap memainkan beberapa game klasik yang dimuat turun menggunakan Steam - Planescape: Torment, Bardur's Gate II, Prince Of Persia: Warrior Within, Prince Of Persia: The Two Thrones. Yang masih tak sempat dimainkan - Icewind Dale, Bardur's Gate dan Wasteland 2.
6) CD/DVD - Hanya memancing tiga CD audio sahaja tahun ini - Saqang (EP), Corporeal Undead dan Battles. Harga runcit semasa CD kadang-kadang membantutkan hasrat untuk memancing.
7) Kaki wayang - Semakin aktif mengkaki wayang di TGV Cinemas. Seperti biasa, selera genre aku hanya pada filem-filem aksi, sci-fi dan geekstuff, yang terlayan setakat ini ialah The Batman, The Contractor, Doctor Strange In The Multiverse Of Madness, Top Gun: Maverick, Sonic The Hedgehog 2, Jurassic World Dominion, Minions 3: The Rise Of Gru, Bullet Train dan Black Adam.
Juga sudah ada pawagam alternatif iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) yang baru dibuka di The Spring Bintulu minggu lepas. Filem Avatar: The Way Of Water dilayan di sini.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2023 kelak menjadi semakin ohsem. Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: Teringin kembali berseni bela diri, atau cuba tinju (boxing) atau MMA.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-



























































