Showing posts with label arlo. Show all posts
Showing posts with label arlo. Show all posts

Kaiju, Tapioca, Caramel Macchiato!


Pantang ada filem untuk tontonan sekeluarga, pasti anak-anak akan melobi, apatah lagi bila trailer Minions 3: Minions & Monsters mula berlegar dalam media sosial. Franchise Minions dan Despicable Me merupakan kegemaran anak-anak (dan si ayah juga).

Memilih tayangan 11.00 pagi Sabtu dua minggu lepas (11/07/2026) di family friendly hall @ junior TGV Bintulu yang aku rasa lebih selesa berbanding play hall GSC Bintulu.

Agak stand-alone filem kali ini hampir tiada kaitan dengan dua filem Minions sebelumnya. Minions utama dalam filem kali ini pun bukannya Kevin, Stuart dan Bob. Jalan ceritanya pula seperti tiada hala tuju yang nyata, lebih kepada faktor escapism dan jenaka semata-mata dan kami terhibur kerananya, sudah kira berbaloi untuk tontonan sekeluarga...

_____
AADI: Gru, Kyle dan Agnes juga ada buat penampilan semasa kredit.

SoulDiM Lagoon


Seperti yang disasarkan dalam entri 16 tahun bergitar, mulanya ingin melepaskan gitar Ibanez RGA42FM (Lagoon) ini, tapi kebelakangan ini anak aku si Arlo pula minat dengan gitar ini berbanding gitar lain dalam axology aku. *Si Arlo ini mula menunjukkan ciri-ciri minat muzik rock sejak tahun lepas.

Dipasangkan dengan pikap generik SoulDiM alnico (neck 8k, bridge 12k) dengan kemasan zebra yang diperolehi melalui Shopee, set pikap model paling murah dalam katalog SoulDiM. Pikap sebelum ini dipasang semula pada gitar asalnya iaitu Swede (Hagstrom Ultra Swede).

Walaupun outputnya tidak se"hi-fi" pikap berjenama (ikut pendengaranku), tapi sekurang-kurangnya gitar ini dapat digunakan tanpa perlu melambungkan harganya. Pemasangan mengambil masa tak sampai setengah jam kerana suis 5-arah Ibanez 3SWLSP5 yang memudahkan kerja-kerja pematerian.

Kemudian dipasangkan dengan tali Ernie Ball Hybrid Slinky (9-44) pada talaan E-standard. Seperti siri-siri RG Ibanez yang pernah dimiliki sebelum ini (RG350M, GRG270), hampir terlupa betapa selesanya memainkan sebuah RG (ringan, ergonomik), terutama varian RGA yang memiliki badan yang cembung.

Sekarang agak berbelah bagi pula jika ingin melepaskannya lagi. Aku pernah mengiklankannya kepada rakan-rakan sepergitaran, mujurlah belum ada yang berkenan.

_____
AADI: *Mrs. Ijau pun tepuk dahi...

Mario Galaxy


Kesinambungan filem The Super Mario Bros. Movie tiga tahun lepas, sekali lagi anak-anak aku melobi untuk menonton filem sekuelnya The Super Mario Galaxy Movie di pawagam. Dan menunaikan hajat mereke Sabtu lepas (11/04/2026).

Kali ini memilih family friendly hall TGV Bintulu atas faktor waktu tayangan yang lebih mesra ayah 11.00 am dan harga tiket yang murah sedikit berbanding play hall GSC Bintulu. Seperti filem Papa Zola The Movie: Game On, hanya aku dan anak-anak sahaja yang pergi, Mrs. Ijau tak nak ikut.

Entahlah, aku agak lost dengan plot filem kedua Mario ni. Apa-apa yang melibatkan Bowser agak longgar plotnya. Begitu juga dengan Bowser Jr. yang over-powered dan Yoshi pula agak menjengkelkan. Tapi aku tak kisahlah, dapat tengok anak-anak terhibur sepanjang tayangan terutamanya si autis Jr. pun sudah kira berbaloi untuk tema dad and kids day out.

Selebihnya tak perlulah spoiler sangat.

_____
AADI: Ada cameo Minions(?).

Antara Papa Zola Dan Papa Ijau


Ketiga-tiga anak aku sepakat melobi aku untuk tengok Papa Zola The Movie: Game On sejak ia dirilis minggu lepas. Memilih tayangan 10.05 pagi Sabtu (20/12/2025), seperti biasa Play Hall GSC Bintulu menjadi pilihan jika menonton bersama anak-anak. Tapi kali ini hanya aku dan anak-anak sahaja yang pergi, Mrs. Ijau tak ikut. Memang dad and kids day out lah jadinya, sesuai dengan tajuk filem...

Pada pendapat aku, Monsta Studios terlepas peluang untuk menunjukkan kehebatan sebenar Papa Zola ketika filem kedua BoboiBoy Movie 2 (minit 1:42:29). Sepatutnya ketika ini Papa Zola bertarung secara serius kerana Pipi Zola disakiti, tapi masih "dilawakkan" dengan moniker Papayam.

Tanpa membuka banyak spoiler, aku boleh bagi tiga rumusan untuk filem - Pertama, ia merupakan redemption arc untuk watak Papa Zola setelah "dilawakkan" sepanjang siri/filem BoboiBoy dan "dibuli" anak isteri dalam siri Papa Pipi.

Betul, dalam filem ni ada Bas Mini Wilayah.

Kedua, menceritakan sedikit sebanyak latar belakang (back story) Papa Zola dan Mama Zila sebelum era BoboiBoy (tahun 80/90an? Sebab KL masih ada bas pink). Dan sedikit terungkai misteri bagaimana Papa Zola boleh jadi watak game (yang melawan Raksasa Tidur) dalam musim pertama BoboiBoy.

Ketiga, filem ini seperti ditujukan khas buat mereka yang bergelar ayah. Jika anda seorang ayah atau father figure sesebuah keluarga, pasti akan ada babak yang membuatkan anda mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya terasa sebak di dada.

Jika anda peminat BoboiBoy universe - 10/10.
Jika anda berstatus ayah tapi tak follow BoboiBoy universe - 7/10.
Jika anda peminat BoboiBoy yang berstatus ayah - 11/10 must watch!

Jangan keluar awal, sebab ada dua post-credit scenes (macam Marvel) yang ada kaitan dengan projek filem ketiga BoboiBoy.

_____
AADI: Juga ada cameo BoboiBoy, Gopal, Amato dan geng kedai kopi Tok Aba.

Wordless Wednesday: Muaythai Arlo



_____
AADI: Si Arlo punya, saiz XXS, penangan tengok Muaythai SUKMA.

Boxing Diaries: August 2024


Bulan Ogos ini hanya sempat menyertai empat sessi sahaja. Lebih kurang seminggu combat gym ditutup untuk memberi laluan kepada altet Muaythai SUKMA berlatih.

Beberapa orang jurulatih PS Boxing dan PS Muaythai juga bertugas semasa SUKMA.

Selain atlet Muaythai Sarawak, atlet dari negeri lain pun katanya ada berlatih di sini, kalau tak silap team Melaka dan Wilayah.

Cerita pasal Muaythai SUKMA pula, sempatlah menjenguk di Paragon Bintulu bersama keluarga pada sessi hari Sabtu 17/8/2024. Macam mana meriahnya seperti yang ditonton di TV dan media sosial, begitulah meriahnya suasana di sini.

Anak ketiga aku si Arlo (6 tahun) menunjukkan minat pada Muaythai, sejak hari pembukaan pun memang sudah dibawa oleh nenek (gelaran pengasuhnya) untuk menonton Muaythai SUKMA. Sampai-sampai di rumah memang dia terus mencari gloves kakaknya dan ajak ayah ber-Muaythai. Tunggulah nanti sampai umurnya lapan tahun kalau masih berminat, baru aku lepaskan untuk ber-Muaythai.

_____
AADI: Agi idup agi bebukut.

Layan Mario Sekeluarga


Semenjak menonton filem Sonic 2 tahun lepas, anak autistik aku si Ijau Jr. agak serik untuk ke pawagam, *katanya "cinema is too loud". Agak terkejut pula bila sebelum cuti raya dia sendiri yang ingin menonton filem The Super Mario Bros. Movie di pawagam. Dan aku berjanji membawanya selepas raya.

Kebetulan minggu lepas hari lahirnya yang kelapan dan minggu depan pula ke-11 kakaknya si Lil'Ijau, alang-alang bawa sekeluarga terus sebagai birthday treats. Memilih tanyangan 10.45 pagi Sabtu lepas di family friendly hall TGV Bintulu. Hanya ada tiga keluarga menonton sessi ini dan dewan terasa agak lapang. Juga merupakan kali pertama anak ketiga aku si Arlo masuk pawagam. Mrs. Ijau pun kali pertama menjejak kaki di TGV Bintulu, nampak sangat bukan kaki wayang hehehe... Zaman ehem-ehem dulu pernahlah dibawa ke Star Cineplex beberapa kali.

*Kali ini aku perasan 90-95% masa memang dia fokus menonton Mario sampai babak post-credits, selebihnya meronda-ronda dewan bersama adiknya si Arlo. Tidak seperti ketika Sonic 2 separuh jalan sudah bosan nak ajak balik.

Bijak juga untuk Nintendo menggunakan khidmat studio Illumination (Despicable Me, Minions) berbanding studio animasi lain (DreamWorks, Pixar), kerana gaya animasi dan lawak Illumination agak unik. Juga di bawah Universal, mesej wokeness tidaklah ketara walaupun ada sedikit, tidak seperti rilisan-rilisan kompeni tikus hitam tu.

Bukan setakat mengetengahkan elemen game Mario Bros., tapi apa-apa franchise Nintendo lain yang ada watak Mario di dalamnya; contohnya Mario Kart, Donkey Kong dan Wrecking Crew ada dalam filem ini. Sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman NES dulu (walaupun hanya memainkan Micro Genius).

Family friendly 5/5, bapa budak zaman NES 5/5.

_____
AADI: Harap suatu hari nanti mereka akan buat filem crossover Smash Bros pula.

Akhirnya... (Part 2)


Sambungan bahagian pertama...

Hari keempat, Selasa 22/02/2022 - sudah tidak lagi memerlukan dos paracetamol, tiada lagi demam-demam, sakit sendi dan kepala. Hanya deria rasa dan bau masih celaru, tapi tak mengapa yang penting selera makan tidak terganggu seperti 2-3 hari pertama. Hari-hari kuarantin lebih banyak masa bermain StarCraft II berbanding gitar, kah kah kah...

Hari ketujuh, Jumaat 25/02/2022 - hari terakhir aku dikuarantin, tapi malam sebelumnya Mrs. Ijau memaklumkan anak-anak (bilik sebelah) pula mula panas badan.

Seawal 4.00 pagi Lil'Ijau (9 tahun), Ijau Jr. (6 tahun, autistik) dan Arlo (3 tahun) menjalani ujian kendiri dan perkara yang aku geruni akhirnya berlaku, ketiga-tiga mereka positif, Allahuakbar... Setakat ini, hanya si kakak Lil'Ijau sahaja yang sudah divaksin, itupun baru satu dos.

Hari kelapan, Sabtu 26/02/2022 - gelang tangan aku sudah dipotong, tapi kesian anak-anak pula demam. Si kecik Arlo terpaksa dibawa ke unit kecemasan tengah-tengah malam kerana muntah-muntah dan SpO2 bawah 95%. Mujurlah tidak berlarutan, stabil dan dilepaskan setengah jam kemudian.

Hari ke-10, Isnin 28/02/2022 - alhamdulillah keputusan ujian kendiri aku pagi ini sudah tidak garis berkembar, dua hari lepas masih garis berkembar. *Maknanya tiada lagi C19 dalam sistem badan aku.

Walau bagaimanapun, pasca C19 memang terasa badan cepat penat walaupun hanya melakukan kerja-kerja rumah ringan mahupun turun naik tangga.

Anak-anak pula tidak lagi demam sejak semalam, tidak ada menunjukkan apa-apa simptom lain dan hari ini sudah ceria dan aktif. Harapnya mereka hanya mendapat versi yang sudah ditapis oleh badan aku (kena hari keenam aku dikuarantin) dan bukannya versi prima. Kini menunggu masa ujian kendiri hari kelima mereka esok...

Selamat tinggal Februari yang mencabar.

_____
AADI: *Achievement unlocked - C19 fighter/survivor.

Koleksi Nasyid Terbaik Raihan (DVD)


Sewaktu membelek katalog Shopee Radin Music Centre, terjumpa DVD Raihan ini pada harga yang menarik. Tak fikir banyak terus masuk shopping cart bersama-sama Senjutsu.

Anak kecik aku si Arlo memang suka dengar lagu-lagu Raihan, sama seperti perangai sepupunya si Aizuddin Madani 20 tahun lepas. Malam sebelum tidur biasanya dipasangkan mp3 Puji-Pujian ataupun Spotify lagu-lagu Raihan. Tapi dia paling suka tengok video Raihan di YouTube sebab ada main kompang.

Dengan adanya DVD ini dapatlah dia layan video lagu-lagu Raihan tanpa perlu aplikasi YouTube (PC, laptop, smartphone, TV box). Hanya pasang di DVD player dan tonton berulang-ulang tanpa memerlukan data dan gangguan kakak/abangnya berebut YT Kids.

DVD ini merupakan keluaran 2007 Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Walaupun bertaraf DVD, tapi kualiti videonya masih kualiti VCD karaoke (640x480?). Tapi tak hairanlah, video asalnya pun dirakam dengan teknologi penghujung 90an dan awal 2000an.

Tapi tengoklah cover depan dan cakeranya... Ada yang tak kena?

_____
AADI: Salam Maulidur Rasul 1443H.

Seminggu Tanpa Entri (Part 3)


Lebih seminggu tanpa entri? Sembilan hari, tak pecah rekod tahun lepas.

COVID-19 itu benar, impaknya memang terasa. Kalau ia tak ganggu kesihatan, ia akan ganggu benda lain contohnya rezeki, mata pencarian sesetengah orang dan untuk kes aku terganggu dari segi masa.

Gambar hiasan - beli online pengganti yang rosak.

Dua minggu lepas Mrs. Ijau antara kontak rapat kes COVID-19 di tempat kerja, dan telah dikuarantin hari berikutnya. Tinggallah aku dan anak-anak - Lil'Ijau (9), Ijau Jr. (6, autistik) dan Arlo (3) - di rumah. Nasib baiklah boss bagi pelepasan untuk bekerja dari rumah (BDR/WFH) sepanjang tempoh Mrs. Ijau dikuarantin. Dapatlah aku fokus kepada penjagaan dan kebajikan anak-anak.

Gambar hiasan - hobi yang tersadai.

Kalau ikutkan kami anak beranak boleh dikira kontak sekunder/tertier. Walaupun tiada arahan, tapi sebagai "orang sains" aku mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah bersama anak-anak sehingga keputusan swap test Mrs. diterima - alhamdulillah negatif. Walau bagaimanapun tempoh kuarantinnya tetap sama.

Gambar hiasan - terapi fretboard, kekal siuman.

Menjadi "single parent" secara berterusan 14 hari memang mencabar kesabaran dan minda. Stress itu biasalah, pernah juga beberapa kali terasa burnout, bukan sebab penat buat kerja rumah, tapi penat menahan marah dek perangai anak-anak. Tapi faktor anak-anak jugalah yang menjadi motivasi untuk terus bertahan...

Hari ini hari yang ke-12 atau 13, akupun dah lupa.

_____
AADI: Endure, in enduring, grow strong.

2018 yang...


Hari terakhir 2018 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) Jamming dan kugiran - Highlights untuk tahun 2018 pastinya sessi "jamming gergasi" Sarawak Rock & Mob yang julung-julung kali diadakan di Sarawak dan kedua di Malaysia selepas Perlis. Harap ia akan menjadi acara muzika tahunan Bintulu, jika diadakan di bandar lain (Kuching, Miri, Sibu, dll.) agak susah untuk turut serta.


Juga menyertai Mini Mob bersempena Majlis Konvokesyen IKM Bintulu. Format yang sama, cuma pada skala yang kecil... Dan pertama kali dianjurkan oleh IPTA di Malaysia.


MUP? Ada sedikit ketegangan line-up, mungkin disebabkan komitmen dengan band projek lain, selain aku yang hiatus panjang kerana cuti paternity. Masih ada persembahan awam walaupun tidak serancak sebelumnya, MUP dah tak laku... Hanya ada satu persembahan awam rasmi, iaitu semasa Bintulu Gig Empire, bersempena Bintulu Bike Week 2018.

Featuring Asri Copkids and Jawank.
Yang tidak rasmi (MUP & friends) ada semasa Gig Santai Rock & Mob dan Mini Mob IKM & Friends.

Featuring Bro Asri, Bro Ijam dan Azroy.
Naga menangis di IKM Bintulu.
Berkenalan dengan seorang kenalan FB Jamtank yang baru berpindah ke Bintulu atas urusan kerjaya - Bro Jawank, gitaris yang hebat dan kadang-kadang menjadi seasonist untuk MUP. Harapnya tahun depan kurang sibuk, boleh ajak join gig lagi.

2) Kegitaran - Dua buah gitar diperolehi tahun ini - Epiphone Les Paul Nightfall (Nightfall) dan bass BC Rich Warlock PFG Signature 5 (Francesco), menjadikan koleksi dalam axology aku bertambah menjadi sembilan(!) kouta empat dah lama bubar, kah kah kah...



Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - GT-1, MS-70CDR #2, LT-Metal dan GCB95. Amp? Kabinet HT-112 dan Micro Terror #2.


Banyak juga yang berjaya dilepaskan untuk GLTL, antaranya; Johnny, Lancelot, Sparrow, Pod HD300, Vypyr 30, Fly 3 UJ, Fly 3 Bass, PB-Mini, MT-2 #2 dan DD-3.


A post shared by Ijau D. Koceng (@kucinghijau) on

3) Guitar techie - Seperti tahun lepas, tahun ini juga didatangi oleh rakan-rakan dan rakan kepada rakan yang menghantar gitar mereka kepada aku untuk diservis tukar pikap, pendawaian semula, cuci dan tengok-tengok apa yang patut. Antaranya - RG331M, 50's Strat replica, Warnell HSS, GSR copy, X-11, RG7321 dan RG331M sekali lagi.


Untuk gitar peribadi, masih bermain-main dengan pikap; Neon - DiMarzio Evolution/D-Activator, Korina - EMG 81/85, Goldie - Tesla Plasma-X1.


4) CD/DVD - Masih berlangsung, kebanyakkannya daripada Rock At Large, Inverno Music Station dan Radin Music. Aku ingatkan dah surut, tapi bila belek-belek entri lama, nah! Prima Domestika, TBOS: Live Chapter, The Puppet Master, Renegade, Vengeance Falls, Abigail II, The Redemption Of William Black, Maximum Overload, Silence In The Snow, Repentless, Crush, Halo Of Blood, A Sense Of Purpose, Immortalized dan Happenstance. Ada juga CD yang belum dibuatkan entri iaitu Medicine, Plagues Of Babylon, Painkiller dan Redeemer Of Souls.


5) PS4 gamer - Memang tiada aktiviti gaming untuk tahun ini, konsol yang adapun dah berdebu. Faktor utama ialah masa, banyak masa diluangkan untuk menguruskan anak-anak. Nak jual rasa sayang pula, biarkan saja jadi pemain cakera Blu-ray.


6) Peribadi - Aku dah jarang cerita pasal perkara peribadi dalam AADI, tapi yang paling menggembirakan tahun ini ialah ketika menyambut kelahiran puteraku pada 7/8/2018 (yang aku gelar sebagai Arlo untuk gantinama dalam AADI).

Serius, bila dah anak tiga (Lil'Ijau, Ijau Junior, Arlo), hampir tiada masa untuk berhobi dan menghadap PC untuk berblog. Tahun depan (lusa) Lil dah darjah satu, Junior yang ASD pula masuk taska, makin padat jadual harian...

*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2019 menjadi tahun yang ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian kita semua.

_____
AADI: Rehat~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger