Showing posts with label f-54. Show all posts
Showing posts with label f-54. Show all posts

LTD 30th Anniversary


Tahun ini katanya jenama sub-ESP iaitu LTD (Living The Dreams?) menyambut ulang tahunnya yang ke-30.

"Founded in 1996, the LTD brand helps bring the quality and prestige of ESP to a more affordable price in order to accommodate all players. A wide range of LTD models are made to cover everyone from beginning players to serious working musicians. With numerous different model families to choose from, we are sure there is an LTD guitar perfect for you."

- Website ESP Guitars.

Seperti entri ulang tahun ke-50 ESP tahun lepas, sebagai seorang peminat ESP dan LTD amnya, dapat juga idea untuk entri blog cerita pasal gitar LTD.

"Malangnya" mutakhir ini aku hanya ada satu sahaja gitar LTD dalam axology iaitu *Iron Cross James Hetfield signature (Iron Cross). Kalau bukan kerana harga promosi raya Music Bliss tahun lepas, mungkin aku tak akan menarik picu untuk gitar ini. Belum pernah lagi dibawa jamming mahupun gig, jadi belum diketahui lagi prestasi dan "mojo"nya.

Tapi kalau dalam keluarga ESP, ada dua buah gitar lagi iaitu ESP Eclipse-II (Shiro) yang dah menguning dengan cemerlang (vintage white) dan GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Horizon) - dua ni tak perlulah diceritakan sebab bukan LTD.

Sebelum ini aku pernah memiliki beberapa buah gitar (dan bass) LTD, berikut model-model yang pernah dimiliki:

1) EC-257 (ex-Sven) diperolehi penghujung 2019, gitar bertali tujuh pertamaku. Dilepaskan 2024 kepada seorang rakan sepergitaran veteran di Bintulu sebagai koleksinya.

2) EC-1000VB (ex-Deluxe) diperolehi awal 2020 dalam keadaan terpakai tanpa elektronik. Pernah dibawa gig sekali sahaja iaitu ketika penghujung 2020. Dilepaskan kepada Azrol pertengahan 2022 dan kini menjadi antara gitar utamanya bernadi yang Seymour Duncan Blackouts.

3) M-50FR (ex-Neon) self-proclaim IDK Sig Mark V. Pernah tiga kali beraksi di atas pentas (Gig Terjun Part III Jepak 2017, Sarawak Rock'n Mob 2018, Bintulu Bike Week 2018). Hampir-hampir memiliki nilai nostalgik, tetapi dilepaskan jua kepada seorang rakan yang amat memerlukan superstrat 24-fret pada penghujung 2019.

4) M-103FM (ex-Mirage), LTD pertama dan paling lama dimiliki sejak 2011. Berkali-kali mengalami proses modifikasi hinggalah ia bertukar tangan kepada Azrol tahun 2019. Kini juga menjadi antara gitar utamanya yang sering dibawanya untuk gig bersama Larrong.

5) F-54 (ex-Silver Wings) satu-satunya bass LTD yang pernah dimiliki, ia diperolehi ketika aku memerlukan bass awal 2013. Tak sampai setahun dalam axology tapi pernah dibawa gig sekali semasa YOLO 2013, dilepaskan kepada seorang rakan di kampung.

6) EC-256 (ex-Dark Moon) model Eclipse pertama dimiliki sekitar awal 2015. Ia tidak bertahan lama, hanya 4-5 bulan dalam axology kemudian dilepaskan kepada si Korawk.

Gitar-gitar LTD ini ada feel dan mojo tersendiri, lain origin lain feel - Korea, Indonesia, Vietnam, China - jenis hit and miss, kadang-kadang bernasib baik dapat yang "sedap" digunakan walaupun hanyalah model bawahan/murahan. Dalam keenam-enam model yang pernah dimiliki ini, aku rasa EC-1000VB dan M-50FR antara yang "sedap" digunakan. Nasib baiklah kedua-duanya belum ada nilai nostalgik, jadi taklah rasa menyesal dilepaskan.

_____
AADI: *Hampir-hampir menarik picu untuk BK-600.

ESP 45th Anniversary


Walaupun mengenali Metallica sejak 90an, tapi aku hanya menyedari kewujudan jenama gitar ESP ini melalui Thomas Youngblood dan Glenn Barry dalam DVD Kamelot One Cold Winter's Night ketika mula-mula terjerumus dalam hobi kegitaran sedekad yang lepas. Semenjak itu, model ESP Horizon (leaf/tongue headstock) dan Eclipse merupakan gitar final fantasy.

Bersempena ulang tahun ke-45 ESP tahun ini, sebagai seorang peminat ESP dapat juga idea untuk entri blog cerita pasal gitar ESP. Buat masa ini aku ada dua buah Eclipse versi LTD (Living The Dreams?) dalam axology.

Pertama, EC-1000VB (Deluxe) yang bernadi EMG 81/85 yang kini menjadi gitar utama aku dalam talaan drop-C#. Agak janggal sedikit pada mulanya menggalas singlecut yang memiliki 24-fret tapi berskala 24.75".

Kedua, sebuah Eclipse bertali tujuh EC-257 (Sven) yang kini bernadi Seymour Duncan Sentient/Nazgûl. Percubaan eksperimentasi dengan gitar bertali tujuh, digunakan dalam talaan drop-A (AEADGBE).

Juga pernah memiliki beberapa model LTD lain sebelum ini:

Model Mirage M-103FM (ex-Mirage), LTD pertama dan paling lama dimiliki sejak 2011. Berkali-kali mengalami proses modifikasi hinggalah ia bertukar tangan kepada Azrol tahun lepas. Walaupun paling lama dimiliki, tetapi rasanya tak pernah aku guna untuk gig.

Bass model Forest F-54 (ex-Silver Wings) diperolehi ketika aku memerlukan bass awal 2013. Tak sampai setahun dalam axology tapi pernah dibawa gig sekali semasa YOLO 2013.

Model Eclipse pertama dimiliki ialah EC-256 (ex-Dark Moon) sekitar awal 2015. Inipun tidak bertahan lama, hanya 4-5 bulan dalam axology kemudian dilepaskan kepada si Korawk.

Model Mirage M-50FR (ex-Neon) self-proclaim IDK Sig Mark V. Pernah tiga kali beraksi di atas pentas (Gig Terjun Part III Jepak 2017, Sarawak Rock'n Mob 2018, Bintulu Bike Week 2018). Hampir-hampir memiliki nilai nostalgik, tetapi dilepaskan jua kepada seorang rakan yang amat memerlukan superstrat 24-fret ketika itu.

Ok, sembang kencang pasal LTD, tapi cerita asalnya pasal ESP. Nah, bersempena ulang tahun ke-45 ESP aku betul-betul dah masuk khemah ESP...

Ya, Eclipse juga.

_____
AADI: Scheduled entry.

Let-Go: Silver Wings


Dah lama tak ada entry "let-go" kan? Bagi mereka yang dah lama mengikuti AADI, entri "let-go" barangan muzik sebegini bukanlah fenomena yang baru.


Kali ni bass aku Silver Wings (LTD F-54) pula menjadi mangsa, berpindah milik kepada seorang rakan sekampung semasa cuti minggu lepas, melalui perantaraan Jairo. Antara barangan kegitaran lain yang telah di"let-go" tanpa entri ialah Buffalo MO-BA, MT-2 Metal Zone dan FX-600.

Kenapa? Sindrom "gali lobang tutup lobang" beb...

_____
Ada apa: Dah ada satu slot kosong - bolehlah berangan seketika.

Metukulucifer Atau Metukulaullica?


Oke seperti yang dijanjikan, entri bias berasingan untuk persembahan Metuk Ulau Project semasa gig YOLO tempoh hari.


Seperti yang aku nyatakan dalam entri ni, ada sedikit rombakan line-up untuk gig kali ni. Aku dan Korawk bertukar posisi - aku menggalas tugas sebagai bassist (menggunakan Silver Wings) manakala Korawk sebagai vokal utama dan gitaris kedua.


Bukan apa, nak bagi peluang Korawk untuk beraksi dengan gitar 1Malaysianya (Ibanez GRG270) yang dah dipasang dengan pikap DiMarzio Petrucci set.

X-11 beraksi lagi!
Setlist
  1. Project Madness
  2. Warriors Ride On The Chariots
  3. Seek Creeping Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Dimulakan dengan lagu Project Madness (working title, final title may differ) lagu sendiri MUP hasil nukilan aku dan Azrol yang masih belum ada lirik, dimainkan secara instrumental sebagai intro persembahan.


Lagu kedua merupakan lagu cover Metalucifer iaitu Warriors Ride On The Chariots. Lagu yang disarankan oleh Korawk untuk dicover oleh MUP sebulan sebelum gig.


Tapi yang amat menyedihkan, vokalis tidak hafal lirik lagu sehingga saat-saat akhir, dan terpaksa mempertaruhkan maruah diri dengan membawa helaian lirik, hahaha...

Warriors Ride On The Chariots - featuring Korawk as vocalist.

Lagu ketiga merupakan lagu medley Seek Creeping Puppets sempena demam Metallica nusantara bulan depan. Bak kata Korawk "...lagu ini ditujukan untuk mereka yang tak pergi Metallica".


Bahagian Seek dinyanyikan oleh Korawk, manakala selebihnya by yours truly... Sekali-sekala MUP cover Metallica enjoy juga kan?


Seperti lagu Chariots, medley Seek Creeping Puppets ni juga turut dinyanyikan beramai-ramai oleh penonton yang rata-ratanya merupakan rakan-rakan MUUV dan 3-series club yang dipelopori oleh Adi Herman.


Sambutan penonton yang agak mengejutkan, tak sangka lagu-lagu Metallica masih diminati di Bintulu tak kira peringkat umur.


Rakan sepermetalan Olee dari Eternal Zine yang headbang tak ingat dunia dari mula lagu medley sampai habis (f*cking 7.00+ minutes!) esok pagi pasti sakit tengkuk.


Tahniah kepada Bob Kandar yang akhirnya dapat memainkan medley Seek Creeping Puppets dengan jayanya walaupun sebelum ni (semasa jamming) pernah putus asa sebab hilang keyakinan diri memainkan lagu Metallica.


Dan untuk tidak menghampakan permintaan penonton yang inginkan lagu Iron Maiden, maka keluarlah lagu The Trooper sebagai encore. Bagi mereka, mungkin agak janggal gig MUP tanpa lagu cover Iron Maiden kot?


Akibat solo maut yang berbisa, tali gitar X-11 Azrol putus semasa solo lagu The Trooper. Walau bagaimanapun lagu tetap diteruskan sampai habis walaupun tanpa solo. Soalan, kenapa Korawk tak ganti solo?


Pendapat peribadi? Sambutan penonton kali ni lebih meriah berbanding Oktoberfest. Mungkin disebabkan lokasi yang sempit dan dihadiri oleh dari pelbagai peringkat umur (daripada budak sekolah hinggalah kepada bapa orang).

Video persembahan link daripada Facebook Korawk, dirakam menggunakan Zoom Q3HD.

_____
Ada apa: Next, Bintulu 80's Rockers Reunion Concert.

Suffocated Saturday: Metukulaullica!


Selesai aktiviti menyemputkan nafas di Telaga Kumang petang tadi sempena gig You Only Live Once (aka YOLO gig).

Headbanging tak ingat dunia, hahaha! Salute~
Setlist Metuk Ulau Project kali ni:
  1. Project Madness - lagu projek (yang masih belum ada lirik)
  2. Warriors Ride On The Chariots (Metallucifer cover)
  3. Seek-Creeping-Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Entri bias penuh menyusul kemudian bila dah hilang semput. Seriously, memang aku tak tahan lepak lama-lama di dalam tempat yang penuh dengan asap rokok.

_____
Ada apa: Gig baca lirik, epic fail...

Hepi;) And Friends


Kolaborasi terbaru Hepi;) bersama dua orang yang boleh dikategorikan otai dalam persada seni muzik bawah tanah Bintulu. Ia adalah persiapan untuk gig tertutup [belum ada nama rasmi] yang dijadualkan bulan September nanti (lepas raya le~).

Sekadar gambar hiasan.
Dengan bertemakan 80's Rock, pastinya lagu-lagu era rock kangkang 80an (Wings, Search, May, Lefthanded, Bumi Putra Rockers, Rusty Blade dan tak lupa 80's Iron Maiden) akan dimainkan. Adakah pengajur dipengaruh oleh filem Rock Oo!?

_____
Ada apa: Lain macam je ni...

T-Shirt Tengkorak (Part 2)


Tiada kaitan dengan t-shirt tengkorak dalam entri ni.

Selalunya aku menerima bungkusan dari luar negara berisi CD atau DVD yang dibeli melalui eBay, tapi Jumaat minggu lepas aku menerima bungkusan dari US yang agak lendik yang pastinya berisi produk fabrik.

Ia berisi sehelai t-shirt hitam, ini merupakan kali pertama aku membeli t-shirt dari luar negara. Bukan, ia bukannya berisi t-shirt "tengkorak" Iron Maiden mahupun Metallica.


Dengan tag Fruit Of The Loom bersaiz 2XL/American, agak sedikit besar bagi aku yang biasa pakai saiz 2XL/Asian. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ia selesa dipakai dan tidak mendiskriminasi saiz.

Depan.
Ia merupakan sehelai t-shirt rasmi ESP Guitars dengan rekabentuk bernama "Seven". Diperolehi daripada eBay seller hardcore9277 dengan harga US$19.00 @ RM60.89 (harga rasmi US$21.99). Tapi bila ditambah dengan kos penghantaran, nilai akhir mencecah tiga digit juga~

Belakang.
Walaupun berlabel ESP, tapi tiga buah gitar yang terpampang di belakang merupakan model-model LTD 7-string iaitu EX-307, EC-407 dan V-307 (hence, the design name was "Seven"). Dan tak perlulah aku jelaskan kenapa aku memilih rekabentuk yang berwarna hijau...

My ESP family.
Pastinya ia bukanlah t-shirt harian dan hanya akan dipakai pada waktu-waktu tertentu sahaja (contohnya semasa persembahan gig). Dan amat afdal jika dipakai semasa menggunakan gitar-gitar LTD aku - Mirage dan Silver Wings. The reason why I bought it in the first place.

_____
Ada apa: ESP endorser?

Sessi Mencari Ilham Di REG Studio


Sabtu 18/3/2013 - Setelah agak berpuas hati dengan sessi rakaman di rumah beberapa minggu lepas, aku dan Azrol bercadang untuk mencuba lagu tersebut (codename: Project Madness) secara live di studio jamming untuk sessi mencari ilham tambahan dan percambahan idea.

Makin serasi dengan X-11.
Kami memilih REG Studio disebabkan 36 Studio mengadakan aktiviti pada petang tersebut iaitu gig tertutup Tribute To Chi Cheng Of Deftones (dibatalkan pada saat-saat akhir kerana tiada sambutan?).

Kali ni hanya bermain secara 3-piece, Korawk balik kampung manakala Bob Kandar tidak dapat hadir atas masalah peribadi dan diganti oleh Rashid Malim (tidak sempat digambar).


Seperti dipersetujui, selepas Love & Peace Gig, aku akan menggalas tugas sebagai penggentel bass (menggunakan Silver Wings) supaya dapat memberi laluan kepada Korawk untuk mengganas dengan GRG270 yang dah disumbat Petrucci Set.

Cukup dengan dua buah pedal bass iaitu VXL dan ODB-3.
Bassline untuk lagu ni memang sengaja diringkaskan supaya mudah untuk aku fokus kepada vokal (bila dah ada lirik nanti) sambil bermain bass. Serius, menyanyi sambil main bass memang lebih mencabar berbanding bermain gitar, kerana setiap kesilapan chords/notes memang akan ketara.


Selain Rashid Malim, kami juga mendapat bantuan dan bimbingan seorang otai iaitu saudara Ahmad, drummer kumpulan reggae TheDaunPisang (yang juga seorang peminat Iron Maiden) untuk mendapatkan drumroll yang sesuai dengan lagu Project Madness.

Daripada sessi ni, beberapa idea baru ditambah dan ada yang terpaksa dibuang (mungkin boleh dijadikan lagu lain) terutamanya disebabkan perbezaan tempo yang ketara. Mungkin hujung minggu nanti akan masuk studio lagi untuk memperhalusi lagi idea-idea yang ada (masih menanti pembentangan tugasan bahagian Korawk).

_____
Ada apa: Kenapa tiba-tiba sewa studio jadi mahal?

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 17)


My current axes...

Eh? No more Ibanez?
  1. Charvel So-Cal Style 1 HH (Calypso) - Stage guitar, yang selalu digunakan semasa gig disebabkan keselasaan, FR yang tegap dan mojo warna hijau, IDK sig Mark III maaa~
  2. Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (Goldie) - Jamming guitar, bila malas nak main tremolo, juga kadang-kadang digunakan untuk Eb dan D tuning.
  3. ESP LTD F-54 (Silver Wings) - Bass, mesti ada bass dalam axology.
  4. ESP LTD M-103FM (Mirage) - Workhorse/bedroom guitar, gitar yang selalu digunakan di rumah untuk praktis sebelum jamming dan mencari ilham buat lagu sendiri (dalam proses).
Oh ya, perlu diingat... Memiliki lebih daripada satu gitar tidak bermakna aku handal bermain gitar.

Entri Mini: RIP Jeff Hanneman


[Added on 2:50 pm] Oh ya, boleh dikatakan hampir semua status Facebook rakan-rakan dan geng-geng bloggers ber"kepala-logam" hari ni berkaitan dengan pemergian Jeff Hanneman.

Cilok imej dari blog berteromber (yang cilok gambar ESP)
Aku? Aku tidak mengikuti Slayer, tapi sebagai seorang "kepala-logam", peminat thrash metal dan juga pengguna ESP (walaupun cuma LTD), pemergian beliau juga agak terasa...

Metuk Ulau Project tribute to Hanneman/Slayer? Mungkin, jika ada permintaan daripada ahli-ahli MUP lain, aku oke je~ asalkan bukan aku yang vokal, mungkin Korawk boleh kot?

_____
Ada apa: Mencari alasan untuk menambah #5

Silver Forest Bass


Dah nak dekat sebulan baru aku sempat buat entri ringkas bergambar pasal bass baru aku ni.

Kotak yang beralamat dari Crinson Music ini diterima pada 1/4/2013 lepas. Pastinya berisi sebuah bass ESP (sebenarnya LTD je) untuk menggantikan Silverado aku yang dah di"let-go" seminggu sebelumnya. Ikut pengalaman tahun lepas, mesti ada sebuah bass dalam axology aku. You won't know when you'll need it badly.

Ironinya, empat buah bass aku sebelum ini semuanya Ibanez (GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20) dan kali ni aku keluar dari khemah tidak memilih Ibanez...


ESP LTD F-54 SS (silver satin) - Ini merupakan model paling cikai kasta bawah untuk bass daripada F-series (Forest), dan mulai 2013 ia tidak lagi disenaraikan dalam website ESP tapi masih ada dalam website ESP UK (click link for specifications).


Bass berbentuk Forest sebegini dipopularkan oleh Tom Araya, Henkka Blacksmith, James MacDonough, Dorris Yeh, Orion, Apollyon dan Jairo(?).

F-54 ni merupakan buatan China sekitar April 2008 (berdasarkan nombor siri), model F-1xx dan ke atas mungkin buatan Indonesia.

34" scale.
Sememangnya bass F-series (F-104) pernah menjadi idamanku suatu ketika dahulu, waktu aku baru mula-mula berkecimpung dalam dunia bass.

Standard LTD 12th fret model mark.
Silver satin (SS) finish.
Kelebihan
  1. Ringan, lebih ringan daripada Mirage aku.
  2. Non-glossy silver satin finish.
  3. Mempunyai preamp ESP ATB-1 active tone boost.
  4. Hanya mempunyai satu pikap sahaja (juga menjadi kelemahan).
  5. Full 24-fret.
  6. Matching headstock.
ESP SB-4 solitary passive pickup, ESP DB-4 Bridge
Kelemahan
  1. Ada sedikit cela pada kemasan (finish) cat.
  2. Hanya mempunyai satu pikap sahaja, memang "worst-case scenario" kalau pikap ni rosak waktu tengah jamming atau gig.
  3. ATB-1 yang tak berapa boost, tak boleh lawan preamp Phat-II Ibanez.
  4. Ruang bateri yang susah diakses, perlu dibuka dengan pemutar skru.
Kaviti untuk elektronik.
Dengan sedikit modifikasi (tambah sticker COBHC), mungkin boleh nampak seperti macam bass Henkka Blacksmith.

Ruang bateri yang ringkas.
ESP ATB-1 Active Tone Boost.
Preamp ESP ATB-1 (kotak hitam) yang ada pada bass ni macam ala kadar sahaja, cukup-cukup untuk boost bunyi bass. Tidak seperti preamp Phat-II yang ada pada kebanyakan bass Ibanez kasta bawah.

Tanpa preamp ni, aku rasa bunyinya lebih teruk daripada bass yang tidak mempunyai preamp disebabkan isipadu kayu yang kurang (sebab tu ringan). Kalau ada rezeki lebih, teringin juga nak gantikannya dengan preamp AT2 (made in *Yustechland), tak perlu tukar pikap, hanya perlu tukar preamp.

Oh ya, juga disertakan dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) iaitu kabel Fender Californian 10 kaki (~3 meter) dengan warna kegemaran surf green, dan hadiah percuma sebungkus tali gitar berjenama D'Addario (of course in 9-42, my favourite gauge).


Sebelum ini aku memiliki kabel yang sama tapi versi 15 kaki (~5 meter), selepas menggunakannya beberapa kali semasa jamming dan gig, aku rasa ia agak terlalu panjang untuk perantaraan gitar dan pedal. Sebab itu aku memesan versi 10 kaki yang lebih sesuai. Versi 15 kaki agak sesuai digunakan untuk perantaraan pedal dan amp, atau jika hanya menggunakan amp (direct) tanpa sebarang pedal efek.

Failed pose.
Nickname? SILVER WINGS, enough said. Sempena tajuk lagu Bruce Dickinson. Harap-harap tiada lagi "gali lobang tutup lobang" untuk bass.

Selepas ini ada sedikit rombakan pada line-up Metuk Ulau Project, Korawk akan kembali menjadi gitaris manakala aku pula menggalas tugas bassist. Sebab itu perlu ada bass dalam axology aku seperti yang aku nyatakan pada awal entri. Masa untuk Silver Wings beraksi...

_____
Ada apa: *Bro Yus, if you're reading this entry, I'll contact you later about the AT2.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger