Isolated Gig Vol. 1 yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Masterjamm Studio terpaksa diubah lokasi atas masalah dalaman studio, dan penganjur
NorthSouth Punkster berjaya mendapatkan lokasi alternatif (yang aku rasa jauh lebih bagus) iaitu di
The Gold Mines Gastropub Bintulu.
Hari pertama - Sabtu 30/3/2019.
Disebabkan ada beberapa band terpaksa menarik diri (miscommunications) kebanyakkannya band dari Brunei, acara hari pertama yang dijadualkan bermula pukul 1.00 petang terpaksa dianjakkan sehingga pukul 3.00 petang untuk mengimbangi slot persembahan. Dan
MUP menjadi band pertama yang membuat persembahan hari pertama (sepatutnya band ketiga).
 |
| Yang ini serius sikit berbanding entri sebelum ini. |
Line-up MUP: Nuing (1st guitar), Bob Kandar (drums), Aku (2nd guitar), Herman Akmal (bass), Nas
Korawk (vokal/bass) - Korawk hanya main bass untuk lagu
Kabus sahaja, lagu lain bass dimainkan oleh Herman Akmal. Dan gig ini juga merupakan gig pertama bagi Nuing.
Sempat membuat sessi soundcheck hampir dua lagu full. Seperti dalam
entri lepas, GT-10 dan Helix atas pentas milik band
Alexandria, aku dan Nuing hanya menggunakan
MS-50G.
Setlist:
Kabus (Metalian),
Pentagram Di Atas Pusara (lagu ori MUP),
Warriors Ride On The Chariots (Metalucifer). Gig pertama MUP tanpa cover lagu Iron Maiden...
Ironinya, kesemua axes yang digunakan MUP (
PFG5,
SR300,
RG331M) suatu ketika pernah menjadi axes aku. Ya ya, King V atas tu gitar baru aku, akan dibuat entri berasingan kelak.
Oops~ Terkucil @0:31 onwards.
Untuk sessi soundcheck dan persembahan, kebanyakkan gambar aku ambil daripada WhatsApp dan Facebook rakan-rakan.
Rasanya ini kali ketiga Korawk menjadi frontman (
pertama,
kedua), memberinya peluang dan pendedahan bagaimana tekanan menjadi seorang frontman. Dan seperti biasa, helaian lirik dibawa sebagai "rujukan".
 |
| Wounded Flame. |
Untuk hari pertama, hanya empat band beraksi (rujuk perenggan kedua). Aku sempat layan persembahan dua band iaitu
Wounded Flame (Miri heavy hardcore) dan Alexandria (Brunei metalcore). Band keempat aku lupa sebab aku balik sekitar pukul 5.30 petang untuk mengejar waktu curfew hujung minggu aku (pukul 6.00 petang, balik rumah, uruskan anak-anak).
 |
| Alexandria. |
Gear nerds pastinya perasan yang Alexandria menggunakan equipment yang premium, ESP E-II, EBMM Majesty, GT-10, Mustang Floor, Helix, Headrush
FRFR, Tech 21
Power Engine. Bassist pun guna Zoom G5. Muzik yang dimainkan agak dinamik, memang berbaloilah mengusung peralatan begini.
Hari kedua - Ahad 31/3/2019.
Tidakpun merancang untuk datang pada hari kedua, tetapi ada pula kesempatan sekitar pukul 5.00 petang untuk datang. Daripada cara berpakaian, rata-rata yang datang hari ini ialah peminat punk, skin head dan grunge berbanding semalam yang lebih kepada metalheads.
 |
| Generations Of Oi. |
Sempat menyaksikan persembahan dua band hari kedua iaitu Ruin Mind (Bintulu grunge) dan Generations Of Oi (Bintulu punk oi) sebelum menyelinap keluar sekitar 6.00 petang.
 |
| Ruin Mind. |
Ruin Mind memainkan cover lagu-lagu klasik Nirvana;
Dive,
Love Buzz,
Floyd The Barber dan
Territorial Pissing. Aku mula layan Nirvana ketika umur 14-15 tahun (zaman teenage angst), sekarang hampir mencecah 40, memang tak terasa masa itu berlalu...
Post-mortem:
- Lokasi gig yang strategik - senang parking, senang diakses, luas, berhawa dingin, eksklusif dan paling penting tidak dibenarkan merokok di dalam (good call).
- Pentas yang kecil, pergerakan agak terhad.
- Frontman perlu lebih bersedia, berkeyakinan tinggi dan hafal lirik.
- Setlist yang pendek.
Menurut penganjur, jika ada maklum balas yang positif daripada pengunjung dan pengurusan pihak The Gold Mines, mungkin akan dianjurkan sekali lagi gig sebelum masuk bulan puasa.
*More pic coming soon...
_____
AADI: Perlukah aku jadi frontman semula?