Showing posts with label ozzy osbourne. Show all posts
Showing posts with label ozzy osbourne. Show all posts

Ozzy Osbourne - Patient Number 9


Kali terakhir memiliki album studio Ozzy Osbourne ketika era Scream 15 tahun lepas, kalau album kompilasi pula Memoirs Of A Madman lapan tahun lepas. Jadi aku agak ketinggalan bas cerita Ozzy ni sehinggalah trending konsert terakhir dan pemergian beliau beberapa bulan lepas. Tak lupa penampilan semasa penutup Sukan Komanwel 2022.

Album Patient Number 9 rilisan 2022 ini merupakan album studio ke-13 dan terakhir Ozzy, diperolehi melalui Shopee dengan harga berpatutan bersama-sama album Invincible Shield minggu lepas. Berteromber sudahpun buat entri album ini tiga tahun lepas.

Tak pernah dengar lagu-lagu dalam album ini menerusi mana-mana medium online. Memerlukan beberapa putar untuk menghadam keseluruhan album. Ada yang senang masuk, ada yang pelik sikit, tapi selepas pemergian beliau, intro "orang gila" lagu Patient Number 9 memang menyayat hati.

Kembali menggunakan khidmat Zakk Wylde sebagai gitaris utama. Juga berkolaborasi dengan nama-nama besar lain seperti Jeff Beck, Eric Clapton, Tony Iommi, Rob Trujillo, Duff McKagan, Mike McCready, Chad Smith, Taylor Hawkins dan ramai lagi. Ternyata inilah album penutup yang paling epik untuk legasi putera kegelapan metal kita semua.

Perlu mencari album Ordinary Man pula.

_____
AADI: Terima kasih Ozzy.

Terima Kasih Ozzy! (Part 2)


Baru saja dua minggu lepas memberikan peminatnya konsert paling epik dalam sejarah heavy metal. Ketika itu ramai yang merasa (termasuk aku) masa Ozzy tak lama, terutama ketika menyanyikan lagu Mama, I'm Coming Home.

Pagi ini algorithm media sosial aku sekali lagi dibanjiri dengan berita pemergian Ozzy Osbourne. Terima kasih John Michael Osbourne kerana menjadi ikon besar dalam dunia heavy metal kami.

_____
AADI: Memecahkan tradisi entri WW hari Rabu AADI.

Terima Kasih Ozzy!


Sejak Ahad lepas algorithm media sosial aku tak putus-putus cerita pasal konsert terakhir Back To The Beginning Black Sabbath yang telah berlangsung di home turf Birmingham, UK. Yang juga disertai oleh nama-nama besar lain dunia metal.

Image Ross Halfin/Live Nation (source).

*Kalau Black Sabbath aku hanya layan begitu-begitu sahaja, tak pernah ada material mereka selain CD kompilasi versi Petaling Street dan beberapa mp3. Yang rasmi hanya ada kompilasi tribute Nativity In Black - A Tribute To Black Sabbath. Pernahlah juga cover lagu Paranoid bersama MUP ketika gig Bintulu Music Fest 2013.

Tapi kalau bab band Ozzy Osbourne (solo) agak berbeza sikit, ada jugalah beberapa album studio dan kompilasi dalam koleksi - Blizzard Of Ozz, Ozzmosis, Down To Earth, Black Rain (jewelcase, slipgate), Scream, The Ozzman Cometh dan Memoirs Of A Madman.

Ada beberapa lagu dan album Ozzy yang bertaraf soundtrack of my life contohnya album Black Rain - era awal bermastautin di Bintulu, album Scream - era penghujung zaman bujang. Selain lagu-lagu yang didengar melalui Braingell Radio - Crazy Train, Mr. Crowley, Bark At The Moon, Shot In The Dark, Thank God For The Bomb - mengingatkan aku era wasted years tahun-tahun terakhir aku di Penang.


Kali terakhir aku tengok Ozzy beraksi di atas pentas ketika penutup Sukan Komanwel 2022 - siaran langsung, masuk TV RTM tu! Waktu itu pun Pak Ozzy memang dah nampak fragile tapi masih mampu berdiri.

Sebagai seorang peminat muzik metal, memang tidak akan lari daripada terkena tempias muzik mereka. Terima kasih kepada Black Sabbath dan Pak Ozzy kerana menghiasi muzik metal aku dan tetap akan menjadi Prince Of Darkness dalam hati kami mat metal semua.

_____
AADI: Pernahlah juga jamming lagu Crazy Train.

Wordless Wednesday: Black Sabbath Masuk TV RTM?




_____
AADI: Iommi masih nampak tegap.

Wordless Wednesday: Unreviewed Albums?





_____
AADI: Priest/Foo, buka ripped mp3, simpan. Iced Earth/May, serius masih sealed.

Ozzy Osbourne - Memoirs Of A Madman


Bersempena dengan ulangtahun Pak Ozzy beberapa hari lepas, ada baikinya buat entri pasal album kompilasi Memoirs Of A Madman. Ini merupakan pembelian ria (joybuy?) daripada Inverno Music Station bulan Oktober lepas (bersama-sama CD Foo Fighters dan Judas Priest).


Pada mulanya aku ingat ini merupakan album studio kesinambungan daripada Diary Of A Madman, rupa-rupanya cuma album kompilasi terkini Pak Ozzy sehingga album Scream.

Aku tak suka pakej jenis digipak, tapi lagi menyampah jika pakej jenis slipgate kadbod begini. CD dan inlay susah dikeluarkan dan senang rosak, kalau dah rosak bye-bye lah.


Tak ada apa yang menarik dalam kompilasi kali ni, kompilasi Ozzman Cometh sebelum ini pun dah kira memadai. Cuma dimuatkan satu lagu Black Sabbath Paranoid versi live (The Roundhouse, London 2010) yang katanya "previously unreleased", strategi pemasaran penerbit eksekutif la ni kan?

Diskografi album studio Pak Ozzy yang aku ada pun belum lengkap, setakat ini cuma ada Blizzard Of Ozz, Ozzmosis, Down To Earth, Black Rain (versi slipcase dan jewelcase) dan Scream.

_____
AADI: Pembelian ria? Kah kah kah...

Wordless Wednesday: Inverno Fishing (Part 3)




_____
AADI: Promosi yang sama macam entri ni.

Ozzy Osbourne - Blizzard Of Ozz (Expanded Edition)


Seperti Holy Diver dalam entri semalam, CD audio terpakai album Blizzard Of Ozz Pakcik Ozzy ni juga diperolehi dari LYN Street Mart pada harga yang amat berpatutan.


(P)(C) 2011 Sony Music Entertainment, adakah versi "expanded edition" ni merupakan versi "30th anniversary"?

Selain cerita "bass/drum asal beberapa lagu telah dipadam dan digantikan dengan bass/drum yang dimainkan semula oleh Mike Bordin dan Rob Trujillo (Wiki)" (sama seperti cetakan 2002), album ni juga mempunyai tiga bonus track iaitu You Looking At Me, Looking At You (non-LP B-side), Goodbye To Romance (2010 guitar & vocal mix) dan RR (outtake from Blizzard of Ozz sessions). Cetakan versi 1995 boleh baca entri Berteromber ni.


Seperti Dio/RJD, aku juga mula mengenali lagu-lagu Pakcik Ozzy (pasca Black Sabbath) ni melalui Braingell Radio. Untuk album ni lagu-lagu kegeramanku ialah Crazy Train (antara riff-riff gitar pertama yang aku pelajari), Goodbye To Romance dan Mr. Crowley.

Bertambah lagi koleksi album Pakcik Ozzy...

_____
Ada apa: All aboard! Hahahaha!~

Wordless Wednesday: Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 11)




_____
Ada apa: Album yang lebih kurang seusia denganku...

Ada Sesuatu Dari Rock At Large (Part 2)


Bungkusan posdaftar ni diterima semalam berisi dua buah CD audio yang diperolehi dari "kedai CD" Dr. Ben kita iaitu Rock At Large.

Ozzy Osbourne Down To Earth dan Gary Moore Still Got The Blues.

Sekali-sekala dengar rock and roll dan blues memang layan!
(First pressing woo~)

Berteromber pasti tak suka album Down To Earth ni atas faktor-faktor pinch harmonics Zakk Wlyde kan?

Ulasan? Tengoklah nanti kalau aku rajin...

_____
Ada apa: Dr. Ben, bila nak jual album Blaze Tenth Dimension? (Entah kali keberapa aku tanya soalan ni).

Ozzy Osbourne - Scream


Jumaat (1/10/2010) - Bergegas ke pejabat pos seberang jalan berbaju Melayu (lepas jamuan Aidilfitri kat opis aku) untuk mengambil bungkusan eBay.

Bungkusan kali ni dari UK cantik dalam kotak HMV.com, walaupun bukan dibeli dari HMV (I guess the seller bought it at HMV). Dan kali ni tadak pulak seal KKDN? Tapi ikut pengalaman aku, bungusan aku yang datang dari UK tak pernah "dijenguk" KKDN. Yang pernah "dijenguk" dari Perancis, US dan Jerman.

Ah nevermind that, bungkusan kali ni berisi CD album studio ke-10 dan terbaru Abang Ozzy (Osbourne) iaitu Scream.

Tulisan "Ozzy Osbourne" dan "Scream" tu merupakan sticker yang dilekat kat atas jewel case, sama seperti sticker promo hitam top-left, cover art cuma gambar Abang Ozzy pegang bendera sahaja tadak apa-apa tulisan. Jadi masalahnya, in future amacam kalau jewel case asal ni rosak, pecah, dll?

eBay purchase info

  • Purchased from: snowdogmusic
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: £5.00+1.80 (RM33.74) menang bid
  • Ordered: 23/09/2010
  • Received: 01/10/2010
  • Label: (C)(P) 2010 Sony Music Entertainment.
  • Made in: EU

Walaupun berstatus used, tapi CD ni memang baru kecuali jewel case yang ada calar sikit. Kat inlay ada hidden art dilukis/ditulis menggunakan shiny oily ink (macam syelek/varnish) yang hanya boleh dilihat pada sudut-sudut tertentu sahaja. Mula-mula aku ingatkan inlay ni kotor tertumpah baby oil, olive oil or dried semen stain.

Tracklist ditulis dengan shiny oily ink, hanya akan nampak pada sudut tertentu sahaja.

Tracklist

  1. Let It Die
  2. Let Me Hear You Scream
  3. Soul Sucker
  4. Life Won't Wait
  5. Diggin' Me Down
  6. Crucify
  7. Fearless
  8. Time
  9. I Want It More
  10. Latimer's Mercy
  11. I Love You All

Aku tak pandai nak mengulas lagu satu persatu macam Abang Ben, tapi yang pastinya album ni best. Kalau korang peminat Abang Ozzy, album ni mesti masuk dalam must-buy list!

Ada slip iklan 30th Anniversary Blizzard Of Ozz dan Diary Of A Madman dua-dua album ni aku belum ada aiseh, tak maulah aku kumpul discography Abang Ozzy ni... Mungkin aku akan follow album baru dan kompilasi sahaja kot?

Seperti yang aku jangkakan, album Abang Ozzy kali ni memang in-par dengan album sebelumnya, Black Rain atau mungkin lagi best. Aku boleh kategorikan album ni sebagai super album sebab hampir kesemua lagu-lagu di dalamnya best.

Standard album Abang Ozzy yang bergenre caca-marba, ada yang berat dan rancak (Let Me Hear you Scream, Fearless), ada yang mainstream/progresif (Diggin' Me Down) dan tak lupa ballad berhantu (Life Won't Wait, Time). Tapi lagu last I Love You All tu macam ada something wrong je (tracked at 1:02 only), ada maksud tertentu/tersirat ke?...

We all must stand together now
Or one by one we fall
For all these years you've stood by me
God bless, I love you all...

Walaupun dengan Gus G. sebagai teraju utama menggantikan Zakk Wylde, tapi muzik lagu-lagu dalam album ni tak jauh berbeza dengan album Black Rain. Adakah memang Abang Ozzy memang nak lagu-lagunya dengan trademark muzik sedemikian? Tapi sebab aku enjoy dengar lagu-lagu dalam album ni, aku bagi rating 9.5/10, recommended! Suara Abang Ozzy memang epic! Tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak Abang Ozzy ni...

_____
Ada apa: Published at 10/10/10 10:10 wohooo!~

Ada Apa Dengan Scream?


Dipendekkan cerita, album terbaru dari Abang Ozzy, album studio ke-10 bertajuk Scream. Dari sumber Wikipedia, album ni akan dikeluarkan pada 22/6/2010. Seperti album Black Rain, pastinya (harap-harap) album ni akan masuk dalam pasaran Malaysia. Kalau tak masuk Malaysia memang aku akan beli dari eBay.

Imej link dari Wikipedia.

Aku dah dengar lagu demo Let Me Hear You Scream, memang ketara perbezaannya berbanding lagu-lagu dari album terdahulu Abang Ozzy. Mungkin disebabkan gaya petikan gitar Gus G. yang amat berbeza dengan gaya Zakk Wylde menyebabkan aku terasa lagu ni seperti sesuatu yang baru.

Kalau aku jumpa album ni nanti jual kat mana-mana kedai kaset/CD, memang aku akan beli.... KIV!

More info on Ozzy Osbourne official website.

_____
Ada apa: Scream for me Brazil! (Tiada kena mengena dengan Demam Piala Dunia...)

Ozzy Osbourne - Ozzmosis & Rage Against The Machine - Self-Titled


Tadi tengah kemas-kemas CD, baru perasan ada dua CD eBay belum ada entry. Padahal dua CD ni dah lama aku terima, bulan Oktober tahun lepas.

Macam mana boleh terlepas pandang ni, padahal CD ni antara album yang boleh kira best jugak iaitu Ozzmosis dan Rage Againts The Machine, yang diperolehi dari tauke CD bundle rivercnk. Malas aku nak korek invoice eBay lama nak tengok purchase detail... Kira entri kali ni simple saja, tadak mood nak taip panjang-panjang (moody pasal tragedi Kelly Kelly masih ada).

Ozzy Osbourne - Ozzmosis

Album studio Abang Ozzy yang ke-ntah akupun tak tau, check-out in this Wikipedia article.

Tracklist

  1. Perry Mason
  2. I Just Want You
  3. Ghost Behind My Eyes
  4. Thunder Underground
  5. See You On The Other Side
  6. Tomorrow
  7. Denial
  8. My Little Man
  9. My Jekyll Doesn't Hide
  10. Old LA Tonight

Review? Cerita? Korang sajalah yang komen...

Rage Againts The Machine - Self Titled

Album pertama RATM, for more info check-out in this Wikipedia article.

Tracklist

  1. Bombtrack
  2. Killing In The Name Of
  3. Take The Power Back
  4. Settle For Nothing
  5. Bullet In Your Head
  6. Know Your Enemy
  7. Wake Up
  8. Fistful Of Steel
  9. Township Rebellion
  10. Freedom

Cover art album ni ada ceritanya tersendiri... Sila baca artikel Wikipedia ni untuk maklumat lanjut.

Imej link dari Wikipedia.

Dulu (zaman gila Alternative dan Grunge) waktu aku mula-mula dengar lagu-lagu RATM ni rasanya macam menyampah sebab ada unsur-unsur rap. Tapi beberapa tahun kemudian bila aku selalu dengar Braingell Radio, sekali-sekala DJ akan pasang lagu-lagu RATM ni... Lama kelamaan aku boleh terima muzik RATM ni disebabkan lirik-liriknya yang rebellious dan guitar works dari Tom Morello yang sememangnya Master of Guitar Effects. Jugak setelah dipengaruhi oleh kawan aku yang bernama Pojie yang jugak meminati RATM ni...

_____
Ada apa: Baru lepas "repair" Kelly Kelly...

Black Mood


Bungkusan kedua dari Kanada yang aku terima semalam (26/4/2010) bersama-sama DVD Rude Awakening. Berisi tiga CD audio, dua daripada AC/DC Back In Black dan Black Ice, dan satu daripada Ozzy Osbourne Black Rain dari seller yang sama.

eBay purchase info

  • Purchased from: beaches-123
  • Location: Canada
  • Price paid: US$6.51+9.97 (RM55.03) menang bid
    - Black Ice: US$1.25+9.97/3 (RM15.27) new & sealed!
    - Back In Black: US$2.01+9.97/3 (RM17.81) dual-disc used
    - Black Rain: US$3.25+997/3 (RM21.95) used
  • Ordered: 4/4/2010
  • Received: 26/4/2010

Purata RM18 per CD, kira okela kan? Especially Black Ice which was new & sealed. Lain-lain info mungkin aku akan letak dalam entri berasingan untuk ketiga-tiga CD ni.

Dulu waktu aku bid ketiga-tiga CD ni aku tak kisah sangat pun, tapi bila dah dapat baru aku perasan ketiga-tiga CD ni ada persamaan; semua tajuknya ada perkataan BLACK (Back In Black, Black Ice, Black Rain), coincidence?

Mungkin ada yang perasan (sesiapa yang follow blog aku since last year), sememangnya aku dah ada kedua-dua CD album Black Rain dan Black Ice ni... Jadi kenapa aku order lagi? Senang cerita, as a collector aku order lagi versi yang berbeza, dan ada cerita kurang menyenangkan pasal Black Ice yang dulu. But that was another story... (Sejak bila aku terkena pukulan AC/DC ni?)

Btw, Black Ice dalam entri ni merujuk kepada album AC/DC, bukannya nama bass Iceman aku...

_____
Ada apa: Aiseh, bila agaknya CD Promise And Terror nak datang ni...

(#13) ozzy osbourne - ozzman cometh & fear factory - obsolete


[entry #13 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]

bungkusan no. 11 drp 14 bungkusan 9/11 yg lps. bungkusan dari us berisi cd ozzy osbourne - ozzman cometh dan fear factory - obsolete. spt cd2 lain yg dibeli drp tauke cd bundle - rivercnk, cd2 ni dihantar tanpa jewel case utk menjimatkan postage cost

ozzy osbourne - ozzman cometh

ebay purchase info

  • purchased from: rivercnk
  • location: us
  • condition: used
  • price paid: US$3.32+5.98/2 (RM22.89) menang bid
  • ordered: 13/8/2009
  • received: 11/9/2009
  • label: (p)(c) 1997 sony music entertainment inc.
  • made in: us
  • manufactured by: epic, a division of sony music

inlay dan cd nmpk agak baru. tp tu la cover art simple salib besar tu yg kureng sket... klu sapa2 yg xtau ozzy osbourne (yg mmg slalu guna trademark salib) mesti hairan. silap2 cd ni org pikir cd lagu2 gospel yg dibeli dari kedai salvation hehehe. to my christian pals, no hard feelings beb... but this is abg ozzy beb, abg ozzy!

tracklist

  1. black sabbath*
  2. war pigs*
  3. goodbye to romance
  4. crazy train
  5. mr crowley
  6. over the mountain
  7. paranoid (live with randy rhoads) <- brapa byk band yg cover lagu ni?
  8. bark at the moon
  9. shot in the dark
  10. crazy babies
  11. no more tears (edit)
  12. mama, i'm coming home
  13. i don't want to change the world (live)
  14. i just want you
  15. back on earth*
    *previously unreleased

sememangnya album ozzman cometh ni merupakan album kompilasi lagu2 terbaik (the best of) abg ozzy. versi aku beli ni versi single cd, ada versi double cd... dah nama kompilasi ofkos la lagu2nya pun best2 blaka. bg aku kecuali track no. 1, 2 dan 13 semuanya lagu febret aku... lbh2 lg lagu crazy train, mr. crowley, bark at the moon dan shot in the dark

dulu2 aku xbrapa dgr sgt lagu2 abg ozzy ni, sehingga la aku tune-in braingell radio yg byk pasang lagu2 abg ozzy. tp mmg ketara la zmn randy rhoads dgn zmn zakk wylde mmg berbeza muziknya... err, korg dah ada album latest abg ozzy black rain? lately, muzik dan lagu2 abg ozzy makin best... tua2 keladi ni, makin tua makin menjadi. agaknya dah tua ni dah insaf kot? sbb tu lagu2nya makin matang dari segi lirik dan muzik (rock org tua)

fear factory - obsolete

ebay purchase info

  • purchased from: rivercnk
  • location: us
  • condition: used
  • price paid: US$2.00+5.98/2 (RM18.10) menang bid
  • ordered: 13/8/2009
  • received: 11/9/2009
  • label: (p)(c) 1998 the all blacks b. v.
  • made in: us
  • distributed by: roadrunner records

spt ozzman cometh, obsolete ni jugak nmpk agak baru cd dgn calar yg minimum. belikan jewel case baru for sure nmpk mcm baru

tracklist

  1. shock
  2. edgecrusher
  3. smasher/devourer
  4. securitron
  5. [police state 2000]
  6. descent
  7. hi-tech hate
  8. freedom or fire
  9. obsolete
  10. ressurection
  11. timelessness

aku bknla minat sgt dgn band fear factory wlupun ada bbrp album dorg yg aku minat (digimortal dan demanufacture), ekceli album ni pun aku menang pasal joybid, nak bg ozzman cometh ada geng. so, no komen... aku pun baru dgr album skali - typical fear factory music

_____
p/s: album demanufacture pun dah ada, versi 2 cd roadrunner anniversary

ozzy osbourne - black rain & motorhead - overkill


tghari td staf aku en. nelson bgtau ada resit pungutan parcel pos utk aku... kompom ni mesti cd2 yg aku order kat ebay dah sampai... tp, cd apa yg aku order guna parcel? xpe lps lunch aku pi pjbt pos jln kaki (pjbt pos bintulu bknnya jauh dari opis aku, sbrg jln je...) smpi2 je pjbt pos, brader posmen tu kasi aku 3 bungkusan (from hong kong, us & france) yg diikat dgn getah jd 1 bungkusan, agaknya ni la kot parcel yg dimaksudkan... spt biasa slps melalui tapisan kastam

kat opis aku bukak (dan snap pic utk blogger) satu persatu, 2 cd dlm bungkusan dari hong kong, ozzy osbourne - black rain dan motorhead - overkill, dari us plak dokken - beast from the east dan yg dari france blind guardian - a night at the opera. dah lama aku tggu cd2 ni smpi, dah lbh sbln kot since aku order, smpi naik fed-up aku menunggu. utk entry ni aku akan cerita pasal bungkusan dari hong kong shj... bungkusan2 lain aku akan cerita dlm entry2 yg berikutnya

kedua2 cd ni aku menang bid kat ebay from user shouzama, location hong kong. harga utk black rain £3.45 manakala overkill plak £3.99 shipment utk kedua2 cd ni £2.50 so klu ikut kira2 kalkulus aljabar RM26.03 (black rain) dan RM29.02 (overkill) jauh lbh murah drp harga m'sia yg rata2nya RM40+ utk cd artis antarabangsa

kronologi - aku beli cd2 ni pd 18/5/2009 tarikh cop pos hong kong 21/5/2009 tarikh cop pelepasan kastam 23/5/2009 (xdela lama sgt pos from hong kong 2 hari je) lastly cop pjbt pos bintulu 23/6/2009 kat mana bungkusan ni sangkut lama smpi sbln? nevermind, mmg slalu mcm tu... kedua2 cd diterima dlm keadaan perfect masih lg sealed, siap dgn sticker2 promosinya

ozzy osbourne - black rain

album latest abg ozzy kita ni, black rain release thn 2007 spt biasa aku dah donlod mp3 album ni bbrp mggu slps release utk sessi trial & listen. aku start minat abg ozzy ni time aku rajin dgr braingell radio somewhere in 2003 kot, lagu2 klasik spt crazy train, thank god for the bomb, mr. crowley, bark at the moon, etc. lagu2 waktu dlm black sabbath pun best2, prince of darkness ni, jgn main2... kelawar pun dia gigit! more info on ozzy osbourne official website

cd yg aku beli ni mmg simple gila, nipis... kat sticker promosi tu tulis album ni limited edition. (c) & (p) 2007 sony bmg music entertainment. manufactured & distributed by epic a division of sony bmg music entertainment, new york. kompom us press sbb ada logo fbi anti-piracy warning. menurut sumber info drp wikipedia, album yg aku beli ni limited edition us version. klu international version dan us version yg biasa, cover artnya abg ozzy mandi hujan hitam (pic kat bwh)

cover art international (pic link drp wikipedia)

cover art us limited edition (pic link drp wikipedia)

kat dlm xde apa2, just scratchless cd and no inlay, info whatsoever... cuma ada sekeping slip kod ekslusif redeemable for 2 reserved seats to the ozzfest show of ur choice, tp dah expired dah utk ozzfest 2007 je. aku dulu sket lg nak beli cd ni (m'sia press cover art international) kat miri, tp memandangkan time tu bajet amat terhad so trpaksa ditangguhkan dulu

lagu2 dlm album ni aku rasa bersih lirik2nya, patutla bleh jumpa kat kedai2 cd biasa sbb mmg ada commercial value. lagu febret? not going away, i don't wanna stop, black rain dan ballad here for you. plng aku suka i don't wanna stop sbb guitar works dlm lagu ni mmg best... silap2 bleh kluar air-guitar :) klu dgr... hail abg ozzy!

motorhead - overkill

ooo, overkill... album ke-2 motorhead ni mmg klasik (release thn 1979 aku pun blm lahir lg). ntah dah brapa kali re-release... sket info, aku minat motorhead ni slps tgk wrestlemania x-seven (2002), diorg nyanyi live lagu tema triple h the game. bg aku motorhead ni band otai mcm ac/dc yg bertahan since 70an smpi skrg (wlupun cuma lemmy je yg original member) aku layan motorhead ni mcm aku layan hammerfall, xbrapa tegar kira mcm sampingan2 je... tp, kadang ada jugak rasa2 nak kumpul tp diorg ni dah ada 27 album (diulangi, 27!) termasuk album live & kompilasi, mmg sakit poket la klu nak kumpul semua... ah! buat apa aku nak cerita pasal motorhead, mamat metal mana yg xkenal motorhead dan lemmy kilmister? klu xtau bleh dptkan info kat website rasmi motorhead

cd mmg perfect scratchless, cd overkill yg aku beli ni format dual-disc. sapa2 yg xtau dual-disc ia merupakan 2-in-1 cd, this side was cd format, the other side was dvd format, so both side bleh pakai (depends on player)... belah cd format mcm biasa cd audio semua player bleh main. belah dvd format plak entire album + bonus tracks in surround sound, enchance dvd audio support 5.1 speaker system, sesuai utk pasang guna home theatre atau pc yg support 5.1 speaker, ada photo gallery, liner notes dan rom content (utk pc/mac shj)

info dari website rasmi motorhead, album ni release 1979, re-issue 1986, cd aku ni plak (p) 2001 sanctuary records (c) 2005 5.1 label group, product of silverline records, los angeles... (us press)

tp kan, pyh sket dual-disc ni sbb dua2 belah kena jaga... lagu2 febret aku dlm album ni ofkos lagu2 yg metallica cover dlm album garage inc. iaitu overkill, damage case dan too late, too late. bassline lagu2 motorhead ni simple... tp kena guna sket bass overdrive/distortion la baru ngam bunyi bass motorhead. lemmy guna bass reckinbacker klu xsilap... wokeh, jom layan motorhead!

_____
p/s: aku suka suara lemmy ni, unik... sama mcm style ramli sarip, suara tekak berdarah

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger