Showing posts with label richter. Show all posts
Showing posts with label richter. Show all posts

Cerita Strap


Ini antara entri yang terperap setahun lebih dalam bentuk draft. Ketika itu dapat idea daripada entri Bro Sub cerita pasal strap murahan dan Strap Blocks Ernie Ball. Entri ini diolah semula kebetulan bulan lepas aku ada membeli seutas strap Dunlop D38 Classic Flambe daripada Guitar Collection melalui platform Shopee mereka (satu-satunya pembelian 9.9 tahun ini).

Aku pernah memiliki model yang sama sejak 2009, tetapi telah dijual tahun lepas kepada seorang rakan yang memerlukan strap tegap ketika itu. Bila mengenangkan nilai nostalgik, rasa menyesal pula menjualnya. Jadi strap baharu ini akan ditawarkan sebagai pertukaran untuk mendapatkan kembali strap lama tadi.

Tapi rakan tersebut lebih berminat dengan Fretwrap MKH sebagai pertukaran berbanding strap baharu. Akhirnya, aku ada dua unit strap Flambe ini, yang lama akan terus digunakan manakala yang baharu disimpan sebagai backup atau didagangkan semula.

Kini aku ada tujuh (lapan, jika dikira D38 baharu) utas strap, masing-masing ada ceritanya sendiri. Biasanya setiap satu akan dikhaskan untuk gitar/bass tertentu.

1) Dunlop D38 Flambe - dibeli di Zoso Music Bintulu (masih lokasi lama) penghujung 2009, dan ini merupakan strap tegap pertama aku, dan menjadi strap utama aku untuk beberapa tahun. Kini ia telah kembali, dipasangkan dengan sistem StrapLok dan eksklusif untuk So-Cal.

2) Planet Waves Barbed Wire versi Planet Lock - dibeli di Hollywood Music House cawangan KK Plaza (sudah tutup) pada Julai 2010, sejurus selepas melepaskan ex-Kelly Kelly kepada seorang kenalan sepergitaran di KK. Dulu harganya sekitar RM70+, sekarang rata-rata mencecah tiga digit. Strap ini biasanya digunakan bersama-sama gitar superstrat, mutakhir ini dengan Woody.

3) Dunlop D38 Olive Camo - yang ini dibeli di Guitar Collection cawangan Midvalley Megamall (juga katanya sudah tutup) sehari selepas tengok konsert Metallica Stadium Merdeka 2013. Sama tegap dan keras seperti Flambe, dikhaskan untuk Tommy, kadang-kadang untuk Goldie.

4) Mono Betty versi panjang - dibeli daripada Music Bliss menerusi platform Lazada Oktober 2017, memerlukan strap lebar dan berpad untuk menggalas gitar berat ketika itu (ex-Johnny). Rosak, telah dibaiki tahun lepas dan masih boleh berkhidmat untuk menggalas Les Paul Tigera.

5) Richter #1517MKH Matt Heafy signature - dibeli terus dari website Richter Strap dengan diskaun 15% dan pengeposan percuma bersempena Black Friday 2018. Yang ini untuk menggalas Sven atau Shiro.

6) Richter #1502PG Paolo Gregoletto signature - juga 15% diskaun dan pengeposan percuma seperti #1517MKH di atas tapi bersempena entah apa pada April-Mei 2019. Biasanya digandingkan dengan bass Francesco yang juga merupakan (bekas) signature Paolo Gregoletto. Jika gitar, ia selalu digunakan bersama-sama Deluxe kerana serasi dengan tema hitam-emasnya.

7) Richter #1641 Camouflage Crackle Print - ini pula bersempena Black Friday 2019 tapi dengan hanya 10% diskaun dan pengeposan percuma. Yang ini dipadankan dengan gitar putih, dulu ex-Mr. Smith sekarang Shiro.

[Ini entri asal] Bagi aku, strap gitar melambangkan identiti pemain dan daya tarikan semasa di atas pentas selain gitar yang digalas. Strap gitar ini penghubung antara pemain dan gitar, jika bermasalah di sini maka hubungan antara gitar dan pemain akan terjejas.

Gambar hiasan.

Dalam local scene Bintulu setiap kali ada gig, apa yang aku perhatikan strap seolah-olah tidak diberikan perhatian. Ramai yang guna strap ala kadar dan paling menggerunkan tanpa sebarang mekanisme pengunci (strap lock) walaupun tuannya adalah jenis yang hyperactive di atas pentas. Aku pernah menyaksikan beberapa kali strap tercabut semasa persembahan, mujurlah sempat ditangkap sejurus sebelum headstock mencium lantai...

Antara yang bijak memilih strap.

Nasihat aku, belilah sekurang-kurangnya strap yang berjenama gitar (Fender, Ibanez, Epiphone, dll.) atau berjenama produk berkaitan gitar (D'Addario, Dunlop, GHS, Ernie Ball, dll.). Material yang premium sikit itu hanyalah opsyen yang penting jangan lupa strap lock.

Aku semenjak peristiwa ini, pantang gitar-gitar aku kalau tak ada strap lock tak kisahlah apa jua teknologi dan jenamanya - dari secanggih-canggih Dunlop Straplok, Hennessey atau Loxx sehinggalah low-tech plastik Dunlop Lok Strap dan getah Strap Blocks Ernie Ball.

_____
AADI: Cerita string dan cerita pick menyusul.

Wordless Wednesday: Laced Eclipse



_____
AADI: Jamming approved.

Kembalinya Francesco (Part 2)


Selepas diterima semula Francesco ini perlu diservis. Fizikalnya semasa diterima lebih kurang seperti ketika ia dilepaskan, terima kasih kepada tuannya sebelum ini kerana menjaga dengan baik.

Dah boleh padankan dengan strap #1512PG.
Hanya gigbag asal sahaja yang koyak di bahagian bawah kerana ia digalas ke sana-sini sambil menunggang motorsikal. Tak hairanlah jika beban tertumpu pada bucu bawah Warlock yang tajam (duh!~).


Fretboard ebony agak kotor, kering dan kusam, dicuci dengan menggunakan produk Jim Dunlop. Fretboard ebony ni taklah sekilat fretboard rosewood selepas dicuci.


Hampir kesemua tombol-tombol yang ada agak keras, mungkin tidak pernah dipulas terutama tombol 2-band EQ. Dipulas-pulas supaya kembali lembut (hah, teknik apa ni?). Pernah juga terfikir untuk menukar pikap yang ada kepada set EMG 40P5 + EMG 40J.


Set tali lama buat masa ini masih boleh digunakan walaupun berusia 2-3 tahun. Tali direkondisi, bridge dicuci buang karat, action direndahkan, kemudian diintonasi dan ditala pada B-standard. Cukup masa aku akan gantikan dengan set tali baru, mungkin akan memilih jenis tapered B.


Ok selepas diservis mengikut spesifikasi peribadi, ia sudah sedia untuk beraksi. Cuba perlu sedikit masa untuk membiasakan diri dengan faktor-faktor seperti dimensi, berat, tona dan playability keterbolehmainan bass ini.

_____
AADI: 4.9 kg wei!~

Wordless Wednesday: Old Friend So-Cal




_____
AADI: Hampir setahun tidak beraksi.

Camo Richter


Seperti tahun lepas, satu-satunya perolehan bersempena *Black Friday untuk tahun ini datangnya dari Jerman yang berisi strap gitar daripada Richter Strap. Mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sampai (ordered 30/11/2019, posted 5/12/2019, received 11/12/2019).


Black Friday tahun ini Richter hanya menawarkan diskaun 10% sahaja berbanding 15% tahun lepas. Kalau 15% memang aku bantai strap signature Jeff Loomis atau Paul Landers. Kandungan di dalam kemas seperti bungkusan #1502PG sebelum ini, strap digulung dalam plastik tetapi tidak disertakan juga dengan sticker Richter Germany.


Kali ini model yang dipilih ialah Camouflage Crackle Print/Vintage Look #1641 yang sebahagian daripada katalog B-stock (product with minor blemishes). Sebagai produk B-stock, harganya sudahpun berdiskaun 40% daripada harga asal.


Model ini tiada apa-apa kerosakkan seperti model-model lain dalam katalog B-stock, cuma ia merupakan discontinued model sahaja. Tanpa harga B-stock, diskaun 10% Black Friday dan pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25), sudah pasti harganya amat tidak berbaloi.


Harga strap ini tidak sampai €25, jadi supaya layak pengeposan percuma tadi aksesori pick holder #1363 (juga material kulit) ini menjadi pembelian sampingan. Ia boleh dipasang pada strap Richter (end piece) dan boleh memuatkan sehingga enam keping pick.


Ini merupakan strap Richter ketiga selepas #1517MKH dan #1502PG. Juga material daripada kulit (lembu) seperti kedua-dua tadi. Disebabkan warna dan tema camouflage-nya, ia akan digandingkan dengan Sarge.

*Ada juga membelek-belek katalog Black Friday produk/jenama lain - CD/DVD, t-shirt/merch band, menarik, tapi hasrat terbatal bila nampak kos pengeposan lebih mahal daripada barang yang ingin dibeli.

_____
AADI: Nak dah masuk khemah Richter.

Richter Gregoletto


Menerima emel kod diskaun 15% terhad daripada Richter Strap pertengahan April lepas bersempena apa entah. Dengan pantas mengambil peluang untuk mendapatkan #1502PG Paolo Gregoletto signature bass strap, satu daripada strap yang pernah tewas semasa promo Black Friday tahun lepas kerana aku memilih #1517MKH.


Diterima semalam, mengambil masa dua minggu untuk tiba menggunakan pos EMS (sub Poslaju). Tapi fizikal kotak yang diterima agak menyedihkan, mujurlah isi di dalam bukanlah benda mudah pecah.


Kandungan di dalam lebih kemas, strap digulung dalam plastik dan disertakan juga dengan sticker Richter Germany, sesuai untuk dilekat pada hardcase gitar.


Secara keseluruhan ia hampir sama seperti #1517MKH, dengan material utama ialah kulit (lembu) dengan logo oni "Ibaraki" Trivium tanpa sebarang initial. Perbezaan yang ketara hanyalah lebarnya iaitu 9 cm berbanding 6 cm pada MKH dan warna logo oni yang keemasan berbanding putih pada MKH.


Harganya pula mahal 11% berbanding MKH. Tapi tanpa dengan kedua-dua diskaun 15% dan pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25) tadi, sudah pasti harganya amat tidak berbaloi.

PG gold vs MKH white.
Aku rasa Trivium mula menggunakan logo Ibaraki oni ini semasa album Silence In The Snow (betulkan kalau aku salah), dan ia seperti menjadi maskot rasmi Trivium.


Secara teori, dengan permukaan 9 cm yang lebih lebar berbanding 6 cm pada MKH, ia lebih sesuai untuk menggalas gitar yang lebih berat. Kalaulah aku masih memiliki Francesco, memang sepadanlah kan kedua-duanya signature Paolo Gregoletto? Tapi dah jual, kah kah kah...

_____
AADI: Makin banyak strap, makin dilema.

Richter Heafy


Satu-satunya perolehan bersempena Black Friday untuk tahun ini. Bungkusan dari Jerman yang berisi strap gitar daripada Richter Strap, spesifik model Matt Heafy signature #1517MKH. Mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk sampai.


Diperolehi menerusi website Richter Strap dengan diskaun 15% bersempena Black Friday dan yang penting pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25). Tanpa kedua-dua diskaun dan pengeposan percuma tadi mungkin aku tidak tergerak hati untuk memesannya. Harga? Dengan diskaun tadi, harganya murah sedikit berbanding harga pasaran strap Mono Betty.


Material utamanya ialah kulit (lembu) dengan logo oni "Ibaraki" Trivium dan initial MKH. Lebarnya 6 cm dan panjang maksimum sehingga 145 cm, cukup panjang untuk pakai ala londeh.


Ada lagi beberapa strap Richter signature yang menarik, tapi harganya agak premium. Model mampu milik lain yang tewas ialah #1440MKH, #1502PG (Paolo Gregoletto) dan #1566-#1568 (Motörhead).


Ia lebih menyerlah jika dipakai bersama-sama gitar Les Paul berbanding gitar lain. MKH merupakan artis Epiphone, sudah pasti ia afdal dipakai bersama-sama Goldie atau Nightfall.


Strap kulit begini lebih kepada estatika/kosmetik berbanding ergonomik. Tapi ada satu perasaan yang pelik (maybe prestige) bila menggalas gitar dengan strap kulit berbanding material lain.

Tapi pastikan ada mekanisma pengunci tambahan untuk strap anda (strap-lock). Strap mahal pun tak guna kalau terlepas daripada strap button dan gitar anda menjunam mencium lantai, aku pernah melaluinya...

_____
AADI: Bercadang untuk buat strap sendiri.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger