Showing posts with label anime. Show all posts
Showing posts with label anime. Show all posts

Hari Baharu


Ketika musim No Way Home beberapa tahun lepas aku sanggup ambil cuti semata-mata untuk tayangan paling awal iaitu pukul 10.15 pagi akibat FOMO. Ternyata ia tidak mengecewakan...

Untuk Brand New Day, memilih tayangan hari Jumaat (31/07/2026) 8.30 malam di GSC Bintulu bersama-sama anak dara aku Lil'Ijau. Sambil menggayakan jaket Avengers seperti ketika menonton Deadpool 4.

Seperti biasa, tiada spoiler dalam entri ini. Hanya Spider-Man/Peter Parker dalam filem ini nampak lebih matang dan serasi dengan usia Tom Holland yang sudah 10 tahun memegang watak tersebut. Lebih "neighbourhood friendly" menyelesaikan masalah kentang-kentang kecil di New York berbanding masalah global pada filem-filem terdahulu.

Skor peribadi 7.5/10, kalau tak ada Zendaya pun tak apa.

_____
AADI: Masih guna Stark-tech?

Kaiju, Tapioca, Caramel Macchiato!


Pantang ada filem untuk tontonan sekeluarga, pasti anak-anak akan melobi, apatah lagi bila trailer Minions 3: Minions & Monsters mula berlegar dalam media sosial. Franchise Minions dan Despicable Me merupakan kegemaran anak-anak (dan si ayah juga).

Memilih tayangan 11.00 pagi Sabtu dua minggu lepas (11/07/2026) di family friendly hall @ junior TGV Bintulu yang aku rasa lebih selesa berbanding play hall GSC Bintulu.

Agak stand-alone filem kali ini hampir tiada kaitan dengan dua filem Minions sebelumnya. Minions utama dalam filem kali ini pun bukannya Kevin, Stuart dan Bob. Jalan ceritanya pula seperti tiada hala tuju yang nyata, lebih kepada faktor escapism dan jenaka semata-mata dan kami terhibur kerananya, sudah kira berbaloi untuk tontonan sekeluarga...

_____
AADI: Gru, Kyle dan Agnes juga ada buat penampilan semasa kredit.

Wordless Wednesday: Moment Funny



_____
AADI: Apa kaitan Prime di situ?

Sonic 3


Ahad (05/01/2025) - Menunaikan janji untuk membawa anak dara aku si Lil'Ijau menonton filem Sonic The Hedgehog 3 di GSC Bintulu, sebagai kesinambungan cerita Sonic The Hedgehog 2 yang kami tonton beberapa tahun lepas. Adiknya si autis Junior pula tak nak ikut sebab dia kata tak suka Sonic, tapi awal lagi dia booking ajak tengok filem A Minecraft Movie bulan April kelak.

Walaupun tarikan filem ini ialah watak Shadow yang disuarai oleh Keanu Reeves, tapi teraju utama untuk filem ketiga ini pastinya Jim Carrey yang melakonkan dua watak Dr. Robotnik (Ivo, Gerald).

Tapi pendapat aku, plot filem ketiga ini agak bertentangan dengan plot filem pertama. Jika betul 50 tahun lepas sudahpun ada eksperimentasi makhluk asing spesies yang sama (Shadow), pastinya dalam filem pertama Ivo dan pasukan (atau Gerald ketika itu) tiada masalah menangkap Sonic kerana sudah ada rekod makhluk asing ini dalam organisasi GUN. Selebihnya biarlah tanpa spoiler dalam entri ini...

_____
AADI: Akan ada lagi Sonic 4?

Popular Imago


Tersinggah di premis Popular Bookstore, Imago Kota Kinabalu sehari sebelum pergi ke Kundasang. Agak terkejut kerana premis ini masih ada menjual DVD anime seperti 10 tahun lepas (CD-Rama?) pada harga yang masih dikira munasabah dan mampu milik.

Amat berharap kalau ada DVD boxset Yakitate!! Japan, tapi malangnya tiada. Ia antara DVD anime yang aku cari dari dulu. Ketika ia mudah didapati di CD-Rama dan/atau Speedy Video berbelas tahun lepas aku tak pandang pun, kerana ketika itu masih hangat dengan budaya menyedut torrent.

Koleksi DVD yang dijual bukannya yang lama sahaja kerana ada DVD musim pertama One Piece Netflix live action. Yang ini walaupun ramai yang kata bagus dan true to source material, tapi aku tak mahu terlayan, cukuplah dengan versi komik/manga sahaja yang sudah beribu-ribu episod. Versi anime pun aku dah ada masa nak layan. Skip~

Cuma DVD yang ini aku menyesal tak beli - Godzilla Minus One + Shin Godzilla. Minus One tu antara filem yang ditunggu-tunggu tayangannya di Malaysia, malangnya tiada. Dek kerana mengejar masa dan melayan karenah anak-anak, terlupa untuk berpatah balik ke Popular ini.

_____
AADI: Harapnya nanti masih ada bila aku kembali.

Wordless Wednesday: Corntoz Thousand Sunny



_____
AADI: Fenomena One Piece bila sudah terlalu mainstream.

Despicable Gru 4


Menunaikan janji untuk menonton filem Despicable Me 4 bersama anak dara aku si Lil'Ijau kerana kami follow francais Despicable Me dan spin-off Minions sejak dia masih kecil lagi. Nasib baik GSC Bintulu masih ada tayangan, kalau TGV Bintulu sudah tiada...

Pendapat peribadi aku, filem kali ini seperti kurang menghiburkan dan tidak segah filem-filem terdahulu. Plot kurang menarik, lawak pun tak seberapa. Antagonis utama Maxime Le Mal tidak memberikan impak seperti antagonis tiga filem sebelumnya (Vector, El-Macho, Balthazar).

Lucy sudah beranak (Gru Jr.), tapi Margo, Edith dan Agnes pula masih kekal kanak-kanak seperti usia dalam filem pertama. Alangkah bagusnya jika mereka meningkat remaja dalam filem keempat ini memandangkan francais ini sudah lebih sedekad.

Tiada Dru dalam filem ini, tak tahu kenapa... Kalau tak silap semasa penghujung filem ketiga hampir kesemua Minions menjadi pengikut Dru kerana Dru adalah seorang supervillain, manakala Gru kembali bersama AVL. Tapi dalam filem ini nampaknya semua Minions kembali bersama Gru. Mega Minions pula hanya sebagai parodi filem-filem superhero.

Menakluk popcorn.

Bagi aku filem pertama akan tetap menjadi kegemaran, kerana ia antara filem pertama yang ditonton dalam format 3D (GSC Suria Sabah, 2010) tanpa menjangkakan apakah sebenarnya plot filem tersebut.

_____
AADI: Baru teringat filem Minions: The Rise Of Gru ditayangkan dua tahun lepas.

One Piece Toei 25th Anniversary


Beberapa hari lepas YouTube Toei Animation mengeluarkan video komemoratif bersempena ulang tahun ke-25 One Piece dalam bentuk siri animasi (anime).

Untuk versi umum (komik/manga) sudahpun dibuatkan entri ulang tahun ke-25 pada 2022, tak lupa entri anime episod ke-1000. Juga pernah dibuatkan entri merapu ketika ulang tahun ke-20 pada 2017. Jadi tak perlulah aku ceritakan sekali lagi impak One Piece dalam kehidupan remaja hingga dewasaku.

Aku sudah berhenti layan anime One Piece sejak 2018 (Whole Cake Island arc) atas sebab kekangan masa. Tapi kalau versi manga (komik online) masih diikuti sehingga episod terkini #1116, supaya tidak ketinggalan cerita yang telah diikuti sejak sekian lamanya.


Lagu yang membuatkan aku mengenali Masterplan.

Meminati One Piece sudah tidak seeksklusif seperti 10 tahun lepas kerana ia kini sudah semakin mainstream, lebih-lebih lagi dengan adaptasi live action oleh Netflix. Kalau dulu boleh berkongsi cerita berjam-jam dengan segelintir nakama yang terpilih, sekarang bila dengar generasi muda mula bercerita pasal One Piece, kita yang tua ni diam-diam sajalah, padahal dalam hati...

_____
AADI: ..."The One Piece is real!"

Moody Monday: Toriyama Tribute


Aku tak berapa mengikuti karya Akira Toriyama. Cuma dulu pertengahan 90an hampir-hampir memilih komik Mutiara Naga (Dragon Ball terjemahan Comic House) sebagai koleksi, tapi mengambil keputusan untuk mengumpul Pembolos Keranjang (Slam Dunk terjemahan Tora Aman) sahaja. Manakala komik Mutiara Naga dikumpul oleh rakan lain.

Tapi sebagai seorang geek aku percaya, tanpa Toriyama pasti tidak akan ada One Piece dan Naruto, dua manga/anime kegemaranku (Naruto sampai era Shippuden sahaja), kerana Eiichiro Oda dan Masashi Kishimoto merupakan peminat Toriyama.

Terima kasih Akira Toriyama. Seluruh dunia tahu gesture kamehameha.

_____
AADI: Mafuba!

Throwback Thursday: Cosplay Konoha


Ini cerita anak-anak aku menyelongkar peti mainan ayah di kampung waktu balik raya bulan April lepas, mereka terjumpa set berlogo Konoha ni...

Akupun dah lupa aku ada simpan menalah ni dan beberapa mainan lain masuk peti sebelum musim Projek Mega 2011 dan tak pernah keluar selepas itu.

Kalau tak silap gloves dibeli penghujung 2005 di Petaling Street. Kemuncak minat anime Naruto yang ketika itu baru episod 120+ team Naruto dan rakan-rakan mengejar Sasuke yang dibawa lari dalam tong oleh konco-konco Orochimaru. Manakala headband pula di Sunway Pyramid sekitar 2008, awal musim Shippuden.

Sayangnya, ia ditinggalkan di kampung dan tidak dibawa ke Bintulu. Kalau tidak, nanti ada Bintulu Hobby Convention bolehlah ber-cosplay buang tebiat...

_____
AADI: "Kenapa ayah tak bagi main?".

Pembolos Keranjang Pertama?


Aku dapat tahu kewujudan iklan filem animasi The First Slam Dunk ini di Facebook bila ditag oleh rakan sepermainan Jantayu (bukan nama sebenar) beberapa bulan lepas. Bila dapat tahu ia akan dirilis di Malaysia pada 23/02/2023 dan hanya eksklusif untuk pawagam GSC sahaja, waktu inilah aku bersyukur kerana Bintulu ada pawagam GSC.

Memilih tayangan 1.50 petang semalam (Ahad, 26/02/2023) yang hanya ada 4-5 orang penonton sahaja ketika itu.

Jika anda bukan peminat Slam Dunk (komik), mungkin akan lost dengan filem ini kerana ia berlatar belakangkan perlawanan antara Shohoku menentang Sannoh seperti episod-episod terakhir dalam komiknya. Cuma bijak bagi Toei/Inoue untuk menyelitkan cerita "origin" Rota Miyagi dalam filem ini yang tiada diceritakan dalam komik.

Menontonnya mengembalikan memori ketika membaca komiknya di Penang penghujung 1999 dulu terutama episod #29-31. Walaupun sudah lebih 20 tahun (dan komiknya pun sudah dijual), beberapa babak menarik dan lucu dalam perlawanan Shohoku-Sannoh ini masih segar dalam ingatanku. Dan aksinya dianimasikan dengan cantik dan elegen oleh Dandelion Animation Studio sebiji gaya lenggok lukisan Takehiko Inoue.

Jika anda peminat Slam Dunk - 11/10 must watch!
Jika anda peminat anime kasual - 7/10.

_____
AADI: Sebahagian daripada memori remajaku.

Pusswish


Menontonnya bersama anak dara aku si Lil'Ijau Sabtu lepas menggantikan Mechamato yang tak sempat ditonton di pawagam atas pelbagai faktor (kesihatan, masa). TGV Bintulu dipilih kerana masih lagi menayangkan filem ini berbanding pawagam lain. Inipun aku rasa minggu terakhir ia ditayangkan.

Aku memang mengikuti franchise Shrek dan spin-off Puss In Boots sejak dahulu, tapi ini kali pertama aku layan franchise ini di pawagam, selebihnya layan DVD sahaja.

Entri sedekad lepas, masih slim.

Berterima kasih kepada DreamWorks dan Universal kerana filem ini masih lagi memiliki plot dan mesej klasik seperti kekeluargaan, kesetiaan, camaraderie dan poetic justice. Tidak seperti filem-filem Disney atau Hollywood secara amnya mutakhir ini yang penuh dengan mesej wokeness dan agenda LGBTQ+ yang toksik. Antagonisnya pun bukan calang-calang, memang betul-betul antagonistik dari mula sampai penghujung.

Bagi aku, watak Perro dan interaksi antara Goldilocks dan keluarga beruang merupakan momen paling menang dalam filem ini. Cuma yang menjengkelkan ialah setiap kali ada babak aksi, visual dan framerate seperti sengaja direndahkan.

_____
AADI: Adakah Shrek akan kembali?

Sekitar Bintulu Hobby Convention 2022


Sabtu (24/12/2022) - Baru ada peluang mengunjungi Bintulu Hobby Convention 2022 yang berlangsung di Boulevard Bintulu sejak dua hari lepas bersama-sama Lil dan Junior. Tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan, tahun lepas tak sempat buat entri... Kebelakangan ini kesihatan tidak berapa mengizinkan untuk aku berhobi selepas post-COVID ditambah penat memandu trans-Borneo balik kampung beberapa hari sebelumnya.

Datang sekitar 1.45 petang terjumpa Adi Herman (antara AJK/penganjur acara ini) mengatakan ada pertandingan cosplay diadakan pada pukul 2.00 petang. Dan tidak jauh daripada pentas utama terjumpa Murad (Barangkali Marus) yang menggayakan cosplay Ghostbusters. Rata-rata peserta cosplay lain menggayakan tema anime.

Tak dapat berada berhampiran pentas utama kerana anak autistik aku si Ijau Jr. tak tahan dengan bunyi kuat/nyaring dan kebetulan MC teriak-teriak sedang membuat bidaan beberapa produk di atas pentas. Melarikan diri ke area figura aksi, mujurlah aku tidak terjerumus hobi mengumpul figura aksi begini. Ternyata ia juga hobi yang premium seperti hobi bergitar.

Dua anime 2000an yang sebahagian daripada memori remajaku - Digimon dan One Piece. Going Merry dan Thousand Sunny sepatutnya tak sama skala, Merry lebih kecil. Sempatlah acah-acah tawar-menawar harga digivice sambil bercerita teringin sangat untuk memiliki digivice terutama gen 1 awal 2000an dulu. Anak-anak aku blur bila aku cerita pasal Digimon, hahaha...

Star Wars? Aku antara peminat yang sudah putus asa dan tidak ambil kisah lagi tentang Star Wars sejak ia dipondankan di bawah pentadbiran Disney.

Spesies Yautja (Predators) ini pun kalau tak kawal, pasti akan penuh almari dibuatnya, kah kah kah...

Kalau ikutkan hati memang nak sangat lepak dengan penganjur yang juga rata-ratanya rakan-rakan pemuzik Bintulu. Tapi mengenangkan anak autistik aku yang agak kurang selesa dengan bunyi bising dan kawasan ramai pengunjung, terpaksalah beredar awal dari tempat kejadian, tak sempat tengok acara cosplay tadi.

_____
AADI: Cukuplah dengan hobi yang ada - gitar, muzik, gaming.

Rising Gru


Menunaikan janji si kakak Lil'Ijau untuk menonton filem Minions: The Rise Of Gru di TGV Bintulu Boulevard Sabtu lepas. Walaupun filem ini agak basi di pawagam tapi baru ada kesempatan, baru habis penilaian sekolah rendah minggu lepas (kira macam exam la tu). Si autis Ijau Jr. pula tak nak ikut, selepas pengalaman menonton Sonic The Hedgehog 2 bulan Jun lepas dia serik nak ikut, katanya "cinema is too loud".

Dalam franchise Despicable Me, setakat ini hanya filem pertama (2010) sahaja yang aku tonton di pawagam, ketika itu di GSC Suria Sabah kerana ingin mencuba tayangan 3D. Filem kedua (2013), ketiga (2017) dan spin-off Minions (2015) hanya layan versi DVD-JS di rumah dengan anak-anak.

Filem spin-off kedua Minions ini lebih kepada prekuel/origin bagaimana Felonious Gru menjadi super villain (hence, the title) berbanding filem spin-off pertama yang lebih fokus kepada Kevin, Stuart dan Bob. Juga ada penampilan "cameo" watak-watak filem pertama seperti Dr. Nefario, Mr. Perkins dan Vector.

Bak kata Bob "Nasi goreng, kicap manis... Terima kasih".

_____
AADI: Selamat berbulan Ogos.

Flashback Friday: One Piece 25th Anniversary


One Piece hari ini sudahpun berusia 25. Pernah buat entri merapu semasa ulang tahunnya yang ke-20 lima tahun lepas.

"Aku mula mengenali siri ini daripada komik versi terjemahan Comics House dengan tajuk Budak Getah sekitar penghujung 90an. Versi anime pula mula dilayan sekitar 2003, dan masih aktif menyedutnya sehingga kini, keh keh keh..."

Ini poster yang masih ada di bilik hobiku (mancave) diperolehi sekitar 2004. Ketika itu jalan ceritanya (anime) masih lagi di Alabasta, Nico Robin pun belum menjadi nakama lagi.

Hobby Kai, Ibraco Town Square Plaza Bintulu.

Selama 20+ tahun aku layan siri ini, banyak memori yang boleh aku gamet kembali dari zaman wasted years di Penang sehingga ke Bintulu, era bujang, suami dan ayah. Rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini...

Gear 4 Luffy. Oh sekarang sudah masuk Gear 5.

Cuma selepas 2018, aku sudah tidak terlayan lagi versi anime (sedut) atas faktor masa, hanya mengikutinya melalui versi manga online sahaja. Dan kebetulan pagi ini sudah keluar episod 1054 setelah hampir sebulan rehat.


"No, I'm not crying over a ship, again. It's not a ship, it's a caravel".

"Tak lupa juga, aku mengenali band Masterplan melalui videoklip/montaj nukilan Many Lemons dengan lagu runut Sail On."

Satu-satunya siri manga/anime yang masih aku layan sehingga kini. Nak layan siri manga/anime lain atas faktor masa juga memang aku dah putus asa. Siri Naruto pun aku berhenti sehingga habis era Shippuden sahaja, masuk era Baruto memang aku tak terlayan.

Entri lama tahun 2009 - CD kompilasi 10th Anniversary Super Best.

Aku harap Oda-sensei (Eiichiro Oda) diberikan kesihatan holistik supaya beliau dapat menghabiskan siri One Piece ini walaupun memakan masa lagi 10 tahun (janganlah~). Dengar khabar episod terkini sudah mula memasuki jalan cerita terakhir, katanya...

Favourite character so far? Monkey D. Garp.

_____
AADI: Selamat Hari Sarawak.

Sonic Boom


Menunaikan janji membawa anak-anak Lil'Ijau dan Ijau Jr. menonton filem *Sonic The Hedgehog 2 di pawagam sejak ia dirilis seminggu sebelum raya (21/04/2022). Aku ingatkan filem ini sudah tiada dalam tayangan sebab sudah basi sebulan lebih, rupa-rupanya TGV Bintulu Boulevard masih menayangkannya tapi hanya eksklusif untuk Hall 7 iaitu family friendly hall.

Antara sebab utama untuk mencuba Hall 7 kerana ini merupakan kali pertama anak autistik aku si Jr. masuk pawagam, kakaknya sudah pernah dibawa menonton Frozen 2 sebelum musim pandemik dulu. Mula-mula memang dia teruja sebab skrin besar dan ramai "kawan" (budak-budak lain). Tapi selepas sejam pertama mula mundar-mandir dan berkali-kali tanya bila nak balik sebab bosan katanya, hahaha...

Spoiler - Sonic jadi Captain Marvel.

_____
AADI: *Kalau tak sempat Sonic, tunggu Minions la.

Throwback Thursday: One Piece 1000th Episode


Katanya siri Anime One Piece kini mencecah episod 1000. Walaupun versi manganya sudah mencecah #1032 ketika entri ini ditaip, tapi animenya juga cepat mengejar...

Intro episod 1000 katanya tribute untuk episod-episod awal yang menggunakan lagu We Are. Serius, aku membesar dengan siri One Piece ini, dari penghujung zaman remaja sehingga kini 40an. Pernah dibuatkan epilog dalam entri One Piece 20th Anniversary beberapa tahun lepas:

"Aku mula mengenali siri ini daripada komik versi terjemahan Comics House dengan tajuk Budak Getah sekitar penghujung 90an. Versi anime pula mula dilayan sekitar 2003, dan masih aktif *menyedutnya sehingga kini, keh keh keh..."

Banyak yang aku boleh buatkan entri pasal One Piece ini, tapi rasanya tak perlulah sebab nanti jadi panjang pula.

Entri tahun 2009.

Aku harap Oda-sensei (Eiichiro Oda) diberikan kesihatan holistik supaya beliau dapat menghabiskan siri One Piece ini walaupun memakan masa lagi 10 tahun (janganlah~).

_____
AADI: *Versi sedut-sedut kini baru episod 950+.

Ada Apa Dengan Mamee We Bare Bears?


Antara makanan ringan kegemaran anak-anak (dan si ayah) ialah Mamee Monster. Perisa ayam dan BBQ antara yang biasa dibeli.

Kebelakangan ini ada edisi khas kolaborasi dengan We Bare Bear. Tapi dalam paket besar cuma ada satu paket sahaja yang berlabel WBB dengan imej rawak Grizzly, Panda atau Ice Bear.

Dan apa yang menarik, tak kisahlah perisa apa yang kita beli (ayam, BBQ, pedas), paket edisi terhad WBB ini satu-satunya berperisa rendang! Seperti gabungan perisa ayam dan BBQ tapi pedasnya perantaraan perisa BBQ dan perisa pedas.

_____
AADI: Teringat aku edisi terhad perisa karipap beberapa tahun lepas.

Sepetang Di Hobby Kai


Tergerak hati untuk mengunjungi Hobby Kai Bintulu selepas menonton live Facebook Ngumpaiks TV pada sebelah pagi...

Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.

Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021


Bahagian Kedua Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.

Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021

Itupun selepas roving reporter Uchu aka Nasuki Malim menunjukkan figura aksi Trooper Eddie terpakai (@18:32) pada harga yang mampu milik.

Maka terkunjungilah premis ini yang terletak di tingkat satu Ibraco Town Square Plaza Bintulu. Serius, rasanya dah 3-4 tahun aku tak naik atas ni. Waktu tu aku rasa belum ada premis yang buka, hanya ada beberapa restoran dan kiosk di tingkat bawah.

Pertama kali masuk, pemandangan pertama yang aku nampak ialah galeri One Piece dengan poster wanted Mugiwara Kaizoku dan figura aksi. Sudah pasti tauke premis ini juga seorang peminat One Piece. Yang pasti, taukenya memberi kebebasan sepenuhnya untuk aku snap gambar di dalam premis ini.

Sebagai seorang peminat kurang tegar One Piece, pernah juga aku tergerak hati ingin berhobi kumpul figura aksi sebegini. Rujuk entri 11 tahun lepas.

Gear 4 Luffy, not for sale.

Tapi bila ambil kira faktor harga per figura, lebih afdal aku setia dengan hobi bergitar sahaja. Hobi beli CD pun dah terbantut semenjak PKP tahun lepas. Serius, banyak hobi, banyaklah dana yang perlu disalurkan.

Ini aku rasa figura aksi One Piece yang paling terkini, Gol D. Roger vs Edward Newgate (Whitebeard). Sebab anime yang memaparkan aksi ini rasanya baru sahaja disiarkan awal tahun ini atau hujung tahun lepas. Waktu aku datang ke premis ini pun, taukenya baru sahaja selesai memasang figura ini.

Lagi figura aksi One Piece, Portgas D. Ace dengan persalinan episod Alabasta. Maaflah, aku banyak snap gambar bertemakan One Piece berbanding anime lain.

Ok, ada sebuah gitar elektrik terpakai dijual di sini, model ESP LTD EC-256 dijual pada harga RM1500. Menurut nombor siri ia merupakan model keluaran Ogos 2014 buatan Vietnam, mengingatkan aku kepada ex-Dark Moon.

Juga ada figura aksi agak lewd, DOA Kasumi dan Ayane. RM120 per figura, oklah untuk sebuah figura lewd. Kalau ada figura bishoujo dan yang lebih lewd lagi macam mana?

Ok, awal 2017 dulu aku hampir-hampir terbeli Funko Pop! Fallout 4 Power Armor di Toys R Us KLIA2. Nasib baiklah tak terjerumus, kalau tak set Eddie empat album pertama Iron Maiden ini memang racun berbisa.

Hah! Ini antara mainan idaman aku sekitar 1987-1988, MASK Split Seconds Dynamo. Juga berstatus terpakai, sayangnya ia tak lengkap kerana tidak memiliki figura pendua/hologram Bruce Sato. Aku teringat waktu kecil dulu aku rajin main Split Seconds Barracuda kepunyaan Joad Takilala.

Hampir-hampir tertarik picu untuk membeli Sixshot terpakai ini, tak pasti dari siri Transformers mana, mungkin G1 atau Masterforce kot? Kena rujuk Shafid Transformers United ni... Harga pun mampu milik.

Figura aksi Marvel dan DC pun banyak, tapi hanya satu ini aku snap kerana tahap rare. Thank you Stan!

Hampir sejam juga aku berada di premis ini. Aku rumuskan bahawa premis ini lebih fokus kepada figura aksi - anime, Marvel, DC, Gundam, Transformers, Funko Pop!, dll - berbanding "hobi" lain.

Inilah satu-satunya hasil pancingan aku - Trooper Eddie. Tiga sticker rawak (Ace, Shanks dan Galactic Empire) dan Space Marine Warhammer 40k merupakan pemberian mutual (free gift), terima kasih.

Tiada apa-apa info pasal figura Trooper Eddie ini. Ia tidak lengkap, tiada tapak (base) pedang rapier/sabre dan bendera Union Jack. Dan daripada perincian, kebarangkalian besar ia adalah model keluaran McFarlane. Akan dibuat entri berasingan kelak...

_____
AADI: Ada figura yang mencecah harga ribuan ringgit, lagi nak komplen hobi bergitar itu mahal?

Wordless Wednesday: Infinite Tsukuyomi



_____
AADI: Peminat Naruto akan faham.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger