Showing posts with label gsr200ex. Show all posts
Showing posts with label gsr200ex. Show all posts

Metallica Singapore? (Part 2)


Ramai rakan-rakan bloggers yang masih dalam dilema sama ada nak pergi atau tak (contohnya TJ, MBA, Muspeed dan Deaf), tak kurang juga yang dah berkomitmen untuk TIDAK pergi seperi Dr. Ben dan Jairo seperti yang dinyatakan dalam status Facebook mereka beberapa hari lepas.

Imej cilok.
Aku? Setelah mendapat tahu harga tiket SGD148/188 (~RM370/470) dan membuat pengiraan bajet kasar (concert tix, return flight, renew passport, rations) aku harus bersedia dengan amaun minimum RM1k, satu nilai yang agak besar dan amat mustahil untuk aku kumpul dalam masa dua bulan (dengan gaji aku yang tak seberapa ni) tanpa menjejaskan perbelanjaan keluarga.

Berbeza seperti waktu konsert Iron Maiden Singapore tahun 2011 lepas, waktu itu aku masih bujang dan tiada tanggungan, kalau pokai sekalipun masih boleh bertahan makan mee segera sehingga menunggu gaji berikutnya.

Oleh yang demikian aku mengambil keputusan untuk menyertai "Legionnaire du Dr. Ben", dengan kata lain aku TIDAK pergi, I'm not going...

Dan yang pasti, semangat nak tengok Metallica secara live tidak membara sepertimana semangat nak tengok Iron Maiden (pengaruh DVD Rock In Rio dan Flight 666). Tapi sekiranya Metallica masih boleh mengekalkan kualiti konsert sama standard seperti Live Shit, Cunning Stunts dan S&M, mungkin semangat aku masih membara. Dan/atau mereka memasukkan Kuala Lumpur dalam senarai destinasi konsert mereka seterusnya.

*Sekadar gambar hiasan.
Walau bagaimanapun, sebagai tribute untuk Metallica, Metuk Ulau Project akan cover beberapa lagu Metallica secara medley untuk gig YOLO minggu depan, medley yang kami namakan Seek Creeping Puppets.

_____
Ada apa: *Featuring Korawk as vocalist.

Sekitar Love & Peace Gig #santaibersamaREG (Part 2)


Sambungan entri semalam...

Selepas Erectus, giliran Ana & The Scene pula membuat persembahan. Kali ni boleh dikatakan A&TS agak popular berbanding gig Oktoberfest dan OSG2012 sebelumnya. Mungkin disebabkan lagu mereka Sebalik Cahaya telah berada dalam top-10 carta CATS Xposed Cats.FM selama beberapa minggu.


Untuk gig kali ni Chop menggunakan Squier Modified Telecaster Custom II (discontinued model) dan tidak menggunakan Teslarised GAX30. Dengan perubahan drastik pada rig pedal (Zoom G3X, MS-50G) berbanding gig sebelumnya (hanya G1N).


Ya, ada Azrol di situ... Selepas Bintulu Music Fest Azrol menjadi gitaris pinjaman seasonist untuk A&TS menggantikan gitaris asal yang "grounded" atas sebab-sebab tertentu.


Untuk gig kali ni mereka juga menyanyikan lagu "etnik" baru mereka Aok duet bersama Aishah Chong. Penyanyi duet asal lagu ni Nia Roslia (Wantwojuice) tidak dapat hadir kerana berada di Semenanjung.

Line-up A&TS
Selesai A&TS, giliran satu lagi kumpulan black metal otai Bintulu Curse Of God (atau dikenali dengan COG sahaja sepanjang gig) untuk beraksi. Kali ni mereka beraksi dengan full line-up tidak seperti gig mereka di KK beberapa bulan lepas hanya bermain 3-piece tanpa Fadel yang tak dapat datang atas masalah-masalah birokrasi.


Donny menggunakan gitar Ibanez GRG270 (aka gitar 1Malaysia) kepunyaan Korawk, yang baru sahaja dimodifikasi dengan DiMarzio Petrucci Set minggu lepas.

Rashid aka Abang Long.

Gitar Cort VX-2V kepunyaan Donny pula digunakan oleh Fadel. Walaupun menjadi "makhluk bertopeng", tapi pasti ramai yang kenal pemain bass ni.

Mahkluk bertopeng?

Sayangnya potensi sebenar Petrucci Set pada gitar ni tak dapat "dinikmati" sepenuhnya disebabkan masalah pada amp. Aku perasan sepanjang gig, beberapa orang pemain gitar (termasuk aku) mengalami masalah yang sama dengan amp Marshall AVT50 kepunyaan REG Studio - kadang-kadang bunyinya tak kuat, kadang-kadang gain rendah.

Line-up COG, akhirnya "makhluk bertopeng" kantoi.
Selesai persembahan COG, seterusnya giliran kumpulan Tresno pula membuat persembahan (untuk kali kedua?). Tresno merupakan kumpulan indie yang diketuai oleh Adi Herman. Untuk gig kali ni Adi juga menyertai Regiment Of Kid-Do-Wrong (seperti OSG2012) pada sebelah petang/malam, tapi waktu tu aku dah balik. Kita tunggu entri dalam blog Molotov Cocktailz nanti...


Ini persembahan pertama Tresno pada permulaan gig (sekitar pukul 1.00 petang), adalah ia hanya sebagai sessi soundcheck atau warm-up?


Ini pula persembahan "kali kedua" Tresno pada sebelah petang, perhatikan drummer mereka pun menjadi "makhluk bertopeng" hehehe...

Katanya Adi nak tiru gaya Elyana waktu atas pentas.
Dah ada Zoom G7.1ut wooo~
Aku terpaksa balik sekitar pukul 5.00 petang disebabkan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di rumah. Jadi untuk persembahan selepas 5.00 petang kita tunggu entri daripada blog Molotov Cocktailz, Geng Kereta Sapu atau Bintulu Buskers.


Sebelum beredar, sempat memerhatikan bouncer pub tauke kedai Rezal (orang kuat BIMM) sedang menala gitar menggunakan Vox StompLab IG, Rezal juga beraksi pada gig tersebut bersama kumpulannya Now@Days. Daripada cerita yang aku dengar, Rezal antara mangsa pertama yang terkena "sumpahan" COG pada hari itu, hehehe... Aku juga dengar cerita ada rakan yang terkena "sumpahan" tertidur di bawah pokok kelapa sampai pukul 2.00 pagi hahaha~

Post-mortem AADI mengenai gig ni:
  1. Lokasi yang strategik dan sesuai, tidak terlalu sempit seperti OSG2012 dan tidak juga terlampau luas seperti BMF2013.
  2. Amp Marshall AVT50 bermasalah, menyebabkan beberapa gitaris agak frust semasa persembahan (termasuk aku).
  3. Sound system pub memang bagus, vokal tak tenggelam oleh muzik.
  4. Pengacara majlis, Barangkali Marus (yang juga pengacara BMF2012) memang santai dan bersahaja sempat juga mempromosikan blog AADI ni hehehe...
  5. Pengunjung gig memang sporting kali ni, setiap persembahan tak terasa "forever alone".
  6. Pelbagai genre muzik boleh berada dalam gig yang sama, scene Bintulu memang unik.
  7. Ice cream for me Bintulu! \m/
_____
Ada apa: Oh ya, aku juga memperolehi tshirt BIMM pada gig tersebut, nasib baik ada saiz XXL...

Sekitar Love & Peace Gig #santaibersamaREG


Sabtu (6/4/2013) - Love & Peace Gig #santaibersamaREG, seperti namanya ia merupakan gig yang santai dan kurang stress jika dibandingkan dengan gig Bintulu Music Fest bulan lepas.

Mungkin disebabkan jumlah kumpulan yang menyertai gig ni adalah pada skala yang kecil maka ia senang diurus, tidak lupa juga faktor lokasi iaitu di pub Danau Alai Live Music, Tanjung Batu Bintulu, yang dua kali lebih luas berbanding Telaga Kumang membuatkan suasananya lebih gempak.

Tempat kejadian.

Metuk Ulau Project sebelum persembahan, posing paling menang setakat ni. Imej cilok dari Facebook Chop Sudir (Ana & The Scene).

Jika diikutkan jadual, MUP merupakan kumpulan yang ketujuh membuat persembahan, tapi ada perubahan jadual disebabkan "masalah-masalah yang biasa timbul waktu gig" membuatkan kami menjadi kumpulan ketiga membuat persembahan.




Setlist seperti biasa cover lagu-lagu Iron Maiden yang biasa dimainkan semasa jamming dan gig yang lepas dengan tambahan lagu Run To The Hills sebagai tribute kepada Clive Burr. Tak lupa juga sebuah lagu ballad dari Bruce Dickinson Tears Of The Dragon (aka lagu naga).

Solo maut lagu naga.
Why so sad?
Korawk aka Stevenson.
Selepas MUP, kumpulan black metal lagenda Bintulu yang terkenal dengan trademark gitar bercabang-cabang, Erectus pula mengganas! Mereka ni pun sepatutnya kumpulan yang ke-14 (dijadualkan sekitar 5.40 petang) membuat persembahan tapi naik jadi keempat disebabkan masalah yang sama.

G2.1Nu aku kena pau~
Interframe yang terlampau...
"Backstage" pass...
Line-up Erectus posing untuk majalah Mastika.
Selepas Erectus, giliran Ana & The Scene, Curse Of God dan Tresno membuat persembahan. Tapi mungkin aku akan sambung dalam entri yang akan datang (kes dah mengantuk).


Otai-otai black metal Bintulu (Erectus dan Curse Of God) sedang bersantai sementara menunggu giliran membuat persembahan.

Bersambung...

_____
Ada apa: Kali ni tak "forever alone Bintulu"...

MUP/LPG Jam Session #2: Bara Studio


Jumaat (5/4/2013) - Sessi jamming Metuk Ulau Project latihan dan persiapan terakhir untuk Love & Peace Gig keesokan harinya. Atas usaha Bob Kandar, kali ni kami jamming di *Bara Studio (Bara Entertainment, bukan Rimba Bara) disebabkan studio lain dah "penuh".

The Zoom G brothers.
Sessi kali ni aku menggunakan G2.1Nu yang juga bakal digunakan untuk gig esok sebagai langkah "play-safe". Pod HD300? Malas nak usung benda besar tu, tak berbaloi dibawa untuk persembahan 20-30 minit.


Kes malas nak tukar baju, pergi jamming masih pakai baju kerja hehehe... Dan seperti gig Bintulu Music Fest (BMF) yang lepas, aku akan menggunakan Calypso untuk gig esok (IDK sig maaa~). Azrol masih lagi dengan gaya yang sama dengan X-11nya.


Kali ni Bob Kandar "didera" habis-habisan praktis drumbeat untuk lagu Run To The Hills, terutamanya part chorus (dig-dege-dish dig-dege-dish). Lagu-lagu lain tak ada masalah sebab dah biasa main.


Oh ya, Korawk ada untuk sessi kali ni. Seperti BMF yang lepas Korawk menggalas tugas sebagai bassist MUP menggantikan Adi Herman yang berkomitmen dengan kumpulan utamanya iaitu Tresno yang juga bakal beraksi esok.

Ironinya, esok kedua-dua Azrol dan Korawk akan menggalas tugas berganda (double-duty). Selain MUP, Azrol juga merupakan gitaris pinjaman seasonist Ana & The Scene, manakala Korawk pula sebagai bassist bertopeng Curse Of God.
*Ini kali pertama kami jamming di Bara Studio, aku rasa Bara Studio ni sama macam REG Studio iaitu bukan studio sewaan umum. Bisnes mereka lebih kepada sewaan peralatan untuk majlis-majlis keraian.
_____
Ada apa: Ice cream for me?

MUP/BMF: Ice Cream For Me Bintulu!


Seperti yang dijanjikan, ini merupakan entri berasingan untuk persembahan Metuk Ulau Project pada hari kedua Bintulu Music Fest 2013. Kalau diikutkan jadual, slot persembahan MUP adalah sekitar pukul 11.20 pagi, tapi disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, ia diseret sehingga pukul 1.00 petang.

This is MUP! No mask allowed :)
Korawk menggalas tugas sebagai bassist menggantikan Adi Herman yang berkomitmen dengan kumpulan Tresno dan agak sibuk sebagai penganjur. Korawk menggunakan ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) yang kini menjadi aset Curse Of God, dan ia memang serasi dengan Korawk.

Weapons of GREEN destruction.
Aku hanya menggunakan rig yang paling ringkas untuk gig ni - Calypso yang disambung terus ke amp pentas Marshall MG102FX (kepunyaan 36 Studio) melalui Joyo JF-01 Vintage Overdrive (TS808 clone) sebagai booster. Dengan rig begini, setup dan soundcheck aku tak sampai pun lima minit, hehehe...

DiMarzio + Tube Screamer + Marshall distortion = you gotta love that "British" growl.

"...just another cover band, and this is madness!"
1st drummer - Bob Kandar.
Drum setup MUP menggunakan Pearl M1440 piccolo snare drum serta Pearl Demon Drive kepunyaan Rashid Malim (2nd drummer), selebihnya merupakan standard drumset 36 Studio.


Setlist MUP (play-safe list) untuk BMF2013:
  1. Caught Somewhere In Time (intro)
  2. Wasted Years
  3. The Trooper
    -tukar drummer-
  4. Paranoid (Black Sabbath version with Megadeth's tempo)
  5. Fear Of The Duck Dark
X-11 gig debut!
Ini merupakan gig pertama Azrol menggunakan gitar barunya, Cort X-11. Sebelum ni biasanya aku akan pinjamkan Mirage aku. Permainan gitar Azrol amat konsisten, tak menyesal aku dan Bob tarik Azrol masuk Hepi;) beberapa tahun lepas.

Recycled video.


Berikut merupakan video persembahan penuh MUP/BMF yang dimuatnaik oleh Korawk di Facebook. Kualiti bunyi di bawah amat berbeza dengan di atas pentas, mungkin disebabkan keadaan ruang dalaman stadium yang bergema.

@2:05 & @8:47 - forever alone~ (sedih)

@3:31 - Korawk forever alone~ (sedih)

Post-mortem persembahan MUP:
  1. Aku rasa semua lagu yang dimainkan oleh MUP adalah pada tempo yang amat laju, kes adrenaline rush kot?
  2. Best bila ada dua orang drummer(s), bila penat, boleh ganti.
  3. Aku terlupa rangkap terakhir lagu Paranoid, hehehe...
  4. Secara rasminya, ini merupakan kali ketiga aku mengikuti gig, masih kurang pengalaman.
  5. Perlukah MUP cipta lagu sendiri? We're just another cover band...

Ini sajalah penonton yang ada semasa dan selepas persembahan MUP. Aku rasa persembahan MUP semasa Oktoberfest lagi gempak dan epik disebabkan penonton yang interaktif. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya Yong Joe Black terhibur di belakang sana - antara beberapa orang yang aku perasan sing-a-long lagu-lagu Iron Maiden.

Post-mortem keseluruhan BMF2013:
  1. Sound system dan equipment pentas memang tip-top, tapi disebabkan suasana dalam stadium yang bergema sedikit sebanyak mengganggu kualiti bunyi.
  2. Persembahan yang tidak mengikut jadual dan giliran.
  3. Beberapa pengunjung/penonton yang tidak sporting duduk di tepi pentas walaupun dah beberapa kali ditegur oleh pengacara majlis (Barangkali Marus).
  4. Penonton (crowds) Bintulu yang forever alone... Dan seperti yang dikomen oleh Adi Herman dalam entri lepas, penonton "pilih bulu" dan hanya menonton persembahan kumpulan kroni ataupun genre yang spesifik.
  5. Daripada gig ni aku dapat berkenalan dengan beberapa orang ahli muzik tempatan dan luar Bintulu.
Ice cream (scream) for me Bintulu!
Up the Irons \m/

_____
Ada apa: Kadang-kadang rasa malu bila tengok video persembahan sendiri.

MUP/BMF Jam Session #1


Sabtu (23/2/2013) - Sessi jamming "rasmi" pertama Metuk Ulau Project persediaan untuk gig Bintulu Music Fest 2013 minggu depan, seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan.

Kali ni dan seterusnya untuk gig kelak Korawk menggalas tugas sebagai bassist, menggantikan Adi Herman yang lebih berkomitmen dengan kumpulan utamanya iaitu Tresno yang juga akan beraksi di pentas yang sama.


Tiada apa yang menarik untuk sessi kali ni kecuali sessi tanpa vokal, disebabkan power amp Behringer iNuke NU3000 studio yang menguasakan empat buah monitor amp Behringer VP1220F telah rosak (overload?) semasa sessi jamming oleh kumpulan lain pada hari sebelumnya.

Bersama ex-Clover aku
Semenjak bersama kumpulan Curse Of God sebagai bassist bertopeng bermusim (seasonist) untuk sessi rakaman dan beberapa sessi gig, Korawk nampaknya semakin mantap bermain bass. Tak lupa juga faktor ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) tu.


Kali ni aku menggunakan Goldie berbanding Calypso seperti minggu lepas. Walaupun membawa Zoom G2.1Nu ternyata menggunakan amp Marshall MG102FX secara terus (direct) lebih mudah dan ringkas. Sebenarnya aku masih dalam dilema sama ada ingin menggunakan singlecut ataupun superstrat untuk gig kelak.

Rokok elektrik Korawk.
Selesai sessi jamming, berkesempatan melepak beramai-ramai di Farley Food Court yang terletak beberapa blok dari studio, sambil-sambil membincangkan setlist, pengurusan masa persembahan, kewangan dan gimik yang bakal digunakan.

3-layer tea (aka teh C special).
_____
Ada apa: Gimik "stokin" RHCP oke tak? Hahaha!~

Sepetang Di 36 Studio (Part 2)


Petang tadi aku dan Azrol sempat menjenguk sessi *traimming yang terakhir kugiran Curse Of God (COG) sebelum mereka bertolak ke Sabah untuk menyertai gig Awakening Of The Damned pada 30/1/2013 nanti. Kali ni mereka memilih 36 Studio sebagai tempat membeer sessi dijalankan, sebelum ini Z-Studio merupakan studio pilihan..

*traimming = training + jamming.

Korawk (bass), Donny (vocals/guitar), Rashid (drums), Fadel (guitar).
Eh? Ada Korawk? Sebenarnya Korawk dah hampir setahun sain kontrak menjadi bassist bermusim (seasoninst) COG untuk sessi rakaman dan gig disebabkan bassist asal telah "menghilangkan diri".

Aku juga sempat "memandu-uji" gitar Donny Cort VX-2V (gitar yang sama dalam entri ni) secara "live". Agak janggal bila guna gitar orang lain, bukan disebabkan bentuknya yang ekstrim sebab akupun pernah ada gitar berbentuk ekstrim (Kelly Kelly, Abominations) tapi disebabkan action yang agak tinggi dan setting tremolo yang pelik.


Korawk menggunakan ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) yang telahpun berada dalam inventori COG sejak bulan April tahun lepas. Kadang-kadang rindu juga bila tengok axology lama, tapi aku gembira sebab ia digunakan dengan seoptimumnya (minor battle scars detected) oleh rakan-rakan seMUUV.

Memikirkan masa hadapan...
Lepas habis sessi traimming, sempat melepak sekejap dengan geng-geng COG dan tauke 36 Studio di ruangan hadapan (kaunter?) yang masih lagi berstatus "projek terbengkalai". Juga sempat berbincang dengan Korawk mengenai info versi 2.0, bisnes alatan muzik dan penglibatan Metuk Ulau Project dalam Bintulu Music Fest 2013 bulan Mac nanti. Keputusannya? Tunggu awal bulan Februari nanti...

_____
Ada apa: Sesetengah gambar perlu ditapis.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger