Seperti Seymour Duncan (pickup company, not the person), EMG juga katanya menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, juga aku tak pasti bilakah tarikh sebenarnya. Katanya nama asal kompeni ni ialah Dirtywork Studios kemudian jadi Overlend, tahun 1983 barulah jadi "Electro-Magnet Generator", EMG.
Sebagai player, ada tiga gitar dalam axology aku yang menggunakan pikap EMG. Pertama, ESP Eclipse-II (Shiro) yang memang didatangkan dengan set 81/60. Tidak dinafikan set 81/60 merupakan standard untuk heavy metal sejak 80an sehinggalah takhtanya digoncang oleh Fishman Fluence sekitar 2010an.
Kedua, Epiphone Les Paul Custom Plus Top (Tigera) yang kini bernadi set H1N/ALX, kononnya tribute untuk Alexi Laiho. Tapi atas sebab-sebab tertentu, set ini akan dikeluarkan dan dipasangkan semula pikap asal Epiphone Alnico Classic.
Ketiga, LTD Iron Cross James Hetfield signature (Iron Cross) yang pastinya didatangkan dengan set JH "Het-Set" James Hetfield signature.
Pada pendapat aku inovasi paling gempak EMG ialah sistem pemasangan tanpa paterinya (solderless install system) yang amat menyenangkan kerja-kerja pemasangan pikap. Tapi kedua-dua Shiro dan Iron Cross didatangkan dengan versi hardwired (berpateri).
Sambungan entri minggu lepas, bila ada masa terluang barulah litar-litar EMG easy-connect dipindahkan ke dalam gitar rimau Tigera (Epiphone Les Paul Custom Plus Top) ini. Tulisan EMG yang sudah lusuh disepadankan dengan hardware gitar ini untuk penampilan lebih bermusim.
Lebih banyak masa diluangkan bermain pateri ketika membuka dan mengeluarkan litar lama Epiphone berbanding memasang sistem easy-connect EMG. Hanya suis toggle asal Epiphone sahaja yang masih digunakan, segala elektronik lain; potentiometer, kapasitor dan output jack (mono) dikeluarkan.
Cuba sedaya upaya untuk menyusun wayar-wayar sistem easy-connect EMG ini supaya kemas dan muat dalam kaviti Les Paul yang terhad. Juga perlu memikirkan ruang untuk sebiji bateri 9V lagi. Seperti biasa diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.
Teringat ketika memasang set EMG Zakk Wylde pada gitar Cherry Boy Nuing hampir sembilan tahun lepas. Tapi gitar tersebut sudahpun ada ruang kaviti khas untuk bateri.
Masih mengekalkan setting ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan gain boost sekitar 45-50%. Seperti dirancang, hanya pikap bridge ALX sahaja yang dipengaruhi oleh litar ABQ ini, pikap neck adalah H1 pasif seadanya.
Gitar ini dikhaskan untuk talaan rendah (C-standard, drop-Bb) berpandukan petua daripada Greg Winn (guitar tech Björn Gelotte). Tali 12-56 sedia ada pun masih boleh digunakan tak perlu ditukar buat masa ini. Set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini pula kembali dorman dalam simpanan.
Menggodek set EMG H1N/ALX yang dikeluarkan daripada LTD EC-1000VB Azrol (ex-Deluxe) minggu lepas. Mulanya dirancang untuk dipasang pada Horizon, tapi kerana logo EMG sudah lusuh aku rasa ia amat serasi dipadankan dengan gitar rimau Tigera yang mana warna hardware pun sudah nampak lusuh (gitar keluaran 2008) untuk penampilan gitar bermusim.
Tapi sebelum dipasang pada gitar tersebut, aku ingin cuba mengeksperimentasikan set ini dengan konfigurasi 2V2T Les Paul, konfigurasi yang tiada skematiknya dalam website EMG. Secara teori, hanya pikap bridge ALX sahaja yang akan dipengaruhi oleh ABQ EQ/boost. Manakala pikap neck hanyalah H1N seadaanya (pasif).
Menggunakan templet kayu Golden Age wiring jig Les Paul yang diperolehi daripada StewMac beberapa tahun lepas sebagai platform eksperimentasi. Pikap-pikap akan didekatkan atas tali gitar, cukup-cukup untuk mengesan getaran tali gitar. Output pula disambung pada amPlug2 Metal dan headphone HD-330.
Ini merupakan kali kedua gitar rimau Tigera ini dipasangkan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker. Set DiMarzio PAF Pro/Super 3 (cover emas) sebelum ini dikeluarkan spesifik kononnya untuk projek akan datang.
Dibuat secara impromptu sekitar 30 minit, tak sempat pun ambil gambar. Yang ada untuk entri ni pun gambar yang dikitar semula daripada entri lama. Sama je...[Edited, 08/09/2024] Digantikan dengan gambar terkini.
Nak pasang yang ini, tak ada pasangan serasi pula. Simpan sajalah dalam stok atau didagangkan semula kelak.
Sabtu (16/12/2023) - Sekali lagi diajak jamming oleh rakan-rakan dan tauke Luk Lalai Studio (NV Studio), katanya jamming malam "healing-healing" dengan *setlist lagu-lagu rock jiwang. Dengan sedikit latihan dan persediaan, jamming kali ini agak lancar berbanding jamming impromptu awal Disember lepas.
Kali ini aku membawa gitar rimau Tigera untuk mencuba prestasi set DiMarzio PAF Pro/Super 3 yang dipasang bulan lepas bersama-sama Boss ME-80 terus ke effect return amp studio (ex-Laney LX65R).
Cover emas seperti mengekang prestasi optimum treble set pikap ini (jenis hex-pole pieces). Akan dibuka dan biarkan dalam keadaan DiMarzio original kelak. ME-80 pula dah hampir setahun barulah dapat peluang dibawa jamming.
Kolaborasi MUP, NV Unity, Erectus, Cop Kids?
*Setlist kali ini Suratan Takdir, Masih Aku Terasa (Gersang), Gerhana Cinta Luka, Hakikat Sebuah Cinta (Iklim), Di Alam Fana Cintamu, Luka Seribu Rindu (Fotograf), Ngap Sayot, Akar Dan Bumi (Amuk). Ngap Sayot saja yang aku masih blur... Nasib baik bukan aku yang vokal.
Ini katanya sessi jammng terakhir untuk tahun ini. Akan kembali Januari tahun depan...
_____ AADI: Bila mat metal buang tebiat main lagu rock jiwang.
Mengikut jejak abang long Goldie beberapa minggu lepas, gitar rimau Tigera sekali lagi diberi peluang dipasangkan dengan set pikap DiMarzio PAF Pro/Super 3.
Seperti tahun lepas, ia juga dipasangkan dengan cover emas. Tapi kali ini dengan cover (Shopee) yang bertutup sepenuhnya, sesuai dengan hex-pole pikap moden DiMarzio. Tanpa cover, bobbin pikap-pikap DiMarzo nampak tidak menarik.
Teknik memasangnya juga kali ini agak proper berpandukan teknik melilin yang dipelajari daripada Julian Mokhtar dan Phillip McKnight. Cover emas kali ini agak serasi dengan gold hardware gitar berbanding cover tahun lepas yang bisa membuatkan aku OCD dan membukanya.
Kalau masih OCD juga, aku akan tukar TOM bridge dan stop tail yang sudah lusuh kemasan emasnya. Dengan teknik melilin tadi, cover ini sudah cukup ketat dan tak perlu dikunci dengan timah pateri, lebih mudah untuk membukannya semula jika sudah bosan kelak.
Dipasang secara full humbucker, tiada apa-apa perubahan pada litar isi perut. Juga dibelanja dengan set tali baharu GHS Boomers GB91/2 (9.5-44), set terakhir dalam stok. Ditala dan diintonasi pada Eb-standard.
Dengan set PAF Pro/Super 3 dan talaan Eb-standard tadi, gitar ini akan menjadi Les Paul utama untuk heavy metal, abang long Goldie dalam E-standard direhatkan. Itupun kalau ada jamming atau gig. Serius, sudah lama tak jamming...
_____ AADI: Tunggu YES CK Music untuk stok semula tali GHS.
Minggu ini katanya Epiphone menyambung ulang tahun yang ke-150. Fuh!~ Sebagai pengguna gitar Epiphone, dapatlah dibuatkan modal untuk entri ringkas hari ini.
Epiphone pertama aku pastinya abang long Goldie - 1957 Les Paul Goldtop Reissue (model 2010). Selain "gitar kahwin", ia juga merupakan gitar singlecut aku yang paling ampuh dari segi feel, playability dan mojo setakat ini, mengalahkan singlecut premium lain dalam axology aku.
Satu lagi Epiphone yang ada dalam axology aku ialah rimau Tigera - Les Paul Custom Plus Top (model 2008), dengan kemasan vintage sunburst. Juga sebuah gitar yang ampuh, tapi belum diberi peluang untuk beraksi setakat ini.
Juga pernah memiliki dua lagi Epiphone iaitu 1958 Explorer Korina (model 2007) dan Les Paul Nightfall (model 2010) yang masing-masing telah dilepaskan pada Ogos 2019 dan Oktober 2020. Selepas 2021 ada juga rasa sedikit menyesal melepaskan kedua-dua gitar ini kerana, tak perlulah diceritakan...
Mulanya ingin mendapatkan FretWraps versi Dekade, tapi bila dapat tahu versi MKH Empire sudah ada dalam pasaran Malaysia terus mencarinya di Brado Guitars (pengedar rasmi Gruv Gear Malaysia). Malangnya Brado kehabisan stok, maka Music Bliss menjadi alternatif.
Ia sebenarnya sama seperti Dekade, cuma logo emas Gruv Gear digantikan dengan kanji Kiichi (喜一). Entahlah kenapa aku tertarik sangat dengan produk *signature MKH (strap, pick), padahal aku taklah follow sangat MKH atau Trivium secara amnya. Mungkin lebih ranggi, hipster dan trending kot?
FretWraps signature MKH versi biasa sebelum ini sudah dimiliki oleh Nuing ditukar (trade) untuk mendapatkan semula strap nostalgik aku Flambe Dunlop. Aku agak OCD dengan warna merahnya kerana tidak sepadan dengan gitar-gitar aku.
Versi MKH Empire ini pula amat sepadan dengan Les Paul aku sama ada gitar rimau Tigera atau abang long Goldie. Versi Stealth yang ada pula biasanya dipasang pada singlecut bukan Les Paul - Shiro, Chucky, Swede. Kan? Hipster... Padahal boleh saja guna alternatif murahan seperti getah pengikat rambut atau letak span biasa sahaja.
_____ AADI: *TerGAS pula dengan string Dunlop Trivium 10-52.
Kes bosan kuarantin kendiri di rumah, mulalah mencari benda untuk dikerjakan. Maka gitar rimau Tigera menjadi mangsa...
Guna gambar lama.
Set pikap Lace Alumitone/Deathbucker yang baru sahaja dipasang bulan Oktober lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal iaitu set Epiphone Alnico Classic. Aku rasa gitar ini lagi sesuai dalam keadaan asal dan klasik.
Gitar rimau Tigera ini baru sahaja dipasangkan dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 beberapa minggu lepas, gatal tangan pula untuk memasang set Lace Alumitone/Deathbucker yang tidak memiliki gitar perumah selepas dikeluarkan daripada Shiro.
Penampilan gelapnya lebih sebati dengan tema gitar ini berbanding cover warna emas berkilau Shopee sebelum ini (teruk OCD aku ni). Begitu juga dengan berat keseluruhan gitar ini yang ~100 gram lebih ringan disebabkan pikap Lace ini. Tona? Tak perlu ceritalah, ini semua entri temberang belaka...
Dipasang secara full humbucker dan masih mengekalkan pendawaian asal untuk menjimatkan masa. Set PAF Pro/Super 3 tadi pula kini disimpan dalam stok menunggu gitar perumah yang sesuai. Swede? Biarlah gitar itu dalam keadaan stok, bisa didagangkan semula jika ada yang berminat.
Tiga singlecut aktif semasa - sirimau Tigera kini menjadi singlecut utama, abang long Goldie bernadi Epiphone Alnico Classic direhatkan daripada tugas jamming/gig selepas sedekad beraksi dan Shiro kembali dengan set EMG 81/60 untuk mainan syok sendiri di rumah. Swede, Chucky dan Sven tidak aktif, disimpan dalam peti/beg sehingga diperlukan.
Beberapa calon singlecut dicadang untuk dilepaskan meneruskan projek 2020 purge. Tak laratlah terlalu banyak untuk dijaga, kah kah kah...
Set DiMarzio PAF Pro/Super 3 yang sebelum ini dipasang dalam Goldie kini dikeluarkan dan dipasang pula pada gitar rimau Tigera. Kenapa? *Kerana aku boleh.
Ada sedikit modifikasi pada pikap, ia dipasangkan dengan cover berwarna emas kerana aku agak OCD dengan penampilan gitar ini, sebuah Les Paul Custom yang sewajarnya set gold hardware, berbanding hanya bobbin hitam.
Cover logam begini mudah diperolehi melalui Shopee. Sudah agak lama aku memperolehi set emas ini juga ada set berwarna hitam matte. Ia amat serasi dengan saiz tapak pikap DiMarzio, cukup-cukup muat dan ketat tanpa sebarang modifikasi.
Lubang cover selari seperti ini dipilih berbanding lubang individu kerana tak perlu risau dengan jarak antara kekutub pikap saiz normal humbucker (~50 mm) pada PAF Pro dan saiz F-spaced (~52 mm) pada Super 3.
Bahagian belakang tak perlu "dikunci" dengan pateri, kerana manalah tahu akan datang aku gatal tangan bertukar pikap lagi atau bosan dengan cover ini.
Kerja-kerja memateri pun tidaklah mengambil masa yang lama, sekitar 15-20 minit sahaja kerana hanya dua terminal per pikap sahaja yang perlu dipateri, bahagian lain tak perlu diganggu. Selebihnya banyak masa dibuang untuk mengemaskan wayar-wayar yang ada, meneruskan legasi YusTech.
Dengan cover begini, penampilannya sedikit sebanyak seakan-akan pikap jenis filtertron. Tapi sekali lagi OCD melanda, mula mempertikaikan warna emas baharu pada cover berbanding warna emas yang lusuh pada bridge dan tailpiece (model 2008), aiseh...
Abang long Goldie pula kembali dipasang dengan set Epiphone Alnico Classic. Selepas 10 tahun, ia kini dirancang untuk direhatkan daripada tugas-tugas jamming atau gig, tugas yang diserahkan kepada Tigera tadi sekiranya memerlukan khidmat sebuah Les Paul.
Gitar rimau Tigera (Epiphone Les Paul Custom Plus) ini juga antara gitar aku yang hanya bertukar tali setahun sekali.
Kali ini dipasangkan dengan set tali Rotosound Roto Orange RH9 (9-46) dan ditala pada E-standard.
Berbeza dengan Swede yang dipasangkan dengan tali bersaiz 9.5-44 (GHS Boomers) beberapa minggu lepas yang terasa agak kurang rintangan (kendur?) untuk tali GBE, pada gitar ini pula saiz 9-46 terasa cukup-cukup kenyal. Padahal kedua-duanya berskala sama 24.75". Apa faktor lain? Selain jenama tali...
_____ AADI: Dah boleh stok tali Rotosound lepas ni.
Hari terakhir 2021 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Pendapat aku, secara amnya kehidupan harian pada 2021 lebih hambar berbanding 2020, telahpun dibuatkan entri berasingan semalam. Tapi tak apa mengapa, entri hari ini lebih kepada entri sinopsis perhobian.
1) Jamming dan kugiran - Mulai 01/01/2021 aku kembali mengetuai MUP. Walaupun tak ada gig atau persembahan pentas tahun ini, tapi sessi jamming santai FB livestream pada 04/12/2021 di REG Studio bersempena ulang tahun ke-10 MUP merupakan highlight untuk tahun ini.
Selain itu, juga agak aktif dengan band rakan-rakan sekerja (belum ada nama rasmi setakat ini) yang lebih memainkan lagu-lagu cover mainstream untuk persembahan di tempat kerja. Serius, tak pernah-pernah aku main lagu Indo-rock sebelum ini, hahaha...
2) Kegitaran - Kononnya tahun ini ingin meneruskan 2020 purge, bermula dengan melepaskan Mr. Smith (Jackson SDX) bulan April. Tapi TERtambah pula dua buah - Woody (Cort G200DX) bulan Jun dan Tigera (Epiphone Les Paul Custom Plus) bulan Ogos, menjadikan axology aku pi mai pi mai tang tu kembali menjadi sembilan.
Cerita pasal techie, Februari lepas (penghujung Januari sebenarnya) kita kehilangan YusTech, seorang blogger, YouTuber dan guitar tech yang juga merangkap mentor online aku. Legasinya akan diteruskan dalam projek-projek kegitaran aku selepas ini.
"Walaupun tak pernah berjumpa, tapi aku bangga mengaku dialah mentor online aku dan menjadi rujukan utama kalau ada kebuntuan dalam kerja-kerja pemasangan pikap gitar. Apa-apa entri AADI berkaitan pematerian dan pemasangan pikap selepas 2011 adalah dipelajari dan dipraktikkan daripada blog YusTech."
Juga kehilangan seorang lagi bloggers, Shafid Transformers United. Aku tak berapa kenal beliau, tapi adalah sekali sekala mengomen entri blognya. Cerita lebih lanjut boleh rujuk entri Berteromber.
6) Kaki wayang - Tahun ini juga kembali menjadi kaki wayang lebih-lebih lagi dengan pembukaan TGV Cinemas di Bintulu Boulevard. Seperti biasa, selera genre aku hanya pada filem-filem aksi, sci-fi dan geekstuff, yang terlayan setakat ini ialah - Venom: Let There Be Carnage, Ghostbusters: Afterlife dan Spider-Man: No Way Home.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2022 menjadi semakin ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian versi norma baharu kita semua.
Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____ AADI: Nak tambah hobi yang lebih sihat, contoh?
Dah lama teringin untuk mendapatkan tempat letak gitar (stand) jenis rak yang boleh menempatkan *3-5 gitar sekaligus. Sebelum ini aku menggunakan stand Stagg SG-A100BK (dua unit) yang bertahan sejak 2009, hanya span sahaja yang sudah lusuh, tapi badannya masih tegap.
Bila website Music Bliss mula menawarkan pengeposan percuma ke seluruh Malaysia untuk beberapa jenama tertentu dan ditambah pula dengan kupon 12.12 Grabpay, aku terus mendapatkan Gator Frameworks Rok-It RI-GTR-RACK3 ini, stand jenis rak yang boleh menempatkan tiga buah gitar elektrik.
Memasangnya agak senang, tak sampai 10 minit. Ia juga boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan atau dibawa ketika sessi jamming, gig atau livestream (jika ada lagi).
Namun aku masih cuak meninggalkan gitar-gitar di atas rak sebegini tanpa sebarang pengawasan kerana anak kecil aku si Arlo masih suka kacau gitar-gitar aku berbanding kakak dan abangnya ketika mereka berumur 2-3 tahun. Atas sebab tersebut, selepas sessi fotografi hanya satu gitar sahaja ditinggalkan atas rak ini.
Yang pasti ia tidak sesuai untuk gitar/bass berbentuk ekstrim bercabang-cabang seperi bass Francesco aku yang berbentuk Warlock. Superstrat dan singlecut tiada masalah...
_____ AADI: Patutnya aku pilih RI-GTR-RACK5, cun untuk kelima-lima singlecut aku.
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?