Showing posts with label rg350m. Show all posts
Showing posts with label rg350m. Show all posts

Throwback Thursday: Pre-MUP Days


Entri tak ada idea, trobek (throwback) zaman-zaman pra-MUP.


Jamming di Hepi;) makeshift studio, sekitar Oktober 2010. Baru berkenal-kenalan dengan Adi Herman dan Korawk.


Waktu ni walaupun dah ada gitar (digunakan oleh Adi), tapi belum pandai main gitar. Baru berjinak-jinak menggentel bass...

Hehehe... Kadang-kadang malu juga bila baca entri-entri lama, terutamanya yang ada gambar trobek.

_____
Ada apa: Iceman wooo~

Let-Go: Ibanez RG350M


Booyah! Let-go lagi... Mesti ada yang geleng kepala kan?

Urusniaga semalam berjalan dengan lancar, Replacement aku (RG350M) telah bertukar milik kepada seorang berstatus pendidik dari Kidurong (rupa-rupanya dekat dengan rumah sewa aku dulu) yang mungkin ingin bermain muzik untuk acara-acara rasmi.

Sebenarnya dah lama aku nak let-go gitar ni, Projek Mega 2011 antara sebab utamanya, sama seperti let-go Black Ice dulu. Pada masa yang sama macam sayang pula nak let-go, sebab RG-series merupakan antara gitar yang versatile dan selesa dimainkan (the reason why I've bought it in the first place).

Tapi disebabkan pembeli berpuas hati dengan cara aku menjaga gitar ni (masih nampak baru, masih ada kotak, kabel, tag, manual, foam) dan harga yang ditawarkan untuk urusniaga semalam agak premium (cuma jatuh 5% dari harga asal), and I say why not?

Aku tak sangka sessi jamming Metuk Ulau Projekt yang lepas merupakan kali terakhir aku menggunakannya. Dan kebetulan bulan lepas (11/10/2011) umurnya genap setahun. Patutlah tiba-tiba mood nak bawa Goldie untuk sessi jamming tu tiba-tiba boleh berubah kepada Replacement pada saat-saat akhir.

Farewell my Replacement...

_____
Ada apa: Guitars come and go... What's next? Jom pi Ikea...

Snark Overdosed!


Entri hujung minggu khas untuk Korawk si kereta sapu, this is madness! Dah alang-alang ada dua unit, guna dua-dua sekali lah hahaha~

Tuning dalam gelap (tak gelap mana pun). Boleh buat lampu lip-lap *kalalait untuk Raya Haji nanti ni, hahahah~

Korawk, adakah anda berminat dengan Snark?

_____
Ada apa: *Kalalait = colour light.

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 2)


Sabtu (22/10/2011) - Setelah mendapat persetujuan sebulat suara, sessi jamming kedua kolaborasi antara Hepi;) dan Metuk Ulau Projekt berlangsung di Z-Studio, Li Hua Plaza bermula pukul 4.50 petang (setting dan soundcheck pukul 4.30) dan berlarutan sehingga dua jam.

Gambar-gambar untuk sessi ni adalah hakmilik MUUV, sebab ia diambil menggunakan kamera Nikon Coolpix kepunyaan Adi Herman. Kamera aku tertinggal dalam kereta (mati-mati aku ingatkan kamera aku hilang!).

Setlist, bias kepada Iron Maiden dan Wings...
(Erk? Jerat Percintaan?)

Line-up

  • Bob Kandar - Drums
  • Adi Herman - Bass
  • Azrol - Gitaris utama
  • Korawk - Gitaris kedua
  • Aku - Vokal, merangkap "gitaris ketiga"

Warm-up dan soundcheck sambil menanti bassist yang lambat datang.

Dan seperti yang telah dibincangkan, sessi kali ni kami cuba menjalankan eksperimen "triple-guitar attack" (three amigos?). Terima kasih pada tauke Z-studio kerana dapat menyediakan kabel tambahan untuk rig "gitaris ketiga" yang disambung terus ke mixer studio.

Adi Herman yang datang setengah jam kemudian terpaksa menggunakan bass studio (Stagg B300-BK disambung pada amp Fender Rumble 75) disebabkan bass barunya masih lagi diservis (upgrade?) di Zoso Music.

Satu fakta yang menarik tentang sessi kali ni ialah semua ahli (kecuali Adi) membawa equipment sendiri - bagus, semangat macam ni lah aku suka, ada komitmen.

Bob Kandar membawa double-pedal sendiri, dari pengalaman sessi yang lepas studio ni tidak menyediakan double-pedal.

Azrol menggunakan Ibanez GRX40 dan Digitech RP55 yang disambung pada amp Kustom KG100FX212 #1.

Sedikit cerita pasal setlist:

  • Lagu yang tak tersenarai dalam setlist tapi menjadi - Gadis Bertudung Putih, About A Girl, Breed, Smells Like Teen Spirit, I Don't Belong Here (instrumental).
  • Lagu yang ada dalam setlist tapi separuh jadi - Gaban, Puppets/Creeping medley, Caught Somewhere In Time.
  • Lagu yang tak menjadi langsung! - Alone Again, Lump, Jerat Percintaan, hahaha!
  • Macam biasa, kadang-kadang aku terlupa lirik atau lirik tunggang-terbalik (terutamanya lagu Ranggi Metropolis).

Korawk menggunakan Samick Gregg Bennett Les Paul Custom copy dan Behringer UM300 (studio punya) disambung pada amp Kustom KG100FX212 #2.

Eksperimen "triple-guitar attack" memang menjadi, disebabkan ketiga-tiga gitaris mempunyai cara permainan dan skill yang berbeza. Azrol dengan precision attack dan shredding solo, Korawk dengan rhythmic licks, manakala si "gitaris ketiga" cuma menjadi background/ambiance strummer.

Si "gitaris ketiga" yang menggunakan Ibanez RG350M "Replacement" (Goldie direhatkan), Modtone Speedbox, Behringer FX600 dan GDI21 disambung terus ke mixer studio.

Tempoh dua jam "non-stop" memang memenatkan (dah tua?), kualiti vokal aku pun mulai menurun selepas satu jam. Untuk sessi-sessi yang akan datang, tempoh jamming mungkin dikurangkan kepada satu jam atau satu setengah jam sahaja.

Tapi perasaan puas hati memang ketara. Ada kebarangkalian sessi macam ni akan menjadi acara bulanan, dengan percubaan beberapa lagu cover yang lain.

_____
Ada apa: Dan yang pasti lepas jamming ada insiden yang agak lucu dan memang memenatkan...

Darco Replacement


Sebelum ni aku guna string Stagg bersaiz 10-46 pada Replacement aku (RG350M), malam tadi sambil menonton filem *Small Soldier di TV3, aku cuba menggantikannya dengan string bersaiz 9-42 Martin & Co. Darco (or just Darco).

Dah lama aku beli string Darco ni dari Pusat Muzik Reco hampir setahun yang lalu, baru sekarang aku ada peluang untuk memasangnya. Dan selepas ni aku bercadang hanya akan menggunakan saiz 9-42 pada Replacement aku.

Cameo appearance by Pandora Mini.

Ternyata string Darco ni amat lembut dan selesa pada jari-jari aku. Atau adakah jari-jari aku dah biasa dengan saiz 10-46 (Goldie aku pun guna 10-46) membuatkan string bersaiz 9-42 terasa lembut? Aku juga nak tengok berapa lama string Darco ni boleh bertahan, jika bertahan lama, maka ia amat berbaloi dengan harganya (harga runcit RM12-18).

Pertukaran string dari saiz 10-46 kepada 9-42 (or vice-versa) pada gitar yang memiliki double-locking bridge (Edge III) sememangnya leceh kalau tak kena teknik. Nasib baik sebelum ni aku dah dokumenkan perbezaan ketegangan spring iaitu 4-5 kali putar pada setiap skru spring, jadi tak berapa terkial-kial.

Dan berpandukan info dari Bro Sub dalam entri ni, menukar string pada gitar yang memiliki Edge III bridge menjadi lebih senang (teknik meletak besi di belakang bridge).

_____
Ada apa: *Kirsten Dunst baru berusia 15-16 tahun dalam filem ni.

Ada Apa Dengan RG350M? (Part 3)


Info terbaru aku dapat dari blog Bro Sub - thE guitaR addicT!

RG350M kini terdapat dalam warna HIJAU, roadster green metallic (RGM) yang nampak lebih mengiurkan berbanding green shadow flat (GSF).

Kalau ada sharktooth inlays kan best, hmmm...

Macam ada harapan jadi IDK signature series MkIII nanti. Tapi yang malangnya bagusnya, ia tidak ditawarkan untuk pasaran Asia Tenggara, hahaha lucky!

Info lebih lanjut sila layari website Ibanez (USA). Kalau cari info di website Ibanez (Asia) memang tak jumpa.

_____
Ada apa: Sama je macam Replacement aku, kecuali part warna dan Edge Zero II bridge.

Guitar Talk: Family Portrait


[Filler entry] Gambar "keluarga" aku setakat November 2010, tak termasuk beberapa harta rampasan perang The 2010 Great Music Sale CK Music (Year End Sale) baru-baru ni.

Untuk 2011, dalam hati memang ada rasa nak menambah (atau menukar) ahli "keluarga". Ya, aku memang rakus (istilah yang "dikurniakan" oleh Oriaj), minggu lepas aku hampir-hampir order sesuatu dari tauke Dead Eye Guitars (DEG). Tapi syukur aku tabah menahan racun-racun berbisa.

Semuanya gara-gara sessi lawatan sambil belajar ke rumah gitaris utama kugiran Manggas waktu aku balik kampung penghujung 2010 lepas. Sempatlah juga "memandu uji" tiga gitar milik gitaris tersebut; PRS Paul Allender SE, Dean From Hell CFH dan Jackson RR24 (gitar paling premium yang pernah aku main).

Tapi disebabkan ada projek yang lebih besar untuk tahun 2011 ni, apa-apa perolehan yang memerlukan bajet yang besar (especially guitar) terpaksa ditunda tarikhnya atau dibatalkan terus. But, that was another story...

_____
Ada apa: Bulan Mac nanti genap dua tahun aku terjerumus dalam kancah kegitaran ni...

Sessi Jamming Malam Krismas


Jumaat 24/12/2010 - Kali ni dengan dua orang gitaris undangan iaitu Azrol (bukan Azroy Hammett) anak kepada seorang daripada staff opis aku dan Hamdan (kawan Bob Kandar) dari Bintulu Port. Kedua-dua gitaris ni mempunyai latar belakang muzik yang berbeza, Azrol dengan Nu-Metal (jenis heavily dropped tune) manakala Hamdan dengan dunia Old-School 80's Rock.

Hamdan (kiri), Azrol (kanan), fail atas kerusi - lirik dan chords.

Dan kedua-dua gitaris juga mempunyai kemahiran yang berbeza, Hamdan lebih kepada sweet picking manakala Azrol lebih kepada heavy riffs and killer shreds. Kalau diberi pilihan, aku lebih prefer main dengan Azroy Hammett sebab dah serasi dan sekepala, tapi sekarang ni susah sangat nak ajak dia jamming (merajuk kot?).

English brothers, walaupun satu berasal dari China dan satu dari Vietnam.

Hamdan ada bawa gitar sendiri, Ibanez Gio GRG270 (macam Mephisto aku, cuma warna biru), tapi out-of-tune tahap kritikal (kena adjust spring di belakang) dan sebab malas nak buang masa tune gitar jenis floating bridge (Ibanez ILT bridge), aku bagi dia guna Replacement aku. Azrol menggunakan gitar sendiri, juga Ibanez Gio model GRX40 kalau tak silap.

Rupa-rupanya diorang tak tau macam mana nak tune floating bridge, hehehe... Terpaksa aku bagi tutorial lepas habis sessi.

Simple rigs setup:

Siap tulis lagi lagu-lagu projek yang (kononnya) akan dimainkan - Ranggi Metropolis, Coming Home, The Trooper, Singkong Dan Keju (eh?). Cameo appearance by Vox VT40+ (aku belum buat review lagi pasal amp ni).

Hamdan memang hebat main clean picking, tapi agak kekok kalau main distortions. In the end, kitorang lebih banyak layan lagu-lagu era Rock (kangkang) 80an - May, Lefthanded, Search, Wings, Sofea, dll. Dan yang pastinya lagu Pelayaran, Sketsa Sebuah Cinta dan Nur Nilam Sari antara lagu yang mencabar dari segi vokal.

Sessi jamming kali ni juga aku dapat "memandu-uji" dua equipment baru aku iaitu amp Vox VT40+ dan mikrofon DM4.0S. The performance of both gear was over-par, as expected from their brand name, but that was another story...

_____
Ada apa: Nasib baik Hamdan bawa lirik dan chords, kalau tak memang aku blank.

Beg Cap Buaya (Part 3)


Sambung cerita pasal beg cap buaya ni dari entri semalam. Sememangnya ia beg jenama Gator, yang aku order daripada Dead Eye Guitars (DEG). Aku dah survey harga beg ni kat kedai-kedai muzik sekitar Malaysia (via email, webstore and Facebook), rata-ratanya ia dijual dengan harga RM1xx. Tak termasuk kos penghantaran dan harga potong leher untuk Sabah dan Sarawak.

Oke, it's a Gator economy gigbag GBE-EXTREME-1.

"Economy Gig Bag for Radically-Shaped Guitars Like the Flying V, Explorer, Jackson, BC Rich & Others"

- Info dari website Gator Cases.

Sebenarnya dah lama aku order beg ni, sebelum balik cuti raya yang lepas lagi. Waktu tu aku tengah mencari gigbag yang muat untuk menyimpan Abominations. Disebabkan masalah logistik oleh pihak supplier, selepas raya baru tauke DEG dapat shipment beg ni. Nasib baik aku order GC-V gigbag dari Guitar Collection.

Untuk tidak menghampakan tauke DEG aku tak cancel order beg ni, just carry-on with the order. Lagipun aku dah bagi sedikit deposit waktu order dulu. Harga? Harganya memang berpatutan (petua DEG supaya jangan dedahkan harga untuk tontonan umum di Internet).

Bila disukat dengan Abominations dari luar, nampak macam tak muat je... Aku dah mula resah, takut-takut tak muat. Tauke DEG ada bagitau yang dia pernah test beg ni dengan Jackson RR, memang muat. Tapi itu RR ekor kontot... Bukannya King V.

Extra protection layers for headstock and tuners.

Pergh!~ Cukup-cukup makan je ni...

A closer view.

Bila dizip, alahai... Cukup-cukup muat je, walaupun bukan perfect fit. Tapi kena zip pelan-pelan, kalau tak memang sah akan ada calar pada bucu ekor Abominations aku. Tapi rasanya biarlah Abominations aku guna GC-V gigbag saja, lagi selamat, dan yang penting perfect fit.

Jadi, aku nak buat apa dengan beg Gator ni? Disebabkan bentuknya universal empat segi, pastinya gitar-gitar biasa akan muat. Sebagai contoh:

Bila disukat dengan Replacement, memang lebih daripada muat.

Bila disukat dengan Black Ice, hehehe... Terlebih panjang dalam 3-5 inci.
Aku rasa kalau bass bentuk biasa P/J-bass atau Soundgear pastinya muat.

Antara kegunaan lain yang boleh dipikirkan - simpan seluar dan baju, tripod kamera, kabel-kabel tambahan, kayu hoki atau golf, sleeping bag (untuk budak kecik bolehlah kot), raket badminton/squash/tennis, joran, busur panah, shotgun, sniper riffle...

Aik? Apa aku melalut ni?

_____
Ada apa: Nasib baik aku bukan kaki pancing...

Sessi Jamming Metuk Ulau (Part 2)


Ahad 17/10/2010 - Sessi jamming yang sepatutnya dijadualkan semalam (Sabtu) terpaksa ditunda hari ni atas sebab-sebab tertentu. Kali ni jugak merupakan kali kedua Adi Herman (tauke blog Metuk Ulau) join kitorang jamming.

Kebetulan pulak sessi kali ni disertai secara impromptu oleh KORawk (tauke blog Geng Kereta Sapu) yang sepatutnya ada "aktiviti sosial" sepanjang hari di Pantai Tanjung Batu, tapi curi-curi masa datang ke Hepi ;) makeshift studio untuk join berhepi-hepi dihujung minggu. Tujuan utama KORawk datang sebenarnya adalah untuk topik [Entri-Mini] kat bawah.

Dari 3-piece sekarang dah jadi 4-piece, lagi meriah rasanya.

Line-up with simple rigs setup:

Pertama kali mencuba mikrofon Sony F-V120 untuk jamming, salah setting kat PA system vokal jadi tenggelam. Dalam sessi ni jugak aku dapat double-confirmed masalah MO-VM seperti yang aku merapu dalam entri ni.

Banyak cover lagu-lagu Iron Maiden - The Trooper, Wasted Years (dua lagu wajib), eksperimen lagu Fear Of The Dark dan Coming Home. Lagu lain aku main bass sangkut-sangkut, vokal pun hampeh... Takpe, yang penting hepi ;)

Bunyi gitar pun bercelaru sebab berkongsi output yang sama (PA system), rasanya kalau setiap gitar mempunyai output yang berlainan (with separate amps) mungkin lebih harmoni kot? Hah bab amp ni bakal menelan belanja yang banyak ni...

Senyum tandanya Hepi ;)

KORawk dah jatuh hati dengan makeshift studio kitorang, lain kali katanya kalau dia nak join jamming dia nak bawa equipment sendiri (macam Adi). Ini sudah bagus, kira aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada bass sahaja, tak payah nak menyusahkan diri bawa kedua-dua bass dan gitar lagi.

[Entri Mini] Let-Go: Behringer USB Guitar Link UCG102

Aku ada iklankan UCG102 ni kat Facebook secara tertutup (closed-advertisement), maknanya promote di kalangan member tertentu saja, kalau-kalau ada yang berminat.

Item sold to *KORawk, katanya ada kawan nak beli, sebab harga pasaran tempatan mahal nak mampus. Barang ni tak sampai sebulan aku guna, jadi apa alasan kenapa aku nak let-go? Hehehe alasan yang sama sebab nak upgrade pi brand/model lain...

*KORawk ni merupakan orang tengah yang bertanggungjawab dalam proses let-go Dinoscars aku tempoh hari. Macam broker la pulak.

Dalam bulan ni saja dah tiga barang aku let-go, yang keempat menyusul kemudian... Apa nak jadi ni?

_____
Ada apa: Ranggi Metropolis? Hmmm... Idea yang bagus ni untuk lagu projek akan datang.

Maple Road Gear!


Dah cukup seminggu baru aku nak buat review pasal RG350M aku ni. Memang aku teringin untuk memiliki gitar superstrat dengan fretboard maple, dan pada masa yang sama aku rindu feel Mephisto (bab floating tremolo).

Selain RG350M, antara calon-calon yang tersenarai ialah LTD MH-53 dan M-103FM. Disebabkan pengalaman aku menggunakan Ibanez, dari segi keselesaan, kualiti dan harga membuatkan aku memilih RG.

Sebenarnya dah lama aku order model ni daripada Dead Eye Guitars (yup, tauke DEG lagi), kalau tak silap sebelum bulan puasa. Sepatutnya aku akan ambil gitar ni sendiri kat PJ (macam Dinoscars dan Abominations dulu) penghujung September lepas, tapi disebabkan konvensyen kat PJ ditunda ke suatu tarikh yang tidak diketahui, jadi poslaju sajalah...

Resit, kad bisnes DEG (ntah dah berapa banyak aku ada), resit, dua set manual dan kabel (satu set adalah kepunyaan Dinoscars yang dulu DEG lupa nak bagi). Dan tak lupa free gift kali ni ialah Dunlop 65 Ultimate Lemon Oil (walaupun ia tidak akan digunakan untuk RG350M ni, not suitable for maple fretboard).

Salim? Marzuki? Edy? Supadi? Indon luthiers.
Strung with D'Addario strings though.

Ibanez RG350M BK

"Awat hang tak ambil yang warna kuning?" - komen spontan seorang rakan...

Meet the Roadgear (spesifikasi)

  • Brand: Ibanez
  • Model: Roadgear
  • Model Code: RG350M
  • Made In: Indonesia
  • Serial No: I100518630 (May 2010 production!)
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Basswood
  • Neck: Wizard II three piece maple
  • Fingerboard: Maple (dot inlays, kalau sharktooth lagi gempak)
  • Pickups: H-S-H Ibanez Infinity (INF3/INFS3/INF4)
  • Colour: Black (gloss), with black pickguard
  • Hardware: Black
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Ibanez Edge III
  • Price paid: RM1xxx + RM8x (poslaju)

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Ibanez Guitars.

Standard Ibanez headstock with two improvements from older RG version:
No string retainer, swiveling trussrod cover, senang nak adjust trussrod.

Made in Indonesia, three piece maple neck, die cast tuners.

Ibanez Infinity pickups, INF3/INFS3/INF4, 5-way pickups switch, volume and tone knob. INF pickups pada dasarnya merupakan pickup yang versatile dan pastinya lagi best berbanding STD dan PSND yang ada pada GIO series. Sebab tu kebanyakkan model-model RG menggunakan pickup INF. So far, sound was nice, mellow and warm... Jadi belum terbuka hati lagi untuk upgrade kepada aftermarket pickups.

Ibanez Edge III tremolo bridge.

Craftsmanship was superb! Bab ni yang membuatkan aku suka gitar-gitar Ibanez. Sedangkan GIO series (entry level) pun dah bagus, inikan pulak full-fledge RG! I wonder how pristine was Prestige series craftsmanship? Tak seperti craftsmanship entry level gitar jenama lain contohnya Kelly Kelly (Jackson JS32T) dan Abominations (Dean VMNTx) yang tak seberapa.

Serius, craftsmanship Dinoscars lagi halus berbanding Kelly Kelly dan Abominations. That's Indon luthiers for you~

Jumbo frets - amat sesuai untuk jari-jariku yang belum kuat.

AANJ standard RG.

Standard tuning EADGBE, untuk main lagu-lagu 80's-90's Rock (rokapak) terutamanya lagu-lagu lama Wings and those with Maidenesque sound. So far aku dah test dengan UCG102 dan Violent Metal (around 9 o'clock distortion).

Kelebihan:

  1. Lebih murah berbanding model RG350EX dan RG350DX dengan setup dan spesifikasi yang sama (kecuali maple fretboard).
  2. Wizard II neck - lebih nipis berbanding neck GRG, ia hampir menyaingi kenipisan neck Jackson JS32T.
  3. Jumbo frets - memang sesuai untuk jari-jariku yang masih halus mulus belum kuat menekan fret.
  4. Edge III bridge - lebih stabil dan tegap berbanding ILT bridge pada Mephisto.
  5. INF pickups - kombinasi pickup yang agak versatile.

Kelemahan:

  1. Pickguard - kenapa semua varian RG350 ada pickguard? Nanti aku nak modified pickguard ni tukar jadi warna hijau.
  2. Volume knob - baru dipulas suku tapi volume dah hilang. More to electronics problem.

Nick? Seminggu lebih aku memikirkan nick yang sesuai untuk RG aku ni, memandangkan ia adalah untuk menggantikan Mephisto (dan Dinoscars) sebagai gitar utama aku, jadi aku bagi nick REPLACEMENT sajalah. Ala-ala filem Chow Yun Fat Replacement Killers gitu~

Btw, Bro Sub ada cerita sikit-sikit pasal model RG350M ni...

_____
Ada apa: Muspeed, bila lagi mau kebas yang warna kuning?

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 4)


Macam biasa, tunjuk headstock dulu...

Two improvements - (1) no string retainer (2) swivelling trussrod cover.

Sepatutnya benda ni sampai hari Sabtu lepas 9/10/2010. But by some twist of fate, flight poslaju yang biasanya sampai di Bintulu dalam pukul 11.00 pagi delayed sampai ke petang/malam. Jadi hari ni (Isnin, 11/10/2010) baru aku dapat tuntut kat kaunter poslaju (seberang jalan je) seawal pukul 9.00 pagi.

Ibanez apa pulak kali ni? There's some hints from the headstock picture - RG series with maple fretboard. Dalam entri ni dan entri ni pun dah ada merapu, gambar kat belah kanan ni ada nombor model. Kalau dapat Sabtu lepas memang kompom aku bawa jamming semalam (tapi sessi jamming semalam dibatalkan sebab tak cukup korum).

Credits to Calvin aka tauke Dead Eye Guitars (DEG) for keeping and retaining this beast at bay for almost three months... And to that someone, this was not a XIPHOS headstock!

_____
Ada apa: Ibanez kelima, DEG keenam and madu nombor empat.

Ada Apa Dengan RG350M? (Part 2)


Entri pagi Sabtu yang mamai...

Three *RG350M. One was booked, two still available.
Photo credits by Dead Eye Guitars.

Teringin nak makan roti teloq la pulak pagi-pagi ni. Kalau ada roti nan keju (cheese nan) pun best jugak, sekali dengan teh tarik mamak~ nyum nyum...

_____
Ada apa: *With cameo appearance by Epiphone Les Paul Special Bass.

Ada Apa Dengan Ibanez RG350M?


RG350M - cool RG with maple fretboard and an affordable price (cheaper than RG350EX, RG350DX!)... Spesifikasi dan teknikal boleh check kat website rasmi Ibanez atau Ibanez Wikia.

Kuning? Ewww...

Hitam? Yang ni okela jugak.

RG350MDX, sharktooth inlay variant? Cool...
But unfortunately not available here, damn!

Credits - imej gitar-gitar RG link dari website DV247.com.

_____
Ada apa: RG kvlt!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger