Showing posts with label manggas. Show all posts
Showing posts with label manggas. Show all posts

Sedekad Berteriak Di Singapura


15/2/2011 - Antara tarikh bersejarah dalam AADI yang tiap-tiap tahun akan ada entri throwback. Pejam celik, dah 10 tahun ceritanya kan Berteromber?

Nak trobek versi geng bloggers lain? Boleh baca versi:

Selain cerita konsert, seronok juga bila baca kembali entri-entri prequel contohnya Changi Airport, Jas Restaurant, ronda-ronda Swee Lee dan Davis bersama-sama Manggas.

Manggas, live in Singapore.

Soalan sama, masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara? Ya dan tidak, kalau ikutkan jadual jelajah Legacy Of The Beast mereka tahun lepas, sepatutnya mereka akan singgah di Manila 16/05/2020, tapi isu pandemik membantutkan segalanya.

Jadual jelajah 2021 mereka pun setakat ini cuma ada tarikh-tarikh untuk Eropah sahaja, itupun aku boleh agak 50-50. Pandemik kali ini merupakan tamparan hebat untuk industri pelancongan, muzik dan perfileman.

Lama dah tak kontek Jairo.

Dengan isu semasa dan tanggungjawab aku sekarang, memang tiada lagi peluang untuk aku menonton konsert mereka jika ada singgah di mana-mana bandar Asia Tenggara, apatah lagi Kuala Lumpur (yang agak mustahil). Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya bucket list untuk Iron Maiden sudah tertunai 10 tahun lepas...

Angkat besi! \m/

_____
AADI: Mana khabar (angin) album ke-17?

Flashback Friday: Antara Adi Herman, Metuk Ulau Dan Project


Semalam Facebook kata (friendversary) yang aku dah berkawan dengan Adi Herman selama tujun tahun. Ada apa dengan Adi Herman?


Berkenalan dengan Adi sekitar awal 2010 semasa ingin mendapatkan split CD Manggas/Maar - Sabahan Underground Militia melalui distronya Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) - blognya dah tak aktif tapi MUUV Facebook page still kicking. Ya dari sinilah juga datangnya idea nama Metuk Ulau Project (dieja Projekt, ketika itu).


Selain tauke distro, aku juga dapat tau yang Adi ni aktif dalam beberapa band pelbagai genre di Bintulu - Regiment Of Kid-Do-Wrong, Tresno, Busseg, Bintulu Buskers (to name a few). Kemudian bila ada masa, aku ajak Adi jamming di Hepi;) makeshift studio (ketika itu belum ada gitaris tetap).

Hujung tahun 2010 juga aku mula kenal Nas Korawk (dah lupa macam mana boleh kenal). Agak on/off jamming dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang clash hanya seorang saja yang dapat datang.

Studio Amazika dalam kenangan.
Sehinggalah tahun 2011 datang idea gila-gila untuk Hepi;) berkolaborasi bersama-sama Adi/Korawk dan mengaktifkan kembali moniker Metuk Ulau Projekt, memainkan lagu-lagu cover heavy metal klasik terutamanya lagu-lagu Iron Maiden. Dan selebihnya merupakan sejarah MUP.

Erectus & COG.
Awal 2012, bila dah mula menyertai gig, melalui Adi juga, aku dapat berkenalan dengan beberapa band lain, penggiat muzik dan orang kuat scene underground Bintulu - Ana & The Scene, Bintulu Buskers, Erectus, COG, Barangkali Marus, Borhan (ex-tauke 36 Studio), Chef Rizal, dll.

36 Studio baru buka - Al-fatihah arwah Alifh.
Selain multi-instrumental player (gitar, bass, oud/gambus, keyboard), Adi juga seorang poet (penyajak?), penulis cerpen, dengan kata lain - orang sastera. Dalam blognya Molotov Cocktailz juga sering diselitkan dengan entri-entri sajak/puisi. Ada beberapa sajak/pusi Adi aku dah cilok jadikan lirik lagu projek - tapi masih belum siap-siap projeknya, kah kah kah...

The Book Of Adi Herman.
Antara masterpiece Adi setakat ini, antologi cerpen Pentagram Di Atas Pusara, yang katanya menjadi buruan rakan-rakan bloggers. Dengar khabar, ada satu buku lagi dah rilis, tapi aku lupa tajuk...

Kesimpulannya, kalau aku tak kenal Adi Herman, pasti aku tidak akan terlibat dalam scene underground Bintulu seperti sekarang, tak akan ada "kami Metuk Ulau Project, just another cover band, and this is madness!" atau "Scream for me Bintulu!". Yang pasti dia bukan "hanya seorang pemain bass" :)

_____
AADI: Terima kasih ADI.

Tuning The Boss


Perolehan hujung tahun yang kelima, sebuah pedal tuner Boss TU-3 Chromatic Tuner terpakai (used) diperolehi daripada gitaris utama kumpulan Manggas yang juga merupakan rakan sekampung.


Walaupun berstatus terpakai, tapi fizikalnya masih nampak baru, cuma ada sedikit calar-calar manja. Diperolehi hampir 50% daripada harga pasaran, dananya pula hasil jualan pedal DS-2 (pusing modal, GLTL) yang lari ke Sandakan beberapa hari sebelumnya.


Selain tuner jenis clip-on (PitchHawk-G, NS Micro), perlu ada sebuah tuner jenis pedal untuk talaan yang lebih jitu. Sebelum ini pernah ada Pitchblack Poly, tapi dah ditukar. Harapnya ini merupakan pedal terakhir untuk 2015.

_____
Ada apa: Motor dah tak ada kepala... Sedih~

TRS Male Coupler Jack


Dah lama aku mencari TRS male coupler jack macam ni, untuk menggantikan patch cable. Setelah gagal menjumpainya di pasaran tempatan, eBay dan Amazon pula menjadi sasaran...

Buat masa ni, hanya perlukan tiga unit.
Selain menjimatkan "ruang" dalam Pedaltrain (atau pedalcase) ia juga nampak kemas berbanding kabel-kabel berserabut.

Gambar hiasan, gitaris Manggas yang punya.
Cuma kelemahannya, ia hanya sesuai digunakan untuk menyambung dua pedal "adik-beradik" daripada jenama (atau dimensi) yang sama. Contohnya pedal-pedal Boss. Jika berlainan jenama atau dimensi, perlukan sedikit pengubahsuaian.

_____
Ada apa: I need one more Boss pedal :)

Sekitar Gig You Only Live Once


Sabtu (6/7/2013) - Sekitar gig You Only Live Once (YOLO), lokasi gig pada mulanya dijadualkan di Danau Alai tetapi berpindah ke Telaga Kumang disebabkan masalah-masalah dalaman lokasi asal.

Ini hanyalah laporan ringkas dan bias, laporan penuh mungkin akan disiarkan oleh blog Molotov Cocktailz ataupun Barangkali Marus.


Gig kali ni dianjurkan oleh rakan-rakan junior dari kumpulan My Eye See Ghost yang bernaung di bawah panji-panji Bintulu Independent Music Movement (BIMM).

Ada Kuraia Manggas.
Daripada senarai kumpulan yang bakal membuat persembahan, rata-rata majoritinya merupakan kumpulan remaja-remaja 15-25 tahun, suatu perkembangan yang agak "sihat" untuk senario muzik bawah tanah Bintulu.


Kalau diikutkan jadual, Metuk Ulau Project merupakan kumpulan kelapan membuat persembahan (dijangkakan sekitar 4.00-5.00 petang), tapi kami meminta supaya persembahan kami diawalkan kerana Bob Kandar akan masuk syif kerja pukul 4.00 petang.

TOYS menyanyikan lagu Doraemon?
Pasangan bahagia yang sentiasa ada di mana-mana gig Bintulu.
Dengan suasana dalaman yang penuh dengan asap rokok membuatkan aku tak tahan nak lepak lama-lama. Masuk sekejap, lima minit kemudian pasti aku akan keluar. Begitu juga dengan aksi mosh-pit penonton-penonton remaja yang agak agresif, agak sukar mendekati pentas untuk mendapatkan liputan.


Saudara Barangkali Marus yang agak rasta menjadi pengacara majlis, walaupun datang agak lewat disebabkan urusan kerja tetapi tetap datang untuk memeriahkan suasana.


Ini projek rakan-rakan dari Bintulu Buskers iaitu projek Buku Jalanan Bintulu (seperti dalam entri ni). Mengumpul petisyen daripada pengunjung mengenai pendapat mereka tentang projek tersebut.

Aku terpaksa balik rumah sebelum pukul 4.00 petang atas urusan keluarga (dah janji dengan Mrs. Ijau ajak jalan-jalan), kamera ciput aku diserahkan kepada Korawk untuk merakamkan beberapa gambar persembahan Erectus.



Aku tak ada idea nak tulis apa pasal persembahan Erectus ni sebab aku dah balik. Tapi seperti biasa, persembahan Erectus memang mantap dengan gimik gitar cabang-cabang. Antara pelopor muzik bawah tanah ekstrim Bintulu. Dengar-dengar mereka ada cover lagu The Pursuit Of Vikings.

Bro Sallem of Erectus.
Err, mana gambar-gambar persembahan MUP? Nantilah aku buat entri berasingan...

_____
Ada apa: Dah beli tiket Metallica?

Sepetang Bersama Kugiran Sanggam (Part 2)


Khamis (23/8/2012) - Seperti tahun lepas, tahun ni juga ada sessi jamming selepas raya bersama kugiran Sanggam (the other side of Manggas) yang diadakan di studio Beaufort Rock City (BRC).

Pada mulanya sessi ini bakal dihadiri oleh lapan orang iaitu ahli-ahli Manggas (Ymi, Raem, Joad aka Takilala, Jairo), Cimca, Cayonth, Ronzi dan aku. Tapi beberapa orang terpaksa tarik diri atas masalah kesihatan dan urusan peribadi/keluarga. Akhirnya tinggal empat orang sahaja yang masih berkomitmen - Ymi, Raem, Cayonth dan aku.

"Jedi Master" Ymi dan Cayonth.

Sessi kali ni Ymi menggunakan gitar sendiri iaitu Jackson DXMG Dinky (another Dead Eye Guitars "product"). Cayonth yang menggalas tugas sebagai bassist menggantikan Jairo yang tidak dapat hadir (ada persembahan Mi Scusi di tempat lain) menggunakan bass Ibanez GSR (tak pasti apa model) milik studio.

Jamming rig yang digunakan oleh Ymi agak menarik, Jackson DXMG telah dipasang dengan pikap tambahan Roland GK-3 yang kemudiannya disambung kepada synthesizer Roland GR-09 (model lama) digandingkan secara selari dengan Zoom G2 milik studio. Dengan synthesizer ni, ada bunyi "keyboard' tambahan pada output gitar.

Aku yang pada mulanya turut serta sebagai groupies terpaksa menjadi vokalis/gitaris secara bidan terjun menggantikan Joad Takilala yang tidak dapat hadir sebab sakit hidung. Aku menggunakan "Fender" HSS+FR milik studio (rasa macam bukan Fender ori je).

Selain "tukang pukul", Raem juga menjadi vokalis untuk beberapa buah lagu yang aku tak tau lirik.

Seperti tahun lepas, terus-terang aku mengaku yang aku memang kekok dan segan jamming dengan Sanggam ni. Walaupun majoriti lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu Wings, tapi lagu-lagu yang dimainkan aku tak biasa dengar, contohnya Satelit Puaka, Sekeping Kertas Bemaruah, Peronda Jaket Biru. Tapi aku memang enjoy memainkan lagu-lagu dari album Teori Domino (Rantai, Romania, Bujang Senang) dan Jerangkung Dalam Almari (JDA, R'N'R Lu Punya Suka).

Cayonth juga seperti aku, agak kekok dan blur untuk beberapa buah lagu. Bila Ymi dan Raem mula main lagu yang aku dan Cayonth tak tahu, kami berdua mula menggaru dagu, hahaha!~

Satu lagi yang agak merisaukan kalau jamming dengan Sanggam/Manggas ni ialah tahap bunyi yang agak "merbahaya". Selain setting amp yang digunakan oleh Ymi seakan-akan full blast, ketukan snare drum Raem juga memang kuat. Mungkin disebabkan Raem menggunakan Pearl Joey Jordison signature snare (milik sendiri, bukan studio punya). Situasi macam ni lah ear muff amat-amat diperlukan, nasib baik aku ada bawa sepasang.

Kesimpulannya, disebabkan tahap permainan gitar aku teruk - bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan Ymi - membuatkan aku rasa agak segan jamming dengan mereka ni. Begitu juga faktor pemilihan lagu yang agak "veto" sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa kekok. Sessi jamming hanya satu jam, diakhiri dengan aktiviti makan-makan di restoran mamak berdekatan.

_____
Ada apa: Korawk, bila nak anjurkan sessi jamming Merdeka-Raya?

Singapore, I've Screamed For You, Last Year...


Hari ini dan semalam, setahun yang lalu...

North Borneo Trooper (NBT).

Aksi tangan seCEPAS kilat...

Cheese prata, fresh sugar cane...

Macam pelancong kan? (Memang pelancong pun).

Manggas live in Singapore.

Sudah sampai sini...

IMTV Singapore.

Rise To Remain.

Giro.

Ksatria bergitar.

Kelas vokal?

Tamat dah wei...

Hanya kenangan terukir di dada, bersemadi dalam sanubariku...

* * * * *

Agaknya bila lagi ada peluang nak tengok konsert live Iron Maiden? KL? Singapore lagi? Harap-harap nanti KL masuk dalam senarai, kalau Singapore lagi mungkin 50-50.

Up the Irons! \m/

Trivia: Korang ada terserempak dengan geng Afrika ni tak?

Imej link dari Facebook Syahrin Zaini.

_____
Ada apa: Kes malas mengarang ayat...

Kuraia Atau Kuraya?


Antara t-shirt yang selalu aku pakai waktu jamming bersama rakan-rakan MUUV (selain t-shirt Iron Maiden). Bila aku pakai t-shirt ni pasti ada mata yang melirik dan tak kurang yang bertanya "apa itu MAN666AS?", Manggas ialah mangga yang banyak (plural). Secara tidak langsung dapat memperkenalkan Manggas dalam komuniti underground Bintulu.

Walaupun EP Kuraia baru saja dilancarkan 20/11/2011 yang lepas, tapi aku (dan beberapa rakan Sabahan yang lain) memperolehi t-shirt Manggas ni penghujung tahun 2010 (graphic by Ironworx, printing by Magenta). Setahu aku ini merupakan t-shirt "rasmi" Manggas yang kedua dan ia juga agak terhad untuk beberapa unit sahaja dan pastinya dah lama sold-out.

Btw, Kuraia atau Kuraya?

KURAYA: SUPURATISM

impunkan balangikung
kurapakki basidia
lakati cucul
marakki lampung

jantah dipajahi
adatu unggat unggat
adatu mangurayap
umbani kalakati

lantakki aing angat
cacapi kalupeace
lantakki aing abus
Mammam!!!

kabat tia tabuk
urak tia lampit
bakumpal bakumut
batangkumus

bakataran kalampian
mangurising malangsing
lidut lunda paigu
talangkan pandidip

adatu tarabang
adatu mamius
umbani chelapa
lantakki aing angat
cacapi kalupeace
lantakki aing abus

Mammam!!!

Lirik diperolehi dari entri blog Jairo.

_____
Ada apa: Abis segala pandidip chelapa batarabangan...

Manggas - Kuraia


Dah lama aku tak buat entri pasal CD, semalam aku menerima slip tuntutan surat berdaftar dan baru pagi tadi aku menuntutnya di pejabat pos (seberang jalan je). Kali ni bukan entri pasal CD eBay, tapi dari Derangement Project Production tak lain tak bukan Kuraia, EP terbaru dari kugiran Manggas.

Cover art yang berhantu hasil seni Ironworx Gravefix.


Aku memesan versi mati keras (die-hard version) yang mengandungi freebies cloth patch dan poster Manggas bersaiz A4. Sebenarnya aku nak patch je, yang poster tu aku tak heran sebab muka-muka tu aku dah tengok dari kecik lagi terutamanya yang di tengah tu, hahaha! (no hard feeling guys).


Aku mendapat salinan yang ke-20. Untuk versi mati keras ni cuma terhad kepada 50 unit sahaja, manakala versi biasa dalam 150 unit. Oh ya, kenapa ada tiga orang saja? Mana muka Jairo? Entahlah, aku agak waktu sessi fotografi ni mungkin Jairo sedang sibuk dengan urusan keluarga, betul ke Jai? Tapi jangan risau, dalam inlay ada gambar Jairo dan ex-members yang lain (Sang Pi, C6, dll).

Tracklist
  1. Deathrobe
  2. Kuraia Supuratism
  3. Total Tabak Bauta
  4. Batin Keramat*
Lagu *keempat Batin Keramat tidak disenaraikan dalam tracklist, boleh dikirakan sebagai hidden/bonus track ni, aku yang kurang familiar dengan lagu-lagu Manggas terpaksa menghubungi Ymi (gitaris utama) untuk kepastian tajuk lagu ni. Ia memang jauh berbeza daripada versi split CD Sabahan Underground Militia dulu. Daripada info Ymi, lagu ni merupakan versi rerecorded + remastered untuk mendapatkan feel suasana live show dengan tambahan bunyi synth (keyboard la tu).


Gambar hiasan pada inlay belakang, pimped out Jackson RR24 kepunyaan Ymi, dengan custom decal "Manggas", juga hasil seni Ironworx Gravefix. Aku berkesempatan mencuba RR24 ni tak lama dulu, agaknya inilah gitar yang paling mahal yang pernah aku main setakat ni.


"Jedi Master" Ymi dengan RR24-nya yang masih "bersih", gambar diambil penghujung tahun lepas. Kebiasaannya kalau ada kelapangan waktu aku balik kampung, aku akan singgah ke rumah Ymi untuk menimba sedikit ilmu kegitaran.
Seperti biasa, aku sebenarnya dah tak berminat dengan lagu-lagu extreme yang vokal jenis growl/shriek ni. Tapi dari segi muzik dan rakaman, walaupun ia dibuat secara DIY, boleh dikategorikan sebagai mantap, terutama solo-solo Ymi yang menyegat!
Aku tak nak review lebih-lebih pasal Manggas dan Kuraia ni, nanti ada yang kata aku bias sebab geng-geng sekampung. Kepada mat-mat Extreme Metal di luar sana, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan Borneo Underground Metal scene, Manggas pastinya tidak akan menghampakan anda!

_____
Ada apa: Total Tabak Bauta!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger