Showing posts with label recording. Show all posts
Showing posts with label recording. Show all posts

Wordless Wednesday: DEG Hari Raya 2021 Music Collab Snippet



_____
AADI: Tunggu video penuh raya nanti.

Sekitar Gig Raya Warung Deli


Gig Raya anjuran bersama Warung Deli dan Vaie Voice Entertainment berlangsung Jumaat lepas 7/7/2017 di halaman asmara Warung Deli, Jalan Kampung Baru, Bintulu.


Dikhabarkan ada tujuh buah kumpulan yang beraksi malam tersebut, tapi aku cuma ingat enam sahaja (atau mungkin cuma enam kumpulan, aku pun lupa) - Jepak Buskers, Natas, Metuk Ulau Project, NV Unity, Pemuzika BAWARIS dan Pro-X Band.

"Gig's"
Acara bermula pukul 8.30 malam diterajui sendiri oleh tauke Warung Deli, Bro Bakeri merangkap vokalis Natas dan Hamka vokalis NV Unity. Selepas cabutan undi giliran, persembahan pun bermula sekitar 9.00 malam. Seperti biasa bab "souncheck 101" masih ramai yang gagal.

Jepak Buskers
Dengan tema Hari Raya, setiap kumpulan mempersembahan tiga buah lagu dengan sekurang-kurangnya satu lagu raya. Persembahan pertama daripada Jepak Buskers dengan vokalis duet yang menarik perhatian, terutama vokalis wanitanya.

Natas
Natas menggegarkan ruang udara Kampung Baru dengan bass letop-letop Bro Awie dan alunan keytar Din Glamour yang terlebih mix berbanding kedua-dua gitar yang tenggelam.


Ya, Azrol double-duty malam tersebut bersama Natas (Schecter Demon 7FR, standard) dan seterusnya MUP (Cort X-11, Eb). Kelihatan kelibat Azroy Hammett di belakang sana. MUP beraksi selepas Natas, tapi disebabkan tuan blog yang terlalu bias, cerita MUP akan ditulis eksklusif di perenggan bawah nanti, kah kah kah...

NV Unity
Kumpulan keempat beraksi ialah NV Unity (NV = New Village = Kampung Baru). Dua daripada tiga gitar yang aku servis semasa bulan puasa lepas ada beraksi pada malam itu; Poplar Tele dan Purple Strat.

Pemuzika BAWARIS
Persembahan kelima adalah daripada Pemuzika BAWARIS yang juga disertai oleh Saudara Murad aka Barangkali Marus (seruling) dan Bro Adam (gitar).


Bro Adam dengan gitar baru aku tak pasti apa model, tapi ala Tele Thinline Acoustic. Dan melalui pemprosesan Zoom A2.

Kumpulan keenam ialah Pro-X Band, waktu ni dah dekat tengah malam, akupun dah mengantuk dah balik, jadi tak ada lagi mood untuk merayau-rayau tangkap gambar - harap maaf.

Ok, masa untuk perenggan yang lebih bias kepada MUP. Rasanya ini persembahan awam MUP pertama untuk 2017 semenjak BOTB Sebauh. Tidak seperti kumpulan lain yang rata-rata menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu raya dalam setlist mereka, MUP hanya memainkan satu lagu raya, satu lagu cover dan satu lagu sendiri.


Dua daripada tiga lagu dinyanyikan oleh Adi Herman, lagu pertama Like A Stone cover Audioslave. Adi merupakan peminat tegar Chris Cornell, jadi lagu ini dinyanyikan sebagai tribute kepada mendiang.


Untuk lagu kedua, kami rasa ini merupakan venue yang sesuai untuk debut lagu ciptaan MUP sendiri bertajuk Pentagram Di Atas Pusara bersempena dengan buku antologi cerpen nukilan Adi Herman dengan tajuk yang sama. Checkout the Soundcloud clip below.



Dirakam terus menggunakan Zoom H1, dan diedit dengan perisian Audacity. Lirik oleh Adi Herman (merangkap vokalis untuk lagu ini), senang-senang saja dia buat lirik, dah empat tahun lagu ni tanpa lirik. Manakala muzik gubahan aku dan Azrol sejak 2013 lagi. Pernah dimainkan secara instrumental semasa Gig YOLO 2013 dengan tajuk Project Madness.


Dan cerita pasal lagu raya, lagu yang kami pilih ialah lagi playsafe Sepasang Kurung Biru, tetapi di-MUP-kan, lebih pantas, lebih metal, yang langsung tak ada ampun maaf hari raya, dengan tajuk parodi Sepasang Mengkarung Biru.

Post-mortem Gig Raya untuk MUP:
  1. Kalau tahu dari awal, lebih baik main dua lagu raya, yang di-MUP-kan, kah kah kah...
  2. Kurang masa praktis.
  3. Sususan muzik lagu Sepasang Mengkarung Biru mungkin akan dijadikan lagu MUP.
  4. PA system yang agak overkill berbanding skala venue.
  5. Tapi bab soundcheck, MUP paling pantas.

Harap maaf, hampir semua gambar kurang berkualiti diambil menggunakan telefon pintar murahan aku Zenfon Go 45. Kecuali gambar yang ada tag "HermanNVU" yang dikongsikan oleh Herman gitaris NV Unity (bukan Adi Herman).

_____
AADI: Korawk?

The IRT Pulse-Addict (Part 2)


Mencuba IRT-Pulse sebagai USB interface untuk rakaman terus ke PC, menggunakan perisian Audacity sebagai perakam dan penyunting bunyi.


Jika input stereo dipilih, IRT-Pulse akan membahagikan bunyi kepada bunyi mentah (clean/dry) pada channel kiri, manakala bunyi distorsi (drive/wet) pada channel kanan. Jika input mono dipilih, IRT-pulse hanya akan menyalurkan bunyi mentah sahaja.


Dirakam terus dari gitar (Calypso, Eb tuning) ke IRT-Pulse tanpa ada apa-apa efek tambahan atau pasca-EQ. *Please forgive my sloppy playing though...

Bunyi mentah tadi boleh diamplifikasikan semula menggunakan fungsi RE-AMP pada IRT-Pulse dengan setting yang berbeza mengikut selera, atau apa-apa perisian yang boleh menyunting bunyi pasca-rakaman (yang ni aku kena belajar lagi).


Lepas ni mungkin akan mencuba bersama-sama HT-5RH melalui effects-loop sebagai pre-amp berasingan (aka 3rd channel on HT-5RH) atau front-end distortion pada amp lain.

_____
AADI: *Antara sebab aku jarang upload demo, kah kah kah~

Sessi Rehearsal BOTB 1158 Gabus


Menghabiskan masa petang hujung minggu di Hepi;) Makeshift Studio untuk sessi rehearsal (bukan lagi traimming) dua buah lagu BOTB Selasa nanti. Petang Sabtu hanya bertiga, manakala petang Ahad disertai oleh Adi Herman.


Biasanya kami memberi nama timangan untuk lagu-lagu yang selalu dimainkan, contohnya "better song" (The Trooper), "duck" (Fear Of The Dark), "naga" (Tears Of The Dragon), "sekati" (Sejati), "operate hidung" (Opera Hidup) dan beberapa lagilah gelaran pelik-pelik. Untuk lagu-lagu rehearsal kali ni digelar "1158" (2 Minutes To Midnight) dan "gabus" (Kabus).


Tak sempat nak makan tengah hari di rumah, terpaksalah membawa bekal mee goreng Mrs. Ijau lebihan sarapan pagi di rumah.


Rupa-rupanya Bob Kandar pun ada menapau makanan juga, hahaha... Ni barulah namanya komitmen.


Sementara menunggu kami berdua habis makan, Azrol dan Adi cuba synchronised antara chords gitar dan note bass, sebab bassline lagu 1158 agak ringkas tak perlu bunga-bunga.

Ok, belanja satu lagu...


Recorded with Zoom H1, edited with Audacity.

Rasanya sempat lagi kalau nak rehearsal terakhir malam nanti sebelum BOTB esok, tapi kena guna studio sewalah, tak larat nak deploy HMS waktu malam.

_____
Ada apa: Petang nanti nak mengintai pentas utama dan kelengkapannya.

Line 6 GearBox


Baru ada kesempatan mencuba perisian GearBox untuk memindahkan custom tone yang dimuat-turun (atau diedit sendiri) masuk ke dalam Pod X3.

Line 6 Spinal Puppet!
Seperti perisian POD HD300 Edit, mengedit patches mengguna perisian GearBox lebih mudah daripada menekan dan memulas segala butang dan tombol yang ada pada Pod X3.


Dan pastinya menatap antaramuka (interface) GearBox pada skrin komputer lebih selesa daripada menatap skrin monokrom 2.5" Pod X3.

_____
Ada apa: Teringin nak buat studio mini di rumah sendiri...

Antara Zoom, D'Addario, Jim Dunlop Dan Joyo.


Pembelian impromptu untuk menggantikan unit kedua Zoom G5 soft case yang tak kunjung tiba stok barunya. Unit pertama dah sampai dalam entri ni, dan telah dibeli oleh gitaris sebuah kumpulan indie yang terkenal di Bintulu.

Zoom APH-1 accessory pack, bakal digunakan bersama-sama Zoom H1 handy recorder aku. Kalau diikutkan logik, sebenarnya benda ni lebih berguna berbanding soft case tadi. Terima kasih sekali lagi kepada tauke Music Master Studio (Gapnap the Gapster) kerana tak bosan melayan karenah aku.


Disertakan sekali dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) lain iaitu Joyo 9V adapter, Jim Dunlop Stringwinder dan D'Addario EXL120 (strings again~) sebagai penggenap bayaran.


Seperti APQ3-HD untuk Q3HD kepunyaan Korawk, APH-1 ni juga mengandungi aksesori-aksesori dengan tema yang sama - windscreen (aka David Arumugam), USB type AC adapter, USB cable, mini tripod, padded-shell case, mic clip adapter.


AC adapter AD-17E ni jenis USB, dengan kata lain boleh juga digunakan untuk mengecas bateri telefon pintar (dengan kabel yang sesuai).

Prestasi aksesori ni bersama-sama H1 akan diketahui jika ada sessi jamming hujung minggu ataupun jika ada sessi JOTB #4 kelak.

Pembelian sampingan, penggenap bayaran.

Tiada perkataan "Joyo" dikesan pada label adapter ni. Menurut Gapnap, ia merupakan jenis OEM yang dibuat di kilang Joyo untuk kegunaan barangan ICT. Aku tak kisah pun asalkan voltage dan polarity (9V centre negative) sesuai untuk pedal, tapi arus 1000mA agak besar untuk kegunaan 2-3 buah pedal.

_____
Ada apa: Tali gitar tu simpan dalam stok, lain kali boleh jual...

Sekitar Jammed Of The Beast Episode #2


Sessi jamming beramai-ramai kelolaan Korawk telah masuk musim kedua dengan Jammed Of The Beast Episode #2 (JOTB#2), diadakan Sabtu lepas (18/1/2014). Seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan. Walaupun dijadualkan bermula 11.00 pagi, tapi atas sebab-sebab teknikal sessi hanya bermula selepas 12.30 tengahari.


Notis yang terang dan jelas menyatakan ini hanyalah sessi jamming dan bukannya gig, tapi masih ada komen-komen bengap di Facebook mengatakan penonton yang datang tak rock sebab duduk diam kaku tak ada headbanging, moshing dan sebagainya. Apa kau ingat ni studio bapak kau?

Imej cilok Facebook 36 Studio.
Metuk Ulau Project menjadi warm-up band untuk JOTB#2 ni. Sessi kali ni tidak disertai oleh Adi Herman dan Bob Kandar atas masalah keluarga dan komitmen kerjaya. Walau bagaimanapun MUP disertai oleh Rashid "COG" Malim (MUP co-founder, 2nd drummer) dan juga Arep, rakan seperjuangan Adi Herman dalam Tresno yang bergilir-gilir secara tag-team menjadi tukang pukul untuk sessi kali ni.

Imej cilok Arep Facebook MUUV.
Walaupun dah ada setlist yang dipersetujui beberapa hari sebelumnya, terdapat beberapa lagu yang kurang menjadi terutamanya lagu-lagu 90s alternatives seperti Wonderwall, Big Me dan Animal Instinct. Mungkin disebabkan line-up yang agak impromptu dan kekurangan latihan (atau tiada komitmen?).

New Zooms debut. JOTB#1 setlist?
Selain Mirage, aku hanya menggunakan MS-50G untuk sessi kali ni (no heavy artillery involved) dan juga H1 untuk rakaman. Tapi sayangnya aku lupa on suis AUTO LEVEL pada belakang H1 ni. Maknanya semua rakaman bunyinya pasti teruk kerana rakaman bingit dibuat tanpa compression... Hehehe, rookie mistake.


Band kedua yang berjamming ialah Ana & The Scene (ATS), antara band indie/alternative yang terkenal di Bintulu. Chop Sudir (vokalis/gitaris) beraksi dengan Squier VMTC2 yang telah dipasang tali gitar baru beberapa hari lepas.


Azrol? Yup, Azrol secara rasminya telah menjadi gitaris pinjaman bermusim (seasonist) ATS untuk masa-masa tertentu. Bassist Zul juga agak konsisten memainkan bassline.

ATS memainkan lapan buah lagu, empat lagu sendiri; Sari Rasa, Sekejap Masa Lagi, Di Sebalik Cahaya, Someday - dan empat lagu cover; lagu band Padi (aku lupa apa tajuk), High And Dry, Everlong, For Whom The Bell Tolls (featuring yours truly on vocals). Aik? ATS main metal? Sesuatu yang agak rare...


Mizie, drummer ATS yang sungguh bersemangat dan berdisiplin. Menggunakan mp3 lagu asal yang dipasang pada smartphone (via earphone) sebagai "metronome" untuk mengawal beat supaya tak terlalu laju atau lambat ketika memainkan lagu-lagu cover.


Sebenarnya aku agak cemburu dengan ahli kumpulan ATS ni, semuanya nampak bersemangat dan menunjukkan 100% komitmen (termasuk Azrol walaupun hanya seasonist).

Aku harap ciri-ciri seperti itu juga ada pada ahli kumpulan MUP yang lain. Tak perlulah komitmen sampai tahap macam artis, cukuplah dengan kesungguhan apabila diberikan tugasan berlatih lagu cover baru mahupun feedback dan idea untuk membuat lagu/lirik sendiri. Taklah nanti asyik "playsafe" main lagu-lagu yang sama saja ketika jamming, gig mahupun persembahan awam.

Staff 36 Studio dan "penganjur" sedang khusyuk layan ATS.

Band ketiga ialah My Eyes See Ghost, band deathcore muda remaja berpotensi yang menampakkan kesungguhan dan komitmen walaupun dengan kekangan material dan equipment. Ini dapat dilihat menerusi lagu ciptaan mereka sendiri yang bertajuk Fear The Titans.

Walaupun aku tak layan sangat genre deathcore, tapi sebagai seorang peminat muzik rock/metal secara amnya - nah inilah generasi pelapis yang bakal meneruskan perjuangan metal di Bintulu.

Aku terpaksa balik awal kerana kuota masa hanya terhad sehingga jam 4.00 petang, selepas itu masa diperuntukkan untuk bersama keluarga. Jadi aku tak sempat menonton persembahan Nogas, Erectus dan Rotting Christ (parody).


Sebelum terlupa, sessi JOTB#2 kali ni juga merupakan "unofficial soft launching" split EP Curse Of God (COG) dan Erectus yang bertajuk Vaiehell Beheading Ritual. Info lanjut boleh lawat Facebook MUUV atau hubungi Adi Herman/Korawk.

JOTB#3 dengar-dengar Korawk nak jemput Megadeth.

_____
Ada apa: Sessi kali ni juga nampak agak teratur dan terkawal berbanding sessi sebelumnya.

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 7)


Bungkusan poslaju beralamat daripada Pusat Muzik Reco (lagi) ni diterima Isnin lepas (13/1/2014) pastinya berisi harta rampasan perang Year End Sale (YES) 2013. Ya, Reco masih menjadi premis pilihan untuk YES 2013 atas sebab-sebab yang telah dijelaskan dalam entri sebelum-sebelum ni.

Walaupun tempoh promosi YES sudah tamat, tapi disebabkan Reco masih ada beberapa unit stok lebihan daripada promosi YES yang lepas, maka aku masih berpeluang mendapatkannya pada harga YES. Thanks again Miss Ng for smooth transaction.


Ia berisi Zoom H1 Handy Recorder, gajet yang amat berguna untuk merakam bunyi-bunyian (audio) secara terus kepada format digital (WAV atau MP3). Ia merupakan GAS tahun 2012 yang tidak kesampaian kerana dana-dana perhobian ketika itu dah habis disalurkan untuk Pod HD300.

Recorder, manual, bateri AA, SD card 2GB.
TerGAS untuk mendapatkannya setelah mendengar kualiti rakaman audio Zoom Q3HD kepunyaan Korawk yang digunakan untuk merakam beberapa sessi gig dan jamming (terutamanya ketika Oktoberfest 2012).

Kesemua recorder Zoom jenis audio dan video, mempunyai preamp/compressor yang akan melaraskan paras bunyi secara automatik supaya tidak pecah (distorted) semasa merakam bunyi-bunyian yang hingar dan bingit. Dan disebabkan aku tidak perlukan video untuk diarkib, maka aku memilih H1 sahaja.


Firmware telah diupdate kepada versi 2.0, membolehkan recorder ni berfungsi sebagai mikrofon USB yang boleh merakam terus bunyi-bunyian ke komputer menggunakan perisian Steinberg Wavelab LE yang disertakan atau perisian DAW lain kegemaran anda (aku suka guna Audacity).

Sesuatu yang amat perlu untuk membuat rakaman (vokal) di rumah tanpa perlu membeli gajet tambahan seperti USB audio interface untuk mikrofon konvensional.


Mikrofon stereo XY ikonik Zoom - teknologi sama seperti yang terdapat pada recorder utama Zoom iaitu H4n. Membolehkan bunyi-bunyian dirakam secara stereo bla bla bla... Bab-bab teknikal dan spesifikasi boleh baca di sini.


Seperti biasa, tambahan beberapa keping pick untuk menggenapkan bayaran. Kali ni aku memesan secara spesifik pick Dunlop Hetfield Black Fang PH112 (yang pada asasnya merupakan siri Ultex).

Dengan adanya recorder H1 ni, ia akan digunakan untuk merakam setiap sessi jamming dan gig (menggantikan Walkman NWZ-B152F yang digunakan sebelum ini) untuk kegunaan post-mortem dan diarkibkan.

_____
Ada apa: Accessory pack APH-1 mungkin akan diusahakan kemudian.

Mirage Turns Two


Sekali lagi, Mirage aku (LTD M-103FM) berjaya bertahan dalam axology untuk tahun yang kedua hari ini. Seperti tahun lepas, aku juga pernah terfikir untuk me"let-go"nya (gali lobang tutup lobang le~) tapi tak jadi disebabkan tiada pembeli (di Bintulu ni tak ramai yang minat LTD berbanding Ibanez).


Mirage ni lebih berfungsi sebagai gitar bilik (bedroom guitar, bukan Bedroom Gitaris) digunakan untuk berlatih dan rakaman DIY disebabkan pikap-pikap singlecoil yang ada. Contohnya, klip Instromadness di bawah ni - intro ala Pull Me Under dirakam menggunakan singlecoil.


Untuk persembahan live/gig aku lebih selesa menggunakan Calypso (Charvel So-Cal) atas sebab-sebab keselesaan, ketegapan tremolo dan "mojo" warna hijau. Mirage ni biasanya akan dibawa semasa gig sebagai gitar backup untuk aku ataupun Azrol (when shit happens).

Menarik sepanjang 2013:

Dan seelok-eloknya selepas ini, aku akan cuba berusaha supaya tidak terfikir lagi untuk menjualnya (dah rasa sayang eh~). Kalau nak tambah #5 tu lain cerita...

_____
Ada apa: Upgrade FRS to Gotoh?

Sepetang Bersama Marco Ferrarese


Khamis 11/7/2013 - Sempat meluangkan masa ditemuramah oleh Marco Ferrarese (aka Monkeyrockworld) sebagai seorang daripada koresponden (mewakili Metuk Ulau Project) untuk tesisnya yang bertajuk "Heavy metal and punk subcultures in Malaysia and Singapore" bertempat di 36 Studio sekitar 10.00 malam (bukannya petang pun~).


Isi kandungan temuramah rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini, kerana ia adalah sebahagian daripada kajian tesis dan mungkin data/info tersebut agak sulit dan peribadi.

Beberapa minggu sebelumnya aku dihubungi oleh Jairo supaya membantu Marco ketika berada di Sarawak (khususnya di Bintulu). Aku menyarankan agar tugas "liaison officer" diberikan kepada Adi Herman disebabkan pengetahuan Adi mengenai dunia muzik bawah tanah Bintulu lebih mendalam.

Foto ehsan 36 Studio.
Beberapa sessi temuramah bersama kumpulan muzik bawah tanah tempatan diatur oleh Adi. Malam sebelumnya (Rabu) Marco menemurah ahli kumpulan My Eyes See Ghost dan Erectus, dan malam berikutnya (Jumaat) Busseg dan Curse Of God.

[Edited @ 19/7/2013 8.00 pm] Cerita lebih lanjut ada dalam blog Molotov Cocktailz.

Selepas Bintulu, Marco akan meneruskan perjalan ke Miri dan seterusnya ke Sabah (KK, Beaufort, Keningau, Sandakan) untuk siri temuramah bersama mat-mat metal di sana.

_____
Ada apa: We both missed Penang, can't argue with that...

Ada Apa Dengan Projek Rakaman Di Rumah? (Part 3)


Juga belum ada tajuk rasmi, cuma menggunakan Instromadness (instrumental + intro + madness) sebagai working title, dirakam secara amatur track-by-track menggunakan perisian Audacity.


All guitar and bass tracks by Ijau except 2nd solo @0:58 by Azrol.

Mungkin ia boleh dijadikan intro trademark Metuk Ulau Project untuk gig yang akan datang menggantikan intro Caught Somewhere In Time yang dah biasa dimainkan.

Masih menunggu hasil kerja daripada Korawk.

_____
Ada apa: Mana nak cari idea buat lirik?

Ada Apa Dengan Projek Rakaman Di Rumah? (Part 2)


Atas permintaan, ini ada sedikit sampel bunyi-bunyian yang dirakam secara amatur menggunakan perisian Audacity dalam entri yang lepas. Belum ada tajuk rasmi, cuma dinamakan sebagai Project Madness sebagai working title...

Guitar - Azrol, Bass - Ijau, Drums - drum machine on G2.1Nu.

Harap maaf kalau bunyinya agak kasar dan tempo berterabur, memang kelam-kabut main lagu yang agak thrashy ni...


_____
Ada apa: Hehehe macam bunyi Abang Mus?

Ada Apa Dengan Projek Rakaman Di Rumah?


Aku dan Azrol memulakan projek rakaman di rumah (home recording) secara terus ke PC menggunakan interface USB yang ada pada G2.1Nu dan Pod HD300, inilah kelebihan yang ada pada multi-effects berbanding stompbox. Sekiranya tiada arah melintang, lagu yang dirakam ini bakal dipersembahkan untuk gig Metuk Ulau Project yang akan datang (khabarnya bulan Julai).


LX12, Micro Crush dan headphone Sony MDR-XD100 digunakan sebagai monitor. Dan keempat-empat axes aku digunakan semasa rakaman untuk mendapatkan variasi bunyi. Kebanyakkan riff dirakam menggunakan HD300, manakala G2.1Nu lebih digunakan untuk rhythm patterns dan metronome (fungsi yang tiada pada HD300).

Walaupun disertakan dengan DAW software Cubase LE 5 (G2.1Nu) dan RiffWorks Line 6 Edition (HD300, downloaded), tapi aku lebih selesa dan senang menggunakan Audacity yang lebih ringkas. Lagipun aku dah biasa menggunakan Audacity ni sejak zaman edit ringtone handphone Nokia 6600 lagi.


Semuanya disebabkan "cabaran" daripada rakan-rakan sepermetalan Bintulu yang berkata "bila lagi MUP nak main lagu sendiri? Asyik-asyik cover song saja...". Hah! Ini kalilah MUP main thrash! Main lagu berkelajuan 80-180bpm! Jauh di luar zone selesa MUP yang biasa main genre NWOBHM. Harap-harap Bob Kandar dapat kejar dan tak semput main drum nanti.

Sample sound? Tunggu dah siap edit nanti baru aku upload...

_____
Ada apa: Menunggu Korawk untuk membentangkan tugasan menulis lirik...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger