Sedekad LT-Dual


Shout-out kepada Bro Sub The Guitar Addict dari Kota Singa kerana telah mengingatkan aku pada pedal ini dalam entri beberapa bulan lepas. Hari ini ia genap 10 tahun berada dalam axology aku dan pedal kedua paling lama bertahan dalam axology selepas Super Chorus CH-1 (since 2013).

Merupakan hadiah daripada Bro Sub bersempena "rezeki seorang ayah yang telah bekerja keras menguruskan hal-ehwal keluarga tanpa mengorbankan minat pada muzik".

Rasanya pernah dibawa jamming dua kali pra dan pasca pandemik dulu. Kalau pedal Blackstar, aku lebih suka karekter distorsi pedal ini berbanding LT-Metal (sudah let-go) kerana seakan-akan karekter distorsi daripada amp HT-5RH (pun sudah let-go).

Karekternya agak kelam (dark) sedikit, agak bertentangan dengan karekter pedal Tone Tattoo yang nyaring (bright). Mungkin keduanya serasi bersama? Tone Tattoo sebagai distorsi utama dan LT-Dual sebagai pemacu hadapan (front-end drive). Mungkin boleh dieksperimentasikan kelak...

_____
AADI: Kesembuhan dan mudah segala urusan buat Bro Sub, shafakallah wa jazakallah.

Throwback Thursday: 2025 Steam


Steam kata aku hanya main empat game sahaja tahun ini, 98% daripada masa keseluruhan adalah memainkan game Black Mesa yang baru sahaja dimuat turun beberapa minggu lepas. Serius, tahun ini aku lebih banyak main (atau memainkan semula) game konsul *PS4 Pro - Doom Eternal, Doom 2016, Days Gone dan Red Dead Redemption II.

Kecuali Left 4 Dead, kedua-dua game Wasteland 2 dan Wasteland 3 yang dimainkan hanyalah sebagai benchmark untuk mencuba kemampuan PC harian Core i3 aku yang tak seberapa.

Ada bajet mungkin tahun depan akan menaik taraf perkakasan PC aku supaya sekurang-kurangnya mampu memainkan game pra-2020 dengan lancar. Banyak lagi game yang dimuat turun daripada Steam dalam katalog aku yang belum dimainkan sepenuhnya disebabkan kekangan perkakasan.

Ketika entri ini ditaip, aku baru sahaja memasukkan dalam bakul game Tomb Raider I-III Remastered yang kebetulan ada promosi diskaun 70% daripada Steam. Akan dibuatkan entri berasingan jika ia telah dimuat turun dan dimainkan kelak.

_____
AADI: *The Outer Worlds pun hanya sempat main 30-45 minit.

Wordless Wednesday: Thank You John Cena!




_____
AADI: Tak minat Cena, tapi respek sebab memori era ruthless aggression. Word life! \mm/

Atlantis Is Calling, Again...


Beberapa hari lepas algorithm media sosial aku dibanjiri dengan info rilisan dua game dalam siri Tomb Raider iaitu Legacy Of Atlantis dan Catalyst masing-masing akan dirilis pada 2026 dan 2027.

Legacy Of Atlantis - Remake/reimagine game pertama dengan teknologi terkini, katanya "...captures the wonder and excitement of Lara's debut adventure, re-envisioned with modern gameplay, visuals, and storytelling". Padahal sudahpun diceritakan ketika era Anniversary (rilisan 2007) dan versi remastered (rilisan 2023) kini diceritakan lagi sekali, duh... ala cerita pasal Qualopec, Tihocan, Natla dan Scion tu.

Catalyst - Ini pula episod baru, katanya berlaku selepas era Underworld dan Lara pun ketara nampak sedikit berumur dalam video di atas.

Apa-apapun masih lagi selamat kerana seperti Doom: The Dark Ages, ia hanya akan dirilis untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S and Steam. Aku hanya ada PlayStation 4 Pro dan PC aku pula tak mampu memainkan game pasca-2020. Trilogy Square Enix pun masih belum selesai, belum tertarik picu untuk mendapatkan Shadow Of The Tomb Raider: Definitive Edition sebagai penutup.

_____
AADI: Mungkin akan menarik picu untuk versi remastered daripada Steam.

Bliss Slinkies


Mungkin perolehan stok tali gitar terakhir untuk 2025 - Hybrid Slinky 3-pack (3222) dan Power Slinky 7-string (2620).

Antara model yang masih ekonomi (per harga + free postage) dalam katalog Music Bliss. Disebabkan ia berjenama Ernie Ball, adalah menjadi keutamaan untuk dipasang berbanding jenama lain yang ada dalam stok peribadi untuk mengelak sumpahannya.

_____
AADI: Stok aku lebih banyak didagangkan semula berbanding kegunaan sendiri.

Wordless Wednesday: Broken Wings? (Part 3)




Minit ke 3:44 epik!

_____
AADI: Jelas nampak keceriaan pada wajah-wajah mereka, move on.

G3 Generasi Kedua


Pancingan bersempena Year End Sale 2025 CK Music, sebuah multi-effects Zoom G3n. Dalam website CK Music mahupun platform Lazada, model ini tidak berdiskaun YES (mungkin kes tak update harga?). Tapi dalam platform Shopee mereka ia berdiskaun 40% menjadikan harganya kini lebih murah berbanding G1X Four.

G3n/G3Xn merupakan generasi kedua (dengan suffix "n"), menggantikan generasi pertama G3/G3X. Namun ia sudah discontinued dan Zoom masih belum mengumumkan pengganti generasi ketiganya.

Tahun lepas hampir-hampir menarik picu untuk G3n ini, tetapi dana-dananya telah dipintas oleh amp HT Metal 1 Snake Skin. Nasib baiklah masih sempat mendapatkannya tahun ini sebelum ia betul-betul pupus dari pasaran disebabkan klausa discontinued tadi.

Fitur dan teknologinya tak banyak berbeza dengan G1X Four, hanya berbeza kuantiti efek atau kekuatan pemprosesan bunyi digital (DSP). Maksimum tujuh blok berbanding lima pada G1X Four.

Tapi efek AMP sudahpun memakan dua blok, ditambah lagi satu blok untuk efek CAB. Tinggal empat lagi blok untuk efek lain, jadi kena berhemah memilih efek. Untuk memaksimumkan efek, boleh diasimilasikan bersama-sama pedal lain contohnya overdrive dan/atau MS-70CDR.

Didatangkan dengan firmware v2.00, terus aku update kepada firmware terkini v2.20 dengan tambahan lagi tiga efek baharu iaitu dua amp dan kabinet (KRAMPUS/KP4x12, REDLOOM/RED4x10) dan satu modulasi GEMINOS (doubling tracking) yang aku rasa seperti efek TC Electronic Mimiq.

Juga seperti G1X Four, sambungan USB hanya berfungsi untuk update firmware dan sambungan aplikasi Zoom Guitar Lab, bukannya untuk rakaman USB.

Dengan adanya G3n ini, expression pedal FP02M kini dapat digunakan setelah sekian lama terperap sejak RP360 dilepaskan. Dan model G1X Four yang masih baharu dan bau kedai akan cuba untuk dilepaskan kepada lingkungan rakan-rakan gitaris untuk modal pusingan.

Sedikit luahan hati, aku rasa selepas model G3n/G3Xn dan G5n, tiada lagi model multi-effects Zoom terkini yang menarik perhatianku. Zoom pun kini nampak lebih fokus kepada produk untuk content creators (microphones, mixers, recorders) berbanding ahli muzik.

Kalau dulu jenama Zoom menang sinonim dengan multi-effects golongan marhaen kerana harganya yang lebih ekonomi berbanding jenama saingan (ketika itu). Tapi untuk model-model terkini harga pula sudah tidak mesra marhaen per fitur yang agak tidak menarik atau biasa-biasa saja berbanding jenama-jenama China yang kini kian trending - Mooer, Nu-X, Valeton, Donner dan Joyo.

_____
AADI: Model Zoom yang pernah diguna - BFX-708, B1X, B1Xon, B2, G1X, G1M, G1N, G1u, G1X Four, G2Nu, G2.1Nu, G7.1ut, MS-50G, MS-60B dan MS-70CDR.

Wordless Wednesday: Fender 50th Maiden


_____
AADI: Akhirnya ada Gers' signature Fender (macam pernah ada signature Sandberg).

Steam Black Mesa


Sudah lama tidak membeli game Steam, kali terakhir The Bard's Tale setahun yang lepas. Itupun hamya sempat dimainkan 2-3 jam sahaja, lepas tu "PC gaming fatigue", kembali berkonsol PS4.

Tergerak hati mendapatkan game Black Mesa yang kebetulan ada promosi pada harga RM12.25 (harga asal RM49.00). Ia merupakan game fan-made remake Half-Life (original 1998) menggunakan enjin Half-Life 2 (Source) dan dirilis sekitar 2020. Cerita lanjut boleh rujuk Wiki.

Imej cilok.

Selepas habis dimuat turun, sedar tak sedar leka memainkannya berlarutan hingga empat jam. Mungkin akan dapat dihabiskan hujung minggu ni. Setiap level mengingatkan aku mula-mula memainkan Half-Life ketika musim cuti semester 1999, seperti yang selalu aku ceritakan jika ada throwback gaming zaman student USM dulu.

"Yeah, yeah... Half-Life, another hit game from the 90's (1998 to be precise), PC game yang mula-mula mencatatkan benchmark rekod non-stop gaming aku - 13 hours non-stop! This record was later broken in 2008 when I played Fallout 3 - staggering 15 hours!"

- Entri 2010.

_____
AADI: Resonance cascade.

CK YES 2025


Musim itu tiba lagi...

YES CK Music sudah seperti tidak semeriah dahulu. Kalau sebelum ini (pra-PKP) biasanya aku akan target produk Zoom, Korg ataupun Line 6 (sebelum diambil Yamaha). Zoom pun sekarang lebih banyak fokus ke arah produk untuk content creator berbanding pemain gitar/bass.

Kalau adapun produk berkaitan gitar/bass (multi-effects) seperti sudah tidak menarik baik dari segi fitur mahupun harga. Sudah tiada efek murahan seperti G1/G1X (1st gen), G1N/G1XN (2nd gen), dan G1on/G1Xon (3rd gen). Masuk G1 Four/G1X Four (4th gen) harganya sudah tidak mesra marhaen lain.

_____
AADI: Teringat zaman berurusan dengan Bro Amizan dulu.

Wordless Wednesday: Broken Wings? (Part 2)




_____
AADI: Ini baru betul-betul Wings Reunion.

Boxing Diaries: November 2025


Kembali menyertai sessi latihan selepas rehat dua minggu akibat kecederaan otot betis kanan. Cuba untuk menyertai dua sessi seminggu jika mampu, kalau tak mampu satu sessi seminggu pun masih kira ok daripada tak ada langsung.

Selepas menguji prestasi aku, juru latih mencadangkan aku untuk menyertai perlawanan tinju amatur tertutup kategori veteran tahun depan. Tapi aku kata aku belum bersedia untuk bertanding, lagipun haluan tinju aku hanya untuk bersukan dan kesihatan, bukan ke arah menjadi fighter. Dah tua-tua ni tak ada apa lagi ingin dibuktikan, tapi tengoklah macam mana mood aku tahun depan...

Serius, kali terakhir aku bertarung secara sah (legal) waktu ambil *Sijil Rendah Silat Cekak 26 tahun lepas.

_____
AADI: *Nak cari persalinan baru dan belajar semula.

Mesin Stim


Minggu lepas algorithm media sosial aku dipenuhi dengan berita berkaitan Steam Machine, yang secara harfiahnya adalah PC dalam bentuk konsul, hmmm... Macam mana tu?

Entahlah, semenjak ada PS4 Pro dah lama aku tak PC gaming, dan banyak game Steam (lama) yang aku download tak TERmain lagi - The Bard's Tale, Far Cry 2, FEAR 2, The Witcher, Wasteland 3, Call Of Pripyat, Metro 2033, dan Wasteland 2 - atau kalau TERmain pun tak sampai 15 minit atas kekangan masa, kesihatan mahupun hardware PC aku yang mediocre.

_____
AADI: PS4 Pro pun asyik main game lama je.

Pemacu Lampau Raya 40 Tahun


Tertambah satu lagi pedal stompbox dalam koleksi iaitu Boss SD-1-4A Super Overdrive 40th Anniversary. Pernah memiliki versi biasa SD-1 ini lapan tahun lepas, namun telah dilepaskan tahun berikutnya akibat dipaksa dipujuk oleh seorang rakan kegitaran yang teringin untuk memilikinya.

Unit terakhir daripada Sandman Guitar Centre, Batu Pahat melalui platform Shopee mereka. Menanti masa yang sesuai untuk menarik picu dengan diskaun dan baucar terhad Shopee, harganya kini lebih murah berbanding harga runcit versi biasa.

Tiada apa yang istimewa berbanding versi biasa, hanya kosmetik menjadi negatif (pedal hitam, tulisan kuning), tombol emas seperti OD-3 dan skru logam berwarna perak. Seperti MT-2-3A, ia akan menjadi pedal bertaraf koleksi.

Inilah kali pertama aku memperolehi pedal stompbox Boss unit baharu yang tidak dibekalkan dengan bateri 9V. Dan ia menjadi pedal overdrive keenam dalam axology semasa aku selepas AT Drive, MojoMojo, TO800, GT-OD dan MojoMojo Gilbert.

_____
AADI: Mencari DS-1-4A pula lepas ni?

Memanusiakan Yautja


Menonton filem Predator: Badlands di dewan besar BIG Dolby Atmos GSC Bintulu semalam (Jumaat 07/11/2025) tayangan 6.45 petang. Aku tidak menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini selepas melihat betapa manusianya penampilan Dek dalam trailer awal. Amat jauh berbeza berbanding penampilan standard Yautja (spesies Predator) dalam filem-filem Predator terdahulu.

Jika filem ini tiada kaitan langsung dengan franchise Alien-Predator shared-universe, jika Dek tadi bukan seorang seekor Yautja, dan jika synthetics bukanlah android produk kompeni Weyland-Yutani, aku rasa ia sebuah filem sci-fi yang menarik. Latar belakang planet Genna yang menarik seakan LOTR sudah pasti ia difilemkan di New Zealand.

Entri 2022.

Tapi apa boleh buat, ia sebuah filem Disney (20th Century Fox dibeli Disney pada 2019), maka ia telah dipondankan sama seperti franchise Star Wars dan Marvel. Pasti akan ada cliché girl boss, daddy issue dan makhluk comel untuk tujuan pemasaran. Manakala Dek itu tadi diberi pergerakan dan sifat-sifat manusia, maka hilanglah kemisterian spesies Yautja tadi.

Selebihnya tak perlulah spoiler sangat...

_____
AADI: Ya, ada tropi kepala alien Harvester (Independence Day).

Stompboxes R Us


Selepas audit koleksi pedal jenis stompbox aku yang kembali membiak (terutamanya pedal overdrive dan distortion), teringin juga untuk menyusunnya secara "proper" pada pedalboard Rockboard Tres 3.1 yang sudah *tiga tahun tersadai.

Bukan semua pedal perlu dipasang pada satu platform, mungkin perlu diasing-asingkan kepada rig A, B dan C kerana aku ada dua lagi pedalboard - BCB-30 dan Pedaltrain-Nano. Juga mungkin boleh diasimilasikan bersama-sama multi-fx kecil yang aku ada - PL1, B1Xon dan G1X Four.

Dilemanya kini, memilih pedal mana yang akan menjadi hero rig A, B atau C... Dan aku tak suka bawa banyak pedal untuk sessi jamming mahupun gig (dah lama tak join gig).

_____
AADI: *Power Block pun dah setahun belum pernah guna lagi.

Ozzy Osbourne - Patient Number 9


Kali terakhir memiliki album studio Ozzy Osbourne ketika era Scream 15 tahun lepas, kalau album kompilasi pula Memoirs Of A Madman lapan tahun lepas. Jadi aku agak ketinggalan bas cerita Ozzy ni sehinggalah trending konsert terakhir dan pemergian beliau beberapa bulan lepas. Tak lupa penampilan semasa penutup Sukan Komanwel 2022.

Album Patient Number 9 rilisan 2022 ini merupakan album studio ke-13 dan terakhir Ozzy, diperolehi melalui Shopee dengan harga berpatutan bersama-sama album Invincible Shield minggu lepas. Berteromber sudahpun buat entri album ini tiga tahun lepas.

Tak pernah dengar lagu-lagu dalam album ini menerusi mana-mana medium online. Memerlukan beberapa putar untuk menghadam keseluruhan album. Ada yang senang masuk, ada yang pelik sikit, tapi selepas pemergian beliau, intro "orang gila" lagu Patient Number 9 memang menyayat hati.

Kembali menggunakan khidmat Zakk Wylde sebagai gitaris utama. Juga berkolaborasi dengan nama-nama besar lain seperti Jeff Beck, Eric Clapton, Tony Iommi, Rob Trujillo, Duff McKagan, Mike McCready, Chad Smith, Taylor Hawkins dan ramai lagi. Ternyata inilah album penutup yang paling epik untuk legasi putera kegelapan metal kita semua.

Perlu mencari album Ordinary Man pula.

_____
AADI: Terima kasih Ozzy.

Judas Priest - Invincible Shield


Album studio ke-19 dan juga terkini Judas Priest rilisan tahun lepas (Berteromber dah awal buat entri). Tahun lepas dah nampak di Victoria Music Amcorp Mall, *tapi lepas tengok harga dah macam harga piring hitam lalu dilupakan hasrat untuk memilikinya.

Diperolehi daripada Shopee dengan harga yang amat berpatutan. Edisi deluxe ini dalam format digipak/earbook sama seperti album Firepower sebelum ini dengan tambahan tiga buah lagu bonus.

Tiga lagu pertama yang bertenaga sudah cukup untuk membuatkan anda headbanging. Tapi lagu Giants In The Sky, lagu tribute untuk ikon-ikon yang telah pergi, merupakan lagu yang amat sinonim untuk album ini dan pasti bertaraf anthem yang akan berkumandang selamanya.

Man of the match dalam album ini pastinya Richie Faulkner, kalau perhatikan dalam apa-apa konsert mereka kebelakangan ini ternyata Faulkner sentiasa on beast mode.

Rasanya tak perlulah aku ulas berlebihan, album ini memang bertaraf super album kerana semua lagu enjoy didengar termasuklah lagu yang mid-tempo. Dengan wujudnya album ini membuktikan bahawasanya Judas Priest dan muzik heavy metal secara amnya masih lagi relevan sehingga kini.

_____
AADI: *Antara yang membantutkan hobi kumpul CD ni.

Boxing Diaries: October 2025


Bulan ini masih menyertai sessi latihan seminggu sekali, tapi kemudiannya terpaksa cuti daripada segala sukan kerana cedera otot betis (gastrocnemius) kanan ketika/selepas perlawanan intensif badminton beregu antara staff pada Sabtu lepas (18/10/2025).

Mulanya agak risau kerana sakitnya seakan-akan kekejangan otot, menyebabkan mobiliti agak terbatas beberapa hari. Tapi ketika entri ini ditaip, sakitnya sudah berkurangan dan mungkin perlu rehat lagi seminggu untuk pulih sepenuhnya.

Juga terlepas peluang berguru sekali lagi dengan Kilat Boy (feat. Sapok Biki) semasa sambutan *Minggu Belia Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bintulu pada 13-19/10/2025, kerana slot tinju diadakan pada hari bekerja Khamis dan Jumaat.

Lepas tu dia datang Sapphire Gym waktu sessi Muaythai pula (malam Khamis), aiseh... Tapi kalau dia datang waktu sessi tinju (malam Sabtu) pun memang aku tak dapat datanglah sebab dah cedera, rujuk perenggan pertama.

_____
AADI: *Masih beliakah aku?

New Vegas 15


Semalam katanya Fallout: New Vegas menyambut ulang tahun yang ke-15. Pada pendapat aku, ini merupakan game Fallout 3D/FPS yang paling best dari segi jalan cerita dan haluan yang dipilih berbanding Fallout 3 dan Fallout 4 (Fallout 76 aku tak pernah main lagi). Setiap keputusan akan mempengaruhi jalan cerita seterusnya. Juga merupakan indirect sequel kepada Fallout 2.


Aku mula memainkan FNV ini pertengahan 2011. Waktu itu baru bergelar suami, masih terbawa-bawa perangai bujang main game dari malam sampai pagi... Memang bermasam mukalah Mrs. Ijau ketika itu.

Harapnya mereka (Obsidian/Bethesda) akan keluarkan semula FNV ini dalam versi remastered menggunakan enjin Fallout 4. Alaaa... The Outer Worlds pun tak tersentuh, masih sibuk memainkan semula Red Dead Redemption II.

Siri Fallout (Amazon Prime) musim kedua pun katanya akan menggunakan lore New Vegas sebagai background.

_____
AADI: Truth is, the game was rigged from the start.

Pickups R Us (Part 2)


Seperti yang aku katakan tahun lepas:

"Antara satu kelemahan aku bab kegitaran ini ialah pantang tengok harga pikap yang menarik, promosi atau pada harga pra pandemik, pasti akan tertarik. Kesudahannya, tersadai dalam stok peribadi kerana belum ada gitar perumah yang sesuai."

Tahun ini sahaja terperoleh empat unit (lima sebenarnya, satu dah jual) pikap atas klausa harga promosi daripada Bentley Music.

  1. Seymour Duncan Blackouts Jeff Loomis signature (bridge).
  2. Seymour Duncan Distortion (neck).
  3. Seymour Duncan Red Devil Billy Gibbons signature (neck).
  4. Seymour Duncan Thrash Factor Dave Mustaine signature.

Juga yang masih "berlegar" dalam stok peribadi tanpa gitar perumah:

  1. Lace Alumitone + Deathbucker - beberapa kali pernah keluar masuk gitar, kali terakhir pada gitar rimau Tigera.
  2. Seymour Duncan Vintage Blues Set - yang ini masih belum pernah dipasang pada mana-mana gitar.
  3. Gibson 490T Gold (bridge) - juga belum pernah dipasang, menunggu pasangan sesuai.
  4. DiMarzio PAF Pro + Super 3 - baru saja dikeluarkan daripada Swede minggu lepas.

Didagangkan semula? Mungkin... Tapi buat masa ini belum terfikir lagi. Ekonomi pun masih stabil, anggap sajalah ia sebagai koleksi.

_____
AADI: Audit pikap.

Re-Swede


Selepas dipandu uji ketika sessi jamming comeback beberapa minggu lepas, ternyata saiz langsing dan kompak singlecut Hagstrom Ultra Swede (Swede) tidaklah serasi dengan saiz perutku badanku semasa dalam kedudukan kuda-kuda perang (battle stance).

Begitu juga dengan kedudukan suis toggle 3-arah di belakang bridge (ala PRS) yang terasa janggal bagi aku yang sudah biasa dengan konfigurasi Les Paul. *Tangan akan otomatik mencari suis pada kedudukan atas pikap neck.

Oleh sebab itu ia akan dijadikan gitar bilik tidur sahaja dan dipasangkan semula dengan pikap asal. Set pikap PAF Pro/Super 3 sebelum ini (yang cemerlang) disimpan semula dalam stok peribadi untuk kegunaan gitar lain. Mungkin juga dicadang untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat (2025 purge).

*Macam manalah nanti kalau Iron Cross dibawa jamming? Hmmm...

_____
AADI: Kitar semula gambar lama.

Broken Wings?


Pagi ini algorithm media sosial aku dipenuhi dengan berita pengunduran rasmi Eddie dan Black daripada Wings yang bertarikh semalam (08/10/2025). Wow, tak pernah terfikir Eddie yang paling setia akan keluar Wings.

Tapi yang lawaknya, tarikh yang sama tarikh lahir Jo Branko. Waktu skrol Facebook pagi tadi pun ironinya keluar gambar ini dahulu sebelum apa-apa berita pengunduran Eddie dan Black dalam newsfeed aku.

Kebelakangan ini aku layan dua album Wings iaitu Orang Asing dan Menakluk Kosmos. Pasal Orang Asing ada dibuatkan entri FF minggu lepas. Menakluk Kosmos pula sudah berusia sedekad tahun lepas, tapi tak terbuat entri. Maknanya dalam 10 tahun ini Wings tak ada material baru rasmi kan? Atau aku yang tertinggal bas?

Rindu zaman Speedy Video dan harga marhaen CD dulu-dulu.

Malaslah nak buat spekulasi, lebih-lebih lagi Wings yang katanya bakal membuat konsert 40th Anniversary hujung tahun ini, apa cer?



Gambar-gambar lama dalam entri Pengembaraan Satu Lagenda.

_____
AADI: Betul-betul tragedi Oktober ni.

Wordless Wednesday: 2000s Nokia




_____
AADI: Tinggal kotak je (di kampung), isinya dah lama jadi e-waste.

Flashback Friday: Menace To Orang Asing 30


Memindahkah beberapa folder mp3 album-album bertaraf *soundtrack of my life untuk dipasang dalam Silvia. Baru perasan dua album ini sama-sama menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini, kedua-duanya juga adalah rilisan bulan Jun 1995 (terlepas empat bulan) - Wings Orang Asing (03/06/1995) dan Ugly Kid Joe Menace To Sobriety (13/06/1995).

"in 1994-1995 (baru lps PMR ni) aku cuma layan lagu2 alternative dan grunge (biasala zmn2 tu zmn nirvana, green day, the offsprings, OAG gitu~). penghujung 1995 member rapat aku jantayu beli kaset (bersama2 kaset wings orang asing) ni dan kitorg sama2 layan, maklumla tiap2 ptg aku slalu melepak kat rmhnya atau sama pi pantai mandi laut. so, memori zmn gila2 remaja tu mmg terbayang bila dgr lagu2 dlm album ni (especially cloudy skies)"
- entri Menace To Sobriety (25/12/2009).
"Antara album Wings yang banyak meninggalkan memori. Album ni dikeluarkan pada tahun 1995, aku baru tingkatan 4 (layan bersama-sama UKJ Menace To Sobriety) dan sekali lagi album ni (bersama-sama album Mencari Asal Usul) aku layan waktu aku second year kat USM tahun 1998. Jadi bila dengar lagu-lagu dalam album ni mulalah teringat banyak memori, memori dua tahun yang berbeza 1995 dan 1998. Memori bergumbira mandi-manda tiap-tiap petang di Pantai Pimping bersama best friend aku Jantayu (bukan nama sebenar) dan memori tengah perah otak selesaikan assignment tutorial kimia organik bersama-sama housemate."
- entri Orang Asing (07/02/2010).

*Antara album lain yang dipindahkan - Louder Than Hell, Dominator, Best Of Exists, Duran Duran Greatest dan Menakluk Kosmos.

_____
AADI: Menakluk Kosmos pun dah lebih 10 tahun kan?

Throwback Thursday: 30th-Factor


Album ke-10 Iron Maiden The X-Factor menyambut ulang tahun yang ke-30 hari ini. Sudahpun dirapukan dalam entri ulang tahunnya ke-26 empat tahun lepas. Entri dan gambar kali inipun aku kitar semula daripada entri tersebut.

Versi kaset dibeli pada 27/08/1998.
"cerita nostalgia di sebalik album ni... kaset album ni aku beli somewhere in sept-nov 1998 kat sunshine square, penang. aku beli time cuti semester, semua housemate rmh sewa blk kmpg tggl aku je sorg2 kt rmh... lyn lagu2 dlm album ni time kesunyian smbl menghabiskan masa cuti semester dgn bermain game carmageddon, tomb raider ii dan half-life... keje part-time plak belah malam"

- Entri 2009.

Thank you Blaze.

Lagu-lagu dalam album ini sememangnya menggamet memori-memori yang tertulis pada perenggan di atas tadi, haih~ c'est la vie!

Dalam media sosial dan website Blaze Bayley pun sudah mula mempromosikan tour ulang tahun ke-30, katanya akan memainkan lagu penuh daripada album ini. T-shirt rasmi tour pun nampak menarik, mungkin akan cuba mendapatkannya kalau ada bajet.

Akan cuba cover lagu Man On The Edge bersama MUP, kali ini bikin jadi oh!~

_____
AADI: Up the Blaze! \m/

MUP Comeback?


Sabtu (27/09/2025) - Sessi jamming "comeback" di REG Studio sebagai entiti MUP setelah sekian lama dorman. Tiada latihan, hanya harapkan muscle memory untuk memainkan lagu-lagu playsafe yang biasa dimainkan suatu ketika dahulu. Sebenarnya matlamat sekunder adalah untuk memandu uji amp, gitar dan pedal. Juga disertai oleh Asri Cop Kids sebagai bassist jemputan.

Kali ini aku berpeluang menggunakan amp Marshall *JCM800 + 1960AHW REG Studio yang baru diperolehi tahun lepas. Bukan selalu dapat main amp harga 5-digit (rujukan harga - head, kabinet). Atas sebab itu, akses untuk menggunakan amp ini ketika jamming hanya diterhadkan kepada rakan-rakan gitaris terdekat sahaja.

Mulanya ingin membawa Iron Cross, tetapi memilih Swede kerana gilirannya untuk dipandu uji semasa jamming setelah hampir tiga tahun dalam axology. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan dengan kombo PAF Pro/Super 3.

Aku juga ada membawa amp head BanTamP XL Zombie II untuk dipandu uji dengan beberapa kabinet 4x12" yang ada di REG Studio. Di rumah aku hanya pernah menggunakannya bersama-sama kabinet 1x10" Vox V110NT. Di REG Studio aku sempat mencubanya dengan kabinet Randall RG412.

JCM800 REG Studio ini adalah model 2203 Reissue, memiliki effects loop di belakang. Untuk setup aku, pedal MS-70CDR digunakan di sini untuk efek-efek chorus, delay, reverb dan solo boost.

Dua pedal overdrive/distortion yang terpilih dalam entri lepas (GT-OD dan Dark Matter) sebagai front-end booster (max VOLUME, min GAIN). JCM800 ini hanya ada satu channel sahaja dan amat cemerlang untuk bunyi overdriven. Kalau nak clean, kena pandai bermain gain dan tombol volume pada gitar.

Secara tunggal seadanya, bunyi amp ini hanyalah se-rock 'n roll ala AC/DC. Tapi jika ditambah overdrive, ketika inilah karekter lagenda JCM800 itu diperolehi. Bunyi NWOBHM dan early thrash metal memang senang-senang dapat.

Setting yang aku guna - PRESENCE-0, BASS-8, MIDDLE-8, TREBLE-0, MASTER-2, PRE-AMP-5. Tube amp 100 Watts memang agak overkill untuk setup studio jamming, pada VOLUME suku pun sudah kira cukup bingit jika berdiri betul-betul di hadapan amp. Antara sebab kedua-dua tombol PRESENCE dan TREBLE tadi pada nilai minimum.

Azrol pun sempat mencuba Zombie II aku dengan kabinet Laney LX412A. Tapi pendapat aku, kabinet Randall tadi lagi padat bunyinya. Untuk sessi jamming pula Azrol menggunakan amp Ceriatone Overtone Special FM 50. Katanya dia suka bunyi ala Plexi amp ini yang cut-thru.

Post-mortem

  1. Hagstrom Ultra Swede - Kedudukan suis toggle di belakang bridge yang agak janggal untuk aku yang sudah biasa dengan suis di bahagian atas pikap neck standard Les Paul. Saiznya yang lebih kecil berbanding Les Paul juga sedikit sebanyak mengganggu keergonomikan perut aku yang boroi. Respon pikap PAF Pro/Super 3 tetap mantap.
  2. MXR M193 GT-OD - Tetap ganas memacu amp-amp tiub berbanding overdrive lain dalam axology aku.
  3. TC Electronic Dark Matter - Sebagai booster, bunyinya agak kelam sedikit (darker), sesuai untuk boosting amp jenis bingit. Jika di-gain stack-kan dengan overdrive lain, contohnya GT-OD di atas, ia boleh menghasilkan distorsi yang ampuh sesuai untuk clean amp.
  4. Marshall JCM800 2203 Reissue - Amp lagenda antara lagenda, kena ada ilmu kalau nak guna amp ini. Tapi kalau diberi pilihan aku lebih suka menggunakan amp Orange Rockerverb 100 MkIII kerana ada dua channel, built-in reverb dan gain yang tinggi tanpa perlu booster/overdrive.
  5. Joyo BanTamP XL Zombie II - Dengan kabinet 4x12" barulah keganasan amp ini terserlah. Cukup padat (tight) walaupun pada suku GAIN - sesuailah dengan hype-nya sebagai klon amp Mesa/Boogie Dual Rectifier. Mungkin akan menggunakan amp ini untuk sessi jamming akan datang jika tidak mendapat akses kepada amp JCM800 atau Rockerverb REG Studio.
  6. Ingin praktis cover lagu-lagu Wings era Orang Asing untuk sessi akan datang.

_____
AADI: *Kalau aku ada dana begini, aku akan pilih model JVM410H yang lebih moden.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (22) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (169) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (168) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (4) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (15) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (348) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (43) blades (5) blaze bayley (32) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (77) botb (21) bourns (5) boxing (56) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (68) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (46) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (34) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (291) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (45) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (19) family (86) fear factory (3) fender (21) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (51) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (56) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (9) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (33) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (54) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (177) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (305) j5 (15) jackson (78) jamming (164) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (6) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (38) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (114) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (310) konsert (113) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (15) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (21) martial arts (23) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (470) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (110) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (170) music bliss (33) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (15) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (262) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) panik (5) pantai (9) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (81) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (372) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (68) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (103) pickups (226) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (24) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (38) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (31) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (61) shopee (51) sibu (11) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (18) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (191) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (106) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (24) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (46) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (18) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (66) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (4) ultra swede (9) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (35) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (491) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (131) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger