Showing posts with label arch enemy. Show all posts
Showing posts with label arch enemy. Show all posts

Penzalim Berpercikan Darah


Hampir-hampir terpancing gitar Dean Tyrant X Splatter Michael Amott Signature ini ketika jualan akhir tahun 2025 Guitarlicious yang berdiskaun 25%. Tapi terlepas peluang itu dan kemudian ia sold-out pula.

Selepas membuat kajian pasaran, terjumpa seunit (terakhir?) di Mahogany Music Petaling Jaya. Berbekalkan dana-dana hasil pelepasan dua gitar beberapa minggu lepas, ia terus dipesan dengan sedikit diskaun berbanding harga runcit. Mengambil masa lima hari untuk sampai ke Bintulu menggunakan GDEx dengan kos yang amat ekonomi.

Ini merupakan Dean siri X murahan buatan China (bolt-on) bukanlah siri standard Korea (set-neck) mahupun premium USA. Sama seperti Mustaine's VMNTx (ex-Abominations) yang pernah dimiliki 16 tahun lepas. Bernombor siri Y24090087 yang aku interpret sebagai keluaran ke-87 bulan September 2024.


Aku bukanlah peminat *Arch Enemy mahupun Michael Amott, tapi gitar ini menepati tiga faktor yang aku inginkan:

  1. V-shaped - teringin memiliki semula gitar ekstrim berbentuk V ringkas dengan fixed bridge. Pernah menyasarkan Epiphone Flying V 70s tapi sampai sudah tak ada stok.
  2. Mojo/stage presence - selain V-shaped, penampilan "berpercikan darah"nya juga pasti akan melirikkan mata. Ia bukanlah airbrush tapi hanyalah grafik yang dicetak pada badan gitar.
  3. Ekonomi - tidak risau untuk dijadikan gitar pentas dan belasahan berbanding gitar premium yang ada dalam axology.
  4. (Honourable mention) Bankruptcy - sebelum Dean betul-betul "bankrap", ada jugalah sebiji Dean dalam axology.

Spesifikasi lain boleh rujuk website Dean Guitars, yang pasti ia berskala 24.75" beradius 12" dan 22-fret sahaja, kalau sudah biasa pegang neck Les Paul memang tak kekok. Beratnya pun hanya sekitar 3.3 kg sahaja dan amat stabil bila digalas dengan strap, tiada head-dive.

Prestasi pikap DMT Design ini pastinya sama seperti yang ada pada VMNTx. Ada masa lapang memang akan diganti terus dengan set pikap aftermarket yang ada dalam simpanan, calon-calonnya; Alumitone/Deathbucker, PAF Pro/Super 3, H1N/ALX atau Thrash Factor.

Beberapa "kecacatan" yang aku perasan:

  1. Neck pocket tidak perfect fit, ada celah yang boleh muat dua keping kertas A4 pada bahagian bass-E.
  2. Setup yang agak teruk, intonation out, action tinggi, jarak pikap pun terlampau dekat dengan tali.
  3. Kaviti isi perut tidak bercat konduktif dan wayar-wayar di dalamnya tidak kemas.
  4. Tali asal (D'Addario) plain string sudah berkarat. Mahogany tak bagi set tali baharu.
  5. Dalam spesifikasi rasmi ia berkonfigurasi switch/volume/tone, tapi unit ini berkonfigurasi switch/volume/volume.
  6. Output jack pada bahagian dalaman lower-wing, agak janggal kalau main duduk kepit di paha.

Perkara (2) hingga (5) tidak menjadi masalah kerana jika ingin diperbaiki aku boleh buat sendiri.

Gitar putih keempat dalam axology semasa selepas Shiro, Tofu dan Iron Cross. Axology aku kembali menjadi sembilan (10 jika akustik anak dara aku dikira sekali). Tak perlu nickname, sudah ada nama TYRANT yang sinonim dengan fizikalnya.

Malangnya, ia tidak muat dalam gigbag Gator G-PG-335V Pro-Go (King V muat, Explorer pun muat), sama ada disebabkan ekor lebih panjang berbanding Flying V biasa ataupun headstock bercabang ikonik Dean tu. Maka bermulalah operasi mencari gigbag yang sesuai...

_____
AADI: *Harap tiada yang tanya aku tiga tajuk lagu Arch Enemy.

Guitar Talk: Zoom G1M Michael Amott Signature Edition Pedal (Part 2)


Antara "buah tangan" dari CK Music selain Hartke 10TP8 driver (speaker). Zoom G1M Michael Amott signature pedal ni diperoleh dengan harga "sedikit diskaun" berbanding harga online kat website CK Music.

Credits to Mr. Ici sebab bagi diskaun untuk G1M ni dan Hartke 10TP8 walaupun aku tak mintak diskaun, maybe diorang tak sangka customer datang jauh-jauh dari Bintulu semata-mata nak melawat CK Music hehehe...

Kotak yang agak hype.

Isi kandungan pakej:

  • Zoom G1M pedal
  • User manuals (in six languages)
  • Patches list
  • Simplicity card (simplified manual)
  • Greeting card from the artist
  • Michael Amott poster
  • Michael Amott sticker
  • Michael Amott pick
  • CK Music warranty card (one year warranty)
AC adapter not included (sold separately), but since I already have Zoom AD0006E adapter, it's not big deal. Nak guna bateri pun boleh 4xAA tapi ikut pengalaman guna Zoom B1X, bateri AA biasa (non-alkaline) hanya boleh bertahan dalam beberapa jam sahaja.

Cara penggunaannya memang sama dengan Zoom G1X yang pernah aku beli dulu (dah letgo). Tapi tak seperti G1 yang lain, patches dalam G1M ni diolah/digubah sendiri (as mentioned in Zoom website) oleh Michael Amott mengikut citarasa beliau bersesuaian dengan muzik Arch Enemy, Carnage dan Carcass. Dan tak hairanlah hampir 80% patches dalam pedal ni adalah sound untuk muzik Metal, with variety of heavy distortions.

Btw, kenapa aku beli G1M ni? Kan aku dah ada Behemoth? Senang cerita, aku malas nak bawak multi-effects pedal besar waktu pi jamming, kalau terpaksa bawak pun atleast ada backup pedal (in-case main dua gitar macam sessi yang lepas). Dan disebabkan aku selalu main Metal, jadi patches dalam pedal ni memang sesuai (kes malas nak edit patch), dan dengan harga yang lebih kurang sama, ia lebih berbaloi dari aku beli distortions pedal sahaja. Imej kat kanan link dari website rasmi Arch Enemy.

Setakat ni, aku dah test pedal ni dengan Abominations directly to Sony MDR-XD100 headphone... Hmmm, not bad at all. Nanti nak tunggu sessi jamming yang seterusnya baru dapat dengar kualiti bunyinya kat amp besar.

[Edited 28/7/2010 @ 1.00 am: Aku bukanlah peminat Michael Amott, Arch Enemy, Carnage mahupun Carcass, but this pedal was suitable for my playing style and best effects pedal within the price range of RM240-250]

_____
Ada apa: Tyrant!

Guitar Talk: Zoom G1M Michael Amott Signature Edition Pedal


Zoom G1M, Michael Amott signature edition guitar pedal. Berbeza dengan model asalnya iaitu G1 (model baru G1N dan G1U), patches dalam G1M ni sememangnya dikhaskan untuk muzik Metal. Lebih-lebih lagi setting yang diolah oleh Michael Amott sendiri (as mentioned in Zoom website), berdasarkan muzik Arch Enemy (dan Carcass).

Sebelum ni aku pernah memiliki G1X (dah letgo), tapi patches dalam G1/G1X adalah versatile dan cover semua genre muzik dari Jazz, Country hinggalah ke Metal. Tapi setelah mendengar beberapa patches G1M ni, pastinya (yang selalu main Metal) akan tersengih macam kerang busuk... Patches list (PDF format).

Imej link dari website Zoom Japan.

Terdapat jugak artist signature G1 yang lain, iaitu G1J (John 5) dan G1K (Kiko Loureiro), tapi memandangkan latar belakang Amott yang agak "keras" jadi pedal G1M ni amat sesuai untuk penggemar multi effects Metal yang malas (nak edit patch) dan kurang dari segi bajet.

_____
Ada apa: Sebenarnya aku bukanlah peminat Michael Amott, Arch Enemy mahupun Carcass.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger