_____
AADI: Cerita lama, filler entry...
The Blog Of Ijau (ver 3.0) - kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
![]() |
| Sekadar gambar hiasan. |
![]() |
| Desa Fajar yang KLMJ (sumber imej). |
![]() |
| Bentuk Mockingbird (bentuk kegemaran Jairo). |
![]() |
| Tranquillity... |
Perlukah ada azam tahun baru?
Bagi aku ia perlu, tapi tak pula sampai tahap mandatori. Dengan adanya azam, kita dapat mengetahui dan membezakan antara sasaran utama (dalam kehidupan, pekerjaan, dll) dan sasaran sampingan, serta dapat merancang bagaimana cara dan kaedah yang sesuai untuk mencapai sasaran tersebut.

Bunga api ambang tahun baru di sepanjang Batang Oya.
Jadi, apakah azam anda untuk tahun 2012 ni? Yang pastinya, aku berazam ingin meningkatkan kualiti dan bukannya menambahkan kuantiti, whatever that means...
Selamat tahun baru 2012!
_____
Ada apa: Nak kena pikir pasal SKT dan KPI lepas ni.
Batang Oya (Sungai Oya), merupakan nadi penggerak kehidupan masyarakat di sekitar Dalat dan Oya (serta kawasan-kawasan berhampiran) dari segi pengangkutan air dan mata pencarian rezeki.
Sekali-sekala menjalani kehidupan sebagai orang sungai (river people, bukan swamp people macam si Korawk, hehehe) ni best juga, itulah antara hikmah bertemu jodoh dengan orang Melanau ;)

Bersama-sama Mrs. Ijau (with mom and sis-in-laws) menaiki
*salui menyusuri Batang Oya menghala ke hilir...

Dan mendekati sebuah vessel (bot?) yang agak unik... What kinda vessel is this?

Ruangan "cockpit" vessel tersebut.
Ia sebenarnya merupakan sebuah kedai runcit terapung yang dipanggil "badung" (badong?) oleh orang-orang tempatan di sini.

Barang-barang yang dijual sama saja seperti kedai-kedai runcit kampung yang biasa, kebanyakkannya makanan, minuman, ubat-ubatan dan keperluan harian lain. Walaupun harganya sedikit mahal, lebih kurang macam harga di Kedai Mesra Petronas, 7-Eleven atau kedai-kedai 24-jam yang lain.

Walaupun dah berkali-kali aku tengok badung ni berulang-alik menyusuri Batang Oya setiap kali aku balik ke kampung Mrs. Ijau, tapi baru pertama kali ni aku menaiki dan merasai pengalaman membeli di kedai runcit terapung ni semata-mata nak beli tepung sagu (linut) untuk juadah makan malam nanti...
*Salui = perahu kecil berenjin 9-15 kuasa kuda.
_____
Ada apa: Teringat pula filem Waterworld...
Jumaat 4/6/2010 - Pagi ni nak pi Sibu bersama-sama famili *ehem-ehem* aku, nak menghantar mak dan adiknya pi stesen bas Sibu, diorang nak pi Sri Aman (ada kenduri kawin saudara). Tapi bukan lalu jalan darat naik Imago aku sebaliknya melalui jalan air menaiki skaout.
Ntah aku pun tak pasti ejaan/sebutan yang betul sama ada skaout, skaut ataupun skaot... Jadi aku pilih skaout sebab lagi best bunyinya... Skaout? Apa itu skaout? Ada apa dengan skaout?
Dawn at Sungai Oya.
Yamaha 250 HP!
Skaout ni sebenarnya istilah orang-orang tempatan (Melanau Dalat) untuk speedboat berenjin 200-250 HP. At top speed, this boat can cruise up to 70+ km/j (laju tu beb!). Dengan tambang RM20 seorang, perjalanan dari Dalat ke Sibu akan mengambil masa dalam dua jam.
The Dalat speedboat service is easily the most interesting way to reach the Melanau Heartland from Sibu. After about an hour on the wide and stately Batang Igan, the speedboat slows its engines and cruises through the narrow, tree-lined Sungai Kut (Kut Canal), stopping at picturesque water villages along the waybefore emerging into the Sungai Oya (Oya River) at Dalat.
Passengers are seated in two rows facing one another, so it’s almost impossible not to make new friends along the way. From Dalat, the first speedboat leaves for Sibu at 6.30 am and the last at 12.30 pm.
- Artikel dari web The Melanau Township of Dalat.
Aku tak banyak snap gambar dari dalam skaout ni sebab over-crowded (dalam 20+ orang per trip), aku rasa ada baiknya korang baca entri blog ni kalau nak tau pengalaman menaiki skaout ni (in a vice-versa trip) jimat masa aku nak menaip blog, hehehe...
Inilah skaout :)
Imej link dari blog redgoldarawana.
It's a new experience for me, sebenarnya naik skaout ni memang best dan enjoy (kalau tak over-crowded) lagi best dari naik bas. Tapi jangan nak jadi hero duduk kat atas (ruangan kargo) atau kat belakang dekat enjin. Bukan apa, kedua-dua tempat tu tadak tempat berteduh, jadi terpaksa berpanas selama dua jam perjalanan, pastinya kena sun-burn.
Jadi, pada sapa-sapa merancang nak datang Dalat, korang boleh pilih sama ada lalu jalan darat atau jalan air menaiki skaout dari Sibu.
_____
Ada apa: Kalaulah enjin skaout 250 HP tu letak kat salui... Salui? Apa itu salui? Ada apa dengan salui? But that was another story...
[Part 3 - Backdated to 3/6/2010]
Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).
Beberapa minit perjalanan dari simpang Mukah/Balingian tadi menghala ke Bandar Mukah, kita akan jumpa Kingwood Resort di sebelah kanan jalan, resort away from it all, kalau tak silap dalam pamphlet tulis 12 km dari Bandar Mukah. Nanti waktu balik aku nak cuba singgah ronda-ronda kat resort ni...
Kingwood Resort.
Jambatan Mukah.
Dengan melalui jambatan Mukah yang agak cantik ni (merentasi Sungai Mukah), memang dah dekat dengan Bandar Mukah. Kitorang singgah sekejap (sebenarnya lama dekat sejam lebih) makan-makan, ronda-ronda cari ATM dan singgah kat pasar kering/basah Mukah cari barang makanan untuk dibawa balik ke Dalat nanti. Papan tanda "Selamat Datang" ditaja oleh RHB Bank.
Sorilah, tak banyak gambar aku snap kat Bandar Mukah ni. Tengoklah esok-esok kalau ada masa aku ronda-ronda lagi area bandar. Jalan kat Bandar Mukah ni tadaklah susah sangat, aku yang kali pertama melaluinya pun tak sesat, terasa macam lalu kat jalan Bandar Limbang yang jalan-jalannya straight to the point.
Pemandangan Taman Tebingan Sungai Mukah.
Setelah "membuang masa" sejam lebih kat Bandar Mukah, kitorang teruskan perjalanan ke Dalat kalau tak silap dalam 35 km dari Bandar Mukah. Sepanjang perjalanan dari Mukah ke Dalat, jalannya memang bagus bolehlah memecut 100+ km/j tapi aku drive santai 80-90 km/j sahaja ala-ala Tour de Brunei.
Kampung Tanam (latar belakang Sungai Oya).
Dalam sejam kemudian (disebabkan tersalah simpang pi Oya), time check 2.50 petang akhirnya sampai tempat yang dituju, iaitu Kampung Tanam (sebelum pekan Dalat). Rumah *ehem-ehem* aku nun di seberang sungai, jadi terpaksalah park Imago aku kat sebelah sini. Menyeberang sungai dengan salui (motorbot 10-15 HP).
Dari odometer Imago aku, jarak yang aku lalui dari Bintulu lebih kurang 270+ km, yup lebih kurang separuh daripada jarak perjalanan Tour de Brunei. Tapi sekurang-kurangnya kalau memandu ada "co-pilot" ni taklah terasa bosan kan? Cuma tak dapat nak pasang lagu Metal kuat-kuat, hehehe...
_____
Ada apa: Kalaulah dapat drive 4WD...
Seperti yang telah dirancang beberapa bulan lepas. Pagi ni seawal 6.00 pagi aku akan memulakan perjalanan dari Bintulu menuju ke Mukah dan seterusnya ke Dalat bersempena cuti Gawai Dayak. Kali ni bukan sorang, tapi ditemani oleh *ehem-ehem* (hence the entry title The Doubleness Of Moderate Distance Driver).
Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).
Aku tak pernah memandu menghala ke selatan Bintulu ke arah Sibu (waktu perasmian JKM Sibu hari tu pun naik kereta Jabatan) berbanding ke arah utara (Miri, Brunei, Limbang seterusnya balik Sabah), jadi kali ni merupakan pengalaman pertama aku.
Kalau ikutkan jarak, Bintulu-Mukah lebih kurang jarak Bintulu-Sibu dalam 250km+ (sila rujuk peta). Kebiasaan dari Bintulu ke Sibu akan mengambil masa dalam tiga jam, tapi dari apa yang aku dengar, Bintulu ke Mukah mungkin mengambil masa sehingga lima jam disebabkan jalan yang kurang baik dan ini bergantung kepada kenderaan jenis apa yang dipandu, jangan bandingkan pacuan empat roda dengan kereta kompak, lebih-lebih lagi Imago aku.
Minggu lepas aku dah servis rutin Imago aku kat Perodua Service. Semalam pulak dah periksa tekanan tayar, radiator coolant, wiper reservoir dan benda-benda yang biasa aku periksa seperti waktu aku nak Tour de Brunei.
Dan tak lupa bekalan makanan, minuman dan beberapa CD Metal... Tapi kali ni aku terpaksa pilih band/artis/album yang sesuai, sebab *ehem-ehem* aku tak boleh dengar lagu yang terlampau heavy, sakit kepala katanya... Wings, Search, Lefthanded, Nightwish, Sick Puppies, rasanya oke kot?
Apa tujuan aku pi Mukah dan Dalat ni? Aku rasa korang boleh agak :)
To be continued...
_____
Ada apa: Aku pernah tengok ramai yang lekat sticker "we hate Selangau-Mukah road!" kat kereta...
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-