Showing posts with label gartb20. Show all posts
Showing posts with label gartb20. Show all posts

Metuk Ulau Project Live In Kemunting


Sambungan entri "teaser" semalam... Entri penuh majlis perkahwinan Nasuki Malim mungkin akan dibuat oleh Adi Herman, Barangkali Marus ataupun blog rasmi Bintulu Buskers.

Pada mulanya aku mencadangkan supaya Metuk Ulau Project dan Bintulu Buskers berkolaborasi untuk sebuah persembahan ala S&M. Tapi disebabkan masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, geng-geng Bintulu Buskers tidak dapat hadir, hanya saudara Muslim sahaja yang sempat hadir membawa beberapa peralatan perkusi seperti bongo, conga, djembe, tamborin dan chimes.


Untuk sessi kali ni Bob Kandar menggunakan drumset digital kepunyaan Rashid Malim (aku lupa jenama apa), Azrol dengan X-11nya, Adi pula menggunakan bass baru *ehem*, Korawk tidak membawa sebarang peralatan muzik (baru balik honeymoon kot?) tapi menggunakan gitar GAX30 kepunyaan Adi.

Foto ehsan tablet Bob Kandar.
Aku pula menggunakan Mirage disebabkan singlecoil yang ada amat sesuai untuk bunyi-bunyian akustik. Kesemua gitar dan drumset digital disambung terus kepada PA system, hanya bass sahaja yang menggunakan amp Orange (my ex-CR50BXT).

Seperti yang aku nyatakan dalam entri lepas, dah agak lama MUP tak main dengan line-up penuh sebegini, kali terakhir kalau tak silap ketika Oktoberfest 2012. Dan tema persembahan kali ni ialah rockers reunion parody, santai dan akustika.


Korawk bersungguh-sungguh menyanyikan lagu kegemarannya Warriors Ride On The Chariots dengan penampilan khas Rashid Malim (on drums). Mungkinkah disebabkan kehadiran isteri membuatkan Korawk lebih bersemangat?

Highlight persembahan pada malam itu ialah lagu cover Iron Maiden kegemaran MUP - The Trooper dan Wasted Years yang dimainkan dalam versi akustik, dengan kata lain kurang atau tiada sebarang distorsi digunakan (kecuali ketika solo) diiringi pukulan conga saudara Muslim.

Tangan tu...
Tak cukup bermain muzik, disambung pula dengans sessi karaoke (Korawke?). Korawk juga ada berkaraoke bersama isteri, tapi atas dasar "mutual respect" aku tidak menyiarkan gambar tersebut dalam AADI (kecuali jika mendapat kebenaran daripada Korawk).


Semasa sessi karaoke juga, kelihatan kelibat beberapa orang bermain peralatan perkusi Bintulu Busker untuk mengiringi lagu karaoke yang sedang berkumandang.

Aksi bass tapping solo (miming) Bob Kandar.

MUP Buskers, parody Bintulu Buskers, hahaha... Agaknya nanti waktu Rashid kahwin mungkin lagi gempak kot? Nampaknya lepas ni kena banyak berlatih lagu-lagu yang agak "wedding friendly" terutamanya lagu-lagu rock 80an dan 90an (aku teringin nak main lagu-lagu Spring dan Slam).

Juga teracun untuk memiliki alatan muzik perkusi kecil-kecilan seperti bongo dan tamborin.

Photo credits to Rizal Gamer Sayur.

_____
Ada apa: Video? Ada, tapi pada kamera Rashid...

Metuk Ulau Project Akustika?


[Teaser] Persembahan "agak akustik" Metuk Ulau Project malam tadi sempena majlis perkahwinan ahli perkusi Bintulu Buskers, saudara Nasuki Malim (aka Uchu).

Foto ehsan tablet Bob Kandar.
Korawk (baju merah GB:13) nampak berseri-seri selepas bergelar seorang lelaki versi 2.0 (suami orang).

Agak lama dah tak main dengan full line-up MUP sebegini semenjak Oktoberfest tahun lepas. Bak kata Adi Herman, setting kali ni nampak seperti konsert Nirvana MTV Unplugged In New York.

_____
Ada apa: The Trooper versi akustik?

Let-Go: Silverado


Bass aku Silverado (Ibanez GARTB20) di"let-go" juga akhirnya setelah berada dalam axology aku hampir sembilan bulan. Dibeli oleh seorang rakan seMUUV, sama kes seperti bass aku sebelum ini Clover yang juga masih berada dalam lingkungan empayar MUUV. Sekurang-kurangnya ia masih/bakal berjasa dalam kancah muzik bawah-tanah Bintulu.


Pada mereka yang dah mengikuti AADI sejak 2009, entri "let-go" barangan muzik sebegini bukanlah fenomena yang baru. Antara barangan muzik lain yang aku dah "let-go" tapi tak sempat buat entri - Stagg UPC-424, Zoom G2Nu, Vox StompLab IG, Behringer Xenyx 502, Roland Micro-Cube dan Coolcat Chorus CC-1.

An "empty slot" is now available, yeah!~

_____
Ada apa: Keluar kem Ibanez?

MUP/LPG Jam Session #1


Sabtu (23/3/2012) - Sessi jamming pertama persiapan untuk Love & Peace Gig yang kucar-kacir pada mulanya disebabkan jadual harian ahli-ahli Metuk Ulau Project yang tak menentu. Tapi pada saat-saat akhir ia menjadi juga, seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan.

Ini saja gambar yang sempat diambil.
Untuk sessi kali ni kami agak fokus untuk mencuba cover lagu Run To The Hills (tribute untuk Clive Burr), memang lagu ni agak "tinggi" dan cukup mencabar bagi aku (dan Korawk) untuk "menarik" vokalnya.

Sessi yang akan datang mungkin kami akan memilih REG Studio untuk membiasakan diri dengan kelengkapan yang bakal digunakan untuk gig tersebut, terutamanya amp Marshall AVT100.

_____
Ada apa: Selling them whiskey and taking their gold...

Metuk Ulau Project At Bintulu Music Fest 2013?


Metuk Ulau Project (MUP) secara rasminya dah masuk dalam senarai kugiran yang bakal beraksi untuk Bintulu Music Fest 2013 bulan Mac nanti. Bila tengok senarai nama-nama besar kugiran lain (yang dah ada EP dan singles) rasa seganlah pula sebab MUP hanyalah "just another cover band".

Disebabkan berkomitmen dengan kugiran utamanya Tresno yang juga akan beraksi pada hari tersebut (dan bakal sibuk sebagai penganjur), Adi Herman tidak menyertai persembahan MUP untuk kali ni, maka tugas bassist akan digalas oleh rockers serba boleh Korawk.


Video pendek dari Facebook Metuk Ulau Underground Voices (oleh Nasuki Malim), sessi latihan Merdeka Raya bulan September lepas.

Masa dan peluang untuk berlatih agak terhad, lebih-lebih lagi disebabkan Korawk yang tinggal nun jauh di Pandan (area swamp people). Jadi kami mengambil keputusan untuk "play safe" dengan memainkan lagu-lagu cover yang biasa dimainkan ketika jamming, supaya tak perlu banyak sessi latihan.

_____
Ada apa; Yup, just another cover band...

Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri JKM Bintulu


Ahad (16/9/2012) - Seperti yang diceritakan dalam blog Meletop Koktel Adi Herman, majlis ramah tamah aidilfitri JKM Bintulu yang pada mulanya dijadualkan akan dihadiri oleh menteri MOSTI sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu, tapi akhirnya hanya dihadiri oleh Ketua Pengarah Kimia (KP).


Seperti biasa, majlis-majlis sebegini diadakan di foyer/garasi jabatan (aka dewan serbaguna) dan dihadiri oleh kakitangan jabatan bersama keluarga. Majlis bermula seawal 9.00 pagi, tapi aku (bersama Mrs. dan Lil'Ijau) lambat datang hampir setengah jam kemudian.


Nasuki Malim, Naz Korawk dan Adi Herman - Geng Metuk Ulau Projekt (MUP) yang menjadi tetamu khas pada hari itu. Yang pakai cap dan baju uniform biru tu ayah Azrol, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan jabatan.


Seperti yang dirancangkan, MUP membuat persembahan pada hari itu. Lagu-lagu merdeka-raya yang dimainkan ialah Sepasang Kurung Ungu Biru, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Dendang Perantau dan Warisan. Untuk menghayati mood raya, terpaksalah berpakaian ala raya.


Nasuki Malim menjadi vokalis jemputan untuk lagu Dendang Perantau yang agak low bagi vokal aku yang agak tenor. Azrol dan Adi "trading-solo" untuk beberapa lagu. Agak best juga bila ada unsur-unsur keyboard/synthesis dalam persembahan, lepas ni boleh main genre gothic atau symphonic.


Goldie menjadi pilihanku untuk persembahan kali ni disebabkan "mojo" yang ada padanya. Untuk rekod, ini merupakan persembahan awam MUP yang kedua selepas Opening Season Gig bulan Februari lepas.


Tukang pukul MUP, Bob Kandar bersama drumset digital Medeli DD506. Pada penghujung persembahan, tugas drummer digantikan oleh Korawk. Disebabkan permainan Korawk yang agak ganas, drumstick yang digunakan telah patah.


Persembahan awam seperti ni boleh dikategorikan sebagai "gig", tapi terus terang aku agak kekok membuat persembahan sambil membaca lirik dan chords (kes tak hafal). Secara tak langsung "eye-contact" dengan penonton berkurangan.


Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya sempat menjalani dua kali sessi latihan dan persiapan yang ala kadar.


Reaksi penonton (kakitangan jabatan) yang agak bersahaja seperti persembahan Hepi;) pada majlis ngiling tikai dan berambeh sebelum ini.


Gambar kenang-kenangan bersama KP selepas memperkenalkan ahli-ahli MUP (dan jabatan/institusi tempat mereka bekerja) kepada beliau. Agak-agak lepas ni boleh dapat peruntukan beli amp Marshall tak? Hahaha...

Selepas majlis selesai, MUP sempat memainkan lagu "melepas geram" sebelum mengemas kelengkapan. Aku rasa lepas ni MUP patut praktis beberapa lagu Melayu yang agak bersesuaian untuk persembahan awam yang "un-metal".

Image credits - Ramdan Adenan (RA) dan Nasuki Malim.

_____
Ada apa: Korawk sempat memerhatikan seorang "gadis misteri".

Sessi Traimming Lagu Merdeka Raya (Part 3)


Entri aku ni masih lagi mengenai sessi traimming (training+jamming) Metuk Ulau Projekt, tapi Adi Herman sudahpun menyiarkan entri pada D-day (hari persembahan) hahaha~


Sabtu (15/9/2012) - Aku yang baru tiba di Bintulu (selepas berkursus di Melaka lima hari) sekitar pukul 7.30 malam, kemudiannya bergegas ke foyer/garasi jabatan sekitar pukul 8.30-9.00 malam untuk menghadiri sessi traimming, soundcheck, menyusun peralatan, dan persiapan terakhir sebelum hari persembahan esok.


Melody makers - Azrol dan Adi sedang mencuba solo-trading untuk lagu Sepasang Kurung Biru. Atas sebab-sebab tugas rasmi, si "seruling anak gembala" Barangkali Marus tidak dapat mengikuti sessi kali ni dan persembahan esok. Jadi sessi kali ni tidaklah semeriah sessi sebelumnya.


Bob Kandar yang datang agak lewat disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang luar biasa gara-gara persiapan warga Bintulu untuk sambutan Hari Merdeka esok.


Untuk sessi ni aku menggunakan Goldie berbanding Mirage seperti sessi lepas atas sebab-sebab sustain DiMarzio. Untuk persembahan esok aku juga akan gunakan Goldie, berdasarkan beberapa pengalaman bermain secara live di depan penonton sebelum ini, gitar Les Paul memang mempunyai "mojo" yang tersendiri...


Korawk si bassist yang sengal (sengal dalam erti kata penat, bukan istilah "sengal" yang satu lagi tu) yang menggunakan Silverado aku disambung terus ke amp Orange CR50BXT tanpa sebarang efek.

Sessi berlarutan hingga jam 2.00 pagi sehingga betul-betul yakin untuk persembahan esok, juga diselangselikan dengan lagu-lagu "menyimpang" untuk melepaskan geram. Terima kasih juga diucapkan kepada Nasuki Malim yang menjadi penyanyi undangan (Dendang Perantau) merangkap jurukamera dan pembancuh air sirap hehehe...

_____
Ada apa: Kena beli DI unit tambahan lepas ni.

Hepi;) Lagi? (Part 2)


Isnin 16/7/2012 - Seperti yang diterangkan dalam entri lepas, Hepi;) dijemput disuruh oleh pihak pengurusan untuk membuat persembahan live band semasa majlis "informal" berambeh bersama Ketua Pengarah (KP).

Persembahan tidak mengikut setlist, kedua-dua lagu D'Lloyd yang pada mulanya dirancang dinyanyikan oleh KP terpaksa dikeluarkan daripada setlist atas sebab-sebab yang akan diterangkan kemudian. Aku malas nak cerita pasal aktiviti lain semasa majlis berambeh ni, tak ada apa yang menarik selain makan-makan dan karaoke.

Bob Kandar dan Azrol merangkap DJ yang bertugas pada malam itu. Ini merupakan kali pertama Bob Kandar menggunakan set PA system baru berjenama Denn setelah mendapat durian runtuh beberapa minggu lepas.

Seperti biasa, gambar-gambar berikut (bertanda ©RA) aku perolehi daripada jurukamera rasmi jabatan.

Oh ya, persembahan Hepi;) diserikan lagi dengan kehadiran bassist (bawah-tanah) tersohor di Bintulu - Adi Herman, kali ni menggunakan Silverado aku. Namun line-up kali ni tak boleh digelar Metuk Ulau Projekt sebab kekurangan seorang ahli iaitu si Korawk. Untuk persembahan kali ni aku menggunakan Mirage, manakala Goldie direhatkan...

Lagu Anak Kampung yang dinyanyikan secara duet oleh dua
orang pengawal keselamatan (yang pakai cap tu ayah Azrol).

Sepanjang persembahan, aku rasa serba tak kena, baik dari segi permainan mahupun bunyi gitar aku yang agak tenggelam (nasib baik vokal tak ada masalah). Mungkin petang tadi tak sempat nak soundcheck betul-betul Mirage dan efek aku sebab kelam kabut baru balik dari Dalat. Ataupun mungkin disebabkan kurang latihan, ataupun mungkin disebabkan ketiadaan mojo Goldie. Apapun sebabnya, ia berpunca daripada aku dan bukannya ahli kumpulan yang lain...

Persembahan live band Hepi;) kali ni sebenarnya adalah idea mantan pengarah pada majlis sebelumnya. Dan daripada info yang agak rasmi, KP memang suka menyanyikan lagu-lagu D'Lloyd terutamanya Cinta Hampa dan Keagungan Tuhan. Tapi ada satu info yang tidak disampaikan pada kami - KP hanya biasa menyanyi secara karaoke dan tak biasa menyanyi dengan iringan live band.

Akhirnya KP menyanyikan lagu-lagu D'Lloyd secara karaoke sahaja. Sebenarnya kami pun berasa agak lega sebab kami kurang yakin (terutamanya aku) untuk memainkan lagu-lagu D'Lloyd yang sememangnya agak asing bagi kami.

Dan seperti majlis sebelumnya, persembahan live band agak kurang mendapat sambutan berbanding karaoke (berebut-rebut orang nak berkaraoke). Sedikit sebanyak mengganggu mood persembahan.

Selepas ni sekiranya Hepi;) dijemput (atau disuruh) membuat persembahan untuk majlis-majlis anjuran jabatan mahupun kelab, berkebarangkalian besar aku akan tolak... Dengan alasan karaoke lebih senang, kurang beban (equipment setup) dan lebih mendapat sambutan.

Sebagai wakil Hepi;) aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adi Herman kerana sudi meluangkan masa datang memeriahkan persembahan Hepi;) yang tak seberapa ni.

_____
Ada apa: Setakat ni, persembahan kami di Telaga Kumang merupakan yang paling happening!

Silverburst, Singlecut, Shortscaled Bass


Oke, masa untuk entri ulasan ringkas pasal bass baru aku iaitu Ibanez GARTB20 MSS (metallic silver sunburst) yang diperolehi dari Dead Eye Guitars (DEG) minggu lepas. Ia merupakan gitar/bass pertama yang dibeli untuk tahun 2012 ni, dan agak menepati SKT 2012 yang aku rancang pada awal tahun;

"3) Gitar - Ntah yang ni tak tau lagi boleh dapat ke atau tak. Tapi kalau dapat mungkin nak tambah sebuah singlecut lagi, Hehehe..."

Sebenarnya ia merupakan pembelian yang ekspress dan agak "terdesak" disebabkan aku perlukan sebuah bass untuk persembahan Hepi;) semasa Majlis Ngiling Tikai dan Penutupan Karnival Sukan 2012. Tapi aku amat respek atas usaha tauke DEG yang dapat menyelesaikan urusan dalam masa tiga hari sahaja, dari proses pemesanan (Bentley's stuff) pada hari Sabtu sehinggalah penghantaran pada hari Isnin.

Mulai 2012, aku akan cuba buat ulasan mengenai gitar/bass yang dibeli seringkas mungkin. Apa-apa info umum seperti spesifikasi bolehlah dirujuk pada website yang berkaitan.

"The GARTB brings classic single-cutaway style into play for a more distinctive look paired along with affordability"

- Hype dari website Ibanez.

Ibanez STD-N4/B4 soapbar pickups,
B10 bridge, volume/volume/tone knobs.

Pada mulanya aku ingin memesan Epiphone Les Paul Special Bass dari tauke DEG, tapi setelah memikirkan beberapa faktor, aku membuat keputusan untuk memilih GARTB20 ni. Antara faktor-faktornya:

  1. Murah, lebih murah berbanding Clover (GSR200EX), sekarang ni tak perlulah bass yang mahal-mahal.
  2. Berskala pendek 30.3" (short-scaled bass), dah lama aku teringin bass berskala pendek.
  3. Kemasan (finish) yang menarik, metallic silver sunburst yang nampak agak premium.
  4. Agak jarang orang guna bass berbentuk singlecut.
  5. Cemburu dengan bass Bro Sub, hahaha~

ART-series standard headstock, with swivelling truss-rod cover.

Kelebihan

  1. Ibanez memang terkenal dengan seni pertukangan (craftsmanship) yang halus walaupun untuk siri murahan Gio, tak kisah sama ada ia buatan Indonesia ataupun China.
  2. Berskala pendek 30.3" agak sesuai pada mereka yang dah biasa main gitar.
  3. Agak ringan, Goldie aku lebih berat berbanding bass ni.
  4. Kemasan silverburst yang memukau.
  5. Swiveling truss-rod cover, kebanyakkan model-model Ibanez terkini memilikinya. Senang untuk melaraskan truss-rod sebab tak perlu membukanya dengan pemutar skru.

Pematerian yang kemas tapi wayar masih berserabut (akan diikat kemudian). Kaviti yang cukup luas sekiranya ingin menambah active preamp untuk bass contohnya AT2 Yustech dan sebiji bateri 9V.

Kelemahan

  1. Agak sukar untuk mencari tali bass berskala pendek. Tali yang biasa terdapat di pasaran tempatan adalah untuk skala panjang 34-35" (sebenarnya ia tidak menjadi masalah sebab boleh order secara online).
  2. Tidak mempunyai built-in preamp seperti bass-bass aku sebelum ni - Black Ice dan Clover mempunyai Phat-II active preamp. Tapi bab frekuensi bunyi bass, jarang sangat kita nak berkira kan?
  3. Strap button berbentuk kon, yang tidak mesra strap mahupun straplock (akan diganti kemudian).

Gold and silver singlecuts.

Oh ya, nickname, disebabkan ia berwarna perak (silver) jadi aku menggelarnya SILVERADO. Mula-mula nak bagi nick SILVIA, tapi agak feminin dan tidak sesuai dengan karekter bass ni. Detuned half-step to Eb/Ab/Db/Gb.

Mungkin ada yang bertanya, agak-agak sampai bila bass ni boleh bertahan sebelum ia dijual semula? Pada pendapat aku, kalau ada orang yang nak beli bass ni dengan harga yang sama atau lebih, apa salahnya kalau aku jual? It's merely a business, hahaha... Kalau tak pun simpan sajalah untuk kegunaan sendiri, manalah tahu suatu hari nanti perlukan bass lagi.

Tapi yang pasti, jangan tanya pasal sound/video demo, aku bukannya pandai sangat main gitar/bass apatah lagi bab rakam-merakam ni. Entri-entri ulasan ni semua temberang belaka...

Seperti biasa, setiap pembelian gitar/bass/amp/efek DEG biasanya akan disertakan dengan "free gift" berupa aksesori gitar kecil-kecilan.

Kali ni aku mendapat majalah rasmi gitar PRS - Signature, dengan *Mark Tremonti sebagai penghias muka hadapan, dan sekotak tali gitar jenama Fender (saiz 9-42).

Penghujung tali gitar Fender ni agak pelik (bullet's end) aku rasa ia kurang sesuai untuk gitar-gitar yang menggunakan TOM bridge + stoptail.

Dalam kotak tali gitar Fender pula mengandungi tiga keping pick Dunlop - cap labah-labah (Hetfield's Black Fang), cap buaya dan cap badak - yang ni bukan "free gift" atau dibeli, tapi ia merupakan "royalty/loyalty bonus" atas sokongan dan usaha menaikkan nama DEG di kalangan rakan-rakan (yelah tu).

Bertambah lagi koleksi tali gitar (stok) dan pick aku...

*Dari dulu lagi aku nak PRS Tremonti, akhirnya "dapat" juga... Walaupun sekadar gambar.

_____
Ada apa: Unofficially, it's my 10th axe bought from DEG.

Prequel: Ngiling Tikai Dan Penutupan Karnival Sukan 2012


Gambar-gambar "lebihan" yang diperolehi daripada juru kamera rasmi jabatan (©RA) yang diambil semasa persiapan majlis Ngiling Tikai dan Penutupan Karnival Sukan 2012, berserta sessi rehearsal persembahan Hepi;) pada sebelah petang Jumaat 29/6/2012.

Entri ulasan pasal GARTB20 ni dah buat, tapi masih dalam bentuk draft.

Eh? Gambar kandid ke bang?

Best juga filem lakonan Akira Fubuki ni kan?

Jangan lupa lirik, sebab lirik dah ada ditampal atas monitor speaker tu.

_____
Ada apa: AADI odometer dah nak mencecah 60k!

Hepi;) @ Ngiling Tikai Dan Penutupan Karnival Sukan 2012


Sambungan dari entri semalam...

Pada mulanya aku ingin membuat persembahan bersama Metuk Ulau Projekt (MUP), tapi disebabkan dua ahli MUP lain (Adi Herman dan Naz Korawk) ada komitmen bersama keluarga, jadi kami membuat persembahan sebagai Hepi;). Dan dengan tambahan Jo sebagai bassist jemputan, kami beraksi sebagai 4-piece band.

Setlist.

My simple gig rig - sekarang dah guna Zoom G2Nu, dah tak guna stompbox Danelectro lagi walaupun Hartke VXL masih kekal digunakan sebagai EQ, pre-amp dan booster yang kemudiannya disambung terus ke PA system.

Seperti yang dijanjikan, aku telah mendapatkan beberapa gambar dari juru kamera rasmi jabatan, bertanda ©RA (Ramdan Adenan).


Last minute soundcheck... Eh? Jersi ungu? Ungu D. Koceng? Itu jersi rasmi kumpulan/rumah sukan aku iaitu Ultra-Violet (hence the purple). Persembahan bermula sekitar 9.10-9.15 malam dengan masa yang diperuntukkan selama 20-25 minit.


Aku lebih selesa menggunakan Goldie berbanding Mirage untuk persembahan live/gig, does it mean I'm a Les Paul kinda guy?


Azrol menggunakan GRX40 yang disambung terus ke VT40+, menggunakan efek dalaman yang diakses menggunakan VFS5. Oh ya, Azrol ni merupakan anak sulong kepada seorang staff jabatan.


Jo, bassist undangan kami menggunakan bass baru aku GARTB20 (belum ada nick) yang disambung terus ke CR50BXT tanpa sebarang efek.

Dengan drumset digital Medeli DD506.
Intro Caught Somewhere In Time, Sejati dan Hati Emas dipersembahkan dengan agak teruk (macam hujan lari) dengan sambutan penonton yang agak "tawar", but the show must go on...

Adakah disebabkan kami dah lama tidak beraksi sebagai Hepi;)? Atau kurang latihan? Atau tiada keserasian "chemistry" dengan bassist jemputan? Atau disebabkan reaksi penonton yang biasa-biasa saja membuatkan morale turun?


Tapi bila kami memainkan lagu Anak Kampung dengan penyanyi jemputan "tuai rumah" Manggai, penonton mula sing-a-long beramai-ramai siap ada yang ber"sumazau". Aku rasa lagu ni agak happening malam tu.

Lagu terakhir ialah Acoustic Song (Bruce Dickinson cover) dimainkan secara "akustik" oleh aku dan Azrol (tanpa bass dan drums), juga mendapat reaksi yang "tawar" di kalangan penonton.

Bergaya dalam gelap.
Atas masalah-masalah teknikal (tali gitar Azrol putus), hanya sebuah lagu sempat dipersembahkan semasa "encore" iaitu Bujang Senang. Lepas ni kena buat post-mortem mengenai persembahan kami yang agak teruk...

_____
Ada apa: Memang berbeza buat persembahan live/gig di hadapan "commoners" berbanding "metalheads"

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger