Showing posts with label bbw2018. Show all posts
Showing posts with label bbw2018. Show all posts

Estranged, Bintulu Bike Week 2018


Sabtu (6/10/2018) - Malam kedua Bintulu Gig Empire bersempena Bintulu Bike Week 2018 diberhentikan untuk memberi laluan persembahan Estrange yang dijadualkan pada pukul 10.00 malam.


Dibawa khas oleh tuan rumah (Naim Paragon) bersempena Jelajah Misi Elektrik Borneo (round 3) mereka. Agak terkejut kerana persembahan Estranged agak awal setengah jam daripada yang dijadualkan, tentatif Bintulu Gig Empire bagitau pukul 10.00 malam, tetapi dalam media sosial Estranged pula pukul 9.00 malam.


Agak sedikit terkesima kerana bunyi FOH persembahan Estrange agak jauh berbeza berbanding ketika MUP dan band-band lain membuat persembahan malam sebelumnya.

Rupa-rupanya Estranged menggunakan khidmat Drum Asia Studio untuk mixing dan FOH. Jadi, tak hairanlah kenapa kualiti bunyi agak berbeza, kuat tetapi tidak bingit, setiap instrument jelas bunyinya walaupun sekecil tamborin dan shaker.


Serius, aku tak follow Estranged, kali terakhir layan muzik dan persembahan mereka ketika rancangan Versus di TV9 beberapa tahun lepas. Hanya dua lagu saja yang aku tau; Itu Kamu dan Hancur Aku.

Agak terkejut juga bila dapat tahu mereka sekarang hanyalah 3-piece band. Dan untuk persembahan live disokong oleh pemuzik tambahan untuk drum, bass, keyboard dan perkusi.


Tapi satu perkara yang aku respek mengenai Estrange ialah kerja amal mereka untuk projek Jelajah Misi Elekrtrik Borneo.

Selain itu, walaupun pernah menjadi Juara Lagu 2007 dan beberapa anugerah besar lain, mereka bertiga (Rich, Hanafi dan Din) begitu humble dan melayan segala karenah peminat semasa dan selepas persembahan.


Dan aku juga berterima kasih kerana booth merchandise Estranged ada menjual t-shirt bersaiz gergasi (XXL tag Gildan). Booth mereka berdepan dengan booth penganjur tempat aku melepak dengan Adi Herman dan Nazre.

Nazre dan Adi, geng berkurapak.
Seperti biasa Adi Herman berniaga barangan distro Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) di booth penganjur. Aku pula tak berniaga aksesori kegitaran seperti sebelum ini sebab kehabisan stok.


Selepas konsert ramailah peminat menyerbu booth ini bukan sebab barangan MUUV, tapi kerana ahli band Estranged ada berlegar-legar di area berdekatan. Dah Estranged depan mata ambillah peluang jadi fanboy sekejap, kah kah kah...


Sempatlah melawak dengan Rich, bagitau yang aku datang dari jauh, dari Membakut semata-mata nak tengok konsert Estranged. Mustahil dia tak tahu di mana Membakut kan? Geng alumni AF4 dia Lotter pun dari Membakut juga.


Merchandise yang dibeli, t-shirt Estranged edisi khas bersempena Bintulu Bike Week 2018 dan CD singles terbaru mereka Milik Ku yang katanya dirilis semasa konsert di Bintulu ini. Tak lengkap kalau tak ada tandatangan ketiga-tiga ahli Estranged kan?


Banyak yang dapat/patut dipelajari daripada konsert Estranged ni, terutamanya pengurusan bunyi-bunyian atas pentas (monitor) dan di hadapan pentas (FOH) oleh penganjur gig tempatan. Walaupun Estranged menggunakan sistem in-ear monitor, tetapi konsep monitor tu masih tidak berubah (merujuk kepada insiden MUP malam sebelumnya).

_____
AADI: Pemangkin untuk menyiapkan lagu kedua MUP.

Wordless Wednesday: Jelajah Misi Elektrik Borneo





_____
AADI: Entri penuh dijadualkan esok.

MUP & Friends - Bintulu Gig Empire, Bintulu Bike Week 2018


Jumaat (5/10/2018) - Malam pertama Bintulu Gig Empire bersempena Bintulu Bike Week 2018. Persembahan MUP dijadualkan slot kedua sekitar 8.25 malam, slot pertama dijadualkan sekitar 8.00 malam, tapi sehingga 8.30 masih masih belum bermula. Walaupun hiatus paternity sudah selesai, tetapi tiket untuk keluar malam agak terhad. Bila-bila masa boleh jadi Cinderella.

Susunan backline pentas yang masih klasik.
Seperti yang dikatakan dalam entri sessi latihan, MUP merekrut dua ahli iaitu Asri Copkids (bass) dan Jawank (gitar), beberapa hari sebelum hari kejadian kerana masalah line-up, terutama untuk menggantikan Azrul yang sedang tour bersama-sama Larrong.


Dan disebabkan masa latihan yang terhad, MUP mengambil keputusan hanya memainkan lagu-lagu cover "playsafe" seperti Kabus, 2 Minutes To Midnight, The Trooper dan Wasted Years. Lagu original MUP Pentagram Di Atas Pusara terpaksa disingkirkan daripada setlist.


Seperti biasa, untuk gig yang tidak banyak memerlukan pertukaran bunyi, rig aku antara yang seringkas mungkin - Neon, wireless Takstar dan MS-50G. Aku tiada gambar-gambar menarik mahupun video, hanya harapkan apa yang dikongsi oleh rakan-rakan dalam grup WhatsApp sahaja untuk dijadikan bahan entri.


Masalah stage monitor sedikit sebanyak membuatkan persembahan menjadi kelam-kabut dan tidak konsisten. Ini kali pertama persembahan pentas MUP terhenti seketika (semasa 2MTM) disebabkan drummer dan bassist ke laut, sesat dalam gabungan (lost in the mix).


Selesai persembahan aku tidak sempat untuk berada lama di area pentas, kerana telah menerima "panggilan pulau" menyuruh balik seawal mungkin untuk menjaga anak. Antara lumrah yang harus diterima dan dilalui.


Post-mortem BGE-BBW2018:
  1. Tiada power outlet/extension disediakan di hadapan pentas (sama seperti BOTB Sebauh), terpaksa tarik dari belakang (area amp). Sedikit-sebanyak menyukarkan spesies frontman yang main instrument seperti aku.
  2. tidak berapa serius menyediakan stage monitor dan lebih mementingkan FOH. Serius, stage monitor adalah medium untuk ahli band berkomunikasi
  3. Tiada sistem ventilasi (kipas siling/lantai) di atas pentas, bahang panas jelas terasa.
  4. Sistem wireless murahan Takstar berkhidmat cemerlang.
  5. Walaupun baru kenal beberapa minggu, tetapi keserasian dan persembahan Jawank memang di luar jangkaan, berkebarangkalian akan menjadi ahli tetap MUP selepas ini.
Kadang-kadang teringin juga untuk lari daripada cliche Iron Maiden cover band...

_____
AADI: Ice cream for me Bintulu...

Sessi Traimming Bintulu Bike Week 2018


Macam dah lama tak buat entri sessi jamming, lebih-lebih lagi sessi jamming di Hepi;) makeshift studio. Sessi ini adalah persediaan untuk persembahan semasa Bintulu Bike Week 2018. Slot MUP dijadualkan malam esok sekitar pukul 8.25.


Berjaya merekrut dua ahli pada saat-saat akhir untuk melengkapkan line-up, akan disertai oleh Bro Asri Cop Kids (bass) dan seorang kenalan Jamtank yang baru bertugas di Bintulu, Bro Jawank (gitar).

Dan disebabkan masa latihan dan jamming (traimming) yang terhad, maka kami hanya akan memainkan lagu-lagu cover "playsafe" pada malam kejadian, manakala lagu sendiri Pentagram Di Atas Pusara terpaksa disingkirkan daripada setlist.

_____
AADI: Risau dengan vokal, baru baik batuk dan sakit kerongkong.

MUP & Friends At Bintulu Bike Week 2018?


Gig pertama MUP selepas aku bercuti paternity, iaitu semasa Bintulu Bike Week 2018, yang dijadualkan hujung minggu ini. MUP dapat slot persembahan pada malam Jumaat 5/10/2018.

Cilok dari grup WhatsApp.
Agak kelam-kabut kerana banyak masalah berkaitan line-up. Pada tarikh tersebut gitaris utama Azrul tidak dapat bersama kerana sedang tour bersama band Larrong di Penang dan KL. Adi Herman pula tarik diri, dan Korawk... Ah, bleach nevermind.


Deja vu seperti semasa Bintulu Bike Week 2013, kerana terpaksa mencari pengganti dalam masa terdekat. Kalau ikutkan hati, nak saja aku batalkan penyertaan, tetapi untuk tidak mematahkan semangat rakan-rakan lain, kita encang sajalah!

_____
AADI: TERjadi Oktober ni...

Wordless Wednesday: Bintulu Gig Empire, Bintulu Bike Week 2018



Cilok dari grup WhatsApp.

_____
AADI: Pun masih salah ejaan.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger