Showing posts with label hotel/resort. Show all posts
Showing posts with label hotel/resort. Show all posts

Sepetang Bersama Bro Jawank


Dihubungi oleh Bro Jawank minggu lepas mengatakan dia akan turun ke Bintulu untuk urusan rasmi, dan dalam kesempatan yang ada ingin menuntut gitar Harley Benton Belaga seperti dalam entri lepas.

Sempatlah meluangkan masa lepak bersama malam Isnin lepas (taklah petang pun, seperti tajuk) sambil bercerita perkembangan terkini dunia perhobian kegitaran dan keluarga masing-masing. Untuk urusan rasmi kali ini pun hanya satu malam di Bintulu, akan balik terus petang esok selepas selesai urusan. *Jadi, tak sempatlah jamming.

Aku rasa ini kali terakhir jamming bersama, April 2019.

Serius, sudah agak lama aku tak jumpa Bro Jawank, kali terakhir mungkin penghujung 2019 ketika dia masih lagi bertugas di Bintulu. Sebelum musim PKP dapat kembali bertugas di KL. Selepas itu kalau ada turun Bintulu, biasanya short notice dan tak sempat jumpa disebabkan kekangan masa.

Bro Jawank siap bawa hardcase Gator untuk gitar tersebut disebabkan gigbag Harley Benton yang dibekalkan memang nipis langsung tiada perlindungan tidak sesuai untuk transportasi. Maka selesailah tugas aku sebagai caretaker/custodian gitar tersebut untuk beberapa minggu.

_____
AADI: *Kalau turun hujung minggu dapatlah dirancang untuk jamming bersama.

Sepetang Di Kampung Budaya Sarawak


Kampung Budaya Sarawak antara tempat yang masuk senarai baldi (bucket list) untuk dilawati sejak 2010-an, cemburu dengan rakan-rakan dari Semenanjung yang melancong ke Kuching pasti akan singgah di sini. Kalau bukan kerana Loudness main malam kedua Rock In The Jungle 2.0, entahlah bila aku berpeluang menjejak kaki di sini.

Datang seawal 2.00 petang untuk secure parking dan ingin meronda KBS kerana pemegang tiket RITJ katanya boleh masuk ke KBS seperti pengunjung biasa. Tapi malangnya tiket online/QR hanya dapat dituntut selepas pukul 3.00 petang.

Waktu lepak depan gate (selepas kelibat Minoru dan rakan-rakan), aku perhatikan ramai juga pelancong dalam dan luar negara yang ingin "walk-in" terpaksa dihalang oleh penganjur kerana selepas pukul 2.00 petang, kemasukan tiket biasa sudah ditutup dek acara RITJ (notis sudah diberi). Ada juga yang nekad sanggup beli tiket *harga RITJ semata-mata nak masuk KBS ketika itu.

Sementara menunggu pukul 3.00 petang, membawa diri ke Pantai Damai Santubong yang tak jauh dari Kampung Budaya (hanya seberang jalan). Pantainya cantik dan bersih, tapi aku tak berminat dengan pemandangan pantai.

Tak ada yang menarik, hanya geng-geng penganjur RITJ berkhemah di kawasan berdekatan pantai. Lari ke Damai Central untuk rehat dan makan ABC di food court yang ada.

Pemandangan belakang Damai Central mengingatkan aku pada game Far Cry, Crysis dan Far Cry 3. Atau pemandangan Isla Sorna dan Isla Nublar.

Selepas dapat tebus gelang tiket QR sekitar pukul 3.00 petang, selepas pemeriksaan keselamatan dan beli t-shir di booth merchandise, inilah pemandangan pertama yang aku nampak...

Kalau nak healing-healing inilah pemandangan yang paling mendamaikan bagi aku - ada air (tasik/sungai) berlatar belakangkan tanah tinggi (bukit/gunung). Rumah tradisional besar tu ialah Rumah Tinggi Melanau. Mrs. Ijau orang Melanau, memang pernahlah aku dengar cerita-cerita orang Melanau dulu buat rumah tinggi-tinggi.

Rumah-rumah tradisional di KBS ini menang dibina seasli dan setua (seasoned) yang mungkin termasuk aksesori, perhiasan, patung dan totem. Kalau bukan sebab ada hiasan moden - bendera Malaysia/Sarawak, lampu jalan dan papan notis - memang terasa seolah-olah kita perantau masa balik ke suatu masa yang berbeza.

Sayangnya atas kekangan masa, kawasan yang luas dan rumah semua tutup, aku tak dapat meronda keseluruhan KBS ini. Ada banyak rumah yang aku tak sempat lawat termasuklah Rumah Tinggi Melanau tadi.

Rumah Bidayuh.
Rumah Panjang Iban.
Rumah Orang Ulu.
Rumah Penan.

Rumah (pondok) Penan ini agak nostalgik bagi aku, teringat memori waktu kecil ketika musim menuai padi, lebih kurang beginilah pondok bendang ketika itu.

Rainforest Music House ini pun dah tutup, aku tak pasti fungsi bangunan ini. Adakah ia mempamerkan alatan muzik tradisional masyarakat Sarawak?

Pentas utama RITJ, ketika ini aku perasan hanya ada 3-4 orang "pengunjung" sahaja yang sudah lepak di sini, termasuklah Kaori yang sudah siap booking tempat depan pagar dengan bendera matahari terbitnya. Tak lama kemudian baru ada sessi souncheck Breath In Ocean dan Fearless. Loudness sudah soundcheck sebelah tengah hari.

Selebihnya sambung entri RITJ dua minggu lepas...

*Rupa-rupanya tiket harian KBS ini pun bukannya murah, RM90 dewasa (RM135 non-Malaysian) dan RM57 kanak-kanak (RM85 non-Malaysian). Kira aku beli tiket early-bird RITJ harga RM169 (normal RM199) berbaloilah per konsert dan masuk KBS.

_____
AADI: Tunggu Rock In The Jungle 3.0, katanya.

Sekitar Rock In The Jungle 2.0


Sabtu (30/08/2025) - Bertolak dari Bandar Baru Samariang sekitar 1.30 petang, memandu dengan pemandangan menarik berlatar belakangkan Gunung Santubong. Tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian. Aku datang awal supaya dapat secure parking dan kononnya ingin meronda Kampung Budaya Sarawak terlebih dahulu.

Kampung Budaya Sarawak ni antara tempat yang masuk dalam senarai baldi (bucket list) aku. Kalau bukan pasal Loudness entah bilalah dapat jejak kaki ke sini. Padahal dalam 20 km saja dari "rumah aku" di Samariang. Entri kali ini biarlah untuk Rock In The Jungle 2.0 sahaja, untuk cerita ronda-ronda Kampung Budaya akan dibuatkan entri berasingan kelak.

Walaupun pemegang tiket RITJ katanya boleh masuk Kampung Budaya seperti pengunjung biasa, tapi kiosk untuk pemegang tiket QR hanya dibuka sekitar 3.30 petang. Ada lagi sejam lebih baru dapat masuk.

Mulanya melepak di depan pintu utama sambil minum Nescafe tin. Tiba-tiba kelibat Minoru Niihara dan rakan-rakan keluar daripada pintu utama lalu depan aku menuju van (Toyota Hiace) untuk kembali ke hotel selepas sessi soundcheck.

Serius, kalau bukan kerana mereka cakap Jepun, memang aku tak perasan pun, sebab nampak macam apek-apek lokal dengan baju t-shirt/singlet. Hanya Akira Takasaki sahaja yang sedikit ranggi dengan kasut birunya. Aku yang kaget hanya sempat berbalas isyarat tangan dengan Akira sampai terlupa nak keluarkan fon. Jadi tak adalah bukti untuk bragging, kecuali kalau korang tanya Akira sendiri.

Old school, Casio Edifice (jam kahwin).

Bila kiosk tiket QR sudah buka, dengan pantas terus tebus gelang tangan untuk masuk Kampung Budaya. Selepas pemeriksaan keselamatan, singgah sekejap di booth merchandise, sempat memancing sehelai t-shirt rasmi Loudness untuk acara RITJ ini (buatan RIB).

Dari jam 4.00 sehingga 6.00 petang aku mengambil peluang untuk meronda Kampung Budaya ini. Tapi semua rumah-rumah tradisional tutup dan tiada lagi apa-apa aktiviti kebudayaan kerana sudah petang. Hanya dapat meronda sebelah luar sahaja. Gambar dan entri berasingan akan menyusul. Tapi memang strategiklah Kampung Budaya ini untuk acara konsert. Tandas bersih, surau pun luas.

Menang betul-betul "...in the jungle".

Kebetulan ada food court tak jauh dari pentas utama, sempatlah memesan mee sapi dan buah-buahan untuk mengalas perut sebelum acara bermula. Tapi faham-faham sajalah harga dalam memang jauh berbeza berbanding harga luar. Juga ada khemah "water station" menjual pelbagai minuman tin dan air botol.

Acara bermula sekitar 7.30 malam dengan dua band aku anggap saja sebagai opening band - Breathe In Ocean (7.30) dan Fearless (8.30). Waktu ini hanya beberapa orang sahaja yang berada di depan barrier. Aku mengambil peluang ini untuk secure tempat betul-betul di depan stage right yang ada dua full stack Marshall pastinya untuk Akira. Band lain hanya guna half stack atau combo.

Dah sampai depan barrier baru teringat aku lupa bawa earplugs, mampuslah esok dapat tinnitus sebab betul-betul mengadap full-range speaker besar depan stage. Nasib baiklah ada earphone Edifier X2 TWS dalam beg satchel aku. Sekurang-kurangnya adalah sedikit perlindungan daripada bunyian bingit.

Breathe In Ocean - band metalcore yang bagus katanya baru setahun ditubuhkan, main pun tight. Tapi rata-rata majoriti penonton adalah gen-X dan warga emas, bukanlah genre dan cita rasa majoriti. Mereka juga ada mainkan lagu cover This Fire Burns (Killswitch Engage) yang lebih dikenali sebagai lagu tema CM Punk. Oklah atleast ada juga lagu yang aku tahu.

Fearless - yang ini pula band gabungan Malaysia-Indonesia, genre agak rock and roll, tapi aku suka bassistnya yang funky, bassline pun gulung-gulung. Hanya selepas mereka memainkan dua lagu cover yang mesra majoriti iaitu Aces High dan Welcome To The Jungle (duh~) barulah suasana terasa semakin hangat.

Masayoshi Yamashita dengan seluar kuda belangnya.

Loudness naik pentas sekitar pukul 10.00 malam, waktu ini hujan mula turun renyai-renyai mengiringi lagu pembuka Crazy Nights. Aku dah siap-siap bekal baju hujan dan dalam keadaan standby, hanya akan dipakai jika hujan betul-betul lebat.

Serius, aku tak banyak ambil gambar atau video sebab aku nak enjoy dan bukan nak fokus pada skrin telefon. Bukan selalu dapat peluang depan barrier betul-betul menghadap Akira. Kebanyakkan video yang aku ambil pun hanya ketika Akira menyolo.

Aku pasti akan ada dalam kalangan penonton yang merakam konsert penuh dan dimuat naik ke YouTube kelak [edited: sudah jumpa video YouTube, disertakan di bawah] dan liputan daripada outlet berita tempatan. Aku link sahaja gambar/video menarik daripada mereka yang aku jumpa.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku bukanlah peminat tegar Loudness, bukan semua lagu aku familiar. Selain memainkan full album Thunder In The East bersempena ulang tahun ke-40nya, mereka juga memainkan lima lagi lagu daripada album lain (rujuk setlist di bawah).

Video di YouTube yang aku jumpa...



Konsert tamat sekitar 11.30 malam, aku berharaplah Akira akan membaling pick gitar kepada kami yang di depan barrier seperti yang dilakukan oleh Masayoshi di sebelah sana. Tapi alangkah hampanya bila guitar-tech Akira mengambil kesemua pick yang ada di mic stand Akira. Booo!~

Post-mortem:

  • Tiket RITJ lebih murah berbanding harga tiket konsert mereka di Zepp tahun lepas.
  • Pemerhatianku, kebanyakkan peminat yang datang adalah dari Borneo berbanding Semenanjung. Adakah tiada promosi di sebelah sana? Sama macam kes Wings RITJ tahun lepas.
  • Geng warga emas ramai yang duduk tepi sahaja berbanding ke depan walaupun masih ada ruang menyelit, mungkin tak tahan berdiri kot?
  • Skrin besar kiri dan kanan stage terlalu banyak guna filter. Agak annoying tengok skrin dengan filter efek api, elektrik, psychedelic bagai.
  • Bunyi dan pencahayaan memang mantap bertaraf konsert antarabangsa.
  • Ada seorang amoi peminat tegar dari Jepun namanya Kaori, katanya kejar dan hadir setiap konsert Loudness sejak tour Jepun mereka sebelum RITJ ini. Teringat aku cerita Lisa yang kejar Iron Maiden ketika era Flight 666 dan The Final Frontier.
  • Konsert mesra OKU, ada seorang penonton OKU berkerusi roda diberikan seat paling depan. Lebih depan daripada kami di barrier.
  • Masayuki "Ampan" Suzuki memang besar beb!
  • Lagu paling happening malam itu ialah So Lonely, crowds sing-a-long part "ooo..." tak henti-henti. Dalam video YouTube tak kedengaran tapi kami yang depan barrier memang terasa macam tengok bola. Nampak jelas kepuasan pada muka Minoru dan rakan-rakan dengan respon crowds  RITJ.

Setlist ini aku dapat selepas konsert diberikan oleh seorang crew kepada kami yang masih lepak depan barrier. Oklah tak dapat pick, dapat setlist pun jadilah sebagai arkib.


Adalah menyelit di situ.

Dah lama tak layan konsert metal, kali terakhir waktu Megadeth turun KL 2017. Tak sangka dapat ke depan barrier pula tu dengan harga tiket yang amat berbaloi (tahap tiket duduk Megadeth/Metallica). Walaupun tak follow sangat Loudness, tapi sebagai peminat metal amnya, konsert ini paling puas hati untuk aku setakat ini. Harapanku agar Kuching menjadi hub konsert artis *antarabangsa selepas ini.

_____
AADI: *Boney M sudah, next Air Supply, kah kah kah...

Sekitar SMR 2024


Sedikit liputan ringkas gig Sarawak Metal Regime 2024 Sabtu lepas (28/12/2024) di Hijau Lounge RH Hotel yang dapat aku kongsi bersumberkan Facebook Sarawak Metal Regime dan Erectus untuk entri AADI hari ini.

Entri prekuel, post-mortem dan POV tuan tanah mungkin akan dibuat tahun depan... Penutup diari pemuzikan 2024.

_____
AADI: Agi idup, agi metal! \m/

PJ, Aku Datang Lagi, Versi 2024


Kali terakhir aku menyeberang Laut China Selatan ketika konsert Megadeth Dystopia Kuala Lumpur 2017, ya sudah tujuh tahun aku tidak meninggalkan tanah Borneo.

Selepas anak kedua aku didiagnos memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder dan kelahiran anak ketiga aku pada tahun 2018, memang agak keberatan untuk berjauhan dengan Mrs. Ijau dan anak-anak sama ada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Ditambah lagi dengan musim pandemik kemudiannya...

Kali ini ke Petaling Jaya untuk beberapa hari atas urusan kerja, mahu tak mahu aku kena pergi juga kerana berkaitan dengan tugas hakiki. Sebelum-sebelum ini cuba untuk mengelak apa-apa urusan kerja, kursus, konvensyen atau mesyuarat di luar Bintulu (atau Sarawak amnya) disebabkan perenggan kedua tadi. Sekarang anak-anak dah besar, akak yang sulung pun dah 12 tahun minggu lepas, dapatlah tolong maknya jaga adik-adik dan buat kerja rumah.

Kalau cerita pasal PJ pula, kali terakhir menjejak kaki di sini tahun 2013, selepas itu kalau ada latihan atau kursus biasanya akan dihantar ke Melaka.

_____
AADI: Hati masih di Bintulu.

Throwback Thursday: Oktoberfest 2012


Aku berhenti buat entri trobek pasal Oktoberfest 2012 sejak lima tahun lepas. Tahun ini agak istimewa sedikit ditrobek semula kerana ulangtahun ke-10 peristiwa tersebut. Boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

Sessi soundcheck sebelah petang.

Merupakan persembahan gig kedua aku bersama MUP selepas Opening Season Gig 2012. Peristiwa yang menaikkan nama MUP sebagai antara cover band Iron Maiden Bintulu. Selepas-selepas itu menerima banyak jemputan untuk gig-gig tempatan - Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013 dan BRRU Rock Nite 2013 (tapi sekarang trend cover band dah basi*).

Sebelum ini aku tak berani solo, mula berani untuk ambil solo pertama lagu The Trooper (sebagai cabaran) yang semasa sessi latihan tak pernah menjadi sebab selalu terkucil. Tapi bila hari kejadian, mungkin disebabkan adrenalin dan mojo pentas, ia menjadi walaupun tidak sesempurna solo asal Adrian Smith.

Bangga juga kerana pernah berkongsi pentas bersama Majestica (bukan Majestica ini), yang kini menjadi satu nama besar muzik Iban kontemporari.

Gig pertama aku menggunakan Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) yang ternyata merupakan sebuah gitar yang tahan pukul dan amat sesuai untuk persembahan pentas.

Juga mula berkenal-kenalan dengan undergrounders/metalheads Bintulu dari kalangan penonton dan juga ahli band lain yang membuat persembahan pada malam itu.

*Selepas MUP 10th anniversary Facebook livestream tahun lepas, aku rasa MUP sudah tidak berapa relevan lagi. Kehangatan jamming bersama pun sudah tidak ada, mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Aku faham, akupun begitu. Mungkin aku boleh teruskan projek Hepi 2020 kembali...

_____
AADI: Ice cream for me Bintulu! \m/

Wordless Wednesday: Somewhere Back In Time



_____
AADI: Wake me up, when September ends.

Sepetang Di Limbang (Part 3)


Sedikit travelog balik raya - Amat jarang-jarang aku singgah berhenti di Limbang dalam pemanduan trans-Borneo balik kampung dari Bintulu ke Membakut (aka tour de Brunei). Zaman bujang dan berdua dulu bolehlah redah sehari suntuk memandu (10-12 jam). Sekarang dah berlima, mahu tidak mahu kena rehat, lebih-lebih lagi bila ada sikecil. Ini kali pertama bermalam di Limbang, selalunya bermalam di Miri.

Pemandangan dari Hotel Purnama.
Satu perkara yang biasa aku lupa bila berada di Limbang ialah bahasanya... Kadang-kadang tersasul guna bahasa Melayu Sarawak, padahal slang Brunei di sini inda jauh beza sama slang Brunei kami di Membakut - pekat, kasar, karau - jadinya bakulut tah lidah atu bebalik liau~

_____
AADI: Janpadul.

Flashback Friday: Oktoberfest 2012


Kitar semula ayat entri tahun lepas...

Tak terasa dah lima tahun (20/10/2012) peristiwa ni berlalu, Oktoberfest 2012 - La Bistro Cafe, Kemena Hotel Bintulu.


Nak rasa trobek throwback, boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

Hujung bulan ni (28-29/10/2017) MUP khabarnya akan turut serta dalam Gig Terjun Rocktoberfest yang bakal berlangsung di Dewan Balairaya Kampung Jepak. Kalau sempat mungkin boleh debut lagu kedua dengan tajuk (working title) Mengkarung Biru.

_____
Ada apa: Ice cream for me Jepak!

Menuju Dystopia


Entri travelog prekuel kepada entri Dystopia Kuala Lumpur, seminggu selepas hari kejadian...

Khamis 4/5/2017 - Bertolak ke lapangan terbang Bintulu seawal 8.00 pagi dihantar oleh Azrol. Kesian juga dengan Azrol, dia ni minat Kiko (hence, his Ibanez KIKOSP) teringin nak pergi tapi ada masalah kewangan. Tapi tak mengapa (parap-parap) sebagai saguhati dan kenang-kenangan, t-shirt bootleg Malaysia Cyber Army tu aku beli dua, satu untuk Azrol.


Perancangan awal pergi ke KL sekeluarga sambil melancong, tapi atas faktor kesihatan terpaksa pergi solo, anak-anak dan isteri baru baik demam campak bergilir-gilir.


Menaiki Air Asia AK5247 bertolak pukul 9.15 pagi. Semasa penerbangan tersengih bila tengok satu artikel kecil dalam majalah Travel 3Sixty mengenai konsert Megadeth. Gambar Abang Mus seolah-olah menyindir berkata "aku tau kau nak pergi tengok konsert Megadeth, kan?" kah kah kah~


Tiba di KLIA2 sekitar pukul 11.30 pagi, belum apa-apa sudah diduga dengan menapak dari pintu ketibaan paling hujung. Tapi taklah kekok sangat, sebab travelling light, lagipun baru saja turun KLIA2 bulan Februari lepas.


Menyinggah dulu di Toys R Us, dah janji dengan anak nak belikan mainan Thomas & Friends (si adik minat sangat dengan watak ni). Beli di sini takut nanti di KL tak sempat nak pergi mana-mana sebab jadual padat.


Ok, kebetulan hari tersebut juga merupakan hari Star Wars sedunia, May the 4th be with you gitu~ Terbelilah juga beg Star Wars ni, diisi dengan mainan Thomas & Friends tadi. Gambar diambil ketika mengisi perut di Burger King, Mushroom Swiss menjadi kegemaran.


Mengambil masa setengah jam menaiki ERL menuju KL Sentral. Kalau diingatkan semula, rasanya kali terakhir aku turun di KL Sentral waktu konsert Metallica 2013. Tak banyak berubah, cuma dah ada Nu Sentral.


Dengan siapnya Nu Sentral ni, tak perlu lagi berpusing jauh untuk ke stesen monorail KL Sentral. Tapi masih menapak jugalah. Teringin juga nak menjenguk-jenguk Nu Sentral ni, tapi masa suntuk, lupakan sajalah. Destinasi seterusnya, stesen monorail Imbi.


Ah~ Stesen monorail Imbi, pemandangan yang menggamet memori. Kali terakhir turun di sini kalau tak silap tahun 2008. Main bowling di Megalane dengan awek Kampung Baru (yang selalu aku ceritakan tu), dan itulah kali terakhir kami berjumpa setelah kenal sejak 2001...


Check-in SS City Hotel (depan Hotel Furama) sekitar pukul 2.30 petang, telah ditempah awal melalui OYO Rooms dengan harga RM59. Tak perlu untuk menyewa hotel yang premium, kena fikir bajet flight dan tambang tren lagi. Walaupun biliknya kecil, tapi yang penting katilnya saiz queen selesa dan privasi berbanding tidur dalam kontena.


Selesai urusan peribadi dan rohani, turun sekejap ke 7-Eleven untuk membeli bekalan petang - Maggi cup, beberapa minuman tenaga (Sting, 100 Plus, Brands Ca'ya) dan yang penting Ribena Mobile untuk "bekalan" ke stadium nanti. Dalam kesempatan yang ada, cuba untuk berehat dan tidur sehingga pukul 5.00 petang.


Sebelum menuju stadium, inilah minuman yang dihadam, Brand's Ca'ya minuman habbatus sauda dan ginseng. Harganya premium RM4.00-5.00 untuk sebotol kecil 100 ml ni. Tapi serius, dengan hanya sebotol Ca'ya ni (dan Maggi cup tadi) aku boleh tahan lapar sampai tengah malam. Penangan tenaganya pun hebat, berjalan kaki ke stadium (ulang alik), headbanging dan sing-along Megadeth, masih ada tenaga sampai pukul 3.00 pagi baru ada rasa nak tidur.

Sekuelnya, cerita menuju ke stadium, boleh baca entri hari kejadian.

_____
AADI: Masih ada sekeping token monorail belum guna...

Tidur Dalam Kontena


Entri ni sepatutnya aku pos minggu lepas, tapi... Tapi tak mengapa (parap-parap).

Sejak perasan kewujudan Capsule by Container Hotel yang terletak di tingkat bawah KLIA2 ni tahun lepas, teringin juga nak mencuba kerana konsepnya yang unik - tidur dalam kontena.


Sejurus selesai urusan rasmi di Putrajaya Isnin dua minggu lepas, aku terus ke KLIA2 tak singgah ke laut (laut mana?), flight aku balik Bintulu keesokan paginya seawal pukul 7.15, pastinya boarding sekitar pukul 6.30-6.45 pagi. Jadi, hotel kontena dipilih supaya tidak kelam kabut keesokan pagi dan jadi gelandangan di KLIA2 bukanlah sesuatu yang aku suka.


Pertama sekali, ia bukanlah seperti yang aku jangkakan iaitu menyewa sebuah bilik bersaiz kontena trak. Rupa-rupanya kontena telah diubah suai menjadi beberapa keranda ruangan tidur (kapsul?) seperti sarang lebah.

Ada opsyen single bed atau double bed (queen), male/female dorm atau sharing yang dikira mengikut kadar sewa per jam (3, 6, 9, 12 jam gitu). Aku tiba KLIA2 sekitar 5.00 petang jadi aku sewa 12 jam single bed.


Inilah dia ruang tidur anda untuk saiz single bed, ruangnya cukup-cukup untuk tidur sahaja. Tingginya pun cukup-cukup untuk duduk. Kalau yang jenis claustrophobic tu minta maaflah. Juga agak kurang privasi kerana setiap kapsul hanya berpintukan tirai PVC.


Nak mandi atau kincinvera? Ada ruang mandi dan tandas ala asrama, dengan pintu koboi. Siapa-siapa yang pernah tinggal asrama, pasti akan terkenang kembali waktu itu...


Ruang nampak luas/panjang disebabkan efek cermin, padahal cuma ada empat faucet. Cecair sabun dan syampu ada disediakan di dalam setiap ruangan mandi. Cecair sabun tangan dan pengering rambut juga ada disediakan.


Ruang santai, terdapat banyak buku-buku (tebal) jika anda suka membaca sambil menunggu mata mengantuk. Dengan pemandangan luar kawasan bas ekspress.


Aku dapat bayangkan beginilah keadannya jika kita tinggal di dalam nuclear bunker (fallout shelter), atau kalau lebih sci-fi sikit, macam tinggal dalam kapal angkasa selam.

Pros:
  1. Konsep retro-futuristic dan steampunk, sesuai untuk mereka yang jenis travel light dan on-the-go.
  2. Tempat tidur yang selesa, lebih bagus daripada anda bergelandangan di KLIA2.
  3. Lokasi yang strategik, sesuai untuk mereka yang menunggu flight awal pagi atau dalam transit/connecting flight.
Cons:
  1. Sempit, claustrophobic.
  2. Kurang privasi.
  3. Kurang sesuai untuk yang berkeluarga.
  4. Sewa yang boleh dikatakan kurang berbaloi per ruang/privasi, mungkin lebih berbaloi jika sewanya 40-50% lebih murah berbanding kadar semasa.
Jika ada peluang lagi selepas ini, mungkin aku akan cuba Plaza Premium Lounge di tingkat 2M untuk lebih privasi.

_____
AADI: Oklah, aku mengaku agak serik, kah kah kah~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger