Showing posts with label wonda. Show all posts
Showing posts with label wonda. Show all posts

Ada Apa Dengan Wonda Kluang?


Khas untuk bloggers dari Johor dan peminat adiwira Keluang Man secara amnya. Minuman kopi susu Wonda edisi Kluang dengan tongkat ali. Dan sinonim dengan Kluang ialah Keluang Man yang katanya kini dalam pembikinan filem live-action berfasa oleh Astro Shaw.

Diperolehi di pawagam GSC Bintulu semasa menonton filem Mickey 17 minggu lepas melalui promosi dalam app GSC, Wonda Kluang + Calpis Soda dengan harga RM5.50 untuk kedua-duanya, amat berbaloi. Setakat ini aku belum pernah jumpa lagi Wonda Kluang ini di premis pasar raya, kedai runcit, Shell Select mahupun Kedai Mesra Petronas. Adakah ia eksklusif untuk GSC?

Rasa? Pahit-pahit hangit (tongkat Ali?) seperti Wonda Johor seperti dalam entri lima tahun lepas.

_____
AADI: Kopi Tiong Man? Ada taurina.

Expendable


Menonton filem Mickey 17 di GSC Bintulu tayangan 8.30 malam Jumaat lepas (7/3/2025). Kalau tengok tayangan siang tak dapat nak layan popcorn dan kopi *Keluang Man. Teringin menonton filem sci-fi begini selepas tertarik dengan trailer sejak tahun lepas.

Bergenre pengembaraan angkasa lepas, teknologi klonisasi dan makhluk asing ini memiliki elemen satira yang kuat seperti filem Starship Troopers dan satira-satira lain setaraf game Fallout.

Hollywood, memang tidak dapat lari daripada elemen DEI. Tapi untuk filem ini aku boleh terima berdasarkan jalan cerita yang segelintir umat manusia malang terpilih dibawa bersama pengembaraan empat tahun di angkasa lepas menuju planet Niflheim.

Cuma agak menjengkelkan watak-watak strong female/girl boss amat ketara. Hampir semua watak hebat seperti penguatkuasa, sekuriti pesawat, pemandu jentera berat dan "master of puppet" adalah wanita. Manakala lelaki kebanyakkannya memegang watak-watak beta-male, bodoh dan lembap. Tetap ada agenda LGBTQ+, tapi masih nampak logik berbanding girl boss tadi.

Seperti filem The Creator, latar belakang, lore dan world building filem ini boleh dikembangkan menjadi Mickey-verse untuk filem sekuel ataupun spin-off. Selebihnya, tak perlulah spoiler sangat...

_____
AADI: *Wonda Kluang Edition Coffee, akan dibuat entri berasingan.

Ada Apa Dengan Wonda French Edition Coffee?


Seperti biasa, kopi tin menarik sebegini dijumpai di Kedai Mesra Petronas, kali ini terjumpa kopi susu Wonda edisi Perancis

Kenapa Perancis? Aku pun tak tahu, tapi rekabentuk grafiknya nampak seperti konfigurasi padang bola sepak dengan tema warna bendera Perancis. Tapi Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini Perancis tak menang pun, hehehe...

Aku menjangkakan rasanya seperti French latte jenama Frenché Roast, tapi ia lebih menghampiri rasa Nescafe tin perisa latte (label crème).

_____
AADI: Teringat edisi Johor beberapa tahun lepas.

Ada Apa Dengan Wonda Milk Coffee?


Mulanya aku menjangkakan ia adalah kopi Wonda yang sama seperti versi tin, ternyata rasanya ada beza sedikit.

Dari segi nama/label, kopi tin Wonda berlabel "premium coffee", versi botol ini pula berlabel "milk coffee". Apa sajalah... Yang pasti lebih puas meminum versi botol berisipad 340 ml ini. Seperti biasa diperolehi di Kedai Mesra Petronas dengan harga aku pun dah lupa, mungkin RM4.00+ kot?

_____
AADI: Wonderful coffee.

Ada Apa Dengan Wonda Mixed Spice Milk Coffee?


Satu lagi kopi tin pelik jenama Wonda yang aku jumpa di Kedai Mesra Petronas, Wonda Mixed Spice Milk Coffee.

Katanya mengandungi ekstrak kayu manis, buah pala, halia, bunga cengkih dan allspark allspice. Walaupun agak eksotik, tetapi harganya tetap sama seperti harga kopi tin Wonda biasa sekitar RM2.50 untuk setin 240 ml.

Sekali teguk, aku terus ketawa... Serius, rasa dan aroma kayu manis dan cengkih paling awal terasa, kemudian baru ada rasa kopi, dan akhirnya rasa dan aroma rempah-rempah lainnya seakan-akan aroma rendang, kah kah kah... Tapi disebabkan ini adalah kopi susu, aku tiada masalah meneguk dan menghabiskannya.

_____
AADI: Dengar-dengar, juga ada perisa masala.

Ada Apa Dengan Wonda Premium Coffee Mocha?


Pesaing kepada kopi 3-in-1 selain Nescafe, Alicafe, Frenche Roast, dll yang ada dalam pasaran. Selepas perisa kopi tarik, kali ini dicuba pula Wonda perisa mocha.

Walaupun rasanya tidaklah 100% seperti rasa mocha versi tin, tapi sekurang-kurangnya menjadi alternatif jika bosan dengan rasa kopi 3-in-1 biasa.

_____
AADI: Atau bila palau dengan rasa kopi.

Ada Apa Dengan Wonda Kopi Tarik?


Wonda mula menceburi pasaran kopi 3-in-1, daripada banyak-banyak versi yang ada di pasar raya, aku memilih versi kopi tarik.

Rasanya tidaklah 100% seperti kopi tarik versi tin, namun masih boleh diterima kepekatan, kemanisan dan kelemakannya.

_____
AADI: Kupi-kupi dulu...

Ada Apa Dengan Wonda Zero Max Original?


Beberapa hari lepas perisa latte, kali ini Wonda Zero Max Original, juga dijumpai di Kedai Mesra Petronas.


Rasanya lebih kurang sama seperti Wonda original (tin coklat), dan trademark versi Zero Max dengan hype "no sugar added", ia tidak manis. Tapi bagi aku, versi original ini terasa lebih tawar berbanding latte. Tapi selagi ia ada susu/krimer, dapat aku teguk sampai habis.

Wonda lagi.

_____
AADI: Minggu marathon kopi tin #6.

Ada Apa Dengan Wonda Johor?


Hah, yang ini istimewa sedikit, khas untuk bloggers dan pembaca dari Johor terutamanya Berteromber dan Portdy. Wonda Johor Edition Coffee. Seperti biasa, kopi tin sebegini dijumpai di Kedai Mesra Petronas, dan hanya versi Johor sahaja yang ada pada ketika itu.


Pada mulanya aku ingatkan edisi terhad ini cuma ada tiga versi - Penang, Johor dan Sarawak - seperti yang diiklankan di Instagram. Tapi dalam internet ada pula aku tengok versi Kelantan dan Melaka menyusul.

Ok tak apa, versi lain akan diburu satu persatu. Untuk versi Johor ini rasanya pekat, kelat dan agak pahit hangus-hangus, mungkin "smoky bitterness" tu kot? Tapi ia masih kopi susu dapatlah aku teguk sampai habis.

_____
AADI: Minggu marathon kopi tin #5.

Ada Apa Dengan Wonda Zero Max Latte?


Satu lagi kopi tin Wonda yang aku jumpa di Kedai Mesra Petronas, Wonda Zero Max Latte.


Rasanya lebih kurang sama seperti Wonda latte biasa (tin putih), cuma versi ini seperti yang ditulis pada tinnya "no sugar added", dengan kata lain ia tidak manis.

Tapi kalau dah biasa minum kopi kurang manis atau tanpa gula, tiada masalah untuk meneguknya. Bagi aku, selagi ia susu/krimer, dapat aku teguk sampai habis.

Esok Wonda lagi.

_____
AADI: Minggu marathon kopi tin #4.

Wordless Wednesday: Palau Kopi Tin





















_____
AADI: Minggu marathon kopi tin #3.

Ada Apa Dengan Wonda Booster? (Part 2)


Akhirnya terjumpa Wonda Booster versi kopi susu, versi kopi hitam sebelum ini agak susah diterima tekak aku.


Pada pendapat aku, selain tambahan susu, rasanya sama seperti versi kopi hitam. Pekat memang pekat, ada rasa hangit-hangit sintetik sikit (ikut lidah aku). Tapi disebabkan ia versi kopi susu, agak mudah diterima tekak aku.

Ini akan menjadi kopi Wonda pilihan utama aku menggantikan Extra Presso.

_____
AADI: Minggu marathon kopi tin #2.

Ada Apa Dengan Wonda Booster?


Macam biasa, bila terjumpa kopi tin yang menarik, pasti akan dibeli atas dasar ingin mencuba dan untuk modal entri AADI. Kali ini Wonda Booster versi kopi hitam dicuba, katanya dengan 2x coffee shot.


Seperti kopi-O (tanpa susu/krimer) tin yang lain contohnya Sundrop Black Coffee, memang tekak aku susah nak telan lebih-lebih lagi kalau suam atau sejuk. Tekak aku cuma dapat teguk kopi-O panas. Pekat memang pekat, ada rasa hangit-hangit sintetik sikit (ikut lidah aku). Tapi, bagi mereka yang meminati kopi-O, mungkin pendapat kita berbeza.

_____
AADI: Mrs. Ijau yang tolong habiskan, kah kah kah...

Ada Apa Dengan Wonda Extra Presso?


Kononnya hari ni nak buat entri Newsted, tapi termalaslah pula. Buat entri kopi tin lagi senang...


Terjumpa kopi Wonda perisa baru (dah lama dah) extra presso. Jika dalam banyak-banyak perisa Wonda, aku rasa inilah rasa signature untuk kopi Wonda, hence the hype "signature brew".

Pahit, tapi tak sampai pahit tahap espresso (siapa pernah minum espresso akan faham), cukup-cukup manis, tak begitu lemak. Tapi jika anda ada masalah lepas minum kopi (pening, palau, sakit kepala), jangan minum kopi ini.

_____
AADI: Espresso, bukan expresso.

Ada Apa Dengan Wonda Premium Coffee? (Part 2)


Selain tiga perisa sebelum ini (original, mocha dan latte), aku terjumpa perisa baru kopi Wonda - kopi tarik.

Quotation from Tech...
Jika kopi Wonda sebelum ini pun dah sedap, kopi tarik ni lagi sedap... Cukup lemak, cukup manis, cukup kaw. Ada rasa seperti kopi giling (ground coffee) pasar malam dan bukannya kopi segera, masih ada terasa sedikit ketulan-ketulan kecil kopi yang tidak larut (kalau bahasa kampung aku panggil tairu) di dalamnya.

Cadangan aku sebelum meminumnya, sejukkan (tapi kalau beli yang dah sejuk, abaikan), sebelum buka tin goncang bersungguh-sungguh, lepas tu biarkan 4-5 minit, baru buka tin, enjoy!

_____
Ada apa: Kalau minum kopi sejuk, aku tak pening pula...

Ada Apa Dengan Wonda Premium Coffee?


Wonda premium coffee, kopi dalam tin yang bakal menggegarkan takhta Nescafe. Didatangkan dalam tiga perisa; original, mocha dan latte.


Selepas mencuba ketiga-tiga perisa dan membandingkannya dengan Nescafe perisa yang sama, ternyata Wonda lebih lemak berkrim - sesuatu yang seperti sudah tiada dalam Nescafe. Tapi belum buat perbandingan dengan kopi tin jenama Pokka dan Sundrop.

Harga runcitnya juga murah dalam 10-20 sen daripada harga Nescafe. Secara peribadi, aku sukakan perisa latte untuk minuman santai, manakala original pula lebih sesuai untuk pemanduan jarak jauh.

(Saya tidak dibayar untuk entri ini - ia cuma pendapat peribadi).

_____
Ada apa: Dah jarang minum kopi...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger