_____
AADI: Priest/Foo, buka ripped mp3, simpan. Iced Earth/May, serius masih sealed.
Wordless Wednesday: Unreviewed Albums?
oleh Ijau D. Koceng 06 April 2022 pada 6:00 AM 1 commentTrivium - The Sin And The Sentence
oleh Ijau D. Koceng 08 November 2021 pada 6:00 AM 1 commentPerolehan daripada Radin Music Centre melalui platform Shopee mereka. Album studio kelapan Trivium The Sin And The Sentence rilisan 2017. Seperti sudah menjadi kebiasaan aku akan ketinggalan memiliki album studio mereka.
Ketika ini mereka sudahpun merilis dua album studio ketika pandemik What The Dead Men Say (2020) dan In The Court Of The Dragon (2021), barulah tertarik picu untuk memiliki album ini.
Album pertama yang mengetengahkan drummer Alex Bent. Ketika pertama kali menonton video lagu The Sin And The Silence di YouTube, aku terfikir jika mereka bertukar drummer lagi selepas ini, drummer seterusnya pasti akan f*cked-up gabra untuk mereplikasi gaya pukulan Alex.
Selepas album Vengeance Falls aku mula tertarik dengan hala tuju muzik terkini Trivium yang lebih "matang", walaupun agak berat dengan pembabitan gitar bertali tujuh tapi masih melodik dan komersil. Bab melodik, Trivium seolah-olah sudah memiliki bunyi trademark mereka ketika ini.
Vokal terais-terais (growl) Matt Heafy juga kembali dalam album ini setelah "hilang" sejak album VF. Aku sebenarnya tak suka gaya vokal begini, tapi dalam album ini ia digunakan secara moderasi. Juga bijak untuk mereka mengetengahkan gaya gang vocal seperti Children Of Bodom sebagai pencukup rasa.
Aku rasa, jika aku layan album ini secara berterusan mungkin ia boleh melekat dan jiwa seperti Silence In The Snow. Lagu kegemaran setakat ini ialah The Heart From Your Hate, Betrayer dan Endless Night. Juga pendorong untuk aku kembali mengeluarkan gitar bertali tujuh aku Sven (LTD EC-257) yang telah lama terperap dalam simpanan.
_____
AADI: MKH, antara yang mempengaruhi aku untuk menggunakan Les Paul.
Iron Maiden - Senjutsu
oleh Ijau D. Koceng 25 October 2021 pada 6:00 AM 2 komen:Boleh dikira agak lewat untuk aku mendapatkan format fizikal album ke-17 Iron Maiden Senjutsu ini. Diperolehi daripada Radin Music Centre hampir dua minggu lepas. Format CD digipak dipilih berbanding CD media book atas faktor kos.
Iron Maiden antara band yang selalu senyap-senyap buat rakaman album. Katanya album ini dirakam tahun 2019 dan sepatutnya dirilis tahun 2020, tapi faham-faham sajalah dengan isu semasa semuanya terbantut.
Ketika Kapten Bruce mengumumkan "Belshazzar's Feast", aku ingatkan ia sejenis konsert Maiden secara maya di YouTube. Langsung aku tidak menjangka ia merupakan premier single TWOTW dan seterusnya pengumuman album Senjutsu beberapa hari kemudian.
Selepas diumumkan, debaran aku untuk memiliki album ini tidaklah seghairah ketika The Book Of Souls dan The Final Frontier. Hanya bersahaja, kalau sudah ada dalam pasaran Malaysia, beli... Kalau belum ada, tunggu sampai ada. Sebelum memiliki format fizikal, aku sudahpun layan album ini secara sah menerusi YouTube Music dan Spotify, tak perlu sedut mp3 seperti TBOS sebelum ini.
Tidak dapat dinafikan ada banyak riff-riff, irama dan lenggok solo yang di"kitar semula" daripada album-album terdahulu. Boleh dijadikan trivia ketika pertama kali mendengarnya. Tapi ada juga beberapa lagu jika dibuang faktor bass ketung-ketung trademark Steve Harris, pasti akan berbunyi seperti lagu-lagu album solo Bruce Dickinson. Lagu TWOTW senang-senang sahaja menjadi lagu kegemaran peribadi diikuti oleh The Darkest Hour dan The Parchment.
Nak buat ulasan setiap lagu tapi kehangatannya sudah beransur hilang, sebenarnya sudah ada draft, hidden somewhere in this HTML. Kalau nak ulasan pakar mungkin boleh baca ulasan Deaf KDHR dan Berteromber.
Dan seperti album TBOS, pakcik-pakcik Maiden ni buang tebiat lagi rakam lagu panjang-panjang menjadikan album ni double-disc. Hanya ada dua lagu yang pendek berdurasi bawah lima minit, selebihnya berdurasi 6-12 minit. Namun tiada lagu yang memecahkan rekod Empire Of The Clouds yang berdurasi 18:01 minit dalam album TBOS.
Kalau perasan, dalam inlay langsung tak ada gambar ahli kumpulan seperti album-album terdahulu, hanya banyak gambar Samurai Eddie posing pelbagai (tak pasti pula pada format lain). Pendapat aku, disebabkan isu semasa juga mereka tidak ada peluang atau masa untuk sessi fotografi dan untuk tidak melengah-lengahkan lagi tarikh rilisan.
Ok, aku berhenti setakat sini dahulu. Nanti ada idea tambahan aku sambung.
Up the Irons! \m/
_____
AADI: Cover art Samurai Eddie memang ohsem!
Koleksi Nasyid Terbaik Raihan (DVD)
oleh Ijau D. Koceng 19 October 2021 pada 6:00 AM 0 commentsSewaktu membelek katalog Shopee Radin Music Centre, terjumpa DVD Raihan ini pada harga yang menarik. Tak fikir banyak terus masuk shopping cart bersama-sama Senjutsu.
Anak kecik aku si Arlo memang suka dengar lagu-lagu Raihan, sama seperti perangai sepupunya si Aizuddin Madani 20 tahun lepas. Malam sebelum tidur biasanya dipasangkan mp3 Puji-Pujian ataupun Spotify lagu-lagu Raihan. Tapi dia paling suka tengok video Raihan di YouTube sebab ada main kompang.
Dengan adanya DVD ini dapatlah dia layan video lagu-lagu Raihan tanpa perlu aplikasi YouTube (PC, laptop, smartphone, TV box). Hanya pasang di DVD player dan tonton berulang-ulang tanpa memerlukan data dan gangguan kakak/abangnya berebut YT Kids.
DVD ini merupakan keluaran 2007 Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Walaupun bertaraf DVD, tapi kualiti videonya masih kualiti VCD karaoke (640x480?). Tapi tak hairanlah, video asalnya pun dirakam dengan teknologi penghujung 90an dan awal 2000an.
Tapi tengoklah cover depan dan cakeranya... Ada yang tak kena?
_____
AADI: Salam Maulidur Rasul 1443H.
Batch Ke-18, Raijutsu (雷術)
oleh Ijau D. Koceng 16 October 2021 pada 6:00 AM 1 commentRaijutsu (雷術), bukan nama jutsu dalam anime Naruto ye, cuma gabungan Raihan dan Senjutsu...
Perolehan batch ke-18 daripada Radin Music Centre, lepas ni dah boleh berhenti guna tajuk "batch", sebab Radin Music Centre kini sudah ada di platform Shopee, tak perlu lagi pesan secara manual guna Messengger/WhatsApp. Dengar cerita kembali bangkit untuk membuka kedai fizikal selepas musibah yang melanda bulan Mac lepas.
Dan sebagai peneman pembelian, DVD Koleksi Nasyid Terbaik Raihan khas untuk anak kecik aku si Arlo yang suka dengar lagu-lagu Raihan.
Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan kelak.
_____
AADI: 雷遁・雷条網の術 (Raiton: Raijōmō no Jutsu).
Wordless Wednesday: Radin Music Centre Inferno
oleh Ijau D. Koceng 10 March 2021 pada 6:00 AM 3 komen:Ya allah...sesungguhnya setiap yg berlaku ada hikmahbnya. .. Tinggal kenangan...
Posted by Radin Razak on Tuesday, 9 March 2021
_____
AADI: Semoga Bro Radin Razak tabah menghadapi dugaan.
Exist - Diammu Gunung Berapi
oleh Ijau D. Koceng 23 November 2020 pada 6:00 AM 2 komen:Mendapatkan satu lagi album Exist (belum lagi plural Exists) dalam usaha untuk melengkapkan diskografi mereka bervokaliskan Ezad. Album ketiga Diammu Gunung Berapi rilisan 1995 merupakan album pertama bersama-sama Ezad yang menggantikan Mamat. Diperolehi daripada Radin Music Centre beberapa minggu lepas.
Album yang katanya melonjakkan nama Exist sehingga ke seberang Selat Melaka. Dengan vokal Ezad yang lebih sesuai dengan genre yang lebih progresif dan alternatif berbanding dua album mereka sebelum ini yang lebih ke arah rock.
Tiga lagu hits dalam album ini yang selalu berkumandang di corong-corong radio ketika itu Diammu Gunung Berapi, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu. Tapi bila dah dengar album ini, lagu Pertama, Kembali, Anugerah II dan Dalam Kenangan pun tidak kurang hebat jiwanya.
Genre yang lebih cocok dengan gaya hidup remaja ketika itu (pertengahan 90an), zaman-zaman jiwang mengenal cinta monyet sekolah semasa tingkatan 4-5. Lebih-lebih lagi impak lagu Masih Terserlah Ayumu yang masih lagi menjadi lagu guilty pleasure aku sehingga kini.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, bila sudah berhobi gitar, mula terasa respek dengan kerja-kerja gitar yang ohsem dalam album-album Exist/Exists.
_____
AADI: Teater Mimpi? Hmmm...
Metalian - The Essential
oleh Ijau D. Koceng 17 November 2020 pada 6:00 AM 1 commentBab kumpulan Metalian ni, hanya Berteromber dan yang seangkatan dengannya layak buat ulasan. Kalau aku buat ulasan nanti jadi macam entri Belantara. Lagipun sebelum kompilasi ini aku hanya pernah dengar lagu Kabus, Tetap Di Sini dan Segala Untukmu sahaja.
Kompilasi ini merupakan rilisan tahun 2011, dan aku pasti bukan rilisan semula kerana logo ORI KPDNHEP masih versi lama. Pembelian sampingan bersama-sama Diammu Gunung Berapi daripada Radin Music Centre minggu lepas.
Tapi sayangnya kompilasi ini kebanyakkan lagu-lagu di dalamnya adalah slow rock dan ballad berbanding lagu-lagu rancak. Hanya lagu Kabus sahaja yang rancak habis, lagu berat selebihnya seperti Dosa dan Suara Dari Sudut hanyalah mid-tempo. Tapi bunyi-bunyian gitarnya, serius memang terasa trademark 80an.
Metalian ini ada kaitan dengan band lama aku MUP, aku berterima kasih kepada Berteromber kerana menyarankan lagu Kabus untuk MUP tujuh tahun lepas sebagai lagu pilihan "wajib main/cover satu lagu dari era rock 80an" untuk gig Bintulu Rockers Re-Union 2013. Semenjak itu, lagu Kabus selalu ada dalam setlist MUP.
Kabus versi MUP selalu berevolusi, terutamanya tuning Eb-standard dengan sentuhan solo versi IDK (solo pertama) dan Azrul/Nuing (solo outro). Mungkin akan cuba cover lagu ballad kegemaran Berteromber Masih Di Sini selepas ini.
_____
AADI: Bukan Metalian ini ya.
Batch Ke-17
oleh Ijau D. Koceng 13 November 2020 pada 6:00 AM 2 komen:Kembali aktif memancing CD audio daripada Radin Music Centre.
Batch kedua untuk tahun ini heronya ialah album Diammu Gunung Berapi daripada Exist (belum jadi plural Exists), manakala kompilasi The Essential Metalian sebagai pembelian sampingan.
Seperti biasa, setiap satunya akan dibuat entri berasingan kelak.
_____
AADI: Silent volcano.
Search - Apologia RAW Jamming Edition
oleh Ijau D. Koceng 26 October 2020 pada 6:00 AM 0 commentsIni pembelian ria (joybuy) sebagai penaman CD Jangan Gentar daripada batch ke-16 Radin Music Centre. Apologia Raw Jamming Edition sebuah buah album berkonsepkan rakaman terus (raw) sessi jamming rehearsal persiapan sebelum Konsert Apologia Search & Awie.
Seperti yang aku pernah katakan dalam entri-entri Search, aku tak berapa mengikuti Search berbanding Wings. Aku hanya ada album-album Search yang memiliki nilai-nilai nostalgik - Fenomena, Karisma, Rampage dan Bikin Wilayah.
Dalam inlay ada disertakan notis:
"Rilisan ini adalah bersempena persiapan Konsert Apologia Search & Awie pada 28 Mac 2020 anjuran Imaginex yang telah ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan virus Covid-19. Mutu audio mungkin tidak mencapai tahap yang memuaskan memandangkan ia hanyalah rakaman sessi latihan di studio. Kami berharap peminat-peminat Search serta semua penduduk Malaysia terselamat daripada wabak ini. InsyaAllah. Terima kasih."
![]() |
| Drummer Pae menggantikan Sang Gendang. |
Hanya memiliki tiga buah lagu vesi jamming iaitu Rock n' Roll Pie, Bayangan Baiduri/Gotik Malam Edan (medley) dan Pelesit Kota. Dengan tambahan sebuah lagu yang bukan daripada sessi ini iaitu Nur Nilam Sari versi rakaman asal 1998. Muziknya tiada beza dengan versi dalam album Bikin Wilayah, cuma mixing agak "flat dan kering".
Tapi bagi mereka yang biasa jamming di studio pasti akan bersetuju, lagu-lagu dalam album ini walaupun kualiti bunyi tidak begitu memuaskan, tetapi vokal, kualiti permainan dan keketatan (tightness) sebagai sebuah kumpulan memang tip-top.
_____
AADI: Aging Rockstars :)
Exists - Jangan Gentar
oleh Ijau D. Koceng 12 October 2020 pada 6:00 AM 1 commentDalam entri CD kompilasi Best Of Exists empat tahun lepas aku pernah kata:
"Rasa menyesal pula tak follow mereka dari dulu. Sekarang bila dah berhobi gitar, baru perasan lagu-lagu Exists ni banyak kerja gitar yang bagus-bagus. Yang aku perasan, sejak zaman Ezad, lagu-lagu mereka lebih alternatives dan country berbanding rock ketika zaman Mamat. Sekarang Ezad pun dah keluar..."
Album studio keempat Exists rilisan 1997 Jangan Gentar, ketika album ini mereka mula menggunakan nama Exists (plural) menggantikan Exist (singular) seperti tiga album sebelumnya.
Bila dapat tahu album ini telah dirilis semula, aku cuba mendapatkannya dari Radin Music Centre. Dan bercadang ingin mengumpul diskografi Exists (keutamaan era Ezad) secara berperingkat bermula dengan album ini.
(P) & (C) 1997 Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. Kalau rilisan asal aku rasa mereka masih guna nama BMG Music.
Amat ketara kerja gitar dalam album ini ada pengaruh Brit pop, alternative dan grunge yang iras-iras bunyi seperti Oasis, Blur, Hootie & The Blowfish, Nirvana dan kugiran mesra-radio lain yang amat popular ketika itu.
Pertengahan Tahun 1997 aku mula masuk USM. Ketika itu selalulah berkumandang lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Jangan Gentar dan Hani Lempengnya Hangus. Walaupun ada nama-nama besar dalam penghasilan lagu dan lirik, namun ada juga beberapa lagu ciptaan Exists sendiri menyelit.
Secara tidak sedar aku mengaku, lagu-lagu Exists era Ezad memang ada yang bertaraf soundtrack of my life. Sasaran seterusnya, album Diammu Gunung Berapi.
_____
AADI: Ajai era album ni nampak macam Nuing la pula, kah kah kah...
Batch Ke-16
oleh Ijau D. Koceng 06 October 2020 pada 6:00 AM 1 commentSerius, dah lama tak beli CD audio, lebih-lebih lagi dari Radin Music Centre. Kali terakhir aku beli CD dari Radin Music Centre pada Januari 2018. Manakala CD audio secara umumnya pada Disember 2019, fuuu...
Memancinglah dua album ini selepas diiklankan dalam Facebook, satu album baru berkonsepkan rakaman raw ketika jamming, satu lagi album rilisan semula.
Seperti biasa, setiap satunya akan dibuat entri berasingan kelak.
_____
AADI: Jangan gentar.
Medicine - Medicine
oleh Ijau D. Koceng 10 September 2019 pada 6:00 AM 4 komen:Album yang dikatakan self-titled, tapi lebih dikenali sebagai album Ubat (macam kes Black Album Metallica kot?).
Tiada lagu-lagu yang menggamet kenangan (peribadi) dalam album ini kecuali lagu Mungkinkah yang otomatik mengingatkan aku ketika berada di tingkatan 1 tahun 1992, tahun album ini dirilis. Kualiti bunyi lagu-lagu dalam album ini agak ala kadar seperti album-album risilan semula yang lain keluaran Sony Music.
Bagi aku, kualiti bunyi album kompilasi Memori Hits (rilisan NSR) jauh lebih unggul. "Eh? Mana boleh bandingkan dengan kompilasi tu, sebab digital remastered". Ya, tapi dari segi harga hanya beza beberapa ringgit sahaja. Antara faktor yang membantutkan aku untuk membeli album-album rilisan semula. Mungkin ada yang akan pertikai dan/atau pertahankan dengan pelbagai alasan, lantak kau lah~
Dan kebetulan beberapa minggu ini aku mendengarkan kembali lagu-lagu dalam album kompilasi tersebut, terutama lagu Derita Seorang Filosuf yang bakal dijadikan lagu projek MUP akan datang.
_____
AADI: Dah makan ubat?
Prime Domestic - Prima Domestika
oleh Ijau D. Koceng 18 January 2018 pada 6:00 AM 3 komen:Tidak dinafikan vokal Aweera memang mantap, tapi selepas ini dia perlu mencari identiti vokal untuk PD dan perlu lari daripada hype Awie-copycat. Aku rasa gaya vokal raspy Mojo seperti dalam lagu Lu Baca Sendiri dan Malam Berasap patut kekal menjadi identiti Aweera dan PD.
Gabungan dua gitar hero Jo Branko dan Hillary Ang sudah cukup untuk memberi jaminan bahawa album ini pasti berbaloi. Kerja gitar kedua-dua mereka terasa selesa dan tiada rivalry dikesan, tiada riff atau solo yang berkata "aku lebih hebat". Sebaliknya kita disajikan dengan dual (bukan duel) leads dan twin-guitar harmonies yang ketara sepanjang album.
Aku tak familiar dengan kerja Ainoll dan Fauzi, tapi aku pasti dengan résumé mereka sebelum ini, sudah cukup untuk melabelkan PD ini sebagai sebuah supergroup, bab ini aku setuju dengan Berteromber. Aku amat senang untuk menghadam lagu-lagu dalam album ini yang agak progresif dan metal.
Dan aku pasti, orang yang menaip inlay album ini adalah orang yang sama menaip inlay album Menakluk Kosmos, ketara pada ejaan AKOUSTIC-nya.
Ilusi Intonasi mengingatkan aku kepada lenggok lagu (instrumental) Peace Of Mind dalam album House Of God King Diamond dan Windowpane Opeth. Ia lebih sesuai jika dijadikan lagu penutup album berbanding interlude. Tapi di mana aku pernah dengar lagu ni? Rasanya mungkin dalam album Rockestra kot?
Selain Berteromber, juga boleh singgah blog KDHR Deaf-Angel untuk ulasan lebih.
_____
AADI: #noregretnosurrender
Batch Ke-15
oleh Ijau D. Koceng 16 January 2018 pada 6:00 AM 3 komen:Diperolehi daripada Radin Music Centre, Batu Pahat bersama-sama album Medicine self-titled sebagai peneman. Pada mulanya ingin mendapatkan album Titian, tapi hampir kesemua lagu-lagu dalam album Titian sudah ada dalam kompilasi Memori Hits.
Seperti biasa, setiap satunya akan dibuat entri berasingan kelak.
_____
AADI: No more Zombie...
Undecim Blogging Blues
oleh Ijau D. Koceng 15 January 2018 pada 6:00 AM 6 komen:Pernah ditanya macam mana aku konsisten dengan blog 10+ tahun lebih, macam mana dapat idea dan motivasi untuk terus berblog hampir setiap hari ada entri. Ok, ini cuma kaedah peribadi aku, blogger lain mungkin dengan kaedah mereka.
| Imej cilok. |
![]() |
| Pancingan Radin Music. |
Dan bergantung kepada tema blog dan golongan sasar, amat mudah untuk menapis mana yang perlu diceritakan dan mana yang tak perlu. Sebab itu ada beberapa entri lama aku sudah digugurkan kerana kandungannya sudah tidak sesuai dengan AADI sekarang.
![]() |
| Pancingan Rock At Large. |
4) Entri pendek - Biasanya satu entri AADI tak panjang, satu perenggan dalam 40-50 perkataan. Aku tak akan letak satu perenggan melebih 100+ perkataan. Setiap perenggan juga akan diselang-selikan dengan gambar supaya mata boleh "berehat" membaca sekejap. Serius, mata aku akan mula sakit/berair bila fokus lama pada satu-satu perenggan yang panjang.
Aku lebih suka jika entri aku dibaca santai seperti artikel majalah dan bukannya serius seperti cerpen/novel. Lagipun bukan semua golongan sasar orang adalah jenis akademik/sastera yang suka membaca. Mungkin ada yang jenis malas (macam aku) yang membaca secara imbasan.
Jika entri panjang berjela, jadikan ia dalam beberapa bahagian. Mungkin bahagian kedua boleh dijadikan entri esok, lusa atau minggu depan dan seterusnya. Juga boleh buat stail Star Wars, ada prekuel selain sekuel.
5) Banyak idea - Jika tiba-tiba ada banyak idea, tapi masa belum sesuai untuk dirilis sebagai entri, taiplah siap-siap atau buat dalam bentuk poin dan simpan dahulu sebagai deraf (draft). Ia mungkin boleh dirilis sebagai entri tatkala suatu masa nanti tiada idea untuk dibuatkan entri.
6) Ejaan dan bahasa - Mulai 2010, entri-entri aku biasanya akan ditaip dalam *Bahasa Melayu standard dengan ejaan dan tatabahasa sebaik mungkin, menyahut seruan Rais Yatim ketika itu. Aku bukanlah mahir dalam English, berbeza dengan Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penghantar yang boleh dikatakan aku mahir.
![]() |
| *Aku ambil LKM400 tiga kali~ (imej cilok). |
7) Entri penampan (buffer) - Entri-entri mini, sampingan atau pengisi (filler) tatkala belum ada idea untuk entri utama. Untuk AADI, entri makanana dan minuman biasanya menjadi entri "buffer" selain entri "Wordless Wednesday" untuk hari Rabu. Dengan adanya entri-entri sebegini, tajuk blog kita akan sentiasa berada di atas blog roll harian rakan-rakan blogger.
![]() |
| Makan Pocky? |
![]() |
| Jangan salah masuk ye~ |
10) Blog idola - [added @ 9.45 am] Cuba libatkan diri dalam blog idola anda, blog idola aku ialah The Guitar Addict dan Yustech GT untuk entri yang berkaitan gitar dan teknikal. Untuk blog CD dan metal, rakan-rakan blogger lain seperti Berteromber, Deaf-Angel, Rafi Xyrus, Mus Speedrider (to name a few) merupakan idola, kah kah kah... Kadang-kadang tercilok juga idea mereka.
Rasanya itu saja untuk kali ini, dah lama aku tak buat entri panjang, terasa hipokrit pula dengan poin ke 4) di atas. Kepada rakan-rakan blogger, anggap sahaja ini sebagai pembakar semangat dan
Blog on! \m/
_____
AADI: Wow, Hawaii hampir jadi tajuk Fallout baru.
Foo Fighters - Concrete And Gold
oleh Ijau D. Koceng 28 December 2017 pada 6:00 AM 6 komen:Aku perasan tiga album studio FF kebelakangan ini Wasting Light, Sonic Highways dan album ini semuanya menggunakan format slipgate yang pada pendapat aku agak leceh dan nampak murahan berbanding digipak dan jewel case. Patutnya kalau versi slipgate begini harga lagi murah sebab kurang kos.
Secara rasminya FF sudah ada enam orang ahli, Rami Jaffee yang sebelum ini menjadi keyboardist undangan kini sudahpun menjadi ahli tetap FF. Dan tak lupa beberapa artis dan ahli muzik jemputan termasuk nama-nama besar seperti Justin Timberlake, Dave Koz dan Paul McCartney.
Lagu-lagu dalam album ini (bagi aku) agak susah dihadam berbanding Sonic Highways, mungkin disebabkan vibe psychedelic rock yang agak ketara. Kecuali beberapa lagu seperti Run, The Sky Is A Neighborhood dan The Line yang mungkin disebabkan sudahpun dilayan sebelum album ini dirilis.
Dan sebuah lagu dengan vokal sepenuhnya oleh Taylor Hawkins iaitu Sunday Rain, yang mana kerja pukul-memukul digalas oleh Paul McCartney.
Album ini masih lagi panas, fresh from the oven. Jika diberi peluang mendengarnya beberapa kali lagi, mungkin boleh jiwa.
_____
AADI: Oh abang Pat.
Batch Ke-14
oleh Ijau D. Koceng 07 December 2017 pada 6:00 AM 4 komen:Pancingan utama merupakan album terkini Foo Fighters Concrete And Gold, manakala May Dilema merupakan sampingan. Album Hakikat (reissued) yang diperolehi tahun lepas pun masih belum dibuka, masih berbungkus, sebab dah ada versi special edition.
Seperti biasa, Concrete And Gold akan dibuat entri berasingan kelak, Dilema? Entah, mungkin menerima nasib yang sama seperti Hakikat.
_____
AADI: Selalu tertaip Delima.
Kamikaze - Kontroversi
oleh Ijau D. Koceng 17 October 2017 pada 6:00 AM 2 komen:Dulu aku tak pandang pun Kamikaze, just another new rock band, kalau tak silap naik sezaman dengan Amuk kan? Beberapa tahun kemudian, tanggapan aku pada Kamikaze mula berbeza, cuma agak menyesal kerana tidak layan album-album mereka ketika itu.
Ok, album ini diperolehi atas nilai-nilai nostalgik, terutama kerana dua lagu yang berhantu Tawa Dalam Tangisan dan Luhur, antara lagu yang kadang-kadang menjadi pilihan untuk karaoke awal 2000an dulu selain lagu-lagu XPDC. Rilisan semula NSR memang berbaloi, jewel case tegap, kertas inlay pun jenis tebal berkilat (shiny).
Pendapat aku vokal T-Rex paling menang untuk lagu-lagu ballad berbanding lagu-lagu keras. Dan ah~ kerja gitar album ini memang ampuh! Banyak riff-riff yang kuat "berbau" Metallica terutama solo-solo yang menggunakan pedal wah. Tak sia-sia Sham Kamikaze ada signature Fender sendiri (versi Squier).
Walaupun rata-rata bergenrekan hard rock dan heavy metal (selain lagu ballad), lagu Dentuman agak berat riff-riffnya ala nu-metal, tapi bila dengar sampai habis macam lenggok power metal Kamelot pula, hahaha... Oh ya, juga ada lagu cover Sentuhan Kecundang (Ekamatra).
Selebihnya, koranglah komen...
_____
AADI: Apa dah jadi dengan Kamikaze sekarang ye?
Awie - Tragedi Oktober
oleh Ijau D. Koceng 09 October 2017 pada 6:00 AM 4 komen:***Album solo debut"Abang"Dato' Awie (selepas keluar dari Wings) self-titled, keluaran tahun 1994. Boleh dikatakan super album sebab hampir semua lagu-lagu dalam album ni best walaupun terlampau jiwang dan muziknya jauh berbeza dari zaman Wings.
Aku layan album ni waktu aku Tingkatan 4 (1995), sama ada kaset abang aku atau pinjam kaset member. Muzik yang lebih kepada pop, balada dan kontemporari dengan lagu berhantu Tragedi Oktober dan Ukiran Jiwang. Alaaa, waktu tu aku taklah se"metal" mana pun... Jiwang juga, hahaha!
Satu-satunya album solo Awie yang aku suka, album O-Tak dan seterusnya langsung aku tak layan, sehinggalah Awie kembali bersama-sama Wings.***
Dengan adanya versi CD album ni, maka lengkaplah kelima-lima CD album rock Melayu dalam senarai buruanku - Bikin Wilayah, Biru Mata Hitamku, A-Live, dan Medley Rugged - tak kisahlah walaupun hanya versi rilisan semula.
Versi kaset dibeli pada 25/10/1997, versi CD pula dibeli 20 tahun kemudian, ironinya juga dalam bulan Oktober! Memang betul-betul TERjadi Oktoberlah album ni.
_____
AADI: Funky monyet~
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-




















































