_____
AADI: Ambil gambar saja, tak beli pun...
Ada Apa Dengan Aik Cheong Chocolate?
oleh Ijau D. Koceng 02 November 2021 pada 6:00 AM 1 commentSatu lagi perisa unik bukan kopi Aik Cheong dicuba, iaitu chocolate marshmallow yang berlabel warna pink.
Ia hanyalah minuman coklat generic biasa-biasa sahaja, tapi dengan tambahan beberapa ketul marshmallow membuatkannya unik dari segi penampilan dan rasa.
Juga terjumpa versi kotak six pack yang aku rasa jenis bancuh tanpa disertakan gelas kertas. Versi ini belum tergerak hati untuk dicuba.
_____
AADI: Perisa teh tarik akan dicuba selepas ini.
Ada Apa Dengan Aik Cheong Matcha Latte?
oleh Ijau D. Koceng 13 September 2021 pada 10:00 PM 2 komen:Terjumpa pula perisa unik Aik Cheong iaitu matcha latte dengan nata de coco. Warna hijaunya otomatik menarik perhatianku.
Ia bukanlah minuman kopi bancuh, tetapi lebih kepada matcha (sejenis teh hijau) bertenusu (hence, latte).
Ini kali pertama aku menikmati minuman berasaskan matcha secara panas, sebelum ini semua sejuk (ini dan ini). Rasa dan aromanya agak unik, seakan cendol panas yang baru diperah keluar acuan, dan dengan tambahan nata de coco membuatkannya lebih kimochi~
_____
AADI: Kegemaran kedua selepas flat white.
Ada Apa Dengan Aik Cheong White Coffee?
oleh Ijau D. Koceng 06 September 2021 pada 6:00 AM 0 commentsPerisa ketiga kopi segera cawan Aik Cheong yang dicuba, white coffee. Diperolehi seperti biasa di pasar raya M dengan harga RM3.80 walaupun tertulis di situ "exclusively on 7-Eleven", tidak seperti dua perisa sebelum ini cappuccino dan flat white.
Untuk perisa white coffee ini, rasa kopinya tak jauh beza dengan kopi putih 3-in-1 Nescafe yang terasa begitu generic white coffee. Bukanlah calon untuk pembelian berulang.
Tapi kalau pernah minum kopi putih Oldtown, fuh!~ Yang itu paling menang setakat ni, baik yang di restoran ataupun yang segera 3-in-1 (versi tin tak menang pula).
_____
AADI: Terjumpa versi teh tarik pula.
Ada Apa Dengan Aik Cheong Cappuccino?
oleh Ijau D. Koceng 26 August 2021 pada 6:00 AM 0 commentsSelepas flat white, perisa kedua produk kopi gelas segera Aik Cheong yang dicuba ialah cappuccino. Seperti biasa diperolehi di pasar raya MG dengan harga RM3.80 segelas kertas besar.
Di dalamnya juga ada beberapa paket berasingan, serbuk besar kopi utama, serbuk kecil choco topping, dua paket gula perang dan sebatang kayu pengacau.
Tidak seperti flat wihite, untuk perisa cappuccino aku belum ada penanda aras, jadi tiada perbandingan. Namun rasanya pasti akan memikat peminat cappuccino dan peminat kopi amnya. Sesuai untuk dinikmati sambil menonton TV tak kisah apapun rancangannya.
_____
AADI: Choco topping membuatkannya istimewa.
Ada Apa Dengan Aik Cheong Flat White?
oleh Ijau D. Koceng 26 July 2021 pada 10:00 PM 0 commentsDah lama aku nampak produk kopi gelas segera Aik Cheong ini di pasar raya MG, baru tergerak hati beberapa hari lepas untuk mencubanya. Terdapat beberapa perisa, tapi untuk pertama kali ini aku mencuba flat white.
Dengan harga RM3.80 segelas kertas besar yang boleh mengisikan isipadu sekitar 500 ml, cukup puas untuk segelas kopi premium.
Di dalamnya ada beberapa paket berasingan, serbuk besar kopi utama, serbuk kecil kopi sekunder yang katanya "freeze dry coffee", dua paket gula perang dan sebatang kayu pengacau.
Dengan paket begini, pastinya ia disasarkan kepada peminum kopi jenis on-the-go, contohnya dibeli di 7-Eleven, stesen minyak atau R&R lebuh raya kemudiannya dituang dengan air panas.
Jika ia disediakan seperti urutan saranan, rasanya memang kimochi, boleh menandingi flat white McCafe. Pada harga bawah RM4.00 amat berbaloi untuk segelas kopi premium.
Recommended!
_____
AADI: Akan dicuba perisa latte selepas ini.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-












