Showing posts with label brado guitars. Show all posts
Showing posts with label brado guitars. Show all posts

GrassRoots Brado


Berjaya memperolehi sebuah *Horizon III terpakai, bukan berjenama ESP, tapi hanyalah anak buahnya GrassRoots G-HR3-68 (discontinued) yang diperolehi daripada Brado Guitars pada harga yang mampu milik. Inilah gitar yang berada dalam kotak EVH minggu lepas.

Walaupun berstatus terpakai, tetapi Brado mengklasifikasikan kondisinya sebagai "mint". Ya, pendapat aku ia seperti 97-98% masih baharu, hanya penutup truss rod sahaja yang hilang. Terasa malas pula nak ambil gambar pelbagai sudut, boleh rujuk gambar-gambar menarik yang aku link daripada website Brado Guitars.

GrassRoots merupakan jenama di bawah naungan ESP Japan, tier paling bawah selepas Navigator, E-II dan Edwards. Tapi spesifikasi utamanya neck-thru dan alder body amat jarang-jarang dijumpai pada gitar tier bawahan. Namun untuk menstabilkan harga, ia menggunakan generic tuners, Floyd Rose Special dan pikap in-house GH-1G.

Produk kilang World Musical Instrument Co. Ltd. Korea, dan berdasarkan nombor siri GW13016322 ia diinterpet sebagai keluaran ke-6322 Januari 2013. Kualiti pertukangan kayunya senang-senang saja tapau LTD 400-series.

Setakat ini tidak terfikir lagi untuk menukar pikap asal GH-1G (neck 14.7k, both 7.6k, bridge 15.1k) selagi belum dipandu-uji semasa sessi jamming. Jika kombo pikap ini cemerlang ia akan dibiarkan seadanya. Jika tidak, Seymour Duncan Jazz/JB atau DiMarzio PAF Pro/Super 3 menanti untuk kepuasan diri.

Dengan bentuknya yang offset seperti ex-Woody (Cort G200DX), ia juga tidak muat disimpan dalam peti cap buaya kerana tanduk atas yang sangkut pada pembahagi dalaman peti.

Bila sudah biasa menggalas gitar singlecut yang agak berat, terasa janggal pula menggalas gitar superstrat yang ringan sekitar 3.5 kg ini. Perlu sedikit masa untuk membiasakan diri.

Buat masa ini ia akan digelar HORIZON sahaja sehinggalah dapat nickname yang sesuai [Edited 01/02/2026] Mulai 2026, Horizon ini akan aku gelar TOFU atas sebab karekter putihnya yang seakan-akan tofu/taufufah. Axology aku kembali menjadi 10 unit, harap cepatlah Lagoon dilamar orang, boleh tutup lubang besar yang dikorek oleh gitar ini. Walaupun ada sedikit lubang telah ditutup hasil jualan pikap Gibson 490R/490T beberapa hari lepas.

*Jika anda mengikuti AADI sejak 2009 dan blog Bro Sub The Guitar Addict yang ada entri ESP Horizon (contohnya sini dan sini), aku memang idamkan sebuah model Horizon dengan headstock lidah/daun (tak kisah Horizon I atau III). Ini gara-gara terliur dengan ESP Horizon Custom yang digunakan oleh Thomas Youngblood dalam DVD One Cold Winter's Night.

_____
AADI: Penantian 15 tahun.

Wrapping Frets, Fretting Wraps (Part 3)


Bila dapat tahu FretWrap signature Matt Heafy (MKH), sudah ada di Malaysia, dengan pantas memesannya terus daripada pengedar rasmi Gruv Gear di Malaysia iaitu Brado Guitars. Juga mendapatkan versi Stealth sebagai peneman pembelian.

Selain fungsi utamanya sebagai peredam (dampener) dan/atau pembisu (muter) bunyi deruman berlebihan tali gitar tatkala menggunakan setting high gain, *ia juga lebih trendy, lebih hipster berbanding menggunakan tali pengikat rambut.

FretWraps hijau pun masih ada, tapi yang hitam (LG) dalam entri ini sudah dijual penghujung 2019. Juga ada memiliki dua unit string muter versi imitation bootleg Shopee. Harganya 1/5 daripada versi Gruv, sudah pasti material dan kualiti setimpal dengan harganya.

Material dan harga versi MKH adalah sama dengan versi biasa, hanya logo V digantikan dengan kanji Kiichi (喜一). Tetapi versi Stealth menggunakan material agak premium, harga pun mahal sedikit berbanding versi biasa.

_____
AADI: *Nak juga trending, nak juga hipster.

Mr. Jackson And Mr. Smith (Part 3)


Jika anda sudah lama mengikuti AADI pastinya perasan yang Adrian Smith antara gitaris idola aku. Biasanya pengaruh gitaris idola memang tak dapat dinafikan dalam faktor pemilihan gitar, Goldie dan So-Cal contoh yang paling ketara.

Imej blog KDHR.
Tapi bila gitar ini muncul semula dalam pasaran dan ada pula dana-dana GLTL hasil jualan Neon, cepat-cepat ia dilaburkan sebelum sold-out lagi seperti batch sebelumnya. Gitar apa? Sudah pasti Jackson Adrian Smith SDX (kod baru SDXM - San Dimas X-series Maple fretboard).


Model SDX ini pada pendapat aku merupakan "replika berlesen" untuk model Jackson USA Adrian Smith San Dimas DK (kod baru SDM). Hampir kesemuanya berjaya direplikasi kecuali kualiti kayu, hardware dan elektronik yang lebih unggul pada model DK. Tapi tak mengapa, yang penting ada signature Adrian Smith di situ.


Diperolehi daripada Brado Guitars dengan harga yang sedikit tersenyum berbanding harga runcit. Fizikal diterima dalam keadaan sempurna, hanya setup yang agak tidak memuaskan - action dan posisi pikap yang tinggi, intonasi ada sikit lari. Tak apa, ini aku boleh buat sendiri.


Hanya disertakan dengan tremolo arm, beberapa Allen key dan sticker Skull Strings. Tiada manual Jackson seperti pembelian Sarge, resit pula telah diberi secara online. Seperti transaksi sebelum ini, Brado juga menyelitkan sepasang pick Godoy sebagai saguhati pembelian.


Ini antara gitar signature tahap mampu milik yang teringin untuk dimiliki (selain Epiphone Jotun) sejak ia mula diperkenalkan tahun 2012. Berharap agar model SDXQ (Quilted maple hijau) juga akan masuk pasaran Malaysia suatu hari nanti.


Headstock ikonik Stratocaster (Jackson bawah Fender, tiada masalah). Tanpa kedua-dua logo Jackson dan signature Adrian Smith, sekali pandang mungkin fizikalnya hanya sebuah hot-rodded HSS Stratocaster, setaraf sebuah Squier Deluxe/Contemporary Stratocaster.


Neck gitar ini sehingga ke headstock (kecuali fretboard) adalah sebatang kayu maple @ 1-piece. Dan hanya permukaan atas headstock sahaja yang disadur untuk menjaga logo Jackson dan signature Adrian Smith tadi. Neck batch buatan Indonesia ini tidak memiliki skunk stripe seperti batch buatan India sebelum ini.


Bernombor siri ICJ1800675, dibuat di kilang Cort Indonesia dan merupakan produk ke #675 pada tahun 2018. Jika ia buatan kilang Cort, tak perlu risau tentang kualiti pertukangan kayunya.


Secara fizikal ia tak jauh beza jika dibandingkan dengan So-Cal - neck feel, compound radius 12-16", top-mounted Floyd Rose - sudah cukup untuk memuaskan hati. Yang berbeza hanyalah konfigurasi pikap HSS, tombol tone, suis 5-arah dan kedudukan output jack. Berat pun sekitar 3.9 kg berbanding So-Cal 3.7 kg, eh? Lagi berat?


Pikap in-house Jackson HSS (G&B?) digunakan dan bukannya DiMarzio Super Distortion + Fender SCN seperti DK untuk mengekang harga selain penggunaan Floyd Rose Special. Jika diguna dan diselenggara dengan betul, sistem FRS ini juga agak stabil dan boleh bertahan lama.


Aku bukanlah peminat singlecoil, ironinya aku suka pula karekter bunyi kedua-dua pikap singlecoil pada gitar ini (noiseless, SCN replica?), tetapi humbucker bridge tidak berapa memuaskan dan sudahpun dirancang untuk diganti dengan X2N atau D-Activator yang ada dalam simpanan (tak ada bajet nak beli Super Distortion, guna saja apa yang ada).


Mengintai kaviti spring, ternyata ia kemas seperti trademark gitar-gitar buatan Indonesia sebelum ini. Cuma cat di dalam kaviti ini yang terasa seperti belum kering sepenuhnya. Kaviti pikap dan elektronik akan diintai semasa proses penukaran tali kelak.

Diperiksa oleh si Nopal(?) pada 16/07/2018.
Akan diintonasi semula dan dibiarkan pada talaan E-standard kerana masih menggunakan tali asal bersaiz 9-42. Kelak akan diganti dengan saiz 9-46, 9.5-44 atau 10-46 bergantung kepada callus jari-jariku ketika itu.

Ya, muat dalam peti buaya.
Penilaian selanjutnya mungkin akan dibuat dalam entri lain selepas beberapa bulan menggunakannya. Nickname? Akan digelar MR. SMITH atau SDX sahaja, memegang gitar ini membuatkan perasaan ingin memainkan solo-solo Wicker Man dan Kekejaman Manusia The Evil That Men Do.

Up the Irons! \m/

_____
AADI: Brado lagi?

Wrapping Frets, Fretting Wraps (Part 2)


TERbeli lagi FretWraps, kali ini daripada pengedar rasmi Gruv Gear di Malaysia iaitu Brado Guitars melalui platform Lazada.


Memilih saiz besar (LG) khas untuk gitar bertali tujuh aku Darth Sven. Satu perkara yang aku baru alami bila menggunakan gitar bertali tujuh ialah deruman berlebihan tali ketujuh (low-B) ketika menggunakan setting hi-gain. Di sinilah fungsi utama FretWrap itu tadi, untuk meredam (dampening) dan/atau membisukan (muting) bunyi deruman berlebihan tadi. Sama ada di atas fret atau selepas nut, ikut keperluan.

Seperti kes sebelum ini, boleh saja kalau aku gunakan tali pengikat rambut kan? Tapi sekali-sekala nak juga trending, nak juga hipster.

_____
AADI: Kebelakangan ini lebih kerap dengan Brado.

Ada Sesuatu Dari Brado Guitars (Part 2)


Selepas perolehan Eclipse beberapa minggu lepas, dihubungi semula oleh Brado Guitars (Mr. Jon) yang ingin mempromosikan tali gitar jenama Skull Strings. Aku memberitahu yang aku mempunyai pengalaman menghampakan sebelum ini (rujuk entri ini dan ini).

Tidak lagi berkotak (yang satu tu sticker je).
Selepas membaca entri tersebut, pihak Brado menghantar seunit set DD 10-52 sebagai gantian untuk set berkarat tersebut atas rasa tanggung jawab, mutual respect dan promosi, walaupun telah dua tahun berlalu. Katanya "nobody deserved a bad experience with Skull Strings", kebetulan batch dalam entri tersebut merupakan produk edaran Brado Guitars - pengedar rasmi di Malaysia. Terima kasih diucapkan.

Oh ya, pihak Brado juga ada terbaca entri YusTech berkaitan jenama ini. Katanya untuk pengguna Floyd Rose, adalah *mandatori untuk Skull Strings dipasang secara normal (potong ball-end) dan bukannya songsang, berdasarkan beberapa insiden yang pernah dilaporkan kepada mereka (dan telah digantikan).

_____
AADI: *Sepatutnya didokumentasikan dengan jelas pada label produk.

Gerhana 2019


Mengambil peluang bersempena Jualan Merdeka gitar-gitar LTD untuk memperolehi gitar ini - Eclipse EC-257. Diperolehi daripada Brado Guitars melalui platform Lazada, Brado menyediakan pengeposan percuma ditambah lagi dengan kupon diskaun RM10 (berbanding pengedar asal).


Ya, EC-257 merupakan gitar bertali tujuh varian daripada model *EC-256, dengan kemasan satin black, spesifikasi penuh di sini. Inilah gitar bertali tujuh pertama aku sejak terGAS tahun lepas, itupun berani menarik picu berbekalkan dana-dana hasil jualan ex-Korina bulan lepas (GLTL).


Dokumentasi, hex-wrench (Allen keys) dan dua keping pick signature Godoy (Massacre Conspiracy) sebagai hadiah percuma daripada Brado. Saiz, tebal dan feel pick ini lebih kurang seperti pick custom Nonuz The Ego yang pernah digunakan beberapa tahun lepas.


Headstock pun satin black, kedudukan machine head 4+3 untuk headstock sebegini nampak agak janggal pada mulanya. Nama model kini pada penutup truss rod, dan bukan lagi pada fret ke-12 seperti LTD pra-2017.


Daripada interpretasi nombor siri IS18110882 ia dibuat pada bulan November 2018 dan merupakan produk yang ke-882. Kod kilang agak berbeza IS (kilang Samick?) berbanding LTD Indonesia aku sebelum ini (Neon dan ex-Mirage) iaitu IW (kilang World Musical Instrument?).


Fretboard jatoba yang agak rata dengan radius 400 mm berbanding 350 mm standard LTD lain dan 304.8 mm (12") pada Les Paul. Aku tak kisah, sebab sudah biasa dan selesa dengan radius fretboard 12" dan ke atas.


Pilihan yang bijak untuk LTD menggunakan skala yang lebih panjang iaitu 25.5" (Fender scale) untuk model ini berbanding 24.75" pada versi enam tali (typical Les Paul scale). Lebih panjang skala, lebih mudah untuk mengintonasi tali ketujuh (low-B).


Hardware hitam, suis toggle 3-arah, tombol BRIDGE VOLUME, NECK VOLUME dan TONE dengan opsyen push-pull coil tap (coil split sebenarnya). Pikap berkembar ESP designed LH-150 humbucker, yang aku pasti merupakan pikap G&B yang dijenama semula (akan diintai kelak).

Pilihan yang bijak sekali lagi untuk LTD kerana menggunakan pikap jenis passive mount, lebih banyak pilihan pikap aftermarket berbanding active mount (soapbar).


Antara trademark bentuk EC (Eclipse) singlecut yang berciri moden dengan cutaway untuk lebih ergonomik. Lebih nipis dan ringan 3.7 kg berbanding Les Paul (Goldie 4.0 kg, Nightfall 4.2 kg).


Katanya "inspected in the USA", kalau betul maknanya gitar ini mengelilingi dunia dua kali. Dibuat di Indonesia, dihantar ke ESP USA (inspections) dan kemudian ke Malaysia untuk dipasarkan, duh~


Seperti jangkaan, ruang kaviti gitar-gitar buatan Indonesia memiliki routing yang kemas, juga pematerian dan wayar yang boleh dikira kemas.

Rasanya gitar ini akan menjadi platform pembelajaran dan bukanlah untuk kegunaan jamming mahupun gig (kecuali jika diperlukan). Ada beberapa cabaran semasa transisi daripada gitar bertali enam kepada tujuh, mungkin akan dibicarakan dalam entri lain kelak. Sebagai permulaan, ia ditala pada talaan drop-A (AEADGBE).

Nickname? Malas nak fikir pasal nickname, biarlah ia digelar TOTAL ECLIPSE OF MY HEART sahaja (might change later). [Updated] Dengan penampilannya yang serba hitam (walaupun tidak sehitam Nightfall) ala seorang Sith Lord, aku menggelarnya DARTH SVEN atau SVEN sahaja, iaitu derivasi daripada perkataan SEVEN.

_____
AADI: Model-model lain yang tewas MH-17, MH-207 dan SC-207.

Ada Sesuatu Dari Brado Guitars


Menerima bungkusan Poslaju beralamat daripada Brado Guitars. Ini merupakan kali pertama aku berurusan dengan Brado Guitars, melalui perantaran Facebook Jamtank.


Berisi dua unit kabel speaker (DIY) dengan panjang 1 meter. Biasanya kabel speaker lebih mahal berbanding kabel instrument, tetapi kabel jenis DIY sebegini harganya boleh dikatakan murah berbanding jenis yang dah siap (berjenama).


Kabel yang digunakan adalah jenis gauge tebal berdiameter lebih kurang 1 cm, begitu juga dengan input jack juga jenis besar, memang terasa tegap. Sebelum ada kabel speaker, aku hanya menggunakan kabel patch untuk menyambungkan Micro Terror dengan kabinet V110NT (ya, aku tau, kabel patch memang tidak sesuai).

Brado Guitars merupakan pengedar tunggal jenama-jenama berikut; Matrix Amplifications, Weehbo, Tone City Audio, Mosky Audio, Rick Hanes Guitars, Tartarus Guitars dan Skull Strings. Kecuali Matrix, yang lainnya aku tak berminat...

_____
Ada apa: Boleh masuk dalam senarai premis "dalam lingkungan".

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger