Showing posts with label noobaxe. Show all posts
Showing posts with label noobaxe. Show all posts

De-Teslarised Mirage!


Atas sebab-sebab tertentu, malam tadi aku memulakan eksperimen projek mengeluarkan pikap Tesla dari Mirage aku dan memasang semula pikap asalnya.

Ya, pikap asalnya iaitu ESP LH-150 (humbucker) dan LS-120 (singlecoil) yang dibeli semula dari NoobAxe - kira macam aku pajak la dulu hahaha (pawned).

Walaupun proses pematerian hanya memakan masa 5-10 minit (dah mula kompeten) tapi keseluruhan projek mengambil masa hampir dua jam disebabkan penyelenggaraan sistem spring Floyd Rose Special (FRS) yang agak "bahaya", terpaksa buat berhati-hati.

Kembali kepada konfigurasi asal.

Oh ya, credits to Jo NoobAxe for complimentary set of Ernie Ball Hybrid Slinky strings (lupa nak snap gambar). Hadiah "maternity mood" ke Bro? Hehehe... Thanks!

_____
Ada apa: Tiba-tiba aku teringat lagu Salih Yaacob...

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 8)


Satu lagi bungkusan poslaju dari Jo @ NoobAxe, diterima Selasa lepas (6/2/2012) btw Sarawak tak cuti Thaipusam.

Sepatutnya benda dalam bungkusan ni dihantar sekali dengan bungkusan minggu lepas, tapi atas masalah-masalah teknikal, ia terpaksa dihantar berasingan.

Seperti biasa, ia berisi alat-ganti (parts) elektronik dan mekanikal untuk gitar.

ProLine lagi...

Two units of ProLine B taper 500k potentiometer,
tremolo springs and some locking nut bolts.

Potentiometer tu saja aku simpan sebagai stok, manalah tau nanti ada projek "overhaul" gitar lagi. Locking nut bolts dan tremolo springs tu untuk "merawat" sistem Floyd Rose special (FR special) pada Mirage aku yang kadang-kadang bermasalah.

_____
Ada apa: Nak cari push-pull atau push-push pot...

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 7)


Ya bungkusan poslaju dari NoobAxe lagi...

Kali ni aku order beberapa alat-ganti elektronik untuk gitar. NoobAxe merupakan tempat utama untuk aku mendapatkan alat-ganti elektronik yang pelik-pelik.

Sebelum ni aku pernah survey harga alat-ganti elektronik di premis menjual alat muzik tempatan, malangnya harga yang ditawarkan memang "cekik leher".

Some ProLine guitar parts, made in Korea?

Two units of ProLine A taper 500k potentiometer (or just pot), a 3-way switch, (Sprague?) 473mF orange capacitor (or just cap). Btw, besar gila orange cap tu hahaha!~

Aku pernah mencari benda-benda macam ni di premis membaiki alatan elektronik (radio, TV, dll), tapi malangnya tidak ada jenis yang spesifik seperti yang aku mahu dari segi jenama, saiz, kapasitan dan rintangan.

Malam nanti bakal memulakan eksperimen lagi...

_____
Ada apa: Projek besar kali ni ye Korawk?

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 6)


Khamis (29/12/2011) - Waktu tengahari staff Jabatan SMS aku (yang sedang bercuti di rumah, esoknya nak balik Dalat), bagitau ada menerima bungkusan poslaju dari Johor untuk aku.

Kalau dari Johor tak lain tak bukan mesti Sandman Guitar, eh bukan lah! Aku tak ada order barang dari Sandman Guitar selepas Cool Cat Metal CM-1.

Bungkusan biru seperti bantal ni sebenarnya diterima daripada Jo @ NoobAxe Guitar (nice packaging bro), walaupun nama aku ditulis tak berapa betul, tapi sampai juga ye~ hehehe... Ini merupakan perolehan alatan kegitaran terakhir untuk tahun 2011.

Ia berisi Warwick Rockbag Deluxe RB 20505 B, gigbag untuk bass.

Sebenarnya aku tak "beli" Rockbag ni (bersama patch cable Planet Waves), tapi ber"sistem barter" dengan Jo, tukar-ganti (trade) dengan set pikap ESP LH-150 dan LS-120 yang baru dikeluarkan dari Mirage beberapa minggu lepas.

Walaupun nilai tukar-ganti (trade value) agak rendah disebabkan ia merupakan pikap-pikap stok (stock pickups), sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk menjualnya (dah macam Pawn Stars la pula).

Gigbag ni khas untuk Clover aku (Ibanez GSR200EX), sebelum ni guna gigbag Antler yang agak nipis. Nak kena main bass juga kalau ada masa lapang, kalau tak nanti jari-jemari terasa janggal terkial-kial dengan scale yang panjang.

Antara kelebihan gigbag ni selain tebal (walaupun tak setebal OGB Airline Blue), tahan lasak, mempunyai backstrap dan poket sampingan yang luas, ia juga mempunyai neck velcro strap (macam OGB) yang biasanya cuma terdapat pada gigbag jenis mahal. Hahaha kantoi kulat...

Hah Jo, nanti kalau dah ada stok Rockbag untuk gitar jangan lupa bagitau aku.

_____
Ada apa: Ritter untuk Explorer/Kelly tu nampak best, tapi nasib baik...

Pickup Rage?


Aku tertarik dengan entri blog Jo @ Noobaxe yang agak "rage" ni. Hahaha, Jo aku paham perasaanmu, aku pernah mengalami *situasi macam ni waktu aku berkecimpung dalam dunia perkomputeran dulu (2000-2005).

Tapi tiba-tiba aku teringat cerita kawan aku Mr. M yang membeli Abominations aku (Dean VMNTx) penghujung Mac dulu...

Tiga bulan selepas memiliki gitar aku tu, tiba-tiba dia bagitau aku yang output gitar tu tak kuat, guna distortion pun bunyinya seperti mild overdrive. Aku bagitau itu cuma masalah kecil, cuma stereo input jack short-circuited (seperti gambar di bawah) dan bukannya masalah pada pikap Tesla AH-1 (active set).

Dipendekkan cerita (seperti yang diceritakan kembali oleh Mr. M dan Jairo), gitar tu dibawa ke sebuah kedai gitar di Labuan untuk dibaiki. "Guitar tech" kedai tersebut dah buka dan keluarkan semua pikap, pot dan wiring dan kemudian membuat andaian (aku tak tau apa dia buat) bahawa pikap Tesla AH-1 yang bermasalah, tapi lepas tu tak pandai nak pasang balik pasang ala kadar. Yelah kan benda dah "rosak" buat apa nak pasang cantik-cantik kan? Aku tak pasti pula kena cas servis atau tidak.

Atas inisiatif mereka sendiri, gitar tersebut dibawa pula kepada seorang rakan "guitar tech" Mi Scusi (pergh~ ada guitar tech yo!~) dan kini gitar tersebut sudah "pulih" dan yang pasti bukan pikap Tesla AH-1 yang bermasalah. Btw, apa masalah sebenar gitar tu Jairo?

Setakat ni aku cuma pernah dua kali memasang pikap secara DIY, dua-dua pikap Tesla iaitu model AH-1 dan Plasma-2. Sebab aku tak berapa yakin dengan "guitar tech" yang ada di Bintulu ni, lagipun kalau aku boleh buat sendiri aku boleh jimatkan RM50-80. Kecuali kalau ada guitar tech seperti Yustech atau Master Beez baru aku yakin hantar gitar aku kepada mereka untuk dimodifikasi.

Sebenarnya pasang pikap ni tak susah (kecuali kalau tak belajar Kemahiran Hidup), lebih-lebih lagi kalau pasang pikap EMG yang jenis solderless. Yang susah ialah berhati-hati, nak jaga gitar supaya tak calar sepanjang proses pemasangan pikap tersebut.

_____
Ada apa: *Technician yang tak tau, tapi buat-buat tau...

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 5)


Jumaat (28/10/2011) - Ditempah pada hari Selasa lepas dari Jo @ NoobAxe dan hanya dipos semalam (Khamis).

Aku terlupa pula hari Rabu Semenanjung cuti Deepavali sebab Sarawak tak cuti dan kami bekerja seperti hari-hari biasa (ada ura-ura supaya Sarawak diberi cuti umum untuk perayaan Deepavali, 1Malaysia maaa~).

Enough with Deepavali story, pembelian unggul (great purchase?) dari NoobAxe kali ni ialah Snark SN-2 (red model), clip-on chromatic tuner for all instrument.

Snark itself, manuals, pouch and CR2032 battery.

Dead Eye Guitars (DEG) buat masa ni tidak mempunyai stok model SN-2, sebab tu aku mencari penjual alternatif lain. Dan NoobAxe merupakan penjual kedua (in my *trusted online sellers list) yang ada menjual Snark.

Perbezaan utama antara model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru) yang aku dah ada ialah model SN-2 mempunyai dua tuning mode, sama ada menggunakan VIB (vibration) gelombang getaran atau MIC (microphone) melalui gelombang bunyi, sama seperti fungsi yang ada pada Korg GA-1 tuner. Sebab tu tuner ni boleh digunakan untuk semua jenis instrument (hence the phrase "tuner for all instrument").

Gambar ni aku snap sambil bersiul (MIC mode),
ia memang sensitif pada perubahan pitch bunyi.

Selain perbezaan tuning mode, model SN-2 ni memiliki kelebihan dan kelemahan yang sama seperti model SN-1.

Kebelakangan ni aku dah suka tuner jenis clip-on berbanding jenis bar (GA-1, Pandora Mini) atau jenis pedal (yang pada B2 atau Pod X3), kelebihannya tak perlu nak sambung-sambung kabel, tak perlu tunduk, mudah alih boleh kepit sana-sini dan yang paling penting - ia comel :)

_____
Ada apa: *Mungkin kalau ada kesempatan aku akan buat entri pasal "trusted online sellers list" untuk panduan "noobie" yang lain.

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 4)


Isnin 18/4/2011 - Lagi bungkusan dari NoobAxe Guitars yang diterima pagi tadi via parcel post (aka poslambat).

Seperti biasa selain barangan muzik baru, NoobAxe Guitar juga terkenal dengan barangan muzik terpakai (ala-ala Pawn Star) pada harga yang amat menarik. Apa pula barang kali ni?

Bungkusan kali ni berisi Line 6 FBV Express MkII foot controller. Foot controller atau footswitch (suis-suis kawalan kaki macam stompbox atau multi-effects pedal) khas untuk produk-produk Line 6 seperti Pod, Spider dan LowDown.

Free gift sekeping pick Jim Dunlop.

Dengan kondisi 8/10 pada harga separuh daripada harga unit baru (RM3xx at CK Music), ia merupakan pembelian yang amat berbaloi-baloi. Model MkII (Mark 2 - expression pedal bentuk macam Pod X3 Live) ni merupakan naiktaraf daripada model lama iaitu FBV Express (Mark 1, discontinued - expression pedal bentuk macam Pod XT Live). Except for the four plasticy ABCD switches, this footswitch was built like a tank.

Berbanding dengan Vox VFS5, FBV MkII ni ada beberapa kelebihan antaranya:

  • USB port - disambung pada komputer yang dilengkapi dengan perisian Line 6 FBV Control (assigning footswitch functions) dan Line 6 Monkey (firmware upgrade).
  • Setiap suis ABCD ada LEDnya tersendiri.
  • Onboard tuner indicator (tak payah nak jenguk kat Pod, Spider atau LowDown).
  • Expression pedal - yang ni paling menang (tak payahlah nak terangkan).

Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Line 6.

Baru aku perasan, kabel footswitch ni merupakan jenis RJ45 (kabel network/LAN). Maknanya kalau aku nak kabel yang lagi panjang, aku boleh buat sendiri kabel ni sebab aku ada sekotak kabel RJ45 jenama Belden di opis (and complete crimping tools too).

Btw, kenapa aku beli FBV MkII ni sedangkan aku mana ada Pod, Spider mahupun LowDown. Well, that will be another story...

_____
Ada apa: Line 7?

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 3)


Beberapa hari yang lepas, Jo NoobAxe ada iklankan GHS Fast Fret (limited units) di Facebook pada harga yang agak murah RM18 termasuk kos penghantaran (paling murah aku pernah beli @ RM23), tak banyak tanya (macam komen orang lain) aku terus beli.

"GHS FAST FRET™ - String and Neck Lubricant/String Cleaner for All Stringed Instruments. Free Counter Display Box With 12 Cans. Not a spray! Contains no silicone. It’s a liquid in an applicator. Use it on strings, fretboard, back of neck. Lets fingers slide freely, keeps strings clean, is good for wood. Product ID: A87" - hype dari website GHS Strings.

Jumaat lepas (25/3/2011) aku menerima bungkusan poslaju lagi (pura-pura terkejut) - bila masa aku ada order barang guna poslaju? Tengok-tengok bungkusan dari JB, aku tak sangka pula Jo NoobAxe hantar barang remeh macam ni guna poslaju.

Aik? Bila masa aku order string Martin & Co. Darco? Bila aku tanya Jo NoobAxe minta penjelasan, dia kata string Darco tu kira sebagai rasuah "complimentary gift" sebab tolong promote NoobAxe Guitar di Facebook dan blog ni.

Sebenarnya aku dah ada Fast Fret ni yang aku beli di yNot Studio penghujung 2009 dulu, tapi semenjak dah pindah rumah awal November lepas, aku tak tau di mana aku simpan Fast Fret aku. Jangan-jangan dah ditapau oleh member waktu jamming kot? [Edited 29/3/2011 @ 2.30 pm] Tadi dah jumpa Fast Fret lama aku, waktu kemaskan bilik UV/AAS [aka Hepi ;) makeshift studio]. Hahaha rupa-rupanya terselit belakang PA system.

Walaupun ada yang mempertikaikan fungsi Fast Fret ni, tapi bagi aku ia memang best. Sebab senang digunakan dan tak leceh, ia juga amat berkesan untuk penjagaan strings. Buktinya, string Dean Markley dapat bertahan hampir enam bulan tanpa karat dengan penggunaan Fast Fret ni (tapi kenalah rajin menggosok lepas main, terutamanya lepas jamming). Juga sesuai untuk disapu pada belakang neck gitar (unfinished maple neck) sebagai pelincir dan wax. Lama-kelamaan, belakang neck gitar pastinya berkilat!

_____
Ada apa: Baru balik jamming, jari-jari sakit lama tak main bass...

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 2)


Awal pagi tadi aku menerima satu bungkusan besar (parcel post). Bungkusan dari JB yang pastinya tak lain tak bukan dari Berteromber NoobAxe Guitar.

Selain menjual gitar/amp baru, NoobAxe mempunyai kelebihan "Pawn Stars" berbanding tempat lain - menjual barang-barang kegitaran terpakai la (used, second-hand).

Kalau minggu lepas aku dapat gigbag Gator bau buaya pada harga yang amat murah, kali ni aku dapat sesuatu yang agak berbaloi pada harga yang agak murah, mungkin 1/2 atau 1/3 daripada harga asal - Roland Cube-15 guitar amplifier!

Aku suka design Roland Cube series ni, nampak rugged.

Cube-15 ni merupakan model lama, ia kini digantikan dengan model baru Cube-15XL dengan beberapa penambahbaikan.

"Don't let its diminutive size fool you-the Cube-15 sounds BIG! This 15-watt guitar practice amp includes an 8-inch speaker and a two-channel configuration with four popular overdrive and distortion colors, ranging from “Overdrive” to “Metal Stack.” Three-band EQ, plus a built-in Recording/Headphone output and Auxiliary input make this little amp a great value!"

- Hype dari website Roland

Aik? Awat tiba-tiba beli amp gitar lagi ni? Kan aku dah ada VT40+ dan Micro-Cube? Sebenarnya aku trade Cube-15 ni dengan generic Dean DMT pickup set, dengan tambahan beberapa puluh ringgit untuk perbezaan harga dan kos penghantaran. Used (condition 8/10)

Btw, ada seorang mamat dari Ganu ni mesej aku di Facebook merayu-rayu sebab dia nak beli Cube-15 ni daripada aku. Dia nak sangat-sangat amp ni, katanya memang dia mula-mula nak beli amp ni waktu NoobAxe iklankan di Facebook/blog, tapi aku dah rembat dulu... Well, sapa suruh lambat buat pengesahan dan pembayaran dengan Jo NoobAxe?

Ulasan (review) pasal amp ni? Nantilah bila aku dah "pandu uji" amp ni malam nanti baru aku buat ulasan. Kalau oke aku simpan untuk bedroom amp (menggantikan Micro-Cube yang bakal menjadi mobile amp), kalau kurang menyengat aku jual la dengan mamat Ganu tu nanti hahaha... [Harap-harap dia pun ada baca entri ni].

_____
Ada apa: Micro-Cube aku sekarang dah ada geng...

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars


Harta rampasan perang yang diperoleh daripada NoobAxe Guitar clearance, diterima awal pagi tadi. Ini merupakan urusniaga pertamaku dengan Jo @ NoobAxe.

Bungkusan plastik berwana biru seakan-akan bantal peluk mini dikirim menggunakan parcel post (okela ekonomi, akupun bukannya nak benda ni segera).

Berisi tak lain tak bukan, gigbag Gator - Eh? Aku order gigbag cap ayam, tapi awat dapat gigbag cap buaya? Oke, Jo NoobAxe dah terangkan dalam SMS.

Aku tak pasti gigbag Gator ni model apa (maybe old model), tapi padding memang tebal. Gigbag ni bukanlah gigbag baru, seperti yang diterangkan dalam entri blog NoobAxe "All item dun have any tear or broken zip.. just aged..". Tapi pada harga yang amat murah, memang berbaloi-baloi.

Secara fizikalnya, gigbag ni nampak oke. Jahitan dan zip masih kukuh walaupun nampak agak berumur dan berbau buaya... Lepas ni aku nak spray dengan Febreeze anti-bacteria. Ruang front pouch pun memang luas, cukup untuk simpan G1u bersama-sama beberapa set kabel. Belah belakang ada adjustable shoulder strap untuk memudahkan ia dibawa seperti backpack.

Padding belah dalam memang marvellous! Macam baldu yo~ Tak macam padding dalam gigbag Gator GBE-EXTREME-1, mungkin model ni model medium-end, tidak seperti model GBE-EXTREME-1 yang merupakan model ekonomi (GBE = Gig Bag Economy).

Seluk punya seluk, aku terjumpa sekeping pick ni dalam front pouch,
Ibanez Paul Gilbert signature medium pick.

Disebabkan gigbag ni berbentuk universal, apa-apa gitar elektrik berbentuk biasa - strat, superstrat, tele dan singlecut ala Les Paul memang boleh masuk, tapi jenis semi-hollow aku tak pasti. Dan ia bakal menjadi transport vessel untuk Replacement menggantikan Ibanez economy gigbag (gigbag zaman Mephisto dulu) yang agak nipis.

_____
Ada apa: Darkstone pun boleh muat ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger