Showing posts with label limited edition. Show all posts
Showing posts with label limited edition. Show all posts

Pemacu Lampau Raya 40 Tahun


Tertambah satu lagi pedal stompbox dalam koleksi iaitu Boss SD-1-4A Super Overdrive 40th Anniversary. Pernah memiliki versi biasa SD-1 ini lapan tahun lepas, namun telah dilepaskan tahun berikutnya akibat dipaksa dipujuk oleh seorang rakan kegitaran yang teringin untuk memilikinya.

Unit terakhir daripada Sandman Guitar Centre, Batu Pahat melalui platform Shopee mereka. Menanti masa yang sesuai untuk menarik picu dengan diskaun dan baucar terhad Shopee, harganya kini lebih murah berbanding harga runcit versi biasa.

Tiada apa yang istimewa berbanding versi biasa, hanya kosmetik menjadi negatif (pedal hitam, tulisan kuning), tombol emas seperti OD-3 dan skru logam berwarna perak. Seperti MT-2-3A, ia akan menjadi pedal bertaraf koleksi.

Inilah kali pertama aku memperolehi pedal stompbox Boss unit baharu yang tidak dibekalkan dengan bateri 9V. Dan ia menjadi pedal overdrive keenam dalam axology semasa aku selepas AT Drive, MojoMojo, TO800, GT-OD dan MojoMojo Gilbert.

_____
AADI: Mencari DS-1-4A pula lepas ni?

Wordless Wednesday: Kit Kat Ketupat Pandan



_____
AADI: Ada rasa macam Kit Kat green tea.

Pocky Sunshine Paradise


Pocky perisa "pelik" atau edisi terhad? Pasti akan menjadi modal AADI. Edisi terhad kali ini dengan nama yang ranggi iaitu sunshine paradise (syurga cahaya matahari?).

Gabungan tiga perisa, buah pic, laici dan bunga elderflower. Bab bunga elderflower aku tak tahu macam mana rasanya, tapi gabungan rasa pic dan laici memang aromatik.

_____
AADI: "Gaya jantan gedik sebenar..."

Wordless Wednesday: Lactel Bliss Kurma Gula Melaka 2023



_____
AADI: Bandingkan versi 2022, 2021 dan 2017.

Zon Logam 30 Tahun


Ketika pedal Boss MT-2-3A Metal Zone 30th Anniversary ini dirilis pada tahun 2021, aku teringin untuk mendapatkannya sebagai pedal koleksi. Tapi bila dapat tahu harganya jauh lebih mahal berbanding MT-2 biasa, maka hasrat itu terus dilupakan.

Dengan promosi 3.3 Lazada The Guitar Store, harga MT-2-3A ini kini menyamai harga MT-2 biasa. Dengan pantas terus masuk bakul. Untuk versi 3A ini didatangkan dengan tulisan berwarna kelabu dan skru warna perak, selebihnya pasti sama sahaja...

Aku pernah memiliki MT-2 dua kali (#1, #2) tapi kedua-duanya tidak bertahan lama dalam axology kerana ketika itu aku lebih ke arah multi-fx berbanding stompbox dan seperti biasa ia dilepaskan untuk modal pusingan GLTL.

Aku rasa ini antara model stompbox Boss terawal buatan Malaysia berbanding Taiwan sebelum ini. Tapi aku perasan, semenjak batch buatan Malaysia, harga stompbox Boss naik mendadak. Sepatutnya makin turun sebab buatan tempatan kan?

Sekarang bila sudah tahu rahsia MT-2 terutama tombol MID FREQ, pedal ini jauh lebih berpotensi berbanding pedal distorsi yang hanya memiliki dua (atau tiga) band EQ contohnya LT-Dual, LT-Metal, ML-2 dan Dark Matter. Dengan setting seperti di atas, distorsi pedal ini dapat menyamai ~98% bunyi distorsi amp Joyo BanTamP XL Zombie II.

Sudah boleh berbangga mengatakan "aku gitaris metal dan ada Metal Zone".

_____
AADI: Juga terGAS kembali BC-2 Combo Drive.

Wordless Wednesday: Twisties Nasi Goreng Berasap



_____
AADI: Tak sedap, hahaha...

Ada Apa Dengan Wonda French Edition Coffee?


Seperti biasa, kopi tin menarik sebegini dijumpai di Kedai Mesra Petronas, kali ini terjumpa kopi susu Wonda edisi Perancis

Kenapa Perancis? Aku pun tak tahu, tapi rekabentuk grafiknya nampak seperti konfigurasi padang bola sepak dengan tema warna bendera Perancis. Tapi Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini Perancis tak menang pun, hehehe...

Aku menjangkakan rasanya seperti French latte jenama Frenché Roast, tapi ia lebih menghampiri rasa Nescafe tin perisa latte (label crème).

_____
AADI: Teringat edisi Johor beberapa tahun lepas.

Ada Apa Dengan Aiskrim Kit Kat Pink?


Seperti ais krim Nescafe Gold, ais krim ini juga menarik perhatianku kerana satu freezer penuh khusus untuk ais krim ini di pasar raya B. *Untuk modal entri AADI, dibeli jua...

Juga berharga RM4.00+ seunit, setaraf dengan geng-geng ais krim premium lain. Rasa? Agak sukar aku menginterpretasi rasanya, seperti langsung tiada rasa Kit Kat sebab pernah juga beberapa kali makan aiskrim Kit Kat perisa biasa (saduran coklat).

Mungkin paling dekat dengan rasa kek red velvet tapi ada rasa masam sedikit (raspberi?). Langsung tak sama dengan versi coklat Kit Kat Pink yang berperisa tambahan strawberi tapi masih rasa coklat sebagai hero utama.

Bila dah masuk 4-series, apa yang manis terasa semakin manis. Aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku membeli dan mencuba ais krim ini. Selain terlalu manis, saiz hidangannya (portion) pun agak besar berbanding ais krim biasa.

_____
AADI: Terlepas versi gold beberapa tahun lepas.

Ada Apa Dengan Oreo Blackpink?


Baru sahaja semalam cerita pasal edisi terhad laici oren sempena CNY, sekarang ada pula Oreo edisi terhad Blackpink, bukan satu tapi tiga terus (kenapa tak empat?)

Hanya sempat mencuba yang sebelah kiri (bungkusan biru) iaitu perisa asli. Bungkusan pink (biskut pink inti coklat) dan bungkusan coklat (biskut coklat inti pink) belum cuba lagi.

Sayangnya tiada gambar amoi-amoi Blackpink pada pembungkus biskut, kalau tak pasti akan menjadi buruan Berteromber.

_____
AADI: Siapa amoi Blackpink kegemaran anda?

Ada Apa Dengan Oreo Lychee Orange?


Adakah tradisi tahunan Oreo setiap kali perayaan CNY mengeluarkan Oreo berwarna merah? Sebelum ini ada Oreo Red Velvet.

Tahun ini aku perasan ada perisa laici oren pula, juga masih mengekalkan biskut berwarna merah. Disebabkan ada rasa oren, ia tidak jauh beza dengan perisa Fizzy tidak lama dahulu, rasa manis-manis masam, tapi tak sedap, hehehe...

Inipun dibeli semata-mata untuk modal entri AADI, lepas ni Oreo Blackpink pula.

_____
AADI: Anak-anak suka perisa asli.

Pocky Happiness


Terlepas untuk entri khas Hari Pocky 11.11 minggu lepas, dijadikan entri 221122 pula. Seperti biasa kalau terjumpa Pocky perisa "pelik" atau edisi terhad, terus dibeli semata-mata untuk modal entri AADI.

Perisa edisi khas kali ini bernama happiness flavour (perisa kegembiraan?) yang pada pendapat aku gabungan beberapa perisa Pocky yang pernah ada sebelum ini contohnya rasa masam daripada yuzu, manis watermelon dan colourful serta rasa lemak eksotik green tea.

Anak-anak aku hanya suka Pocky perisa coklat dan strawberi sahaja, kalau kotak pelik sikit langsung tak pandang.

_____
AADI: "Gaya jantan gedik sebenar..."

In Flames - Battles (Limited Edition)


Diperolehi daripada Drop Dead Distro ketika gig MUWW 2022 beberapa minggu lepas, ketika itu kesemua CD import dijual pada harga RM50. Sayangnya dalam katalog hanya CD ini yang menarik perhatianku, selebihnya tidak menarik atau aku sudah ada. Kalau tak memang aku teringin menapau 2-3 keping CD.

Aku tak berapa follow In Flames, setakat ini aku cuma ada dua CD album mereka Colony (my fav In Flames album) dan A Sense Of Purpose. Kalau mp3 lain ceritalah... Terkejut juga bila dapat tahu Chris Broderick kini menjadi gitaris live/tour mereka, dah jadi ahli rasmi ke?

Ini merupakan digipak edisi terhad dengan dua lagu bonus Greatest Greed dan Us Against The World. Langsung tiada gambar ahli kumpulan dalam inlay. Dan katanya ini merupakan album terakhir bersama bassist Peter Iwers, yang dulu selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez dengan ada signature bass PIB.

Tapi dalam album ini muzik melodiknya semakin senang dihadam, agak pop-komersil (siap ada koir tau) dan terasa seperti nu-metal, jauh berbeza dengan muzik mereka era Colony. Tak hairanlah kenapa ramai peminat lama yang mempertikaikan mereka. Tapi pendapat aku, selagi ia seronok didengar malah menghilangkan stress, kenapa tidak?

Menjadikannya CD kedua yang dibeli tahun ini, kah kah kah...

_____
AADI: Ramai yang lari ke The Halo Effect.

Ada Apa Dengan Nescafe Mobile Legend? (Part 3)


Aku jarang masuk kedai Shell Select, sebab Shell Select di Bintulu ni kurang pilihan berbanding Kedai Mesra Petronas.

Tapi beberapa hari lepas singgah juga kerana mencari mesin ATM, maka terjumpalah Nescafe Mobile Legend versi Valir ini yang katanya hanya eksklusif di Shell Select. Kalau rajin ke 7-Eleven bolehlah cari versi Badang pula.

Seperti biasa, jangan tanya aku pasal Mobile Legend, aku tak tahu.

_____
AADI: Versi Brody (Petronas) dan versi Aamon (umum) sudah.

Ada Apa Dengan Nescafe Mobile Legend? (Part 2)


Tin dengan imej watak Aamon ini katanya paling biasa (common) kerana boleh didapati di premis-premis kedai runcit dan pasar raya biasa, tidak seperti Brody sebelum ini yang hanya eksklusif di Kedai Mesra Petronas.

Menurut web site Nescafe, ada dua lagi imej watak yang eksklusif di 7-Eleven (Badang) dan Shell Select (Valir). Kalau Shell Select mungkinlah tersinggah kelak...

_____
AADI: Semata-mata untuk modal entri AADI sahaja.

Ada Apa Dengan Nescafe Mobile Legend?


Terjumpa satu lagi Nescafe tin perisa original dengan imej yang menarik di Kedai Mesra Petronas. Edisi khas kolaborasi dengan Mobile Legend: Bang Bang. Jangan tanya aku pasal game ini atau apa-apa game mobile, aku tak tahu.

Menurut website Nescafe, ada empat imej watak hero dan setiap satunya eksklusif untuk premis-premis tertentu. Untuk premis Kedai Mesra Petronas eksklusif imej watak Brody. Untuk premis lain (Shell Select, 7-Eleven, dll) aku tak pasti, cuba rujuk website Nescafe tadi.

_____
AADI: Rasa? Ini Nescafe tin biasa (perisa original)..

Ada Apa Dengan Per'l Yuzu?


Baru sahaja beberapa hari lepas cerita pasal buah yuzu, terjumpa pula minuman Per'l berperisa yuzu di premis Shell Select.

Katanya ini merupakan edisi terhad, tapi yuzu kali ini katanya yuzu Korea dan bukannya Jepun.

Rasa? Hmmm... Ada macam rasa ubat berperisa oren, mungkin atas faktor bervitamin C 1000 mg tu kot? Bolehlah setakat membasah tekak dan sedikit galakan tenaga.

_____
AADI: Kacip Fatimah dan kalogen.

Ada Apa Dengan Lactel Bliss? (Part 2)


Lactel Bliss meneruskan tradisi edisi terhad minuman yogurt pada musim perayaan seperti era Nestle. Dengan perisa kegemaranku kurma gula melaka.

Mungkin ini merupakan edisi terhad untuk Ramadhan 2022, dengan grafik yang lebih ceria dan moden berbanding grafik versi tahun lepas yang agak retro 80-an.

_____
AADI: Bila nak buat perisa cendol?

Wordless Wednesday: #SayItWithOREO



_____
AADI: Nasib baik rasa masih sedap, tak macam versi merah atau oren.

100 Plus 福 (Part 2)


Edisi khas 100 Plus 福 kembali lagi, rekabentuk tahun ini ada tarian singa.

Inipun kebetulan kombo dengan Pezzo sekeping, sebab aku dah jarang beli 100 Plus tin. Selalu beli versi botol besar.


Yours truly @ 14:05.

Selamat berbulan Februari dan GXFC!

_____
AADI: Aum! Bunyi rimau.

Ada Apa Dengan Mamee We Bare Bears?


Antara makanan ringan kegemaran anak-anak (dan si ayah) ialah Mamee Monster. Perisa ayam dan BBQ antara yang biasa dibeli.

Kebelakangan ini ada edisi khas kolaborasi dengan We Bare Bear. Tapi dalam paket besar cuma ada satu paket sahaja yang berlabel WBB dengan imej rawak Grizzly, Panda atau Ice Bear.

Dan apa yang menarik, tak kisahlah perisa apa yang kita beli (ayam, BBQ, pedas), paket edisi terhad WBB ini satu-satunya berperisa rendang! Seperti gabungan perisa ayam dan BBQ tapi pedasnya perantaraan perisa BBQ dan perisa pedas.

_____
AADI: Teringat aku edisi terhad perisa karipap beberapa tahun lepas.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger