Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Throwback Thursday: MAS Pre-2000


Terjumpa relik zaman menuntut di USM Penang dulu ketika mengemas bilik di rumah kampung beberapa minggu lepas. Koleksi tiket kapal terbang dan pas masuk Malaysia Airlines (MAS) BKI-KUL, KUL-PEN sekitar 1997-2001.

Dulu menaiki MAS terasa eksklusif kerana penghujung 90an terbang sana-sini belum lagi menjadi kebiasaan. Ketika itu Air Asia belum lagi gah seperti awal 2000an, masih logo kepala helang. Orang Borneo terpaksa berbelanja besar jika menuntut di Semenanjung.

Kalau guna duit sendiri hanya mampu balik setahun sekali, mujurlah pihak biasiswa juga ada menyediakan tambang ulang-alik setahun sekali. Dapatlah balik dua kali setahun, sekali waktu cuti panjang semester dan sekali waktu raya.

FYI, harga tiket Kelas Golden Club (business class) untuk penerbangan malam lebih kurang sama seperti harga tiket Kelas Ekonomi penerbangan siang. Kalau ada peluang memang aku pilih Golden Club. Lagilah terasa eksklusif, lebih-lebih lagi untuk remaja bawah 20 tahun merantau solo. Ya, dulu ada penerbangan malam dan awal pagi yang harganya lebih murah.

Diambil gambar kenang-kenangan untuk modal entri AADI ini sebelum dilupuskan bersama-sama barangan lain yang sudah 30 tahun terperap dalam laci dan almari bujang aku.

_____
AADI: Sempat merasa Subang Airport.

2024 Yang...


Seperti biasa, hujung tahun akan ada entri sinopsis tahunan AADI.

1) Tinju - Masih menjadi passion untuk 2024 walaupun tidak seaktif tahun lepas. Tahun ini ada sedikit kekangan antaranya masa sessi yang bermula seawal 7.30 malam, berpindah rumah yang semakin jauh dari gym, dan masalah dalaman lain. Namun aku menetapkan sekurang-kurangnya mesti menyertai sessi seminggu sekali untuk kekal berstamina, kalau dapat dua sessi lagi bagus.

2) Gaming - Kembali berkonsol dengan perolehan PlayStation 4 Pro terpakai awal Januari. Memainkan semula Days Gone, Doom 2016 dan perolehan dua tajuk iaitu Rise Of The Tomb Raider dan Red Dead Redemption II. Untuk 2024 ini, paling banyak menghabiskan masa bermain RDR2 yang meninggalkan pelbagai memori untuk dunia konsol aku.

Juga ada tiga PC games yang dimuat turun daripada Steam tahun ini - The Bard's Tale, Far Cry 2 dan FEAR 2: Project Origin yang hanya "sempat" dimainkan 15-30 minit.

3) Kegitaran - Berjaya melepaskan sebuah gitar sahaja - Dinky, tetapi masuk pula dua buah iaitu Lagoon dan Horizon, pi-mai pi-mai tang tu axology aku kembali 10 unit.

Gajet masuk - Ditto Stereo Looper, Vortex Flanger, CR3-X, CT-1 tuner, Power Block, Helix Phaser. Gajet keluar - Polytune 3, LT-Metal, DD-7, ML-2, Sentry Noise Gate dan Series One 10 AE.

Masih ada perolehan pikap tahun ini - 490T chrome, 490T gold, dan pertukaran pikap untuk gitar-gitar sendiri sebagai terapi.

Juga ada menservis empat buah gitar rakan - Gibson Explorer, Jackson JS32 King V, Ibanez Gio GRG250P dan Schecter Hellraiser C-1 FR S.

4) Kugiran - Mulanya seperti tidak aktif lagi berkugiran, hanya ada dua kali sessi jamming bulan Januari dan Oktober. Tapi penghujung tahun pula menyertai Erectus sebagai bassist jemputan (sessionist) untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 di Sibu beberapa hari lepas. Ini merupakan gig pertama aku di luar Bintulu.

5) Kaki wayang - Masih ada menonton beberapa filem, tapi tidaklah serancak tahun lepas; Furiosa, Bad Boys 4, Deadpool And Wolverine, Red One dan Gladiator II. Tahun ini lebih berhati-hati memilih filem apa yang ingin ditonton, kebanyakkan filem-filem kebelakangan ini sama ada dicemari oleh agenda LGBTQ+ dan wokeness atau langsung tak menarik.

Bersama geng Kaki Wayang Bintulu + Tebabo!

6) CD - Hanya dua CD audio diperolehi tahun ini - Exists Reunion dan But Here We Are. Tak sempat untuk mendapatkan album Peluru Cokelat, mungkin akan cuba tahun depan.

7) Kesihatan - Aku terlupa nak buat entri perbatuan yang aku sudah 20 tahun bebas rokok. Sepatutnya bulan Ogos lepas, ceritanya boleh rujuk entri 10 tahun lepas.

Imej John Couch.

Dijangkiti C19 untuk kali ketiga pada bulan Jun, beberapa minggu sebelum cuti kuarantin C19 dimansuhkan KKM. Tapi kali ketiga ini hanya macam demam selesema biasa.

Bab lutut osteoarthritis pula, dengan ikhtiar pengambilan suplemen dan merancang aktiviti yang melibatkan kaki sedikit sebanyak melegakan simptomnya. Dengan aktif bersukan tinju seperti poin nombor satu di atas tadi, hidup aku terasa lebih sihat dan berstamina.

8) Peribadi dan keluarga - Amat jarang bercerita pasal hal peribadi dan keluarga dalam AADI. Mungkin boleh cerita ronda-ronda Petaling Jaya bulan Mei lepas setelah tujuh tahun tidak menyeberang Laut China Selatan.

Juga tercapai hajat melancong di negeri sendiri membawa isteri dan anak-anak ke Kundasang pada penghujung November. Bab yang sedih pula, ibu pergi untuk selamanya pada bulan Februari, tepat 364 hari selepas pemergian ayah tahun lepas.

9) Honorary mention - Diketengahkan dalam entri personality highlight blog Bro Sub The Guitar Addict bulan lepas. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2025 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...

_____
AADI: Tahun 2024 juga berlalu begitu pantas.

Antara 3Sixty Peak Dan Osteoarthritis


Ini antara satu daripada aktiviti keluarga kami ketika bercuti di Kundasang bulan lepas, tapi hanya aku dan anak-anak buah sahaja yang pergi. Juga satu daripada bucket-list aku untuk mendaki Bukit Mesilou dengan lutut bermasalah osteoarthritis.

Tiada yang percuma di Kundasang, memanjat bukit ini pun berbayar RM5.00 untuk dewasa (kanak-kanak aku lupa). Pergi seawal 6.00 pagi jogging dari homestay kononnya untuk menyaksikan matahari terbit di puncak. Malangnya pagi itu hujan renyai-renyai dan keadaan masih berkabus tebal.

Proses pendakian tidak banyak didokumentasikan, aku lebih fokus pada langkah kerana keadaan permukaan tanah yang agak licin kerana hujan gerimis. Hanya sekali sekala mengeluarkan telefon pintar untuk mengambil gambar.

Mendaki bukit ini taklah tinggi sangat walaupun puncaknya, 3Sixty Peak direkodkan sebagai 1563 meter tinggi, tapi kawasan Mesilou ini pun sudah berada sekitar 1000 meter dari aras laut. Bagi aku, cabaran utama bukanlah stamina (geng boxing beb), tapi lutut bermasalah osteoarthritis membuatkan setiap langkahan mendaki, semakin tajam rasa sakit di bawah tempurung lutut.

Sampai di puncak terasa sedikit kecewa, kerana keadaannya tidak seperti dalam gambar atau video YouTube yang pernah ditonton. Suasana agak suram, tiada bendera warna-warni berkibar.

Buaian tertinggi ini pun tidak dapat digunakan (berkunci?), mungkin kami tiba masih terlalu awal (~6.30 pagi) dan ia belum beroperasi. Begitu juga warung kopi di atas ini, adakah kami tiba bukan pada musim puncak/cuti?

Apa yang menarik ialah platform Mesilou Viewing Point ini merupakan tempat paling tinggi di atas puncak bukit ini. Terdapat dua platform menghadap kedua-dua hala timur dan barat khas untuk menyaksikan matahari terbit dan terbenam.



Sejak mula mendaki sehingga ke puncak cuaca memang tidak berubah, hujan renyai-renyai dan gerimis bersilih ganti. Kabus yang tebal juga menghadkan pemandangan, tapi terasa macam di Scotland pula, macam latar belakang filem Highlander.

Selepas kembali turun, hujan pula makin lebat. Tersadailah di pondok kaunter tiket hampir setengah jam sebelum kembali ke homestay di bawah sana.

Ini pemandangan dari depan homestay ketika kami checkout sekitar 9.30 pagi. Antara pemandangan Gunung Kinabalu yang paling jelas dalam galeri aku. Selebihnya diselubungi awan dan kabus.

Aku tidak serik untuk ke sini lagi, cuma pemanduan untuk ke sini sedikit mencabar dengan jalan raya berbukit berliku-liku. Lebih-lebih lagi jika anda jenis cepat mabuk, pening atau gayat. Mungkin tahun-tahun berikutnya akan merancang lagi. Sememangnya aku lebih suka healing-healing di tempat tinggi dan/atau kawasan sungai berbanding pantai atau pulau-pulau.

_____
AADI: Bukit Maragang pula lepas ni?

Melancong Di Negeri Sendiri


Lebih separuh hayatku berada di negeri orang berbanding negeri sendiri (Sabah). Tak banyak tempat-tempat di Sabah yang pernah aku jejaki, paling jauh pernah pergi ialah Poring Hot Springs bersama sepupu-sepapat aku sekitar 2008. Belum rancak berblog ketika itu, jadi tiada rekod dalam AADI.

Pernah merancang untuk ke Kundasang sekitar 2017, tapi terpaksa dibatalkan atas sebab Mrs. Ijau mengandung si Arlo ketika itu. Akhirnya tahun ini barulah ia menjadi kenyataan dengan menyertai rombongan bersama keluarga kakakku (ibu Aizuddin Madani) pada 23 dan 24/11/2024.

Berikut antara ringkasan tempat yang dilawati selama dua hari. Kalau rajin aku akan buat entri berasingan kelak (kalau rajin~). Harap maaf kerana tak letak banyak gambar, kebanyakkan gambar menarik dalam galeri telefon aku adalah selfie /wefie dan gambar-gambar bersama ahli keluarga.

23/11/2024

  • Kundasang War Memorial - Ini lawatan secara impromptu ketika sampai di Pekan Kundasang. Tempat ini merupakan memorial berbentuk kubu (fort) untuk memperingati tentera British dan Australia yang menjadi tahanan perang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang terkorban ketika kawat maut dari Sandakan ke Ranau (Wikipedia).
  • Desa Dairy Farm - Merupakan rancangan aktiviti utama kami ke Kundasang, tempat yang sinonim dengan Little New Zealand. Aku ingatkan kami datang waktu bukan musim cuti sekolah atau perayaan, taklah ramai pengunjung. Rupanya sangkaanku meleset, waktu kami datang sessi 11.00 pagi pun sudah sesak dengan pengunjung. Antara produk Desa di sini yang selalu aku beli ialah susu berperisa kopi.
  • Anjung Rehat Jamsari (Facebook) - Check-in sekitar 1.30 petang, merupakan homestay tempat penginapan kami, berlatar belakangkan gunung Kinabalu di ruangan anjungnya. Makan Maggi kari di anjungnya sambil merenung Gunung Kinabalu yang megah, maka tercapailah satu daripada bucket list aku - *makan Maggi kari di Kundasang.
  • D'Mesilau Rabbit Garden - Sebelah petangnya singgah di sini membawa anak-anak untuk bermain arnab yang jinak-jinak. Terletak di kawasan lereng Bukit Mesilou tak jauh daripada homestay kami.
  • Dumo Tree House - Bersebelahan Rabbit Garden, di sini hanya aku, si autis Junior dan Arlo bertiga sahaja yang pergi. Kalau gayat, memang tidak disarankan ke sini.

24/11/2024

  • Mesilou 3Sixty Peak (Facebook) - Antara bucket list aku untuk *memanjat Bukit Mesilou dengan lutut yang bermasalah osteoarthritis sebagai cabaran. Pintu masuknya terletak atas sedikit daripada Rabbit Garden. Jogging ke sana dari homestay seawal 6.00 pagi, tapi sayangnya suasana hujan gerimis dan pagi berkabus tidak dapat melihat matahari terbit.
  • Alpaca Club (Facebook) - Inipun agak impromptu, menunaikan hajat anak-anak nak tengok binatang alpaka. Singgah di sini sekitar 10.00 pagi selepas checkout homestay. Tiketnya agak mahal per masa lawatan iaitu 30 minit sahaja per sessi/rombongan. Ini katanya untuk menanggung kos ternakan alpaka yang tinggi terutama membeli makanan yang diimport.
  • Kinabalu Park - Hanya berlegar di kawasan menyambut tetamu/pelawat dan Kinabalu Geopark Gallery sahaja dan tidak masuk sampai ke dalam. Ketika ini kepalaku mula terasa sakit akibat altitude sickness, yang berlarutan sehingga esoknya. Mungkin juga efek memanjat Bukit Mesilou pada sebelah pagi sambil meredah hujan gerimis.

Menamatkan lawatan sekitar 12.30 tengah hari, dan kami semua kembali ke Kota Kinabalu. Keluarga kakakku balik ke kampung manakala kami bermalam di KK kerana penerbangan balik Bintulu pada keesokkan paginya sebelum subuh.

Selepas ini akan merancang ke tempat-tempat pelancongan sekitar Pedalaman Bawah (Keningau, Tenom, Sipitang) berdekatan dengan kampung supaya dapat mengumpulkan kesemua keluarga adik-beradik. Cara untuk kami terus bersilaturrahim selepas pemergian ibu dan ayah.

Post-mortem:

  • Tiada tempat yang percuma di sini, semua berbayar untuk masuk.
  • Kawasan tanah tinggi sekitar 1500 m dari paras laut. Tekanan udara rendah, kepala perlukan sedikit masa untuk beradaptasi dengan tekanan dan suhu rendah.
  • Suhu di sini pastinya sejuk, suhu malam boleh mencecah sekitar 15-17 °C. Jika ingin bermalam, pastikan cukup bekalan pakaian panas.
  • *Dua bucket list tertunai.

_____
AADI: Beberapa hari sebelumnya pun katanya Bro Sub ada di Kundasang.

PJ, Aku Datang Lagi, Versi 2024


Kali terakhir aku menyeberang Laut China Selatan ketika konsert Megadeth Dystopia Kuala Lumpur 2017, ya sudah tujuh tahun aku tidak meninggalkan tanah Borneo.

Selepas anak kedua aku didiagnos memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder dan kelahiran anak ketiga aku pada tahun 2018, memang agak keberatan untuk berjauhan dengan Mrs. Ijau dan anak-anak sama ada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Ditambah lagi dengan musim pandemik kemudiannya...

Kali ini ke Petaling Jaya untuk beberapa hari atas urusan kerja, mahu tak mahu aku kena pergi juga kerana berkaitan dengan tugas hakiki. Sebelum-sebelum ini cuba untuk mengelak apa-apa urusan kerja, kursus, konvensyen atau mesyuarat di luar Bintulu (atau Sarawak amnya) disebabkan perenggan kedua tadi. Sekarang anak-anak dah besar, akak yang sulung pun dah 12 tahun minggu lepas, dapatlah tolong maknya jaga adik-adik dan buat kerja rumah.

Kalau cerita pasal PJ pula, kali terakhir menjejak kaki di sini tahun 2013, selepas itu kalau ada latihan atau kursus biasanya akan dihantar ke Melaka.

_____
AADI: Hati masih di Bintulu.

Wordless Wednesday: Belait



_____
AADI: Teko?

Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien


Kali terakhir kami ber"tour de Brunei" bulan Jun 2019, kemudian semasa dan selepas pandemik sempadan Malaysia-Brunei menjadi agak mustahil untuk dilalui.

Setelah syarat kemasukan ke Negara Brunei Darussalam semakin longgar terutama selepas 12.12, inilah peluang untuk kami kembali menggunakan laluan ini untuk bercuti balik kampung di Membakut bersempena majlis perkahwinan anak buahku si Aizuddin Madani. Inipun perjalanan terpaksa ditangguh beberapa hari kerana aku positif COVID-19.

Dan dengan pembukaan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (aka Jambatan Temburong) untuk kenderaan luar, dapat menjimatkan tempoh perjalanan sekitar 2-3 jam kerana tidak lagi perlu melalui Limbang. Jambatan ini menghubungkan bahagian Muara dengan Temburong melalui Teluk Brunei dengan jarak sekitar 30 km. Sebelum bulan Ogos tahun ini, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan tempatan.

Ketika melalui jambatan ini terasa nostalgia melalui Jambatan Pulau Pinang zaman-zaman wasted years dulu...

_____
AADI: Sayangnya, jalan Pa(i)n-Borneo Sindumin-Beaufort pula bermasalah.

Sepetang Di Pekan Balingian


Isnin (11/07/2022) - Dalam perjalanan dari Dalat ke Bintulu sebelum ini memang tak pernah singgah Pekan Balingian. *Kali ini dek panggilan alam membawa aku singgah di sini, dan dalam kesempatan yang ada juga ingin mengisi minyak kerana di Petronas dan Shell Mukah tadi kenderaan beratur panjang atas faktor musim perayaan.

Tiada gambar menarik yang sempat aku snap selain dua gambar di atas dan bawah, gambar dalam dashcam 70Mai pun lupa aku nak cilok. Kalau ada nanti aku tambah di sini.

Singgah pun untuk ke tandas, isi minyak di stesen minyak mini "Petronas" (sebab guna pam berlabel Primax) dan membeli bekalan minuman untuk meneruskan perjalanan ke Bintulu.

Seperti bandar dan pekan lain di Sarawak yang menghadap sungai, Balingian juga memiliki waterfront. Rumah kedainya yang klasik sama seperti pekan koboi lain di Sarawak, cantik dan bersih namun tidaklah seklasik rumah kedai di Sungai Kut dalam entri AADI hampir 10 tahun lepas.

Aku ada jumpa video ini di YouTube sedikit sebanyak tempat yang sama aku singgah di Pekan Balingian. Bertambah jugalah rekod "sudah sampai sini" atau "nyacap batis" untuk diri sendiri dan Silvia aku.

_____
AADI: *Balik cuti ber-aidiladha di Dalat.

Raya Endemik


Setelah dua tahun mengharungi Syawal dalam keadaan PKP dan PKPx, tahun ini alhamdulillah keadaan semakin menghampiri raya normal dalam fasa endemik. Paling ketara KKM telah memperkenalkan SOP terkini yang lebih longgar dan mesra-raya berkuatkuasa semalam.

Akhirnya tahun ini kami sekeluarga berpeluang balik beraya di Membakut, tiket penerbangan balik Sabah guna WPUA sudahpun awal ditempah walaupun hanya ada kekosongan pada 1 Syawal 2 Syawal, tapi tak mengapa asalkan cukup syarat dapat balik beraya. Nak balik guna jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) masih lagi banyak birokrasi di sempadan dangsanak sana... Terkini, Silvia pun bermasalah.

Seperti biasa dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan salam Aidilfitri 1443H kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap di luar sana yang meraikannya.

_____
AADI: Rehat berblog seminggu, kalau adapun entri terjadual sahaja.

Wordless Wednesday: Coming Home



_____
AADI: Selepas 30 bulan tak keluar Sarawak, akhirnya...

Wordless Wednesday: You Shall Not Pass!



_____
AADI: Dah dua tahun tak guna buku ni.

Wordless Wednesday: The Quintupleness Of Long Distant Driver



3 Syawal 1440H, CIQS Pandaruan, Limbang.
_____
AADI: Quintet.

Sepetang Di Limbang (Part 3)


Sedikit travelog balik raya - Amat jarang-jarang aku singgah berhenti di Limbang dalam pemanduan trans-Borneo balik kampung dari Bintulu ke Membakut (aka tour de Brunei). Zaman bujang dan berdua dulu bolehlah redah sehari suntuk memandu (10-12 jam). Sekarang dah berlima, mahu tidak mahu kena rehat, lebih-lebih lagi bila ada sikecil. Ini kali pertama bermalam di Limbang, selalunya bermalam di Miri.

Pemandangan dari Hotel Purnama.
Satu perkara yang biasa aku lupa bila berada di Limbang ialah bahasanya... Kadang-kadang tersasul guna bahasa Melayu Sarawak, padahal slang Brunei di sini inda jauh beza sama slang Brunei kami di Membakut - pekat, kasar, karau - jadinya bakulut tah lidah atu bebalik liau~

_____
AADI: Janpadul.

Wordless Wednesday: KNS Aeropod




_____
AADI: Datang dari Bintulu nak naik keretapi, keretapi rosak, sedih...

Kembali Ke Bintulu (Part 14)


Selamat tiba di Bintulu petang Rabu lepas setelah bercuti raya selama seminggu di Membakut. Seperti biasa, kekangan masa dan teknologi antara sebab tiada entri blog semasa bercuti. Yang ada hanyalah beberapa entri terjadual (scheduled entries).

Sungai Tujoh, Brunei.
Ada banyak entri yang masih dalam bentuk draft, termasuk entri-entri makanan dan minuman yang sepatutnya dirilis semasa bulan Ramadhan lepas, akan cuba dirilis satu persatu selain entri-entri berkaitan CD audio dan kegitaran.

_____
AADI: Masih mood raya?

The Quadrupleness Of Long Distance Driver (Final Part?)


Isnin (11/06/2018) - Meneruskan perjalanan trans-Borneo balik ke Membakut untuk cuti raya selepas bermalam di Miri hari sebelumnya. Perjalanan jauh bersama anak-anak (dan ibu mengandung) perlu banyak berhenti.

Gambar hiasan - CIQS Mengkalap, Lawas.
Mungkin kurang atau tiada langsung entri dalam seminggu ini dengan alasan sibuk, kecuali entri yang terjadual (scheduled entry) yang telahpun disiapkan beberapa hari lepas.

Kepada geng-geng bloggers (yang makin nipis), pengikut setia dan pembaca senyap (silent reader) blog AADI, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (tersinggung sebab baca AADI?).

_____
AADI: Mungkin kali terakhir berempat, insya-Allah lepas ni berlima.

Wordless Wednesday: End Of The Road





_____
AADI: Cerita lama, filler entry...

Sepetang Di Pekan Sipitang


Hari terakhir Ramadhan, sempat buat entri ala Nat-Geo travel, atas permintaan saudara Deaf seperti dalam komen entri WW lepas.

Khamis, 22/6/2017 - Singgah sebentar di Pekan Sipitang semasa perjalanan balik dari Miri ke Membakut (bermalam di Miri, dari Bintulu hari sebelumnya). Bercadang untuk singgah di Pekan Beaufort lagi 30 km+ tapi disebabkan anak-anak dah mula menunjukkan tanda-tanda kebosanan setelah sehari suntuk dalam kereta, jam pun sudah menunjukkan sekitar pukul 4.00 petang, maka Sipitang jadi pilihan.


Kali terakhir aku meronda Pekan Sipitang ni tahun 2001/2002, fuh~ dah belasan tahun. Biasanya kalau balik kampung jalan darat (trans-Borneo) aku jarang singgah Sipitang, paling-paling pun singgah stesen minyak atau KFC Sipitang sahaja.


Lokasi pilihan ialah GATA Square bersebelahan stadium Sipitang, lokasi Festival dwi-tahunan *GATA. yang juga menjadi lokasi bazaar Ramadhan Pekan Sipitang.


Hari ke-27 Ramadhan, bazaar ni masih meriah, walaupun ada beberapa gerai yang dah tutup. Juadah yang dijual lebih kurang sama sahaja seperti bazaar Ramadhan lain di Pantai Barat Sabah - kepak ayam BBQ, sate, soto, rojak, pelbagai jenis minuman dan kuih-muih. Tapi dari segi harga, lebih tersenyum berbanding Bintulu, kah kah kah...


"Kaansayan ra rataan mih" - ini bahasa Murut, aku tak berapa tau pasal bahasa dan kebudayaan suku kaum Murut ni, jadi sila Google sajalah, hehehe...

*GATA? Macam pernah dengar kan? Jairo pernah buat entri pasal Festival GATA ni sekitar tahun 2009 dalam entri ni, tapi sayangnya gambar-gambar dah tak ada... Juga boleh rujuk di sini. untuk sambutan terkini.

_____
AADI: Ok, #shramzb sekali lagi.

Wordless Wednesday: Coming Home



#shramzb
_____
AADI: Cuti berblog beberapa hari.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger