Showing posts with label popcorn. Show all posts
Showing posts with label popcorn. Show all posts

Roberto


Khamis (31/08/2023) - Mengambil peluang cuti umum untuk menonton filem The Equalizer 3 tayangan paling awal iaitu 10.40 pagi. GSC Bintulu menjadi pilihan kerana TGV Bintulu sudah tiada tiket early bird, juga atas faktor lebih dekat dengan kediaman terkini. Sayangnya tiada tayangan di dewan besar BIG Dolby Atmos untuk filem ini.

Aku masuk dewan agak lewat beberapa minit (6 minit secara tepatnya, 10.46) tapi aku terkejut dan hampa kerana tayangan sudah pun bermula. Selalunya bila masuk awal atau on-time pula, dia pulun iklan sampai 15 minit...

Filem ketiga ini bagi aku agak kurang aksi per durasi filem berbanding dua filem terdahulu. Lebih banyak momen tranquil dan berborak sakan. Tapi Robert "Roberto" McCall tetap ganas dan brutal. Juga filem ini dikategorikan sebagai 16 dan bukan 18, jadi beberapa babak dan aksi brutal agak cair, dan ada yang "terpaksa" ditapis sedikit.

Kalau si autis ajak tengok...

Aku perasan muka Ejen Collins nampak familiar, bila dah habis filem baru tahu ia lakonan Dakota Fanning. Fuh dah besar dah budak ni... Fanning ketika kecik ada sejarah berlakon bersama Washington. Selebihnya tak perlulah diulas, nanti pecah spoiler...

_____
AADI: Tunggu filem Expendables 4 pula.

Ada Apa Dengan Popcorn Bandung Barbie GSC?


Tertarik dengan iklannya di Facebook, dicuba semasa menonton filem Dead Reckoning minggu lepas. Dengan harga RM16.00 ala carte atau RM18.00 kombo dengan minuman ringan atau air mineral.

Bagi aku kualitinya seakan-akan popcorn onde-onde Mario, manisnya biasa-biasa sahaja, rasa bandung pun tak berapa ketara sangat. Kuantitinya pula agak mengecewakan, kerana lebih sedikit berbanding popcorn onde-onde.

_____
AADI: Tunggu peluang tengok Oppenheimer.

Skynet Wannabe


Seperti filem The Flash, aku memilih GSC Bintulu atas faktor dewan besar BIG Dolby Atmos ditambah dengan kerusi D-Box dan harga tiket yang lebih murah berbanding dewan Infinity TGV Bintulu. Memilih tayangan 8.15 malam Jumaat lepas.

Aku tak follow sangat franchise Mission Impossible ni, rasanya aku hanya pernah layan sehingga filem keempat Ghost Protocol semuanya yang ditayangkan di TV. Maka filem ketujuh Dead Reckoning Part One inilah filem MI pertama yang aku layan di pawagam.

Antara filem yang masih mengekalkan resepi old school Hollywood dengan stunt praktikal, kenderaan sebenar di lokasi sebenar dan tidak bergantung sepenuhnya kepada green screen dan GCI. Plot dan jalan ceritanya pun taklah terlalu berat, sebagai sebuah popcorn movie, ia memang menghiburkan. Dengan tayangan hampir tiga jam (2 jam 43 minit) yang penuh aksi, agak sukar untuk menjangka masa yang sesuai untuk pergi ke tandas, sama seperti ketika layan filem Avatar: The Way Of Water dan John Wick: Chapter 4.

Tatkala filem-filem lain *menjatuhkan legasi dan maruah watak-watak lagenda demi menaik dan menonjolkan watak baharu (yang biasanya hampeh), filem ini menyeimbangkan watak lama dan baharu, baik watak lelaki atau wanita, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Seperti filem Top Gun: Maverick tahun lepas, Tom Cruise itu sendiri merupakan tarikan utama untuk menonton filem ini.

Serius, aku siap beli dua set popcorn - karamel biasa dan bandung Barbie. Mungkin boleh buat entri berasingan pasal popcorn ni...

_____
AADI: *Antara sebab aku boikot filem terbaharu Indiana Jones.

Ada Apa Dengan Eureka Gourmet Popcorn, Crispy Chocolate?


TGV Bintulu masih belum ada popcorn Royale perisa coklat, hanya ada perisa karamel sahaja setakat ini. Kalau teringin, inilah alternatif yang paling dekat setakat ini. Dengan ketulan popcorn bulat yang besar tapi tak terlalu manis berbanding popcorn coklat Supremeo.

Seperti perisa classic caramel dan savoury cheese yang pernah dicuba sebelum musim pandemik, popcorn jenama Eureka berperisa crispy chocolate ini hanya berbaloi ketika harga promosi RM4.00+ berbanding harga runcitnya RM6.00+.

Kalau dulu rajin seludup popcorn jenis begini masuk pawagam (zaman Star Cineplex dan AGC), tapi sekarang popcorn TGV atau GSC memang sudah berbaloi per harga, tak perlu seludup popcorn lain.

_____
AADI: Popcorn Magic Bites menjadi alternatif lain.

Ada Apa Dengan Popcorn Onde Onde GSC?


Singgah di pawagam GSC Bintulu semata-mata ingin mendapatkan popcorn onde onde yang katanya edisi terhad bermula 13/04/2023 hingga 12/05/2023. Adakah ia bersempena puasa/raya (perisa onde-onde dan warna hijau) atau bersempena filem Mario (kotak kuning "?").

Berharga RM16.00 untuk ala carte atau set RM18.00 yang lebih berbaloi kerana dapat sekali soft drinks paling besar dan sebotol Minute Maid Pulpy.

Bagi aku rasa manisnya biasa-biasa sahaja, tak berapa ketara rasa onde-onde lebih kepada aroma pandan/santan pada popcorn bulat (seperti Royal Popcorn TGV). Jika diberi pilihan, aku lagi suka popcorn GSC perisa karamel biasa, terasa lemak manis dan masinnya.

_____
AADI: Janji dengan anak-anak tonton filem Mario lepas raya.

The Pinetractor


Mengambil peluang klausa "tiket percuma" promosi VVVIP TGV minggu lepas, aku menebusnya untuk filem The Contractor.

30 minit pertama filem ini mungkin membosankan bagi sesetengah orang. Aku perasan 1-2 dengkuran dari belakang dan sebelah kanan aku semakin kuat. Tidak disangka ketika babak Berlin, cerita dan aksinya semakin menarik dan mendebarkan, ada bau-bau Bourne Identity.

Gambar cilok (sumber).

Tujuan sekunder pula semata-mata ingin menikmati *Royale Popcorn TGV yang pada pendapat aku popcorn yang paling sedap setakat ini. Selain 10% diskaun untuk ahli TGV Movie Club.

_____
AADI: *TGV Bintulu Boulevard cuma ada perisa double caramel sahaja.

Ada Apa Dengan Supremeo Popcorn?


Terjumpa popcorn jenama Supremeo ini di pasar raya SK dijual dengan harga RM2.80 sebungkus 60 gram. *Ada dua perisa, coklat dan mentega karamel.

Untuk percubaan, aku memilih perisa coklat. Merujuk harganya, aku tidak menaruh harapan yang tinggi untuk rasa popcorn yang premium seperti jenama Tong Garden, Eureka mahupun Magic Bites.

Seperti yang dijangka juga, paketnya berisi 40-50% oksigen (kalau faham). Selaput coklatnya juga tidaklah sepremium popcorn Royale TGV, tapi dengan harganya apalah sangat nak dikomplen kan?

Semenjak dah ada TGV Cinemas di Bintulu Boulevard, mencari dan menikmati popcorn yang premium menjadi lebih mudah. Tapi makanan begini perlu dihadkan lebih-lebih lagi bila sudah mengalami krisis pertengahan hidup.

_____
AADI: *Katanya ada juga perisa telur masin.

Ada Apa Dengan Tong Garden, Popcorn Bubble Tea?


Setelah sekian lama tercari-cari popcorn Tong Garden yang seakan-akan halimunan di kebanyakan pasar raya Bintulu, akhirnya berjaya dijumpai di pasar raya E dengan harga RM3.10 sebungkus. Kali ini terjumpa perisa bubble tea yang sebelum ini tak pernah aku tengok, mungkin perisa baru?


Rasa yang lebih ceria berbanding perisa karamel bungkusan hitam di belakang tu. Ya rasa seperti bubble tea yang biasa dibeli di kedai teh hipster yang trendy mutakhir ini. Mungkin ini menjadi perisa kegemaran selepas dark chocolate.

_____
AADI: Dah lama tak bawa seludup masuk pawagam.

Ada Apa Dengan Eureka Gourmet Popcorn, Savoury Cheese?


Untuk entri ini perisa keju gurih dicuba pula, juga diperolehi kerana diskaun menjadi RM4.00+ seperti perisa klasik karamel.


Popcorn dan keju bukanlah gabungan yang ideal (pendapat peribadi), kerana rasanya agak lucu (funny taste) sama seperti popcorn keju Tong Garden.

Dan dah agak jarang layan popcorn, mungkin disebabkan dah jarang tengok wayang di pawagam (kalau faham). Untuk tahun ini hanya sempat menonton filem Avengers: Endgame sahaja setakat ini.

_____
AADI: Masih belum basikah Spiderman FFH?

Ada Apa Dengan Eureka Gourmet Popcorn, Classic Caramel?


Eureka, satu daripada jenama popcorn premium yang sudah sekian lama ingin dicuba tetapi harga runcitnya yang premium (RM6.00+ untuk sebungkus bersaiz keropok Twisties) membantutkan perolehan.


Untuk entri ini ia berjaya diperolehi disebabkan diskaun menjadi RM4.00+ tak tahu sama ada promosi perayaan atau ingin menghabiskan stok (tarikh luput lama lagi). Ada beberapa perisa, untuk permulaan ini perisa karamel klasik dicuba.

Buatan Malaysia oleh Jacc4our Sdn. Bhd. Shah Alam. Serasi dengan harga premiumnya, emping yang agak besar dan hampir seragam bentuk bulatnya, juga kurang yang pecah/hancur dalam bungkusan. Rasa karamelnya pun cukup manis cukup pahit, boleh lawan popcorn Tong Garden.

Kesimpulan, jika ia berharga RM4.00+ masih boleh dikira berbaloi.

_____
AADI: Popcorn pawagam lagi mahal.

Popcorn Magic Bites


Antara yang terperap dalam draft sejak tahun lepas. Popcorn jenama Magic Bites perisa butter caramel, 130 gram dengan harga RM3.00 di depan premis JR.


Buatan MMB Marketing Company Sdn. Bhd. Kuching, Sarawak. Rasanya walaupun tidak dapat menandingi perisa karamel Tong Garden, tapi lebih puas kerana kuantiti per harganya.

Persoalannya sekarang, macam mana nak seludup masuk pawagam? Kah kah kah!~

_____
AADI: Dah susah nak cari popcorn Tong Garden.

Ada Apa Dengan Tong Garden, Popcorn Cheese?


Cuba mencari perisa dark chocolate untuk "diseludup" masuk sebagai bekalan menonton filem Solo: A Star Wars Story di AGC Bintulu malam semalam. Malangnya tidak ketemu, yang ada hanyalah perisa karamel dan keju.


Perisa karamel mejadi bekalan ke pawagam, manakala perisa keju ini dinikmati di rumah. Pada pendapat aku, popcorn dan keju bukanlah gabungan yang ideal, popcorn sepatutnya digabungkan dengan makanan manis ala nickname Android (kalau faham).


Ternyata perisa keju ini memiliki rasa yang agak lucu (funny taste?). Batch pertama yang masuk mulut seakan-akan ingin diluahkan semula. Tetapi atas dasar eksperimentasi (dan tidak membazir), ia ditelan jua. Jika anda dapat lali dengan rasa keju yang lucu tadi, dan bila rasa manis lebih mendominasi, lama-kelamaan tanpa disedari, sebungkus ini habis jua akhirnya.

_____
AADI: Tidak berani untuk mencuba perisa rumpai laut (seaweed).

Karamel Dan Halia


Lebih tiga tahun AADI tiada entri Bundaberg. Harganya sekitar RM5.xx sebotol merupakan faktor utama untuk tidak membelinya. Tapi bulan puasa ini teringin pula bersungkei (iftar/buka puasa) dengan Bundaberg. Dan bernasib baik kebetulan di pasar raya F perisa bir halia (ginger beer) dilelong pada harga *RM1.50 sebotol kerana sudah dekat tarikh luput.


Popcorm karamel Tong Garden pula kes tak sempat beli popcorn semasa menonton Deadpool 2 di Ashtar Galactic Cinema malam sebelumnya. Rasa karamelnya memang spot-on seperti popcorn yang selalu dijual di pawagam. Harganya sekitar RM3.xx sebungkus (separuh daripadanya berisi oksigen, seperti biasa) walaupun premium tapi masih murah berbanding harga popcorm pawagam.

Mungkin akan menyeludup masuk popcorn Tong Garden ke dalam pawagam untuk filem seterusnya, hehehe...

_____
AADI: *Perisa lain masih pada harga biasa.

Ada Apa Dengan Tong Garden, Popcorn Dark Chocolate?


Bila teringin nak makan popcorn premium ala Royale Popcorn TGV, inilah gantiannya - Tong Garden Popcorn. Aku memilih perisa dark chocolate, juga terdapat dalam perisa lain seperti cheese. caramel, tomyam dan seaweed.


Walaupun harga popcorn ini agak premium juga, tapi taklah sepremium Royale Popcorn TGV tadi. Cuma seperti bungkusan keropok kentang atau kekacang, 30-50% isinya adalah oksigen (kalau faham).

Dan seperti mitos urban, popcorn paling sedap dinikmati ketika tengok wayang (atau filem di rumah).

_____
AADI: Bukannya selalu dapat pergi TGV.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger