Showing posts with label sony. Show all posts
Showing posts with label sony. Show all posts

Grand Theft Auto V: Premium Edition (PS4)


Dalam kehangatan hype rilisan Grand Theft Auto VI yang menggegarkan dunia gaming, baru teringat yang aku ada disc Grand Theft Auto V kombo bersama-sama perolehan PS4 Pro terpakai dan beberapa lagi tajuk lain awal 2024 lepas.

Serius, aku tak pernah main apa-apa game daripada siri Grand Theft Auto ni walaupun pada zaman PC game. Pernahlah tengok rakan-rakan main GTA ni era Vice City/San Andreas awal 2000an dulu, dan merasakan ini bukanlah genre yang sesuai untuk aku.

Versi yang aku ada ni ialah Premium Edition (enhanced re-release) untuk PS4 rilisan 2015(?), GTA5 rilisan asal 2013 adalah untuk PS3.

Tapi entahlah, bila akan ada masa dan mood untuk memainkan game ini mahupun game PS4/PC lain dalam katalog. Bak kata kawan lama aku "...dulu masa milik sorang-sorang, sekarang masa dikongsi ramai-ramai".

Lain cerita, satu lagi cerita hype dunia gaming, katanya pihak Sony tidak lagi mengeluarkan game dalam format fizikal (disc) mulai 2028, semuanya adalah secara digital (download) sepenuhnya. Tindakan ini menimbulkan pelbagai reaksi golongan gamers, kebanyakkannya negatif, dan tak kurang pula kompeni lain yang menjadikannya memes berselerakan dalam algorithm media sosial aku.

Tapi kebanyakkan game format fizikal sekarang ni pun lepas install pasti akan suruh kita update patch terkini sebelum boleh main, berpuluh-puluh gigabytes juga saiznya. Nasib baiklah internet rumah aku sekarang ni laju (up to 500 Mbps), tak macam musim PKP dulu hanya harapkan kelajuan 3G sekitar 2-5 Mbps sahaja.

Kalau format digital pula, hanya tergerak untuk masuk bakul (istilah "beli" dah tak sesuai) kalau ada promosi 70% ke atas.

_____
AADI: Misi mengumpul disc game PS4 kegemaran.

PlayStation 2025 Wrap-Up


Beberapa hari lepas dah buat entri pasal sinopsis Steam 2025, kali ni PlayStation Network pula merumuskan sinopsis ke-PlayStation-an aku untuk tahun 2025.

Juara masih lagi Red Dead Redemption II yang aku mainkan semula dua pusingan, pusingan kedua "low honour" tak habis, gaming fatigue. Doom Eternal terbaharu untuk senarai tahun ini sebab itu ada banyak dapat pencapaian (trophies) berbanding game lain yang dimainkan semula.

Hanya game Journey sahaja bukan aku yang main, ia dimainkan oleh anak autis aku Ijau Jr. yang hanya mengambil masa keseluruhan dua jam untuk dihabiskan, kalau betul ia true ending...

Secara peribadi, untuk 2025 tajuk Doom Eternal akan terpahat dalam memori kerana ia rancak dimainkan beberapa hari sebelum Bintulu dilanda banjir besar.

Selain Doom Eternal, juga ada mendapatkan game The Outer Worlds, kononnya untuk dimainkan ketika musim puasa lepas. Tapi sehingga entri ini ditaip, ia hanya pernah dimainkan 30-45 minit sahaja. Mungkin akan diterokai semula tahun depan bersama-sama Sekiro dan/atau GTA-V.

Akan kurang bermain PS4 untuk beberapa minggu akan datang, kerana lebih fokus untuk menghabiskan PC games Black Mesa (dah sampai Xen) dan seterusnya Tomb Raider I, II, III Remastered.

_____
AADI: Dia suruh beli PS5 pula kalau nak main Atlantis/Catalyst.

Flashback Friday: PlayStation 30


Baru-baru ini Sony menyambut ulang tahun PlayStation yang ke-30. Dalam lima generasi PlayStation, aku hanya sempat memiliki dua generasi iaitu PSOne dan PS4. Maklumlah dahulu aku lebih kepada PC gamer berbanding konsol.

PSOne sempat diperolehi sekitar 2003 ketika di Penang, itupun untuk dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bila aku balik kampung. Sebelum berpindah milik, sempatlah memainkan 2-3 tajuk game dengan serius berjam-jam. Untuk PSOne ini game yang paling melekat ialah Digimon World 3, savegame-nya pun masih lagi ada dalam memory card.

Zaman PS2 pula hanya sempat bermain di rumah kawan-kawan, itupun ala kadar memainkan game seperti FIFA dan The King Of Fighters. Tidak tergerak hati untuk memiliki PS2 atau PS3 kemudiannya kerana ketika ini aku masih lagi PC gamer tegar.

Sehinggalah ketika Fallout 4 dirilis pada 2015, PC aku ketika itu memang di bawah spesifikasi minimum untuk menampung Fallout 4. Kos menaiktaraf PC aku supaya serasi dengan spesifikasi minumum jauh lebih mahal berbanding harga sebuah konsol PS4 baharu.

Akhirnya pada penghujung 2016, aku menarik picu untuk mendapatkan sebuah PS4 Slim 500GB semata-mata untuk memainkan Fallout 4. Transisi daripada PC gamer kepada console gamer memang kekok pada mulanya.

Selepas habis memainkan Fallout 4 tiga pusingan pada awal 2017, tiada lagi kehangatan untuk berkonsol aka gaming fatigue. Maka PS4 Slim tadi terperap tidak dimainkan lagi sehinggalah musim PKP 2020.

Ketika musim PKP, kembali aktif berkonsol terutama nocturnal gaming. Empat game yang pasti mengingatkan aku pada musim PKP ialah The Last Of Us, Remastered, Doom (2016), Tomb Raider: Definitive Edition dan Days Gone.

Sehingga habis fasa keempat PKP, sekali lagi mengalami gaming fatigue. Dan atas faktor baby blues bakal menimang cahaya mata keempat ketika itu (tapi tiada rezeki), aku mengambil keputusan untuk melepaskan PS4 Slim ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali bass Francesco (PFG5 Warlock) aku.

Fast forward awal tahun ini keinginan untuk berkonsol kembali, lebih-lebih lagi teringin untuk memainkan semula Days Gone. Maka tertarik lagi picu mendapatkan sebuah PS4 Pro 1TB terpakai.

Tahun ini game yang menusuk kalbu dan meninggalkan banyak memori pastinya game Red Dead Redemption II. Memang game tahap karya agung, masih relevan dimainkan selepas enam tahun rilisannya.

PS5? Belum lagi sampai tahap teringin untuk ber-PS5. Banyak lagi tajuk-tajuk game menarik PS4 dalam senarai intai yang belum ada peluang untuk dimainkan - The Outer Worlds, Elden Ring, Doom Eternal dan Shadow Of The Tomb Raider. Game yang aku dapat sekali dengan PS4 Pro - Sekiro, GTA-V, Jump Force - pun tak terkacau lagi.

_____
AADI: Tunggu mood untuk gaming kembali.

Mesin Mimpi


Setelah berbelas tahun dimiliki dari zaman aku bujang, kahwin sehinggalah anak tiga, radio-jam kecil Sony Dream Machine ICF-C205 ini menamatkan perkhidmatannya beberapa minggu lepas kerana sudah rosak. Agak dilema adakah ia berbaloi untuk dibaiki atau digantikan dengan unit baharu.

Inilah peneman tidur aku yang 99% masanya dipasangkan Radio Klasik. Kalau tak silap, dimiliki sebelum berhobi gitar (pra-2009), mungkin 2007 kot, akupun lupa... Dengan saiznya yang kecil, selalu juga dibawa travelling.

Dalam keghairahan dunia digital, ada sesetengah teknologi analog masih relevan seadanya, contohnya radio FM/AM. Walaupun boleh akses FM menggunakan telefon pintar atau guna app radio internet tanpa FM (guna data), tapi radio analog tetap ada kelebihannya tersendiri.

_____
AADI: Mein radio.

Kembali Berkonsul 2024


Kesinambungan entri rindu berkonsul tahun 2022, tahun ini berusaha mendapatkan kembali sebuah konsul PlayStation 4 (baharu atau terpakai) sebagai self-reward bersempena hari lahir beberapa minggu lepas.

"Tergerak hati juga untuk mendapatkan semula seunit konsol PS4 baharu tak kisahlah versi Fat, Slim atau Pro (GAS tahun lepas). Sepatutnya harga PS4 turun kerana faktor PS5, tapi yang menghairankan sekarang harganya lebih mahal berbanding ketika aku memperolehi penghujung 2016 dulu. Opsyen kedua cuba untuk mendapatkan unit terpakai."

- Entri 2022.

Berbekalkan dana-dana pelepasan alat ganti gitar keemasan minggu lepas, terus dilaburkan untuk seunit PS4 Pro terpakai (ya, Pro terus) yang diiklankan di Facebook Marketplace area Bintulu. Unit ini bundle sekali dengan DualShock 4 (OEM) tambahan, Dobe TP4-882 docking dan tujuh disc game dan pada harga pelepasan yang amat berbaloi-baloi. Menurut tuan asal, ia dimiliki sejak awal tahun lepas, tapi tak termain akibat faktor kerjaya, fizikalnya nampak masih baharu hanya berhabuk.

Tujuh disc game bundle terdiri daripada FIFA22, FIFA23, NFS Heat, GTA-V, Jump Force, Sekiro dan Minecraft Dungeons. Dalam ketujuh-tujuh ini, aku hanya berminat dengan Jump Force dan Sekiro. Selebihnya bukan selera aku dan mungkin akan dilepaskan untuk modal pusingan, kecuali Minecraft Dungeon yang sesuai untuk si autis Ijau Jr.

Sebenarnya aku rindu memainkan game PS4 seperti ketika musim PKP dahulu terutamanya Days Gone. Juga kini agak kurang serius untuk PC gaming disebabkan faktor usia dan kekangan peranti. Berkonsul ini lebih santai memegang DualShock duduk di sofa sambil melunjur kaki. Anak-anak pun dah besar, bolehlah main sekali sebab dah ada dua unit DualShock.

Akan cuba mendapatkan game basi PS4 (berdiskaun atau terpakai) yang teringin dimainkan sejak musim PKP dahulu. Antaranya The Outer Worlds, Red Dead Redemption II, Rise Of The Tomb Raider, Shadow Of The Tomb Raider dan Doom Eternal.

Masalahnya sekarang, mencari masa untuk main...

_____
AADI: Kenapa tak PS5 terus? Sebab mahal.

Throwback Thursday: Rindu Berkonsol


Kebelakangan ini terasa rindu nak main game PlayStation 4 terutama game Days Gone dan *The Last Of Us Remastered. Kerana kedua-duanya bertemakan post-pandemic pasti ia akan mengingatkan aku pada musim pandemik/PKP dua tahun lepas ketika ia dimainkan.

Sayangnya konsol PS4 aku sudahpun dilepaskan, ditukar (trade) dengan bass Francesco ketika peralihan fasa PKP kepada PKPB sekitar Jun 2020. Faktor utamanya adalah gaming fatigue, faktor sekunder kerana bakal menyambut baby baru yang dijangka lahir bulan September/Oktober tahun tersebut. Ikut pengalaman, bila dilanda baby blues memang tiada masa untuk berhobi apatah lagi berkonsul. Tapi aku hanya merancang, tuhan lebih menyayanginya.

Tergerak hati juga untuk mendapatkan semula seunit konsol PS4 baharu tak kisahlah versi Fat, Slim atau Pro (GAS tahun lepas). Sepatutnya harga PS4 turun kerana faktor PS5, tapi yang menghairankan sekarang harganya lebih mahal berbanding ketika aku memperolehi penghujung 2016 dulu. Opsyen kedua cuba untuk mendapatkan unit terpakai.

PC gaming? Kos seunit konsul PS4 lebih "murah" berbanding menaiktaraf PC aku sekarang. Dilema yang sama seperti tahun 2015. Nampaknya kenalah lepaskan 1-2 gitar atau gajetnya untuk menampung kos perhobian ini.

_____
AADI: *Aku kurang setuju dengan The Last Of Us Part 1 (aka Remake).

Flashback Friday: No Prayer For 31st


Kalau dua hari lepas, ulang tahun ke-35 Somewhere In Time, hari ini pula ulang tahun ke-31 No Prayer For The Dying, album studio ke-8 Iron Maiden. Juga terlepas buat entri ulang tahun ke-30 tahun lepas.

Seperti yang pernah aku kata dalam entri Fates Warning 10 tahun lepas, album NPFTD antara album Maiden yang jarang aku dengar. Walaupun tidak bertaraf soundtrack of my life, tapi bila dengar lagu-lagunya teringat memori yang hampir sama dengan SIT...

"Waktu kerja kat cybercafe dulu (early 2000's), selain pasang mp3 album Somewhere In Time, aku jugak selang-selikan dengan album No Prayer For The Dying, Fear Of The Dark dan jugak Best Of The Beast (pendek kata semua mp3 Iron Maiden aku random play) untuk hiburan cybercafe. Ada seorang regular customer exchange student from Canada, selalu request lagu Holy Smoke, Can I Play With Madness dan The Number Of The Beast."

- Entri 2010.

Hari ini juga katanya hari kopi sedunia dan hari pemain cakera padat sedunia. Kopi? AADI antara blog yang selalu ada menyelit entri kopi tin dan kopi bancuh 3-in-1.

Pemain cakera padat (CD player)? Untuk koleksi CD aku biasanya akan dipasang dalam Imago, satu-satunya tempat aku boleh layan dengan volume yang optimum. Kalau dalam Silvia sistem bunyinya tak berapa sedap. Selebihnya akan ditukarkan kepada format MP3 untuk dipasang dalam PC atau telefon pintar dan CD asalnya disimpan.

_____
AADI: Mini hi-fi di rumah pula dah rosak sejak 2016 hahaha...

IDK Impromptu Streaming Rig


Dalam situasi semasa (pandemik, PKP, WFH) memang tidak dapat lari daripada menggunakan aplikasi video conference seperti Google Meet dan Zoom. Dengan adanya sebuah laptop dan talian internet yang stabil tiada masalah untuk semua itu.

Masalah muncul bila sessi kita bertembung dengan sessi sekolah online anak. Kena dahulukan sessi anak kerana laptop dibeli adalah untuk tujuan itu. Terpaksalah aku "hadir" sessi dengan menggunakan PC klon aku yang tiada keupayaan audio dan visual online. Ya, aku tahu boleh guna telefon pintar, tapi lebih selesa mengadap skrin laptop atau monitor berjam-jam berbanding skrin telefon pintar kan?

Mulalah terfikir untuk mendapatkan sebuah webcam untuk dipasang pada PC aku, dan terkadang berangan untuk membina streaming rig ala Matt Heafy seperti video di atas...

Baru-baru ini aku ada terbaca artikel PCWorld yang mengatakan kebanyakkan kamera digital, DSLR dan kamera aksi (jenis macam Go-Pro) boleh berfungsi sebagai webcam, bergantung kepada jenis, kebolehan dan setup yang digunakan.

Jury-rigging DIY streaming rig.

Kamera digital Sony DSC-S930 yang dibeli eksklusif untuk AADI 12 tahun lepas (sudah pencen) hanya berfungsi sebagai card reader bila menggunakan sambungan USB. Kamera dashboard cap ayam pula (sekarang dah guna 70Mai) menggunakan sambungan USB hanya untuk mengecas bateri.

Mujurlah diselamatkan oleh kamera aksi Go-Amateur (parodi Go-Pro) yang sudah lama tidak digunakan, walaupun berkulat tapi masih berfungsi. Kamera ini mempunyai dua mode USB iaitu sebagai card reader dan PC camera. Dengan resolusi maksimum 720p (16:9 30fps) untuk mode PC camera ia sudah kira cukup untuk dijadikan webcam.

Zoom H1 Handy Recorder ini juga boleh berfungsi sebagai mikrofon USB. Sudah pasti kualiti audionya lebih mantap berbanding menggunakan mikrofon pada kamera atau mikrofon analog headset. Sayang tripod APH-1nya sudah patah.

Selamatlah daripada TERbeli sebuah webcam dan/atau sebuah mikrofon USB podcast. Dan tak perlu lagi "pinjam" laptop anak tiap kali ada sessi VC.

Salam aidiladha kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI.

_____
AADI: Ok, dah boleh join sawancara Ngumpaiks TV.

GAS 2021...


Hari ke-32 2021, mula memikirkan halatuju dan perancangan materialistik perhobian tahunan. PKP 2.0 dah pengisytiharan darurat sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan supaya berhati-hati untuk menarik picu pembelian.

1) Kegitaran - jika tiada aktiviti seperti Santai Muzikal bulan Disember lepas, pasti tidak banyak yang terGAS tahun ini.

i) Line 6 FBV Express atau FBV Shortboard - Setelah berpuas hati dengan prestasi Fly Rig PL1 sebagai peneman gig dan jamming untuk tahun lepas, tahun ini ia akan direhatkan dan akan cuba menggunakan Pod HD pula.

Dan untuk prestasi seoptimumnya, akan cuba mendapatkan FBV Express atau FBV Shortboard untuk kegunaan gig/jamming, keutamaan kepada unit terpakai tak kisahlah Mark II atau Mark III.

ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini.

iii) In-ear monitor system - ikut pengalaman aku beberapa kali buat persembahan pentas, wedges monitor yang disediakan biasanya tidak memuaskan hati. Kadang-kadang mixing dan volume tidak optimum, kadang-kadang posisi monitor itu sendiri jauh nun di depan/tepi pentas dan bukannya di depan pemain.

Takstar pun dah kira ok.

Bagi yang menggalas dua tugas sebagai seorang vokalis+gitaris seperti aku, amat kritikal supaya dapat mendengar vokal, bunyi gitar sendiri dan instrument asas lain (bass, kick/snare drum) dalam mix, kalau tidak sudah pasti akan "lost" dan persembahan pun ke laut - true story, pernah terjadi ketika Bintulu Bike Week 2018.

iv) Ibanez GRGR131EX - ini boleh dikira "sudden GAS", aku jarang terlirik mata pada model-model Ibanez kebelakangan ini, apatah lagi siri-siri GIO. Tapi baru untuk 2021 model GRGR131EX dengan tema all-black (seperti konsep siri LTD Black Metal), dark sharktooth inlays(!) dan reversed headstock sudah cukup untuk menarik perhatianku.

Imej Ibanez.

Tapi bab-bab menambah gitar yang bertahap "sudden GAS" memang perlu muhasabah diri, jika dibawa bersabar pasti GASnya akan reda. Lagipun ada jenama/model lain yang telah disasarkan tahun ini, hanya menunggu dana GLTL dan stok masuk Malaysia sahaja.

Imej Sony.

2) Console gaming - semenjak hype PS5 aku amat berharap agar harga PS4 turun mendadak, selalu mengintai harga PS4 Pro (ya versi Pro) untuk menggantikan PS4 Slim yang telah dilepaskan penangan gaming fatigue. Ingin kembali berkonsul, keinginan seperti tahun lepas yang terpicu akibat PKP 2.0 dan darurat. Kalau tidak termain pun, ia akan dijadikan blu-ray player atau peranti streaming services.

Sekali lagi, kesemuanya perlu dibawa muhasabah, difikirkan masak-masak dan perlu berhati-hati untuk menarik picu pembelian. Selagi musim pandemik belum berakhir dan dengan pengalaman tahun 2020, keperluan perlu didahulukan berbanding kemahuan.

_____
AADI: Selamat berbulan Februari.

IDK E-Waste


Antara gajet-gajet ICT aku yang dihantar ke pusat pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) seperti yang disebut dalam entri semalam. Semuanya sudah rosak ataupun ketinggalan zaman (outdated) dan tidak relevan digunakan lagi.

Antaranya gaming PC (circa 2004-2007) bernadi Pentium 4 1.8GHz yang dibina sejak aku kerja di Penang, dibawa balik ke Membakut dan kemudiannya diangkut ke Bintulu ketika mana aku mula bekerja di sini. Penghujung 2007 telah digantikan dengan gaming PC baharu bernadi AMD Athlon X2.

Begitu juga dengan netbook Lenovo S10-2 (circa 2009-2017) yang selalu muncul dalam entri-entri AADI awal 2010-an dulu. Telah kaput beberapa tahun lepas, hanya HDD sahaja yang diselamatkan kerana memiliki banyak gambar zaman bujang dan anime sedut.

Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...

Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020

Bab telefon bimbit pun banyak memori. Nokia 6600 (circa 2005-2010) dimiliki sejak zaman kerja di Penang. Zaman mula-mula ada telefon berkamera walaupun resolusi hanya 640x480 tapi sudah cukup untuk menangkap gambar-gambar epik nostalgik. Sony Ericsson K618i (2007-2015) menjadi modem 3G serta menangkap gambar-gambar untuk blog AADI tatkala belum ada kamera digital khusus. W200 (2008-2010) yang lebih digunakan untuk me"Walkman"kan mp3 dan W810i (2014-2017) pula ada dibuatkan entrinya di sini.

Bila masuk zaman telefon pintar, model-model yang aku miliki biasanya model bawahan kerana aku tahu teknologi telefon pintar amat pantas berubah. Bermula dengan Ninetology Stealth (2013), Asus Zenfone C (2015) dan Zenfone Go 4.5 (2017). Hanya Lenovo A369 (2014) sahaja yang "hilang" dimain anak-anak. Jenama/model yang tidak disebut merupakan telefon Mrs. Ijau.

Memang kena keraskan hati untuk melepaskan gajet-gajet sebegini walaupun rata-ratanya memiliki nilai nostalgik. Hasil yang diperolehi daripada "jualan" e-waste ini tak sampai pun RM50, tapi sebagai orang sains, ini antara tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

_____
AADI: Cuba untuk tidak menjadi seorang hoarder.

Wordless Wednesday: Good Bye PlayStation 4




_____
AADI: Gaming fatigue.

The Last Of The Last Of Us?


Baru saja berpeluang memainkan The Last Of Us, Remastered dua pusingan semasa minggu pertama PKP yang lepas. Ya, ia memang antara game PS3/PS4 yang unggul terutama dari segi jalan cerita.


Dalam masa yang sama, aku juga mengikuti perkembangan sekuelnya The Last Of Us Part II termasuklah agenda, politik, LGBTQ+ dan spoiler yang telah dibocorkan sebelum tarikh rilisan.

[SPOILER ALERT] Setelah tarikh rilisan rasmi semalam 19/06/2020 (tertunda beberapa bulan), ramai yang mula memuatnaik video di YouTube terutama ulasan jalan cerita.




Apa dah jadi dengan watak kegemaran kita? Ia lebih teruk daripada jalan cerita The Last Jedi dan The Rise Of Skywalker.

_____
AADI: Mujurlah aku dah mengalami gejala "gaming fatigue".

Uncharted: The Nathan Drake Collection (PS4)


Ok, game ini diperolehi secara digital download (percuma sehingga 06/05/2020) bersempena kempen PlayStation #playathome. Terus bertindak selepas menerima emel daripada PlayStation Asia bertarikh 28/04/2020 lepas.
"As people around the world do the right thing by staying at home to keep each other safe, we’re offering two PS4 games on us to help players carry on having adventures while physical distancing remains in place."

Jika diintai di Shopee/Lazada, paling murah CDnya sekitar RM50+ (game yang agak basi). Adalah juga game tambahan untuk dimainkan selepas habis main Days Gone kelak.


Serius, memang puas hati dengan Days Gone, dimainkan hampir dua minggu dengan purata lima jam sehari. Setakat ini sudahpun habis main kempen utama.

Stay safe, stay at home and PlayStation.

_____
AADI: Journey juga dimuat turun sementara ia masih percuma, akan dimainkan "bila ada masa".

Hari Radio Sedunia


Tidak seperti Hari TV Sedunia yang sudahpun diwartakan sejak 1996, Hari Radio Sedunia (World Radio Day) pula baru sahaja diwartakan sekitar 2011, maknanya hari ini 13hb Februari merupakan tahun yang ketujuh.

Gambar hiasan.
Dan tidak seperti TV, mendengar radio merupakan rutin harian aku. Daripada radio-jam kecil Sony sebagai peneman waktu tidur yang biasanya memainkan siaran Nasional FM atau Radio Klasik, dalam kereta sepanjang perjalanan hantar anak ke sekolah dan pergi kerja, saluran TRAXXfm merupakan pilihan. Dan di pejabat pula, selain TRAXXfm FM, aku juga memilih REDfm (Sarawak) untuk siaran bahasa Inggeris 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sebelum ada yang bertanya, radio swasta lain (Media Prima dan Astro) yang dipancarkan secara FM tiada di Bintulu.

Generasi Walkman, dengar radio.
Kalau cerita pasal radio internet, sembilan tahun lepas aku pernah buat entri mengenai Braingell Radio, stesen radio internet yang banyak mendedahkan aku kepada beberapa muzik band rock/metal baru dan lama seperti Dokken, Ozzy, Dio, Accept, Ratt, WASP, *Megadeth, *Slayer, RATM, Iced Earth, Disturbed, Fozzy, SOAD dan In Flames (to name a few).


Secanggih manapun dunia sekarang, low-tech radio masih lagi relevan, kan? Kalau tengok filem-filem bergenre post-apocalypse, bila semua kaedah komunikasi lain lumpuh, good ol' FM/AM airwave merupakan opsyen yang tidak akan mengecewakan. Oh ya, info pasal Hari Radio Sedunia ni pun aku tahu sebab dengar radio, hehehe...

_____
AADI: *Ya, kalau aku tak dengar Braingell Radio, aku tak kenal muzik lama mereka.

Aku, PlayStation 4 Dan Fallout 4


Akhirnya menarik picu (pulled the trigger?) untuk mendapatkan PS4 versi slim beberapa hari lepas. Diperolehi melalui Lazada, yang menawarkan harga paling murah setakat ini.


Seperti yang dirapu sebelum-sebelum ini, tujuan utama aku berPS4 ni semata-mata nak main Fallout 4. Dan inilah aktiviti nokturnal (kena tunggu anak-anak tidur) aku sepanjang hujung minggu ni.


Proses migrasi daripada PC gamer kepada console gamer sebenarnya merupakan suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi bila main genre FPS. Selama jadi PC gamer memang dah kompenten main FPS dengan keyboard/mouse tapi bila terpaksa guna DualShock, serius terasa kekok. Tapi tak mengapa (parap-parap), lama-lama nanti kompeten la tu...

Maka, satu daripada GAS 2016 sudahpun tercapai.

_____
Ada apa: Nasib baiklah ada VATS.

Teknologi Yang Semakin Murah (Dan Kecil)


USB drive (thumb drive, pen drive, flash drive or whatever you wanna call it) pertama yang aku beli sekitar 2003 hanya berkapasiti 16MB, waktu tu harganya fuh RM100+. Sekarang 16GB pun tak sampai RM20, dan makin kecil...

SanDisk Cruzer Fit SDCZ33.
Yang ni pun dibeli semata-mata untuk digunakan dalam sistem multimedia Alza, isi mp3 banyak-banyak untuk hiburan pemanduan jarak jauh. Kapasiti 16GB pun dah lebih daripada cukup, sebab tu tak beli yang 32GB ataupun lebih besar.


USB drive aku yang masih berfungsi (dari kiri) - SanDisk Cruzer Facet 16GB (2014), PenDrive Mini 2GB (2007), Apacer 16GB (2012), Sony Walkman NWZ-B152F 2GB (2011), Pretec Summer 2GB (2006).
    Ada beberapa lagi gajet kecil-kecilan yang menggunakan interface USB (selain USB drive) ada dalam arkib peribadi, mungkin aku buat entri lain.

    _____
    Ada apa: Timdrip, sebutan kampungan.

    GAS 2016...


    Dah masuk hari ke-10 tahun 2016, mula memikirkan halatuju perhobian tahun ini dan pembelian seterusnya untuk memuaskan GAS...

    1) Compact multi-effects - Tahun ni aku akan cuba untuk tidak membeli pedal jenis stompbox dan kembali menggunakan multi-effects.

    Imej Dead Eye Guitars.
    Pod HD300 masih ada, tapi dengan gaya hidup muzika kami sekarang (jamming, gig, BOTB), ia agak membebankan dari segi logistik. Mungkin akan cuba dapatkan multi-effects bersaiz kompak (baru atau terpakai) seperti Boss ME-25, Vox ToneLab ST atau Zoom G3X.

    2) Gitar hijau - Katalog ESP 2016 memang #jilake, ada LTD M-400 warna hijau!


    M-400 dark green metallic, dengar-dengar EC-401 juga akan ada warna hijau military green satin. Tapi kenapa 400-series dan bukannya 200/100-series? Tapi tak mengapa (parap-parap), GAS ini boleh dielakkan dengan bermuhasabah diri.

    3) Sony PlayStation 4 - Ah! Perkele dengan kedua-dua benda di atas, 2016 aku paling GAS nak dapatkan PS4, semata-mata nak main Fallout 4!


    Dah hampir 20 tahun jadi PC gamer (since 1997), rasanya dah tiba masa aku masuk khemah console. Serius, nak upgrade gaming PC aku sekarang ni supaya boleh main Fallout 4 (with minimum requirements) kosnya lebih tinggi daripada sebuah konsol PS4.


    Pros and cons...


    Not bad, upgrading my gaming PC would cost me twice or more.

    _____
    Ada apa: Kenapa tak pilih XBOX macam Rafi Xyrus?

    Superlux HD-330 Headphone


    Setelah membuat sedikit pembacaan melalui forum dan review berkaitan headphone, hi-fi dan audiophile, serta perbandingan antara keperluan dan kemampuan, aku *memilih Superlux HD330 (juga melalui platform Lazada) sebagai pengganti Sony MDR-XB400 yang dipulangkan dalam entri semalam.


    Ia merupakan headphone gred studio/monitoring jenis semi-open. Daripada ulasan dan forum yang aku baca, HD330 ni merupakan klon kepada Beyerdynamic DT770 (atau DT880 kot?), tapi dengan harga 1/10 daripada harga DT770 yang rata-rata dijual sekitar RM800-1200 (tak mampu sanggup aku).


    Didatangkan dengan kotak plastik ringkas untuk penyimpanan dan logistik. Ia nampak tegap kerana bingkainya dibuat daripada logam dan bukannya plastik seperti MDR-XD100 yang dimiliki sebelum ini. Dan disebabkan ia merupakan klon DT770, ia serasi (compatible) dengan alat ganti DT770 seperti pad telinga (velour) dan pad bingkai.


    Kualiti bunyi agak subjektif, tapi pada pendapat aku bunyi-bunyian memang jelas, treble tidak terlalu "tajam", bass yang secukup rasa (tidak melampau seperti MDR-XB400) lebih daripada memadai untuk kegunaan umum (audio CD, mp3, movie, gaming) dan menepati citarasaku untuk kegunaan monitoring.

    Walaupun ia bukanlah headphone yang terbaik dalam kelasnya berbanding jenama-jenama besar seperti Beyerdynamic, Sennheiser, AKG dan Audio-Technica, tapi dengan harga sekitar RM140-170 per kualiti bunyi yang boleh tahan dan jelas, juga selesa dipakai dalam jangkamasa yang lama, ia amat berbaloi-baloi untuk layman seperti aku.


    Juga mempunyai adapter untuk TRS 6.35 mm, membuatkannya serasi dengan peranti lain seperti pemain mp3, telefon pintar, tablet, laptop dan PC. Cuma mungkin kelemahan kecil, ia didatangkan dengan kabel bergulung yang panjangnya hanya ~1 meter tapi boleh mencecah ~3 meter jika ditarik.


    Inilah kegunaan utama headphone ni di rumah. sebagai monitor semasa praktis bermain (atau rakaman) gitar/bass menggunakan multi-effects seperti Pod X3, Pod HD300 dan Pandora Mini. Amat berguna ketika praktis lewat malam.

    MDR-XD100 (kanan) yang direhatkan.
    Disebabkan ia merupakan headphone jenis semi-open, bunyi-bunyian "luar" masih boleh didengar. Karekteristik sebegini sesuai diaplikasikan semasa jamming, kerana bunyi-bunyi instrument lain masih boleh didengar semasa monitor bunyi instrument sendiri (pada volume yang berpatutan).

    Dengan kata lain, aku juga masih boleh dengar suara anak menangis (atau ayat komplen Mrs. Ijau) semasa menggunakan headphone ni di rumah (juga pada volume yang berpatutan).

    _____
    Ada apa: *Model lain yang "tewas" ialah Behringer HPS3000 dan Audio-Technica ATH-T200.

    Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

    Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

    Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

    Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

    -IDK-

    Indeks Awan Label

    12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
     
    |  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger