Showing posts with label js32t kelly. Show all posts
Showing posts with label js32t kelly. Show all posts

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes (Part 3)


Sekitar Sickening Art Part 4 yang berlangsung Sabtu lepas (15/1/2011) di Razz Ma Tazz, Kota Kinabalu. Pasal gig ni mungkin Jairo akan buat entri (sebab dia wartawan), atau tunggu saja majalah Karisma keluaran bulan depan, kot-kot ada coverage.

Imej link dari Facebook Mohd. Rizal

Gitaris utama (gitaris kedua atau seasonist? Jairo sila betulkan kalau salah) kugiran Demizer (yang juga gitaris untuk kugiran Pentuzera) sedang beraksi di atas pentas dengan Kelly Kelly aku (err I mean my ex-Kelly Kelly)... Owh btw, beg Gator GK2110 dalam gambar tu pun aku dah let-go kepada orang yang sama hujung bulan lepas waktu aku balik Sabah (tak sempat nak buat entri). Katanya tempat beradu Zoom GFX-5.

Walaupun cintaku tak lama dengan Kelly Kelly, tapi aku tetap rasa bangga sebab ia kini berada di tangan orang yang sepatutnya, and as Metal as it should be... As a Jackson!

_____
Ada apa: Kelly? Dinky? KV? RR?

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes


Sekarang dah pertengahan bulan November, tak lama lagi nak masuk dua tahun aku berkecimpung dalam dunia kegitaran sebagai hobi, yup I'm just a beginner with sub two years experience.

Selama setahun lebih ni aku pernah memiliki beberapa gitar yang sebahagiannya sudah berpindah milik (atau let-go) untuk mengejar model lain sama ada upgrade atau sekadar memuaskan nafsu *GAS aku yang membuak-buak (nafsu rakus bak kata Jairo). Jadi kali ni sebagai entri tadak idea, aku mengimbau kembali gitar-gitar yang pernah aku miliki, antaranya...

[Kiri] Pepatung XA Classic (Nandung) - My first guitar in general. Sebelum memiliki gitar elektrik, dengan gitar inilah terkial-kial aku belajar chords. Let-go kepada rakan sepejabat. The only thing I've regretted was to stick that Manowar sticker there hahaha... Setakat ni belum ada rasa GAS untuk memiliki gitar akustik/klasik yang lain.

[Tengah] Ibanez Gio GRG270 (Mephisto) - My first electric guitar. Belum pandai apa-apa dah beli gitar with floating bridge, akhirnya memang terkial-kial nak tune hahaha. Bila dah tau powerchords barulah rasa selesa dan confident untuk main gitar elektrik. Let-go kepada member sekampung merangkap gitaris kugiran Majestic East. Sebenarnya aku suka bentuk GRG/RG, sebab tu aku memilih RG350M (Replacement) untuk menggantikannya sebagai gitar utamaku.

[Kanan] Ibanez Gio GSR190J (Crows) - My first bass (my first axe in general), bought as a starter/jumpstart pack complete with 10W amp, gigbag, strap, tuner and pouch. Dengan bass inilah bermula segalanya, dari buta note sampai boleh jamming. Pernah digunakan oleh kugiran Manggas, Mi Scusi dan Celaru waktu Jairo's wedding opened-air gig. Let-go kepada bassist kugiran polis di Dalat, Mukah untuk upgrade kepada Black Ice, and never look back since then...

SX PEG2 Pirate Les Paul copy (Les Pirate) - Not your average Les Paul sound. Waktu beli dulu tak berapa serius, kira saja-saja beli sebab tension VMNTx yang diorder sejak Oktober 2009 tak sampai-sampai, lagipun harganya bawah RM600 sahaja. Let-go sebab perlukan dana-dana tambahan untuk Jackson JS32T Kelly (waktu tu tengah GAS extreme-shaped guitar).

Kadang-kadang rasa menyesal juga let-go sebab dah susah nak dapat gitar ni dengan harga bawah RM600 even for an SX brand. Sekarang gitar ni berada di Sibu, kalau tak silap dah berpindah tangan dua kali. Selalu sangat naik pentas Indie/Underground scene di Sibu.

Jackson JS32T Kelly (Kelly Kelly) - Well balanced guitar, my first extreme-shaped guitar, comes with cool deluxe gigbag too. Kalau bukan pasal tragedi Kelly Kelly memang aku tak let-go gitar ni. Sekarang ia berada di KK dan dimiliki oleh gitaris kugiran Pentuzera.

Kat website Jackson dah ada model JS3 series with floating bridge, kalau GAS Jackson datang melanda lagi maybe I'll go for another Kelly or Rhoads. But that was another story...

Ibanez Gio GAX010LTD "Law Of The Jurassic Period" 2010 limited edition (Dinoscars) - Hype 2010 limited edition, claw marks and in-fact it's green! Other than that, it's just a plain Gio GAX series. Gitar ni sebenarnya telah membeloti dana-dana untuk membeli bass amp yang sepatutnya aku beli pertengahan tahun ni.

Akhirnya setelah berpikir panjang dan atas sebab bass amp lebih diperlukan waktu jamming berbanding gitar, aku let-go kepada member atas member (geng KORawk). Dengan dana-dana yang ada, aku kembali melaburkannya kepada projek asal yang pernah dibeloti oleh gitar ni. Walaupun ia self-proclaim "Ijau D. Koceng IDK signature series", aku tak menyesal pun let-go gitar ni.

_____

Daripada keenam-enam gitar yang pernah aku miliki, cuma Les Pirate sahaja yang aku rasa agak menyesal sebab let-go... Walaupun ia cuma jenama SX (yang mungkin dilabel sebagai "cap ayam" oleh sesetengah orang) but for me SX brand was the best low budget guitar out there in terms of brand name, playability, quality and sound. Maybe someday I'll go for another SX Les Paul copy, maybe?

Sekarang aku cuma menghadkan semuanya kepada dua gitar dan satu bass sahaja. I'm not a guitar collector in the first place, but in future, who knows?... Hahaha!

*GAS - gear acquisition syndrome (Wiki).

_____
Ada apa: Sorry Bro Sub, sebab cilok idea untuk tajuk entri hehehe...

Let-Go: Kelly Kelly


Selepas Mephisto mendapat tuan baru Sabtu lepas, semalam giliran Kelly Kelly pulak yang telah pergi menemui tuan barunya, seorang gitaris daripada kugiran underground KK - Pentuzera (yang ada main waktu gig Sickening Art yang lepas).

Kalau ikutkan pendapat peribadi, Kelly Kelly ni memang gitar yang selesa dan seimbang, dan senang untuk dimainkan disebabkan ia mempunyai jumbo frets. Kalau bukan pasal kes malas-aku-nak-cerita hari tu memang aku tak nak jual Kelly Kelly ni.

Maka berakhirlah kisah cintaku dengan Kelly Kelly. Semalam tuan barunya agak teruja dengan Kelly Kelly ni (yang masih baru), lepas test power dua-tiga round tak banyak cakap terus confirmed! Hahaha... Memang senang nak cari buyers kat Sabah ni, especially bila ada network di kalangan mat-mat Metal yang sememangnya sedang mencari gitar berbentuk ekstrim. Credits to Oriaj too...

_____
Ada apa: Nak beli gitar apa pulak lepas ni? Chait! Simpan duit, setelkan kahwin dulu...

Sessi Jamming Yang Tadak Gambar


Sabtu 19/6/2010 - Dalam pukul 1.00 petang kitorang jamm kat makeshift studio, kali lebih kepada sessi latihan berbanding sessi jamming. Seperti biasa kitorang cuma main 3-piece (aku, Bob Kandar dan Azroy). Walaupun aku ada bawa Black Ice tapi kali ni kitorang main tanpa bassist sebab aku main gitar. Dan jugak tadak vocalist sebab lupa nak cilok mikrofon dari bilik sebelah (bilik mesyuarat). Dan seperti tajuknya, aku lupa nak snap gambar...

Disebabkan sessi ni lebih kepada sessi latihan, aku ambil kesempatan untuk jamm along (sambil belajar beberapa riff dan teknik) dengan Azroy main beberapa lagu yang selalu aku praktis sorang-sorang di rumah; Fade To Black, The Trooper dan Wasted Years. Aku main rhythm Azroy main lead dengan rig seperti berikut:

Gambar hiasan - My Dinoscars debut...

Ya aku tau BOD100 tu bass overdrive, tapi disebabkan aku cuma ada satu guitar effects pedal, jadi terpaksa improvised guna bass overdrive. Tapi best jugak guna overdrive bass untuk gitar (full gain and full overdrive), bunyinya seakan-akan bunyi distortions dari amp-amp British (Marshall, Vox, Orange). Hmmm... ni nak kena beli guitar effects lagi satu ni (hari tu ada Satchurator, tapi dah letgo), cari yang kecik senang sikit nak bawa jamming.

Sounds produced by my Dinoscars wasn't bad at all when hooked-up with bigger amp... Crispy crunch distortions sound and ringing cleans (typical PSND pickup's sound).

_____
Ada apa: Distortions pedal or small multi-effects pedal?

Kelly Dengan Apa Ada?


Aku sungguh tak puas hati bila orang lain pinjam gitar aku, lepas tu buat benda tu macam harganya cuma RM100-200, yang aku ni jaga gitar sendiri punyalah penuh sopan santun (walaupun GIO murahan) tapi bila di tangan orang lain apa jadi?

Setiap kali gitar-gitar aku dipegang oleh orang lain (yang tidak mempunyai gitar sendiri) memang aku rasa tak sedap hati. Because a person who owns a guitar will definately handles other people's guitar with respect...

Macam kes tengahari tadi, aku baru je lepas setup makeshift studio dan buat sound check. Tiba-tiba si N ni datang terus capai Kelly Kelly aku nak main beberapa chords. Strap belum disangkut dengan kemas kat bahu (masih bergulung-gulung) dah sibuk-sibuk nak main, aku baru nak tegur strap belum kemas... Tiba-tiba handphonenya berbunyi kelam-kabut dia nak jawab sampai tercabut strap dari *strap button, maka terjatuhlah Kelly Kelly aku mencium lantai with pointy ends (tail) first...

*FYI, strap button Kelly Kelly terlampau besar tak muat nak pasang strap lock.

Menang ngeri sebab benda ni jadi betul-betul depan mata aku... "Sorila boss" tu je yang mampu si N ni cakap, memang aku tak puas hati betul "ko ingat benda ni harga RM100-200? Hilang mood aku nak main!". Nasib baik aku boleh kawal emosi lagi, kalau tak memang dah hayun penumbuk...

Sebenarnya si N ni memang aku dan Bob Kandar dah "pecat" daripada Hepi ;) selepas buat hal waktu sessi jamming yang emo beberapa bulan lalu... Tapi tadi dengan muka tak malu nak join kitorang jamming.

Closer shot...

Sepatutnya kitorang plan nak jamm pukul 2.00 petang, tapi disebabkan kes ni aku dah hilang mood nak main, rasa nak mengamuk pun ada. Maka sessi jamming kali ni dibatalkan serta-merta! Dah lah gitaris undangan (bukan Azroy Hemmett) yang ditunggu-tunggu tak datang tanpa sebarang notis, lagilah hangin satu badan!

Isnin nanti aku nak paksa si N ni beli Kelly Kelly aku (sebab dia pernah cerita nak beli gitar). Aku tak pedulik! Bayar 2-3 kali pun takpa, asalkan dia bertanggungjawab. Nak kata aku kejam? Memang aku kejam!

Imej cilok.

_____
Ada apa: Lepas ni aku takkan bagi orang lain guna (atau pegang) gitar aku tanpa kebenaran...

Sessi Jamming Yang Terlampau


Sabtu 20/3/2010 - Seperti yang dirancang, pukul 5.00 petang kitorang jamming lagi kat Hepi ;) makeshift studio. Bob Kandar terlampau teruja nak suruh aku debut my Kelly Kelly. Selain Azroy, sessi kali ni jugak ada lagi sorang gitaris jemputan, Shahrin (yang dah diracun oleh Bob Kandar). Jadi kali ni ada dua gitaris, ini sudah bagus!

Efek fotografi - disengajakan ataupun "hikmat laungan singa ganas" aku tu terlampau kuat?

Aku datang sejam lebih awal sebab nak soundcheck Kelly Kelly aku supaya serasi dengan setting Behemoth dan sound sytem (cap ayam) yang digunakan. Selesai je soundcheck aku pi makan dulu...

Untuk sessi kali ni, Bob Kandar suruh aku cari atleast empat lirik dan chords lagu-lagu Wings. Sejati pastinya dah biasa main dan hafal lirik serta chords. Aku print tiga lirik/chords lagu-lagu Wings daripada website MalayOLGA - Opera Hidup, Taman Rashidah Utama dan Belenggu Irama.

Bob Kandar - tukang ketuk merangkap tukang racun.

Azroy Hammett - Tukang "pandu uji" Kelly Kelly dengan jari-jemarinya yang pantas. Katanya best main gitar Jackson ni, tapi dia lebih suka main Mephisto aku sebab ada tremolo.

Shahrin - gitaris kidal undangan kali ni, setelah dipujuk-pujuk supaya bawa gitar sendiri. Hehehe mula-mula aku ingat Jackson Dinky, rupa-rupanya Santa Cruz (aku sikit lagi nak terbeli gitar macam ni dulu). Bukan setakat bawa gitar, dia jugak bawa effect pedal (Digitech Grunge) dan amp sendiri (Ibanez Toneblaster 15R - cukup ke 15 watt?), ni mesti termakan pujukan politik Bob Kandar ni...

Effect pedals yang digunakan - Vox Satchurator (backup pedal), Behringer BOD100, Digitech Grunge (Shahrin punya) dan Korg AX3000G @ Behemoth.

Hepi ;) in full strength:

Bob Kandar - Drums
Azroy - 1st Guitar
Shahrin - 2nd Guitar/Drums/Vocals
Aku - Bass/Vocals

Antara lagu-lagu yang kitorang cover kali (yang aku ingatlah)

  • Tribute to Wings - Sejati (lagu wajib), Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Belenggu Irama.
  • Hati Emas (lagu wajib)
  • Beberapa lagu Metalika (tunggang-terbalik, hentam sajalah)
  • The Trooper (enjoy beb cover lagu ni, up the Irons!)
  • Fear Of The Dark (pun tunggang-terbalik, nak jadi lagu projek sessi akan datang)
  • Dan beberapa lagu lain yang diorang main tanpa bassline, sebab aku tak tau lagu tu.

Gambar ni ada *orang komplen "tinggi sangat la bro, Kelly tak sesuai main tinggi macam tu, kena rendahkan lagi..." Sebenarnya disengajakan tinggi sebab nak cover perut >:) hehehe...

*Calvin of Dead Eye Guitars

Rehat pukul 6.30 petang, sambung balik pukul 7.00 malam dan kemudiannya berlarutan sampai pukul 10.00 malam! Hah! Memang terlampau! Habis sengal-sengal bahu aku berjam-jam pikul Black Ice.

Yang pastinya lagu Opera Hidup menjadi lagu febret untuk sessi kali ni, ntah 4-5 kali kot kitorang main lagu ni... Dan selalunya waktu penghujung-penghujunglah lagi enjoy main, makin serasi dan mantap. Agaknya ni kelebihan ada studio sendiri ni, boleh main sepuas hati dan terlampau...

Antara yang best sessi kali ni:

  • Setting sound system memang best, especially for vocal (ehem)... Kurang feed-back, kurang reverb (echo), tarik pitch tinggi pun best (bukan falsetto eh).
  • Sebab ada dua gitaris, jadi muzik makin kompleks, harmonics dan makin banyak variasi.
  • Behringer BOD100 bass overdrive memang best, sound overdrive yang aku cari-cari selama ni. Senang-senang je dapat sound macam overdrive amp Warwick ala Marco Hietala. Walaupun aku guna bateri cap ayam (kedai RM2.00) tapi memang dapat bertahan main 4-5 jam.
  • Amp gitar Ibanez 15 watt yang Shahrin bawa memang mampu sama level dengan bunyi drums, tapi kena pulas volume full blast la (yang pastinya memendekkan hayat speaker)... Kalau macam tu, amp 30-40 watt aku rasa cukup kot untuk main kat makeshift studio ni.
  • Semua sekepala, minat genre muzik yang sama... So anything goes, goes well.

Bob Kandar dah sound lagi, minggu depan kalau line-clear nak ajak jamming lagi. Aku tak kisah, lagi selalu jamming lagi bagus sebab dapat improve skill dan keserasian antara bandmate...

Cuma yang tak best nak angkut semua equipment dari rumah - bass, gitar, pedal, kabel, dll... Nak simpan kat studio, almaklumlah studio kitorang ni jenis transformers - hari biasa jadi bilik analisis UV, hujung minggu convert jadi studio, habis main kena kemaskan nanti ada pegawai lain komplen. Aku lagi suka kalau aku cuma perlu bawa equipment yang aku guna sahaja (bassist equipment).

_____
Ada apa: Peduli apa orang nak kata, janji rok!

Meet Miss Kelly


Mula-mula aku nak buat tajuk entri ni sebagai "Kisah Cintaku Dengan Kelly", tapi nanti akan menginggung pihak-pihak tertentu. Setelah fed-up menunggu VMNTx yang tak kunjung tiba, jadi aku pun order Jackson JS32T Kelly sebagai ganti dari Dead Eye Guitars (macam biasalah).

Btw, JS32T series ni merupakan model baru untuk tahun 2010, up daripada model JS30 series dengan kelebihan sharkfin inlays, compound radius fretboard dan beserta sekali dengan gigbag Jackson yang amat menarik.

Jackson JS32T Kelly

Daripada shape Dinky, Warrior, Kelly, Rhoads dan King V untuk JS32T series ni aku tak pilih Dinky sebab nampak biasa saja (aku dah ada superstrat), Rhoads dan King V memang dah terkeluar dari list sebab tak selesa. Dan ada sesuatu pasal shape Kelly ni:

  1. Aku suka gitar-gitar shape Explorer ni, extreme yet still sleek dan masih sesuai dengan genre muzik yang selalu aku main, tak macam shape macam gitar-gitar B. C. Rich yang agak janggal kalau main genre muzik yang tak berapa keras.
  2. Aku ada suruh *ehem-ehem* aku pun pilih shape gitar-gitar Jackson, dan dia pilih Kelly (warna putih walaupun aku berkeras order warna hitam) berbanding shape yang lain.
  3. Daripada survey, 40% memilih JS32T Kelly berbanding calon-calon lain.

Meet the Kelly (spesifikasi)

  • Brand: Jackson
  • Model: JS3 series
  • Model Code: JS32T Kelly
  • Made In: India
  • Serial No: NHJ0907464
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Indian Cedro
  • Neck: Maple (compound radius)
  • Fingerboard: Rosewood (with legendary Jackson's Sharkfin inlays)
  • Pickups: Jackson CVR high output humbucker pickups
  • Colour/Finish: Glossy black
  • Hardware: Chrome
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Tune-O-Matic with string thru-body
  • Extra feature: Comes with cool Jackson gigbag
  • Price paid: RM13xx + RM40 (parcel post @ pos biasa)

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Jackson Guitars.

At least I got "Jackson" emblem, not "by Jackson"

Jackson CVR high output pickups, volume knob, pickup selector, tone knob.
Walaupun in-house pickups, tapi nampak best pulak kan covered pickups ni?

Die cast plate dengan emblem Jackson dan serial number pada bolt-on neck joint.

Made in India, made in India...

Dari sessi "pandu-uji" dengan Behemoth + Sony MDR-XD100 headphone, sound yang dihasilkan tak jauh beza dengan Mephisto aku, macam biasa - neck pickup sesuai untuk solo dan clean channel, bridge pickup pulak sesuai untuk heavy riff dan powerchords. Orang kata high output pickups memang tak best main clean channel, tapi untuk pickup CVR ni aku dengar macam oke je clean channel, or is it just me and my onion opinion?

Tapi yang aku tak puas hati, string high-E putus waktu aku tengah test bend 2-3 solo note. Nasib baik putus kat pangkal, sekurang-kurangnya nanti boleh recycle pasang kat gitar lain yang guna locking tremolo. Aku dah restring dengan string Dean Markley yang aku dapat free dari subversion.sg @ tHE gUITAR aDDICT! - so far, feels like normal string. Have to wait for abusive vigourous punishment this weekend.

Dengan neck yang memang nipis (trademark gitar-gitar Jackson) dan jumbo frets, aku rasa senang nak main guna Kelly ni berbanding Mephisto. Nak buat powerchords laju-laju pun senang. Aku malas nak puji Kelly ni macam-macam nanti orang kata sebab hype gitar baru. Bagi aku, selain bentuk yang menarik, neck yang nipis dan jumbo frets... Yang lain-lainnya sama saja macam gitar-gitar lain. Tapi yang membuatkannya lebih menarik sebab ia datang sekali dengan gigbag yang amat menarik! (Bab cat terkopek tu malas aku nak cerita)

Jackson High Quality Gigbag

Made especially for Kelly, Warrior, Rhoads and King-V, and inclusive with every Jackson JS32T series. Jadi tak payah susah-susah cari gigbag (atau hardcase) untuk Kelly ni. Memandangkan memang susah nak mencari gigbag untuk gitar berbentuk ekstrim.

Cool Jackson gigbag

Made in China though (tak macam gitarnya yang made in India)

Padded handle

Jackson bomb?

Owh ya, sebelum aku lupa... Seperti biasa untuk gitar-gitar aku, pastinya akan ada nickname. Pasal malas nak pikir banyak, aku bagi gitar ni nick KELLY KELLY in tribute to WWE Dive Kelly Kelly and of course it's a Jackson Kelly in a first place damn it!

(Hehehe kucing aku seekor nama Dinky, seekor nama Kelly)

_____
Ada apa: Walaupun ada orang dah bagi nick Ky Elly untuk gitar aku ni tapi aku tetap nak bagi nick Kelly Kelly jugak - dengan alasan, gitar aku, aku punya sukalah! Hahaha~

Ada Apa Dengan Kelly? (Part 2)


Rabu 17/3/2010 - Dari hari Ahad lepas aku check status e-Parcel aku ni (Kelly la apa lagi). Tapi masih lagi sama... Operator Posline bagitau status untuk e-Parcel memang lambat update, tak sama macam status Poslaju yang real-time update.

Mengikut pengalaman yang lepas, parcel post akan sampai ke Bintulu dalam masa 3-4 hari dari tarikh penghantaran dengan kos separuh daripada poslaju, so today I got this "butterfly in my stomach" syndrome. At 11.04 am, guess what?

Postmobile cometh!

Larger box due to it's extreme shape plus gigbag.

Some accessories included... Ordered, not free though.

Behold! The legendary Jackson's headstock. Tapi, ada apa dengan headstock?

Memang aku selalu bernasib malanglah dengan extreme-shaped axes ni.

Sekurang-kurangnya cuma cat je terkopek, badan masih oke...
Tak seteruk kes Black Ice waktu Krismas lepas.

Tapi kali ni aku memang dah ready for the worst, jadi tadaklah rasa macam hampa macam kes Black Ice haritu siap hilang mood. Nanti balik rumah baru dapat tune, test power, review dan bagi nick Kelly aku ni.

_____
Ada apa: Lain kali kalau aku order extreme-shaped axes kat Dead Eye Guitars, better aku order sekali dengan hardcase atau self-collect kat PJ.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger